Anda di halaman 1dari 2

Sebab-Sebab Pencemaran Alam Sekitar

Isu-isu tentang alam sekitar kerap dipaparkan dalam surat khabar dan
telebisyen. Terdapat beberapa jenis pencemaran alam sekitar yang sering berlaku di
negara kita antaranya ialah pencemaran air sungai dan pencemaran udara. Pada
pendapat saya, isu pencemaran alam sekitar tidak boleh dipandang ringan oleh
masyarakat. Terdapat beberapa sebab terjadinya pencemaran alam sekitar di negara
kita.

Sebab utama pencemaran alam sekitar berlaku adalah kerana sikap individu
itu sendiri. Terdapat individu yang mengambil mudah tentang aspek kebersihan
lalu membuang sampah ke dalam sungai. Individu yang membuang sampah ke
dalam sungai ini akan menyebabkan sungai dipenuhi dengan sampah sarap lalu
sungai menjadi kotor. Selain itu, perbuatan membuang puntung rokok ke dalam
semak pula akan menyebabkan kebakaran yang boleh mencemarkan udara.

Selain itu, sikap masyarakat juga boleh menyebabkan pencemaran alam


sekitar berlaku. Kebanyakan ahli masyarakat menganggap sungai sebagai tempat
untuk membuang sampah dan tempat menyalurkan air yang kotor atau sisa
kumbahan dari rumah mereka. Masyarakat juga tidak mahu membersihkan sungai
yang dipenuhi rumput, timbunan lumpur atau timbunan sampah ni. Akhirnya,
sungai akan menjadi semakin cetek dan kotor hingga boleh menyebabkan banjir
kilat apabila hujan turun dengan lebat dan berterusan.

Sikap pekerja syarikat perkapalan juga boleh menyebabkan berlakunya


pencemaran alam sekitar. Terdapat segelintir pekerja syarikat perkapalan yang
membuang minyak hitam ke dalam laut semasa kapal sedang berlayar. Tujuan
pekerja ini membuang minyak hitam ke dalam laut adalah untuk menjimatkan kos
melupuskan minyak hitam. Akibatnya, air laut akan tercemar dan hidupan laut
seperti ikan, sotong dan udang akan mati atau tercemar.

Di samping itu, sikap pekerja di sektor pertanian juga boleh menyebabkan


pencemaran alam sekitar. Terdapat segelintir pekerja di sektor pertanian yang
membuang sisa racun rumpai ke dalam sungai dan perbuatan ini boleh
menyebabkan air sungai tercemar. Selain itu, terdapat juga pekerja di sektor
pertanian yang membakar hutan bagi membersihkan tanah untuk bercucuk tanam.
Hutan yang terbakar ini akan mengeluarkan asap yang tebal lalu berlakulah jerebu
yang boleh menjejaskan kesihatan manusia.

Sikap negatif sesetengah pegawai penguatkuasa alam sekitar juga boleh


menyebabkan pencemaran alam sekitar. Terdapat segelintir pegawai penguatkuasa
yang tidak menjalankan tugas mereka dengan baik dan amanah. Sebagai contoh,
pihak yang mencemarkan alam sekitar tidak dikenakan tindakan yang sewajarnya.
Oleh itu, mereka akan mengulangi perbuatan mereka ini hingga keadaan alam
sekitar menjadi semakin teruk dan menyusahkan banyak pihak.

Sebagai kesimpulan, terdapat beberapa sebab yang membawa kepada


berlakunya pencemaran alam sekitar. Oleh itu, semua pihak mesti berganding bahu
untuk mengatasi masalah pencemaran alam sekitar kerana pencemaran alam sekitar
boleh membawa banyak masalah kepada masyarakat dan negara. Pada pendapat
saya, pihak kerajaan boleh memainkan peranan yang penting dalam menangani
masalah pencemaran alam sekitar. Alam sekitar yang versih pasti akan dapat
membantu memajukan lagi sektor pelancongan negara.