Anda di halaman 1dari 5

Contoh Jawapan Pengenalan & Latar Belakang Persetiaan Persekutan 1895

Negara Malaysia merupakan antara negara yang mengamalkan konsep persekutuan


yang kukuh dalam sistem pentadbiran negara (1 Markah). Konsep Persekutuan
(Federalisme)

telah

digunapakai

sejak

termeterainya

perjanjian

Persetiaan

Persekutuan pada 12 Julai 1895. Pada masa kini konsep Persekutuan boleh dilihat
dimana kesemua 14 negeri di Malaysia ditadbir dibawah satu kerajaan pusat yang
berpusat di Kuala Lumpur (1 Markah). Pertadbiran Persekutuan yang diperkenalkan
sejak zaman jajahan British ini telah memudahkan pentabdiran Malaysia dibawah
satu kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Dengan wujudnya dua peringkat kerajaan,
iaitu kerajaan pusat dan kerajaan negeri yang tiap-tiap kerajaan itu mempunyai had
bidang kuasa masing-masing serta bebas daripada campur tangan orang lain.
Selain itu, sistem pentadbiran persekutuan juga dapat menjimatkan masa,
kewangan, tentera serta pentadbiran yang lebih seragam (1 Markah).
Latar belakang Penjanjian Persetiaan Persekutuan telah dimeterai sejak 12 Julai
1895 melibatkan beberapa negeri dibawah Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB)
iaitu Pahang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan (1 Markah). Keempat-empat
jajahan British ini pada awalnya menggunakan sistem Residen untuk mentaddir
disetiap daerah. Namun kelemahan sistem residen telah menyebabkan Sir Frank
Swettenham (Residen Jeneral) mencadangkan penubuhan kerajaan Persekutuan
untuk mentadbir ke empat-empat jajahan takhluk dibawah Negeri Negeri Melayu
Bersekutu. Dengan penubuhan Kerajaan Persekutuan, kuasa Residen termasuk
kuasa mutlak Sultan dimansuhkan (1 Markah).
Jumlah Markah: 5 Markah

Jawapan Faktor Pemeteraian Persetiaan Persekutuan 1895


Terdapat empat faktor utama yang menjadi punca utama pemeteraian Persetiaan
Persekutuan 1895. Antara 4 faktor tersebut adalah Kelemahan Pelaksanaan Sistem
Residen, Krisis Kewangan Pahang, Perkongsian Perkhidmatan Pakar, Faktor
Keselamatan dan Sistem Perhubungan.

Kelemahan sistem Residen antara salah satu faktor terjadinya perjanjian


Persekutuan 1895 (1 Markah). Sistem Residen adalah meletakkan satu kuasa
petabdiran iaitu Residen bagi menggantikan kuasa Mutlak Sultan di empat jajahan
Bristish dibawah Negeri Negeri Melayu Bersekutu iaitu Selangor, Pahang, Melaka
dan Perak (1 Markah). Pada awalnya Residen memainkan peranan sebagai
penasihat Sultan. Dibawah sistem ini, Residen tidak diberikan panduan jelas untuk
menjalankan tugas mentabdir negeri Melayu (1 Markah). Justeru, menyebabkan
Residen lebih berkuasa menyebabkan Gabenor Negeri-Negeri Selat di Singapura
gagal mengawal kuasa Residen. Selain itu, pentadbiran setiap negeri tidak seragam
kerana mempunyai undang-undang sendiri (1 Markah). Contohnya di Perak,
Residen J.W.W Birch pada November 1874 telah dibunuh oleh orang melayu garagara beliau melaksanakan undang-undang sendiri. Orang melayu tidak menyenagi
JWW Birch kerana Birch mentadbir negeri tanpa mengambil tahu peraturan kerajaan
negeri yang telah lama diamalkan. Beliau juga tidak berusaha belajar adat resam
orang Melayu dan Raja-raja Melayu (1 Markah).
Antara faktor lain adalah Krisis Kewangan Pahang (1 Markah). Negeri Pahang
terpaksa menanggung hutang yang banyak kerana kebangkitan rakyat menentang
British (1 Markah). Selain itu juga, Pahang merupakan negeri miskin dengan jumlah
penduduk dan hasil bumi yang kurang (1 Markah). Dengan menggabungkan negeri
Pahang dengan negeri yang kaya, masalah kewangan dapat diringankan (1
Markah). Oleh itu, Britih telah menggabungkan Pahang dengan Selangor, Perak dan
Negeri Sembilan dibawah satu kerajaan persekutuan. (1 Markah)
Faktor keselamatan juga antara salah satu faktor penyumbang kepada Pemeteraian
Persetiaan Persekutuan 1895 (1 Markah). Kerajaan British bercadang mewujudkan
satu pasukan keselamatan yang bertujuan untuk mempertahankan negeri-negeri
Melayu daripada ancaman kuasa luar dan dalam (1 Markah). Semasa berlaku
penentangan masyarakat tempatan di Pahang dan Perak, British terpaksa meminta
bantuan tentera daripada Singapura, Hongkong, dan India (1 Markah). Oleh itu,
British terpaksa mengeluarkan wang untuk mengupah tentera tersebut (1 Markah).
Kewujudan pasukan tentera Persekutuan British telah memudahkan pentadbiran
British tanpa meminta bantuan dari luar (1 Markah).

Perkongsian Perkhimatan Pakar juga antara faktor yang membentuk persekutuan


bagi negeri negeri melayu bersekutu (1 Markah). British ingin mengabungkan negeri
negeri Melayu agar dapat menjimatkan kos tenaga pakar seperti jurutera, juru ukur
dan doktor (1 Markah). Selain itu, sistem perhubungan (1 Markah) diantara negeri
negeri Melayu Bersekutu dapat dimajukan. Contohnya seperti pelaksanaan jalan
raya dan kereta api boleh dilaksanakan sekiranya pentadbiran persekutuan
ditubuhkan (1 Markah). Ini kerana sistem perhubungan hanya boleh berlaku jika ada
persefahaman diantara dua buah kuasa (1 Markah).
Jumlah Markah: 20 Markah

Jawapan Kesan Persetiaan Persekutuan 1895 Terhadap Negeri Melayu


Terdapat pelbagai kesan daripada Persetiaan Persekutuan 1895 terhadap negerinegeri Melayu. Antaranya adalah pentadbiran yang seragam, kemerosotan kuasa
mutlak Sultan dan Residen, kemajuan perkhidmatan sosial dan kemajuan dalam
bidang ekonomi.
Kesan utama Persetiaan Persekutuan 1895 adalah mewujudkan pentadbiran yang
seragam (1 Markah). Kuasa baru iaitu Residen Jeneral telah ditubuhkan bagi
menggantikan sistem Residen yang lemah (1 Markah). Sir Frank Swettenham
merupakan Residen Jeneral pertama yang dilantik British untuk mentadbir negerinegeri Melayu Bersekutu (1 Markah). Residen Jeneral merupakan kerajaan pusat
dimana Residen Jeneral memiliki kuasa penuh dalam bidang pentadbiran (1
Markah). Bagi memudahkan pentadbiran, beberapa jabatan seperti kewangan,
sistem pertadbiran kastam, perhutanan, hal-ehwal orang cina, kerja raya dan
keretapi ditubuhkan(1 Markah).
Selain itu, kesan persetiaan persekutuan adalah kemerosotan kuasa Sultan dan
kuasa Residen (1 Markah). Sultan tidak lagi berkuasa mutlak dan setiap Residen
termasuk Ahli Mesyuarat Negeri pada setiap jajahan kini diberikan panduan untuk
mentadbir (1 Markah). Kesemua kuasa yang dimaksudkan kini tertakluk kepada
arahan Residen Jeneral. Kuasa Sultan hanya dalam hal-ehwal agama Islam dan
adat resam Melayu (1 Markah). Manakala Residen tidak lagi bebas menjalankan

pentadbiran negeri kerana mereka tertakluk di bawah arahan Residen Jeneral (1


Markah). Majlis Mesyuarat Negeri pula kehilangan fungsi sebagai institusi
pentadbiran(1 Markah).
Penubuhan Persetiaan Persekutuan juga telah meningkatkan kestabilan ekonomi (1
Markah). Keseragaman dan kecekapan, keamanan dan keaturan serta pentadbiran
yang berkesan telah menyebabkan lebihan hasil dan hasil persekutuan dapat
digunakan oleh semua negeri dalam semua gabungannya (1 Markah). Contohya,
pentadbiran yang cekap telah membuahkan hasil apabila pelabur dari luar negara
berani membuat pelaburan justeru meningkatkan ekonomi Negeri Negeri Melayu
Bersekutu (1 Markah). Selain itu, kemudahan pengangkutan seperti pembinaan
kereta api dan jalan raya yang menghubungkan antara Negeri Negeri Melayu
Bersekutuan juga telah memudahkan urusan perdagangan (1 Markah). Oleh itu,
kemajuan ekonomi dapat dicapai dengan adanya sistem cukai yang seragam serta
hubungan pengangkutan yang baik (1 Markah).
Kesan lain penubuhan Persetiaan Persekutuan adalah mewujudkan kemajuan
perkhidmatan sosial (1 Markah). Pihak British telah menubuhkan kemudahan sosial
seperti kesihatan, pendidikan dan perhubungan (1 Markah). Dalam bidang
pengangkutan, pembinaan kereta api pada tahun 1903 yang menhubungkan dari
Seberang Perai ke Seremban ke Johor Bahru (1 Markah). Dalam bidang
pendidikan, beberapa sekolah Melayu, Tamil, Cina serta Sekolah Inggeris
diwujudkan bagi memberikan pendidikan yang secukupnya kepada rakyat (1
Markah). Selain itu dalam bidang kesihatan pula, beberapa buah Klinik turut
dibuka (1 Markah).
Jumlah Markah: 20 Markah
Jawapan Perkaitan Pembentukan Persekutuan Dan Kedaulatan Malaysia
Antara perkaitan yang boleh dilihat dalam Pembentukan Persekutuan 1895 dan
Kedaulatan Malaysia adalah, dahulunya Pembentukan Persekutuan memberikan
kuasa sepenuhnya pada Pesuruhjaya Tinggi British(1 Markah). Manakala urusan
seperti ekonomi, kewangan, cukai, dan import eksport pula semuanya dibawah
kuasa seorang Residen Jeneral(1 Markah)

Berbeza dengan Kedaulatan Malaysia kini, tiada lagi kuasa luar yang campur tangan
dalam urusan pentadbiran Malaysia(1 Markah). Ianya dikendalikan sendiri oleh
seorang Perdana Menteri yang dilantik melalui sistem demokrasi(1 Markah)
Dari segi agama pula, semasa Persekutuan 1895, Islam kekal sebagai agama rasmi
dan pihak British tidak boleh campur tangan dalam urusan keagamaan(1 Markah).
Ianya terus kekal sehingga zaman Malaysia berdaulat kini, di mana agama Islam
kekal sebagai agama rasmi di Malaysia(1 Markah).

Anda mungkin juga menyukai