Anda di halaman 1dari 3

Kesan Negatif Pemindahan Organ

• Menghadapi Tengtangan Dari Masyarakat

Menghadapi tentangan hebat daripada masyarakat yang tidak bersedia

untuk menjadikan pendermaan organ sebagai amalan hidup.Generasi lama

kurang terbuka untuk menerima amalan ini.

• Timbulnya Isu Komersialisai

Wujudnya soal ganjaran dan bayaran yang harus diberi terhadap

pengorbanan yang telah dilakukan .Hal ini menimbulkan kontroversi

sesetengah pihak megharapkan pendermaan dilakukan atas dasar sukarela

tanpa mengharapkan ganjaran.

• Komplikasi Yang Timbul Terhadap Penderma Organ

Penderma akan menghadapi komplikasi akibat daripada kekurangan

organ yang sebelum ini sihat tanpa masalah.Penderma terpaksa menghadapi

risiko kesihatannya terancam.

• Pengabaian Soal Kerelaan Penderma

Pengabaian soal kerelaan penderma disebabkan oleh keadaan

masyarakat yang terlalu menekankan tanggungjawab sosial.Oleh itu,wujud

tekanan untuk menderma.Jika tidak,mereka takut disisih oleh keluarga atau

institusi masyarakat.
• Pencabulan Hak Asasi

Pendermaan dilakukan sewenang-wenangnya terhadap individu yang

telah meninggal dunia tanpa kebenaran daripada waris atau wasiat si

mati.Pencabulan hak asasi manusia juga dilakukan terhadap banduan-

banduan yang dihukum mati yang terpaksa mendermakan organ mereka

setelah hukuman dilaksanakan.

• kekurangan Penderma Organ

Kekurangan penderma organ disebabkan prasangka ,agama,dan kurang

jelas tengtang pandangan agama masing-masing terhadap pendermaan

organ.Bilangan pesakit yang menunggu rawatan pemindahan organ adalah

banyak ,sedangkan penderma adalah terhad.Menurut Pusat Sumber

Transplant Nasional ,hanya 30 orang telah berjaya menjadi penderma

sebenar pada tahun 2002.

• Penolakan:

Walaupun diberi ubat-ubatan, penolakan tubuh pada `organ baru' masih

boleh berlaku. Penolakan ini boleh berlaku sama ada hiper akut, penolakan yang

berlaku pada masa organ dipindahkan ke tubuh atau antara dua hingga tiga hari

selepas pemindahan.
• Jangkitan kuman:

Apabila sistem pertahanan tubuh rendah akibat pemberian ubat-ubat

antipenolakan, pesakit terdedah dengan sebarang jangkitan kuman.

• Organ baru yang dipindahkan rosak:

Saintis masih mencari jawapan mengapa sesetengah organ baru yang

dipindahkan tidak boleh berfungsi atau rosak, sekalipun sebelum itu organ

tersebut boleh digunakan.

• Masalah saluran pernafasan sempit:

Radang boleh mengakibatkan kekerapan berlakunya jangkitan dalam

saluran pernafasan mengakibatkan ia menjadi sempit seterusnya kesukaran

bernafas.