Anda di halaman 1dari 4

BAHASA BAGI HUKUMAN KAWAD STATIK DAN KAWAD DINAMIK

PERBARISAN MASUK PADANG / LITAR


1. Peserta memasuki litar pertandingan dari laluan masuk sebelah kanan
secara berjalan lalu dan berhenti di tengah litar menggunakan bahasa
hukuman Skuad....henti.
2. Ketua Platun memberi
pentas

utama

arahan supaya semua ahli menghadap ke

menggunakan

bahasa

hukuman

Mengadap

ke

hadapan....kanan pusing.
3. Sekiranya posisi Ketua Platun agak rapat dengan barisan hadapan,
Ketua Platun boleh berundur dengan kaedah melangkah ke
belakang ( kaedah Buka Barisan). Pergerakan adalah mengikut
bahasa sendiri tanpa sebarang bahasa hukuman.
4. Ketua Platun memberikan arahan supaya barisan hadapan maju

langkah dan barisan belakang berundur 1 langkah secara serentak.


Barisan

tengah

dalam

keadaan

statik.

Bahasa

hukuman

yang

digunakan ialah Buka barisan ...gerak.


5. Ketua Platun memberikan arahan supaya barisan yang telah dibuka
diluruskan dengan menggunakan bahasa hukuman Ke kanan lurus
dan seterusnya Pandang depan setelah kekemasan barisan dalam
keadaan memuaskan.
6. Ketua Platun kemudiannya akan berpusing menghadap ke hadapan
pentas utama melalui

arah kanan. Seterusnya mara ke hadapan

( beberapa langkah) jika perlu. Ketua Platun akan berhenti di hadapan


Ketua Pengadil dan memberi tabik hormat, seterusnya memberi lapor
pertandingan

selepas

pertandingan ialah ;

tabik

dijatuhkan.

Bahasa

hukuman

lapor

Assalamualaikum / Selamat sejahtera Tuan.


Platun ......... seramai 31 orang siap sedia untuk
diuji, Tuan.
Setelah diberi keizinan Ketua Platun sekali lagi memberikan tabik
hormat dan menyebut Terima kasih Tuan selepas tabik dijatuhkan.
Selepas itu Ketua Platun akan bergerak ke kiri dan berjalan menuju
semula ke posisi asal dan berhenti mengahadap ke arah ahli untuk
memulakan pergerakan kawad statik.

KAWAD STATIK
1. Ketua Platun mengarahkan ahli supaya berpusing ke arah kiri dengan
menggunakan bahasa hukuman Bergerak ke kiri...kiri pusing.
2. Ketua

Platun

mengarahkan

ahli

bergerak

ke

kanan

dengan

menggunakan bahasa hukuman Begerak ke kanan....belakang


pusing.
3. Ketua Platun mengarahkan ahli menghadap ke belakang menggunakan
bahasa hukuman Ke kanan...pusing.
4. Ketua Platun mengarahkan ahli mengahadap ke hadapan pentas
hormat

menggunakan

bahasa

hukuman

Mengadap

ke

hadapan...belakang pusing.
5. Ketua Platun memberikan arahan supaya barisan hadapan berundur 1
langkah dan barisan belakang maju 1 langkah secara serentak. Barisan
tengah dalam keadaan statik. Bahasa hukuman yang digunakan ialah
Tutup barisan ...gerak.
6. Ketua Platun memberikan arahan supaya barisan yang telah ditutup
diluruskan dengan menggunakan bahasa hukuman Ke kanan lurus

dan seterusnya Pandang depan setelah kekemasan barisan dalam


keadaan memuaskan.

KAWAD DINAMIK
1. Ketua Platun mengarahkan ahli supaya berpusing ke arah kiri dengan
menggunakan bahasa hukuman Bergerak ke kiri...kiri pusing.
2. Ketua Platun mengarahkan ahli berjalan dalam keadaan berkawad
dengan menggunakan bahasa hukuman Dari kiri / kanan....cepat
jalan.
3. Semasa menghampiri kon, Ketua Platun mengarahkan supaya ahli
membelok ke arah kiri menggunakan bahasa hukuman Kiri belok.
Sebanyak 2 kon yang akan dilalui pada laluan ini.
4. Setelah melepasi kon dan kedudukan ahli menghampiri kawasan
tengah, Ketua Platun mengarahkan ahli supaya membuat pergerakan
tukar langkah semasa berjalan menggunakan bahasa hukuman Tukar
Langkah

(3

kali

sebutan

secara

berturut-turut

selepas

setiap

perbuatan) dan disusuli dengan perkataan Maju selepas perbuatan


tukar langkah yang ketiga.

5. Semasa menghampiri kon, Ketua Platun mengarahkan supaya ahli


membelok ke arah kiri menggunakan bahasa hukuman Kiri belok.
Sebanyak 4 kon yang akan dilalui pada laluan ini.
6. Setelah melepasi kon dan kedudukan ahli menghampiri kawasan
tengah, Ketua Platun mengarahkan ahli supaya membuat pergerakan
tabik hormat ke arah kanan semasa berjalan menggunakan bahasa
hukuman
terakhir

Hormat...hormat
menghampiri

ke

kawasan

kanan....hormat.
pentas

hormat,

Semasa
Ketua

ahli

Platun

mengarahkan ahli menjatuhkan tabik hormat menggunakan bahasa


hukuman Pandang...depan.
7. Semasa menghampiri kon, Ketua Platun mengarahkan ahli berpatah
balik ke kawasan tengah litar dengan menggunakan bahasa hukuman
Bergerak ke kanan...bertiga-tiga...belakang pusing.
8. Setelah ahli sampai ke bahagian tengah litar, Ketua

Platun

mengarahkan ahli untuk berhenti dengan menggunakan bahasa


hukuman Skuad...henti.
9. Ketua Platun kemudiannya mengarahkan ahli menghadap ke hadapan
pentas hormat menggunakan bahasa hukuman Menghadap ke
hadapan..kiri pusing.
10. Ketua Platun kemudiannya berpusing menghadap ke hadapan pentas

hormat dan mara mengadap ke hadapan Ketua Pengadil bersama


sama keseluruhan platun menggunakan bahasa hukuman Skuad akan
mara menghadap...dari tengah...cepat jalan. Pergerakan adalah
sebanyak 14 langkah dan berhenti di hadapan Ketua Hakim. Ketua
Platun mengarahkan semua ahli memberi tabik hormat kepada Ketua
hakim

dengan

menggunakan

hadapan...hormat

perbuatan

bahasa
tabik

serentak selama 3 kiraan / saat sahaja ).

hukuman
hormat

Hormat

dilakukan

ke

secara