Anda di halaman 1dari 3

FASA-FASA DALAM KAUNSELING

Langkah Pertama: Menyediakan Prasesi


Kaunselor perlu sedar tentang klien yang datang ke sesi kaunseling iaitu sama ada secara sukarela,
dirujuk dan rela dan dirujuk dan tidak rela. Apabila klien datang untuk temu janji, kaunselor perlu
mengumpul maklumat atau mendapatkan profil ringkas dari klien untuk memudahkan kaunselor
membentuk hubungan yang diperolehi terlebih dahulu akan membantu kaunselor dari segi penyediaan
mental.
Langkah Kedua: membina Hubungan ( Melayan, Mendengar dan memahami)

Bagi klien, pandangan pertama atau fisrt impression tentang kaunselor yang akan memberikan
pertolongan kepadanya menentukan sama ada klien akan terus datang berjumpa kaunselor. Persepsi
atau pandangan pertama ini akan mencorakkan hala tuju dan kualiti pertemuaan antara kaunselor dan
klien. Salah satu perkara yang akan dilakukan oleh kaunselor dalam membina hubungan ialah
menstruktur sesi kaunseling. Penstrukturan merupakan asas kepada penyediaan mental dan psikologikal
klien terhadap sesi dan proses kaunseling. Berikut adalah beberapa panduan bagi mewujudkan
hubungan yang baik di antara kaunselor dan klien.

i. Menunjukkan tingkah laku tanpa lisan yang mesra.


ii. Menunjukkan keinginan untuk menolong
iii. Mendengar apa yang diperkatakan
iv. Mendengar dan luahan perasaan yang dinyatakan
v. Mendengar dan memahami perasaan dan erti yang tidak dinyatakan
vi. Mendengar dan memahami perasaan dan erti yang tidak boleh dinyatakan
vii. Tidak cepat membuat tanggapan dan penilaian.
viii. Mendengar dengan telinga, mata dan tubuh badan apa dikatakan melalui perkataan dan ditunjukkan
melalui perkataan dan ditunjukkan melalui tingkah laku klien.
ix. Tidak banyak bercakap, tetapi cuba lebih banyak mendengar dan memahami.
Secara ringkasnya, langkah kedua merupakan satu tahap membina asas yg kukuh utk mewujudkan satu
perkongsian bekerjasama.
(1)Mewujudkan suasana yg menggalakkan interaksi.
(2) Menentukan matlamat awal kaunseling.
(3) Menstruktur hubungan.;kefahaman tentang proses kaunseling; penjelasan peranan klien, kaunselor
dan matlamat.; Aspek kerahsiaan klien.
(4) Membina kepercayaan.

Langkah Ketiga: Meneroka dan Menganalisis Masalah


Bahagian penerokaan ini adalah penting dalam proses kaunseling. Penerokaan perlu dilakukan dengan
teliti. Memang benar, masalah klien perlu diterokai dan dianalisis dengan lebih objektif. Semasa
menoraka masalah klien, kaunselor tidak boleh mengabaikan diri klien kerana klien dan masalahnya
adalah berkait rapat. Sukar bagi kaunselor untuk memahami masalah klien tanpa mengenali siapa klien
itu sebenarnya.
Adalah menjadi tugas kaunselor untuk membantu klien mengenali dirinya. Kekusutan yang dialami oleh
klien banyak berpunca dari kekaburan tentang siapa diri klien itu yang sebenarnya. Penerokaan yang
dilakukan dari segi ke sesi perlu bergerak dari permukaan kepada tahap yang lebih mendalam. Ini kerana
manusia adalah kompleks dan sukar untuk memahaminya dalam jangka masa pendek. Kompleksiti
masalah berkait rapat dengan kompleksiti manusia. Lagi kompleksiti manusia itu, lagi kompleks
masalahnya. Kaunselor perlu sedar bahawa klien memiliki banyak maklumat tentang dirinya. Penerokaan
yang teliti akan memberi peluang kepada kaunselor untuk mengumpul maklumat tentang klien. Kaunselor
akan mengalami kerumitan jika dia tidak mempunyai banyak maklumat tentang klien.
Langkah Keempat: Mengenal Pasti Punca Masalah
Klien perlu mengenal pasti punca masalahnya. Intervensi atau proses intervensi sukar dijalankan
sekiranya klien tidak pasti tentang masalah yang dihadapinya. Adalah sukar bagi kaunselor dan klien
untuk menentukan matlamat kaunseling buat diri klien jika klien kabur tentangpunca masalahnya.
Selepas klien mengenal pasti masalahnya, barulah kaunselor dan klien boleh memfokus kepada
pembentukan matlamat kaunseling untuk klien. Matlamat kaunseling adalah penting untuk menentukan
hala tuju proses kaunseling atau destinasi untuk klien. Klien sering mengalami kekeliruan antara punca
utama masalah dan punca sampingan masalah. Tidak mustahil bagi klien untuk mengandaikan punca
sampingan masalah. Apabila ia berlaku, klien membazir tenaga dengan memfokus kepada perkara yang
remeh-temeh dan bukan kepada perkara utama. Antara perkara utama ialah mengenali diri klien, orang
lain, tetapi melibatkan diri klien dan takdir.
Adalah penting untuk mengambil kira ketiga-tiga faktor di atas sebagai usaha untuk membezakan
apa yang mampu dilakukan dan apa yang tidak mampu dilakukan oleh klien. Apabila masalah berpunca
daripada orang lain, klien perlu sedar tentang tahap kemampuannya untuk mengatasi masalah tersebut.
Apabila masalah berpunca daripada orang lain tetapi melibatkan klien, masalah ini dikatakan terbit
daripada dua orang. Dalam konteks ini, kemampuan klien untuk mengatasi masalah adalah terhad. Klien
hanya mampu melakukan sesuatu dalam lingkungan sesuatu yang di luar bidang kuasanya. Prinsip
penting di sini ialah setiap manusia bertanggungjawab ke atas dirinya. Maka apabila masalah timbul,
kedua-kedua belah pihak perlu bertanggungjawab dalam mengatasi masalah tersebuat. Seandainya
manusia memilih untuk memikul tanggungjwab orang lain, tidak mustahil suatu hari nanti tanggungjawab
tersebut akan menjadi beban.

Pembentukan matlamat kaunseling merupakan perkara yang perlu diberi perhatian selepas
kaunselor dan klien mengenalpasti masalah. Matlamat kaunseling akan menjadi panduan kepada
kaunselor untuk mencari fokus dalam proses kaunselin. Matlamat kaunseling akan membuka
perbincangan antara kaunselor dan klien. Seterusnya, perbincangan ini akan mambantu klien memilih
jalan yang paling sesuai untuk dirinya.

Langkah kelima : Mengambil Tindakan


Pilihan atau alternatif yang telah dipilih perlu disusuli dengan tindakan. Dalam proses kaunseling,
kaunselor perlu menerokai tindakan-tindakan yang bakal diambil oleh klien untuk memastikan klien
benar-benar tahu apa yang akan dilakukan. Kejayaan klien akan dimanifestasikan oelh tindakannya.
Klien belum berjaya jika dia masih berada pada tahap ingin bertindak tetapi masih tidak bertindak.

Langkah Keenam : Menamatkan Sesi


Semua sesi kaunseling perlu ditamatkan. Ia dibuat semasa setiap sesi atau setelah satu permasalahan
dapat diuruskan. Ada beberapaa elemen yang perlu diambil kira semasa membuat keputusan untuk
menamatkan sesi atau proses kaunseling. Kaunselor perlu menilai kemajuan atau perkembangan diri
klien. Di antara kejayaan sesuatu kaunseling ialah apabila klien membuat keputusan dan tanggungjawab
keatas keputusannya. Ini bermakna sekiranya keputusan yang diambil tidak menghasilkan sesuatu yang
positif, klien bertanggungjawab dan mempu mengatasi masalah yang timbul. Lazimnya, klien membawa
beberapa masalah ke sesi kaunseling. Apa yang penting ialah kaunselor memfokuskan kepada masalah
utama yang sering dan senantiasa menganggu klien. Tidak bermakna setiap masalah yang dibawa oleh
klien perlu diterokai. Jika sesi atau proses kaunseling berjaya, klien sudah mampu mengatasi rangkaian
masalah yang lain. Elemen penting ialah klien memeliki kesedaran, ilmu pengetahuan atau
kebijaksanaan dan kemahiran untuk mengatasi masalahnyaTiga perkara yg mesti dicapai:
(1) kemajuan selama menjalankan kaunseling selama ini mesti dirumuskan kepada tiga kesan-kesannya.
(2) Isu-isu yang mesti diselesaikan pada masa ini hendaklah dikemukakan.
(3) Memikirkan cara-cara mengekalkan pertumbuhan klien setelah ditamatkan kaunseling.

Langkah Ketujuh : Susulan


Dalam proses kaunseling, ada sesetengah kes yang , memerlukan khidmat susulan. Lazimnya, ia
melibatkan kes dadah atau pemulihan akhlak di mana kemajuan diri klien perlu dipantau dengan rapi oleh
kaunselor. Apabila klien telah menunjukkan kemajuan diri dan kaunselor berpuas hati dengan kemajuan
tersebut, kedatangan klien untuk khidmat susulan bolehlah dijarakkan. Apabila klien telah menunjukkan
kemajuan diri yang paling baik, kaunselor perlu menamatkan khidmat susulan ini. Ini bermakna klien
mampu berdikari dan tidak membahayakan diri sendiri atau orang lain

Anda mungkin juga menyukai