Anda di halaman 1dari 6

Sinopsis :

Cerita bermula dengan suasana kecoh apabila Raja Muda didapati hilang dari rumah
Nenek Kebayan. Nenek Kebayan cemas kerana insiden itu boleh mengakibatkan dirinya
dibunuh. Dalam masa yang sama, persiapan sedang dilakukan untuk mengahwinkan
Sultan Muda dengan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri di negeri Tanjung Bunga Kembang
Sekaki. Majlis itu diraikan secara besar-besaran dan penuh adat istiadat.
Perkahwinan itu dihidu oleh Tuan Puteri Bidadari Segerba yang sudah sebulan
kembali ke kayangan. Tuan Puteri Bidadari Segerba pun pergi ke mahligai Tuan Puteri
Kuntum Ratna Suri lalu menyatakan kekecewaannya terhadap tindakan Sultan Muda untuk
bernikah lagi. Raja Muda menjelaskan sebab-sebab baginda bernikah dengan Tuan Puteri
Kuntum Ratna Suri melalui syairnya. Setelah berkenal-kenalan dengan Permaisuri Kaca
Bertuang dan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri, Tuan Puteri Bidadari Segerba memaklumkan
bahawa dia sedang mengandung enam bulan. Sebagai tanda muafakat,Tuan Puteri
Bidadari Segerba sanggup memberikan kandungannya itu kepada Tuan Puteri Kuntum
Ratna Suri. Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri bersetuju lalu baginda pun memakan sepah
sirih lebihan Tuan Puteri Bidadari Segerba. Dengan kuasa Tuhan,kandungan dalam perut
Tuan Puteri Bidadari Segerba berpindah ke dalam perut Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri.
Setelah kejadian itu, mereka berdua saling berjanji untuk tidak berjumpa selama beberapa
tahun.
Setelah cukup tempoh 12 bulan,pada waktu tengah hari bersamaan dengan hari
Selasa, Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri pun sakit hendak bersalin. Sultan Muda pun
menyeru isterinya Tuan Puteri Bidadari Segerba di kayangan supaya turun menyaksikan
kelahiran anak itu. Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri selamat melahirkan seorang cahaya
mata perempuan yang sihat. Bayi itu lahir dengan diiringi sebelah pedang pada setiap
tangan kiri dan kanan. Bayi itu diberi nama Tuan Puteri Renik Jintan Seri Kemala
Keinderaan. Satu majlis kesyukuran sempena menyambut kelahiran itu diadakan. Sultan
Muda juga memerintahkan Perdana Menteri membuat sebuah balai pancalogam 12 tingkat
di tengah Tasik Mendam Berahi untuk dijadikan tempat mandi puteri yang baru lahir itu dan
membuat sebuah khemah di tengah Padang Biram Kemala untuk dijadikan tempat bermain.
Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri semakin sihat tetapi bayinya tidak menangis, tidak
mahu makan dan minum. Hal ini membimbangkan seluruh istana tetapi keadaan menjadi
reda setelah Tuan Puteri Bidadari Segerba menjelaskan bahawa keadaan tersebut
memang sifat semula jadi anak tersebut.
Pada hari yang telah ditetapkan Sultan Muda membawa puterinya mandi di Tasik
Mendam Berahi. Semua persiapan yang diarahkan telah disiapkan. Tuan Puteri Kuntum
Ratna Suri dan bondanya membawa Puteri Renik Jintan ke balai pancalogam di tengahtengah tasik Mendam Berahi untuk dimandikan dengan penuh upacara. Turut diadakan

adalah adat turun tanah iaitu memijakkan kaki puteri itu ke atas tanah dan kemudiannya ke
atas emas serta perak.
Selesai upacara itu, anak-anak raja pun bersuka ria dengan pelbagai jenis
permainan. Pada sebelah malamnya pula,Sultan Muda membawa isterinya bermain-main
di atas pasir yang berkilat dan kemudiannya menyaksikan permainan Doh Besar, Langlang Aji Buntut dan cekur-cekur Puyuh. Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri turut sama
bermain permainan Doh Besan kerana terlalu seronok. Suasana sungguh meriah
sehinggalah larut malam dan semua permainan dihentikan. Keesokannya, kenduri
diadakan dengan menyembelih kerbau, bacaan doa selamat dan doa tolak bala. Sultan
muda bersama-sama pengiringnya berangkat kembali ke kota keesokannya.
Tema :
Cerita ini mengetengahkan tema tentang suka-duka pengalaman hidup Raja Muda atau
Sultan Muda. Baginda mengharungi pelbagai peristiwa seperti ditinggalkan isteri, bernikah
lain dan meraikan kelahiran puterinya.
Persoalan :

1. Persoalan Kasih sayang dalam sesebuah keluarga.


Dalam hal ini kekanda berenam begitu menyayangi saudara bongsu mereka dengan turut
sama meraikan kelahiran Puteri Renik Jintan.
2. Persoalan Pernikahan yang tidak direlakan.
Pernikahan Sultan Muda dengan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri sebenarnya tidak
direlakan oleh Tuan Puteri Bidadari Segerba.
3. Persoalan semangat kerjasama dalam menyelesaikan sesuatu kesukaran.
4. Persoalan sanggup berkorban demi kebahagiaan orang lain.
Dalam hal ini Tuan Puteri Bidadari Segerba sanggup memindahkan kandungannya yang
berusia enam bulan ke dalam perut Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri selepas peristiwa
pernikahan Sultan Muda dengan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri.
5. Persoalan kegembiraan menyambut kelahiran seorang bayi.
6. Persoalan Temasya untuk meraikan kedatangan seorang ahli baru dalam sesebuah
keluarga.
Watak dan Perwatakan :
Watak Utama
Raja
Muda

Berkahwin dua.

(Sultan

Muda

Gempita

Sakti)

Suami kepada Tuan Puteri Dayang Segerba dan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri.

Ayahanda kepada Puteri Renik Jintan.

Baginda seorang yang penyayang. Buktinya baginda menyambut kelahiran


puterinya dengan segala macam persediaan seperti mengadakan tempat untuk bersiram di
Tasik Mendam Berahi.
Baginda juga seorang yang bersifat pemurah. Baginda telah mengadakan kenduri
dengan menyembelih kerbau untuk pengikutnya.
Baginda seorang yang menjalankan perintah agama. Sebagai contoh baginda telah
mengiqamatkan puterinya yang baru lahir.
Watak Sampingan
Tuan

Puteri

Bidadari

Berasal dari kayangan.

Anak kepada Maharaja Indera Dewa.

Segerba

Merupakan isteri kepada Raja Muda.Seorang yang berbudi bahasa. Sebagai contoh,
dia pergi menghadiri majlis pernikahan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri dan bersalamsalaman dengan bondanya, Permaisuri Kaca Bertuang.
Beliau juga seorang yang cekal menerima takdir hidup bahawa suaminya berkahwin
lain sewaktu beliau berada di kayangan.
Tuan

Puteri

Kuntum

Ratna

Anakanda kepada Sultan Sedar Alam dan Permaisuri Kaca Bertuang.

Baginda dinikahkan dengan Sultan Muda.

Isteri kedua Sultan Muda.

Seorang yang berfikiran tebuka apabila sanggup mencemar duli untuk turun bermain
bersama-sama dalam permainan Doh Besar.
Seorang yang mengamalkan sikap muafakat apabila sanggup menerima kandungan
dari dalam perut Tuan Puteri Bidadari Segerba berpindah ke dalam perutnya.
Tuan

Suri

Puteri

Renik

Jintan

Seri

Kemala

Keinderaan

Anak perempuan kepada pasangan Sultan Muda dan Tuan Puteri Kuntum Ratna
Suri. Sewaktu berada dalam kandungan Tuan Puteri Bidadari Segerba berusia enam
purnama, Tuan Puteri telah dipindahkan ke dalam kandungan perut ibunya, Tuan Puteri
Kuntum Ratna Suri.
Tuan Puteri sangat disayangi oleh seluruh ahli keluarga dan istana.
Namanya itu diberikan oleh nendanya.

Gaya Bahasa :
1. Kata ganda
Bersuka-sukaan, bermaaf-maafan, dipeluk-peluk, dicium-cium
2. Personifikasi
Serai beranak di atas dapur.
3. Bahasa istana
Bersemayam, bersantap
4. Inversi
Tidak sedap rasa hati
Sudah kakanda berperi
5. Simile
Betapa padannya puteri itu bersanding dengan Sultan Muda laksana Sargandi dengan
Sang Rajuna seorang puteri yang sangat elok rupanya laksana bulan penuh purnama
empat belas
6. Bahasa klasik
Gahara, leta
7. Bahasa Arab
Mengkamatkan, kiblat

Latar :

Latar Masa
Pada waktu malam
Raja Muda mengajak isterinya bermain pasir di Tasik Mendam Berahi.
Pada hari Selasa waktu tengah hari.
Pada waktu ini Tuan Puteri Renik Jintan dilahirkan.
Pada waktu pagi.
Pada waktu ini, berlaku kekecohan di rumah Nenek Kebayan kerana Raja Muda
menghilangkan diri.
Latar Tempat
Di negeri Tanjung Bunga Kembang Sekaki.
Di sinilah dilangsungkan majlis penikahan Sultan Muda dengan Tuan Puteri Kuntum Ratna
Suri.
Di kayangan.
Merupakan tempat asalnya Tuan Puteri Bidadari Segerba.
Di rumah Nenek Kebayan.
Raja Muda tinggal di sini sebelum menghilangkan diri untuk pergi bernikah.
Tasik Mendam Berahi.
Di sini telah dibina sebuah astaka pancalogam 12 tingkat yang merupakan tempat bersiram
Tuan Puteri yang baru lahir.
Padang Biram Kemala.

Di tengah-tengah padang ini dibina sebuah khemah tempat beradu Raja Muda. Padang ini
juga dijadikan tempat anak-anak raja bermain Doh Besan, anak-anak pembesar bermain
Lang-lang Aji Buntut.
Latar Masyarakat
Latar masyarakat zaman feudal
Rakyat diperintah oleh raja dan mereka mesti mematuhi titah raja. Buktinya, Perdana
Menteri menjalankan arahan Sultan untuk mendirikan astaka dan khemah di Padang Biram
Kemala.
Latar masyarakat yang mementingkan adat dan upacara.
Raja Muda menjalankan upacara memijak tanah untuk puterinya.
Latar masyarakat yang berbudi bahasa
Latar masyarakat yang amanah kepada tugas
Perdana Menteri menjalankan tugasnya membina pancalogam 12 tingkat dan khemah
tempat bersiram dan tempat permainan Puteri Renik Jintan.
Latar masyarakat yang ahlinya sanggup berkorban demi kebahagiaan orang lain
Tuan Puteri Kuntum Ratna Sari sanggup menerima kandungan Tuan Puteri Bidadari
Segerba
Latar masyarakat yang mengamalkan unsur-unsur Islam
Raja Muda yang mengadakan majlis kesyukuran demi menyambut kelahiran puteri
baginda.
Nilai :
1. Nilai kasih sayang
Raja Muda yang begitu kasihkan puterinya hingga sanggup membina pancalogam 12
tingkat dan khemah sebagai tempat bersiram dan tempat permainan puterinya itu.
2. Nilai redha kepada takdir
Tuan Puteri Bidadari Segerba yang reda dengan perkahwinan kedua Raja Muda kepada
Tuan Puteri Kuntum Ratna Sari
3. Nilai saling menghormati
Kedua-dua isteri Raja Muda saling menghormati keputusan masing-masing untuk tidak
berjumpa selama setahun.
Pengajaran :

1. Kita hendaklah menjalankan tugas dengan amanah agar tidak menimbulkan masalah pada
masa akan datang.
2. Kita mestilah memberikan semangat dan dorongan kepada orang yang sedang sakit atau
dalam kesusahan.
3. Kita perlulah memohon maaf jika melakukan kesalahan agar tidak menimbulkan syak atau
menyakiti hati orang lain.

4. Kita hendaklah menyambut kelahiran ahli keluarga yang baru dengan penuh kegembiraan
dan kesyukuran.
5. Seorang suami perlu memaklumkan kepada isterinya sekiranya hendak berkahwin lagi
supaya tidak berlaku salah faham.

Anda mungkin juga menyukai