Anda di halaman 1dari 5

13 Cara Mudah Untuk Kosongkan Fikiran Yang

Berserabut
Kehidupan seharian yang sibuk dan permintaan demi permintaan yang
menyesakkan dari tempat kerja dan rumah sudah pasti membuatkan kita
hilang arah. Fikiran yang berserabut boleh mengurangkan fokus kepada
perkara-perkara utama yang perlu diselesaikan. Akhirnya, kerja tak selesai
dan fikiran makin berserabut.
Untuk menjadi seorang yang produktif, kita perlu mempunyai pandangan
yang jelas dalam membezakan perkara yang penting dengan perkara
yang kurang penting. Kita harus mempunyai fikiran yang tenang untuk
tujuan ini. Ambillah langkah-langkah dibawah ini untuk menenangkan
fikiran anda.

1. Tarik Nafas
Ingat lagi bagaimana anda bersenam di waktu pagi semasa bersekolah
dulu? Ingat lagi bagaimana kita memulakan senaman dengan menarik
nafas dengan kaedah yang betul? Gunakan teknik ini untuk mula
mengosongkan fikiran anda.
2. Ambil Wudhuk
Jika anda seorang yang beragama Islam, mengambil wudhuk boleh
menenangkan fikiran. Kembali kepada fitrah manusia dapat memantapkan
lagi rohani kita dan air yang bersih boleh mengembalikan kita kepada
fitrah kejadian. Air yang segar dapat memberi tenaga dan fokus yang
diperlukan dan wajah akan pasti kembali ceria.
3. Tulis
Ada banyak perkara yang bermain di dalam fikiran anda. Anda perlu
mengenalpasti apa sebenarnya yang anda fikirkan untuk membolehkan
minda mengurus perkara-perkara ini. Cara yang paling mudah adalah
dengan menulis satu-persatu apa yang anda sedang fikirkan. Jangan cuba
untuk mengenalpasti kategori perkara-perkara ini dahulu, teruskan sahaja
menulis.
4. Kenalpasti Yang Utama
Setelah anda rasa puas dengan apa yang anda tulis, anda kini perlu
kenalpasti yang mana yang paling utama. Tandakan dengan nombor atau
gunakan rating system yang baik untuk membantu anda dalam proses
ini. Lebih baik lagi jika anda klasifikasikan perkara-perkara ini

berpandukan matlamat hidup anda dan apa yang paling penting dalam
hidup anda; keluarga? kerjaya? cinta?

5. Buang Yang Tidak Penting


Pangkah atau padamkan perkara-perkara yang remeh dan tidak relevan.
Perkara-perkara remeh yang anda fikirkan boleh jadi perkara seperti Apa
yang kekasih lama aku sedang lakukan? atau Osama hidup lagi kah?.
Anda akan dapat lihat yang kebanyakan perkara yang bermain di fikiran
anda sebelum ini adalah perkara-perkara yang tidak relevan dan hanya
membuatkan anda kurang produktif dalam menyelesaikan urusan harian
dan masalah-masalah lain yang lebih penting. Perkara-perkara inilah
sebenarnya yang menghalang anda untuk berfikir secara bijak.
6. Cukup Rehat & Tidur
Dengan memejamkan mata, atau memandang jauh ke arah kehijauan
alam akan dapat memberi anda perasaan yang tenang. Tidur yang tidak
cukup bermakna minda anda tidak mendapat rehat yang secukupnya.
Sebab itu minda anda liar berfikir. Pejamkan mata untuk seketika di waktu
rehat anda, atau keluar ambil angin dalam keadaan yang selesa dan
positif.
7. Kurangkan menonton TV atau membaca akhbar di waktu pagi
Akhbar harian kita saban hari penuh dengan berita-berita yang
menyanyat hati. Jenayah, kemalangan, bencana dan lain-lain boleh
memberi tenaga yang negatif kepada kita. Jika anda mengamalkan tabiat
membaca berita-berita ini di waktu anda bersarapan, anda akan bermula
hari anda dengan pandangan yang negatif. Bangun pagi sahaja fikiran
anda sudah berserabut. Elakkan atau tukar masa anda untuk membaca
akhbar.
Menonton TV dengan berlebihan akan membuatkan fikiran anda
menerawang jauh tentang perkara-perkara yang cuba disampaikan dalam
rancangan yang anda tonton. Fokus anda kepada perkara yang lebih
penting akan terjejas kerana anda mengizinkan info-info dan idea-idea
baru ini masuk ke dalam minda anda. Kurangkan menonton TV.
8. Kembali Kepada Alam
Dalam kehidupan kota yang sibuk dan sesak, kita semua bergerak dengan
pantas. Teknologi masa kini menjadikan kehidupan harian semakin laju.
Mengembalikan diri kepada alam semulajadi akan dapat melambatkan
waktu dan membolehkan anda hidup dalam waktu kini; Bukan hidup
dalam waktu dahulu atau waktu hadapan, di mana anda terkejar-kejar
dengan impian demi impian dan dilambatkan pula dengan kisah-kisah
sedih dan sesalan demi sesalan tentang apa yang sudah pun berlaku.
Bawa keluarga anda mandi air terjun atau pergi memancing dengan
rakan, dan waktu akan menjadi perlahan bagi anda. Bila waktu bergerak
perlahan, anda akan dapat memberi fokus.

9. Lepaskan
Anda risau tentang sesuatu? Anda rasa tidak puas tentang apa yang telah
anda lakukan? Rasa marah? Berdendam? Tertekan? Cara yang paling
mudah untuk mengosongkan fikiran yang berserabut adalah dengan
mengalah dan melepaskan. Kita perlu menjadi seorang yang berjiwa
mantap dan tegas dalam mengawal perasaan untuk membolehkan diri
maju ke hadapan. Walaupun perasaan-perasaan ini adalah semulajadi,
tetapi kebanyakannya adalah tidak menguntungkan. Fikirkanlah.
10. Kemas Ruang Anda
Tempat kerja atau kediaman anda perlu sentiasa berada dalam keadaan
yang kemas. Mata kita sentiasa melihat, dan melihat keadaan yang tidak
kemas sedikit-sebanyak akan mempengaruhi minda anda. Kita cuma tidak
sedar akan hakikat ini. Ambillah tindakan dan inisiatif untuk mengemas
dan anda pasti akan mendapat tenaga yang baru.
11. Berkongsi Masalah
Jangan simpan permasalahan anda. Jika anda mempunyai kekasih atau
seseorang yang penting dalam hidup anda, berkongsilah masalah anda
dengan mereka. Mendengar masalah orang lain juga dapat membantu
anda dalam menyelesaikan masalah anda sendiri. Kadang-kadang kita
tidak sedar tentang sesuatu yang lebih baik sebagai jalan penyelesaian.
Dengarlah dan berbicaralah dengan hati dan minda yang terbuka.
12. Sedikit Lagi
Ingat lagi perkara-perkara yang anda tuliskan dalam langkah ketiga
hingga langkah kelima? Buang separuh dari perkara-perkara ini.
13. Buat
Fikir dan buat. Jangan fikir dan terus berfikir. Buat perkara yang paling
penting dan tidak mengambil masa yang lama terlebih dahulu. Jangan
bertangguh!