Anda di halaman 1dari 3

Teks Pidato : Bahasa Melayu Citra Bangsa Malaysia

Bahasa Melayu indah nan santun,


Mekar megah di pentas dunia,
Jari sepuluh kemas kususun,
Mohon bicara nan menyusun kata.
Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,


1Malaysia.

salam sejahtera dan salam

Salam aprisiasi saudara pengatur majlis, Barisan panel penghakiman penuh


berkarisma, Guru-guru seterusnya rakan-rakan yang sentiasa celik akal minda dan
penerus wadah tonggak negara.
Sidang hadirin yang dihormati,
Tajuk pidato saya Bahasa Melayu Citra Bangsa Malaysia. Bahasa sangat
luas pengertiannya, bahasa tidak hanya merujuk sebagai satu sistem linguistik
semata-mata, tetapi bahasa juga citra budaya bangsa Malaysia dan fungsi bahasa
itu sendiri sebagai alat perhubungan sosial dalam masyarakat. Menurut Pendeta
Bahasa Zaaba , bahasa merupakan citra masyarakat, budaya, akal budi, jiwa atau
roh sesuatu bangsa. Keintelektualan dan tamadun bangsa membuktikan peranan
terbesar bahasa sesuatu bangsa. Melalui bahasa orang dapat mengenal sesuatu
bangsa atau petunjuk kepada sesuatu kebudayaan. Sebagai warga Malaysia, kita
seharusnya menghayati dan menghargai bahasa kebangsaan sebagai jiwa bangsa
kita dan citra jati diri kita. Sesungguhnya jiwa sesuatu bangsa itu dapat dilihat pada
bahasanya . Pada bahasa itulah tergambar etos atau semangat kita sebagai satu
bangsa dalam satu lingkungan tanah air yang dipunyai secara bersama.

Bicara saya yang pertama,


Bahasa Melayu Citra Bangsa 1 Malaysia.
Bahasa Melayu merupakan wasilah terpenting dalam menyatukan bangsa
Malaysia. Sesungguhnya, apa yang termaktub dalam Perkara 152 yang
menyediakan peruntukkan-peruntukkan yang berkaitan dengan bahasa Melayu
sebagai bahasa Kebangsaan .Bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa rasmikebangsaan dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka,
bahasa Melayu bukan lagi menjadi milik tunggal pribumi Melayu. Malah, bahasa
Melayu menjadi milik bersama seluruh warganegara Persekutuan Tanah Melayu.

Justeru niat murni mendaulatkan bahasa Melayu dapat menyatupadukan kaumkaum, yang terdiri dari kaum Melayu, Cina, India, dan lain-lain di bawah satu
bahasa. Cuba kita bayangkan, bagaimana selepas hampir 55 tahun merdeka, jika
kaum Melayu hanya dengan bahasa Melayunya, dan kaum Cina dengan bahasa
Mandarin,Tionghua, ataupun Hokkien nya, dan kaum India pula dengan bahasa
Tamil nya sahaja, maka bagaimanakah kewujudan bangsa Malaysia dapat
direalisasikan? Justeru, jika seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan asalusul mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, maka akan
terzahirlah citra dan keperibadian kita sebagai satu bangsa, iaitu bangsa 1
Malaysia. Sebaliknya, jika kitamendaulatkan bahasa-bahasa asing, akan
terpancarlah `jati diri asing'. Lantas, akan terencatlah pembentukan jati diri kita
sebagai bangsa 1 Malaysia. Ayuh , marilah k ita berbahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan - 1 bahasa, 1 bangsa, 1 nusa dalam merealisasikan
wawasan 2020.
Hadirin hadirat sekalian,
Bicara saya yang kedua,Bahasa Melayu Memajukan Bangsa Malaysia,
Bahasa Melayu menjadi pemancu ke arah kemajuan bangsa. Sesungguhnya untuk
mewujudkan satu bangsa itu bukanlah mudah. Suka saya tegaskan di sini, bahawa
dalam konteks pembinaan bangsa Malaysia dan pemajuan negara menurut acuan
kemalaysiaan sendiri, pendaulatan hanyalah kepada bahasa kebangsaan, bukannya
bahasa-bahasa asing. Walaupun kita mempelajari bahasa asing sebagai bahasa
global, namun kita tidak seharusnyamembiarkan jiwa dan pemikiran kita dikuasai
oleh bahasa asing. Cuba kita teladani , Kejayaan pembentukan negara-bangsa
Jepun, Korea, negara-bangsa di benua Eropah dan Amerika Syarikat. Mereka
terbukti telah berupaya memodenkan negara sekali gus membina bangsa dengan
mendaulatkan bahasa kebangsaan negara-bangsa masing-masing .
Nah , sewajarnya kita menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu,
teknologi dan peradaban moden. Justeru, akan tercapailah gagasan pemajuan
negara dan pembinaan bangsa Malaysia, jika kita sebagai rakyat Malaysia tidak
mendaulatkan
bahasa
kebangsaan
kita
sendiri,
siapa
lagi?
Inilah prinsip umbi yang seharusnyakita junjung, jika kita benar-benar serius untuk
mewujudkan bangsa Malaysia, bak kata pepatah di mana bumi dipijak, di situ langit
dijunjung.
Seterusnya, izinkan saya meneruskan
bicara saya yang ketiga
Bahasa Melayu Memartabatkan Bangsa Malaysia. Bahasa Melayu memartabatkan
bangsa Maysia . Bahasa adalah penanda identiti atau jati diri sesuatu bangsa.Tetapi
malangnya,dewasa kini kita dapat lihat bangsa kita sendiri telah memusnahkan
kesantunan bahasa Melayu itu dengan pelbagai aspek yang tidak bermoral.
Kesannya, bagaimana untuk kita memartabatkan bangsa kita? Bagaimana untuk
dunia memandang tinggi bangsa kita? jika kita sendiri tidak tahu menghargai

keunikan dan keindahannya. Pembudayaan bahasa Melayu harus nyata .Di plaza tol
lebuh raya kini terdapat bahasa tanda yang berbunyi, Lorong Touch n Go. Bahasa
apa ini? Inilah dia bahasa rojak rasmi. Inilah yang dikatakan pandai meniru tetapi
tidak menuras. Inilah juga kerja yang memalukan bangsa. Kenapa tidak dipakai saja
istilah Lorong pacu segera Sudahkah kita betul-betul menggeledah kamus bahasa
ibunda sebelum sewenang-wenang menggunakan touch n go Jika tiada azam
perjuangan yang kental untuk menggunakan bahasa sendiri lantaran istilahnya
cukup dalam bahasa sendiri, kita juga nanti akan dipanggil bangsa touch n go.
Tepuk dada, tanya selera.
Sudah sampai masanya semua pengiklanan dalam negara menggunakan
bahasa Melayu dengan betul daripada aspek hukum nahu bahasa Melayu.
Penggunaan bahasa Melayu yang diselangi perkataan dan nilai bahasa asing
secara melulu tidak akan membawa kita ke mana-mana. Yang penting ialah kita
mesti terus memupuk rumpun yang ada dan memperkayakannya dengan
bimbingan, hala tuju dan apresiasi bahasa Melayu yang berterusan. Bahasa Melayu
yang baik akan memartabatkan bangsa Malaysia.
Kesimpulannya, bahasa yang kita martabatkan itulah yang akan membentuk
jiwa kita sebagai satu bangsa.Sekiranya bahasa yang kita martabatkan adalah
bahasa kebangsaan, maka yang akan terpancar daripada bangsa kita ialah jiwa
kebangsaannya. Jika kita sentiasa memandang tinggi kepada bahasa kebangsaan
kita, bersinarlah jiwa kebangsaan kita, dan berjayalah pembentukan jati diri kita
sebagai bangsa yang bermaruah. Bahasa itu citra sesuatu bangsa.
Akhir kata;
Yang kurik itu kendi,
Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa
Sekian,
wabillahitaufik
matullahiwabarakatu.

walhidayah,

wassalammualaikum

warah