Anda di halaman 1dari 4

5.

7 REKA BENTUK PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN YANG INOVATIF


Konsep Penilaian
Penilaian merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif bagi menentukan
peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran. Ia sebagai satu
proses/prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam mentafsir hasil
pengukuran yang bertujuan memberikan maklumat tentang pencapaian akademik,
kemahiran atau sikap. Ia merangkumi aspek pengujian dan pengukuran.
Tujuan Penilaian
i. Membantu guru mengetahui keupayaan penguasaan pelajar.
ii. Membantu guru membuat perbandingan antara pelajar dengan pelajar mahupun
antara satu kelas dengan kelas yang lain.
iii. Membuat perbandingan pencapaian pelajar dalam subjek tersebut dengan subjek
lain.
iv. Menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dengan yang rendah pencapaiannya.
v. Membantu guru melakukan pengayaan dan pemulihan.
vi. Membolehkan guru menilai bahan dan teknik serta kaedah pengajaran.
vii. Meningkatkan keberkesanan pengajaran guru.
Pentaksiran Pembelajaran
Tujuan pentaksiran adalah untuk memastikan pembelajaran berlaku seperti yang
dirancang selain membantu guru merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Pentaksiran dapat memberikan manfaat kepada guru dan murid dalam bentuk maklum
balas bagi meningkatkan pengajaran dan pembelajaran.
Perkembangan Dalam Pentaksiran Pembelajaran
A. Pentaksiran Prestasi
Menilai perkembangan pembelajaran pelajar secara langsung apa yang dapat dibuat,
bagaimana proses dan pengalaman pembelajaran. Proses ini menilai keupayaan pelajar
dalam melakukan sesuatu atau menggunakan sesuatu kemahiran dalam menghasilkan
sesuatu yang baharu. Pentaksiran dibuat melalui pemerhatian terhadap apa sebenarnya
dialami dan dihasilkan oleh pelajar. Pentaksiran prestasi juga dikenali sebagai
pentaksiran autentik.
Kelebihan pentaksiran prestasi.
i. Merekod apa yang diketahui dan dilakukan oleh pelajar
ii. Menilai keupayaan pelajar berfikir, membuat analisis, sintesis dan
Penilaian
iii. Memudahkan guru membuat pentaksiran secara individu
berdasarkan pemerhatian secara berterusan.
iv. Memudahkan guru merancang pengajaran berdasarkan keupayaan
pelajar.
v. Memudahkan pihak sekolah, ibu bapa dan sebagainya memperoleh
maklumat terperinci tentang pembelajaran pelajar.
vi. Memudahkan guru mengurus pengajaran dan pembelajaran dengan lebih bermakna.

Komponen-komponen pentaksiran prestasi:


i. Senarai semak perkembangan
ii. Portfolio pembelajaran
iii. Laporan pembelajaran
Ciri-ciri pentaksiran prestasi
i. Pelajar terlibat dalam aktiviti berbentuk autentik
ii. Tugasan akan jadi lebih bermakna, berbentuk aplikasi kemahiran, pengetahuan dan
integrasi KBKK.
iii. Bagi mendapatkan tugasan yang baik, penggunaan bahasa dan
laras bahasa yang betul perlu digunakan
iv. Dua bentuk tugasan prestasi iaitu berasaskan projek dan
berasaskan produk
v. Penekanan diberikan terhadap kedalaman pemahaman dalam
melaporkan tugasan
Tugas guru dalam pentaksiran prestasi
i. Tentukan matlamat tugasan
ii. Sediakan hasil pembelajaran yang eksplisit
iii. Sediakan tugasan berdasarkan keadaan sebenar (real world)
iv. Sediakan langkah pelaksanaan tugasan yang lengkap bagi
membimbing pelajar.
v. Bina pentaksiran dalam tugasan iaitu dalam bentuk kontekstual
vi. Guna borang penilaian agar pentaksiran dilakukan dengan adil dan
tepat.
B. Pentaksiran Berasaskan Portfolio
Portfolio ialah satu bentuk bukti proses perkembangan pembelajaran. Penyediaan
portfolio merupakan antara keperluan dalam pentaksiran prestasi. Penyediaan portfolio
yang sistematik mengandungi ciri-ciri berikut:
CRADLE iaitu:
Collecting - mengutip
Reflecting - refleksi dan catatan jurnal
Assessing - penaksiran
Documenting - mendokumentasi
Linking - perkaitan
Evaluating penilaian
Ciri-ciri Portfolio yang sistematik
i. Komprehensif: Pengumpulan data yang tepat dan pelbagai
ii. Terancang dan sistematik: Mengandungi perancangan yang baik
sebelum dilaksanakan.
iii. Bermaklumat: Maklumat yang dimasukkan mestilah yang bermakna

kepada guru.
iv. Dibuat khusus: Menepati tujuan dan matlamat penyediaannya.
v. Autentik: Maklumat yang dimasukkan berkait rapat dengan tugasan
autentik pelajar.
Prosedur pentaksiran portfolio
i. Kenal pasti tujuan dan fokus
ii. Rancang isi
iii. Reka bentuk analisis
iv. Sediakan tatacara penyampaian
v. Kenal pasti prosedur pengesahan
vi. Laksanakan model pentaksiran
C. Pentaksiran Kendiri
Pentaksiran kendiri melibatkan pelajar menilai diri sendiri; apa yang telah dipelajari dan
bagaimana dia mempelajarinya. Pelajar akan memantau perkembangan dan kemajuan
pembelajaran mereka berdasarkan objektif dan hasil pembelajaran.
Langkah-langkah pentaksiran kendiri:
i. Membuat refleksi pengalaman yang lalu
ii. Mengingat semula apa yang telah berlaku
iii. Menggambarkan semula idea yang telah dipelajari
iv. Menyimpan rekod tindakan yang telah diambil
v. Menentukan hala tuju akan datang
Strategi pentaksiran kendiri
i. Modeling - menggunakan hasil kerja yang baik sebagai contoh.
ii. Kemahiran menyoal secara berfokus - pelajar diminta membina
soalan untuk mendapatkan maklumat tambahan.
iii. Pengurusan grafik - bentuk visual yang dapat membantu pelajar
menstruktur pemikiran mereka dalam bentuk diagram.
iv. Membuat refleksi pembelajaran- catatan jurnal tentang apa yang
dialami.
v. Penilaian rakan sebaya - maklum balas daripada rakan sebaya.
vi. Senarai semak - untuk mentaksir sikap pelajar, tingkah laku dan
tindakan pelajar semasa proses pembelajaran.
vii. Portfolio digital penggunaan ICT dalam pentaksiran pembelajaran.
viii. Aplikasi teknik pentaksiran bilik darjah - menggunakan pelbagai
aktiviti penaksiran untuk pembelajaran.

D. Pentaksiran Berasaskan Komputer


i. Pentaksiran ini merupakan pentaksiran yang disediakan, ditadbir
dan disemak oleh komputer.
ii. Terdapat perisian khas untuk kegunaan guru.
iii. Pentaksiran pembelajaran lebih menarik dan boleh mendapat
maklum balas secara langsung
iv. Prestasi pelajar akan ditentukan oleh program komputer
berdasarkan aras kesukaran soalan
v. Electronic votting system membolehkan guru membuat
pentaksiran selepas pengajaran dan pembelajaran selesai
vi. Tahap penguasaan pembelajaran pelajar dapat diukur dengan cepat dan tindakan
susulan dapat dibuat.