Anda di halaman 1dari 4

2.

FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATIAN


McNiff

dan

Whitehead

(2005)

menyatakan,

penyelidikan

tindakan

merupakan satu pendekatan dalam mengubah atau menambahbaik mutu pengajaran


dan pembelajaran di bilik darjah. Kajian yang dijalankan haruslah mempunyai fokus
atau hala tuju yang jelas bagi memastikan isu atau permasalahan dapat ditangani
dengan kadar yang segera. Menurut Creswell (2009), isu kajian merupakan
permasalahan yang harus ditangani. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di
sekolah, isu kajian merupakan perkara-perkara kontroversi yang memerlukan
penambahbaikan dari semasa ke semasa.
Fokus kajian pengkaji adalah untuk membolehkan murid mengenal kata diftong dan
perkataan yang mengandungi diftong disamping tanpa dibimbing oleh guru. Fokus
ini dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dalam
kalangan responden kelas Tahun 1 Sekolah Kebangsaan Jangkar, Lundu. Sepanjang
pemerhatian pengkaji terhadap murid di kelas Tahun 1 ini, terdapat murid yang
belum dapat membaca perkataan yang mengandungi diftong disebabkan mereka
sukar memahami cara membaca perkataan tersebut dengan baik . Jika membaca
secara kelas, semua murid tersebut boleh membaca dengan yakin. Namun, apabila
dipilih secara rawak, sebahagian daripada mereka

tidak yakin dengan bacaan

perkataan yang mengandungi diftong tersebut. Selain itu, pengkaji juga membuat
tinjauan literatur bagi membuat perbandingan kajian lain dengan kajian yang telah
pengkaji lakukan.
Ada beberapa faktor utama yang mempengaruhi penguasaan kemahiran membaca.
Berdasarkan maklumat yang diperolehi, faktor-faktor psikolinguistik banyak
mempengaruhi kemahiran membaca mempunyai pertalian rapat dengan diri pembaca

24

dan pengetahuan latarnya. Untuk itu, perhatian haruslah diberi ke atas faktor-faktor
yang terlibat secara langsung dalam penguasaan kemahiran membaca. Antaranya
ialah faktor fizikal. Pertumbuhan dan perkembangan fizikal ialah salah satu aspek
yang boleh mempengaruhi kebolehan membaca kanak-kanak.
Oleh yang demikian, seseorang guru haruslah peka terhadap perbezaan yang wujud
di kalangan para pelajarnya agar dia dapat menentu dan memilih bahan yang sesuai
dengan tahap pencapaian pelajar sekurang-kurangnya dapat membentuk dan
memupuk minat membaca serta penguasaan terhadap kemahiran membaca secara
berperingkat-peringkat. Pembelajaran bacaan seperti ini lebih berkesan dan
menjamin penguasaan kemahiran membaca yang baik dalam jangka masa panjang.

2.1

Tinjauan Masalah
Chua Yan Piaw (2005:11) menyatakan, masalah kajian merupakan isu yang

timbul, yang menarik perhatian dan menjadi penggerak serta dorongan untuk
melakukan kajian ke atasnya. Dalam penulisan cadangan penyelidikan, masalah
kajian amat penting kerana ia merupakan faktor pertimbangan utama sama ada kajian
akan atau perlu dilakukan atau tidak. Ia memberi tumpuan kepada pembaca tentang
penyelidikan yang dicadangkan, dan memberi implikasi tentang kemungkinan
penyelidikan dilakukan. Beberapa cara boleh digunakan untuk mengenal pasti
masalah kajian, iaitu melalui tujuan kajian, penyataan masalah dan soalan kajian.
Bagi kajian ini, pengkaji membuat analisis berdasarkan instrumen yang digunapakai
semasa menjalankan tinjauan awal. Analisis tinjauan masalah dijalankan berdasarkan
perkara yang berikut:

25

i.

Murid-murid tidak dapat menguasai kemahiran membaca perkataan yang

ii.

mengandungi diftong.
Murid-murid tidak dapat mencapai objektif kemahiran membaca perkataan
yang mengandungi diftong semasa guru mengajar dalam aktiviti pengajaran

iii.

dan pembelajaran.
Guru memberi ujian membaca perkataan yang mengandungi diftong
berdasarkan kriteria yang terdapat dalam saringan LINUS 2.0 2013.

2.2

Analisis Tinjauan Masalah


Munira Mohsin (2013), menyatakan analisis tinjauan masalah akan memberi

gambaran emperikal dan numerikal akan masalah yang murid hadapi. Dalam konteks
penyelididikan tindakan, analisis tinjauan masalah merupakan pengajaran dan
pembelajaran. Kaedah analisis yang digunakan bergantung kepada kaedah pungutan
data oleh para pengkaji.
Penguasaan murid dalam kemahiran membaca akan meningkat jika guru
menggunakan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai untuk menarik
minat murid menguasai kemahiran yang ingin diajar oleh guru. Bertitik tolak
daripada masalah ini, maka satu kajian kes akan pengkaji jalankan untuk mengkaji
tahap kebolehan membaca perkataan mengandungi bunyi diftong dalam kalangan
murid Tahun 1 SK Jangkar, Lundu. Implikasi daripada masalah ini boleh
menjejaskan kemahiran membaca para murid Tahun 1. Berikut merupakan dapatan
tinjauan awal keputusan pencapaian murid berdasarkan lembaran kerja yang diberi :

Jadual 2 :
26

Analisis Pemerhatian Awal Membaca Perkataan yang Mengandungi Diftong

Murid yang dapat membaca perkataan yang


mengandungi diftong dengan baik dan lancar
tanpa bimbingan guru.

Peratus
Murid
(%)
33%

Murid yang dapat membaca perkataan yang


mengandungi diftong tetapi dengan bimbingan
guru.

0%

Murid yang tidak dapat membaca perkataan


yang mengandungi diftong walaupun dengan
bimbingan guru.
JUMLAH

67%

12

100%

Bi
l
1

Jumlah
murid

Tahap Kebolehan Responden

Melalui bukti pemerhatian yang telah direkodkan dalam Jadual 2 di atas, jumlah
murid yang

tidak dapat membaca perkataan yang mengandungi diftong adalah

seramai 8 (67%) orang. Oleh itu, pengkaji akan memberi fokus yang lebih terhadap
mereka.

27