Anda di halaman 1dari 16

JABATAN PELAJARAN PERAK

PROGRAM KAJIAN TINDAKAN NEGERI PERAK


PERINGKAT SEKOLAH
2008

Meningkatkan Kemahiran Pertuturan Dalam Bahasa Inggeris


Melalui Kaedah Ujian

Oleh
Zarina bt Mohamed Yusoff
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Wan Ahmad Rasdi
34850 Changkat Jering
Perak Darul Ridzuan

27 Jun 2008
Kelolaan
UNIT KURIKULUM
JABATAN PELAJARAN PERAK

SEKALUNG PENGHARGAAN

Assalamualakikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera


Alhamdulillah kerana dengan limpah dan rahmatNya akhirnya dapat juga saya
menyiapkan Program Kajian Tindakan bagi tahun 2008 ini. Tajuk kajian saya ini iaitu
English Golden Dreams Project merupakan penambahbaikkan kepada program
kajian tindakan yang telah dijalankan pada tahun 2002 dahulu. Saya merasakan perlu
untuk menjalankan program yang sama ini memandangkan program ini telah terhenti
begitu sahaja tanpa adanya sebarang program susulan bagi mengantikannya
sedangkan rata-rata pelajar amat lemah dalam aspek pertuturan bahkan amat lemah
dalam subjek ini sendiri. Oleh itu, saya merasakan amat perlu untuk menjalankan
kembali program ini dengan diberi nilai tambah dimana yang perlu dan jumlah pelajar
yang terlibat juga dikurangkan bagi memastikan lebih keberkesanan yang dapat
diperolehi dari program ini.
Saya menggunakan Bahasa Melayu dalam kajian ini memandangkan kajian
sebelum ini juga menggunakan bahasa ini dan saya merasakan jika diberi peluang
membuat pembentangan, saya rasa rata-rata audience yang ada akan lebih faham
tentang apa yang cuba saya sampaikan (audience terdiri dari guru-guru yang pelbagai
opsyen).
Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih yang
tidak terhingga kepada Yang Berusaha Penolong Kanan Pentadbiran iaitu En. Muhamad
Dan b. Mahat kerana telah memberi kepercayaan kepada saya untuk menjalankan
kajian ini. Sesungguhnya, pengalaman dalam menyiapkan kajian ini merupakan
pengalaman yang tidak ternilai harganya. Mungkin masih terdapat kelemahan dalam
kajian ini walaupun telah dilakukan penambahbaikkan, namun diharapkan ianya sedikit
sebanyak dapat membantu saya dalam menjalankan kajian yang berbeza di kemudian
hari.
Akhir sekali, sekalung penghargaan juga ditujukan kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung dan tidak untuk menyempurnakan laporan Kajian ini.
Sekian, WASSALLAM.

MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERTUTUR BAHASA INGGERIS SECARA LISAN


DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 2C
Oleh :
Zarina bt. Mohamed Yusoff
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Wan Ahmad Rasdi
34850 Changkat Jering, Perak Darul Ridzuan

ABSTRAK
Kajian ini dilaksanakan dengan tujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran
bertutur Bahasa Inggeris secara lisan di kalangan pelajar Tingkatan 2C. Seramai 32
orang pelajar akan menjadi peserta dan seramai 21 orang pelajat Tingkatan 4Sc
menjadi penguji. Tinjauan awal telah dilakukan melalui kaedah pemerhatian, temu bual
dan soal selidik latar belakang pelajar.Hasil tinjauan menunjukkan hampir kesemua
pelajar-pelajar kelas ini tidak dapat memberi respon yang baik dalam pertuturan yang
memerlukan penggunaan Bahasa Inggeris. Ini menunjukkan bahawa rata-rata pelajar
sekolah ini menghadapi masalah ini. Ini adalah disebabkan keadaan sosioekonomi serta
latar belakang pelajar yang terdiri dari pelajar kampung yang tidak diberi pendedahan,
sokongan dan bantuan dari segi petuturan sejak dari kecil lagi. Oleh itu, satu
perancangan yang sistematik perlu dilaksanakan bagi mengurangkan masalah ini.
Program yang dijalankan secara berkala ini sekurang-kurangnya dapat menarik minat
pelajar untuk bertutur walaupun pertuturan tersebut telah ditentukan topik atau tematema tertentu yang perlu diikuti. Tajuk-tajuk yang diberi berkait rapat dengan kehidupan
seharian pelajar dan sekurang-kurangnya pelajar dapat memberi respon seumpamanya
apabila perkara yang sama di soal jika mereka telah keluar dari sekolah ataupun
sekurang-kurangnya menolong dalam Ujian Lisan Bahasa Inggeris mereka nanti.
Konklusi daripada tinjauan dan pemantauan yang dibuat menunjukkan satu perubahan
yang positif ke arah memperkembangkan potensi dalam pertuturan Bahasa Inggeris
mereka.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO WAN AHMAD RASDI


34850 CHANGKAT JERING
PERAK
TAJUK : PROGRAM ENGLISH GOLDEN DREAMS 2008
1.

Pendahuluan
Program ini merupakan satu daya usaha berterusan yang dijalankan oleh
Panitia Bahasa Inggeris dan Persatuan Bahasa Inggeris dalam
melahirkan pelajar-pelajar yang boleh bertutur Bahasa Inggeris dengan
menggunakan sebutan dan tatabahasa yang betul apabila berbual.
Program ini merupakan satu program yang diwujudkan semula
berdasarkan satu program yang telah dijalankan pada tahun 2002
dimana program ini dirasakan sesuai memandangkan rata-rata pelajar
sekolah ini mempunyai masalah untuk bertutur secara lisan dengan
rakan-rakan serta guru ( hampir 99.9% pelajar sekolah ini lemah dalam
pertuturan Bahasa Inggeris).
Strategi yang dipilih ialah dengan meningkatkan kemampuan pelajarpelajar bertutur Bahasa Inggeris. Pelajar dirangsang dengan pendekatan
simulasi ( simulation ) dan main peranan ( role play ). Mereka dirangsang
untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris dalam suasana yang sebenar
melalui beberapa siri ujian lisan dalam bentuk temubual dan pengucapan
awam dalam kelas.
Peserta program ini merupakan pelajar-pelajar tingkatan 2C sahaja dan
bukan pelajar-pelajar tingkatan tiga seperti yang dijalankan pada tahun
2002 dahulu. Para penguji yang dipilih pula ialah pelajar-pelajar dari
Tingkatan 4Sains sahaja dan bukan pelajar-pelajar Tingkatan 5 seperti
sebelum ini. Kedua-dua tingkatan ini dipilih memandangkan kelas-kelas
terbabit tidak terlibat dengan peperiksaan awam dan ini membolehkan
projek dijalankan bila-bila masa secara berterusan tanpa mengganggu
pembelajaran pelajar-pelajar itu sendiri. Bilangan pelajar yang
berkurangan (hanya 1 kelas terlibat ) diambil supaya pemantauan yang
lebih kerap dilakukan dan boleh melibatkan semua pelajar dengan lebih
menyeluruh lagi. Jika pelajar yang terlibat terlampau ramai, ianya pasti
sukar diselia dan keberkesanan program ini kurang menyerlah ( diketahui
dari keputusan program terdahulu ).
Pelajar-pelajar dilibatkan sepenuhnya dan guru bertindak hanya sebagai
fasilitator dan melibatkan diri secara minima dalam membuat penilaian
dan tugas-tugas pemantauan.

Keseluruhan program ini mengandungi tiga fasa ujian iaitu Fasa Pertama, Fasa Kedua
dan Fasa Ketiga.Pada Fasa Pertama, pelajar akan diuji dengan cara ditemubual oleh
penguji berkaitan dengan diri, keluarga, tempat-tempat tertentu, suasana di pasar, di
restoran dan sebagainya. Pada Fasa Kedua pula mereka akan ditemubual dengan
panduan soalan bergambar sebagai rangsangan. Akhirnya, pada Fasa Ketiga, pelajar
akan dikehendaki bercakap secara lisan tentang topik-topik tertentu.

2.

Kajian Literatur
Sebahagian besar daripada kalangan pakar berpendapat bahawa
kemahiran lisan ( mendengar dan bertutur ) sebagai asas penting bagi
kemahiran lain seperti menulis dan membaca, ( Abdul Aziz Abdul Talib,
1993 ). Selanjutnya beliau menambah, kemahiran menghasilkan bahasa
yang betul dalam pertuturan sudah tentu akan mempengaruhi kemahiran
menghasilkan bahasa melalui penulisan.
Mengikut Mohd Hilmy ( 1982 ), pertuturan adalah menjadi asas kepada
hampir semua pembelajaran bahasa. Pertuturan mendahului bacaan dan
latihan bertulis. Beliau seterusnya menyatakan, murid-murid sepatutnya
boleh menyusun fikiran dan idea-idea dalam pertuturannya sebelum ia
membuat latihan bertulis, fikiran dan idea-idea dalam pertuturannya
sebelum ia membuat latihan bertulis.
Sementara itu dari segi pengujian lisan pula, Heaton ( 1979 ),
mencadangkan teknik membaca secara kuat, bercerita tentang gambar
bersiri, temu bual dan bercakap tentang sesuatu tajuk yang diberikan.
Heaton seterusnya menambah pengujian kemahiran lisan dianggap
lengkap dan seimbang jika pengujian itu mengandungi bahagian seperti
berikut :
i)
ii)
iii)

Temubual (mengandungi 60% daripada markah penilaian )


Bacaan secara kuat ( 20% )
Bercerita tentang gambar atau gambar bersiri ( 20% )

Merujuk kepada pengujian kemahiran bercakap menggunakan kaedah


berucap menurut topic atau tema Abdul Aziz Abdul Talib ( 1993 ),
menjelaskan bahaw murid-murid akan diberi pilihan beberapa topik yang
sesuai dan menarik. Seorang murid akan memilih satu topic daripada
pilihan yang diberikan dan diberi masa satu atau dua hari bagi
menyediakan ucapan pendeknya berkaitan dengan topik-topik yang
dipilih ( topik-topik dipilih adalah mudah dan sesuai dengan tahap dan
kebolehan pelajar ).
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran bahasa kedua pula
seharusnya agak berbeza sedikit berbanding pendekatan yang diambil
untuk bahasa pengantar. Mengikut Boon, K.Koh ( 1981 ), guru bahasa
kedua seharusnya memotivasikan pelajar dengan mengeksploitasikan
keperluan yangsedia ada dan menimbulkan keperluan baru. Teknik-teknik
pengajaran bahasa kedua patutlah sebanyak mungkin mewujudkan
secara simulasi situasi-situasi sewajarnya dan merangsang penutur asli
menggunakannya atau seperti ditegaskan oleh Mackey
( 1965 ), menghasilkan semula situasi-situasi dalam mana pelajar itu
akan memerlukan bahasa itu. Beliau menjelaskan lagi bahawa seseorang
guru bahasa kedua mestilah cekap memainkan peranannya sebagai
motivator yang dapat menggunakan minat dan keinginan pelajar untuk
belajar bahasa kedua.

Mengikut Mohd. Dahalan Mohd. Ramli (1994), bahawa teknik simulasi


dan main peranan sesuai digunakan untuk meningkatkan lagi
penguasaan bahasa para pelajar, terutamanya dalam kemahiran
mendengar dan bertutur.
Selain kemahiran mendengar dan bertutur simulasi dan main peranan
juga dapat membantu para pelajar meningkatkan lagi kemahiran
membaca dan menulis. Ini ternyata apabila pelajar dikehendaki membuat
rujukan dan mencari serta mencatat maklumat sebagai persediaan
sebelum sesi simulasi dan main peranan itu dijalankan dalam pengajaran
dan pembelajaran bahasa.
3.

Pelan Tindakan
Nama Program

English Golden Dreams Project

Sasaran

Pelajar Tingkatan 2C

Rasional

1.

Peratus Kelulusan PMR bagi


Subjek Bahasa Inggeris masih
rendah dan perlu diperbaiki.

2.

Berusaha untuk meningkatkan


peratus kelulusan Bahasa
Inggeris PMR 47.14% (2007)
kepada 50.0% (2008)

3.

Menyediakan murid untuk


memahirkan diri dengan
Bahasa Inggeris sebagai persediaan
awal untuk pembelajaran sepanjang
hayat.

Matlamat

Menarik minat pelajar terhadap mata


pelajaran ini dengan meningkatkan
kemahiran bertutur dalam Bahasa Inggeris.

Objektif

1. Supaya 60% daripada pelajar tingkatan


2C pada tahun 2008 menguasai asas
berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.
2. Meningkatkan peratus pencapaian
Bahasa Inggeris dalam PMR pada tahun
2009 sekurang-kurangnya 5%.
3. Memberi peluang serta menggalakkan
para pelajar untuk menggunakan Bahasa
Inggeris di luar kelas selain daripada

mempertingkatkan kemahiran pelajar.


bertutur dalam Bahasa Inggeris.
Tarikh dan Tempoh Pelaksanaan :

Mulai Mac 2008 hingga Mei 2008

Kekerapan Projek

Sepanjang bulan Mac hingga April

Pelajar Terlibat

32 orang pelajar Tingkatan 2C ( peserta )


21 orang pelajar Tingkatan 4 Sc ( penguji )

Kos Pelaksanaan :
1.

Kertas A4 3 rim x RM 15.00

= RM 45.00

2.

Dakwat

= RM100.00

3.

Manila Kad 30 keping x RM 0.80

= RM 24.00

4..

Gam 3 botol x RM 5

= RM 15.00

5.

Mounting Board 1 keping x RM 21.00

= RM 21.00

6.

Kertas Warna tebal 20 keping x RM 0.50

= RM 01.00

7.

Lain-lain

= RM 80.00
___________
RM286.00
___________

Jawatankuasa
Pengerusi

En. Mustapa bin Embin, AMP

Naib pengerusi

En. Muhamad Dan bin Mahat

Pengarah Projek

Puan Rohaya bt Hanifa

Fasilitator

Cik Marzlina bt Mahmood

Setiausaha

Puan Zarina bt Mohamed Yusoff

Ahli jawatankuasa Pelaksana :


1. Pemilihan penguji dan peserta, latihan untuk penguji serta sijil penghargaan
( Puan Zarina bt. Mohamed Yusoff )
2. Penggubalan item soalan, kad penguji dan lencana penguji
( Pn. Haliza bt. Ahmad )
3. Skema Pemarkahan dan Penganalisaan
( En. Mohamad Basri b. Hamzah )
4. Pemantauan dan Penilaian
( Cik Marzlina bt Mahmood )
5. Pengiklanan dan Promosi
( En. Karunamurthy dan En. Gunabalan )
6. AJK Pelajar
( En. Khaw Cheng Aun dan Ahli Persatuan Bahasa Inggeris )
4.

Perancangan dan Proses Pelaksanaan

Tanggungjawab
dan tindakan

Proses
Pelaksanaan

Tempoh
proses

Pengetua

Mesyuarat
perancangan
Pemilihan peserta
Tinjauan/Pra Ujian
Taklimat
untuk
peserta
Taklimat
untuk
penguji
Pemilihan penguji

1 hari

Penolong kanan

2 hari
1 hari
1 hari

Fasilitator

AJK
Setiausaha
Fasilitator
Fasilitator
AJK

1 hari
2 hari

setiap Pelan Kontigensi

AJK

AJK
Fasilitator
Pengerusi
Pengerusi
Pengerusi
AJK
AJK
AJK
Setiausaha
Setiausaha
Setiausaha

5.
Bilangan
1.

2.

3.

6.

dan kad penguji


Pembinaan
item
soalan ujian, kad
ujian dan
skima
pemarkahan.
Menyediakan
peraturan ujian
Latihan
untuk
penguji
Pelaksanaan ujian
fasa awal
Pelaksanaan ujian
fasa pertengahan
Pelaksanaan ujian
fasa akhir
Penganalisisan
markah keseluruhan
fasa
Pemantauan
dan
kawalan
Penyediaan sijil
Penilaian Projek

5 hari

1 hari
1 hari
10 hari
10 hari
10 hari
6 hari
5 hari
2 hari
3 hari

Fasilitator

Tindakan susulan
3 hari
Tinjauan
pasca 2 hari
ujian
Penilaian Projek
Indikator
Penilaian
Hasil tinjauan kemampuan bertutur Peratus pelajar tingkatan 2 yang
Bahasa Inggeris selepas program
boleh bertutur Bahasa Inggeris
bertambah.
(
Meningkat
sebanyak 5% )
Amalan bertutur Bahasa Inggeris di Penggunaan Bahasa Inggeris
sekolah.
dalam pertuturan oleh pelajar
tingkatan
2
meningkat.
Peningkatan
dicerap
melalui
pemerhatian.
Markah
ujian/peperiksaan
Bahasa Adanya peningkatan dari segi
Inggeris tingkatan dua.
kualiti dan kuantiti.

Refleksi Kajian

~
Guru perlu perihatin dengan masalah pertuturan secara lisan pelajar
dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan pelajar
perlulah dikenal pasti.

~
Guru perlu mencari kaedah dan alternatif baru apabila mendapati
kaedah pengajaran lama mereka kurang efektif.
~
Pencapaian setiap pelajar boleh ditingkatkan apabila masalah
sebenar dapat dikenalpasti dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
~
Tahap pencapaian pelajar banyak
pengajaran yang dilaksanakan oleh guru.

dpengaruhi

oleh

kaedah

~
Kegagalan meningkatkan penguasaan kemahiran pertuturan
menggambarkan program tindakan guru kurang berkesan dan program lain
mungkin lebih sesuai.
~
Guru menjadi kurang fokus kepada sesuatu program tindakan
kerana guru-guru terlibat dengan berbagai aktiviti-aktiviti lain yang
memerlukan perhatian dan komitment sehingga fokus utama mengajar
menjadi perkara kedua kepadanya. Tugas-tugas perkeranian dan jawatanjawatan lain yang dipegang menyebabkan sesuatu program itu gagal
mencapai matlamatnya.
~
Jumlah pelajar yang ramai di dalam sesebuah kelas menyebabkan
tumpuan guru tidak dapat diberikan sepenuhnya kepada setiap pelajar.
7. Cadangan Tindakan Seterusnya
Kajian Tindakan telah menghasilkan dapatan yang boleh membantu
proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih efektif.
Kemahiran pertuturan pelajar dalam kelas kajian telah dapat
ditingkatkan walaupun peratusannya kecil dan memerlukan
komitment yang tinggi dari semua guru Bahasa Inggeris jika ingin
melihat peratusan yang lebih besar diperolehi.
8. PENUTUP
Secara total, program yang dirancang tidak akan berjaya tanpa
kerjasama dan komitment yang padu di kalangan warga sekolah.
Oleh itu, pelajar yang lemah perlu dibantu. Pengabaian terhadap
kumpulan ini akan menimbulkan pelbagai masalah disiplin. Menurut
Prof. Atan Long tidak seorang pun yang tidak dapat menerima
pelajaran walaupun mereka dalam kategori yang amat lemah.
PEMBELAJARAN TIDAK DIPEROLEHI SECARA KEBETULAN. IA
HARUS DICARI DENGAN MINAT YANG MENDALAM DAN HADAPI
DENGAN LEBIH TEKUN DAN GIGIH.

10

SMART TEST OF LANGUAGE PROFICIENCY (SMARTEST)


QUESTIONS FOR ELEMENTARY LEVEL 2008
FORM 2
1. (a) Where can you go to get books? Name two places.
(b) What kind of books do you like to read?
(c) What kind of books can you get from your school library ?
2. (a) Give two reasons why it is good to go to the library
(b) Name two advantages of staying in a school hostel.
(c) Give two advantages of taking part in extra curricula activities.
3. (a) Suggest two ways to beautify your school.
(b) Give two reasons why we must keep our school clean.
(c) Suggest two ways to attract more tourists to Malaysia.
4. (a)
(b)
(c)

Name two things you would do for others if you were rich.
What qualities do you look for in a friend? Give two qualities.
Why do we need friends in school? Give two reasons.

5. (a) Name two advantages of studying in a co-ed school?


(b) Should examination be abolished? Give a reason.
(c) Why do you think school rules are important? Give two reasons.
6. (a) What is your favourite TV programme? Why?
(b) What type of movies do you like best? Why?
(c) What type of music do you enjoy? Why?
7. (a) Do you think reading English newspaper is important? Give two
Reasons.
(b) Why do you think learning English is important? Give two reasons.
(c) Suggest two ways in which you can improve your English.
8. (a) Who is your best friend? Why?
(b) Who is your favourite teacher? Why?
(c ) Which subject do you like best? Why?
9. (a) Should boys learn to cook? Why?
(b) Do you like travelling? Why?
(c) What is your favourite fast food? Why?
10.(a) Should drivers use mobile phones while driving? Why?
(b) Give two reasons why road accidents happen.
(c) Suggest two ways to reduce road accidents.

11

SMART TEST OF ENGLISH LANGUAGE PROFICIENCY 2008


QUESTIONS FOR INTERMEDIATE LEVEL
FORM 2
Stimulus A ( A Busy Street )
1.
What does the picture show?
2.
Where do you often see such s scene?
3.
Suggest two ways to cross a busy street safely.
Stimulus B ( poster )
1.
What is the poster about?
2.
Who organized the event?
3.
Why do you think this event is organised?
Stimulus C ( Eating Out )
1.
Where can you see such scene?
2.
Name two activities carried out by the people in the picture.
3.
Why do you think most restaurant provide non smoking section for their
customers?
Stimulus D ( At the Zoo )
1.
What does the picture show?
2.
Name two types of carnivorous animals you can see at the zoo.
3.
Do you think these carnivorous animals should be kept in cages? Why?
Stimulus E ( A Brave Deed )
1.
What is happening in the picture?
2.
How do you describe a person who tries to save others in such a
situation?
3.
Name a person whom you think is brave and give the reason why you
think so.
Stimulus F ( In a Grocery Shop )
1.
Where can you see such a scene?
2.
Name two items you can get in this place.
3.
Where do you prefer to shop, in a supermarket or in a grocery shop?
Why?
Stimulus G ( A Fruit Stall )
1.
Who do you think this man is?
2.
Name two types of local fruits you can find at a fruit stall.

12

3.

Give two reasons why it is good to eat local fruits.

Stimulus H ( Making a Telephone Call )


1.
What is this lady doing?
2.
Where do you often find telephone booths?
3.
Describe how you can make a local call.
Stimulus I ( At the Beach )
1.
Where can you see such scene?
2.
Name two activities carried out by the people in the picture.
3.
Where do you prefer to have your picture at the beach or at the waterfall?
Why?
Stimulus J ( Giving directions )
1.
Where is Hotel Ambassador?
2.
Name two buildings you can see along Farquhar Street.
3.
Describe how you can get to the museum from X.

13

TAJUK PUBLIC SPEAKING ( FASA TIGA )

1.

MY HOBBY

2.

MY FAMILY

3.

MY FAVOURITE SPORTS

4.

MY BEST FRIEND

5.

A PERSON I ADMIRE

6.

MY FAVOURITE MOVIE

7.

MY NEIGHBOUR

8.

BEING A YOUNGSTER

9.

A CONCERT

10.

A HAPPY OCCASION

11.

WHAT I LIKE TO IMPROVE IN MY VILLAGE TOWN

12.

MY FAVOURITE SUBJECT

13.

WHAT I WOULD DO IF I WON A MILLION RINGGIT MALAYSIA

14

SENARAI NAMA PELAJAR TERLIBAT DALAM ENGLISH GOLDEN DREAMS


PROJECT
PESERTA
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.
21.
22.
23.
24.
25.
26.
27.
28.
29.
30.
31.
32.

(TINGKATAN 2C)

Muhammad Ilyas b. Rizuwan


Mohd Syafiq Solihin b. Mohd. Dahlan
Muhamad Akmal izzulfian b Arifin
Muhamad Hafizi b Yahya
Zamir Asyraf b Subki
Mahyuddin b Othman
Mohammad Fikri b. Razali
Mohammad Ridzuan b Zainal Abidin
Rohimi b. Razali
Muhd Asraf b. Muhd Sharipuddin
Muhd Amirul Azryn b. Halid
Muhamad izzul Haidhar b Mohammad Yunus
Mohamad Syaiful Nizam b Mohd Hasan
Muhammad Zulhusni b Sulaiman
Mat Sahibi bin Abu Kassim
Muhammad Hasrul b. Wahi
Muhammad Razali b. Abdul Wahab
Muhamad Ibrahim b Mat Ariffin
Ibnu Mustaqim b Mohd Rawi
Muhd Fadzillah b. Abd Latib
Muhd Khairi b. Abdul Rahman
Muhammad Omar b Samsudin
Nurul Wahdah bt Ahmad
Nabilah bt. Moktar
Nor Amira bt Abd Halim
Siti Norzizana bt. Abd Halim
Nur Liyana bt Malek
Mohd Nadzir b Nadzri
Mohd. Faris b. Kamarodin
Mohd. Nazzuan b. Mohamad Zamri
Hafizuddin b Khairul Anuar
Mohd. Amirul b Sajalee

15

PENGUJI (TINGKATAN 4SC)


1. Iffah Izzana bt Wahyad
2. Junainah Nur bt Abd Halim
3. Mohamad Hanis b. Mohd Rahim
4. Massitah bt Ahmad
5. Mohamad Amir Ahmad Khairi
6. Mohamad Nazrul Hafiz b Ismail
7. Mohamad Saiful Azri b Mohd
8. Mohamad Zuhairi b. Mohd Yu
9. Muhammad Hazizi b Abdul Halim
10. Muhammad Sufi b. Saharudin
11. Mumtaju Begam b Ibunu Suhood
12. Norlela bt Saari
13. Nur liyana bt Zainal
14. Nur Rahsyma bt Yunan
15. Nurul Aishah bt Ahmad
16. Nurul Amanina bt Ali Budin
17. Sakinah bt Abdul Kadir
18. Saufi b. Sukardi
19. Suzila bt Desa
20. Zafirah bt Elias
21. Muhamad Azrin b. Sajahan

16

Anda mungkin juga menyukai