Anda di halaman 1dari 23

10 Penjenayah Terkemuka

Malaysia

Jenayah merupakan satu perbuatan yang menyalahi undang undang


kerajaan sesuatu tempat. Orang yang melakukan perbuatan jenayah ini
dinamakan penjenayah. Antara kes kes jenayah yang pernah berlaku
dalam negara kita yang aman ini adalah seperti rompakan, rogol,
penyeludupan senjata api, kegiatan kongsi gelap dan pembunuhan yang
mengerunkan. Pasti korang tahu pasal kes kes jenayah dan penjenayah
yang tersebar luas dalam media massa. Sejak zaman dulu pun dah ada
penjenayah. Tak tahu la sama ada korang kenal atau tidak (penting ke
kenal diaorang? ada masuk dalam SPM subjek "Sejarah" ke?) Yang pasti,
hari ni aku nak kongsikan cerita pasal penjenayah penjenayah yang
pernah fofular sewaktu ketika dulu.

1. Botak Chin

Wong Swee Chin adalah nama sebenarnya. Botak Chin tidaklah


berkepala botak sebaliknya nama itu adalah gabungan perkataan BO
TAK CHIN dalam bahasa hokkien membawa maksud Tiada (BO) Kerja
(TAK) CHINA (Chin) atau 'jobless chinese'. Pada tahun 1967, Botak Chin
mula terbabit dalam kumpulan Geng 360 di Kuala Lumpur dan
melakukan jenayah seperti merompak dengan menggunakan senjata api
yang dirampas oleh kumpulannya atau dibeli di Thailand dengan
menggunakan wang hasil dari rompakkannya. Pada September 1969,
dia mula menubuhkan geng sendiri. Melakukan lapan rompakan pada
bulan itu tetapi akhirnya ditahan polis dan dipenjara tujuh tahun.
November 1974 selepas dibebaskan dari penjara dia memulakan
kehidupan baru sebagai sebagai penjual sayur tidak ianya langsung
tidak memuaskan hatinya. Oleh itu, Botak Chin kembali aktif dengan
menubuhkan geng baru yang dianggotai Ng Cheng Wong (Ah Wong),

Beh Kok Chin (Pangkor Chai) dan Teh Bok Lay (Seh Chai). Kegiatan
rompakan oleh mereka semakin aktif seperti di pusat perjudian haram di
Sentul, sebuah bank di Jalan Imbi Kuala Lumpur, kuil Cina di Jalan Kolam
Ayer Kuala Lumpur, sebuah bar di Sentul, di Kelab Kereta api Sentul dan
juga di Kelab Lumba Kuda sekitar Kuala Lumpur. Segala hasil rompakan
digunakan untuk membeli lapan senjata api dan peluru di Thailand.
Kedudukannya sebagai ketua mula terancam oleh anggotanya sendiri,
Ah Wong, dan Ketua Geng Lima Jari Gunung, Tua Pui Lek. Kedua dua
mereka ditemui mati ditembak di kawasan lombong tinggal di Jinjang.
Orang kanannya, Seh Chai, pula mati membunuh diri selepas dikepung
polis di Jalan Alor. Awal 1976 Botak Chin mengambil anggota baru,
diikuti tiga rompakan dengan wang yang dilarikan kira-kira RM400,000.
Pada masa sama, tujuh orangnya mati ditembak selain ada yang
ditangkap. Polis juga berjaya merampas senjata api, peluru dan bom.
Pada 22 November 1975, kejadian berlaku di malam hari. Sebuah kereta
Datsun hijau yang dinaiki oleh Botak Chin dan ahli gengnya yang lain
mengekori rapat sebuah kereta yang dinaiki oleh pegawai kanan polis,
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Deputi
Superintendan (DSP) S Kulasingam. Pegawai berkenaan adalah sasaran
mereka. Setiba di lampu isyarat Jalan Davis-Jalan Pekeliling, kereta
Datsun berkenaan bergerak pantas menghampiri kenderaan yang
mereka ekori. 18 tembakan dilepaskan bagi menghapuskan DSP S
Kulasingam. Dentuman demi dentuman dilepaskan hingga mengejutkan
orang ramai di sekitar kawasan berkenaan. Matlamat kumpulan lelaki itu
hanya satu iaitu membunuh seorang pegawai kanan polis di tempat
terbuka. Bagaimanapun, tindakan gila penjenayah itu gagal berikutan
hanya satu das tembakan mengenai Kulasingam. Sebaliknya pegawai

polis itu masih berupaya memandu ke Balai Polis Cheras, tidak jauh dari
lokasi itu. Keesokannya, terpampang pada dada akhbar bahawa cubaan
membunuh itu gagal. Serangan mengejut terhadap Kulasingam
menyebabkan pihak polis bertekad untuk menahan dan membasmi
jenayah pemuda itu. Satu pasukan khas ditubuhkan polis. Beberapa
pegawai polis yang pakar memburu penjenayah daripada beberapa ibu
pejabat polis daerah dipanggil menganggotai pasukan itu dan tugas
mereka adalah menjejak pergerakan geng Botak Chin. 16 Februari 1976,
episod akhir pemburuan polis membawa mereka ke sebuah kilang papan
di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Polis mula mengepung kilang berkenaan
dan menunggu kemunculan Botak Chin. Sebuah kereta Mazda putih
masuk ke kawasan kilang. Sebaik berhenti, tiga lelaki keluar daripada
kereta itu dan seorang daripada mereka ialah suspek buruan, Botak
Chin. Penjenayah ganas itu lengkap bersenjata selain memiliki dua bom
tangan. Langkah dan perlakuan seperti biasa meyakinkan pihak polis
bahawa kumpulan penjenayah terbabit tidak menyedari kehadiran
mereka. Dengan pantas pihak polis bertindak, empat pasukan
menggempur masuk ke kawasan kilang dan berlakulah pertempuran
antara penjenayah dan polis, masing masing melepaskan tembakan.
Botak Chin ditembak pada kaki dan tangan kanan. Manakala pengikut
pengikutnya yang lain telah mati ditembak. Babak keganasan
penjenayah itu berakhir apabila Botak Chin yang berada dalam keadaan
tersepit menyerah diri dalam operasi penuh bahaya itu. Botak Chin
ditahan selama setahun sebelum mengaku bersalah apabila dihadapkan
ke mahkamah terhadap dakwaan mengikut Akta Keselamatan Dalam
Negeri (ISA) yang membawa kepada hukuman mati mandatori. Ketika
menunggu dihukum gantung, Botak Chin terus menunjukkan sikap

ganasnya apabila menyerang dan mencederakan pegawai penjara


termasuk menggunakan senjata tajam sebanyak dua kali. Botak Chin
dihukum gantung sampai mati pada 11 Jun 1981 di Penjara Pudu, Kuala
Lumpur.

2. Bentong Kali

Penjenayah yang amat dikehendaki sekitar awal tahun 1990 an. P.


Kalimuthu atau digelar Bentong Kali (tempat asalnya) terkenal dengan
sikap barannya yang suka membunuh orang ramai secara sesuka hati.
Puluhan orang awam tidak bersalah menjadi mangsa tanpa sebarang
sebab disamping turut terlibat dengan aktiviti dadah dan rompakan.
Keganasannya amat melampau hingga beliau masih membunuh orang
awam walau ketika polis telah melancarkan operasi seluruh negara
untuk menangkapnya yang dikenali sebagai 'Ops Buncit'. Rekodnya

adalah 16 kes pembunuhan sehingga polis menawarkan ganjaran


RM100,000 kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat sehingga
tertangkapnya penjenayah kejam itu. Penjenayah mula terjebak dalam
kegiatan jenayah seawal usia 14 tahun iaitu selepas dia meninggalkan
alam persekolahan pada tingkatan satu. P. Kalimuthu menyertai
Kumpulan kongsi gelap Cina 04. Pernah dipenjara ketika usia 19 tahun
tetapi dibebaskan tidak lama selepas itu. Namun ianya tidak
menginsafkan Kalimuthu sebaliknya kira-kira empat tahun selepas
dibebaskan, dia kembali bergelumang dengan dunia jenayah dengan
menyertai kumpulan kongsi gelap India 08. Bersama kumpulan haram
dan rakan penjenayah baru, Kalimuthu aktif mencabar undang undang
sekitar ibu kota iaitu di Brickfields, Segambut, Sungei Way dan Ampang.
Ditahan semula pada Julai 1985 mengikut Ordinan Darurat serta pernah
di tempatkan di Pulau Jerjak, Pulau Pinang tetapi dibebaskan pada tahun
1987. Peluan kedua yang diberikan langsung tidak dihiraukannya. Kali
ini dia menubuhkan kumpulan kongsi gelap 04 yang tertumpu di Jalan
Klang Lama, Kuala Lumpur. Kegiatan yang mereka lakukan adalah
seperti mengedar dadah. dan untuk kesalahan itu, Kalimuthu ditahan
lagi pada April 1990 dan didakwa mengikut Akta Dadah Berbahaya.
Bagaimanapun, dia terlepas daripada hukuman apabila bukti tidak
cukup untuk mensabitkan kesalahannya. Pada 1991, Kalimuthu
dikatakan mula mengganas kembali dengan melakukan pembunuhan
demi pembunuhan sehingga menyebabkan polis mula melancarkan Ops
Buncit pada Jun 1993 untuk menghentikan keganasan lelaki itu. Polis
mengklasifikasikan profil lelaki itu sebagai bukan pembunuh upahan
sebaliknya Bentong Kali yang bergerak bersama pengikutnya sekadar
melakukan pembunuhan demi pembunuhan mengikut kehendak nafsu

mereka. Antara pembunuhan yang dilakukan adalah dengan


melepaskan tembakan rambang dalam satu majlis sambutan hari lahir
menyebabkan 2 orang maut di tempat kejadian. Juga melepaskan sedas
tembakan ke atas seorang penjual roti canai kerana menegur tindakan
kurang ajar Bentong Kali yang kencing berhampiran rumahnya. Semua
jenayah berlaku di kawasan perumahan Taman Tanming Jaya. Ini
dikaitkan dengan Bentong Kali kerana penjenayah itu turut menyewa
selama tiga bulan di Taman Tanming Jaya sebelum melarikan diri.
Tindakan P. Kalimuthu menyebabkan penduduk di taman itu hidup dalam
ketakutan. Ada antara mereka yang berpindah buat sementara waktu ke
kawasan lain kerana khuatir menjadi mangsa seterusnya. Terbabit juga
dalam kejadian pembunuhan seorang lelaki dan mencederakan seorang
lelaki lain di Kampung Sungai Tepi, Jalan Klang Lama. Penemuan bukti
kelongsong peluru 9mm dari pistol Sig Sauer menyebabkan polis
mengesyaki pembabitan P. Kalimuthu atau Bentong Kali dalam kejadian
siri pembunuhan berkenaan. Pencarian pihak berkuasa kemudian
berhasil apabila Bentong Kali dikatakan keluar dari persembunyiannya
dipercayai untuk mencari seorang bekas konconya di Jalan Klang Lama.
Intipan polis kemudian membawa kepada serbuan di markas
persembunyian lelaki itu di sebuah rumah teres dua tingkat di Medan
Damansara, Kuala Lumpur pada 29 Jun 1993. Drama tembak menembak
berlaku dan akhirnya penjenayah dan tiga lagi rakannya berjaya
ditembak mati oleh polis.

3. Mona Fandey

Maznah Ismail atau lebih dikenali sebagai Mona Fandey, adalah seorang
penyanyi pop, dukun, dan pembunuh dari Malaysia. Dia disabitkan
melakukan jenayah berat dengan terbabit dalam kes pembunuhan
seorang ahli politik, Mazlan Idris, pada tahun 1993. Kerjayanya sebagai
penyanyi pop tidak bertahan lama, namun ia masih berjaya
menghasilkan satu album. Selepas itu, Mona mula terlibat dalam
kegiatan sihir spiritual yang dikenali sebagai bomoh atau dukun
tempatan. Dia menawarkan perkhidmatannya kepada pelanggan dan
sebahagian besarnya daripada masyarakat kelas atasan termasuk ahli
ahli politik. Dikhabarkan bahawa Mazlan Idris, seorang ahli politik Adun
Batu Talam, Pahang, telah berjumpa dengan Mona untuk mendapatkan
perkhidmatan darinya. Mazlan Idris pernah menuntut di Amerika
Syarikat dan merupakan seorang ahli politik hebat dan berkuasa dari
United Malays National Organisation (UMNO) parti. Pada saat itu, Mona
bekerja dengan suaminya Mohamad Nor Affandi Abdul Rahman dan
pembantu mereka Juraimi Hassan. Mona dan suaminya berjanji untuk
membantu Mazlan dengan memberinya beberapa "benda" yang sama

dimiliki oleh bekas Presiden Sukarno demi meningkatkan dan


mengekalkan kekuasaannya. Mona menuntut RM 2.5 juta daripada
Mazlan sebagai bayarannya. Oleh itu Mazlan telah membayar kepada
pasangan tersebut dengan sejumlah wang RM 500,000 sebagai deposit
dan memberi mereka 10 sijil tanah sebagai jaminan untuk sisa RM 2
juta. Satu perjanjian telah dibuat diantara mereka untuk melakukan
pembersihan ritual yang akan dilakukan di rumah Mona. Mazlan disuruh
berbaring di lantai sementara Mona menaburkan kelopak kelopak bunga
kepadanya. Dia kemudian menyuruh Mazlan untuk menutup mata dan
menunggu wang untuk "jatuh dari langit". Dengan sepantas kilat,
Juraimi menghayun sebilah kapak menghentak Mazlan dan dicincangkan
nya seluruh anggota badan Mazlan. Mayat Mazlan ditemui oleh polis
pada 22 Julai 1993 dimana anggota tubuhnya dipisahkan dalam 18
bahagian yang dikebumikan di sebuah gudang dekat rumah Mona di
Pahang. Mazlan dilaporkan hilang pada tarikh 2 Julai 1993 selepas
menarik RM 300,000 dari bank. Setelah pembunuhan itu, Mona
dilaporkan telah membelanjakan wang yang diterimanya dengan
membeli sebuah Mercedes-Benz. Namun demikian, sepandai pandai
tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Mona, suaminya, dan
Juraimi akhirnya ditangkap dan diadili di Mahkamah Tinggi Temerloh.
Sepanjang persidangan, Mona memperlihatkan perilaku aneh termasuk
muncul ceria, terus tersenyum dan berpose untuk photographer
wartawan. Dia berpakaian mewah dengan design yang cerah dan
berwarna warni pada gaun. Dia juga berkata, "saya seperti mempunyai
ramai peminat". Mona juga dilaporkan pernah mengucapkan kata kata
"Aku Takkan mati" dan masih tenang dan tersenyum. Mahkamah Tinggi
mendapati mereka bertiga bersalah dan menghukum mereka gantung

sampai mati. Mona, Affandy, dan Juraimi akhirnya digantung pada tarikh
2 November 2001 di Penjara Kajang.

4. Hanafi Mat Hassan

Hanafi Mat Hassan, 38 tahun, seorang pemandu bas ekspres Kiara telah
melakukan dua jenayah besar, rogol dan bunuh, di dalam basnya sendiri
yang bercermin gelap. Mangsa, Noor Suzaily Mukhtar, seorang jurutera
komputer dirogol oleh Hanafi pada 7 Oktober 2000 antara waktu 8.50
pagi di Lorong Pegaga, Taman Chi Liung dan pukul 9.15 pagi di sebatang
jalan di kawasan projek pembinaan Taman Bukit Tinggi, Klang. Selepas
dirogol, mangsa dibunuh kejam. Hanafi yang berasal dari Bachok,
Kelantan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang
membawa hukuman mati mandatori dan Seksyen 376 Kanun Keseksaan
yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika
disabitkan kesalahan. Perogol telah menjalani hukuman gantung sampai
mati di Penjara Kajang selepas subuh dan mayatnya dibawa ke Hospital

Kajang sebelum dituntut keluarganya untuk dibawa pulang ke Binjai,


Kelantan. Jenazahnya kemudian dikebumikan di tanah perkuburan
Kampung Kubur Datu, Binjai.

5. Geng Azhar
Geng Azhar Kastam merupakan kumpulan penjenayah yang beroperasi
di Malaysia. Pada 3 Januari 2009, 10 suspek menyamar sebagai pegawai
kastam dan polis lalu menyerbu sebuah bengkel kereta di Selat Selatan,
Pandamaran, Pelabuhan Klang , Selangor. Kononnya mahu melakukan
pemeriksaan ke atas kenderaan yang terdapat di situ. Suspek membawa
keluar dua buah kereta iaitu Subaru Impreza dan BMW dengan alasan
kedua dua buah kenderaan tersebut perlu menjalani pemeriksaan rekod
oleh kastam. Pemilik bengkel dikatakan diminta membayar wang
sejumlah RM50,000 untuk dua kereta itu sekiranya mahu
menyelesaikannya di luar. Pada 7 Januari 2009 jam 4.00 petang, seorang
suspek lelaki berjaya ditangkap di Plaza Tol Batu 11, Kajang yang
membawa kepada tangkapan 10 lagi ahli kumpulan berkenaan di Cheras
dan Ampang pada 8 Januari 2009. Semua suspek berusia dalam
lingkungan antara 27 hingga 48 tahun. 8 lelaki dan 3 wanita.

6. Prebet Adam

Prebet Adam merupakan seorang askar melayu pada sesuatu masa


yang lalu. Peristiwa amukan Prebet Adam pada tahun 1987 sebenarnya
berpunca daripada kematian adik kesayangannya. Adik Prebet Adam
merupakan seorang Caddy atau penolong pemain golf (individu yang
bertanggungjawab mengangkat segala batang golf) kepada Sultan Johor
pada ketika itu. Dikhabarkan, pada suatu hari, ketika sultan Johor
sedang bermain golf, adik Prebet Adam ini telah tertawa kecil melihat
bola golf Sultan Johor ini yang tidak masuk lubang pada jarak sejangkal.
Terkenal dengan sifat panas baran beliau, Sultan Johor ini lantas
bertindak balas dengan menghayunkan kayu golfnya yang keras itu
kepada adik Prebet Adam tersebut. Dan secara tidak diduga, adik Prebet
Adam mati ditempat kejadian. Disebabkan pada ketika itu raja raja
Melayu masih mempunyai kuasa kekebalan, maka pembesar tersebut
telah terlepas begitu sahaja tanpa ada sebarang tindakan undang
undang. Sampai sahaja ke pengetahuan Prebet Adam, maka
mengamuklah dia. Pada malam 18 oktober 1987, Prebet Adam telah
mengamuk di jalan Chow Kit dengan membawa bersama senjata M-16
nya. Prebet Adam telah menembak secara melulu ke arah orang ramai
kerana berang dengan kezaliman terhadapnya dan bagi menarik

perhatian seluruh negara. Dia lari sambil menembak membuta tuli dan
telah terkena seorang cina di hadapan Hankyu dan seorang melayu di
hadapan Batu Road Supermarket. Esoknya, sejarah tercipta apabila
Chow Kit sunyi dan lenggang apabila seorang pun tidak dibenarkan
masuk ke Chow Kit kerana keadaan tegang tersebut. Penembak tepat
polis telah ditempatkan di merata bangunan di situ bagi mengesan
Prebet Adam namun gagal. Prebet adam dikatakan telah menyorok
disebuah reban ayam milik salah seorang penduduk Kampung Baru.
Tuan punya reban ayam tersebut yang menyedari kehadiran Prebet
Adam tersebut telah melaporkan kepada polis. Namun, setelah dikepung
oleh polis, Prebet Adam tetap enggan menyerahkan diri. Dengan
kehadiran bos Prebet Adam yang berpangkat kolonel atau jeneral,
akhirnya telah berjaya memujuk Prebet Adam untuk menyerah diri. Bagi
mententeramkan situasi negara pada ketika itu, Prebet Adam telah dicaj
tidak siuman dan telah dimasukkan ke hospital bahagia di sebuah wad
khas di Tanjung Rambutan. Sultan Johor tersebut pula terlepas dari
hukuman setelah ayahandanya memohon maaf bagi pihak anaknya.

7. Ahmad Najib

Ahmad Najib Aris, 33 tahun, bekas pencuci kabin kapal terbang pasrah
dan reda setelah hakim mengekalkan keputusan hukuman gantung
sampai mati ke atasnya. Walaupun Ahmad Najib masih boleh merayu
kepada Lembaga Jemaah Pengampunan Selangor sebagai usaha
terakhir, namun ianya jarang dapat menyelamatkan pesalah daripada
hukuman tali gantung. Kisah bermula dari sebuah parti keraian. Canny
Ong Lay Kian, 28 tahun, menghadiri majlis makan malam bersama
kawan kawannya dan ahli keluarga yang lain pada hari Jumaat 13 Jun
2003. Ibu Canny, Pearley Viswanathan dan kakaknya Elsie juga turut
hadir ke majlis itu. Kereta mereka diparkir di tempat letak kereta dalam
pusat beli belah Bangsar yang menempatkan Restoran Monte, lokasi
parti tersebut. Pada 10.30 malam, Canny bersama kakak dan ibunya
hendak pulang ke rumah. Ketika hendak membayar tiker parking di
mesin tiket, mereka baru perasan yang tiket tersebut tertinggal dalam
kereta. Jadi Canny pergi bersendirian mendapatkan tiket kereta itu. Dari
situlah permulaan kisah yang membawa kepada kematian Canny.
Kamera litar tertutup di bangunan tersebut menunjukkan bahawa kereta
Proton Tiara milik ibu Canny dipandu laju dan merempuh penghadang
laluan keluar. Sebelum Canny dirogol, Ahmad Najib mengakui mengacu
pisau kepada mangsa. Tertuduh dalam pengakuannya menganggap
hubungan seks dengan Canny adalah atas kerelaan mangsa.
Bagaimanapun, perbuatan Ahmad Najib mengeluarkan sebilah pisau
ditafsir mahkamah sebagai tindakan mengugut bagi membolehkan
Ahmad Najib merogol mangsa. Bukti paling kukuh yang menuduh
Ahmad Najib sebagi pesalah adalah apabila ujian DNA terhadap
sepasang seluar jeans yang dipakai Ahmad Najib akhirnya didapati

mengandungi percikan darah Canny dan ianya cukup kuat bagi


membuktikan dia bertanggungjawab membunuh mangsa.

8. Mat Komando

Mat Komando atau nama sebenarnya Ahmad Mohd Arshad, 37 tahun,


mengetuai satu kumpulan jenayah yang dikenali sebagai Kumpulan 13.
Kumpulan yang diketuainya telah melakukan lebih 40 rompakan
bersenjata di seluruh negara sebelum ditumpaskan. Mat Komando kekal
menjadi satu satunya penjenayah yang telah merompak Bank BSN dan
Pejabat Pos. Anak kedua daripada lapan beradik dari Kampung
Selengkoh, Yan ini bukanlah anggota komando yang cukup terlatih dan
berpengalaman luas kerana kerjayanya di dalam perkhidmatan tentera

hanya selama dua tahun. Selepas berhenti daripada perkhidmatan


tentera, Mat Komando bekerja sebagai pemandu lori di Kuala Lumpur.
Tugas barunya itu pun tidak bertahan lama dan selepas itu dia sering
bertukar kerja lain seperti menjadi pemandu teksi dan pemandu bas.
Mat Komando dikatakan bukan seorang yang bersifat bengis, keras hati
walaupun terlibat dalam kegiatan jenayah. Ramai rakannya juga tidak
percaya dia terlibat dalam perbuatan itu kerana dia jarang bercakap
tentang apa yang dilakukannya dan tidak menunjukkan reaksi keras jika
tidak menyetujui sesuatu perkara. Satu sifat yang terdapat pada diri Mat
Komando ialah dia sering membantu orang lain dan kerap membawa
balik buah tangan untuk saudara maranya walaupun nilainya tidak
seberapa. Sebelum dia menjadi buruan polis, Mat Komando sempat
menyiapkan rumah baru itu untuk kediaman isterinya dan seorang anak
tunggal berusia 10 tahun yang cacat pendengaran. Mat Komando
dikatakan mempunyai ilmu kebal dan mampu menghilangkan diri
walaupun telah dikepung oleh pihak polis beberapa kali walaupun rakan
rakanya yang lain mati ditembak polis. Mat Komando pernah terlepas
daripada kepungan polis ketika anggota kumpulan itu pulang daripada
bercuti bersama keluarga dan teman di sebuah pusat peranginan di
Tasik Pedu. Mat Komando muncul semula enam bulan kemudian di
Gemas, Negeri Sembilan pada 28 Julai lalu apabila sekali lagi dia
bolos daripada kepungan polis. Rakan sepelariannya, Shukri Husain
yang terlepas daripada buruan polis ketika bersembunyi di sebuah
rumah di Gemas, Negeri Sembilan akhirnya menjadi musuhnya. Menurut
pihak polis, Mat Komando dikatakan cuba membunuh Shukri di sebuah
kampung di Baling baru baru ini. Shukri yang dibelasah dengan teruk
sempat menyelamatkan diri tetapi akhirnya ditahan oleh polis. Mat

Komando telah mati ditembak menembusi kepalanya dalam satu ops


yang dinamakan Ops Api Sawit di Pendang Kedah.

9. Al Ma'unah

Al Ma'unah adalah sebuah organisasi pengganas militan di Malaysia


yang terkenal dengan keberaniannya melakukan pencerobohan nekad
ke atas sebuah kem Rejimen Askar Wataniah pada subuh 2 Julai 2000
dan melarikan sejumlah besar senjata api daripada stor persenjataan.
Kumpulan tersebut kemudiannya mendirikan pangkalan rahsianya di
kawasan hutan berhampiran perkampungan di Sauk, Perak dan terlibat
dalam pertempuran di antara Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja
Malaysia. Mohamed Amin bin Mohamed Razali yang merupakan
pemimpin kepada 29 ahli kumpulan Al Ma'unah mengetuai misinya
untuk menggulingkan kerajaan Malaysia. Mohamed Amin turut
menghantar rakannya untuk meletupkan kilang minuman keras Anchor
dan Carlsberg di Petaling Jaya berhampiran Kuala Lumpur dan kuil Hindu
di Batu Caves. Serangan itu menyebabkan hanya kerosakan kecil sahaja.
Ahli kumpulan tersebut, Shahidi dan Khairul Anuar, kemudiannya

diarahkan untuk meletupkan kilang Carlsberg di pinggir kota Kuala


Lumpur dengan senjata pelancar bom tangan yang dirampas daripada
kem tentera. Mereka memaklumkan bahawa mereka akan menyerang
Kuala Lumpur sekiranya tuntutan ke atas Perdana Menteri Malaysia
ketika itu, Dato Seri Dr Mahathir Mohamad untuk meletakkan jawatan
dalam masa 24 jam tidak dipenuhi. Pada awal pagi 2 Julai 2000, 20 ahli
kumpulan Al-Maunah menaiki tiga kenderaan Pajero dan bergerak ke Pos
2 Kem Kuala Rhui pada jam 2.50 pagi dan kemudian ke Kem 304
Rejimen Askar Wataniah pada jam 4.15 pagi. Mereka berpakaian
pegawai kanan tentera dan berlagak melakukan pemeriksaan mengejut.
Mereka menyatakan ingin mengadakan pemeriksaan mengejut ke atas
jumlah semua peluru yang disimpan di dalam kem tersebut. Mereka
berjaya melarikan sejumlah besar senjata api dan imunisasi, iaitu 97
laras raifal M16, dua laras raifal Steyr AUG, empat senjata Mesingan
Kegunaan Am (GPMG), enam laras mesingan ringan, lima pelancar bom
tangan M203, 182 kelopak M16, lapan laras tambahan mesingan
kegunaan am, tiga laras tambahan mesingan ringan, 26 bilah pisau
benet, 9,095 butir peluru berkaliber 5.56mm dan 60 butir kartus peluru
bom tangan berkaliber 40mm. Anggota geng tersebut kemudiannya
menyembunyikan diri di dalam hutan Bukit Jenalik, Sauk, Perak. Amin
mengagih agihkan semua senjata yang dilarikan tersebut kepada orang
orangnya untuk dilatih. Bunyi tembakan yang jarang di dengar oleh
penduduk kampung telah menarik perhatian polis. Kumpulan tersebut
membuat persediaan untuk menjayakan rancangan mereka, termasuk
mengumpul bekalan makanan dan membawanya ke dalam pengkalan
mereka di Bukit Jenalik. Sepasukan polis dihantar mengepung Bukit
Jenalik untuk menyekat pergerakan mereka. Walaubagaimanapun, dua

anggota polis iaitu Sarjan Mohd Shah Ahmad dan Koperal Detektif
Sanghadevan, serta penduduk kampung Jaafar Puteh dan seorang
anggota komando ATM, Truper Matthews anak Medan, telah dijadikan
tebusan oleh Al-Ma'unah. Sepanjang 4 hari menjadi tawanan, anggota
pasukan keselamatan telah diseksa dan dianiaya. Mereka dipaksa
menggali parit di kawasan Bukit Jenalik untuk dijadikan sebagai kubu
pertahanan sekiranya pangkalan mereka diserang. Pada sebelah malam,
mereka telah diikat pada pohon durian. Amin mengetahui identiti Truper
Matthews, Amin menyeksa Matthews dengan menembak kakinya. Amin
kemudiannya menyuruh Jemari Jusoh menembak Truper Matthews. Pada
pagi 5 Julai 2000, seorang anggota Al Ma'unah, Abu Bakar bin Ismail
telah ditembak oleh pasukan keselamatan. Sebagai tindak balas, Amin
dan rakan-rakannya bertindak membalas tembakan. Semasa tembakmenembak tersebut, Koperal Detektif Sanghadevan telah ditembak
mati. Mayat Sanghadevan kemudiannya dikebumikan bersebelahan
Truper Matthews oleh Mohd Shah dan Jaafar. Kumpulan Al-Ma'unah
kemudiannya menyerah diri, dan Kerajaan Malaysia bertindak
memerangi ahli kumpulan Al-Ma'unah selepas memberi peluang untuk
kumpulan tersebut menyerah diri dan menghentikan sebarang
percubaan untuk mendapatkan sokongan awam kepada ahli kumpulan
Al-Ma'unah dan menyatupadukan mereka kembali kepada masyarakat.
Mohamed Amin kemudiannya menyerah diri. Sebelum itu, beliau yang
bersenjatakan raifal M16/M203 telah menarik kolar pakaian Leftenan
Jeneral Zaini Mohd Said, komander Tentera Darat Malaysia dan cuba
untuk menembaknya dari jarak dekat. Tetapi Jeneral Zaini bertindak
menepis laras senjata Amin dan telah tertembak salah seorang anggota
militan. Jeneral Zaini kemudiannya dianugerahkan pingat Seri Pahlawan

Gagah Perkasa (S.P.) atas keberaniannya dan sumbangannya


menamatkan keganasan tersebut tanpa mempedulikan nyawa beliau.
Dua jam sebelum insiden tersebut, ASP Abd Razak Mohd Yusoff terlebih
dahulu bergerak ke markas tersebut bersama dengan 20 orang anggota
pasukan elitnya 69 Komando PGK PDRM menaiki bukit ke arah di
Kumpulan Al Ma'unah berkhemah. Setelah mendapat perlindungan yang
sesuai untuk ahli kumpulannya, Abdul Razak bergerak bersendirian
menyelinap masuk ke kubu. Beliau menemui sendiri Ketua Kumpulan Al
Ma'unah iaitu Amin. Berlakulah perdebatan antara Abdul Razak dan
Amin yang mengambil masa selama 2 jam dan akhirnya, ketua
kemupulan Al Ma'unah tersebut bersetuju untuk menyerah diri. Maka,
setelah Amin setuju untuk menyerah diri barulah ASP Abdul Razak
memanggil Pasukan Leftenan Jeneral Zaini untuk proses perletakkan
senjata. Di atas keberanian dan kebijaksanaan berbincang ASP Abdul
Razak telah dianugerahi pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P) atas
jasanya.

10. Rasidi Ismail

Tanggal 5 Januari 2010, empat sekeluarga ditemui mati dibunuh dengan


kejam dalam dua rumah berasingan di sebuah kawasan ladang terpencil
di Kampung Batang Rokan, Gemencheh. Dalam kejadian, mangsa, Atan
Daud, 90 tahun, bekas imam Masjid Kampung Batang Rokan ditemui
terbaring berlumuran darah berhampiran mayat isterinya, Sufiah Keatas,
80 tahun. Mayat Atan ketika ditemui putus tangan kanannya dipercayai
ditetak. Mayat isterinya, Sufiah pula putus tangan kiri. Turut ditemui
berhampiran ialah mayat menantu mereka, Ismail Awang, 76 tahun,
dalam keadaan tidak berkepala. Mayat seorang lagi mangsa iaitu anak
Ismail, Siti Khadijah, 22 tahun, ditemui dengan pisau tercacak di
bahagian dada di rumah bersebelahan. Kejadian itu disedari seorang lagi
anak Ismail, Siti Mariam, 19 tahun, yang pulang dari sekolah pada pukul
2 petang. Di lokasi kejadian, sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat
Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin,
unit anjing pengesan dan Unit Forensik berada di kawasan ini sejak
petang tadi mencari petunjuk mengenai kejadian tersebut. Polis
menemui senjata yang digunakan dalam kejadian bunuh itu. Sementara
itu, polis sedang mengesan seorang lelaki, Rashidi Ismail berusia 34
tahun yang dipercayai boleh membantu siasatan kes bunuh empat
sekeluarga ini. Polis menolak sama sekali motif pembunuhan itu sebagai

kes samun kerana barang kemas dan wang tunai didapati tidak hilang
daripada mangsa yang dibunuh. Akhirnya pembunuh kejam yang
merupakan ahli keluarga mangsa berjaya di tangkap di ibu negara di
Stesen LRT Masjid Jamek KL. Semasa penangkapan itu, suspek bertindak
ganas dan cuba menyerang anggota polis yang ingin menahan dia
dengan menggunakan sebilah pisau yang dibawanya. Suspek dikatakan
tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan masalah penagihan
dadah mengikut data polis. Mengikut maklumat dari keluarga suspek,
dia adalah seorang anak yang baik tetapi telah putus tunang sebanyak 2
kali dan kebelakangan ini, suspek sering ketawa, menangis dan
bercakap sendiri. Sebelum itu, kepala seorang mangsa yang dipenggal
gagal ditemui oleh pihak polis sehingga suspek memberikan hasil
maklumat. Kepala bapa kandung yang dipenggalnya telah ditanam 200
meter dari pintu masuk utama ke tanah perkuburan Islam di Seksyen 21
Shah Alam. Berikutan dengan kenyataan dari Rasidi Ismail yang masih
mengekalkan pengakuan bersalahnya atas tuduhan tersebut kerana
mendakwa dia mendapat arahan untuk bunuh keluarganya itu dari
langit. Oleh yang demikian, mahkamah Tinggi mengarahkan supaya
tertuduh menjalani pemeriksaan di Hospital Permai, Tampoi, Johor
selama sebulan. Pada 7 September 2010, Rasidi Ismail dibebaskan dari
pertuduhan membunuh empat orang ahli keluarganya pada 5 Januari
lalu oleh Mahkamah Tinggi setelah didapati tidak waras semasa
melakukan perbuatan tersebut. Rasidi Ismail disahkan menghidap
penyakit skizofrenia iaitu mengalami halusinasi, ilusi, paranoid dan
kepercayaan palsu oleh pakar dari Hospital Permai, Johor. Doktor pakar
berkenaan turut merumuskan tertuduh tidak sedar ketika kejadian
berlaku ekoran terpengaruh kepercayaan palsu selepas mendapat

arahan tulisan di dinding dan bisikan suara halus. Dengan keputusan itu
Rasidi Ismail terlepas dari hukuman gantung namun dia diperintahkan
ditahan di Penjara Kajang, Selangor sehingga diperkenankan Yang
Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Anda mungkin juga menyukai