Anda di halaman 1dari 63

ASPIRASI MURID

Adalah menjadi aspirasi KPM untuk memastikan setiap murid mencapai potensi
yang ada pada diri mereka sepenuhnya. Oleh yang demikian setiap pemimpin di
sekolah, guru, ibu bapa dan masyarakat mempunyai peranan penting dalam
memastikan generasi muda ini mencapai aspirasi yang diharapkan.

Dalam PPPM, Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan pembangunan


murid secara menyeluruh dan seimbang telah diterjemahkan kepada enam elemen,
iaitu penekanan kepada elemen Pengetahuan dan Kemahiran; membangunkan
Pemikiran Kritis, Kreatif dan Inovatif; Kemahiran Memimpin; Kemahiran Dalam
Dwibahasa (Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris); Sahsiah dan Nilai serta
semangat Identiti Nasional yang kuat. Setiap elemen ini turut memberi penekanan
kepada usaha bagi membolehkan semua murid memberi sumbangan bermakna
terhadap institusi keluarga, masyarakat dan negara.

1. Pengetahuan

Pada peringkat yang paling asas, adalah menjadi tanggungjawab sekolah untuk
memastikan setiap murid mempunyai keupayaan literasi dan numerasi. Perkara ini
amatlah penting kerana murid perlu mempunyai kemahiran hidup yang asas serta
bagi membolehkan mereka berfungsi secara berkesan dalam masyarakat.
Keupayaan dalam literasi dan numerasi juga membolehkan muird memupuk nili diri
untuk kesejahteraan diri, masyarakat dan negara.

Murid-murid juga perlu dipastikan menguasai mata pelajaran teras seperti Bahasa
Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah. Murid-murid juga perlu
digalakkan untuk menguasi bidang seni, muzik dan sukan supaya kemahiran dalam
bidang ini membolehkan mereka mengaplikasikan dalam kehidupan.

2. Kemampuan Memimpin

Sekolah adalah medan yang terbaik untuk memupuk kepimpinan dan kemahiran
bekerja secara berpasukan secara berkesan dalam kalangan murid-murid selaku

pewaris kepimpinan negara. Oleh yang demikian pihak sekolah seharusnya peka
terhadap keperluan murid untuk membangunkan potensi dan bakat kepimpinan
yang ada pada diri mereka. Dalam konteks ini kepimpinan yang perlu dibangunkan
melibatkan empat unsur iaitu;

Keusahawanan; mengambil inisiatif untuk mewujudkan dan membangunkan


penyelesaian diri, sanggup membuat pelaburuan dari sumber sendiri.
Berdaya Tahan; membangunkan cara berfikir yang konstruktif serta mampu
menghadapi rintangan.
Kecerdasan Emosi; berupaya memahami dan bekerja secara berkesan dengan
orang lain serta mampu mempengaruhi mereka secara positif.
Keterampilan Komunikasi; berupaya memberikan pendapat dan hasrat secara lisan
dan bertulis dengan jelas.
Sekolah perlu memastikan persekitarnnya dan iklimnya menyokong kepada
pembangunan keempat-empat unsur di atas sama ada dalam aktiviti di bilik darjah,
mahu pun di luar bilik darjah seperti kegiatan sukan dan kokurikulum.

3. Kemahiran Dwibahasa

Setiap murid perlu mengusai bahasa Malaysia sebagai bahasa Kebangsaan dan
bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan bahasa komunikasi antarabangsa.
Murid- murid juga diberi peluang dan galakkan untuk menguasai bahasa
tambahanseperti bahasa Mandarin, bahasa Tamil, bahasa Arab serta bahasa ibunda
lain seperti bahasa Iban dan Kadazan-Dusun.

Penguasaan kemahiran berbahasa ini amatlah penting bagi membolehkan muridmurid bersosialisasi merentas sempadan budaya dan etnik, yang seterusnya
menyubnag kepada pemupukan kerjasama dan komunikasi pada peringkat global.

4. Etika dan Kerohanian

Pihak sekolah perlu berperanan dalam memastikan setiap murid mempunyai sifat
berani menghadapi cabaran masa hadapan, menyelesaikan konflik secara aman

serta membuat keputusan yang wajar dalam situasi kritikal, dan mempunyai
keberanian melakukan apa yang betul.

Sekolah perlu berusaha untuk mewujudkan nilai bersama yang kukuh berteraskan
kepada satu set prinsip, iaitu;
Kerohanian; memastikan murid mempunyai pegangan agama yang kuat dan
mengamalkannya sebagai asas hidup, serta mempunyai asas moral yang tinggi.
Integriti; memastikan murid dibimbing agar mempunyai keberanian, disiplin dan
semangat untuk melakukan perkara yang betul.
Tanggungjawab Sivik; murid dibimbing ke arah sikap yang positif dan bertindak
untuk kebaikan negara, mengambil berat terhadap orang lain dan alam sekitar.
5. Identiti Nasional

Aspirasi kelima terhadap murid dalam PPPM adalah berkaitan usaha membina
identiti nasional dalam kalangan murid-murid. Aspirasi ini antara lain adalah untuk
melahirkan murid yang mempunyai perasaan tidak berbelah bahagi tentang identiti
nasional, berpegang teguh kepada prinsip Rukunegara dan sentiasa mengutamakan
perpaduan.

Sekolah perlu berperanan sebagai tempat semaian yang subur semangat


patriotisme dalam kalanagan murid tanpa mengira etnik, kepercayaan, taraf
sosioekonomi atau tempat. Sebaliknya murid mempunyai sifat berbanga sebagai
anak Malaysia, memahamii dan menerima perbezaan, menghormati orang lain dan
bersedia untuk hidup bersama dalam kepelbagaian budaya.

PERANAN GURU DALAM MEREALISASIKAN PPPM


1.0 Pengenalan
Profesion keguruan merupakan profesion yang tertua di dunia dan kini memasuki satu
lagi era baharu . Peranan guru pada masa dahulu hanya bertumpu sebagai penyampai
ilmu . Berbanding sistem pendidikan kini , guru lebih banyak berperanan sebagai
pemudah cara pengetahuan yang seharusnya lebih bersedia dan peka dalam
melahirkan dan menggunakan situasi situasi pembelajaran secara cekap dan
berkesan . Selaras dengan perubahan peranan pendidik , guru harus lebih inovatif ,
kreatif dan efektif dalam penyampaiannya serta sentiasa memikirkan pendekatan

baharu untuk mengadaptasikan amalan dengan kehendak pelajar sebagai knowledge


worker dalam era revolusi maklumat abaf ke 21 .
Guru dalam alaf baharu seharusnya professional dan profesionalismenya ialah kunci
kepada peningkatan kualiti ( Jemaah Nazir , 2001 ) . Kualiti yang dimaksudkan merujuk
kepada kualiti proses dan yang lebih penting ialah kualiti produk (output) . Dengan ini ,
sumber manusia ( modal insane ) perlu dibangunkan secara bersepadu melalui latihan
latihan bagi memastikan setiap individu dapat mengembangkan potensi ke tahap
yang optimum . Program program pembangunan professional sudah tentu dapat
mengupayakan guru demi meningkatkan kualiti pendidikan negara .
Perkataan keguruan diamabil daripada perkataan dasarnya iaitu guru . Menurut
Kamus Dewan , guru bermaksud pengajar , pendidik atau pengasuh manakala
perkataan keguruan pula berkaitan dengan guru dan peranan ( tugas dan kelayakan )
sebagai guru . Sesuatu profesion yang sebenar adalah suatu bidang yang mempunyai
ciri ciri seperti kepentingan kemahiran intelek , latihan iktisas yang mencukupi ,
khidmat yang diperlukan oleh masyarakat . Menikmati autonomi individu dan
kumpulan , mementingkan mutu perkhidmatan , mempunyai tatasusila perkhidmatan
atau kod setia dan mempunyai organiasasi tersendiri untuk menguruskan soal soal
yang berkaitan dengan pendidikan
( Lieberman 1956 ) .

Menurut Kamus Dewan profesion adalah suatu bidang pekerjaan khasnya yang
memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang
khas . Berdasarkan ciri ciri profesion , Mok Soon Sang ( 1996 ) merumuskan secara
ringkas konsep professionalisme sebagai suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan
oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu ,
bersikap jujur , dedikasi , berakauntabiliti dan bermoral tinggi , mempunyai autonomi
bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organiasasinya .
Sistem pendidikan di negara kita amat dinamik dan akan sentiasa bergerak maju ke
hadapan . Perubahan perubahan dan transformasi dalam kurikulum pendidikan
bertujuan memenuhi kehendak negara . Merealisasikan sebuah negara maju pada
masa hadapan . Setiap perubahan dan transformasi kurikulum pendidikan yang
diperkenalkan menjadi satu bentuk cabaran dalam profesion perguruan oleh itu , adalah
mustahak bagi setiap indidvidu yang berkecimpung dalam bidang ini sentiasa berusaha
mempertingkatkan kecekapan , kelebihan prestasi dan keterampilan dari semasa ke
semasa agar dapat bertanding dalam era perkembangan teknologi pesat . Jika hal ini
wujud , barulah tuntutan tuntutan dalam transformasi kurikulum itu dapat ditangani .
Walaubagaimanapun , sejauh mana kita mengiktiraf dan memartabatkan keguruan
sebagai satru profesion bergantung pada tanggapan masyarakat . Adalah peranan guru
semakin hilang kewiwabawaannya kerana masyarakat telah mengalihkan pandangan

pada kerjanya diiktiraf sebagai professional oleh pihak kerajaan seperti doktor , peguam
dan arkitek .
Dalam konteks ini , pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah berusaha dengan
bersungguh sungguh untuk menjadikan profesion keguruan sebagai profesion yang
unggul dan disegani ramai . Hal ini termasuklah dalam teras Pelan Pembangunan
Pendidikan Malysia ( PPPM ) 2013 2025 iaitu memartabatkan profesion keguruan
antara agenda utamanya selain daripada kemenjadian murid . Para guru sebenarnya
mempunyai tanggungjawab yang besar dalam meningkatkan aspek profesionalannya
dengan melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu pengetahuan dan kemahiran
selaras dengan kehendak teras PPPM .

2.0 Isu Guru dan Analisis : ( Peranan Guru Dalam Merealisasikan PPPM ) .
Pada Oktober 2011 , Kementerian Pendidikan telah melaksanakan kajian semula
sistem pendidikan negara Malaysia secara menyeluruh dalam usaha membangunkan
Pelan Pembangunan Pendidikan yang baharu . Kerajaan telah mengambil keputusan
melaksanakan kajian semula system pendidikan berdasarkan standard pendidikan
anatarabangsa yang kian meningkat , peningkatan aspirasi negara dan harapan ibu
bapa serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara dalam mempersiapkan
generasi muda untuk menghadapi keperluan abad ke 21 .
Dalam tempoh 11 bulan pelaksanaan kajian , Kementerian telah memperoleh input
daripada pelbagai sumber seperti laporan penyelidikan yang dijalankan oleh pakar
pendidikan dari UNESCO , Bank Dunia , OECD , dan enam Institusi Pengajian Tinggi
Awam . Kajian ini juga melibatkan penyertaan pemimpin sekolah , guru , ibu bapa ,
orang ramai dan murid di seluruh negara . Dokumen awal Pelan Pembangunan
Pendidikan telah dibangunkan bagi menilai prestasi semasa sistem pendidikan
Malaysia dengan mengambil kira secara objektif pencapaian lampau dan
membandingkannya dengan tanda aras anatarabangsa . Pelan ini melakarkan visi
sistem pendidikan dan murid yang dapat memenuhi keperluan negara pada masa
depan . Pelan ini juga mencadangkan 11 anjakan starategik dan potensi yang perlu
dilaksanakan oleh Kementerian bagi mencapai visi yang dihasratkan .
Perubahan atau penambaikan sisitem pendidikan dilakukan dari semasa ke semasa
. Pihak yang berkenan berbuat demikian adalah atas alasan bahawa perubahan
tersebut penting untuk rakyat dan negara . Pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia ( PPPM ) 2013 2025 oleh Timbalan Perdana Menteri , Tan Sri Muhiyiddin
Yassin pada bulan September 2013 yang lalu adalah antara perubahan terkini dalam
sistem pendidikan kita .

Antara perkara penting dalam PPPM adalah untuk melahirkan murid yang
mempunyai 6 ciri utama , seperti yang berikut , iaitu :
pengetahuan (murid yang berpengetahuan).
kemahiran berfikir (murid yang mahir berfikir) .
kemahiran memimpin (murid yang dapat menjadi pemimpin) .
kemahiran dwibahasa (murid yang menguasai sekurang kurangnya 2 bahasa) .
etika dan kerohanian (murid yang berpegang pada etika dan memiliki sifat rohani yang
tinggi) .
identiti nasional (murid yang mempunyai indentiti kebangsaan).
Dalam menzahirkan hasrat kerajaan untuk melahirkan murid yang mempunyai 6 ciri
utama seperti yang digariskan , guru merupakan tonggak utama kearah mencapai
hasrat tersebut . Gurulah yang berperanan memastikan muridnya berpengetahuan ,
mempunyai kemahiran berfikir , berkeupayaan memimpin , menguasai dwibahasa ,
mempunyai etika dan kerohanian yang kukuh , serta murid yang beridentiti nasional .
Hasrat yang disasarkan oleh pihak kerajaan itu sangat sempurna sifatnya jika generasi
yang lahir dalam era PPPM 2013 2025 dapat dibentuk dan dididik seperti yang
dirancang . Oleh hal yang demikian , guru perlulah melengkapan diri dan bersedia
melakukan perubahan agar berupaya melhirkan kesemua hasrat tersebut . Penguasaan
ilmu pengetahuan bagi setiap guru amatlah penting dalam menjayakan hasrat untuk
melahirkan pelajar yang mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( KBAT ) seperti
yang dituntut oleh PPPM .
Langkah Kementerian Pendidikan Malaysia memperkenalkan alat berfikir dan
mengeluarkan banyak dana seperti i Think perlu dimanfaatkan secara serius . Hal ini
demikian kerana , untuk melahirkan murid yang mempunyai KBAT , guru juga perlu
melakukan anjakan paradigma , sebagai contoh pelajaran secara berpusatkan guru
serta pembelajaran berorentasikan peperiksaan tidak lagi diamalkan . Sehubungan
dengan itu , setiap murid perlu menguasai pelbagai kognitif termasuk dapat
menyelesaikan masalah dan mempunyai pemikiran yang kreatif dan inovatif . Usaha
untuk melahirkan murid yang mahir berfikir turut dilakukan di sekolah , khususnya
melalui P & P . Dalam proses tersbut , murid didedahkan pelbagai jenis soalan ,
termasuklah yang memerlukan daya pemikiran yang kritis dan kreatif .
Dalam era transformasi pendidikan , guru hendaklah menghasilkan murid yang
mampu berfikir secara kreatif dan kritis serta memperkembangkan potensi murid dalam
semua aspek JERIS bagu mencapai pendidikan bertaraf anatarabangsa . Menurut Mok
Soon Sang ( 2007 ) , Profesor Syed Muhammad al Alatas menyatakan ilmu

merupakan sesuatu yang bermakna dan membawa penyaburan serta semangat


kepada jiwa manusia . Hal ini menunjukkan ilmu merangkum semua aspek kehidupan
luaran dan dalam jiwa manusia . Guru sebagai pengamal ilmu perlu mempraktikkan
budaya ilmu seperti membaca , berfikir , memerhati , berkarya , terlibat dalam
sumbangan , dan bertukar fikiran serta mencari pengalaman baharu (Ragbir Kour
2007 ) . Dalam P & P , guru akan memindahkan ilmu yang baik , meninggikan adab
murid , serta memberi tunjuk ajar ke arah kebenaran sebagai pengamal ilmu .
Untuk melahirkan murid yang berpengetahuan , khususnya untuk meastikan kanak
kanak mengusai kemahiran literasi dan numerasi , guru mampu memainkan peranan .
Kebanyakan guru dapat menggunakan pengalaman dan kemahiran masing masing
untuk mengaplikasikan pelbagai kaedah dan aktiviti P & P dalam membimbing murid
agar menguasai kedua dua kemahiran tersebut . Walaupun begitu , usaha untuk
menggalakkan murid menambahkan pengetahuan dalam pelbagai bidang agak
mencabar .
Hal ini dikatakan demikian sebagai keperluan harian hasrat tersebut murid perlu
menjadikan pembacaan sebagai keperluan harian mereka . Kegagalan pihak sekolah
dan ketiadaaan sokongan yang berkesan daripada pihak lain untuk membimbing murid
agar meningkatkan amalam membaca tidak memungkinkan murid yang
berpengetahuan dapat dilahirkan . Bilangan murid yang gemar membaca , masih
kurang memuaskan . Antara puncanya budaya membaca ini tidak diamalkan oleh orang
dewasa terutama sekali ibu bapa di rumah . Bagi guru yang kurang membaca pula ,
mereka kurang cenderung untuk menasihati murid agar membaca . Jika guru yang
berkenaan berbuat demikian , keberkesannya tidak seberapa kerana guru tersebut
tidak dapat menghayati kenikmatan membaca .

Oleh itu peranan guru sebagai pembentuk tingkah lakulah yang dapat membentuk
tingkah laku dari yang negatif kepada positif , iaitu dari tidak suka membaca kepada
tabiat gemar membaca . Menurut pandangan Islam , orang yang menajdi guru diberi
Allah kelebihan berganda . Hadis Nabi Muhammad(SAW) bermaksud Bahawa orang
yang berilmu harus mengajarkan ilmu pengetahuan kepada orang lain dan perkataan
mengajar itu amat terpuji . Menurut Al Ghazali pula dari perspektif Islam , tingkah
laku manusia mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan . Tingkah laku normal atau
tidak normal adalah berdasarkan kepada kekerapan dan berlaku sepanjang masa dan
mempunyai masalah psikologi . Sebarang pembentukan tingkah laku murid haruslah
diuruskan oleh guru supaya murid yang dihasilkan mempunyai tingkah laku yang terpuji
dan dapat diterima umum .

Menurut Lewis M . Beaker ( 2001 ) , tingkah laku adalah sebarang perbuatan yang
dilakukan sama ada secara terus atau tidak , secara sedar atau separa sedar . Carl
Rogers ( 1999 ) , menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku mengikut
persepsi diri sendiri dan keadaan . Sekiranya individu itu mempunyai konsep kendiri
yang positif maka dia berupaya berintetaksi dan bertindak dengan lebih yakin .
Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk
memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan
dengan teknik yang sesuai . Dr . Ragbir Kaur ( 2005 ) , setiap guru mesti ada satu
bentuk sistem pengurusan tingkah laku mengawal kelas , pembelajaran yang sihat dan
produktif .
Guru perlu berusaha membimbing tingkah laku positif dan menghentikan tingkah
laku negatif dan membebaskan murid daripada sebarang gangguan . Kegagalaan
menguruskan tingkah laku akan menyebabkan gangguan emosi yang serius . Tingkah
laku yang tidak diuruskan dengan baik akan memeberi kesan kepada proses P & P
yang akhirnya akan menyebabkan prestasi akademik murid merosot .

Asas penting dalam pembentukkan tingkah laku murid adalah membina hubungan
yang positif anatara guru dan murid di dalam sekolah atau bilik darjah . Hubungan yang
dibina adalah berlandaskan perasaan guru murid terutama di dalam pendidikan
sekolah rendah . Untuk memupuk hubungan kasih sayang dan tepat kepada murid
murid . Dalam masa yang sama guru juga boleh terima pujian daripada muridnya .
Melalui cara ini tingkah laku murid dapat dibentuk dengan lebih berkesan .
Jadi untuk memupuk tabiat membaca dalam kalangan murid murid , guru
hendaklah merancang strategi dan kaedah yang dapat menarik minat murid seperti
program memberi butang berwarna mengikut bilangan buku dibaca , atau memberikan
hadiah buku kepada murid semasa hari lahir mereka . Guru juga harus menjadi amalan
membaca sebagai aktiviti yang menyeronokkan dan murid dapat menikmati faedah
membaca .
PPPM juga mempunyai matlamat untuk melahirkan pelajar yang mempunyai
keupayaan untuk memimpin. Matlamat ini tidak mudah dicapai kerana tidak banyak
program berkesan untuk melahirkan murid seperti yang dimatlamatkan. Pelajar yang
dianggap bertanggungjawab dan mempunyai pencapaian akademik yang agak baik
akan dilantik sebagai pengawas sekolah. Segelintir yang lain akan dilantik sebagai
pengawas pusat sumber , ketua kelas, pemimpin rakan sebaya, pemimpin persatuan
atau kelab. Perancangan khusus untuk membimbing murid agar menjadi pemimpin
yang berkualiti sehingga kini masih belum jelas. Program untuk melahirkan pemimpin
yang berkualiti tidak dipinggirkan, tetapi hanya dijadikan program sampingan. Oleh
sebab itulah ibu bapa dan murid beranggapan bahawa program bukan akademik

kurang penting,maka sokongan dan sambutan murid terhadap program sedemikian


kurang menggalakkan.
Peranan guru bukan sahaja merangkumi aktiviti P&P berdasarkan kurikulum
dan sukatan pelajaran semata-mata tetapi merangkumi pembentukan akhlak
keseluruhan seseorang murid. Seorang guru yang berkesan akan memastikan bahawa
muridnya menguasai kemahiran yang diperlukan untuk menangani masalah atau
cabaran yang mungkin dihadapi dalam kehidupannya. Oleh itu, guru perlulah
berperanan sebagai pembimbing, bekerjasama dengan pihak sekolah dan ibu bapa
untuk membimbing murid kea rah kehidupan berkualiti dan sihat.
Guru boleh berperanan sebagai mentor di mana peranannya merupakan
kombinasi malatih, menyokong, memberikan bimbingan dan maklum balas yang
membina untuk malatih dan membentuk diri murid-murid sebagai secara langsung dan
tidak langsung semasa di sekolah sama ada semasa aktiviti P&P di dalam kelas atau
semasa aktiviti ko-kurikulum yang diadakan. Peranan guru tidak terbatas sebagai
seorang pengajar semata-mata melaksanakan tugas mereka berdasarkan skop
kurikulum dan arahan pihak pengurusan sekolah. Sebagai pendidik , guru juga
pembimbing dan mendidik pelajar menjadi insan yang sihat , positif dan dapat
memberikan sumbangan kepada masyarakat.
PPPM juga mensasarkan murid dapat menguasai lebih daripada satu bahasa.
Penguasaan lebih daripada satu bahasa memberikan kelebihan yang banyak kepada
seseorang murid. Selain dapat membaca bahan bacaan dalam pelbagai bahasa,
golongan ini lebih mudah berkomunikasi dengan pihak lain dan seterusnya
meningkatkan imej diri. Di sekolah , dua bahasa yang seharusnya dikuasai oleh murid
ialah bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris , iaitu bahasa
antarabangsa. Tidak dinafikan bahawa guru memainkan peranan untuk mendidik murid
agar menguasai kedua-dua bahasa tersebut. Namun begitu, walaupun sudah 57 tahun
Malaysia mencapai kemardekaannya, namun masih terdapat murid bukan Melayu yang
tidak dapat berbicara dalam bahasa kebangsaan dengan fasih apabila diajukan soalan
dalam bahasa Melayu.
Bagi pelajar di negeri-negeri tertentu seperti Kedah dan Kelantan, masih tidak
memisahkan diri mereka dengan dialek, masalah kemahiran berbahasa akan
timbul.Bagi sesetengah sekolah pula, dialek turut digunakan oleh pihak sekolah ketika
melaksanakan P&P dan juga semasa perhimpunan rasmi sekolah, dengan alasan
memudahkan murid-murid memahami mesejnya. Kelemahan murid untuk menguasai
bahasa Inggeris pula berkait rapat dengan persekitaran murid yang jarang terdedah
pada bahasa antarabangsa itu. Jika masalah ini tidak diberikan perhatian, sudah pasti
ciri pelajar yang dimatlamatkan oleh PPPM tidak dapat direalisasikan.

Maka di sinilah peranan guru sebagai pengamal reflektif harus sentiasa


mempersoalkan amalan dirinya dan tidak hanya bertindak atas tabiat atau mengikut
arahan semata-mata. Refleksi membolehkan peramalnya menilai, memahami dan
belajar daripada pengalaman. Guru hendaklah membuat refleksi terhadap sesuatu
yang dikaitkan dengan aktiviti pengajarannya. Sesuatu disini bolehlah dikaitkan
demgam kelemahan murid menguasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Oleh itu,
guru yang reflektif akan merancang dan bertindak dengan penuh kesedaran
berasaskan teori dan prinsip P&P. Amalan ini boleh diperkembangkan dengan
bertanyakan diri soalan-soalan yang berkaitan dengan perkara-perkara yang dilakukan
sebelum, semasa dan selepas mengajar dengan tujuan mempertingkatkan kemahiran
kemahiran dalam profesion keguruan. Mengikut Schon (1987), apabila peristiwa atau
pengalaman di luar jangkaan berlaku, individu yang berfikir secara sedar semasa
menghadapi permasalahan tersebut telah melakukan refleksi semasa tindakan. Apabila
seseorang merenung kembali tindakannya, membauat analisa tentang peristiwa lepas
dan merancang tindakan susulan, individu tersebut telah mengamalkan refleksi ke atas
tindakan.
Daripada amalan merefleksi, guru dapat membuat penyelidikan untuk
mengatasi masalah yang telah dikenal pasti semasa membuat refleksi. Contoh ,
permasalahan penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris murid-murid. Guru
sebagai penyelidik boleh mengkaji secara sistematik isu amalan bilik darjah, membuat
inkuiri untuk menghasilkan teori dan kefahaman baharu berkaitan permasalahan yang
dihadapi. Dapatan kajian bolehlah dikongsikan dengan guru-guru lain di samping
membina hubungan dengan rakan taulan dalam usaha mencari amalan terbaik P&P.
Peranan guru sebagai penyelidik membenarkannya mengkaji sesuatu peristiwa
secara saintifik, membuat analisa berdasarkan bukti empirical dan data yang sahih
seterusnya membantu guru membuat keputusan yang bijak dan berkesan mengikut
teori-teori dan prinsip P&P. Oleh itu, guru dan dengan kerjasama rakan-rakan sekerja
dan panatia, dapat membuat penyelidikan untuk membuat kajian tindakan terhadap isu
masalah penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam kalangan muridmurid. Diharap dengan adanya kajian tindakan yang dilakukan maka dapatlah sesuatu
tindakan diambil untuk mengatasi masalah ini.
PPPM turut mencatatkan bahawa system pendidikan akan menyediakan
pengalaman kepada kanak-kanak untuk berdepan dengan cabaran apabila dewasa
dengan keupayaan menyelesaikan konflik, bijak membuat pertimbangan, berpegang
pada prinsip ketika berada dalam situasi kritikal dan berani melakukan sesuatu yang
betul. Selain itu, usaha untuk melahirkan murid yang penyayang dan dapat memberikan
sumbangan kepada kesejahteraan komuniti dan negara turut diberikan penekanan.
Bagaimanakah golongan guru dapat memainkan peranan bagi mencapai hasrat
tersebut ?

Antara usaha untuk menzahirkan pelajar seperti yang dihasratkan itu adalah
melalui penyerapan nilai murni sama ada secara langsung ataupun secara tidak
langsung. Selain dilakukan melalui P&P di bilik darjah, penyerapan nilai murni turut
dilakukan ketika melaksanakan aktiviti persatuan atau kelab dan juga melalui aktiviti
yang lain. Perkara ini bukanlah perkara baharu kerana penyerapan kasih saying,
keberanian, tanggungjawab, saling membantu, patriotik dan lain-lain sudah dilakukan
sejak dahulu. Walaupun begitu, usaha yang dilakukan guru di sekolah kadangkala
kurang menampakkan kesan positifnya memandangkan masih terdapat pelajar yang
tidak memiliki ciri seperti yang dimaksudkan itu. Usaha penyerapan nilai murni ini tidak
harus dilakukan bermusim, sebagai contoh, murid-murid dan guru-guru bersemangat
patriotik bila berada di bulan sambutan kemerdekaan sahaja. Tetapi bila tempoh
sambutan berakhir,seolah-olah ia hanya sekadar sambutan Hari Kemerdekaan sahaja.
Semangat patriotik bukan sahaja melalui kibaran bendera dan pemakaian baju sahaja
malah sepatutnya berterusan dan tersemadi di dalam jiwa dan nurani setiap rakyat
Malaysia.
Maka guru sebagai agen sosialisasi, guru berperanan membentuk individu yang
mampu, bersosialisasi dan memiliki kecedasan emosi yang tinggi agar dapat
menyesuaikan diri dalam dunia pekerjaan kelak. Guru yang memahami peresaan diri
dan orang lain mempunyai kawalan diri dan motivasi diri akan mempamerkan sifat
empati serta mampu membantu pelajar membentuk emosi yang sihat. Guru juga dapat
membentuk diri murid dengan konsep kendiri positif serta membina keyakinan diri untuk
mencapai potensi mereka.

3.0 Rumusan :
Kesimpulannya, kegagalan melahirkan lebih banyak murid yang memenuhi enam ciri
seperti yang dinyatakan dalam artikel ini tidak harus dipertanggungjawabkan kepada
pihak guru semata-mata. Persekitaran tempat tinggal murid-murid tidak kurang
pentingnya dalam mempengaruhi jati diri murid-murid. Murid yang tinggal dalam
keluarga yang mementingkan ilmu, mengamalkan nilai murni dalam aktiviti harian dan
memperlihatkan nilai patriotik secara tidak langsung mempengaruhi murid untuk
mencontohi ahli keluarga mereka. Demikian juga halnya dengan rakan sebaya dan
masyarakat setempat. Sekiranya murid sering bergaul dengan rakan-rakan yang biasa
berkomunikasi dalam dwibahasa, sudah pasti murid berkenaan akan turut sama
berbahasa dwibahasa.
Oleh yang demikian, tidak dapat dinafikan tugas dan tanggungjawab guru
adalah berat dalam usaha membentuk generasi negara masa depan yang mampu
menangani segala perubahan dan tuntutan masa. Maka iltizam, semangat dan sikap

yang positif sahaja yang mampu menonjol imej guru yang dapat memainkan peranan
yang cukup berkesan. Kepelbagaian tugas, tanggungjawab inilah member cabaran
pada guru bagi meningkatkan segala kualiti, sifat mahupun akauntabiliti kepada bidang
profesionalisme ini agar ia terus dipandang megah oleh masyarakat dan dapat
mendukung hasrat negara menaikkan mutu pendidikan negara setaraf antarabangsa.
Tegasnya, peranan guru di sekolah amat penting dalam melahirkan murid seperti yang
dimatlamatkan oleh PPPM. Namun begitu, keberkesanannya juga bergantung pada
pihak lain.

LIMA ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA


Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia berhasrat untuk mencapai lima keberhasilan
bagi sistem pendidikan Malaysia secara keseluruhan, iaitu akses, kualiti, ekuiti,
perpaduan, dan kecekapan (Ekshibit 7). Keberhasilan yang ditetapkan ini adalah selari
dengan aspirasi yang turut disuarakan oleh peserta semasa Dialog Nasional dan
setanding juga dengan keberhasilan yang ditetapkan oleh sistem pendidikan berprestasi
tinggi yang lain. Tindakan bagi merealisasikan lima aspirasi berkenaan adalah penting,
dan tidak ada inisiatif dalam mana-mana aspek berkenaan yang boleh menjejaskan
atau menghalang kemajuan yang lainnya.

Akses:
Setiap kanak-kanak warganegara Malaysia berhak mendapat kesamarataan
peluang pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai potensi masingmasing.Kementerian berhasrat memastikan kadar akses sejagat dalam kalangan
kanak-kanak dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat menengah atas (Tingkatan
5)menjelang 2020.

Kualiti:
Semua
kanak-kanak
akan
berpeluang
mendapat
pendidikan
cemerlang berdasarkan keunikan sistem pendidikan di Malaysia, dan setanding
dengan sistem pendidikan antarabangsa. Aspirasi system pendidikan negara
adalah untuk meletakkan Malaysia dalam kelompok sepertiga teratas dalam
pentaksiran antarabangsa mengikut pengukuran TIMSS dan PISA dalam tempoh 15
tahun yang akan datang (TIMSS dan PISA menguji Bacaan, Matematik dan Sains
sahaja). Pentaksiran tambahan yang menangani dimensi kualiti lain yang relevan
dengan konteks Malaysia boleh dimasukkan apabila dimensi itu dibangunkan dan
diterima di peringkat antarabangsa.

Ekuiti:
Sistem pendidikan berprestasi tinggi menyediakan pendidikan yang terbaik
kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira kedudukan geografi, gender atau latar
belakang sosioekonomi. Kementerian berhasrat untuk merapatkan lagi jurang
pencapaian antara murid bandar dengan luar bandar, tahap sosioekonomi dan
pencapaian antara gender sehingga 50% menjelang 2020.
Perpaduan:
Murid yang berusia antara 7 hingga 17 tahun menghabiskan lebih satu perempat
daripada masa mereka di sekolah. Melalui interaksi bersama murid lain daripada
pelbagai latar belakang sosioekonomi, agama dan etnik, murid belajar
memahami, menerima dan menghayati perbezaan. Keadaan ini mewujudkan suatu
perkongsian
pengalaman
dan
aspirasi
bagi
membina
masa
hadapan
Malaysia.Kementerian berhasrat menjana suatu sistem pendidikan yang memberi
peluang kepada murid berkongsi pengalaman dan aspirasi demi membentuk dan
memperkukuhkan lagi asas perpaduan rakyat Malaysia.

Kecekapan:
Sistem pendidikan Malaysia telah menerima peruntukan yang tinggi, namun
peningkatan keberhasilan murid masih tidak sepadan dengan sumber yang telah
disalurkan ke dalam sistem. Walaupun Kerajaan akan terus mengekalkan tahap
pelaburan semasa, Kementerian berhasrat untuk memaksimumkan keberhasilan
murid mengikut tahap peruntukan semasa.

ASPIRASI MURID
Selain keberhasilan sistem, pihak berkepentingan juga jelas tentang tahap kualiti yang
perlu ada pada setiap individu murid. Secara keseluruhan, pendidik, ibu bapa, murid,
dan ahli masyarakat lain bersatu pendapat dalam visi pendidikan sebagai wadah
pembangunan murid yang holistik dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani. Visi ini
juga menjadi asas kepada semua usaha penambahbaikan sistem pendidikan sejak
Falsafah Pendidikan Kebangsaan digubal pada 1988. Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia akan terus mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk
pendidikan seimbang sebagai asas aspirasi setiap murid. Pelan ini juga merujuk sistem
pendidikan berprestasi tinggi lain untuk membina perincian bagi kemahiran khusus

dan atribut yang boleh diterapkan kepada murid bagi membolehkan mereka menerajui
pembangunan ekonomi dan dunia global masa hadapan (Ekshibit 8).
Pengetahuan:
Di peringkat paling asas, setiap kanak-kanak perlu menguasai sepenuhnya
kemahiran literasi dan numerasi. Selain itu, penting bagi setiap murid menguasai
mata pelajaran teras seperti Matematik dan Sains. Murid juga perlu didedahkan
kepada pengetahuan am yang menyeluruh tentang Malaysia, Asia, dan dunia dari
aspek sejarah, manusia, dan geografi. Murid juga digalakkan mengembangkan
pengetahuan dan kemahiran dalam bidang lain seperti seni, muzik, dan sukan.
Kemahiran Berfikir:
Setiap murid akan belajar cara memperoleh ilmu pengetahuan sepanjang kehidupan
mereka (menerapkan perasaan ingin tahu dan mengamalkan pembelajaran sepanjang
hayat) untuk membolehkan mereka menghubungkan pelbagai disiplin ilmu dan
mencipta ilmu yang baharu. Setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran
kognitif termasuk penaakulan dan pemikiran kritis, kreatif, serta inovatif. Bidang
ini kurang diberi perhatian, menyebabkan murid kurang berupaya untuk mengaplikasi
ilmu pengetahuan dan berfikir secara kritis di luar konteks akademik.
Kemahiran Memimpin:
Dalam dunia yang semakin saling berhubung kait, kebolehan untuk memimpin dan
bekerja dengan orang lain secara berkesan adalah amat penting. Sistem
pendidikan negara akan membantu setiap murid mencapai potensi sepenuhnya dengan
mewujudkan peluang yang formal dan tidak formal untuk bekerja dalam pasukan dan
mengamalkan ciri kepimpinan. Dalam konteks sistem pendidikan,kepimpinan
merangkumi empat dimensi, iaitu keusahawanan, berdaya tahan, kecerdasan
emosi, dan kemahiran berkomunikasi dengan berkesan.

Kemahiran Dwibahasa:
Setiap kanak-kanak akan menguasai bahasa Malaysia sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa perpaduan serta bahasa Inggeris sebagai bahasa
komunikasi antarabangsa sekurang-kurangnya pada tahap minima. Dengan tahap
penguasaan bahasa ini selepas menamatkan persekolahan, murid sepatutnya
berupaya menggunakan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dalam persekitaran

kerja. Di samping itu, Kementerian akan menggalakkan semua murid mempelajari


bahasa lain sebagai bahasa tambahan.
Etika dan Kerohanian:
Sistem pendidikan akan memupuk etika dan kerohanian dalam diri setiap murid
bagi mendepani cabaran yang akan ditempuhi dalam kehidupan dewasa, agar
mereka boleh menyelesaikan konflik secara harmoni, bijak membuat
pertimbangan, berpegang kepada prinsip ketika berada dalam situasi yang kritikal,
serta berani melakukan sesuatu yang betul. Sistem pendidikan juga berhasrat
untukmembentuk individu penyayang yang dapat menyumbang kepada
kesejahteraan komuniti dan negara.
Identiti Nasional:
Identiti nasional yang kukuh melalui penghayatan prinsip Rukun Negara, diperlukan
untuk kejayaan dan masa depan Malaysia. Setiap murid akan berbangga dikenali
sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira etnik, agama atau status
sosioekonomi. Semangat patriotic perlu dipupuk dalam diri setiap murid dengan
cara memahami sejarah negara, dan berkongsi aspirasi yang sama untuk masa
depan negara. Demi mewujudkan identity nasional yang sebenar, semangat
keterangkuman yang teguh amat diperlukan. Identiti nasional akan dapat dicapai bukan
hanya belajar memahami dan menerima kepelbagaian, tetapi juga menghayati
kepelbagaian.

11 ANJAKAN TRANSFORMASI SISTEM PENDIDIKAN


ANJAKAN 1

MENYEDIAKAN KESAMARATAAN AKSES KEPADA PENDIDIKAN BERKUALITI BERTARAF


ANTARABANGSA

Menanda aras pembelajaran bahasa, Matematik dan Sains dengan standard antarabangsa .
Melancarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) yang disemak semula pada 2017.
Merombak peperiksaan kebangsaan dan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) untuk
meningkatkan secara berperingkat peratusan soalan yang mentaksir kemahiran berfikir aras tinggi
pada 2016.
Meningkatkan kualitipendidikan Sains, Teknologi,Kejuruteraan, dan Matematik(STEM).
Memperluas akses dan meningkatkan kualiti laluan pendidikan, bermula dengan pendidikan
vokasional.
Meningkatkan kualiti prasekolah dan menggalakkan enrolmen sejagat menjelang2020.

Meningkatkan pelaburan dalam sumber fizikal dan sumber pengajaran untuk murid berkeperluan
khusus Melanjutkan pendidikan wajib daripada 6 tahun kepada 11tahun bermula pada umur 6
tahun.

ANJAKAN 2
MEMASTIKANSETIAP MURID MENGUASAI KEMAHIRAN DALAM BAHASA MALAYSIA DAN
BAHASA INGGERIS DAN DIGALAKKAN MEMPELAJARI BAHASATAMBAHAN

Melaksanakan KSSRBahasa Malaysia untukSekolah Jenis Kebangsaan dengan sokongan


pemulihan yang intensif bagi murid yang memerlukan.
Memperluas program LINUS supaya meliputi literasi bahasa Inggeris.
Meningkatkan kemahiran guru bahasa Inggeris.
Menjadikan matapelajaran Bahasa Inggeris kertas wajib lulus peringkat SPM dan memperluaskan
peluang bagi pendedahan terhadap bahasa Inggeris.
Menggalakkan setiap murid mempelajari bahasa tambahan menjelang 2025.
ANJAKAN 3
MELAHIRKAN RAKYAT YANG MENGHAYATI NILAI

Mengukuhkan Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral dengan lebih tumpuan kepada
perpaduan dan memupuk persefahaman yang erat antara murid.
Membangunkan murid secara holistik dengan mengukuhkan keperluan penyertaan murid dalam
1Sukan, 1Kelab, dan1Badan Beruniform.
Mengukuhkan dan memperluaskan RIMUP mulai 2016 untuk memudah cara interaksi antara jenis
sekolah.
ANJAKAN 4
MENTRANSFORMASI PROFESION KEGURUAN MENJADI PROFESION PILIHAN

Mengetatkan syarat kemasukan guru mulai2013 supaya terdiri daripada kalangan graduan 30%
teratas.
Merombak IPsetanding dengan standard bertaraf dunia menjelang 2020.
Meningkatkan kualiti program Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) mulai 2013.
Memastikan guru memberi tumpuan kepada fungsi teras pengajaran mulai 2013.

Melaksanakan laluan kerjaya guru berasaskan kompetensi dan prestasi menjelang 2016.
Memperluas laluan guru untuk peranan kepimpinan, pakar pengajaran, dan pakar bidang khusus
menjelang 2016.
Membudayakan kecemerlangan berasaskan teladan rakan setugas danproses pensijilan mulai
2025.
ANJAKAN 5
MEMASTIKAN KEPIMPINAN BERPRESTASI TINGGI DITEMPATKAN DI SETIAP SEKOLAH

Memperkukuh criteria pemilihan dan proses perancangan penggantian bagi pengetua/guru besar
mulai 2013.
Melaksanakan Pakej Kerjaya Pengetua/Guru Besar yang baharu secara berperingkat, dengan
lebih sokongan dan kebertanggungjawaban y ang tinggi bagi meningkatkan keberhasilan murid.

ANJAKAN 6
MENGUPAYA JPN, PPD DAN SEKOLAH UNTUK MENYEDIAKAN PENYELESAIAN KHUSUS
BERASASKAN KEPERLUAN

Mempercepat penambahbaikan prestasi sekolah melalui program yang sistematik dan dipimpin
oleh PPD di semua negeri menjelang 2014.
Memberi lebih kuasa melalui pengurusan berasaskan sekolah dan autonomi kepada sekolah yang
memenuhi criteria prestasi minimum.
Memastikan 100% sekolah memenuhi keperluan infrastruktur asas menjelang 2015,bermula
dengan Sabah dan Sarawak.
Memastikan semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan menerima sokongan kewangan yang
saksama.

ANJAKAN 7
MEMANFAATKAN ICT BAGI MENINGKATKAN KUALITI PEMBELAJARAN DI MALAYSIA

Menyediakan akses Internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui 1BestariNet


bagi kesemua 10,000 sekolah.
Menambahkan kandungan dalam talian untuk perkongsian amalan terbaik bermula dengan

perpustakaan video guru terbaik menyampaikan pengajaran dalamSains, Matematik,


Bahasa Malaysia, dan Bahasa Inggeris.
Memaksimumkan penggunaan ICT bagi pembelajaran jarakjauh dan pembelajaran kadar
kendiri untuk memperluas akses kepada pengajaran berkualiti tinggi tanpa mengira lokasi atau
tahap kemahiran murid.

ANJAKAN 8
MENTRANSFORMASIKEBOLEHANDANKEUPAYAANPENYAMPAIANKEMENTERIAN

Mengupaya JPN dan PPD dengan memberi lebih hak membuat keputusan tentang bajet dan
personel mulai 2013, serta meningkatkan kebertanggungjawaban bagi menambah baik
keberhasilan murid.
Sekurang-kurangnya 2,500 personel daripada Kementeriandan JPN ditempatkan di PPD untuk
memberi lebih sokongan kepada sekolah menjelang 2014.
Memperkukuh keboleh upayaan kepimpinan bagi 150-200 jawatan kepimpinan utama mulai
2013.
Merangka fungsi dan struktur baharu Kementerian menjelang 2013, dan pelaksanaan mulai
2016.

ANJAKAN 9
BEKERJASAMA DENGAN IBUBAPA, KOMUNITI, DAN.SEKTOR SWASTA SECARA MELUAS

Melengkapkan setiap ibu bapa bagi membantu pembelajaran anak mereka melalui sarana
pelibatan ibu bapa dan akses dalam talian di sekolah.
Mendapatkan maklumbalas daripada setiap PIBG mengenai pelaksanaan kurikulum setempat dan
kualiti guru mulai 2016.
Menambah bilangan model Sekolah Amanah kepada 500 menjelang 2025 dengan melibatkan
kumpulan alumni dan NGO yang berpotensi sebagai penaja.

ANJAKAN 10
MEMAKSIMUMKANKEBERHASILANMURID BAGISETIAP RINGGIT

Mengaitkan setiap program kepada keberhasilan muridyang jelas dan merasional program
berimpak rendah pada setiap tahun.
Memanfaatkan peluang kecekapan,dengan mengagihkan peruntukan kepada bidang paling penting
seperti peningkatan kemahiran dan latihan guru.
ANJAKAN 11
MENINGKATKANKETELUSANUNTUKKEBERTANGGUNGJAWABANAWAM
LANGSUNG

SECARA

Menerbitkan laporan tahunan awam tentang kemajuan sasaran dan inisiatif Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia mulai 2013.
Melaksanakan semakan komprehensif pada 2015, 2020 dan 2025.

Sistem pendidikan Malaysia berhasrat memastikan setiap murid mencapai


potensi sepenuhnya. Setiap pemimpin sekolah, guru, ibu bapa, dan
masyarakat mempunyai peranan penting dalam memastikan generasi muda
ini mencapai aspirasi yang diharapkan.
Pelan ini akan terus menterjemahkan semangat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang merencanakan pendidikan seimbang sebagai asas
mencapai aspirasi murid. Perkara ini selari dengan maklum balas daripada
Dialog Nasional. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia juga mengambil
pengajaran daripada sistem pendidikan berprestasi tinggi untuk
membangunkan ciri-ciri atribut dan kecekapan tertentu yang diperlukan oleh
murid untuk berjaya dan berkembang maju dalam dunia global yang
semakin mencabar.
Sehubungan itu, semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan tentang
pendidikan seimbang diperlihatkan dalam enam ciri (Ekshibit 2-3). Ciri ini
bukan sahaja menekankan kepentingan pengetahuan, tetapi juga
pembangunan kemahiran pemikiran kritis, kreatif, dan inovatif; kemahiran
memimpin; kemahiran dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris; sahsiah
dan nilai, serta semangat identiti nasional yang kuat. Ciri ini turut memberi
penekanan kepada usaha bagi membolehkan semua murid memberikan
sumbangan yang bermakna kepada keluarga, masyarakat, dan negara.

1. Pengetahuan
Pada peringkat paling asas, setiap murid perlu memiliki keupayaan literasi
dan numerasi sepenuhnya. Ciri ini melengkapkan mereka dengan kemahiran
hidup asas, serta berfungsi secara berkesan dalam masyarakat bagi
membolehkan mereka memupuk nilai untuk diri sendiri, masyarakat dan
negara. Di samping itu, penting bagi murid menguasai mata pelajaran teras
seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah.
Mereka juga digalakkan untuk mendapatkan maklumat dan pengetahuan
dalam bidang lain, seperti seni, muzik dan sukan. Selain pengetahuan dalam
bidang ini, murid juga perlu mempunyai keupayaan mengaplikasi
pengetahuan ini dalam situasi harian.
2. Kemahiran berfikir
Setiap murid perlu membina kemahiran inkuiri dan belajar cara untuk terus
mendapatkan pengetahuan sepanjang hayat supaya boleh menghubung kait
pelbagai pengetahuan, dan mewujudkan pengetahuan baharu. Kemahiran
berfikir aras tinggi dan kemampuan untuk melakukan inovasi amat kritikal
dalam dunia teknologi yang berkembang pesat. Setiap murid perlu
menguasai pelbagai kemahiran kognitif yang penting:
Pemikiran Kreatif dan Inovatif: kemampuan menginovasi, menjana
kemungkinan baharu, dan mencipta idea atau pengetahuan baharu;
Pemikiran Kritis dan Penaakulan: keupayaan menganalisis maklumat,
menjangka masalah dan mendekati isu secara kritis, logik, induktif, dan
deduktif bagi mencari penyelesaian, danakhirnya membuat keputusan; dan
Keupayaan Belajar: keupayaan memacu pembelajaran sendiri, dengan
kemampuan menghargai nilai pembelajaran sepanjang hayat.
Sistem pendidikan negara perlu meningkatkan kemahiran murid dalam
bidang ini seperti yang digambarkan melalui skor TIMSS dan PISA sejak lima
tahun lepas. Skor TIMSS dan PISA 2009+ menunjukkan bahawa murid kurang
mampu mengaplikasi pengetahuan serta berfikir secara kritis di luar konteks
akademik biasa. Sehubungan itu, adalah amat penting bagi sistem
pendidikan negara membantu setiap murid memperoleh kemahiran berfikir.
3. Kemahiran memimpin
Kemampuan bekerja dengan berkesan dan memimpin orang lain adalah
penting, terutamanya dalam dunia yang semakin saling berkait. Dalam

Dialog Nasional, kepentingan memupuk kepimpinan dan keupayaan bekerja


secara berkesan dalam satu pasukan bagi setiap murid sering dibangkitkan.
Sistem pendidikan berusaha membantu setiap murid mencapai potensi
masing-masing sepenuhnya melalui pelibatan sebagai pemimpin, serta
bekerja dalam kumpulan. Dalam konteks sistem pendidikan, kepimpinan
mempunyai empat unsur:
Keusahawanan: mengambil inisiatif untuk mewujudkan dan membangunkan
penyelesaian sendiri, dan bagi tujuan itu sanggup membuat pelaburan
daripada sumber sendiri, serta terdoronguntuk memastikan penyelesaian itu
dizahirkan;
Berdaya tahan: membina cara berfikir yang konstruktif serta mampu
menghadapi rintangan;
Kecerdasan emosi: berupaya memahami dan bekerja secara berkesan
dengan orang lain serta mampu mempengaruhi mereka secara positif; dan
Ketrampilan komunikasi: berupaya memberikan pendapat dan hasrat secara
lisan dan bertulis dengan jelas.
Sekolah perlu menggunakan peluang yang disediakan di dalam bilik darjah
melalui aktiviti berasaskan projek dan kerja kumpulan, dan aktiviti di luar
bilik darjah melalui sukan, seni, serta aktiviti kokurikulum dalam
membangunkan keperibadian murid.
4 Kemahiran dwibahasa
Setiap murid akan menguasai bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan,
dan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan bahasa komunikasi
antarabangsa. Setiap murid juga akhirnya akan berpeluang mempelajari
bahasa tambahan. Kepelbagaian Malaysia yang unik dan warisan berbilang
budaya memberikan kelebihan daya saing kepada semua. Murid akan terus
berpeluang untuk mempelajari bahasa Cina dan Tamil di sekolah jenis
kebangsaan. Kini, sesetengah sekolah kebangsaan juga menyediakan
peluang untuk mempelajari bahasa ketiga seperti bahasa Cina, Tamil, Arab,
Iban, dan Kadazan Dusun. Pada peringkat menengah, peluang ini diperluas
untuk meliputi bahasa antarabangsa lain. Selepas jangka masa tertentu,
semua murid akan digalakkan untuk belajar sekurangkurangnya tiga bahasa
bagi membolehkan mereka bekerjasama dan berkomunikasi secara berkesan
dengan rakan dalam kalangan rakyat Malaysia dan juga negara jiran dalam

dunia global masa ini.


5. Etika dan kerohanian
Sistem pendidikan akan mempersiapkan setiap murid supaya berani
menghadapi cabaran masa depan, menyelesaikan konflik secara aman,
membuat keputusan yang wajar dalam situasi kritikal, dan mempunyai
keberanian melakukan apa yang betul. Peneka nan diberikan kepada setiap
murid dengan mewujudkan satu set prinsip, termasuk nilai bersama yang
kukuh yang didukung oleh semua rakyat Malaysia:
Kerohanian: mempunyai pegangan agama yang kuat dan mengamalkannya
sebagai asas hidup, serta mendukung standard moral yang tinggi.
Integriti: mempunyai keberanian, disiplin, dan semangat untuk melakukan
perkara yang betul; dan
Tanggungjawab sivik: bertindak untuk kebaikan negara, mengambil berat
terhadap orang lain dan alam sekitar, dan memiliki keupayaan yang
mendalam untuk memberikan sumbangan kepada masyarakat.
6. Identiti nasional
Rakyat Malaysia perlu mempunyai perasaan tidak berbelah bahagi tentang
identiti nasional dan berpegang teguh dengan prinsip Rukun Negara untuk
memupuk perpaduan dan masa depan Malaysia. Setiap murid tanpa mengira
etnik, kepercayaan, taraf sosioekonomi atau lokasi harus berbangga menjadi
rakyat Malaysia. Pencapaian matlamat patriotisme ini memerlukan semangat
keterangkuman tinggi yang diperoleh dengan belajar memahami perbezaan
dan bertolak ansur, menerima dan menghormati orang lain, serta hidup
bersama dalam kepelbagaian masyarakat Malaysia. Identiti nasional juga
memerlukan setiap murid memahami sejarah Malaysia, berkongsi
pengalaman dalam dan luar sekolah, dan berkongsi aspirasi untuk masa
depan Malaysia.

Pengenalan

Transformasi demi transformasi telah dijayakan


oleh pihak kerajaan bagi bagi memelihara
kedaulatan bahasa melayu sebagai bahasa
kebangsaan Malaysia. Pelestarian transformasi
tersebut telah diteruskan kesinambungannya oleh
pihak kerajaan dengan memperkenalkan satu lagi
dasar bahasa yang baru pada tahun 2011 iaitu
Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan
Memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris
(MBMMBI ). MBMMBI diperkenalkan bagi
menggantikan PPSMI yang akan dimansuhkan pada
2012[1] setelah mendapati dasar itu gagal
mencapai matlamatnya untuk meningkatkan
penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar
dan pada masa sama menjejaskan pencapaian
pelajar, khususnya di luar bandar dalam kedua-dua
subjek itu.
Tujuan utama memartabatkan Bahasa Melayu
adalah kerana Bahasa Melayu merupakan bahasa
kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa
perhubungan utama dan bahasa ilmu ke arah
membina negara bangsa untuk mencapai hasrat
1Malaysia. Tujuan utama memperkukuh Bahasa
Inggeris adalah kerana Bahasa Inggeris merupakan
bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu
dikuasai dengan baik dan berkesan bagi

membolehkan penerokaan pelbagai ilmu untuk


bersaing di peringkat nasional dan global.
Memartabatkan bahasa Melayu bermaksud
mengembalikan kedudukan bahasa itu sebagai
bahasa pengantar di sekolah kebangsaan.
Memperkasa bahasa Inggeris pula bermaksud
usaha mempertingkat penguasaan bahasa itu
melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
lebih berkesan supaya pelajar benar-benar dapat
menguasainya dengan baik
Satu pendekatan soft-landing[2] telah
direncanakan untuk memastikan pencapaian
pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajaran
dan pembelajaran Sains dan Matematik di bawah
dasar PPSMI tidak akan terjejas. Kerajaan sangat
komited dalam melaksanakan dasar baru ini sejajar
dengan misi mengembalikan kredibiliti bahasa
Malaysia sebagai bahasa ilmu dan yang penting
menterjemahkan slogan Bahasa Jiwa bangsa
kepada semua rakyat Malaysia menerusi sistem
pendidikan. Melalui kefahaman, sokongan dan
usaha berterusan seluruh warga pendidik dalam
menjayakan dasar baru ini, kita akan dapat
mencapai matlamat menambah baik kualiti
pendidikan di negara kita secara berterusan demi
kepentingan masa depan negara.

Rasional
Dasar MBMMBI merupakan refleksi kepada
pelbagai isu yang timbul daripda pelaksanaan
PPSMI yang telah berkuatkuasa sejak tahun 2003
lagi. Memandangkan kejayaan PPSMI tidak seperti
yang diharapkan, pihak kerajaan telah berinisiatif
meggubal dasar baharu yang lebih berkesan
terutamanya dalam memberi keseimbangan antara
penggunaan bahasa ibunda dan juga bahasa
antarabangsa iaitu tanpa mengenepikan hak
bahasa ibunda itu sebagai bahasa ilmu.
Dasar ini pada mulanya ingin diperkenalkan pada
tahun 2012, namun demi memikirkan kebaikan
dasar ini yang hampir disetujui oleh semua pihak,
kerajaan tekad untuk mempercepatkan
pelaksanaan dasar baharu ini pada tahun ini
dengan menjadikan murid Tahun Satu 2011
sebagai perintis MBMMBI melalui KSSR[3] yang
menggunakan Bahasa Malaysia sepenuhnya dalam
subjek Sains dan Matematik. Rasional pelaksanaan
dasar ini dapat ditelusuri seperti berikut.
Pertama, penggunaan bahasa Inggeris sebagai
bahasa pengantar pengajaran Sains dan Matematik
di sekolah rendah dan menengah dikesan

menghakis kepentingan bahasa Malaysia sebagai


bahasa ilmu dalam bidang tersebut. Kedua,
penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa
pengantar telah mantap bagi semua mata
pelajaran yang dimulakan sejak tahun 1970an.
Ketiga, kebanyakkan negara di dunia berusaha
keras untuk memartabatkan bahasa kebangsaan
mereka masing-masing sebagai bahasa ilmu.
Keempat, PPSMI telah melebarkan jurang
pencapaianSains dan Matematik antara murid
bandar dan luar bandar. Kelima, bahasa Malaysia
sebagai bahasa pengantar utama di sekolahsekolah dan dijadikan sebagai bahasa perpaduan.
[4]
Pelaksanaan dan penambahbaikan
Kementerian Pelajaran sedang melakukan
persiapan untuk melaksanakan dasar ini dengan
sebaik mungkin tanpa menjejaskan pencapaian
pelajar-pelajar yang akan terlibat dalam proses
transisi pada tahun 2012. Perubahan sepenuhnya
akan mengambil masa selama 3 tahun kerana
pelaksanaan akan dilakukan secara berperingkatperingkat bermula dengan Tahun Satu, Tahun
Empat, Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat. Pada
masa yang sama Bahasa Cina digunakan di SJKC
dan Bahasa Tamil di SJKT. Perubahan tidak

melibatkan Tingkatan Enam dan


Matrikulasi.Seterusnya peperiksaan SPM Sains dan
Matematik akan dikekalkan dalam dwi bahasa
sehingga 2015.
Untuk memaksimumkan keberkesanan dasar
baharu ini beberapa strategi penambahbaikan
telah diatur rapi dan telah diperincikan kepada dua
bahagian iatu strategi untuk meningkatkan
penguasaan bahasa Inggeris dan strategi untuk
memartabatkan bahasa Melayu. Antara strategi
yang dirangka adalah pihak Kemeterian Pelajaran
untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris
ialah dengan menyediakan guru Bahasa Inggeris
yang mencukupi menerusi pengambilan guru
bersara, guru dari luar negara dan IPTS selain
daripada pengambilan melalui IPGM[5] dan IPTA.
Pada masa yang sama, 2 orang guru akan
ditempatkan bagi setiap satu kelas berenrolmen
tinggi[6].
Antara usaha lain adalah menyediakan bahan
bacaan Bahasa Inggeris dan memperkenalkan
language arts dalam P&P Bahasa Inggeris. Usahausaha ini dilihat lebih menjurus kualiti guru Bahasa
Inggeris itu sendiri dan kandungan sukatan
pelajaran yang lebih dinamik dan boleh diadaptasi
dari pelbagai sumber. Bagi strategi memartabatkan

Bahasa Malaysia pula antaranya ialah dengan


menukar kembali pengajaran dan pembelajaran
(P&P) Sains dan Matematik dalam Bahasa Malaysia
di Tingkatan Satu hingga Lima di SMK dan SK
manakala, Bahasa Cina di SJKC dan Bahasa Tamil di
SJKT, penambahan waktu P&P Bahasa Malaysia di
SJKC dan SJKT, penggunaan TMK[7] dalam P&P
Bahasa Malaysia dan menyediakan bahan bacaan
Bahasa Malaysia.
Peranan guru dalam menjayakan dasar MBMMBI
1.
Guru melaksanakan dan melestarikan dasar
dan strategi MBMMBI di sekolah
Guru perlu bersifat profesional dan peka dengan
segala perkembangan pendidikan Craft (2002)
menyarankan bahawa untuk menjadi pendidik
yang profesional, seorang guru perlu peka
terhadap inisiatif pendidikan yang terkini. Oleh
yang demikian, dapat dikenalpasti peranan utama
guru dalam menjayakan dasar MBMMBI ini adalah
dengan mengetahui kandungan dan cara
pelaksanaan dasar ini secara terperinci dan
melaksanakannya dalam proses P&P mengikut
panduan yang disediakan. Contohnya, guru perlu
maklum tentang penggunaan dwibahasa yang

akan dimansuhkan secara berperingkat-peringkat


mengikut darjah dan tingkatan yang terlibat.
Tidak ketinggalan, guru-guru perlu memastikan
strategi-strategi pelaksanaan MBMMBI adalah
sejajar dengan P&P yang dijalankan seperti
Transformasi Kurikulum Bahasa Inggeris Sekolah
Rendah yang lebih menitikberatkan penguasaan
literasi asas dan pengukuhan Bahasa Inggeris
melalui pendekatan modular. Antaranya ialah,
pengukuhan penguasaan asas Bahasa Inggeris
dengan memberi penekanan kepada Phonics
disamping Modul Language Arts[8].. Untuk
menjadikan perubahan lebih sistematik, guru perlu
melaksanakan pendekatan soft landing seperti
yang termaktub dalam dasar MBMMBI.
(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011).
Pada masa yang sama, guru wajar memaklumkan
dengan lebih lanjut tentang dasar baru ini kepada
semua murid supaya kedua-dua pihak iaitu guru
dan murid lebih jelas dan dapat mengetahui
signifikan dasar baru ini. Sebagai seorang guru
yang yang profesional, guru harus sentiasa
mengikuti perkembangan terhadap kajian-kajian
lampau dan terkini bagi mengemaskinikan
pengetahuan dan kemahiran p&p guru.

Terdapat banyak cadangan dan usaha strategik


untuk memastikan kejayaan Dasar MBMMBI ini,
antaranya ialah guru melaksanakan penggunaan
Bahasa Melayu Standard Merentas Kurikulum
seperti yang digariskan oleh dasar ini. Penggunaan
sistem bahasa yang betul dalam mata pelajaran
lain akan menyokong P&P Bahasa Melayu. Guru
juga harus memntau penggunaan dialek tempatan
atau bahasa pasar agar tidak menjejas standard
dan mutu Bahasa Melayu itu sendiri. Guru juga
perlu komited dalam mengimplimentasikan
TMK[9] dalam P&P. Selain itu, guru juga perlu
menyedari bahawa diri mereka merupakan
pemangkin utama dalam setiap program
pelaksanaan Dasar MBMMBI seperti penganjuran
Program bacaan yang kini memuatkan Komponen
Sastera dalam Bahasa Melayu (KOMSAS), Buku
Sastera Sekolah Rendah, Bacaan Awal Berstruktur
dan program NILAM yang akan diteruskan.
2.
Guru meningkatkan penguasaan Bahasa
Malaysia dan Bahasa Inggeris secara teori dan
amali.
Budaya ilmu di kalangan guru dan pelajar adalah
sejajar dengan salah satu matlamat yang
terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
iaitu melahirkan generasi yang mencintai ilmu

pengetahuan dan seterusnya menjadi teras dan


tunjang dalam amalan pendidikan seumur hidup.
Pendekatan guru cemerlang merupakan satu
daripada inisiatif terbaik untuk meningkatkan
penguasaan bahasa Inggeris bagi guru dan pelajar
di negara ini. Menurut Dato Sri Muhyiddin
Yassin[10], berdasarkan interaksi dan maklum
balas daripada pelbagai pihak serta rakan
sejawatan beliau dari negara lain, pendapat yang
sama diberikan iaitu penguasaan bahasa Inggeris
hanya boleh diperoleh menerusi mempelajari
bahasa itu dan bukannya belajar bahasa itu
menerusi pengajaran dan pembelajaran Matematik
dan Sains.
Beberapa inisiatif yang diperkenalkan oleh pihak
kerajaan adalah seperti membawa masuk guru
yang bahasa ibundanya bahasa Inggeris. Projek
Latihan Mentor, Latihan Bahasa Inggeris (ELT) SMR
berobjektif membantu Guru Bahasa Inggeris
Sekolah Rendah Malaysia yang mengajar Tahun 1,
2 dan 3 untuk meningkatkan keberkesanan dalam
pengajaran Bahasa Inggeris kepada murid mereka.
Ia memberikan kepada dua penekanan,
pertamanya membantu guru dengan teknik
metodolgi komunikasi dan keduanya meningkatkan
tahap penguasaan bahasa Inggeris mereka secara

peribadi untuk meningkatkan keyakinan dan


kefasihan bahasa Inggeris.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SMR
Datuk R. Palan, bagi tempoh 10 bulan lepas,
sebanyak 120 guru mentor dari seluruh dunia telah
berpeluang bekerja dengan guru tempatan. Guru
mentor berkenaan yang berasal dari luar
negara[11], telah diambil bekerja berdasarkan
kefasihan mereka dalam bahasa Inggeris yang
merupakan bahasa ibunda mereka, kelayakan
pendidikan dan ESL serta pengalaman dalam bilik
darjah ( Bernama,2011). Impak dari usaha-usaha
berterusan sebegini, guru akan memindahkan ilmu
yang baik, meninggikan adab murid, serta
memberi petunjuk ke arah kebenaran sebagai
seorang pengamal ilmu. Sebagai seorang guru,
budaya ilmu harus menjadi kriteria utama dan
harus dipupuk dalam diri supaya menjadi teladan
bagi para pelajar mencontohinya.
3.
Guru meningkatkan penguasaan kemahiran
P&P di bilik darjah
Kemahiran utama yang perlu dikuasai oleh guru
dalam P&P dibawah MBMMBI ialah aspek
komunikasi . Komunikasi merupakan tulang
belakang kepada penyampaian p&p dalam bilik

darjah yang juga dikenali sebagai komunikasi


interpersonal. Terdapat sembilan unsur penting
yang perlu diberi perhatian.[12](Zulkifli, 2000)
Dalam konteks sekolah, berkomunikasi ialah
proses bagaimana guru berkongsi pengalaman
dengan murid-muridnya dan begitu juga
sebaliknya. Apabila guru menyampaikan
pengetahuan dan pengalaman kepada anak
muridnya, ia dinamakan berkomunikasi (Abdullah
dan Ainon, 1999).
Seterusnya, guru berperanan untuk memantapkan
kaedah penyampaian dengan memaksimumkan
penggunaan alat bantu mengajar. Mak Soon Sang
(2007), menegaskan guru perlu mengaplikasikan
teknologi maklumat (ICT) di dalam bilik darjah
melalui program SLE (Smart Learning Environment)
yang bertujuan meningkatkan pengetahuan guru
terhadap penggunaan ICT. ICT didapati sangat
membantu guru terutama sebagai satu alat untuk
melestarikan pemerkasaan Bahasa Inggeris.
P&P bahasa yang menarik dan efektif dapat
dijalankan melalui aktiviti menyanyi, jazz chants,
choral speaking, drama, muzik dengan bantuan
bahan bantu mengajar.Clarke dan Cutler (1990)
menyatakan keberkesanan pengajaran bergantung
kepada perancangan, pelaksanaan, penilaian

terhadap proses dan objektif pembelajaran. Oleh


itu, mengenalpasti objektif pengajaran merupakan
salah satu ciri kualiti pengajaran yang diperlukan
dalam perancangan.
Cohn et al, (1987) selanjutnya menyokong
pendapat ini dengan menyatakan guru harus
membuat refleksi kendiri untuk menilai objektif
pengajarannya setelah selesai melaksanakan
pengajaran. Oleh itu guru harus mempunyai
kemahiran dalam memilih strategi p&p yang sesuai
kerana ia merupakan suatu rancangan untuk
melaksanakan aktiviti p&p juga mahir dalam
penggunaan kaedah dan teknik mengajar untuk
menyampaikan isi pelajaran dengan cara yang
berkesan, kerana pemilihan kaedah dan teknik
mengajar yang sesuai akan menjamin
keberkesanan pengajaran.
4.
Guru berperanan melahirkan modal insan
yang seimbang (JERIS)
Dalam usaha melahirkan sebuah negara yang
maju, kebanyakan perbincangan lebih dominan
memperdebatkan hal-hal fizikal, namun aspek
pembentukan akhlak dan kerohanian amat perlu
dititikberatkan terutamanya bermula di peringkat
persekolahan. Guru seharusnya memahami akan

peranan mereka sepenuhnya dalam menjayakan


modal insan ini kerana ia selaras dengan intipati
utama Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang
dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual dan
sosial yang sering disebut oleh guru-guru sebagai
JERIS. Dalam konteks MBMMBI, keseimbangan
dalam penguasaan kedua-dua bahasa utama
tersebut merupakan satu elemen daripada ciri-ciri
modal insan yang seimbang iaitu dari segi intelek.
Guru perlu bijak mengadaptasi teori kepada amali
kerana ilmu supaya ilmu yang diperoleh di sekolah
boleh digunapakai di alam realiti. Pemertabatan
bahasa ibunda juga dapat menerap nilai patriotik
dalam diri setiap murid tentang kepentingan
mendaulatkan bahasa Malaysia. Oleh yang
demikian, dapat dilihat bagaimana peranan
seorang guru untuk membuka mata anak didiknya
melihat kepentingan dasar ini untuk jangka masa
yang panjang. Menjadi seorang guru yang
cemerlang dalam melahirkan modal insan yang
seimbang bukan sahaja dinilai dari aspek luaran
semata-mata mlahan dari segi kekuatan
dalamannya[13]. Usaha-usaha ini penting dalam
menyiapkan diri mereka sebagai role-model utama

terhadap generasi bakal peneraju kemajuan


negara suatu hari nanti.
Jika kita lihat fenomena yang berlaku dalam
masyarakat Malaysia kini, guru-guru sering
dipersalahkan jika anak-anak tidak mencapai
kecemerlangan. Orang ramai semakin kerap
mempersoalkan kualiti pendidikan di sekolah,
seolah-olah tidak lagi menaruh keyakinan kepada
kewibawaan sekolah dalam hal ehwal mendidik.
Kecemerlangan pada sijil peperiksaan mereka
secara realitinya tidak memperlihatkan
kematangan berfikir, kepetahan berkomunikasi,
ketokohan sebagai pemimpin, kemurnian tingkah
laku, keupayaan mencipta dan menyumbang
kepada kemajuan negara-bangsa dan global. Bak
kata peribahasa, pemuda harapan bangsa,
pemudi tiang negara, golongan muda perlu
dicanai supaya menjadi modal insan yang
cemerlang. Ibu bapa dan guru memainkan peranan
yang terpenting untuk mencapai aspirasi tersebut.
5.
Guru saling mengamalkan perkongsian dan
Jaringan Guru

Peranan guru diperingkat organisasi juga


merupakan aspek yang penting untuk diambil

perhatian. Sinergi dalam kalangan guru amat


penting untuk berkongsi pengalaman dan
pengetahuan tentang P&P yang terkini dan
berkesan. Perkongsian dan jaringan ini hanya
dapat dibentuk melalui komunikasi yang baik
antara para guru. Dalam sesebuah organisasi,
komunikasi ke atas diperlukan oleh pihak atasan
supaya cadangan daripada pekerja bawahan dapat
membantu mereka membuat keputusan dan
perancangan organisasi. Keberkesanan komunikasi
dan keberkesanan organisasi mempunyai
hubungan yang rapat dan saling mempengaruhi.
Dalam pelaksanaan dasar MBMMBI, komunikasi
interpersonel antara para guru amat diperlukan
demi menyerap segala tekanan atau kesukaran
yang dihadapi terutama di awal fasa perubahan.
Pace dan Faules (1994) menyatakan bahawa
komunikasi dua hala jenis terbuka, jelas dan saling
mempercayai akan dapat mempengaruhi darjah
komitmen seseorang pekerja terhadap
organisasinya. Ini adalah kerana apabila seseorang
pekerja menerima maklum balas yang positif
tentang sifat pekerjaan di organisasi dan
prestasinya dengan persetujuan pihak atasan,
seseorang pekerja itu akan mempunyai darjah

komitmen yang lebih tinggi terhadap pekerjaannya


dan organisasinya.
Selain itu, bagi kepimpinan Sekolah yakni Guru
Besar dan Pengetua perlu diberi lebih banyak
pendedahan tentang peranan mereka sebagai
pengurus kurikulum. Mereka perlu memahami
matlamat dan kehendak kurikulum Bahasa Inggeris
dan turut merancang program yang sesuai untuk
mencapai objektif yang ditetapkan. Jawatan
Penyelaras Bahasa Inggeris akan diwujudkan di
peringkat Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat
Pelajaran Daerah.
Dalam skala yang lebih besar jaringan antara guru
telahpun di eksperimentasikan oleh pihak kerajaan
dengan penyediaan sebuah portal yang akan
diwujudkan untuk menghimpunkan bahan
penulisan serta menyediakan forum bagi penggiat
bahasa, para pendidik, sasterawan, pelajar serta
pengguna Bahasa Melayu untuk berbincang,
mengkaji dan mencari maklumat tentang Bahasa
Melayu. Perkongsian dalam talian ini mampu
merangsang guru untuk bersikap lebih dinamik
dan produktif kerana bukan sahaja menyumbang
kepakaran di sekolah malahan dapat berkongsi
idea dan kemahiran dengan individu dalam
profesion yang sama di peringkat nasional.

Rumusan
Peranan guru selaku kepimpinan barisan hadapan
dalam pelaksanaan Dasar Memartabatkan Bahasa
Malaysia dan Memperkukuhkan penguasaan
Bahasa Inggeris (MBMMBI) dapat dirumuskan
seperti berikut.
Guru melaksanakan dan melestarikan dasar dan
strategi MBMMBI di sekolah
Guru meningkatkan penguasaan Bahasa Malaysia
dan Bahasa Inggeris secara pedagogi dan amali.
Guru meningkatkan penguasaan kemahiran P&P di
bilik darjah
Guru melahirkan modal insan yang seimbang
(JERIS)
Guru saling mengamalkan perkongsian dan
jaringan guru.
Kesimpulan
Dapatan dari perbincangan ini, disimpulkan
bahawa implementasi Dasar Memartabatkan
Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan
penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI) ini
merupakan satu perkara yang sangat kompleks.
Warga pendidik pula dilihat bertindak sebagai agen

utama yang menjunjung dan memanifestasikan


dasar ini di peringkat sekolah khususnya. Justeru
itu, menjadi kewajiapan kepada setiap warga
pendidik untuk memahami peranan mereka secara
terperinci bagi merealisasikan dasar ini dengan
jayanya. Dapat dilihat, peranan-peranan
disenaraikan lebih menjurus ke arah persiapan
kendiri guru itu sendiri yang seharusnya bertindak
sebagai penyebar ilmu, pengamal budaya ilmu,
guru sebagai role-model, mengamalkan
pengajaran efektif, peka dengan segala
perkembangan pendidikan. Selain itu, didapati
kemahiran profesional seorang guru mampu
meyediakan generasi muda untuk menghadapi
kemungkinan-kemungkinan yang berupa
masyarakat industri, ekonomi yang global,
kebanjiran teknologi tinggi dan sentiasa bertambah
canggih, penggunaan komputer sebagai keperluan
urusan harian dan limpahan maklumat sejagat.
Rujukan
Abdullah Hassan dan Ainon Mohd
(2000). Komunikasi Untuk Guru. Kuala Lumpur:
Utusan
Publications &Distributors Sdn Bhd.
Arifin Hj. Zainal. (1985). Pekerja dan
pekerjaan. Pendekatan Psikologi Personel.

Berita Harian. (2011, November 25). Waktu


pengajaran bahasa Inggeris ditambah. Diperoleh
dari
http://www.bharian.com.my/articles/Waktup
engajaranbahasaInggerisditambah/Article/
Berita Harian. (2011, Oktober 31). Jangan Layan
Usaha Pinggir Bahasa Melayu. Diperoleh
darihttp://www.bharian.com.my/bharian/articles/Jan
ganlayanusahapinggirbahasaMela
yu/Article/print_html
Che Su Mustaffa dan Mohd Foad Sakdan.
(1993). Komunikasi Yang Efektif Dalam
Goldhaber, G.M. (1990). Komunikasi dalam
organisasi. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Harjit Singh a/l Gurbax Singh. (1993). Proses
komunikasi dan hubungan dengan kepuasan
kerja dan prestasi kerja. Latihan Ilmiah, Bangi:
UKM.
Institut Terjemahan Negara Malaysia.( Mei,
2010) . Siaran Akhbar Perbincangan Meja Bulat
Memartabatkan Bahasa Melayu (MBM). Diperoleh
dari
http://www.itnm.com.my/news/detail/siaran_

akhbar_perbincangan_meja_bulat_mema
rtabatkan_bahasa_melayu_mbm/
Jabatan Hal Ehwal Khas. (2010). Isu bahasa:
Memartabatkan Bahasa Melayu Sebagai
Saluran
Penguasaan Ilmu. Diperoleh dari
http://www.jasa.gov.my/index.php/bm/medi
a/koleksi-artikel/5-field-issues/412-isubahasa-memartabatkan-bahasa-melayu-sebagaisaluran-penguasaan-ilmu.html
Kementerian Pelajaran Malaysia.(2011). Dasar
MBMMBI. Diperoleh
darihttp://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam/pe
keliling/1313055000.pdf
Mak Soon Sang. (2007). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI
(Komponen 3: Profesional Keguruan)
Sekolah
Rendah. Subang Jaya, Selangor: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd
Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Jurnal
Guru. Keluaran 5
Tajuk :
Profesionalisme Guru Dalam P&P

Pensyarah

Dr. Mohd Aderi Che Noh

Disediakan oleh :
Engkizar Bin Martias (P 51186)

Fakulti Pendidikan
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1.0 Pengenalan
As teachers we must believe in change, we must know it
is possible, or we wouldnt be teaching because
education is a constant process of change. Every single
time you teach something to someone, it is ingested,
something is done with it, and new human being
emerges. Leo Buscaglia dalam Boon Pong Ying (2009)
Ungkapan di atas menggambarkan betapa pentingnya
peranan guru sebagai penyampai ilmu dan kemahiran
kepada pelajar-pelajar dan mencorak mereka. Guru boleh
diibaratkan sebagai lilin yang menyinarkan hidup pelajar.
Namun, sebagai guru, kita harus peka terhadap
perubahan yang berlaku dalam pendidikan. Guru
sebagaimana ditakrif oleh Iman Al-Ghazali sebagai
seseorang yang menyampaikan sesuatu yang baik,
positif, kreatif atau membina kepada seseorang yang
berkemampuan tanpa mengira peringkat umur walau
terpaksa melalui dengan pelbagai cara dan kaedah sekali

pun tanpa mengharapkan sebarang ganjaran (Hamid


Fahmy Zarkasyi 1990)

Guru merupakan pemangkin wadah perjuangan untuk


pelajar membina daya pemikiran yang analitikal, kritis
dan kreatif bagi membentuk individu-individu yang boleh
menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan yang
berlaku di sekeliling mereka. Oleh yang demikian, guru
itu sendiri harus menguasai kemahiran dan pengetahuan
yang terkini untuk menjalankan tugas mereka. Justeru,
guru harus meningkatkan profesionalisme diri masingmasing. Profesionalisme diri merupakan hasil daripada
suatu proses pemikiran profesional dan tindakan dalam
pembelajaran sepanjang hayat. Ia suatu proses di mana
guru menyemak semula, membaharui dan melanjutkan
komitmen mereka sebagai agen perubahan terhadap
tujuan pengajaran; mereka menguasai dan
memperkembangkan secara kritikal pengetahuan,
kemahiran serta kecerdasan pelbagai yang diperlukan
dalam pengajaran (Day,1999).
Guru adalah penggerak dalam sistem pendidikan di
negara kita. Tanpa bantuan guru segala perancangan
pendidikan yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia akan terbengkalai begitu saja. Sebagaimana
yang dinyatakan oleh Sufean Hussin (2005 dalam
Mohammed Sani 2007) guru merupakan pelaksana
kurikulum dan menjadi teras dalam menentukan
standard, mutu dan keberkesanan sistem pendidikan.
Dengan kata lain, guru memainkan peranan utama untuk

menyalurkan ilmu dan kemahiran mereka dalam


pendidikan formal yang mana guru bertanggungjawab
mendidik dan memimpin masyarakat (Mohammed Sani
2007).
Sebagaimana yang diketahui, peranan guru masa kini
semakin mencabar. Maka guru perlu sentiasa menjunjung
etika perguruan dan menjadi model akhlak yang baik
kepada anak didiknya. Menurut Jamiah et al.(2007),dalam
konteks pendidikan bersepadu, guru harus mempunyai
daya jihad yang mantap untuk menangani cabaran di
dalam organisasi sekolah khususnya. Guru yang boleh
digelar sebagai muaalim yang berkepakaran dalam
bidangnya, mudarris yang gigih mengajar, muadib yang
mengamalkan adab dan nilai murni, murrabi yang
sentiasa menyeru kepada kehidupan bertuhan, murshid
yang menampakkan daya kepimpinan yang menyeluruh
dan sebagai seorang yang sentiasa menunjukkan teladan
yang baik dari segi tingkah laku dan perbuatan (khudwah
hasanah).
Dari beberapa pendapat dan definisi di tas tegasnya
dapat disimpulkan bahawa guru merupakan tonggak asas
dalam menjalankan sebuah pendidikan, mereka bukan
hanya sekedar alat pendidikan akan tetapi juga sebagai
pemangkin murid dalam merubah tingkah laku serta
pemberi keahlian bagi murid dalam mempersiapkan
kehidupannya. Semua kualiti ini perlu ada di kalangan
pendukung utama dalam organisasi sekolah iaitu para
guru sendiri. kualiti ini amat penting untuk membantu

dalam membina daya pemikiran yang analitik, kritikal


dan kreatif bagi membentuk pelajar yang boleh
menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku di
sekeliling mereka selaras dengan hala tuju sistem
pendidikan.
Oleh itu, untuk mencapai hasrat ini maka guru perlu
kompeten dengan tugas yang telah diamanahkan kepada
mereka sepertimana kata Sufean Hussin (1996), Guru
pada ketika yang sama adalah pelajar. Ia perlu sentiasa
belajar untuk mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan
kemahirannya bagi menjadi pendidik yang profesional,
cekap, berkesan dan humanistik.
2.0 Konsep P&P
Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk
memudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk
memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja
harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang
menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan
pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu
mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat
meransangkan minat pelajar di samping sentiasa
memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar. pembinaan
potensi insan dalam semua aspek-rohani, kognitif, afektif
dan fizikal dalam bentuk yang menyeluruh dan
bersepadu. Berdasarkan Perspektif Persepadu Sejagat,
matlamat asas pendidikan baik di peringkat sekolah
rendah atau di peringkat sekolah rnenengah adalah untuk
memanusiakan manusia dan pemperadabkan manusia

(Nik Azis Nik Pa, 1997).


Maka, apakah yang perlu dilakukan dalam membuat
perancangan tersebut? Terdapat pelbagai faktor yang
perlu diambilkira, namun pada pandangan penulis,
perkara utama dan paling asas dalam proses ini ialah
perancangan itu perlu diasaskan pada konsep pengajaran
dan pembelajaran yang mantap serta seiring dengan citacita negara. Pembinaan sebuah reka bentuk pengajaran
pun berasaskan pada konsep pembelajaran tertentu. Ini
kerana konsep yang kukuh akan menjadi landasan
kepada sebarang tindakan yang diambil. Manakala
konsep yang kabur akan membuahkan tindakan yang
tidak keruan.
Terdapat banyak definisi mengenai metod P&P. Gage dan
Berliner (1991) mendefinisikan pembelajaran sebagai
proses yang membawa kepada perubahan tingkah laku
hasil daripada pengalaman. Ini termasuk perubahan
penguasaan maklumat, fakta, konsep, prinsip, sikap,
amalan, kemahiran berfikir, kemahiran melakukan kerja,
perubahan tabiat, dan tingkah laku. Bagi Hamachek
(1995) pembelajaran adalah proses yang melibatkan
perubahan tingkah laku melalui pengalaman dan latihan.
Dengan kata yang lain, pembelajaranbukan sahaja
dirujuk sebagai hasi lyang diperhatikan tetapi juga
kepada sikap, perasaan, dan proses intelektual yang
jelas.
Hill (1971) mengatakan ahli-ahli psikologi telah

membahagikan pembelajaran kepada dua bentuk iaitu: 1)


Penjelasan (declarative); dan 2) Pengkaedahan
(procedural). Pembelajaran-penjelasan melibatkan
penghafalan dan penyimpanan maklumat sementara
pembelajaran-pengkaedahan melibatkan proses
penyusunan semula dan membentuk satu pola berkaitan
dengan sesuatu aktiviti. Bagi Nicholls (2002)
pembelajaran dikatakan berlaku apabila terdapat
perubahan dalam perlakuan pelajar hasil daripada
penglibatannya dalam suatu pengalaman pendidikan.
Daripada pelbagai definisi di atas menunjukkan bahawa
secara umunmya, pembelajaran adalah berhubung
dengan bagaimana kita melihat dan memahami dunia,
mengenai atau bagaimana kita making meaning
(membuat membuat maksud, makna, pengertian)
(Marton & Booth, 1997 dlm, Fry, Ketteridge, & Marshall,
2003). Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah
untuk memudahkan pengajaran & pembelajaran para
pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru
bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana
pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka
juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini
bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran
yang dapat meransangkan minat pelajar di samping
sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar.
Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan
pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini
memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi
pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh

menentukan pendekatan, memilih kaedah dan


menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan
perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang
dipilih itu, selain berpotensi memeransangkan pelajar
belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu
menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik
hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang
bermakna.
Perlunya guru menarik perhatian pelajar dalam sesuatu
pengajaran, aktiviti-aktiviti yang dipilih hendaklah yang
menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk
membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep yang
diterjemahkan secara jelas. Aktiviti harus boleh
mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara
berkesan. Dalam merancang persedia mengajar, aktivitiaktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan yang baik. Ia
perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif
pengajaran. Lazimnya aktiviti yang dipilih itu adalah
gerak kerja yang mampu memberi sepanuh pengaruh
terhadap perhatian, berupaya meningkatkan kesan
terhadap intelek, ingatan, emosi, minat dan
kecenderungan serta mampu membantu guru untuk
menjelaskan pengajarannya.
Proses pembelajaran melalui proses pemerhatian dan
pemodelan Bandura (1986) mengenal pasti empat unsure
utama dalam proses pembelajaran melalui pemerhatian
atau pemodelan, iaitu pemerhatian (attention),
mengingati (retention), re,produksi (reproduction), dan
penangguhan (re inforcement) motivasi (motivion).
Implikasi daripada kaedah ini keberkesanan pembelajaran

dan pengajaran dapat dicapai melalui beberapa cara


yang berikut: Penyampaian harus cekap dan menarik
Demonstasi guru hendaklah jelas, menarik, mudah dan
tepat Hasilan guru atau contoh-contoh seperti
ditunjukkan hendaklah mempunyai mutu yang tinggi
Apabila guru menggunakan kaedah ini untuk proses
pengajaran dan pembelajaran secara tidak lansung akan
meningkatkan kemahiran pelajar dalam pangajaran dan
pembelajaran. Dalam suasana pengajaran dan
pembelajaran, kemahiran-kemahiran bermaksud
seseorang itu terlatih dan mempunyai pengalaman yang
tinggi serta mendalam. Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran kebolehan menguasai kemahiran tertentu
harus ditegaskan oleh guru, terutama kemahiran asas
seperti menyelesaikan masalah, kemahiran berfikir
secara kritis dan kreatif, kemahiran mendengar, bertutur,
kemahiran membaca dan menulis dan sebagainya.
Apabila pelajar menguasai kemahiran asas ini akan dapat
membantu pelajar tersebut menguasai bidang-bidang
ilmu yang lain dengan lebih mudah. Diambil daripada
"http://ms.wikipedia.org/wiki/Teori_pembelajaran_dan_pen
gajaran
3.0 KONSEP STANDARD KOMPETENSI GURU
Menutut Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Datuk
Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam ucapannya sempena
Hari Pekerja (2002), setiap pekerja hendaklah memiliki
kemahiran, kebolehan, kecenderungan untuk berdaya
saing serta keperibadian yang luhur dan bersedia

menghadapi persekitaran kerja dunia tanpa sempadan


yang semakin mencabar (Rohana & Mohd Tahir & Mariani
2005). Ini juga berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan
Kebangsaan iaitu pendidikan di Malaysia adalah satu
usaha yang berterusan ke arah lebih
memperkembangkan lagi potensi individu secara holistik
dan bersepadu untuk melahirkan individu yang seimbang
dan harmoni secara intelek, rohani, emosi dan jasmani
berlandaskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berpengetahuan dan cekap, yang
mempunyai nilai-nilai diri tinggi, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Menurut Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Standard
Kompetensi Guru merupakan satu penanda aras kepada
standard latihan keguruan bagi melihat pencapaian
dalam bidang latihan dan pendidikan guru (Sadatul
2007). Mohammed Sani (2007) menyatakan pula
standard kompetensi guru merupakan satu set kriteria
dari kompetensi minimum yang ditunjukkan dalam
pelaksanaan kerja guru. (Mohammed Sani 2007).
Menurut Bahagian Pembangunan dan Penilaian
Kompetensi, KPM (2003), kompetensi guru dapat
dibahagikan kepada:
1. Kompetensi Umum (Generic Competencies) - Meliputi

perkara-perkara yang perlu dimiliki oleh semua lapisan


pegawai awam seperti pengetahuan, kemahiran, ciri-ciri
peribadi, kepimpinan dan komunikasi dalam
perkhidmatannya
2. Kompetensi Khusus (Functional Competencies) Kompetensi seperti pengetahuan, kemahiran, dan ciri-ciri
peribadi yang berkaitan tugas jawatan dalam
perkhidmatan pegawai.
4.0 STRATEGI KE ARAH PENINGKATAN PROFESIONALISME
GURU
Globalisasi dan perubahan dalam dasar pendidikan
Malaysia yang menuju ke arah kemajuan sosio ekonomi
pula membuktikan guru perlu meningkatkan
profesionalisme diri untuk mampu bersaing seiring
dengan ledakan maklumat terkini. Antara strategi yang
boleh meningkatkan profesinalisme guru adalah:
melibatkan diri dalam latihan dalaman, kursus pendek
kelolaan maktab, sistem pementoran, amalan refleksi
melalui penulisan reflektif/jurnal dan fortopolio
pengajaran, penyelidikan tindakan, latihan
profesionalisme secara berterrusan, perkembangan
profesional one-line dan aktifitas Pusat Kegiatan Guru
(Boon Pon Ying 2008)
4.1 Peningkatan Profesionalisme Melalui Latihan Dalam
Perkhidmatan
Dalam era teknologi moden, perkembangan ilmu

pengetahuan dan kemahiran dalam mata pelajaran


pengkhususan, inovasi dalam pedagogi menuntut agar
guru-guru dilatih semula semasa dalam perkhidmatan. Ia
sememangnya dapat mempertingkat dan memperkukuh
profesionalisme diri selain mengembangkan potensi insan
ke tahap yang diingini. Sebagai guru, kita mampu
memperkukuh kapasiti untuk memperbaiki pembelajaran
pelajar dengan melanjutkan pengetahuan profesional kita
dalam menguasai dan mengembangkan kemahirankemahiran serta memperjelas nilai-nilai profesional kita.
Guru yang berpandangan progresif mampu memperkaya
diri dengan pengetahuan, kemahiran dan trenda-trenda
pengajaran-pembelajaran baru melalui Kursus Pendek
Kelolaan Maktab (KPKM). Berkaitan dengan ini, guru yang
telah menghadiri kursus seharusnya menjalankan latihan
dalaman untuk sekolah masing-masing agar semua guru
dapat memperoleh pengetahuan dan kemahiran dalam
bidang-bidang tertentu. Sebaran input-input yang baru
seperti pembelajaran bestari, pengajaran Matematik dan
Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Bimbingan
dan Kaunseling dan sebagainya diberi kepada guru akan
meningkatkan kualiti pengajaran guru dari segi inovasi
dalam pengajaran.
4.2 Amalan Refleksi Dan Penulisan Reflektif Ke Arah
PeningkatanProfesionalisme Guru
Amalan refleksi dapat memperkaya diri dan merangsang
amalan professional. Ia bertindak sebagai forum untuk

membuat keputusan yang mengakibatkan tindakan


tentang konteks pengajaran. Refleksi yang dikemukakan
oleh Dewey (1933) menjadi batu asas dalam mengkaji
proses kognitif guru semasa membuat keputusan tentang
pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan refleksi
memerlukan perkembangan sikap dan kebolehan seperti
keterbukaan, kerelaan untuk menerima tanggungjawab
untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan.
Refleksi memberi peluang guru menganalisis diri serta
menyedari tentang kekuatan dan kelemahan diri. Dengan
ini, guru dapat membuat pengubahsuaian serta
membaiki proses pembelajaran mereka dengan efektif.
Antara strategi yang boleh dilakukan oleh guru untuk
meningkatkan profesionalisme mereka ialah penulisan
jurnal/reflektif. Ia sebagai jentera untuk mereflek secara
sistematik dan merangsangkan pemikiran reflektif. Kajian
menunjukkan aktiviti ini merupakan salah satu strategi
terbaik untuk mendorong guru mengamalkan
penyiasatan reflektif dan penilaian kendiri terhadap isuisu pengajaran dan pembelajaran (Bolin, 1988; Richert,
1990; Zeichner & Liston, 1987).
Dalam penulisan reflektif, Schon (1983, 1987)
membezakan proses pemikiran kepada refleksi semasa
tindakan di mana seseorang melihat semula dan
memikirkan permasalahan yang wujud untuk memahami
situasi manakala refleksi ke atas tindakan di mana guru
merenung kembali proses pemikirannya dan
menganalisis situasi sebelum merancang tindakan

susulan. Kedua-dua refleksi semasa tindakan dan refleksi


ke atas tindakan dapat membantu guru berkembang diri
dalam bidang profesionalnya. Penulisan reflektif
menggambarkan secara keseluruhan satu pola pemikiran
yang beralih dari refleksi teknikal ke tahap refleksi
kritikal.
Penulisan reflektif merupakan satu cara meninjau teoriteori pengajaran dan perkembangan professional.
Pemikiran baru akan dirangsangkan dan melalui
perbincangan dengan rakan sekerja, teori-teori dan
persoalan-persoalan dipertikai dan diperkembangkan.
Refleksi menyediakan satu asas yang kaya dan
komprehensif mengenai pengajaran dan pembelajaran. Ia
bukan sahaja membolehkan seseorang guru memperoleh
pengertian mengenai tugasnya tetapi ia memberi
pelbagai perspektif terhadap pengajaran yang boleh
dicontohi atau dipelajari oleh guru-guru lain (Boon, 2002).
Dalam pada itu, refleksi mempunyai nilai-nilai peribadi
yang membawa kepada kepuasan intrinsik apabila guru
dapat menganalisis sesuatu situasi atau pengalaman
dengan sebaik mungkin dan membentuk satu pandangan
secara logik.
4.3.Portfolio Pengajaran Trenda Mengenai Pengajaran Dan
Refleksi
Berkait rapat dengan penulisan reflektif ialah
pembentukan portfolio pengajaran sebagai cara guru
meningkatkan profesionalisme diri. Portfolio pengajaran

yang mengandungi koleksi bahan-bahan seperti artifek


dan penulisan reflektif dapat memperkukuhkan
perkembangan diri guru. Ia menggambarkan
kemahirankemahiran, pengetahuan dan falsafah
pengajaran peribadi seseorang itu. Portfolio pengajaran
memberi impak yang besar dan membawa manfaat serta
meningkatkan kualiti pengajaran guru dalam
profesionnya. Ini kerana proses perkembangan portfolio
secara berterusan memberi peluang guru membuat
refleksi tentang perkembangan dan perubahan
pelajarnya sepanjang masa.
Apabila seseorang guru meneliti amalan pengajaran
sendiri, sudah tentu amalan penelitian pengajaran sendiri
meletus penilaian kendiri terhadap tanggungjawabnya.
Contoh-contoh amalan baik dalam portfolio boleh dikaji
dan diguna atau diadaptasikan dalam bilik darjah.
Menurut Shulman (1987), melalui portfolio pengajaran,
guru akan menjadi lebih reflektif tentang apa yang
mereka lakukan dalam pengajaran dan pembelajaran. Ia
membantu guru mendokumentasi dan menerangkan
tindakan mereka; membuktikan pengetahuan
professional mereka dan membuat refleksi tentang apa,
bagaimana dan mengapa mereka melakukan sesuatu
tindakan (Loughran & Corrigan, 1995; Seldin, 1997).
Dengan mengimbas balik pengalaman-pengalaman lepas
dalam portfolio, ia menggalakkan mereka mengenal pasti
halangan-halangan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dan memikirkan penyelesaian. Guru boleh

mengubahsuai atau mengubah teknik pengajaran untuk


mencapai matlamat. Portfolio pengajaran dan refleksi
membantu perkembangan pemahaman masalah yang
dihadapi kerana proses refleksi memandu arah untuk
meneroka idea-idea dari sumbersumber lain. Pada
hakikatnya, portfolio pengajaran digunakan sebagai satu
cara dokumentasi professional dan refleksi peribadi
(Seldin, 1997). Proses membina portfolio merangsang
guru untuk memikirkan semula aktiviti pengajaran,
keberkesanan strategi-strategi pengajaran dan
merancang pendekatan baru atau teknik-teknik untuk
masa akan datang. Maka, portfolio pengajaran dapat
membekalkan satu pangkalan data pengetahuan
professional dan perkembangan diri yang bermakna dan
komprehensif di kalangan warga guru. Khazanah harian
ini bernilai berlian jika digilap tetapi bagai kaca jika
disalut debu atau terbiar sahaja.
Portfolio pengajaran menjadi tempat di mana pemikiran
reflektif berlaku untuk menghalusi pengajaran sendiri.
Seseorang guru boleh merekod kaedah mengetahui,
mengumpul maklumat baru, memikirkan sama ada idea
itu boleh diaplikasi atau tidak, mengambilkira sama ada
idea baru sesuai atau tidak, dan menentukan apa yang
perlu disimpan dan apa pula yang harus dihapus kira.
Proses ini akan membentuk seorang guru itu mengamal
tabiat serta sikap berfikir dan berikhtiar dalam
melaksanakan tugasnya.
4.4 Penyelidikan Tindakan Amalan Profesionalisme Yang
Efektif

Satu lagi strategi guru mampu meningkatkan


profesionalisme diri ialah menjalankan penyelidikan
tindakan tentang semua aspek yang berkaitan dengan
pengajaran. Idea-idea baru tentang kaedah-kaedah
mengajar dalam pengajaran perlu diterokai. Budaya
penyelidikan, penulisan dan pembacaan wajib dipupuk di
kalangan guru untuk meningkatkan perkembangan
profesionalisme diri serta bertindak secara professional.
Peningkatan profesionalisme diri merupakan proses
perkembangan peribadi yang memerlukan suatu
kesedaran tinggi tentang whats going on, why things
are happening that way dan how are we going to
resolve the problem. Kesedaran tentang keputusan
pedagogi dan tindakan hanya boleh dibentuk dengan
penilaian kritikal melalui dialog reflektif, dokumentasi dan
tindakan. Penyelidikan tindakan menyediakan cara untuk
membolehkan proses tersebut berlaku. Untuk
meningkatkan profesionalisme diri, guru wajar
menjadikan profesion keguruan a research-based
profesion iaitu profesion yang berasaskan kajian dan
amalan pengajaran perlu berasaskan kajian saintifik dan
bukan pendapat.
4.5 Amalan Konsep Belajar Seumur Hidup
Dalam perkembangan diri, guru harus mengamalkan
konsep belajar seumur hidup. Amalan membaca,

menulis dan melakukan penyelidikan tindakan


memperluaskan pengalaman, pengetahuan dan
pandangan guru terhadap bidang. Ia menajamkan
kecekapan serta keyakinannya dan ia akan menjadi
kreatif, reflektif dan berinovasi dalam amalan
pengajaran .
Guru mampu memperbaiki diri sebagai pelajar dalam
paradigma belajar seumur hidup. Mereka perlu
meningkatkan pengetahuan dan ketrampilan khususnya
dalam era globalisasi dan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) kini, dan sebagai guru, kita harus
mempertajam kemahiran mengajar melalui ICT,
meneroka dan menukar maklumat dengan guru-guru lain
yang lebih berpengalaman. Satu langkah yang bijak
untuk meningkatkan profesionalisme diri ialah membuat
jaringan/networking dengan guru-guru di negara lain
sebagai mencerminkan imej pengantarabangsaan serta
berpeluang untuk berkongsi ilmu, dan kemahiran dengan
mereka. Program secara on-line merupakan
perkembangan baru dalam ICT dan guru boleh
mendapatkan segala maklumat tentang pengajaran dan
pembelajaran secara on-line. Dapatan kajian
menunjukkan guru-guru Bahasa Inggeris
memperkembangkan profesionalisme diri melalui internet
adalah menggalakkan. Antara contoh ialah VirTEC (Virtual
Teacher Education Center) yang dibina dan menjadi satu
landasan untuk merangsang guru dalam perkembangan
professional guru Bahasa Inggeris (Mohamed Amin Embi,
Muhammad Kamarul Kabilan & Azmi Abdul Latiff, 2002).

4.6 Sistem Pementoran Sebagai Cara Peningkatan Diri

Satu pendekatan untuk mempertingkat tahap


professional diri guru ialah sistem pementoran di sekolahsekolah. Guru boleh mengadakan perbincangan
intelektual dengan guru yang lebih berpengalaman
mengenai pengetahuan baru, teknik-teknik baru dan
bimbingan dalam penilaian seperti pembinaan item
soalan. Melalui sistem pementoran ini, setiap guru akan
mempunyai seorang atau beberapa orang mentor di
tempat bertugas bagi memberi nasihat, dan bimbingan
berterusan agar dapat meningkatkan tahap
profesionalisme mereka. Mengikut Anderson (1987),
pementoran merujuk kepada :
a nurturing process in which a more skilled or more
experienced person, serving as a role model, teaches,
sponsors, encourages, counsels and befriends a less
skilled or less experienced person for the purpose of
promoting the latters professional and/or personal
development. Berdasarkan definisi di atas, ia membawa
implikasi bahawa berlakunya proses perkembangan di
mana orang yang mengasuh mampu untuk mengenal
pasti kebolehan, pengalaman dan kematangan
psikologikal seseorang yang sedang diasuh dan boleh
memberi aktiviti-aktiviti yang akan membawa kepada
peningkatan profesionalismenya.

4.7 Diskusi di Pusat Kegiatan Guru

Akhir sekali, guru boleh meningkatkan profesionalisme


diri dengan mengadakan perjumpaan dengan guru-guru
lain di Pusat Kegiatan Guru (PKG) untuk membincangkan
dan membuat refleksi sesama mereka pengalaman
mengajar topik-topik tertentu di samping mendapat
input-input baru daripada fasilitator yang pakar dalam
bidang-bidang tertentu. Guru-guru dapat menilai diri
sendiri tentang pengajaran, memperoleh maklumbalas
daripada rakan-rakan, membaca penulisan reflektif rakanrakan dan berkongsi maklumat tentang strategi-strategi
pengajaran dan pembelajaran. Apabila mereka mereflek
dan membincang sesama rakan tentang pengalaman
pengajaran, mereka akan menjadi more thoughtful
teachers. Dengan cara ini, guru akan dapat
menambahkan ilmu, ketrampilan dan berkongsi
pengalaman bagaimana hendak memilih strategi terbaik
untuk menyelesai masalah pengajaran dan pembelajaran
sesuatu mata pelajaran seperti yang dinyatakan oleh
Fullan dan Hargreaves (1993) bahawa guru perlukan
interactive professionalism.
5.0 KESIMPULAN
Kualiti guru adalah asas kecemerlangan pelajar dan
sekolah. Kewibawaan guru merupakan tunggak kepada
profesionalisme guru. Guru sentiasa perlu membuat
refleksi mendalam tentang diri sendiri dan amalan

pengajaran pembelajaran. Usaha guru untuk


meningkatkan profesionalisme diri dari segi keilmuan,
ketrampilan dan kemahiran serta pembentukan sahsiah
yang berakhlak mulia. Dengan ini, guru dapat bergerak
seiring dengan arus perubahan dalam era teknologi dan
globalisasi.

By. ENGKIZAR SIQ, SPdI. University Kebangsaan malaysia

RUJUKAN
Ahmad Mohd. Salleh. 1997. Pendidikan Islam: Falsafah,
Pedagogi dan Metodologi. Shah Alam: Penerbit Fajar
Bakti.
Ab. Halim Tamuri & kamarul Azmi Jasmi. 2007. Pendidikan
Islam Kaedah pengajaran & Pembelajaran : penerbit
Univertisi teknologi Malaysia.
Al-Bukhari. 1994. Shahih Al-Bukhari. Jilid 1-5. Beirut: Dar
alFikr. Tahqiq: Syekh Abd. Aziz Abdullah.
Al-Nawawi, Imam. 2000. Mafhum: Riyadhus Shalihin.
Kuala Lumpur: Bagian hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana
Menteri.
Al-Munziri, Imam Al-Hafiz Abd Al-Azim b. Abd Al-Qawi.

1990. Al-Targhib wa al Tarhib min al-Hadis al-Syarif. Beirut


Dar Martabah al-Hayah, Jilid 1-2.
Gage, N. L., & Berliner, D. C. (1991). Educational
psychology (5th ed.). Boston, MA: Houghton.
Hamachek, D. (1995). Psychology in teaching, learning &
growth (5th ed.). Boston, MA: Allyn.
Ibnu-Mandhur, Jamal Al-Din Muhammad Ibn Mukram.
1990. Lisan al-Arab. Jil. 1-15. Beirut: Dar Sadir
Kamarul Azmi b. Jasmi. 2002. Paradigma Imam Al-Nawawi
Dalam Pembangunan Insan: Satu Kajian Teks Terhadap
kitab Riyad Al-Sholihin. Universiti Malaya.

Muhammad Ajjaj Al-Khatib. 1981. Usul al-Hadth Ulumuhu wa


Mustalahuhu. Damsyiq: Dar al-Fikr

Anda mungkin juga menyukai