Refleksi

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 5

Tugasan B : Tugasan Individu.

1. Tuliskan satu esei 600 800 patah perkataan bagi tajuk yang berikut.
Bincangkan sejauh mana anda telah memainkan peranan sebagai
seorang guru matematik di sekolah anda.

Matematik menjadi suatu ilmu pengetahuan yang mengajar manusia berfikir


secara logik mengikut bilangan dan jenisnya terhadap sesuatu masalah, sama ada
konkrit atau abstrak. Selain itu matematik memainkan peranan yang sangat penting
dalam kehidupan dan aktiviti seharian kita. Seperti membeli barang makanan di kantin
sekolah, membeli alat tulis di koperasi sekolah dan sebagainya, kesemua aktiviti itu
melibatkan kemahiran asas matemetik. Manakala guru boleh diertikan sebagai orang
yang menyebar ilmu pengetahuan di desebuah institusi pendidikan peringkat rendah,
menegah dan tinggi. Justeru itu, sebagai seorang guru matematik kita memainkan
peranan yang penting dalam menyampaikan dan memastikan ilmu matematik yang
hendak disampai kepada murid.
Pertama, sebelum bermulanya sesi persekolahan, seorang guru hendaklah
terlebih dahulu merancang apakah aktiviti yang hendak dijalankan untuk sepanjang
tahun, menyediakan rancangan pengajaran tahunan dan memilih buku-buku kerja yang
bersesuaian.

Hal ini akan memudahkan kita menjalankan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran pada hari persekolahan. Selain daripada itu, saya juga akan memastikan
murid-murid saya mempunyai alat persekolahan yang mencukupi seperti pensil, buku
dan sebagainya untuk memudahkan murid mengikut sesi pembelajaran seperti dapat
menyalin nota dan latihan yang diberikan.
Selain daripada itu saya juga telah merancang dan melaksanakan satu aktiviti
pembacaan sifir secara beramai-ramai. Ia diadakan sebelum kelas bermula dan di
awasi oleh guru matematik. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memastikan
murid dapat menguasai fakta sifir dan darab dengan baik.

Untuk memastikan

keberkesanan program ini, setiap waktu rehat saya akan memanggil beberapa orang
murid untuk membaca sifir.

Selain daripada itu, sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran matematik


bermula, saya akan memanggil beberapa orang murid tampil di hadapan kelas untuk
menyelesaikan soalan yang melibatkan operasi matematik. Murid yang dapat
menyelesaikannya akan diberi ganjaran seperti tepukan tangan dan yang tidak dapat
menyelesaikannya akan dibimbing untuk mencari jawapan.

Semasa mengajar pula

saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk menyampaikan tajuk yang hendak
diajar supaya murid memahami tajuk yang diajar. Kaedah yang telah saya gunakan
adalah kaedah pembelajaran yang berpusatkan guru kepada kaedah pembelajaran
berpusatkan pelajar seperti dengan menggunakan pendekatan secara kumpulan.
Pendekatan ini mempunyai kelebihan kerana mereka berpeluang berinteraksi antara
satu sama lain dan boleh belajar melalui pengalaman sendiri. Dengan adanya kaedah
ini murid mudah untuk memahami apa yang diajar.
Selain daripada itu saya juga mengajar dengan menggunakan bahan yang
konkrit dan maujud. seperti mengajar tajuk masa dan waktu iaitu saya akan
menggunakan jam dinding yang betul , tajuk ukuran panjang saya akan mengajar
menggunakan pembaris dan pita ukur dan sebagai. Jika kita menggunakan benda
yang konkrit atau wujud, murid akan lebih mudah untuk memahami dan menguasai
tajuk pelajaran. selain daripada kaedah kumpulan dan pengajaran yang melibat benda
konkrit, saya juga menggunakan kaedah lakonan dan simulasi. Kaedah ini bersesuaian
dengan tajuk wang. Untuk mengajar tajuk wang, saya akan membawa murid ke kantin
atau koperasi sekolah untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
melibatkan kaedah lakonan dan simulasi.

Selain daripada itu, saya akan memastikan kemahiran atau topik yang akan
diajar berdasarkan pengalaman sedia ada murid. Sebagai contohnya, topik dan
kemahiran yang berkaitan dengan timbangan berat. Saya akan memberikan beberapa
contoh yang sering dilakukan oleh murid itu sendiri. Dengan kaedah dan cara inilah
yang dapat memastikan setiap murid saya memahami bagaimana menyelesaikan
soalan yang berbentuk penyelesaian masalah.

Bukan itu sahaja, saya juga

memastikan agar murid saya dapat menukar unit dari kilogram

ke gram

dan

sebaliknya hanya melalui pengaplikasian pengalaman sedia ada mereka dalam


kehidupan seharian di dalam topik dan kemahiran yang saya ajari.
Saya juga sentiasa memastikan perkembangan kognitif, psikomotor, emosi dan
sosial seimbang semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan didalam kelas.
Seandainya perkembangan kognitif dan psikomotor murid berjalan seiring, maka ia
akan memudahkan

proses pembelajaran berjalan. Dengan ini, untuk memainkan

peranan sebagai seorang guru matematik yang berkesan, sesorang guru hendaklah
menggunakan semua kaedah pembelajaran yang telah diperkenalkan didalam kelas
supaya murid dapat memahami dan menguasai kemahiran matematik.
Untuk latihan murid pula, saya juga telah menyediakan soalan

dan latihan

mengikut aras dan kebolehan murid. Untuk murid yang arasnya tinggi saya akan
memberi mereka soalan yang beraras tinggi dan murid yang aras sederhana akan
diberi mengikut kebolehan mereka dan saya akan membimbing mereka untuk
menyelesaikan soalan dan latihan yang diberikan. Ini bertujuan untuk menguji sejauh
mana kefahaman dan penguasaan murid terhadap proses pengajaran yang telah saya
jalankan di dalam kelas. Selain daripada mengikut aras dan kebolehan murid, saya
juga telah menyediakan latihan dan tugasan yang menggunakan intelektual dan
pemikiran yang mendalam dalam menjawab sesuatu soalan berbentuk masalah,
terutamanya yang berkaitan dengan kehidupan seharian mereka.

Kebiasaannya,

soalan berbentuk ini saya berikan kepada murid yang telah menguasai dan mahir
dalam sesuatu topik atau kemahiran. Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan
soalan berbentuk ini juga saya gunakan

untuk mengajar murid daripada kumpulan

sederhana dan kumpulan lemah.


Sebagai seorang guru yang berkhidmat di bawah kementerian pelajaran
Malaysia, kita hendaklah memastikan semua sukatan pelajaran yang disediakan oleh
pihak kementerian disampaikan kepada murid mengikut aras-aras yang tertentu.
Sebagai contohnya, bagi murid yang lemah penekanan diberikan kepada kemahiran
yang masih belum dikuasai sepenuhnya agar murid tersebut tidak ketinggalan daripada

murid yang lain. Salah satu daripada langkahnya ialah dengan memberikan aktiviti
pemulihan dan pengayaan yang bersesuaian dengan topik dan kemahiran yang
dipelajari.
Disamping itu juga, semua markah ujian yang telah di jalankan akan saya
direkodkan untuk tujuan untuk mengenalpasti kelemahan murid dalam sesuatu topik
yang dipelajari dan sekaligus mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah.
Sebagai seorang

ahli panitia

matematik, saya juga akan memastikan saya

berserta ahli panitia yang lain hadir semasa mesyuarat panitia yang diadakan sekurangkurangnya 3 kali setahun. Tujuannya untukmenyelaraskan semua aktiviti dan sekaligus
menetapkan sasaran tahunan bagi mata pelajaran ini. Selain daripada itu saya juga
akan berkongsi maklumat dan info-infi terbaru yang diperolehi sama ada dari kursus
atau media massa dengan guru matematik yang lain.
Berdasarkan penerangan dan penjelasan yang telah saya tuliskan , maka
peranan saya sebagai seorang guru matematik telah berfungsi dengan baik.

RUJUKAN.
Burton, L. & Jaworski, B. (1995) Mathematics Teaching, Chartwell-Bratt Ltd., Sweden.
R.K.J Singh (2012). Panduan Ilmu Pendidikan Untuk DPLI Pedagogi. Kuala Lumpur :
Kumpulan Budiman.

Anda mungkin juga menyukai