Anda di halaman 1dari 2

WARISAN PERMAINAN TRADISIONAL CONGKAK

Written by Administrator
Wednesday, 22 October 2008

Sejarah

Congkak berasal dari Timur Tengah, yang menyebar di Asia


Tenggara, terutama di kerajaan Malaka melalui dunia perdagangan. Congkak berasal dari
perkataan congak iaitu mengira dan wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Ini kerana
kerajaan Melaka pada zaman keagungannya terkenal sebagai pusat perdagangan utama di
rantau Asia Tengara. Permainan congkak ini terkenal dan hanya dimainkan di istana dan
seterusnya berkembang kepada rakyat jelata. Reka bentuk papan congkak seperti sampan.
Melalui reka bentuk tersebut kita dapat menentukan asal usul permainan congkak. Menurut
sumber permainan congkak ini direka oleh seorang nelayan yang tidak dapat turun ke laut pada
musim tengkujuh. Ini menyebabkan dia kehilangan rezeki dan bagi memenuhi masa lapang,
beliau telah mendapat ilham membentuk papan congkak berdasarkan sampannya. Permainan ini
berkembang pada masa kesultanan Malaka pada abad ke-15, yang dimainkan oleh keluarga
istana, seperti putri-putri raja.
Dalam perkembangannya, congkak sudah mulai dikenal di daerah Tanjung Pinang pada awal
abad ke-17 sampai 18 M. Pada masa itu, congkak hanya dimainkan oleh keluarga istana,
terutama puteri-puteri raja dan bangsawan di sekitar Istana Penyengat. Selain kerabat istana,
congkak dimainkan juga oleh rakyat biasa, tetapi terbatas pada kelompok sosial tertentu,
misalnya kelompok nelayan atau kelompok petani saja.
Jadi, pada masa ini permainan congkak hanya dimainkan oleh orang-orang yang memiliki status
sosial yang sama. Setelah kekuasaan Kesultanan Riau runtuh, dan kemudian diganti oleh
kekuasaan penjajahan Belanda, secara perlahan suasana mulai berubah. Status sosial antara
keluarga istana dengan rakyat biasa mulai mencair. Rakyat biasa mulai bermain dengan
keluarga istana, terutama dengan putri-putri raja.
Salah satu permainan yang dimainkan pada waktu itu adalah congkak, sehingga permainan ini
bukan hanya milik keluarga istana atau rakyat biasa saja, tetapi juga milik masyarakat Melayu,
yang kemudian menjadi salah satu permainan rakyat Melayu.

Terdapat juga sumber yang mengatakan congkak yang dipercayai berasal daripada dunia Afrika
atau Arab, bergantung kepada teori mana yang anda percayai. Bagaimanapun, bukti tertua yang
dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai
kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM
di masa kini Jordan. Dari Timur Tengah, permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke
Asia melalui pedagang-pedagang Arab.
Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dari Melaka memandangkan negeri ini
merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu.Kanak-kanak di Kepulauan Caribbean juga
bermain congkak. Congkak dipercayai sampai ke sana melalui perdagangan hamba. Di sana,
congkak dikenali sebagai warri atau awari. Di Indonesia, congkak dikenali dengan nama
congklak, di Filipina, sungka.Pada zaman dahulu, golongan istana bermain congkak dengan
menggunakan papan congkak yang berukir mewah, sementara di kalangan rakyat jelata, ia
sekadar dimainkan dengan mengorek lubang di dalam tanah. Pada hari ini, congkak dimainkan
di seluruh dunia. Congkak begitu popular dan diminati sehingga peminat-peminatnya mencipta
pelbagai laman web di internet. Dalam laman-laman web ini disenaraikan pelbagai maklumat
tentang congkak dalam budaya dan bangsa di seluruh dunia. Terdapat juga permainan congkak
dalam talian.