Anda di halaman 1dari 5

3.

PERANAN GURU PRASEKOLAH BERKUALITI DALAM MELAHIRKAN


PRASEKOLAH CEMERLANG
Menjadi guru biasa kini tidaklah semudah yang disangka. Cabaran tugas dan
tanggungjawab yang diletakkan di bahu guru-guru kini ternyata amat berat. Pendidikan
yang menjadi teras pembentukan mana-mana generasi turut terpanggil dan terheret
untuk menangani cabaran era globalisasi. Acuan pendidikan yang tepat dan
bersesuaian amat penting bagi menentukan hala tuju pembinaan tamadun manusia dan
negara di Malaysia khususnya umat Islam.
Menurut Kamus Dewan global bermaksud dunia seluruhnya. Manakala , globalisasi
membawa maksud menjadi atau menuju ke arah kesejagatan. Ayat yang sering kita
dengar kini adalah dunia tanpa sempadan. Fenomena globalisasi ini berlaku di seluruh
dunia dan memberi kesan kepada semua negara dalam pelbagai aspek kehidupan
manusia sama ada ekonomi, politik, budaya dan pendidikan.
Proses globalisasi dianggap sebagai sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan sesiapa
yang tidak turut serta akan ketinggalan. Proses globalisasi ini berlaku dalam tiga bentuk
utama iaitu teknologi, ekonomi dan ideologi. Ketiga-tiga bentuk ini saling berkaitan
antara satu sama lain dan mempunyai hubungan secara langsung dengan dunia
pendidikanCabaran globalisasi dan liberalisasi menuntut perubahan dinamik dalam
sistem pendidikan bagi melahirkan warganegara glokal yang bertindak bijak
menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi mengikut acuan local atau tempatan.
Falsafah Pendidikan Negara telah menggariskan bahawa pendidikan di Malaysia adalah
suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada tuhan. Usaha ini adalah usaha untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara

Namun perlaksanaan terhadap konsep kesepaduan dalam pendidikan ini masih kabur
dalam usaha mencapai matlamat melahirkan individu yang seimbang. Ini dapat dilihat
pada arus pembangunan dan teknologi yang berlaku tidak seiring dengan objektif
Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang menuntut tindakan yang bersepadu dalam
kehidupan masyarakat dan pembangunan nasional. Cita-cita materialistik dan duniawi
yang menghantui pemikiran masyarakat menyebabkan perlaksanaan FPN dalam sistem
pendidikan tidak terlaksana dengan berkesan bahkan nilai-nilai murni dan didikan
agama dan moral sebenarnya tidak dianggap suatu yang utama. Penghayatan terhadap
nilai-nilai agama dan moral hanya suatu teori yang tertulis sahaja. Proses pengajaran
dan pembelajaran tertumpu kepada proses kognitif yang dikira penting untuk
menghadapi peperiksaan dan bernilai komersil untuk masa depan pelajar.
Untuk menanggani cabaran-cabaran yang dihadapi tersebut, seseorang guru itu
perlulah mempunyai ciri dan kualiti yang profesional sesuai dengan peroses globalisasi
ini. Cabaran guru untuk merealisasikan Misi Kementerian Pendidikan, khasnya
meningkatkan kualiti sekolah ialah guru haruslah sentiasa berusaha meningkatkan taraf
professional melalui latihan dalam perkhidmatan, perlaksanaan penyelidikan tindakan
secara kolaborasi, membuat refleksi kendiri, memupuk budaya ilmu, menambah ilmu
dan kemahiran melalui e-pembelajaran dan mengaplikasikan pengetahuan dan
kemahiran yang terkini untuk merancang serta melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dengan berkesan.
Guru prasekolah berkualiti perlu bertindak sebagai penyebar ilmu. Menurut Ragbir Kaur
(2007), fungsi guru ialah mendidik murid dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan
kemahiran daripada pelbagai disiplin dalam kurikulum sekolah. Para guru haruslah
memiliki sifat-sifat amanah, dedikasi, komited pada tugas, ikhlas, sanggup berkorban
masa dan tenaga dan mempunyai sikap membantu dan menyampaikan seberapa
banyak ilmu kepada murid-muridnya. Penekanan di sini ialah mengenai sikap dan
penampilan guru itu sendiri terhadap konsep ilmu. Guru harus mendalami ilmu sebanyak
mungkin supaya dapat menyebarkan ilmu kepada para pelajar bagi melahirkan insan
dan warganegara yang berilmu. Dalam era transformasi pendidikan guru hendaklah
menghasilkan

pelajar

yang

mampu

berfikir

secara

kreatif

dan

kritis

serta

memperkembangkan potensi pelajar dalam semua aspek JERIES (Jasmani, Emosi,


Rohani, Intelek dan Sosial) bagi mencapai pendidikan bertaraf antarabangsa.

Dari segi pengajaran yang efektif dalam sekolah berkualiti pula, bergantung kepada
perlakuan mengajar guru dalam proses perancangan, pelaksanaan dan penilaian.
Keberkesanan pengajaran boleh berlaku apabila guru telah merancang sesuatu
program mengajar mengikut prinsip mengajar.pengajaran efektif mempunyai objektif
pelajaran eksplisit yang ditentukan berdasarkan sukatan pelajaran serta kebolehan
murid-murid. Selain itu melaksankannya dengan cekap dan berjaya menggunakan
teknik mengajar yang sesuai. Strategi dan kaedah mengajar yang digunakan adalah
sesuai dan cerdas diberikan aktiviti pengayaan, manakala murid-murid yang lambat
dibimbing dengan aktiviti pemulihan. Keberkesanan pengajaran ini dapat dilihat apabila
guru menggunakan teknik penilaian terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah. Clarke dan Cutler (1990) menyatakan keberkesanan pengajaran
bergantung kepada perancangan, pelaksanaan, penilaian terhadap proses dan objektif
pembelajaran. Oleh itu, mengenalpasti objektif pengajaran merupakan salah satu ciri
kualiti pengajaran yang diperlukan dalam perancangan. Cohn et al, (1987) selanjutnya
menyokong pendapat ini dengan menyatakan guru harus membuat refleksi kendiri untuk
menilai objektif pengajarannya setelah selesai melaksanakan pengajaran. Oleh itu guru
harus mempunyai kemahiran dalam memilih strategi pdp yang sesuai kerana ia
merupakan suatu rancangan untuk melaksanakan aktiviti pdp juga mahir dalam
penggunaan kaedah dan teknik mengajar untuk menyampaikan isi pelajaran dengan
cara yang berkesan, kerana pemilihan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai akan
menjamin keberkesanan pengajaran serta pencapaian objektifnya secara optimum.
Pelaksanaan pengajaran menurut Mok Soon Sang (2002), mengatakan peranan guru
dalam pelaksanaan dan kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran meliputi tugastugas seperti menganalisis objektif dan isi kandungannya, menentukan keperluan
pelaksanaan seperti melengkapkan diri dengan kemahiran mengajar dan penyediaan
bahan-bahan pelajaran, merancang dan melaksanakan pengajaran, membuat penilaian
untuk mengenalpasti kelemahan dengan tujuan meningkatkan keberkesanan dalam
pelaksanaan
mengajar.

pengajaran

dengan

membuat

pengubahsuaian

dalam

rancangan

Seorang guru berkualiti juga perlu mempertingkatkan Profesionalisme. Guru harus sedar
tentang tugas dan amanah yang dipikul untuk mendidik generasi yang akan mencapai
wawasan negara. Kemahiran dan pengetahuan dalam aspek pendidikan perlu
dikemaskini. Berusaha mengaplikasi kaedah- kaedah pengajaran dan pendidikan terkini.
Guru perlu menyambut baik dengan mengikuti kursus-kursus pendidikan yang
dianjurkan oleh pihak-pihak berwajib agar dapat mempertingkatkan keupayaan,
ketahanan dan prestasi bagi mendepani cabaran yang semakin kompleks ini. Dengan ini
suatu anjakan paradigma dapat dilakukan oleh para pendidik.
Perkara yang paling penting bagi guru zaman globalsasi ini ialah meningkatkan
kemahiran Dalam Penggunaan ICT. Bidang perguruan sentiasa berkembang dan
berubah sejajar dengan perubahan zaman. Perkembangan global dengan teknologi
telekomunikasi dan internet menuntut banyak cabaran kepada pendidik untuk mencapai
Misi Nasional. Para guru mesti bersikap proaktif dan terangsang dengan perkembangan
teknologi yang semakin canggih ini. Ilmu ICT mesti terlebih dahulu dapat dikuasai oleh
para

pendidik

sebagai

melengkapkan

diri

dengan

kemahiran

terkini

bagi

menyempurnakan penubuhan sekolah bestari yang berteraskan penggunaan komputer


sebagai satu bentuk kurikulum wawasan negara Malaysia untuk menjadikan negara
maju menjelang 2020. Guru juga harus memperlengkapkan diri secara global kerana
dalam era teknologi maklumat masa kini masyarakat terpaksa berdepan dengan
pelbagai peralatan elektronik dalam kehidupan harian sebagai cara hidup moden.
Pembestarian sekolah seperti projek Sekolah Bestari dan SchoolNet, hendaklah
dihargai oleh guru dengan menggunakan segala kemudahan semaksima mungkin.
Selain itu juga seorang guru perlulah berpengetahuan, berdaya Fikir dan berakhlak.
Guru yang berpengetahuan perlu serba tahu dengan menambah pembacaan untuk
peningkatan ilmu serta dapat membawa isu-isu semasa untuk dibincang dan mencari
penyelesaian. Isu-isu semasa berkaitan dengan kekeluargaan dan komuniti, ekonomi
dan sebagainya. Guru yang berpengetahuan dapat melahirkan generasi anak didik yang
cemerlang di kemudian hari. Dalam perubahan sistem pendidikan yang semakin
mencabar ini, profesion perguruan perlu menyediakan diri dengan amalan nilai murni
dan akhlak yang terpuji. Dalam kurikulum pendidikan ditegaskan nilai-nilai murni yang
perlu diserapkan kepada pelajar dalam pengajaran. Penerapan nilai murni ini penting
untuk menyediakan para pelajar menjadi warga yang berguna kepada bangsa dan
negara.

Di samping itu, guru juga mestilah berupaya membuat keputusan,menyelesai masalah


serta berfikiran kritis dan kreatif. Para pendidik juga mesti sedar bahawa profesion
mereka bukan sahaja mengajar tetapi terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang,
pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya.
Tanggungjawab merupakan suatu perkara yang amat penting untuk membimbing pelajar
bagi mencapai kemajuan dan wawasan, para guru perlu melaksanakan tanggungjawab
terhadap terhadap pelajar seperti mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar,
bersikap adil, memupuk nilai murni. Tanggungjawab terhadap ibu bapa juga penting
seperti seperti mewujudkan hubungan mesra, menghormati mereka, tidak dipengaruhi
oleh kedudukan sosial dan ekonomi mereka dan memberi maklumat kepada mereka
untuk kepentingan anak-anak mereka. Seterusnya tanggungjawab terhadap masyarakat
dan negara seperti mengelak dari menyebar perkara negatif, menghormati masyarakat
setempat

serta

menggalakkan

kerjasama

dan

persefahaman.

Dan

akhirnya

tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion seperti mengelak dari membuat
kenyataan negatif, tidak melibat diri dalam kegiatan yang menjejaskan kepercayaan
masyarakat serta membantu rakan sejawat.
Kesimpulannya, peranan guru sangat penting dalam membentuk modal insan
cemerlang. Oleh itu, reformasi pendidikan memainkan peranan yang penting untuk
melahirkan Wawasan 2020 supaya menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dan
kecemerlangan pendidikan dalam erti kata yang sebenar.

Anda mungkin juga menyukai