Anda di halaman 1dari 18

Apa itu Program LINUS

Sekarang di sekolah-sekolah, semua sibuk hal LINUS ni.. Macam-macam


saringan nak kena buat.. Bukan tak bagus LINUS ni, cuma pengurusan LINUS
perlu diperbaiki. Tugas guru sekarang bertambah-tambah dengan pelbagai
perkara. Terlalu banyak kalau nak di perincikan disini.
Sepatutnya guru diberi pembantu untuk menguruskan perkara-perkara
sebegini. Dulu ada ura-ura mengatakan setiap guru akan diberi pembantu,
tetapi sampai sekarang semua sepi membisu.. Janji tinggal janji
Ibu bapa pun masih samar-samar tentang apa itu LINUS, objektif LINUS dan
sebagainya. Baiklah ini maklumat lengkap tentang LINUS
Apa Itu LINUS ?
LATAR BELAKANG
1. Y.A.B Menteri Pelajaran, Tan Sri Dato Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin telah
membentangkan Bidang Keberhasilan Utama [National Key Result Areas
(NKRAs)] Kementerian Pelajaran Malaysia pada bulan Ogos 2009.
2. Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan, Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) telah diamanahkan untuk mengawas, melaksana dan
menyelaras Ministry Key Performance Indicator(NKPI) 3.2 KPM iaitu semua
murid yang tiada masalah pembelajaran berupaya menguasai kemahiran
membaca, menulis dan mengira selepas mengikuti pendidikan tiga tahun di
peringkat rendah pada akhir tahun 2012.
3. Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) pula dipertanggungjawabkan
untuk menerajui projek ini dengan kerjasama semua bahagian dalam KPM.
Sehubungan dengan itu, satu program alternatif telah dirangka untuk murid
Tahun 1, 2 dan 3 (Tahap I) yang belum menguasai kemahiran asas literasi
dan numerasi. Projek ini dinamai Program Literasi dan Numerasi (LINUS)
yang merupakan penambahbaikan daripada program Kelas Intervensi Awal
Membaca dan Menulis (KIA2M) untuk murid Tahun 1 yang dilaksanakan mulai
tahun 2006.
4. Murid berkeperluan khas yang meliputi murid bermasalah pembelajaran,
masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah penglihatan, masalah

kepelbagaian deria, masalah fizikal, dan terencat akal, kurikulum yang


khusus telah dibina.
RASIONAL
5. Asas literasi dan numerasi merupakan kemahiran yang diperlukan bagi
membolehkan murid berkomunikasi dan berinteraksi dalam kehidupan
seharian serta untuk membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke tahap
yang lebih tinggi.
6. Data KIA2M pada tahun 2008 menunjukkan sebanyak 54,000 murid Tahun
1 belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis (literasi). Data
PROTIM tahun 2008 pula menunjukkan sebanyak 48,233 murid Tahun 4
belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis (literasi)
sementara sebanyak 117,000 murid Tahun 4 belum menguasai kemahiran
asas mengira (numerasi).
7. Data Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM
menunjukkan kadar keciciran murid sekolah rendah dan sekolah menengah
di Malaysia pada tahun 2008 adalah sebanyak 31,939.
8. KPM berpendapat satu pendekatan yang bersepadu perlu dilaksanakan
untuk mengatasi masalah literasi dan numerasi seawal Tahap I. Perkara ini
perlu diberi perhatian yang serius kerana murid yang belum menguasai
kemahiran asas membaca, menulis dan mengira merupakan kumpulan yang
berisiko keciciran dan berhadapan dengan kesukaran memenuhi keperluan
melanjutkan pelajaran dan kerjaya.
DEFINISI KONSEP
9. Definisi LINUS: LINUS ialah akronim bagi Literacy and Numeracy
Screening. LINUS merupakan program intervensi yang dirangka untuk
membolehkan murid memperoleh asas literasi (bahasa Malaysia) dan asas
numerasi semasa di sekolah rendah. LINUS disasarkan kepada murid yang
belum menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M).
10. Definisi Literasi: Definisi literasi adalah keupayaan untuk membaca,
menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk (dengan
menggunakan kata hubung), mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam
pembelajaran serta komunikasi harian.

MATLAMAT
11. Matlamat program ini adalah untuk memastikan semua murid Tahap I
sekolah rendah berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi
pada akhir tahun 2012 kecuali murid berkeperluan khas.
OBJEKTIF
12. Objektif Program Literasi
Pada akhir Program Literasi murid berupaya:
i. Mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup;
ii. membaca dan menulis perkataan daripada suku kata terbuka dan
tertutup; dan
iii. membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat majmuk
yang mudah dengan menggunakan kata hubung dan.
13. Objektif Program Numerasi:
Pada akhir Program Numerasi murid berupaya:
i. Membaca, menulis, membilang dan menyusun nombor hingga 1000;
ii. membilang dua-dua, lima-lima dan sepuluh-sepuluh dalam lingkungan
1000 bermula daripada sebarang nombor;
iii. menyatakan fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi; dan;
iv. mengaplikasikan pengetahuan operasi asas aritmetik dalam wang,
menyatakan waktu, ukuran dan sukatan.
KUMPULAN SASARAN
14. Kumpulan sasaran ialah murid Tahap I yang berkeupayaan untuk
menguasai asas literasi dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas yang
mengikuti pendidikan di Sekolah Kebangsaan (Program Pendidikan Khas
Integrasi; Masalah Pembelajaran, Masalah Pendengaran dan Masalah
Penglihatan) dan Sekolah Rendah Pendidikan Khas (Masalah Penglihatan dan
Masalah Pendengaran), Sekolah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Agama
Bantuan Kerajaan.
STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM LINUS

15. Makmal NKRA bagi program LINUS telah mengemukakan enam strategi
utama LINUS iaitu:
i. melaksanakan saringan terhadap murid pada tahun 1, 2 dan 3;
ii. melaksanakan fokus intervensi bagi menyediakan program pemulihan dan
komprehensif;
iii. meningkatkan kemahiran pedagogi guru;
iv.
melaksanakan
program
kesedaran
tentang
pentingnya
asas
membaca,menulis dan mengira dalam kalangan warga sekolah dan komuniti;
v. menjalankan pemantauan, penyeliaan dan penilaian; dan
vi. mewujudkan jawatan fasiLINUS di Pejabat Pelajaran Daerah untuk
membantu guru memastikan murid berupaya membaca, menulis dan
mengira.
16. Murid yang telah dikenal pasti masih belum menguasai kemahiran asas
literasi dan numerasi akan diajar secara intensif oleh guru LINUS dan guru
pemulihan khas LINUS. Murid yang mengikuti program ini akan menduduki
Saringan 2 pada bulan Jun dan Saringan 3 pada bulan September (jika perlu).
17. Pemilihan Guru LINUS: Guru yang menjalankan program ini terdiri
daripada guru Bahasa Malaysia dan guru Matematik Tahap I dan dibantu oleh
Guru Pemulihan Khas.
18. Guru pemulihan khas ditempatkan di sekolah mengikut nisbah murid
LINUS tegar. Nisbah guru-murid bagi program ini adalah 1:15 supaya
tumpuan sepenuhnya dapat diberikan kepada murid berkenaan.
Dicadangkan satu jam setiap hari guru pemulihan memberi tumpuan kepada
4 atau 5 orang murid sahaja untuk literasi dan satu jam lagi untuk numerasi.
19. Guru sedia ada (guru Bahasa Malaysia dan guru Matematik) yang
melaksanakan program ini perlu diberi latihan khusus dalam teknik
pemulihan dan bimbingan untuk menangani murid yang mempunyai
masalah literasi dan numerasi.
20. Jadual Waktu: Program LINUS dilaksanakan dalam waktu Bahasa Malaysia
dan waktu Matematik mengikut peruntukan waktu yang sedia ada. Sebanyak
360 minit seminggu diperuntukan bagi Bahasa Malaysia di Sekolah

Kebangsaan dan 270 minit seminggu di Sekolah Jenis Kebangsaan, manakala


210 minit seminggu bagi Matematik.
21. Pihak sekolah boleh menggunakan budi bicara untuk menjalankan
program ini mengikut kesesuaian waktu dan kemudahan sekolah. Namun,
pihak sekolah hendaklah memastikan perlaksanaan program ini berkesan
dan mencapai matlamatnya.
22. Kemudahan ICT: Kemudahan ICT yang terdiri daripada komputer dan LCD
yang sedia ada di sekolah perlu dimanfaatkan untuk kegunaan dalam
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
PEMANTAUAN DAN PENYELIAAN
23. Pemantauan dan penyeliaan dilaksanakan di sekolah terpilih iaitu 8
peratus daripada jumlah keseluruhan sekolah rendah. Pegawai yang terlibat
terdiri daripada pegawai Bahagian KPM, pegawai Jabatan Pelajaran Negeri
(JPN) dan pegawai Pejabat Pelajaran Daerah (PPD). Pemantauan ini akan
diterajui oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK).
24. Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Akademik di setiap sekolah perlu
menyelia Program LINUS dari semasa ke semasa.
25. Satu mekanisme sistem pelaporan untuk memantau kemajuan murid
LINUS diadakan. Status penguasaan murid perlu dilaporkan menggunakan
sistem yang dibangunkan oleh KPM setiap kali saringan dilaksanakan.
KANDUNGAN PROGRAM
26. Program LINUS menggunakan kurikulum KBSR sebagai asas dalam
menentukan skop kandungan pengajaran dan pembelajaran.
27. Kandungan skop kurikulum literasi bermula dengan pengenalan abjad,
suku kata, perkataan, frasa, ayat tunggal dan ayat majmuk mudah seperti
dalam Lampiran 1.
28. Kandungan skop kurikulum numerasi merangkumi aspek nombor
bermula dari sifar hingga angka 1000, yang melibatkan operasi asas tambah,
tolak, darab dan bahagi, di samping mengaplikasikannya dalam pengiraan
pengukuran seperti dalam Lampiran 2.
BAHAN DAN INSTRUMEN LITERASI DAN NUMERASI

29. Murid yang mengikuti Program LINUS menggunakan modul pengajaran


dan pembelajaran asas literasi dan numerasi yang sesuai dengan tahap
keupayaan murid bagi memastikan kejayaan program ini.
30. Guru digalakkan menyedia dan menggunakan bahan pengajaran dan
pembelajaran mengikut kesesuaian murid dan kreativiti.
31. Instrumen saringan dibina dan diguna pakai untuk menentukan sama
ada murid telah menguasai asas literasi dan numerasi. Pembinaaan
instrumen saringan disediakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP).
PELAPORAN
32. Pengumpulan data saringan dan analisis data dikendalikan oleh Bahagian
Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) sementara laporan pemantauan
disediakan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK).
PERJAWATAN
33. Jawatan fasiLINUS diwujudkan di PPD untuk membantu guru dalam
pengajaran dan pembelajaran Program LINUS di sekolah.
34. Jawatan Guru Pemulihan
melaksanakan Program LINUS.

Khas

akan

ditambah

di

sekolah

bagi

PENUTUP
35. Program ini menegaskan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk
mengatasi masalah literasi dan numerasi dalam kalangan murid yang
berkeupayaan kecuali murid berkeperluan khas pada peringkat awal
persekolahan. Komitmen semua pihak adalah diharap untuk memastikan
program ini berjaya selaras dengan sasaran NKRA.

PENDIDIKAN ISLAM
Pendidikan Islam sekolah rendah wajib dipelajari oleh setiap murid Islam dari tahun 1
hingga tahun 6. Pendidikan Islam menekankan kemahiran-kemahiran asas yang perlu
dikuasai

oleh

individu

Muslim

merangkumi

aspek

keimanan,

kemanusiaan,

kemasyarakatan dan kenegaraan. Tumpuan khusus mata pelajaran ini ialah, pertama;
pendidikan asas tilawah al-Quran, kedua; pembentukan akidah dan bimbingan Asas

Fardu Ain, ketiga; pemupukan amalan Fardu Ain dan Fardu Kifayah yang dituntut oleh
Syariat Islam dan keempat; penerapan adab yang berteraskan Akhlak Islamiah ke
dalam diri murid. Keempat-empat bidang ini hendaklah disampaikan dengan berkesan.
Penyampaian yang berkesan mampu menanam asas keimanan dan membentuk muridmurid agar mempunyai citacita yang tinggi, daya tahan, semangat juang, gigih
berusaha dan mampu mengubah diri yang menyumbang kepada asas tamadun
masyarakat, bangsa dan negara. Para pendidik perlu memastikan setiap murid
menguasai ilmu, amalan dan kemahiran yang telah ditetapkan supaya mata pelajaran
Pendidikan Islam ini dapat menyumbang ke arah pembentukan muslim mukmin yang
berilmu, beriman, beradab, berakhlak mulia, berketerampilan, bertanggungjawab,
beramal soleh, dan bertakwa selaras dengan Falsafah PendidikanKebangsaan dan
Falsafah Pendidikan Islam.

MATLAMAT PENDIDIKAN ISLAM


Matlamat Pendidikan Islam untuk menghasilkan Muslim yang berilmu, beriman,
berketerampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan alSunnah supaya menjadi hamba dan khalifah Allah yang bertakwa dan menyumbang ke
arah mempertingkat tamadun bangsa dan negara.
OBJEKTIF
Setelah mengikuti Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah, murid dapat :
1. Membaca surah-surah terpilih daripada juzu amma dengan betul dan fasih, untuk
memupuk minat membaca al-Quran dan menjadi amalan.
2. Menghafaz ayat-ayat lazim yang terpilih untuk bacaan dalam solat dan ibadat harian.
3. Memahami maksud beberapa surah yang dipelajari dan menghayati pengajarannya
ke arah meyakini alQuran sebagai rujukan petunjuk Allah.
4. Memahami dan meyakini asas-asas keimanan sebagai pegangan akidah dan
benteng keagamaan.

5. Mengamalkan ibadat-ibadat asas dalam Fardu Ain serta memahami Fardu Kifayah
sebagai tuntutan kewajipan umat Islam.
6. Memahami dan mengambil iktibar dengan sirah Rasulullah s.a.w sebagai asas
perkembangan tamadun manusia. sukatan pelajaran pendidikan Islam kbsr
7. Mengamalkan adab dan menghayati nilai-nilai akhlak dalam kehidupan seharian.
8. Membaca dan menulis Jawi serta mencintainya sebagai warisan budaya bangsa.
ORGANISASI KANDUNGAN
Kandungan Pendidikan Islam Sekolah Rendah dibahagikan kepada empat bidang
iaitu :1. Bidang Asuhan Tilawah al-Quran.
Bidang ini memberi tumpuan kepada :1.1 Membaca ayat-ayat al-Quran dengan betul dan fasih.
1.2 Menghafaz ayat-ayat al-Quran tertentu dengan betul
dan fasih.
1.3 Memahami pengertian surah-surah tertentu daripada
juzu Amma (juzu 30) dan menghayati pengajarannya.
2. Bidang Asas Ulum Syariyah.
Bidang ini memberi tumpuan untuk :2.1 Penanaman akidah, pembentukan sikap dan tanggungjawab terhadap Allah s.w.t.
2.2 Pengetahuan mengenai peraturan ibadat yang ditentukan oleh Allah s.w.t. dan
melaksanakannya.
2.3 Percontohan dan pengambilan iktibar daripada sirah Rasulullah s.a.w. sukatan
pelajaran pendidikan Islam kbsr
2.4 Implikasi akidah, ibadah dan sirah dari segi tanggungjawab terhadap diri, keluarga,
masyarakat dan negara.
3. Bidang Asas Akhlak Islamiah.
Bidang ini memberi tumpuan kepada :-

3.1 Kepatuhan terhadap peraturan dan cara hidup Muslim dalam hubungannya dengan
Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w.
3.2 Kepatuhan terhadap peraturan dan tatacara perhubungan manusia dengan diri
sendiri, keluarga, alam sekitar, masyarakat dan negara.
4. Bidang Pelajaran Jawi.
Bidang ini memberi tumpuan kepada :4.1 Menulis tulisan Jawi dengan baik.
4.2 Membaca tulisan Jawi dengan lancar.
4.3 Mempelajari asas seni tulisan Jawi.
Tumpuan-tumpuan

yang

dinyatakan

di

atas hendaklah

diambil

kira semasa

menyediakan Huraian Sukatan Pelajaran dan melaksanakan dalam Pengajaran dan


Pembelajaran; Adab yang ditentukan dalam Asas Akhlak Islamiah diajar khusus dalam
Bidang Akhlak Islamiah. Adab ini berdasarkan adab terhadap Allah dan Rasul, diri
sendiri, ibu bapa, keluarga, guru, alam sekitar, masyarakat, dan Negara berteraskan 4
nilai utama Syajaah, Iffah, Adalah dan Hikmah yang akhirnya membina pelajar
beradab dan menghayati nilainilai akhlak.
Kesemua bidang di atas merupakan kesepaduan ilmu yang dapat melahirkan insan
soleh yang diredai Allah s.w.t. Pengetahuan dan kemahiran yang disampaikan
berdasarkan kandungan sukatan pelajaran ini adalah sesuai dengan peringkat
keperluan dan keupayaan murid sekolah rendah. Bahan-bahan rujukan seperti alQuran, al-Sunnah, Sirah Rasulullah s.a.w., sejarah para sahabat r.a., pendapat para
sarjana Islam, kitab-kitab muktabar dan sumber daripada ilmuilmu lain seperti Sains,
Matematik, Geografi, dan Sejarah boleh dijadikan asas bagi mengolah pengetahuan
dan kemahiran di dalam sukatan pelajaran ini. Pengetahuan dan kemahiran yang telah
diperolehi pada peringkat sekolah rendah ini dapat diteruskan ke peringkat menengah.
sukatan pelajaran pendidikan Islam kbsr
1. Asuhan Tilawah al-Quran.
1.1. Bacaan :-

1.1.1. Mengenal huruf-huruf hijaiyyah tunggal, bersambung dan berbaris fathah, kasrah,
dhammah, tanwin, sukun dan syaddah.
1.1.2. Membaca kalimah dan potongan ayat.
1.1.3. Membaca kalimah dan ayat-ayat pendek pelbagai baris.
1.1.4. Membaca surah-surah berikut dengan betul dan fasih :a. Surah al-Fatihah.
b. Surah al-Nas.
c. Surah al-Falaq.
d. Surah al-Ikhlas.
e. Surah al-Masad.
f. Surah al- Nasr.
g. Surah al-Kafirun.
h. Surah al-Kauthar.
i. Surah al-Maun.
j. Surah Quraisy.
k. Surah al-Fil.
l. Surah al-Humazah.
m. Surah al-Asr.
n. Surah al-Takathur.
o. Surah al-Qariah.
p. Surah al-Adiyat.
q. Surah al-Zalzalah.
r. Surah al-Baiyyinah.
s. Surah al-Qadr.
t. Surah al-Alaq.
u. Surah al-Tin.
v. Surah al-Syarh.
w. Surah al-Dhuha.
x. Surah al-Lail.
y. Surah al-Syams.
z. Surah al-Balad.

sukatan pelajaran pendidikan Islam kbsr


aa. Surah al-Fajr.
bb. Surah al-Ghasyiyah.
cc. Surah al-Ala.
dd. Surah al-Tariq .
1.1.5. Membaca potongan ayat-ayat daripada surahsurah tertentu yang mengandungi
tanda bacaan mad dan waqaf.
1.1.6. Membaca ayat-ayat pendek mengandungi bacaan nun sakinah dan tanwin.
1.1.7. Membaca potongan ayat-ayat daripada surahsurah tertentu yang mengandungi
mim syaddah, nun syaddah dan mim sakinah.
1.1.8. Membaca potongan ayat-ayat daripada surahsurah tertentu yang mengandungi
bacaan qalqalah.
1.2. Hafazan :1.2.1. Menghafaz surah-surah berikut :a. Surah al-Fatihah.
b. Surah al-Nas.
c. Surah al-Falaq.
d. Surah al-Ikhlas.
e. Surah al-Kafirun.
f. Surah al-Kauthar.
g. Surah al-Maun.
h. Surah Quraisy.
i. Surah al-Fil.
j. Surah al-Humazah.
k. Surah al-Asr.
l. Surah al-Takathur.
m. Surah al-Qariah.
n. Surah al-Adiyat.
o. Surah al-Zalzalah.
p. Surah al-Bayyinah.

q. Surah al-Qadr.
r. Surah al-Alaq.
s. Surah al-Tin.
t. Surah al-Syarh.
u. Surah al-Dhuha.
1.3. Kefahaman :1.3.1. Pengertian al-Quran.
1.3.2. Kelebihan membaca al-Quran.
1.3.3. Sejarah ringkas al-Quran.
1.3.4. Memahami surah-surah berikut secara umum:
a. Surah al-Fatihah ayat 1 hingga 7.
b. Surah al-Nas ayat 1 hingga 6.
c. Surah al-Falaq ayat 1 hingga 5.
d. Surah al-Ikhlas.
e. Surah al-Kauthar.
f. Surah al-Maun ayat 1 hingga 7.
g. Surah al-Qadr ayat 1 hingga 5.
h. Surah al-Dhuha ayat 1 hingga 11.
2. Asas Ulum Syariyah.
2.1. Akidah :2.1.1 Pengertian Rukun Iman.
2.1.2 Beriman kepada Allah.
2.1.3 Beriman kepada Malaikat.
2.1.4 Beriman kepada Rasul.
2.1.5 Beriman kepada Kitab-kitab.
2.1.6 Beriman kepada Hari Akhirat.
2.1.7 Beriman kepada Qada dan Qadar.
2.1.8 Pengertian Rukun Islam :a. Mengucapkan Dua Kalimah Syahadah.

b. Menunaikan solat fardu.


c. Berpuasa di bulan Ramadan.
sukatan pelajaran pendidikan Islam kbsr
d. Mengeluarkan zakat.
e. Mengerjakan haji.
2.1.9 Allah bersifat :a. Wujud.
b. Qidam.
c. Baqa.
d. Mukhalafatuhu lilhawadith.
e. Qiamuhu bi nafsih.
f. Wahdaniah.
g. Qudrat.
h. Iradah.
i. Ilmu.
j. Hayat.
k. Sama.
l. Basar.
m. Kalam.
2.1.10 Nama-nama Allah (Al-Asma al-Husna) yang berikut :a. Al-Rahman.
b. Al-Rahim.
c. Al-Afuw.
d. Al-Ghafur.
e. Al-Adl.
f. Al-Shakur.
g. Al-Salam .
h. Al-Hadi.
i. Al-Sabur.
j. Al-Hakim.
k. Al-Hasib.

l. Zu al-Jalali wa al- Ikram.


2.1.11 Pengertian Dosa dan pahala.
2.1.12 Pengertian dosa kecil dan dosa besar.
2.1.13 Pengertian syirik. sukatan pelajaran pendidikan Islam kbsr
2.1.14 Samiyyat :a. Pengertian.
b. Perkara-perkara samiyyat.
2.2. Ibadah :2.2.1. Konsep ibadah :a. Pengertian.
b. Jenis-jenis ibadah.
c. Fardu Ain dan
Fardu Kifayah.
d. Jenis-jenis
hukum(Wajib,
Sunat, Makruh,
Haram dan Harus).
2.2.2. Bersuci :a. Pengertian.
b. Tanggungjawab
bersuci.
c. Istinja.
d. Bersuci daripada
najis:i) Ringan
ii) Sederhana
iii) Berat
e. Bersuci daripada hadas :i) Hadas kecil.
ii) Hadas besar.
f. Tayammum :-

i) Tatacara tayammu m.
ii) Syarat- syarat tayammum.
iii) Perkara yang membatal kan tayammum.
2.2.3. Solat :a. Pengertian.
b. Solat fardu.
c. Bacaan-bacaan dalam solat serta terjemahannya :i) Takbiratul Ihram.
ii) Surah alFatihah.
iii) Doa
Iftitah.
iv) Ketika
ruku.
v) Ketika
iktidal.
vi) Ketika
sujud.
vii) Duduk
antara dua
sujud.
viii) Tahiyyat
awal dan
akhir.
ix) Doa
qunut.
d. Perlakuan solat (rukun fili) dan hikmah-hikmahnya.
e. Perkara-perkara yang membatalkan solat.
f. Rukun-rukun.
g. Syarat-syarat wajib.
h. Syarat-syarat sah.
i. Sunat abadh dan
haiah.
2.2.4. Azan dan iqamah.
2.2.5. Solat berjemaah.
2.2.6. Solat Jumaat.
2.2.7. Ibadah puasa Ramadan :-

a. Konsep puasa.
b. Syarat-syarat wajib.
c. Rukun-rukun.
d. Syarat-syarat sah.
e. Perkara-perkara yang membatalkan puasa.
2.2.8. Solat Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha.
2.2.9. Solat jenazah.
2.3. Sirah :2.3.1. Tanda-tanda kenabian.
2.3.2. Salasilah keturunan Nabi.
2.3.3. Penyusuan dan pemeliharaan Nabi.
2.3.4. Nabi dibesarkan di kampong dan terdidik dengan nilai-nilai murni masyarakat
desa.
2.3.5. Kematian bapa dan ibu Nabi.
2.3.6. Kematian datuk Nabi.
2.3.7. Pemeliharaan Nabi oleh bapa saudaranya.
2.3.8. Pekerjaan Nabi :a. Semasa kecil membantu bapa saudara berniaga.
b. Semasa dewasa menternak kambing dan berniaga.
2.3.9. Perkahwinan nabi.
2.3.10. Peristiwa Hajar al-Aswad.
2.3.11. Peristiwa di Gua Hira.
2.3.12. Mukjizat al-Quran.
2.3.13. Dakwah Rasulullah s.a.w. secara sulit dan secara terang.
2.3.14. Hijrah ke Habsyah.
2.3.15. Pembesar di Mekah
menerima seruan Rasulullah s.a.w.
2.3.16. Tentangan terhadap Rasulullah s.a.w.
2.3.17. Isra dan Mikraj.
2.3.18. Perjanjian Aqabah.
2.3.19. Hijrah ke Madinah.
2.3.20. Pembinaan Masjid pertama.
2.3.21. Persaudaraan antara Muhajirin dan Ansar.
2.3.22. Pembentukan Negara Madinah.
2.3.23. Mempertahankan Madinah.
2.3.24. Piagam Madinah.
2.3.25. Perjanjian Hudaibiah.
2.3.26. Pembukaan Kota Mekah.
2.3.27. Perkembangan Islam pada zaman Rasulullah s.a.w..
2.3.28. Haji Wida.
2.3.29. Kewafatan Rasulullah s.a.w.
3. Adab dan Akhlak Islamiah.
3.1. Adab Di Dalam Kehidupan Harian :3.1.1. Adab makan dan minum.
3.1.2. Adab qada hajat.
3.1.3. Adab tidur dan bangun tidur.

3.1.4. Adab mandi dan bersugi.


3.1.5. Adab berwuduk.
3.1.6. Adab berpakaian.
3.1.7. Adab berkenderaan.
3.1.8. Adab masuk dan keluar rumah.
3.1.9. Adab menghidang makanan dan minuman.
3.1.10. Adab berjalan.
3.1.11. Adab bertanya.
3.1.12. Adab mengurus diri.
3.2. Adab Terhadap Ibu bapa dan Keluarga :3.2.1. Adab bercakap dengan ibu bapa.
3.2.2. Adab menolong ibu bapa.
3.2.3. Adab bergaul dengan keluarga
3.3. Adab Dalam Kehidupan Bersosial :3.3.1. Adab bergaul dengan rakan.
3.3.2. Adab di masjid dan surau.
3.3.3. Adab bercakap dengan rakan.
3.3.4. Adab melayan tetamu.
3.3.5. Adab menziarahi orang sakit.
3.3.6. Adab menziarah rakan.
3.3.7. Adab menziarah orang tua.
3.3.8. Adab dengan orang tua.
3.3.9. Adab menziarahi jenazah dan kubur.
3.3.10. Adab makan di majlis keramaian.
3.3.11. Adab berjiran.
3.3.12. Adab berkumpul.
3.3.13. Adab berjual beli.
3.3.14. Adab bekerja.
3.3.15. Adab menziarah jiran.
3.3.16. Adab ketika bermain.
3.3.17. Adab terhadap tempat dan harta benda awam.
3.3.18. Adab kecintaan kepada negara.
3.3.19. Menjaga kebersihan sungai dan alam sekitar.
3.3.20. Adab rehlah.
3.3.21. Adab dengan manusia dan makhluk lain.
3.3.22. Adab dengan pemimpin.
3.4. Adab Menuntut Ilmu :3.4.1. Adab bercakap dengan guru.
3.4.2. Adab ke sekolah.
3.4.3. Adab belajar.
3.4.4. Adab semasa di sekolah.
3.4.5. Adab berhujah.
3.4.6. Adab menolong guru.
3.4.7. Adab menjaga harta benda sekolah.
3.4.8. Adab menjaga kebersihan sekolah.

3.5. Adab Dengan al-Quran :3.5.1. Adab membawa dan menyimpan al-Quran.
3.5.2. Adab membaca al-Quran
.
4. Pelajaran Jawi.
4.1 Mengenal, menyebut dan menulis huruf Jawi tunggal.
4.2 Mengenal, menyebut dan menulis huruf Jawi sambung.
4.3 Mengenal membaca dan menulis suku kata
4.4 Mengenal membaca dan menulis suku kata Utertutup.
4.5 Membaca dan menulis rangkai kata dan ayat.
4.6 Mengenal, membaca dan menulis perkataan pinjaman.
4.7 Mengenal, membaca dan menulis perkataan berimbuhan dan ayat pendek.
4.8 Menggunakan tanda baca.
4.9 Membaca pelbagai jenis bahan bacaan.
4.10 Menulis pelbagai jenis teks.
4.11 Mengenal dan menulis khat nasakh dan rikah.