Anda di halaman 1dari 2

Apakah dapat dipelajari daripada tamadun mesir purba, Mesopotamia, lembah indus dan hwang

ho.
Tamadun Mesir Purba terletak di tebing sungai yang terdiri daripada 2 batang sungai iaitu
Sungai Nil Biru dan Sungai Nil Putih. Tanah Sungai Nil sangat subur untuk pertanian dan sesuai
untuk petempatan. Tamadun Mesir Purba berkembang daripada petempatan awal Zaman Neolitik
iaitu antara tahun10000 S.M. hingga 5000S.M. (Nurhidayatul Asma, 2005,
http://www.slideshare.net/nurhidayatulasma/tamadun-mesir-purba). Dalam tamadun Mesir
Purba, mereka telah hidu berorganisasi masyarakat dan mempunyai sistem pemerintahan yang
mantap.
Antara yang boleh dipelajari daripada tamadun Mesir Purba merupakan kreativiti dalam
sektor seni bina. Pada zaman tersebut, pembinaan piramid daripada ilharn Imhotep, iaitu saintis,
ahili fizik, arkitek dan penasihat penting kepada Firaun Djoser (3150 S.M.), telah menjadi
sumbangan utama tamadun Mesir Purba dalam seni bina. Pembinaan piramid menggambarkan
kreativiti masyarakat Mesir Purba dalam bidang pembinaan. (Cikgu Shahir, 2011,
http://kelascikgushahir.blogspot.com/2011/01/sumbangan-tamadun-mesir-purba.html).
Pembinaan piramid hanya menggunakan batu-bata dalam zaman tersebut dan dikagumi manusia
hari ini atas kejayaan mereka.
Dalam tamadun Mesir Purba, perkembangan dalam pendidikan telah dipercepat dengan
mencipta kertas daripada pokok papyrus. Penciptaan kertas memudahkan kerja-kerja penulisan
untuk menyimpan segala khazanah negara. (Wayneyan, 2012,
http://sejarahproka.blogspot.com/2012/08/tamadun-mesir-purba.html). Seterusnya, kertas telah
menggantikan kepingan batu-bata dalam penyimpanan khazanah negara. Tamadun Mesir Purba
juga mengamalkan sistem pendidikan untuk kanak-kanak. Kanak-kanak telah diberikan
pendidikan sejak umur yang rendah. Hal ini dapat mengekalkan sampai hari ini dan telah
membawa banyak kebaikan untuk zaman kita.
Dalam sektor ilmu perubatan, tamadun Mesir Purba telah memajukannya dan melahirkan
pengamal perubatan. Mereka berusaha untuk memumiakan mayat atas kepercayaan orang Mesir
Purba. Mereka mendapat status yang tinggi dalam masyarakat mesir Purba dan berkhidmat untuk
firaun dan masyarakat. Tahap keilmuan dan kemahiran dalam bidang fizik,kimia,perubatan dan

pembedahan memberikan sumbangan besar kepada perkembangan ilmu hingga ke hari ini.(Siti
Bahriah, 2011, http://sitibahriahsejarah.blogspot.com/2011/01/sejarah-tg4-bab-1.html)

Anda mungkin juga menyukai