Anda di halaman 1dari 25

BAB I

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan
Kepimpinan merupakan suatu keperluan dalam membina kekuatan organisasi

terutama dalam memimpin organisasi ke arah menuju dan mencapai matlamat yang
ingin dicapai bersama. Kepimpinan membawa banyak pengertian bergantung kepada
kesesuaian dan keperluannya. Walaupun kepimpinan adalah sesuatu yang kompleks
untuk ditakrifkan namun ia membawa kepada suatu persamaan dari segi konteksnya
iaitu sebagai suatu proses, pengaruh, kerja sepasukan serta penentuan matlamat. Ini
bermaksud bahawa kepimpinan itu adalah suatu proses di mana seseorang individu itu
(pemimpin) mempengaruhi orang lain bagi mencapai matlamat bersama. Dalam konteks
pengurusan sekolah atau pendidikan amnya, kepimpinan adalah berhubung rapat dengan
keberkesanan sekolah. Sekolah yang berkesan adalah dihasilkan melalui kepimpinan
yang cekap dan berkualiti (Alimuddin, 2006).

Kepimpinan melalui perubahan-perubahan sejajar dengan perubahan masa dan


keperluan manusia sejagat. Konsep kepimpinan transformasional mula diperkenal oleh
Burns (1978). Bermula dari lewat 1980 an dan awal 1990 an organisasi korporat di
barat mula mengamalkan kepimpinan transformasional dalam struktur organisasi
perniagaan mereka. Kepimpinan transformasional dilihat sebagai sangat sesuai bagi
mengantikan amalan kepimpinan transaksional.

Ini bermakna mereka mengubah

struktur organisasi mereka dari sistem kawalan berpusat, amalan kuasa hirerki yang
mutlak, perbezaan status yang ketara di antara tahap-tahap autoriti serta proses membuat

keputusan yang bersifat `top-down di mana pemimpin mempunyai kuasa mutlak


membuat keputusan tanpa penglibatan subordinat.
Anjakan paradigma yang dibawa dalam kepimpinan transformasional ini
adalah ke arah menekankan kepada konsep kerja sepasukan, mewujudkan iklim kerja
yang kondusif serta menggalakkan penglibatan subordinat dalam membuat keputusan
bagi kebaikan organisasi dan mengamalkan cara baru dalam memimpin organisasi.
Kajian Button (2003) menunjukkan bahawa perubahan yang dibawa melalui
kepimpinan

transformasional

dilihat

lebih

demokratik,

adil

serta

mampu

meningkatkan komitmen serta penglibatan individu. Organisasi yang melalui


perubahan amalan kepimpinan daripada transaksional kepada transformasional
berubah bukan hanya kerana aspek-aspek di atas tetapi mereka berubah kerana
amalan kepimpinan transformasional mampu membawa kepada peningkatan
produktiviti (Leithwood, 1992).
Kepimpinan transformasional mencetus perubahan sikap dan pemikiran
seseorang itu terhadap tanggungjawabnya bertitik tolak dari kesedaran yang
diwujudkan oleh pemimpin terhadap subordinat dan bukannya kerana ganjaran
mahupun ancaman. Kepimpinan transformasi memusatkan tumpuan kepada membina
matlamat yang dikongsi bersama, meningkatkan komunikasi serta membuat
keputusan secara kolaboratif. Keperluan terhadap adaptasi gaya kepimpinan yang
selari dengan keperluan dan perubahan semasa dalam pendidikan di sekolah
khususnya adalah amat perlu memandangkan kepada faktor kecemerlangan sekolah
adalah berkait rapat dengan keberkesanan kepimpinan pengetua di sekolah.

Uniknya kepimpinan transformasional adalah pada sumbernya iaitu nilai


peribadi dan kepercayaan seseorang pemimpin itu terhadap perkongsian kepimpinan
itu sendiri yang akhirnya boleh melahirkan pemimpin di kalangan pengikut (Hoy&
Miskel, 2005). Dalam erti kata lain seorang pemimpin transformasional itu adalah
juga merupakan agen perubahan yang akan menggerakkan perubahan pada
organisasinya atau sekolah secara khususnya. Organisasi sekolah amat memerlukan

formula kepimpinan seperti ini terutama dalam aspek pertimbangan serta


pembangunan guru sebagai seorang individu.

Menurut Hoy dan Miskel (2005) model kepimpinan transformasional dilihat


paling sesuai diimplementasi oleh pemimpin sekolah ( Marks dan Printy, 2003) yang
mengkaji koloborasi antara kepimpinan pengajaran dan kepimpinan transformasional
yang dilaksanakan di sekolah yang akhirnya membawa kepada kualiti pedagogi dan
prestasi pelajar yang berada pada tahap yang tinggi. Ini adalah hasil dari kepimpinan
transformasi itu sendiri yang berjaya menggerakkan usaha dan kemahuan yang tinggi
di kalangan guru-guru untuk bersama-sama menyumbang kepada kecemerlangan
sekolah.

1.2

Latar Belakang Masalah

Terdapat banyak kajian terhadap perubahan bentuk kepimpinan yang sesuai


untuk diimplentasi oleh kalangan pemimpin sejajar dengan perubahan dan keperluan
semasa.

Kepelbagaian gaya kepimpinan mendorong kesan yang berbeza-beza

kepada sesuatu organisasi sekolah.

Oleh kerana organisasi sekolah adalah satu

bentuk organisasi yang pada dasarnya beroperasi secara birokrasi, adalah menjadi
kelaziman di kalangan pengetua mengamalkan kepimpinan tradisional yang bersifat
top- down secara sedar atau sebaliknya. Gaya kepimpinan tradisional atau gaya
kepimpinan yang bersifat mengarah adalah gaya kepimpinan yang dominan
diamalkan (Sabarinah, 2000).

Kepimpinan transaksional sering ditakrifkan sebagai kepimpinan yang bersifat


mengarah dan pendekatannya lebih bersifat top-down (Halliinger, 2003). Konsep
kepimpinan transaksional yang menekankan kepada koordinasi dan kawalan pengetua
(Cohen dan Miller, 1980), juga dianggap lebih bersifat pengurusan kerana lazimnya
ia selalu berhubungkait dengan konsep pertukaran ( Owen et. al, 2004). Bermaksud
pekerja akan bekerja kuat jika ada imbuhan dan yang sebaliknya akan menerima
hukuman. Hubungan antara pemimpin transaksional dan pengikutnya juga lebih

bersifat formal dengan jurang yang amat berbeza. Manakala intipati kepimpinan
transformasional adalah mengubah hubungan pengikut dan pemimpin secara total
(Owen, Hodgson dan Gazzard, 2004). Bermakna kepimpinan transformasional
bertujuan membina hubungan kerja yang lebih kondusif di antara pemimpin dengan
subordinat.

Namun begitu kepimpinan transaksional juga mempunyai kelebihan dan


kekuatan tertentu terutama dalam mendorong tingkahlaku ke arah kepatuhan tugas di
kalangan subordinat (Fortmann et.al, 2003). Walaubagaimanapun kepimpinan
transformasional didapati sebagai yang paling berkesan dalam mewujudkan tindak
balas yang diperlukan dari kalangan subordinat kerana kepimpinan transformasional
mempunyai kekuatan merentasi kepimpinan transaksional (Bass, 1985) terutama
dalam aspek keberkesanan komitmen subordinat terhadap organisasinya.

Berdasarkan kepada dapatan-dapatan tersebut kajian ini terdorong untuk


mengenalpasti tahap amalan kepimpinan transformasional dalam kalangan pengetua.
Dapatan hasil kajian nanti diharap dapat menunjukkan indikator amalan dan
penerimaan subordinat terhadap kepimpinan pengetua. Ini kerana era globalisasi ini
menuntut komuniti pendidik menjadi lebih proaktif terhadap keperluan perubahan
pendidikan. Fanomena ini secara tidak lansung membentuk kalangan pendidik yang
sentiasa belajar serta tuntutan mengamalkan konsep kerja sepasukan. Ini menjadikan
para guru di sekolah bukan hanya sebagai sumber tetapi aset penting yang
memungkinkan kecemerlangan sekolah.

Namun begitu halangan yang wujud kesan dari kepimpinan

yang tidak

berkesan boleh mermbantutkan potensi yang ada. Dewasa ini kepimpinan


transformasional diadaptasikan di sekolah sebagai suatu pembaharuan terhadap gaya
kepimpinan sejajar dengan perubahan semasa. Pengetua merupakan pemimpin yang
tertinggi di sekolah, mestilah berupaya membawa perubahan kepada sekolah mereka
(Ee, 2004). Transformasional dari segi kepimpinan merupakan satu alternatif penting
dalam membangunkan organisasi sekolah ke arah kecemerlangan.

1.3

Pernyataan Masalah

Orientasi

kepimpinan

pengetua

memberi

kesan

pembangunan diri, moral serta pembangunan intelek guru.

terhadap

motivasi,

Rentetan dari kesan

kepimpinan pengetua yang membawa kepada kesan yang negatif terhadap aspekaspek di atas boleh merencatkan kecemerlangan sekolah terutama dalam aspek
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang menjadi tanda aras baik buruk
prestasi pelajar. Perubahan yang perlu di bawa oleh kepimpinan pengetua di sekolah
seharusnya tidak hanya menumpu kepada aspek-aspek yang bersifat teknikal seperti
menyenarai tugas dan tanggungjawab guru yang perlu mereka laksananakan agar
mencapai aras tertentu. Ia sepatutnya menumpukan kepada perubahan sikap dan
pemikiran guru yang lahir dari kesedaran dan kebijaksanaan yang dijana melalui
pembangunan intelek dan teladan yang menjadi inspirasi mereka untuk berubah atau
bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu perubahan.

1.4

Ojektif Kajian

Kajian Cashin et. al (2000) menemukan kepada fakta bahawa bentuk


kepimpinan yang wujud secara tradisional di sekolah adalah kepimpinan yang bersifat
dominan dan mengarah. Bermakna apabila seseorang (pengetua) memimpin, yang
lain (guru-guru) akan mengikut. Kepimpinan transformasional perlu dipraktis oleh
pengetua sebagai pemimpin di sekolah kerana ia mempunyai tiga matlamat utama
iaitu membantu membangunkan guru-guru serta mengekalkan budaya

kerja

kolaboratif. Kedua, membina persekitaran kerja yang profesional di sekolah dan


ketiga membantu guru-guru menghadapi cabaran dan mampu menyelesaikan
sebarang masalah dengan berkesan. Berpegang kepada matlamat pengetua sebagai
agen perubahan, kepimpinan transformasional memungkinkan kejayaan pengetua
dalam menerajui organisasi sekolahnya menuju matlamat secara bekerja sepasukan
dengan ransangan motivasi dan membangunkan intelek guru serta karisma yang
menjadi inspirasi guru-guru. Dengan itu kajian ini menumpukan kepada objektif-

objektif tertentu bagi mengenalpasti pengamalan kepimpinan transformasional


pengetua.

1.4.1

Ojektif Am

Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti amalan kepimpinan


transformasional yang diamalkan dalam kalangan pengetua sekolah menengah
bandar Tangkak.

1.4.2

Objektif Khusus

i.

Mengenalpasti tahap amalan kepimpinan transformasional dalam kalangan


pengetua sekolah menengah bandar Tangkak

ii.

Mengenalpasti tahap amalan kepimpinan transformasional dalam kalangan


pengetua

sekolah

menengah

bandar

Tangkak

mengikut dimensi

pengaruh yang ideal, pertimbangan individu, ransangan intelek serta motivasi


berinspirasi.

iii.

Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan persepsi guru mengikut jantina,


umur, kaum dan pengalaman mengajar terhadap amalan kepimpinan
transformasional pengetua sekolah menengah bandarTangkak.

1.5

Persoalan Kajian

i.

Apakah tahap amalan kepimpinan transformasional dalam kalangan pengetua


sekolah menengah bandar Tangkak?

ii.

Apakah tahap amalan kepimpinan transformasional mengikut dimensi


pengaruh yang ideal, pertimbangan individu, ransangan intelek serta motivasi

berinspirasi

terhadap amalan kepimpinan transformasional dalam kalangan

pengetua sekolah menengah bandar Tangkak?

iii.

Apakah terdapat perbezaan persepsi guru mengikut jantina, umur, kaum dan
pengalaman mengajar terhadap amalan kepimpinan transformasional yang
diamalkan oleh pengetua sekolah menengah bandar Tangkak?

1.6

Kepentingan Kajian

Alimuddin (2006) menggariskan ciri-ciri kepimpinan transformasional yang


diamalkan oleh pengetua di sekolah seperti idealised influence ( pemimpin sebagai
role model kepada guru, staf sokongan dan pelajar), inspirational motivation
( sentiasa memberikan galakan dan idea-idea bernas), intellectual stimulation ( bijak
dalam berfikir, membuat keputusan yang tepat dan bertindak dengan cara yang cepat)
dan individual consideration (sebagai coach atau mentor kepada seluruh warga
sekolah) adalah sebagai suatu usaha menjadikan sekolah mereka berkesan. Jelasnya
kepimpinan transformasional menjadi suatu landasan untuk meningkatkan modal
insan di kalangan guru dalam menjiwai tanggungjawabnya serta sebagai pemangkin
pembangunan intelek dan profesional guru.

Sebagai pemimpin organisasi sekolah, kepimpinan pengetua mempengaruhi


sikap guru-guru terhadap sebarang usaha untuk mencapai matlamat yang
diaspirasikan. Rasional kepimpinan transformasional diamalkan adalah kerana
pemimpin transformasional mampu membuktikan kecemerlangan organisasi mereka
apabila mereka berjaya membawa pengikut-pengikutnya berfikir di luar kotak yang
membawa kepada perubahan sikap dan paradigma seperti yang diaspirasikan. Usaha
ini berupaya membangun dan meningkatkan minat pekerja atau dalam konteks ini
guru-guru dalam menjiwai dan menerima tujuan dan misi pasukan kerja dibawah
pimpinannya ( Ab. Aziz Yusof, 2003).

Sehubungan dengan itu kajian ini dilakukan untuk mengetahui tahap amalan
kepimpinan transformasional dalam kalangan pengetua di sekolah menengah bandar
Tangkak supaya dengan dapatan ini diharap dapat membantu para pengetua sekolah
memahami keperluan dan harapan guru-guru terhadap aspek toleransi, keprihatinan,
pembangunan intelek dan profesionalisme. Ia juga diharap dapat membantu pengetua
melakukan penambahbaikkan terhadap amalan kepimpinan mereka terhadap
memenuhi keperluan dan matlamat kepimpinan transformasional itu sendiri. Kajian
ini juga diharap dapat memberi manfaat di peringkat PPD dan JPN dalam merangka
serta merancang program-program latihan kepimpinan dalam kalangan pengetua.

Usaha ke arah menambahbaik kapasiti kepimpinan dalam kalangan pengetua


perlu diperbaharui secara berterusan supaya mereka boleh memimpin sekolah
mencapai aspirasi wawasan 2020 dan PIPP khususnya. Konsep perkongsian
kepimpinan dalam kepimpinan transformasional di harapkan dapat menjadi suatu
platform bagi mengasah kemahiran kepimpinan guru-guru dan berupaya memahami
dan menjiwai tanggungjawab kepimpinan terutama dalam mengurus pengajaran dan
pembelajaran.

1.7

Model Teori

Terdapat banyak kajian yang dilakukan dalam mengupas isu kepimpinan


transformasional

terutama

faktor-faktor

yang

membentuk

kepimpinan

transformasional itu sendiri serta kajian mengenai kesannya terhadap organisasi.


Mengikut Burns (1978), asas teori kepimpinan transformasional adalah pada
hubungan interpersonal, motif dan nilai. Teori transformasional yang diperkenal oleh
Burns adalah antara yang terawal dalam mengadaptasi keadah psikologi dalam
memahami dan menjelaskan kepimpinan itu sendiri (Fairholm, 2001) berasaskan
kepada prinsip bahawa kepimpinan bukan sahaja merupakan suatu kuasa dalam
mempengaruhi orang lain tetapi juga sebagai suatu pembentukkan nilai moral yang
mempunyai kapasiti
1978).

yang lebih tinggi dalam mempengaruhi orang lain (Burns,

Matlamat teori transformasional Burns (1978) adalah untuk meningkatkan


nilai moral dan motivasi pengikut sehingga ke tahap subordinat boleh berfikir tentang
apakah

yang

boleh

disumbangkan

kepada

organisasinya.

Kepimpinan

transformasional adalah suatu keperluan dalam organisasi kerana teori kepimpinan


yang klasik sudah tidak sesuai bagi memenuhi perubahan matlamat dan amalan
kepimpinan semasa (Bass, 1985). Bass melihat kepimpinan transformasional sebagai
sangat penting dalam menangani perubahan tersebut kerana kepimpinan tersebut
berupaya dalam meningkatkan kepuasan kerja di kalangan subordinat.

Stewart (2006) merumuskan bahawa model kepimpinan transformasional


Bass, Avolio (1998) menunjukkan teori dua faktor kepimpinan yang mana ia saling
memerlukan di antara satu sama lain. Kepimpinan transaksional menurut model teori
tersebut adalah memenuhi keperluan asas sesebuah organisasi dan kepimpinan
transformasional pula berfungsi sebagai kepimpinan yang menggalakkan komitmen
serta membawa kepada perubahan. Pemimpin transformasional menumpukan
penekanan terhadap menstrukturkan semula sekolah dengan memperbaiki aspek
kondisi sekolah (Stewart, 2006). Ini merujuk kepada kajian beliau terhadap modelmodel teori kepimpinan transformasi yang dibina oleh Burns (1978), Bass, Avolio
(1988) serta Leithwood (1999).

Konstruk kepimpinan transformasional dikaji berdasarkan teori yang dibina


Burns (1978) dan di murnikan Bass (1985) adalah terdiri daripada empat aspek iaitu
pengaruh yang ideal atau karisma, ransangan intelek, pertimbangan individu dan
motivasi berinspirasi. Konstruk ini adalah dalam bentuk pengamalan dalam
kepimpinan berdasarkan prinsip kepimpinan transformasional.

Berikut adalah

huraian dimensi amalan kepimpinan transformasional berdasarka teori yang dikaji.


i.

Charismatic Leadership, or Idealized Influence


Pemimpin transformasional sebagai role model, dihormati dan dikagumi oleh

pengikutnya. Pemimpin transformasional juga digambarkan sebagai

seorang

pemimpin yang mempunyai visi dan misi yang jelas serta berani menghadapi risiko.
Bass (1998) , menggariskan bahawa pengaruh yang ideal ditonjolkan dalam
kepimpinan transformasional apabila seseorang pemimpin itu menetapkan matlamat
untuk dicapai pada masa akan datang dan mampu menerangkan dan memimpin
subordinat ke arah menjayakan matlamat yang diaspirasikan dengan menunjukkan
teladan yang baik untuk diikuti. Burns (1978), menjelaskan bahawa pemimpin yang
memiliki sifat-sifat karismatik juga memiliki ciri-ciri tingkah laku yang unggul
sebagai seorang pemimpin.

Pemimpin transformasional juga merupakan seorang

pemimpin yang mempunyai harapan yang tinggi terhadap keupayaan subordinat


tetapi tetap berperanan dalam memberi sokongan dan panduan agar subordinat
mampu mencapai tahap yang diinginkan. Karisma pemimpin transformasional
teserlah dengan keyakinan dan kepastian yang ditunjukkan dalam setiap tindakannya.
Bass dan Avolio (1997) memperjelas sifat-sifat pemimpin yang bersifat karismatik
sebagai seorang pemimpin yang sanggup berkorban demi kepentingan organisasi dan
bersifat optimis terhadap visi dan misi yang ingin dicapai.
ii.

Inspirational Motivation
Pemimpin transformasi mempunyai tingkah

laku

yang

mampu

memotivasikan pengikutnya, menaikkan semangat juang serta berupaya untuk


menyahut cabaran yang datang. Pemimpin transformasi bertindakmenyatakandengan
jelas tentang keyakinnya terhadap misi dan matlmat yang hendak dicapai serta
memperlihatkan komitmen yang teguh terhadap matlamat organisasi yang dikongsi
bersama. Kajian Button (2003) menunjukkan bahawa guru yang berkesan adalah di
kalangan guru yang
dan sentiasa

bermotivasi tinggi. Mereka menunjukkan minat yang tinggi

melibatkan diri dalam penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran.

Dalam konteks ini pengetua sebagai pemimpin sekolah berperanan untuk memberi
sokongan moral di samping keperluan dan kemudahan yang diperlukan bagi
meningkatkan dan mengekalkan motivasi motivasi guru dalam menjayakan matlamat
organisasi sekolah.

iii.

Intellectual Stimulation
Pemimpin transformasi bertindak balas secara berbeza terutama dalam

mencari penyelesaian masalah dengan dimensi pemikiran yang baru dan inovatif.
Dengan itu pemimpin tranformasi secara tidak lansung menggalakkan pengikutnya
berfikir secara kreatif dan bukan hanya menyalahkan orang lain atau sebagainya
dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Faktor ini menggalakkan suatu bentuk
pemikiran baru dalam menyediakan subordinat bertindak terhadap sebarang
permasalahan.

Pemimpin

transformasional

menjadikan

subordinat

mampu

mengenalpasti cabaran dan menjadikan mereka orang yang berani menghadapinya


(Abdullah dan Ainon, 2007).
iv.

Individualized Consideration
Pemimpin transformasional memberi tumpuan dan perhatian terhadap

keperluan dan potensi tertentu dalam membangunkan pengikut-pengikutnya.


Pemimpin transformasional mengganggap setiap pengikutnya sebagai seorang
individu yang perlu dihormati (Ayman, 2003). Pemimpin-pemimpin seperti ini akan
mewujudkan suatu iklim yang amat selesa di kalangan pengikut dengan sentiasa
memberi galakan dan sokongan kepada mereka dan sebarang perbezaan dihormati.
Interaksi di antara pemimpin ini dengan pengikutnya membina hubungan kerja yang
kondusif kerana pemimpin transformasi peka terhadap pengikutnya sebagai seorang
individu.
1.7.1

Kerangka Teori Kepimpinan Transformasional Burns (1978) dan Bass


(1985)
Rajah 1.1 menjelaskan teori kepimpinan transformasional mengikut dimensi

yang dikaji iaitu pengaruh yang ideal, ransangan intelek, pertimbangan individu serta
motivasi berinspirasi. Setiap dimensi saling menunjukkan keperluan di antara satu
sama lain.

Mendalami teori ini menemukan kepada keperluan dalam membina

organisasi kearah keberkesanannya melalui pendekatan yang lebih bersifat


kemanusiaan. Ini selari dengan matlamat kepimpinan ini iaitu untuk meningkatkan

intelek, moral dan kemahuan dari dalam diri seseorang individu itu sendiri.
Kepimpinan.

Rajah 1.1 menunjukkan aliran dimensi-dimensi kepimpinan

transformasional.
Dimensi

Pemimpin

Pengaruh Yang
Ideal /
Karismatik

Ransangan
Intelek

Motivasi
Berinspirasi

Pertimbangan
Individu

Subordinat

- menjadi teladan
- mempunyai visi, misi
- berani hadapi risiko

- patuh dan taat


- mengagumi serta
menyanjungi
pemimpin

- mampu mengembang
daya fikir dan paradigma
subordinat
- kritis serta menggalakkan
pembaharuan status quo

- inovatif
- paradigma berubah
- berfikir di luar
kotak
- boleh menyahut
cabaran

- menaikkan semangat juang


- tingkahlaku yang mampu
memotivasikan subordinat
- memberi sokongan moral
- menjadi mentor

- percaya pada
kebolehan sendiri
- komitmen tinggi

- sanggup memberi
perhatian secara individu
- sedia membantu
subordinat memperbaiki
diri
- memberi nasihat apabila
diperlukan

- rasa dihargai
- rasa diperlukan

Iklim sekolah yang kondusif


Peningkatan moral dan paradigma guru
Kerjasama dan komitmen kerja yang tinggi
Budaya kerja berpasukan

Rajah 1.1

: Teori Kepimpinan Transformasional Burns (1978) dan Bass (1985)

Rajah 1.1 adalah rumusan terhadap konsep kepimpinan berdasarkan teori


Burn (1978) dan Bass (1985). Amalan kepimpinan transformasional dikupas dari
empat konstruk iaitu pengaruh yang ideal, ransangan intelek, motivasi berinspirasi
serta pertimbangan individu. Berdasarkan teori yang dikaji, kepimpinan ini adalah
memberi manfaat kepada semua sama ada kepada subordinat, pemimpin atau
organisasi itu sendiri. Amalan ini mempunyai matlamat untuk mencapai visi dan misi
organsiasi, mewujudkan iklim sekolah yang kondusif, meningkatkan moral dan
paradigma guru, mewujudkan kerjasama dan komitmen kerja yang tinggi serta
sekaligus mewujudkan budaya kerja berpasukan. Kesemua dimensi ini saling
memerlukan dan perlu diamalkan secara seimbang bagi memastikan matlamat
kepimpinan ini dapat dicapai.

1.7.2

Model Teori Kepimpinan Tansformasional Leithwood (1994)


Model kepimpinan Leithwood (1994) menjelaskan tentang komponen

kepimpinan transformasional melalui dimensi membina visi dan matlamat sekolah,


menyediakan ransangan intelektual, menawarkan sokongan secara individu, menjadi
teladan terhadap nilai-nilai penting organisasi, menunjukkan prestasi kerja yang
tinggi, membina budaya sekolah yang kreatif dan membangunkan struktur dan
menggalakkan penglibatan dalam proses membuat keputusan. Dimensi kepimpinan
transformasi Leithwood ini akhirnya membawa kepada pembinaan kepimpinan
pemimpin yang ideal yang boleh membawa perubahan kepada organisasi sekolahnya
dengan karisma serta ruang komunikasi yang luas antara pengetua dengan guru
sebagai seorang individu.

Pemimpin transformasional mengikut Leithwood juga memperlihatkan nilai


kepimpinan yang tinggi melalui komitmen terhadap mencapai hasrat organisasi
dengan menggalakkan penglibatan guru-guru, membangunkan intelek serta
meransang motivasi guru agar memberikan komitmen yang di luar kebiasaan.
Amalan kepimpinan transformasional juga berupaya mewujudkan budaya sekolah
yang kreatif terutama dalam cara berfikir

bagi menyelesaikan sesuatu masalah

sekalipun cabaran yang dihadapi. Rajah 1.2 menunjukkan komponen-komponen


dalam model kepimpinan transformasional.

Membina visi dan


matlamat sekolah
Membangunkan
struktur dan
menggalakkan
penglibatan dalam
proses membuat
keputusan

Menyediakan
ransangan
intelektual

Kepimpinan
Transformasional
Membina budaya
sekolah yang
kreatif

Menunjukkan
prestasi kerja yang
tinggi

Rajah 1.2

Menawarkan
sokongan secara
individu

Menjadi teladan
terhadap nilainilai penting
organisasi

: Model Teori Kepimpinan Transformasional Leithwood (1994)

Dimensi transformasional seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1.2


menunjukkan amalan-amalan transformasional yang memberi penekanan kepada
tanggungjawab pemimpin dalam membangun organisasi serta subordinat ke arah
budaya kerja yang unggul berdasarkan kepada teladan yang ditunjukkan serta
penekanan terhadap aspek kemanusiaan dalam memimpin mereka ke arah kejayaan

visi dan misi organisasi. Pemimpin transformasional mengikut Leithwood (1994)


juga memperlihatkan nilai kepimpinan yang tinggi melalui komitmen terhadap
mencapai

hasrat

organisasi

dengan

menggalakkan

penglibatan

guru-guru,

membangunkan intelek serta meransang motivasi guru agar memberikan komitmen


yang di luar kebiasaan.

1.7.3

Model Kepimpinan Transformasi Slocum dan Hellriegel (2007)

Dalam kajian ini pengkaji mendalami model kepimpinan transformasional


Slocum dan Hellriegel (2007). Model yang dibina Slocum dan Hellriegel (2007)
masih menjadikan model Bass sebagai asas dalam merungkai faktor-faktor
membentuk kepimpinan transformasional namun begitu ia dijelaskan secara lebih
sistematik dan sesuai dengan situasi kepemimpinan pengetua sekolah masa kini.
Kepimpinan transformasional menurut Slocum dan Hellriegel (2007) terbahagi
kepada empat dimensi utama. Dimensi tersebut ialah terdiri daripada sikap yang
menunjukkan pertimbangan berasaskan individu, membina ransangan intelektual,
meransang motivasi dan memupuk pengaruh yang ideal di kalangan pengikutnya atau
dalam kontek ini di kalangan guru-guru. Rajah 1.3 di bawah menerangkan model
kepimpinan transformasional Slocum dan Hellriegel (2007).

Intipati model kepimpinan transformasional Slocum, Hellriegel (2007) adalah


melibatkan suatu keupayaan pemimpin dalam mempengaruhi pengikutnya melalui
tingkah laku kepimpinan yang diamalkan. Ia melibatkan tingkah laku yang menjadi
teladan dalam menjangkakan masa depan organisasi, menjadi inspirasi di kalangan
pengikut terutama dalam hal yang berkaitan dengan inovasi pemikiran dan idea-idea
baru, membangunkan pengikut ke arah menjadi pemimpin atau pemimpin yang lebih
baik serta membimbing organisasi ke arah menjadi komuniti yang boleh menyahut
cabaran. Faktor-faktor ini menjadikan seorang pemimpin transformasional itu sebagai
pemimpin yang berintergriti tinggi. Pengkaji melihat kesinambungan kepimpinan
transformasional ini sebagai suatu wadah pengisian dalam menjayakan modal insan
melalui pendidikan. Ini kerana kepimpinan transformasional berupaya mewujudkan

perubahan sikap yang lahir dari hati. Rajah 1.3 di bawah adalah model kepimpinan
transformasional Slocum dan Hellriegel (2007).

Pertimbangan
Berasaskan
Individu

Motivasi
Berinspirasi

Kepimpinan
Transformasional

Memupuk
Pengaruh
Yang Ideal

Rajah 1.3

Membina
Ransangan
Intelektual

Model Kepimpinan Transformasional Slocum dan Hellriegel (2007)

Teori Slocum dan Hellriegel seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1.3 adalah dibina
dari empat konstruk utama yang berasaskan dari teori Burns (1978) dan Bass (1985)
serta mempunyai persamaan dengan teori Leithwood (1994).

Empat konsrtuk

tersebut ialah:

i.

Motivasi Berinspirasi

Inspirasi wujud dari kesan tingkahlaku yang ditunjukkan oleh seseorang


pemimpin itu melalui komunikasi, pemikiran dan teladan yang baik (Owen, 2001).
Pemimpin transformasi mencetus inspirasi di kalangan pengikutnya melalui
perbuatan mahu pun kata-katanya. Pemimpin transformasi membimbing pengikutnya
dengan menyediakan mereka tentang kesedaran terhadap cabaran dan pengertian

terhadap apa sahaja yang dilakukan. Bermakna mereka sering melibatkan subordinat
terlibat sama malahan tekal

terhadap usaha mencapai misi yang diaspirasikan

bersama.

ii.

Membina Ransangan Intelektual

Pemimpin yang mengamalkan kepimpinan transformasi menggalakkan


subordinat berfikir di luar kotak atau di luar kebiasaan dengan menjadi lebih inovatif
dan kreatif ( Slocum dan Hellriegel, 2007 ). Dengan ini pemimpin transformasi
adalah seorang yang berani mempersoalkan sebarang andaian dengan meneroka ideaidea dan kaedah-kaedah baru serta menghadapi sebarang situasi dengan cara baru.
Jelasnya pemimpin transformasi adalah individu yang berani mengubah status quo
dalam membawa perubahan yang membawa kepada sebarang usaha untuk
menjayakan matlamat yang

diharapkan.

Aizzat, Intan dan Zainal Ariffin (2006) menyatakan bahawa ransangan


intelektual melibatkan tindakan mengeluarkan idea-idea baru untuk meransang
pengikutnya berfikir semula mengenai cara-cara lama dalam melakukan kerja,
menggalakkan pengikut untuk meninjau masalah dari pelbagai sudut, serta
mewujudkan suatu situasi yang boleh menimbulkan penyelesaian yang kreatif serta
inovatif kepada masalah yang pada mulanya dianggap sukar untuk diselesaikan.

Melalui ransangan intelektual yang diwujudkan pemimpin transformasional


membangunkan kebijaksanaan dan

rasionaliti subordinat agar menjadi lebih kreatif

terutama dalam aspek penyelesaian masalah. Bermakna, di dalam menyelesaikan


sesuatu masalah, pemimpin transformasi memberikan tumpuan kepada apakah
masalah itu,

bukannya siapakah yang perlu dipersalahkan. Hasilnya, pemimpin

transformasi akan melahirkan kreativiti, rasional serta cara penyelesaian masalah


melalui pelbagai sumber pendapat yang akhirnya mengembangkan daya fikir dan
intelek subordinat.

iii.

Memupuk Pengaruh Yang Ideal

Kepimpinan melalui teladan adalah yang paling tepat membicarakan tentang


pengaruh seseorang pemimpin transformasi terhadap pengikutnya. Pemimpin
transformasi memperlihatkan tingkah laku yang menjadi inspirasi dan ikutan
subordinat ( Slocum, 2007). Lazimnya subordinat lebih mudah terpengaruh, percaya
dan mengagumi pemimpin yang menunjukkan teladan yang baik sehingga menjadi
ikutan orang lain. Pemimpin ini juga adalah individu yang boleh meninggalkan
kepentingan peribadinya demi kepentingan orang lain yang lebih memerlukan.
Pemimpin seperti ini menunjukkan tahap moral dan etika yang tinggi dalam
kepimpinannya. Mereka juga adalah di kalangan orang yang boleh dipercayai.

Slocum (2007) berpendapat bahawa walaupun pemimpin transformasi tidak


memanipulasikan kuasanya secara maksima namun mereka menggunakan semua
sumber kuasa bagi menggerakkan kemajuan individu. Pemimpin jenis ini menjadi
berupaya memberi inspirasi kepada pengikutnya agar sanggup bekorban kepentingan
peribadi

bagi memenuhi keperluan organisasi (Aizzat, Intan dan Zainal Arffin,

2006). Pengaruh yang dibina adalah wujud dari karisma pemimpin transformasi itu
sendiri. Karisma zahir pada kebolehan pemimpin untuk meningkatkan rasa
kebanggaan, keyakinan, hormat, kebolehan untuk menyedari apa yang penting serta
untuk membicarakan dan menyalurkan misi dan wawasan yang dapat menimbulkan
inspirasi di kalangan pengikut.

Pengaruh yang ideal dari pemimpin transformasi akan membina kepercayaan


dan rasa hormat subordinat yang akan memudahkan penerimaan subordinat terhadap
sebarang perubahan yang dilakukan sama ada ia bersifat radikal atau sebaliknya (
Hoy dan Miskel, 2005). Ini kerana pemimpin ini menunjukkan kesanggupanuntuk
berkongsi sebarang risiko yang dating dalam sebarang usaha untuk mencapai
matlamat organisasi di samping mempunyai nilai moral dan etika yang tinggi. Sikap
tidak mementingkan kepentingan sendiri dan bijaksana menggunakan kuasanya
dalam menggerakkan individu dan kumpulan kerja di dalam organisasinya berusaha

mencapai matlamat yang diaspirasikan bersama menjadikan pemimpin transformasi


dikagumi, dihormati serta dipercayai.

iv. Pertimbangan Berasaskan Individu

Slocum dan Hellriegel (2007) menjelaskan dimensi pertimbangan berasaskan


individu sebagai satu prinsip kepimpinan transformasi yang menuntut kepekaan
pemimpin terhadap ahli organisasi sebagai seorang individu serta menghormati
perbezaan sesama individu dan tidak menjadikannya sebagai suatu halangan dalam
membentuk kesepakatan mencapai matlamat organisasi.

Menurut pendapat Hoy dan Miskel (2005), pertimbangan berasaskan individu


bermaksud seseorang pemimpin transformasi itu adalah seorang pemimpin yang
memberikan tumpuan yang khusus kepada setiap ahli organisasi sebagai seorang
individu terutama dalam aspek keperluan untuk mecapai kejayaan dan dari segi
pembangunan individu itu sendiri. Aizzat, Intan dan Zainal Ariffin (2006)
berpendapat bahawa aspek ini memperlihatkan kebolehan seorang pemimpin
transformasi itu memberi perhatian secara peribadi kepada pengikutnya.

1.8

Kerangka Kajian

Kajian ini dijalankan berdasarkan kerangka yang ditunjukkan dalam rajah 1.3.
Kajian kepimpinan transformasional dikaji berdasarkan amalan-amalan dimensi
ransangan intelektual, motivasi berinspirasi, memupuk pengaruh yang ideal serta
pertimbangan individu. Pengetua sebagai subjek kajian akan dikaji melalui persepsi
guru terhadap amalan kepimpinan transformasional yang diamalkan.

Amalan

kepimpinan transformasi yang dikaji adalah berasaskan kepada model Burns (1978),
Bass (1985) serta Slocum dan Hellriegel (2007). Namun begitu model yang dirujuk
(Slocum & Hellriegel (2007) adalah lebih sesuai untuk kajian ini kerana ia selari
dengan situasi semasa berdasarkan kepada interpretasi serta keperluannya dengan
keadaan di sekolah pada masa kini.

AMALAN

1. Membina ransangan

N
G

Kepimpin
Transformasi

Intelektual
2.Motivasi
berinspirasi

3. Memupuk pengaruh

TAHAP
Tinggi
Sederhana
Rendah

yang ideal

4. Pertimbangan
berasaskan individu

Rajah 1.4

: Kerangka Kajian

Kajian yang dijalankan adalah berdasarkan kepada kerangka konsep seperti


yang diringkaskan dalam rajah 1.9 yang ditunjukkan di atas. Dengan memfokuskan
kajian kepada pengetua sebagai pemimpin di sekolah, amalan kepimpinan
transformasional dikesan melalui empat dimensi amalan seperti yang dikaji iaitu
membina ransangan intelektual, meransang motivasi, memupuk pengaruh yang ideal
dan pertimbangan berasaskan individu.

Amalan kepimpinan transformasional adalah sebagai landasan dalam


mewujudkan kesan terhadap organisasi sekolah terutama dalam aspek mewujudkan
perkongsian kepimpinan, menjadi ispirasi atau teladan kepada guru, mewujudkan
perubahan terutama dalam aspek pemikiran dan penglibatan guru dalam usaha
menjayakan matlamat dan wawasan sekolah. Amalan kepimpinan transformasional
juga mampu menimbulkan rasa hormat dalam kalangan guru-guru terhadap pengetua
serta mampu menganjakkan daya fikir guru agar menjadi lebih berdikari, inovatif
serta kreatif dalam menghadapi cabaran, perubahan sekalipun masalah.

1.9

Skop Kajian

Skop kajian ini adalah terfokus kepada beberapa aspek iaitu;

i.

Tumpuan kepada aspek kepimpinan transformasional di kalangan


pengetua.

ii.

Melibatkan penilaian persepsi guru-guru terhadap amalan


kepimpinan pengetua.

iii.

Melibatkan amalan kepimpinan transformasi pengetua berdasarkan


dimensi meransang motivasi, membina ransangan intelektual,
membuat pertimbangan berasaskan individu serta memupuk
pengaruh yang ideal.

1.10

Batasan Kajian

Kajian ini melibatkan tiga buah sekolah menengah harian bandar Tangkak.
Dalam kajian ini penyelidik hanya mengkaji tentang amalan kepimpinan
transformasional dalam kalangan pengetua di sekolah-sekolah bantuan penuh
kerajaan berdasarkan kepada persamaan dari segi peraturan, kemudahan serta
wawasan pendidikan. Manakala populasi terdiri daripada semua guru bagi setiap
sekolah tersebut. Kajian ini juga terbatas kepada aspek amalan kepimpinan
transformasional pengetua di tiga buah sekolah tersebut melalui empat dimensi
kepimpinan transformasional iaitu pengaruh yang ideal atau karismatik, meransang
intelektual, motivasi berinspirasi serta pertimbangan berasaskan individu.
1.11

Definisi Istilah
Istilah-istilah yang digunakan dalam kajian diterangkan dalam bahagian ini.

Pengertian setiap istilah adalah berdasarkan kepada rujukan dan definisi yang dibuat
berdasarkan kajian.

1.11.1 Amalan
Berdasarkan maksud yang dirujuk melalui kamus dewan, amalan bererti
sesuatu yang dilakukan atau dilaksanakan sebagai suatu kebiasaan. Dalam kajian ini
amalan diertikan sebagai suatu kebiasaan dalam kepimpinan pengetua dalam
memimpin organisasi sekolah.

1.11.2 Kepimpinan

Mengikut pengertian yang diberikan oleh Jaafar Muhamad ( 2007 ) bahawa


kepimpinan itu bermaksud aktiviti mempengaruhi individu supaya berusaha secara
sukarela untuk mencapai objektif kumpulan atau organisasi. Ismail Noor (2004)
mendefinisikan kepimpinan sebagai setiap tindakan yang menumpukan sumbersumber ke arah matlamat yang benar-benar bermatlamat. Pengkaji melihat
kepimpinan adalah suatu dimensi tindakan atau inisiatif seorang pemimpin terhadap
mencari penyelesaian kepada sesuatu masalah atau untuk meransang orang lain untuk
berubah. Selain dari itu, dimensi lain yang membentuk erti kepimpinan itu adalah
manipulasi sumber yang berkesan sama ada sumber manusia itu sendiri atau mesin,
proses, kaedah, bahan dan sebagainya.

Hussein Mahmood (1993) melihat kepimpimpinan sebagai suatu bentuk


tingkah laku pemimpin bagi mencari penyelesaian masalah dan bagi mencari jalan
untuk melaksanakan sesuatu tugasan yang bertujuan untuk mecapai matlamat sesuatu
organisasi itu. Kepimpinan lazimnya melibatkan suatu proses mempengaruhi orang
lain di dalam sesuatu organisasi dengan membina hubungan yang baik, menggerak
aktiviti dan memandu subordinat ke arah mencapai matlamat organisasi (Yulk, 2002).
Hoy dan Miskel (2005) berpendapat bahawa kepimpinan adala suatu proses sosial
yang merangkumi elemen rasional dan emosi. Kepimpinan juga menurut mereka
adalah suatu proses yang dikongsi oleh organisasi dan bukan milik seseorang
pemimpin itu sahaja.

Dalam kajian ini pengkaji memperincikan kepimpinan sebagai suatu tingkah


laku dalam proses mencapai matlamat organisasi dengan membawa ahli-ahli
organisasi terlibat sama dalam membuat keputusan, menyumbang idea dan usaha,
membina hubungan kerja yang memberi keselesaan kepada semua serta menikmati
keseronokan bekerja kerana mereka dapat melihat haluan yang hendak dibawa oleh
pemimpin mereka.

1.11.3 Kepimpinan Transformasional

Transformasional secara amnya diertikan melalui rujukan Kamus Dewan


adalah suatu perubahan keadaan. Dalam konteks ini transformasional yang
dimaksudkan bermakna suatu kebiasaan di dalam amalan kepimpinan itu diubah
kepada

suatu

amalan

kepimpinan

yang

baru.

Pemimpin-pemimpin

yang

mengamalkan gaya kepimpinan transformasional percaya mereka boleh mendorong


orang mengubah nilai dan sikap mereka supaya mereka mempunyai komitmen
terhadap matlamat organisasi dan perjuangan ( Abdullah dan Ainon, 2006).

Ab. Aziz Yusof (2003) mendefinisikan kepimpinan transformasional sebagai


kepimpinan yang memberikan perhatian dan tumpuan kepada pembangunan
keperluan individu. Beliau juga menggariskan bahawa kepimpinan transformasi
sebagai bukan hanya mempunyai kebolehan membangunkan minat pekerja tetapi
minat yang dibangunkan melampaui minat peribadi pekerja itu sendiri.
Menurut Hallinger (2001), kepimpinan transformasional selalunya diertikan
sebagai kepimpinan yang dikongsi bersama dengan ahli-ahli lain. Dalam konteks
sekolah, kepimpinan transfomasional bukanlah satu bentuk kepimpinan individu
sebaliknya seseorang pengetua sebagai pemimpin di sekolah adalah berfungsi
mengkoordinasikan dan mengawal organisasinya dari bawah. Ini bermakna
kepimpinan transformasional memberi fokus terhadap meransang perubahan melalui
praktis bottom up. Kepimpinan transformasional bagi Halinger (2001) juga dilihat
sebagai satu bentuk kepimpinan yang mencetus iklim di mana guru-guru terlibat

dalam proses pembelajaran yang berterusan dan saling berkongsi pengetahuan sesama
sendiri.

1.11.4 Pengetua

Pengetua menurut Hussein Mahmood (1993) adalah sebagai pemimpin


organisasi pendidikan yang bertanggungjawab dalam banyak hal yang berkaitan
dengan institusi sekolah. Tugasnya adalah berkaitan dengan aspek pentadbiran dan
pengurusan, penyeliaan, kepemimpinan, pendidikan dan yang berkaitan dengan
perjalanan organisasi sekolah sebagai suatu institusi pendidikan formal. Dalam kajian
ini pengetua adalah sebagai pemimpin di sekolah yang bertanggungjawab dalam
memimpin

organisasi

sekolah

dalam

semua

aspek

pentadbiran

mahupun

kemanusiaan.

1.11.5 Sekolah Menengah

Sekolah menengah merupakan suatu institusi pendidikan lanjutan daripada


sistem pendidikan peringkat rendah. Kajian ini menumpukan kepada sekolah
menengah harian bandar Tangkak yang terdiri daripada tiga buah sekolah. Pendidikan
sekolah menengah meliputi pendidikan di peringkat menengah rendah iaitu peralihan
hingga tingkatan tiga manakala pendidikan menengah atas meliputi tingkatan empat
hingga tingkatan enam.

Dalam kajian ini sekolah menengah harian adalah sekolah bantuan penuh
kerajaan yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia dari segi kemudahan
fizikal, tenaga pengajar, bantuan buku teks, bantuan penyelenggaraan serta ditadbir di
bawah Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Populasi

murid dan guru di tiga buah sekolah bandar Tangkak ini melebihi 600 setiap sekolah
dan jumlah yang besar ini menguji keberkesanan pengetua memimpin organisasinya
terutama dalam aspek proses kepimpinan terhadap guru-guru dalam memastikan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

1.12

Penutup

Kesimpulannya, pengetua yang mengamalkan kepimpinan transformasional


adalah memusatkan tumpuan kepada kepentingan keberkesanan pasukan kerja serta
peningkatan keberkesanan sekolah secara komprehensif. Ia juga adalah merupakan
satu proses di mana seseorang pemimpin itu mengambil tindakan-tindakan tertentu
bagi meningkatkan kematangan motivasi dan untuk memandu pengikutnya untuk
melangkaui kepentingan peribadi demi kepentingan organisasi atau sekolah
khususnya. Pengetua sebagai pemimpin transformasional adalah seorang individu
yang proaktif serta tidak hanya menumpukan matlamat organisasi kepada
peningkatan pencapaian sahaja tetapi juga menumpukan usaha dan matlamat ke arah
membangunkan warga organisasi terutama dari segi kebolehan, motivasi, sikap dan
nilai.

Pemimpin transformasional juga mendorong pengikutnya untuk berusaha

dengan bersungguh-sungguh bagi meningkatkan tahap pencapaian selari dengan


peningkatan tahap moral dan etika .