Anda di halaman 1dari 3

ISU DAN CABARAN SEBAGAI GURU

PENDIDIKAN KHAS
Setelah buku 'KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS'(KDPPK)
mula tersebar kepada golongan pengkaji, pengamal dan pelaksana yang terbabit
dengan anak-anak khas ini, sebahagiannya mula merujuk saya melalui FB.
Alhamduilah pandangan yang diberikan banyak meniup bara semangat untuk terus
menulis siri 2 (KDPPK). Antara yang memberikan maklum balas; Hriah, Maisarah,
Cik Suri (maaf sekadar menyebut 3 nama yg dapat diingati) dan semuanya melalui
jaringan FB. Alhamdulilah, buku itu dikatakan dapat membantu memperkemas dan
melicinkan sistem pengurusan sesebuah sekolah. Segala puji bagi Allah dan
RasulNYA.

Agak mengejutkan di sesetengah sekolah infrastruktur Pendidikan Khas jauh


ketinggalan. Bukan sahaja di Sabah dan Sarawak malahan ada juga sekolahsekolah di Semenanjung Malaysia. Walaupun kita bakal menyambut angka
kemerdekaan ke 53 tahun Ogos nanti. Secara logiknya dengan keadaan sekarang
masalah infrastruktur sepatutnya sudah tidak wujud. Sedih dan terkilan menikam
dada. Membayangkan wajah-wajah ahli syurga yang bersama saya kerana tidak
dapat membayangkan murid-murid yang dididik oleh rakan-rakan sealiran di sekolah
lain. Saya tidak ingin mengulas panjang kerana tentunya ada pihak yang boleh
menjawab dan membuat penambahbaikan terhadap perkara ini.

Masalah lain yang dirujuk merupakan masalah lazim di mana konflik dengan
pentadbir berkaitan pengurusan kewangan untuk membuat program bersama anakanak ini. Sedih juga merajai jiwa apabila ada pihak pentadbir sekolah yang begitu
berkira berkaitan duit LPBT dan lain-lain peruntukan untuk anak-anak ini. Saya tidak
menyalahkan mana-mana pihak. Sukar untuk membuat satu pandangan yang tepat
kerana seperti yang dijelaskan dalam bab 4 buku KDPPK bahawa seseorang
Penyelaras Pendidikan Khas harus bijaksana dalam menjaga hubungan dengan
pentadbir sekolah. Tipsnya mudah, buktikan program berjaya dilaksanakan dengan
cemerlang. Permohonan kewangan yang membabitkan angka yang agak kasar
harus disertai dengan kertas kerja (bab kertas kerja juga telah saya sediakan dalam
buku KDPKK).
Begitu juga hal berkaitan terpaksa terbabit dengan aktiviti murid-murid aliran
perdana. Ini juga sesuatu yang tidak dapat dielakkan kerana guru-guru masih perlu
menyumbang dalam aspek kokurikulum seperti permainan, kelab, rumah sukan dan
lain-lain yang berkaitan. Juga ada saya sebutkan dalam buku ini bahawa
pengalaman bersama murid-murid aliran perdana boleh diaplikasikan kepada muridmurid khas mengikut kesesuaian. Tidak ada mana-mana pekeliling yang
menyatakan guru Pendidikan Khas tidak boleh terlibat dengan murid-murid aliran
perdana. Yang jelas tidak boleh masuk mengajar aliran perdana.
Hal lain yang turut menjadi persoalan; persepsi negatif guru-guru aliran perdana
terhadap guru-guru Pendidikan Khas. Kenyataan yang tidak selesa untuk didengar
ialah kerja mudah elaun besar!. Persepsi begini timbul barangkali kelesuan program
di sesebuah sekolah. Penyelaras dan anak-anak buahnya harus cekap dan buktikan
dengan kejayaan murid-murid seperti contohnya kelas-kelas yang membabitkan
kemahiran seperti pertanian, masakan, pertukangan dan lain-lain. Buat satu produk
sehingga boleh dipasarkan dan dapat dijamin kualitinya. Jika segalanya telah
dibuktikan dengan sempurna masih juga ada tanggapan negatif, pelawa guru-guru
aliran perdana untuk mengajar atau paling tidak sebagai guru ganti jika ada guru
Pendidikan Khas yang terpaksa cuti.
Rakan-rakan sekalian berbaktilah kepada anak-anak khas ini selagi ada hayat
dengan sebaik mungkin. Saya memohon maaf kepada sebahagian rakan-rakan
yang persoalannya tidak dapat dijawab dengan baik atau jawapan saya tidak

menepati kehendak rakan-rakan. Saya hanya berkongsi pengalaman dan cuba


memberikan 'sesuatu' yang saya rasa bermanafaat. Kepada semua pembeli yang
masih belum menerima buku ini (tempahan di FB), saya mohon maaf dan saya akan
cuba poskan secepat mungkin. Ingatlah kita semua belum tentu ke syurga tapi
sekurang-kurangnya kita telah bersama 'ahli-ahli syurga di atas dunia'..

Anda mungkin juga menyukai