Anda di halaman 1dari 76

Hmbl3203 mula

Pengertian wacana
Dalam pengertian linguistik, wacana adalah unit bahasa yang lebih besar daripada
kalimat. Semua perkara yang melibatkan bahasa ialah wacana. Retorik menjadi
komponen yang penting bagi wacana. Wacana adalah satuan bahasa terlengkap,
tertinggi, dan terbesar atas kalimat/ klausa dengan kohensi tinggi, dengan
kesinambungan dan mempunyai awal dan akhir yang nyata sama ada disampaikan
secara lisan atau tulisan. Perkataan wacana itu sama dengan perkataan ucapan yang
utuh untuk wacana lisan, dan karangan yang utuh untuk wacana tulisan dalam
pengajaran bahasa Melayu sebelum ini.
Selain itu, wacana merupakan satuan bahasa di atas sesuatu kalimat yang digunakan
untuk berkomunikasi dalam konteks sosial. Satuan bahasa itu dapat berupa rangkaian
kalimat atau ujaran. Wacana dapat berbentuk lisan atau tulisan dan dapat bersifat
transaksional atau interaksional. Dalam peristiwa komunikasi secara lisan, dapat dilihat
bahawa wacana sebagai proses komunikasi antara penutur dan pendengar, sedangkan
dalam komunikasi secara tulisan, wacana terlihat sebagai hasil dari pengungkapan idea
penulis. Disiplin ilmu yang mempelajari wacana disebut dengan analisis wacana.
Analisis wacana merupakan suatu kajian yang meneliti atau menganalisis bahasa yang
digunakan secara ilmiah, baik dalam bentuk tulisan ataupun lisan.
Wacana terdiri daripada lapan unsur penting iaitu wacana merupakan satuan bahasa.
Selain itu, wacana adalah terlengkap, terbesar dan tertinggi dalam sesuatu kalimat.
Wacana ialah unit bahasa yang melebihi ayat/ klausa. Wacana menunjukkan hubungan
dan perkembangan fikiran yang berurutan dan mempunyai pertautan atau perkaitan
semantik yang meliputi aspek kohesi dan koheren. Wacana juga memperlihatkan
kesinambungan fikiran iaitu disampaikan secara lisan atau tulisan dan mempunyai awal
dan akhir yang nyata.
CIRI- CIRI WACANA

Wacana mempunyai tujuh ciri iaitu perlu dikaji kaitan penutur dengan masyarakat
sekitarnya. Gaya wacana sama ada gaya formal atau tidak formal ditentukan oleh
kaitan antara penutur dengan masyarakat sekitarnya. Karya menggunakan gaya
bahasa yang sesuai kepada para pembaca. Adakalanya, gaya bahasa yang digunakan
mampu menimbulkan kesan dialek social ( laras bahasa ) dalam pertuturan.
Wacana juga harus mempunyai tujuan yang menentukan jenis ayat. Jika tujuan penutur
adalah untuk mendapatkan maklumat, jadi ayat yang terbentuk ialah ayat tanya.
Penulisan bertujuan untuk pembaca menilai dan mengenalpasti hubungan hasil bacaan
dengan pembaca.
Ciri wacana yang seterusnya ialah berdasarkan kaitan penutur dengan pendengar.
Wacana lisan adalah perkaitan antara penutur dengan pendengar, manakala wacana
tulisan adalah kaitan antara penulis dengan pembaca.
Maklumat yang bertentangan tidak boleh dimuatkan dalam wacana. Contohnya :
Kelmarin dia tidur sehari suntuk. Kelmarin dia tidur hingga jam 9.00 pagi.
Selain itu, wacana perlu mempunyai unsur - unsur susun atur menurut sebab, akibat,
tempat, waktu, keutamaan dan sebagainya. Ayat- ayat itu harus mempunyai urutan
yang berkait rapat. Penulis berkesempatan menentukan etika dan prosedur
penghasilan penulisan. Ayat- ayat yang dihubungkan dengan menggunakan penanda
wacana agar ayat- ayat tersebut berkohensi ( makna tautan ) dan koherens ( logik ).
Ayat tautologi ( ayat yang sudah dinyatakan sebelumnya) tidak perlu diulang.
Wacana harus mempunyai andaian dan inferensi. Maklumat pertama dalam wacana
digelar andaian, manakala maklumat berikutnya disebut inferensi. Kebiasaannya satu
ayat hanya mempunyai satu inferensi sahaja. Tetapi adakalanya, andaian dapat
ditentukan oleh pembaca tanpa ditulis.
Wacana hendaklah ada maklumat baru. Ayat- ayat yang mengesahkan kebenaran ayat

sebelumnya tidak boleh dimasukkan dalam satu wacana. Hasil penulisan hendaklah
bersifat kenyataan , logik dan realistik , bukanlah rekaan individu semata- mata.
BUKU
Ahmad Marzuki Ismail, (2008). Penyediaan Diri Ke Arah Pembentukan Modal Insan.
Kuala Lumpur : Karisma Publication Sdn. Bhd.
Md. Nor bin Hj. Ab. Ghani, Mohd Fadzil bin Tajuid, Salasiah bt. Zainuddin, Norashikin bt.
Khasim, Ruslan bin Abdul Raffar, Yahya bin Abu Bakar, (2007). Kamus Dewan Edisi
Keempat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Nik Safiah Karim, Farid. M.Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood, (2009).
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hassan, (2006). Morfologi Siri Pengajaran Dan
Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : PTS PROFESSIONAL Sdn. Bhd.
Siti Hajar Abdul Aziz, (2008). Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu I. Shah Alam :
Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat, yang di dalamnya
memperlihatkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang
berurutan seperti ayat, sejumlah ayat, ceraian, perenggan, bab, buku, novel,
cerpen, cerita, dialog, siri buku (cerita) dan sebagainya.
Asmah Haji Omar (1982)3 menegaskan bahawa wacana ialah unit bahasa
yang melebihi batas ayat, yang di dalamnya memperlihatkan hubunganhubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan seperti ayat, sejumlah
ayat, ceraian, perenggan, bab, buku, novel, cerpen, cerita, dialog, siri buku
(cerita) dan sebagainya. Menurut beliau lagi, wacana tidak mempunyai satusatu jenis ayat yang terdiri dengan utuhnya tanpa dipengaruhi oleh prosesproses kelahiran ayat. Ini bermaksud bahawa ayat yang selalu didapati

dalam struktur dan sistem secara teratur. Asmah telah membezakan ayat
sistem daripada ayat wacana. Ayat sistem adalah ayat atau tutur yang
dikeluarkan dan diasingkan dari konteks wacana, sedangkan ayat wacana
yang juga disebut ayat teks adalah ayat yang betul-betul terdapat dalam
wacana teks dan wacana lisan. Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
(Asmah Hj Omar,1982)
Henry Guntur Tarigan (1987), mengemukakan bahwa wacana adalah satuan
bahasa yang paling lengkap, lebih tinggi dari klausa dan perkataan, memiliki
kohesi dan koherensi yang baik, mempunyai awal dan akhir yang jelas,
berkesinambungan, dan dapat disampaikan secara lisan atau tertulis.
Asmah Hj. Omar (1980). Analisis Wacana, dalam Jurnal Dewan Bahasa 24:3,
hal. 11-25 dan 24:4, hal. 9-25.
Tarigan, Henry Guntur (1995), Pengajaran Wacana. Kuala Lumpur: DBP.
Wacana Bahasa Melayu(2009). [Online], [Diakses: 5 Januari 2014]. Boleh
didapati: http://gurubahasamelayu.blogspot.com/2009/07/wacana-bahasamelayu.html
(a)

1. Penjelasan Konsep dan definisi wacana penulisan.


(b) 1 . 0 P E N D A H U L U A N 1.1
Pengenalan
(c) P e n u l i s a n i a l a h s a t u p r o s e s y a n g m e l i b a t k a n p e n y u s u n a n d a n p e m b e n
t a n g a n i d e a - i d e a o l e h penulis tentang sesuatu isu untuk dipersembahkan kepada pe
mbaca. Setiap idea yangd i s a m p a i k a n i t u h e n d a k l a h j e l a s m a k s u d n y a i a i t u
b e r k e m a m p u a n m e n y a l u r k a n i d e a k e p a d a pembaca, menerusi penggunaan bah
asa yang tepat dan berkeupayaan menggunakan teknik penulisan yang sesuai.Penulisan
bermaksud satu proses penghasilan wacana bertulis dengan ketepatan dan formalitiyang
berbeza-beza berdasarkan tujuan dan keperluan penulisan.
(Smith, 1969)
(d) T u j u a n p e n u l i s a n a d a l a h u n t u k m e n g h a s i l k a n p e n u l i s a n k r e a t i f
d a n b u k a n k r e a t i f y a n g menggunakan bahasa yang gramatis dan laras yang

tepat , serta memperlihatkan pertautan ideadan wacana yang kemas dengan


pemikiran yang kritis dan analitis.Pelbagai definisi penulisan telah diutarakan oleh pakar
penulisan dan bahasa antaranya melihat penulisan sebagai satu cara melahirkan
bahasa manusia melalui simbol-simbol yang dapat dilihat
(e) (Barnow 1989).
(f) Penulisan memerlukan kemahiran memahami apa dan bagaimana
komunikasi berlaku di kalangan ahli masyarakat. Penulis menulis untuk komuniti denga
n menggunakan peraturan penulisan khas. Pengajaran dan pembelajaran penulisan di sek
olah pulamemperlihatkan kecenderungan kebudayaan masyarakat
dominan.D i M a l a y s i a , p e n u l i s a n m e r u p a k a n s a t u a s p e k p e n g a j a r a
n y a n g d i b e r i p e n e k a n a n d a l a m kurikulum sekolah, terutamanya bagi tujuan
menduduki peperiksaan umum seperti PeperiksaanMenengah Rendah (PMR)
dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pengajaran penulisan naratif
disekolah bertujuan meningkatkan kemahiran
menulis serta mengasuh pelajar tentang amalankebudayaan, norma serta nilai-nilai
yang dihargai dalam budaya dan
bahasa.P e n u l i s a n j u g a m e n g u k u h k a n k e m a h i r a n b e r f i k i r p a
d a p e r i n g k a t ya n g t i n g g i s e p e r t i menganalisis, mengaplikas
i dan menilai maklumat. Ia juga satu kaedah untuk pelajar
KESIMPULAN

DAN

PENUTUP

Karangan yang baik mestilah dapat dikembangkan ideanya dengan sempurna. Ibarat
seseorangyang memohon pekerjaan, penampilannya sewaktu temu duga dapat menggambarkan
personalitidan sikapnya jika penampilanya baik, maka baiklah tafsiran penemu
duga. Begitu juga halnyadengan karangan. Baik pada bahagian pendahuluan, maka
baiklah tafsiran pemeriksa
terhadaph u r a i a n i s i k a r a n g a n b e r k e n a a n . O l e h i t u p a s t i k a n l a h t e r l e b i h d a h u l
u p e m b u k a a n k a r a n g a n hendaklah bersih daripada kesalahan tatabahasa atau
ejaan.Penulisan baik dan berkesan ialah Clear writing is clear thinking (penulisan baik
merupakan pemikiran yang jelas) kata
P a u l F i s h e r, s s o u r i , A m e r i k a S y a r i k a t ( 1 9 8 1 )

Dalam pembelajaran selok-belok penulisan pemberitaan dan penyuntingan, lalu peganganpenuli


san baik dan berkesan lahir daripada fikiran yang tenang,. Penulisan baik mempunyai ciri-ciri ba
hasa yang jelas, padat, dan menarik. Penulisan yang baik memerlukan pemikiran waras,tenang,
jelas dan kritis. Ertinya, anda perlu berfikir sebelum menulis, samalah juga dengan anda perlu
berfikir sebelum berkata.Kesimpulannya, mengarang bukanlah suatu proses yang hanya
berdasarkan jumlah idea atau
isi,e j a a n , t a n d a b a c a d a n s t r u k t u r b i n a a n a y a t s e m a t a - m a t a .
S e b a l i k n y a , p r o s e s m e n g a r a n g memerlukan kemampuan membina perenggan
idea atau isi yang mantap pengolahannya dan mempunyai wacana yang berkesan
BIBLIOGRAFI
Juriah Long, Raminah Hj. Sabran & Sofiah Hamid. (1990).
Pendekatan mengajar bahasa Malaysia.
Kuala Lumpur: Fajar Bakti
Zainol Ismail. (2003).
Fokus Unggul/ UPSR Penulisan
. Johor Bahru: Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd
3.0

PENANDA WACANA DALAM PERENGGAN

Berikut adalah contoh-contoh perenggan yang dipilih untuk melihat penggunaan wacana
di dalam petikan:

3.1

Petikan 1

Perenggan ini adalah dipetik daripada buku Cakna Bestari terbitan Jabatan Pelajaran
Negeri Kedah (2011) di bawah tajuk Mencipta Inovasi Sebagai Pendekatan Baru Menyubur
Kecerdasan Logik Matematik Berformula Pengalaman Yang Amat Bermakna, muka surat 11.
Pembelajaran
menulis

modul

Program

karangan. Semasa mengaplikasinya,

FORMULA
isi

dengan

Dalam Komponen

mengikut
yang

RING

KONSEP

menjelaskan

K3

makna

mesti

memenuhi

isu

dan ketiga arahan

Isi, pertama murid

atau

saya

disiplin

3 ciri iaitu pertama isu


respons

perlu

soalan

daripada

menyatakan

isi

arahan soalan, kedua menghuraikan isi dan ketiga mereka memberi contoh
berkaitan

Kesimpulan, pertama mesti


cadangan

saya

tersebut. Komponen pengenalan mempunyai

berdasarkan tajuk, kedua huraian


tajuk.

TIP

KONSEP K3 yang mencakupi 3 perkara, iaitu pertama pengamalan, kedua

dan ketiga kesimpulan. Setiap karangan

komponen

Asas

isi. Begitu

juga pada

Komponen

menyimpulkan tajuk berdasarkan pendapat murid, kedua huraian

terhadap isu dan ketiga jelaskan harapan kepada isu.

Berdasarkan petikan di atas, terdapat beberapa penanda wacana yang boleh dikesan
dalam ayat-ayat yang digunakan. Antara penanda wacana yang ditemui ialah seperti semasa,
pertama, kedua, ketiga , setiap, dalam dan begitu juga.

-7-

Penanda wacana atau perkataan semasa yang terdapat di dalam ayat tersebut membawa
maksud atau menunjukkan sesuatu tempoh atau ketika sesuatu perkara itu dinyatakan. Manakala
perkataan atau penanda wacana pertama, kedua dan ketiga pula membawa maksud urutan
masa atau turutan peristiwa atau kronologi sesuatu perkara yang diterangkan oleh penulis.
Manakala penanda wacana begitu juga pula membawa maksud persamaan erti dalam ayat-ayat
yang terdahulu.

Di dalam petikan tersebut, penulis kerap-kali mengulangi penanda wacana pertama,


kedua dan ketiga kerana terdapat banyak perkara yang terpaksa disentuh oleh penulis
berdasarkan formula konsep yang diperkenalkan dan perlu diterangkannya supaya pembaca
memahami dengan lebih mendalam. Penanda wacana yang digunakan oleh penulis di dalam
petikan tersebut sememangnya mudah difahami oleh pembaca dan maksud yang hendak
disampaikan adalah jelas. Namun begitu, di dalam ayat, Dalam komponen isi, adalah
tidak begitu sesuai digunakan di dalam petikan tersebut. Penulis sepatutnya menggunakan
sementara komponen isi,.. bagi menerangkan urutan penerangan yang akan disampaikan
bagi menampakkan wacana yang menarik.

3.2

Petikan 2
Perenggan ini pula adalah dipetik daripada buku Cakna Bestari terbitan Jabatan

Pelajaran Negeri Kedah (2011) di bawah tajukPusat Sumber SMK Convent Sebelum Inovasi,
muka surat 51.
Kedudukan PSS SMK Convent tidak strategik kedudukannya kerana terletak di tingkat
empat

bangunan

tanpa

pelanggan.Walaupun agak ceria dan bersih, tetapi PSS bergerak sendirian

dan

bersifat

belakang. Pun

begitu,

terasing. Selalunya jumlah

PSS
pengawas

tetap
PSS

berdiri
lebih

megah
ramai

berbanding

pengunjung. Faktor koleksi buku yang tidak terkini, pengawas PSS yang

tidak

menjalankan

cekap

amalan

membaca

pelanggan.

tanggungjawab,

menyebabkan

Malahan,

ganti (relief). Namun

PSS

PSS

menjadi

ketiadaan

hanya

sekadar

medan

promosi

dan

bilik

pameran

guru-guru

memenuhi

galakan
tanpa
waktu

begitu, murid-murid murid-murid masih menggunakan PSS hanya

mengikut

waktu perpustakaan sahaja dan mereka masih tetap tidak menunjukkan

minat

mendalam

jumlah

yang

untuk

membaca. Hal

yang

demikian ini

terbukti

apabila

pinjaman buku sangat minimum.

Dalam petikan ke dua ini pula, penulis artikel tersebut telah menggunakan beberapa
penanda wacana yang agak berbeza daripada petikan pertama tadi. Di dalam petikan tersebut,
beberapa penanda wacana yang telah dikesan adalah seperti pun begitu, walaupun,
selalunya malahan, namun begitu dan hal yang demikian.

Penanda wacana pun begitu adalah merujuk kepada maksud pertentangan di mana
menceritakan tentang PSS yang terdapat di situ tetapi tidak ada pengunjung yang datang atas
sebab-sebab tertentu. Penanda wacana walaupun pula memberi maksud tentang pendapat yang
berbeza atau sebaliknya iaitu tentang PSS yang kelihatan ceria tetapi masih tidak dapat menarik
pengunjung datang ke situ. Perkataan kebiasaannyamembawa maksud atau memberi gambaran
tentang keseluruhan serta rumusan pendapat penulis tentang PSS yang dinyatakan itu. Sementara
itu, perkataanmalahan merujuk kepada maksud penanda keterangan atau huraian kejadian
sebaliknya di mana PSS digunakan oleh guru-guru untuk berehat ketika waktu jadual ganti dan
bukannya waktu untuk mengajar. Penanda wacana hal yang demikian pula merujuk kepada
rumusan sebab di mana ia menerangkan tentang bilangan peminjam yang berkurangan walaupun
PSS kelihatan ceria.

Penulisan petikan kedua ini menampakkan satu wacana yang menarik dan pembaca boleh
memahami isi yang hendak disampaikan dengan jelas. Perkataan selalunya dilihat adalah
kurang tepat digunakan di dalam ayat dan boleh digantikkan dengan perkataan atau penanda
wacana yang lebih sesuai seperti kebiasaannya dan memperlihatkan penanda wacana yang
lebih menarik untuk digunakan.

-93.3

Petikan 3
Sementara perenggan ketiga pula adalah dipetik daripada buku Cakna Bestari terbitan

Jabatan Pelajaran Negeri Kedah (2011) di bawah tajuk Nilai Membentuk Generasi Berilmu,
muka surat 82-83.

Sebenarnya, untuk mendidik dan membimbing seseorang murid mejadi tokoh NILAM
bukanlah sesuatu tugas yang ringan dan mudah. Banyak halangan dan cabaran terpaksa
dihadapi. Contohnya, daripada sepuluh orang murid yang dipilih dan dibimbing dari tingkatan
satu tersebut, mungkin hanya tiga atau empat orang sahaja yang akan kekal bersekolah hingga ke
tingkatan lima. Ada diantaranya akan bertukar ke sekolah lain selepas Peperiksaan PMR. Hal
ini demikian kerana murid yang mendapat keputusan cemerlang iaitu 7A dan 8A ditawarkan

untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh atau melanjutkan pelajaran ke sekolah
teknik.Apabila perkara ini berlaku, ada kalanya, calon pilihan utama sekolah yang telah diberi
bimbingan dengan ilmu NILAM turut bertukar sekolah. Selain itu, cabaran terbesar adalah untuk
memilih tokoh NILAM daripada kalangan lelaki. Sudah menjadi kelaziman di negara kita,
murid perempuan lebih gemar membaca berbanding murid lelaki. Oleh itu, pihak sekolah
terpaksa berusaha gigih mancari tokoh dalam kalangan murid lelaki untuk diketengahkan sebagai
tokoh NILAM ini.Sehingga ini, kami hanya berjaya mengetengahkan hanya dua orang calon
sahaja.

Penanda wacana atau perkataan yang digunakan di dalam petikan ketiga adalah
seperti sebenarnya, contohnya, ada diantaranya, hal yang demikian, apabila, selain
itu,sudah menjadi kelaziman, oleh itu dan sehingga itu.

- 10 Penanda wacana sebenarnya membawa maksud mengesahkan atau pengeahan sesuatu


maklumat yang disampaikan. Perkataan contohnya pula adalah bermaksud untuk memberikan
contoh seuatu perkara atau benda yang hendak diterangkan dengan lebih mendalam. Sementara
perkataan hal yang demikian, sudah menjadi kelaziman dan oleh itu pula membawa

maksud sebab atau musabab atau akibat sesuatu hal dan kejadian yang berlaku. Maksud penanda
wacana bagi apabila dan sehingga itu pula merujuk kepada penanda waktu atau tempoh
masa.
Bagi penanda wacana selain itu pula membawa maksud memulakan sessuatu isi baru
dalam penulisan dan menunjukkan perbandingan sesuatu perkara. Manakala perkataan atau
penanda wacana selebihnya pula membawa maksud penghubung tambahan di dalam sesuatu
ayat dan boleh juga menunjukkan sebagai bilangan. Walaupun petikan ketiga ini nampak
sempurna, namun penulis boleh menggantikan penanda wacana ada diantaranya kepada
penanda wacana yang lebih menarik iaitu selebihnya kerana ia akan menampakkan masud
bilangan dalam wacana yang ingin diterangkan.

Daripada ketiga-tiga petikan yang telah dianalisa mengenai penanda wacananya, dapatlah
dirumuskan bahawa penanda wacana ini digunakan di dalam setiap petikan dan mempunyai
bermacam maksud mengikut konteks ayat yang dibina. Sesuatu penanda wacana tidak hanya
membawa maksud yang tetap tetapi boleh berubah mengikut situasi ayat yang dilafazkan.

- 11 -

4.0

CADANGAN MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGGUNAAN WACANA DI


DALAM KALANGAN PELAJAR

Pelajar-pelajar sekolah rendah terutamanya, perlu didedahkan dengan lebih banyak lagi
cara-cara meningkatkan kemahiran penggunaan wacana terutamanya di dalam aktiviti penulisan.
Penggunaan wacana yang lemah akan menjejaskan hasil kualiti sesebuah karya. Menurut
Kamaruddin Hj Husin (1988) di dalam buku HBML 3203, Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa
Melayu keluaran Open University Malaysia, menjelaskan bahawa beberapa perkara perlu
diberikan perhatian oleh murid dalam usaha menghasilkan penulisan yang baik, iaitu sebelum,
semasa dan selepas menjalankan aktiviti penulisan.

Pelajar yang pintar akan membuat persediaan awal sebelum menulis sesebuah karya atau
karangan. Mereka sepatutnya melakukan banyak latihan tatabahasa terlebih dahulu dan membaca
lebih bahan-bahan tambahan seperti akhbar, majalah, buku-buku ilmiah dan sebagainya bagi
mendapatkan idea serta menambah perbendaharaan kata dan mengetahui penanda wacana yang
sesuai dan menarik untuk dimasukkan ke dalam hasil tulisan mereka nanti. Pelajar juga patut
didedahkan dengan latihan-latihan menyalin semula petikan atau perenggan yang mengandungi

penanda wacana yang baik agar mereka dapat memahami serta tahu fungsi penanda wacana yang
sesuai di dalam hasil penulisan mereka nanti.

Bagi mendapatkan hasil yang baik dalam penggunaan wacana dalam kalangan pelajar ini,
guru juga sepatutnya meminta murid melengkapkan ayat atau membina ayat-ayat berdasarkan
penanda wacana yang betul. Seterusnya, murid juga perlu diberi latihan menyusun ayat
berdasarkan urutan serta meletakkan penanda wacana dan kata hubung yang sesuai.

- 12 -

Seterusnya murid diminta untuk melengkapkan perenggan berdasarkan urutan cerita


dengan memasukkan penanda wacana yang sesuai dan betul di antara ayat atau perenggan
supaya terdapat kohesi dan koherennya.Selain itu, pelajar juga harus tahu serta mengetahui
fungsi-fungsi wacana yang hendak digunakan. Wacana yang menarik akan menjamin
kesinambungan cerita yang menarik atau kelancaran perjalanan cerita atau idea dari satu
perenggan ke satu perenggan.

Bagi menghasilkan sesebuah karya yang baik dan menarik, pelajar mestilah menjadikan
kamus sebagai kawan rapat. Sentiasa merujuk kamus untuk mengetahui erti atau makna
perkataan sukar atau perkataan baru yang akan digunakan di dalam penulisan. Gunakan wacana
yang betul dan tepat apabila menulis dan dilarang sama sekali menggunakan wacana yang
dianggap sedap bunyinya tetapi tidak diketahui makna dan salah penggunaannya.

Setelah pelajar pasti karya yang ditulis telah selesai, pelajar diminta membaca dan
menyemak semula hasil penulisan mereka. Ini merupakan penilaian kendiri terhadap hasil
penulisan tersebut. Penekanan perlu diberikan kepada format, isi atau huraian, imbuhan yang
bersesuaian, struktur ayat, tanda baca serta perbendaharaan kata yang betul. Penanda wacana
yang digunakan perlulah diteliti dengan betul agar penggunaannya tepat pada tempat yang betul.
Jangan sesekali menggunakan tanda soal di dalam wacana. Baiki segera kelasahan atau membuat
penambaikan jika terdapat kekurangan dalam hasil penulisan tersebut.

Jika pelajar dapat memenuhi kesemua cadangan yang dikemukan seperti di atas, pelajar
tidak perlu rasa bimbang kerana kemungkinan hasil sesebuah karya yang dibuat telah menepati
apa yang diminta. Cadangan di atas telah dinyatakan oleh beberapa orang pemeriksa kertas yang
berpengalaman. Tetapi, jika cadangan ini tidak diambil pusing oleh pelajar, besar kemungkinan
hasil penulisan akan menjadi lemah dan menyebabkan pelajar tidak memperolehi markah yang
tinggi seperti yang diharapkan.

-13 5.0

KESIMPULAN
Bahasa Melayu merupakan suatu bahasa yang indah dan unik kerana ayat-ayat yang
digunakan mempunyai tautan antara satu ayat dengan ayat yang lain (kohesi) dan mempunyai
perkaitan antara satu perenggan dengan perenggan yang lain (koheren). Daripada pernyataan
inilah yang membuatkan sesebuah karya bahasa Melayu menjadi hebat. Bagi melahirkan karya

Bahasa Melayu, ianya bukanlah sesuatu yang sukar tetapi sekiranya seseorang penulis itu tahu
menggunakan wacana yang baik dan tepat, sudah pasti hasilnya juga akan hebat. Semasa
berbahasa, sama ada tulisan ataupun lisan mestilah mempunyai kesinambungan antara satu idea
dengan satu idea yang lain atau memperlihatkan wacana yang berkesan agar pendengar atau
pembaca memahami isi atau hujah yang ingin dan akan disampaikan.

Wacana yang baik mestilah mempunyai beberapa perkara seperti kohesi dan koheren
yang dinyatakan di atas dan termasuklah tahu akan fungsi wacana itu sendiri. Penanda wacana
tidak boleh digunakan pada tempat-tempat sembarangan, kerana kesalahan penggunaan penanda
wacana akan menjejaskan atau merosakkan maksud sesuatu hujah yang ingin disampaikan.
Pendengar atau pembaca akan keliru atau tidak memahami idea yang ingin disampaikan itu.

Setelah diteliti dengan mendalam, bolehlah dikatakan bahawa penanda wacana di dalam
bahasa Melayu ini mempunyai banyak kepentingannya dalam menghasilkan sesebuah karya
ataupun penulisan. Seseorang penulis haruslah tahu menggunakan dan faham akan kepentingan
wacana itu sendiri kerana aspek penanda wacana akan mempengaruhi cara pengolahan
serta penyusunan struktur ayat, pembahagian perenggan, penggunaan kosa kata dan penggunaan
bahasa secara keseluruhan. Pelajar seharusnya didedahkan dengan penggunaan penanda wacana
yang betul sejak awal lagi agar mereka tidak kekok dan dapat menggunakannya dengan berkesan
di masa hadapan. Hal ini tidak boleh dipandang ringan oleh semua pihak jika kita ingin
melahirkan seorang penulis atau karyawan yang berkaliber suatu hari nanti kerana semuanya
bermula dengan wacana yang berkesan.
http://jaafar2026.blogspot.com/p/fungsi-wacana-dalam-bahasa-melayu.html
WACANA
1.

PENGENALAN

Penulisan karangan adalah komponen penting dalam kemahiran bahasa


sehingga ia dijadikan satu gerak kerja utama dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu sama ada pada peringkat sekolah rendah atau peringkat sekolah
menengah. Kamarudin Husin (1996: 192) memetik pendapat Loban
menyatakan bahawa kemahiran bahasa terbahagi kepada empat, iaitu
kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan akhir sekali ialah kemahiran
menulis. Penguasaan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran penulisan
karangan bagi semua peringkat sekolah adalah tingkat terpenting kemahiran
bahasa.
Kemahiran mengarang ini amat disedari oleh para pendidik dan pengkaji
bahasa. Ianya perlu dipelajari dan dilatih sebagai aset penting yang perlu
dimiliki oleh setiap murid dalam mengharungi dunia moden hari ini. Ini jelas
kelihatan mencakupi ruang litup dalam dunia persekolahan, pekerjaan dan
sosial. Penguasaan bahasa penulisan akan melicinkan perhubungan formal
dalam bentuk surat- menyurat, laporan, pernyataan perasaan, dan
penglibatan dalam lain-lain aktiviti penulisan sama ada dalam bentuk yang
kreatif (kesusasteraan) ataupun yang berbentuk ilmiah.
Lado (1964), Broto (1974), Bullock (1976), dan Isahak Haron (1979)
berpendapat penulisan karangan bukanlah sekadar hasil kepandaian atau
kemahiran mengubah atau menyusun kata-kata, frasa, dan ayat, tetapi
merupakan kemahiran menyampaikan idea, fakta, dan sebagainya yang
terdapat dalam pemikiran manusia (pengarang atau penulis) melalui alat
komunikasi yang dinamakan bahasa (Awang Mohamad Amin, 1983:188).
Ketrampilan dalam mengarang perlu dikembangkan sejak dari peringkat
sekolah rendah sehinggalah peringkat menengah melalui sistem pendidikan
negara. Ini kerana semua mata pelajaran memerlukan kecekapan dalam
pengucapan idea, fakta, dan hujah dalam bentuk tulisan. Marohaini Yusoff
(1989: 179) mendapati bahawa fenomena pengajaran dan pembelajaran di
sekolah lebih tertumpu kepada penghasilan isi atau fakta dalam kegiatan
menulis atau mengarang, dan tidak kepada aspek-aspek penggunaan
bahasa yang baik serta teknik-teknik mengarang yang berkesan. Selain

keperluan berfikir untuk mendapatkan isi, pelajar juga tidak diajar


bagaimana untuk berfikir bagi menghasilkan cara yang berkesan
menyampaikan sesuatu mesej atau idea.
Kemahiran menulis adalah di antara cabang kemahiran yang perlu dipelajari
oleh manusia untuk melengkapkan proses kelangsungan berbahasa secara
natural dan mudah. Malah di dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah
telah dinyatakan dengan jelas bahawa kemahiran menulis adalah keperluan
wajib bagi selain daripada kemahiran membaca, mengira dan menaakul
yang menjadi elemen pengukuhan aplikasi untuk perlaksanaan modul-modul
pembelajaran di alaf baru ini.
Keempat-empat kemahiran ini perlu melangkah seiring memandangkan
keperluan pendidikan Bahasa Melayu dan mata pelajaran lain yang masih
menetapkan pengukuran prestasi dan keupayaan murid-murid dinilai secara
bertulis. Menulis tidak seperti membaca memerlukan kaedah yang spesifik
dan memerlukan koordinasi minda dan anggota tubuh. Proses menulis
adalah proses berterusan yang tidak tertakluk kepada pengajaran di sekolah
tetapi berlangsung sepanjang hidup.
Walshe, R.D. (1981) menyebut bahawa menulis ialah proses memilih,
menggabung, menyusun dan mengembangkan gagasan di dalam ayat,
perenggan atau untuk persembahan lisan seperti kuliah dan syarahan secara
berkesan. Menulis memerlukan koordinasi tubuh yang sekata seperti minda,
mata dan tangan untuk memilih ujaran dan kalimat yang sesuai untuk
disepakati menjadi seperangkat ayat atau perenggan yang lengkap yang
kemudiannya memberi makna dan kesan untuk melahirkan ilham atau idea
untuk difahami dan diaplikasi oleh masyarakat umum, jika perlu.
Menulis juga adalah proses merekod bahan-bahan ujuran ke dalam bentuk
tulisan berdasarkan pendapat, idea dan pengalaman. Ia boleh jadi hanya
sekadar simbol-simbol grafik yang disusun menjadi lambang dan
membentuk perkataan, ayat dan seterusnya menzahirkan bahasa dan

gagasan. Penulisan yang tersusun akan memberi makna dan memberi


manfaat kepada khalayak pembaca dan pendengarnya.
Daripada A C Krizan dan Joyce P Logan (2000) mentakrifkan menulis adalah
proses menyampaikan maklumat dan maksud. Proses penyampaian itu boleh
jadi juga melalui grafik yang digabungkan dan berkait rapat dengan lambang
bunyi yang diucapkan semasa kita bercakap sehingga dapat melahirkan
gagasan yang difahami dan diikuti. Maklumat bertulis mempunyai
keupayaan untuk disimpan dan dimanfaatkan dengan pelbagai cara seperti
wahyu-wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W yang
dikumpul dan direkodkan pada zaman Saidina Othman sehingga memberi
kebaikan kepada umat Muslim meskipun ratusan tahun sudah berlalu.
Bloomfield (1933: 21) di dalam Lyons (1995: 253) mengatakan bahawa
penulisan bukanlah bahasa, tetapi cara mencatatkan bahasa dengan tanda
yang dapat dilihat.Tanda-tanda yang dapat dilihat itulah yang dinamakan
simbol atau huruf yang disatukan sehingga menjadi perkataan yang
membawa makna. Beliau juga mentakrifkan penulisan ialah bahasa yang
disampaikan melalui bunyi atau grafik malahan melalui cara yang tidak
terhingga banyaknya.
2.

DEFINASI WACANA

Perkataan Wacana adalah padanan perkataan discourse dalam bahasa


Inggeris. Perkataan discourse dalam Kamus Webster, 1983: 522 bererti
hubungan fikiran dengan kata-kata, ekspresi idea-idea atau gagasangagasan atau percakapan. Hubungan secara umum, terutama sebagai suatu
subjek kajian atau pokok bahasan, risalah tulisan, disertasi formal, kuliah,
ceramah serta khutbah. Perkataan wacana menurut Kamus Dewan Edisi Baru
1993: 1484 bermaksud ucapan, pertuturan, percakapan, keseluruhan tutur
yang merupakan suatu kesatuan.
Semua perkara yang melibatkan bahasa ialah wacana. Retorik menjadi
komponen yang penting bagi wacana. Wacana adalah sebagai
kesinambungan cerita dengan bahasa yang mudah dan kesinambungan ini

ditunjang oleh jalinan maklumat. Dalam bidang pendidikan Bahasa Melayu


pula telah diperkenalkan beberapa definisi wacana. Dari segi hierarki
tatabahasa, wacana terletak pada heirarki yang tertinggi selepas ayat,
seperti yang tergambar dalam rajah berikut:
Perkataan --> Ayat --> Klausa --> Frasa --> Wacana
Wacana merupakan suatu bahagian atau unit yang paling tinggi yang
melampaui sebaris ayat yang lengkap. Oleh yang demikian, wacana dapat
dijelmakan dalam pelbagai bentuk sehinggalah meliputi peristiwa bahasa.
Menurut Kamus Dewan (2007), wacana membawa maksud keseluruhan tutur
kata yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan serta percakapan.
Manakala menurut pendapat Harimurthi (1982) pula, wacana merupakan
unit bahasa yang melebihi batas ayat.
Sementara itu, Raminah Haji Sabran (1985) dalam bukunya yang bertajuk
Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan, mendefinisikan wacana
adalah unit bahasa yang melebihi batas ayat, kerana itu ia boleh terdiri
daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, dialog, siri buku dan
sebagainya yang di dalamnya memperlihatkan hubungan-hubungan dan
perkembangan fikiran yang berturutan. Menurut beliau lagi, wacana
merupakan kesatuan bahasa yang lengkap.
Berdasarkan pernyataan-pernyataan di atas, dapatlah dikatakan bahawa
setiap bahasa mempunyai bilangan ayat yang tidak terhad. Walaupun
begitu, sejumlah ayat tertentu hanya membawa satu tumpuan makna
sahaja. Manakala tumpuan makna pula akan membentuk satu fokus
pemikiran yang mana di dalam tatabahasa ianya disebut sebagai wacana.
Selain itu, wacana juga boleh disebut sebagai rentetan, tautan dan
hubungan antara sistem bahasa yang tersusun sehingga menjadi satu
bentuk ayat, perenggan, karangan, sebuah novel, sebuah majalah, buku
seminar, bengkel, forum dan sebagainya.
Wacana berasal daripada perkataan Jawa iaitu wocono atau woco yang
membawa maksud baca. Wacana juga terbahagi kepada dua jenis iaitu
wacana jenis iaitu:

a)

Wacana Jenis Lisan

b)

Wacana Jenis Tulisan.

a)

Wacana Jenis Lisan

Wacana jenis lisan merupakan wacana yang melibatkan antara penutur dan
juga pendengar. Wacana lisan dihasilkan atau dituturkan secara lisan dan
melibatkan komunikasi secara langsung antara penutur dengan pendengar
seperti aktiviti perbualan harian, temu ramah, ceramah, ucapan, khutbah
dan sebagainya. Sebagai contohnya ialah seorang guru yang bertanya
kepada muridnya kenapa tidak hadir ke kelas.
Wacana jenis ini melibatkan ekspresi wajah, nada suara, gerak badan dan
sebagainya dalam menyampaikan sesuatu maksud. Wacana juga penting
bagi menghasilkan kerja yang bermutu selain daripada boleh
menyempurnakan sesuatu perkara. Sebagai contohnya, dengan
menggunakan wacana yang betul melalui percakapan seseorang itu akan
menyebabkan seseorang itu akan dihormati oleh orang lain. Hal ini kerana
seseorang itu mampu mempamerkan kesungguhannya menggunakan
bahasa dengan betul ketika bercakap.
b)

Wacana tulisan

Wacana Jenis Tulisan pula ialah wacana yang melibatkan bidang penulisan
melibatkan hubungan antara penulis dengan pembaca. Komunikasi yang
berlaku dalam wacana tulisan ini adalah secara tidak langsung. Contoh
wacana tulisan adalah seperti tulisan rencana, akhbar, majalah, novel, surat
rasmi yang ditulis kepada kerajaan, laporan, memo dan sebagainya.
Wacana bukan sekadar diperingkat ayat, malahan meliputi perenggang, bab,
buku dan siri buku. Tujuh ciri ketekstualan perlu dipenuhi untuk
menghasilkan wacana yang baik sama ada dalam penghasilan penulisan
atau pengucapan.
Sesebuah wacana tulisan yang baik perlu memperlihatkan pertautan dan
kesinambungan idea. Pertautan dan kesinambungan idea ini bukan sekadar

antara ayat dengan ayat atau antara satu perenggan dengan satu
perenggan, bahkan dari satu bab dengan bab yang lain. Hal ini penting untuk
memperlihatkan kesatuan bagi menghasilkan wacana yang utuh.
3.

DEFINISI DAN KONSEP TATABAHASA WACANA DALAM PENULISAN

KARANGAN
Pengajaran tatabahasa wacana dalam penulisan yang terancang juga dapat
membantu murid-murid memahami unsur-unsur tatabahasa, fungsinya dan
makna tatabahasa (Arbak Othman 1985:19). Dalam Sukatan Pelajaran
Bahasa Melayu KBSM 2001, aspek tatabahasa sangat ditekankan dan
dijadikan dasar kecekapan berbahasa dan diajarkan secara terancang dalam
konteks bagi menghasilkan ketepatan berbahasa. Ini bagi membolehkan
murid-murid mengikuti pengajaran tatabahasa secara berkesan dan
memudahkan pemahaman mereka. Pengetahuan dan kemahiran
berkomunikasi ini membantu murid menghasilkan ayat yang gramatis dan
berkomunikasi dengan berkesan. Pengajaran tatabahasa juga hendaklah
diajar dengan tidak memisah-misahkan aspek-aspek tatabahasa yang
hendak diajar dengan kemahiran bahasa yang lain.
Menurut Abd. Aziz Abd Talib (2000:236) pengajaran tatabahasa
membolehkan murid-murid berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dengan
baik. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM 2001 mencadangkan bahawa
tatabahasa hendaklah digabungjalinkan dengan kemahiran-kemahiran
berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis.Tujuan utama
penggabungjalinan ini dalam pengajaran tatabahasa adalah untuk
memastikan murid akan belajar dan menguasai tatabahasa wacana dalam
penulisan karangan sambil melakukan aktiviti-aktiviti yang bermakna dalam
kemahiran yang ditetapkn (Awang Sariyan, 2004:194).
4.

STRATEGI PENGAJARAN WACANA PENULISAN KARANGAN PERINGKAT

SEKOLAH RENDAH

Bahasa Melayu merupakan suatu bahasa yang indah dan unik kerana ayatayat yang digunakan mempunyai tautan antara satu ayat dengan ayat yang
lain (kohesi) dan mempunyai perkaitan antara satu perenggan dengan
perenggan yang lain (koheren). Daripada pernyataan inilah yang
membuatkan sesebuah karya bahasa Melayu menjadi hebat. Bagi
melahirkan karya Bahasa Melayu, ianya bukanlah sesuatu yang sukar tetapi
sekiranya seseorang penulis itu tahu menggunakan wacana yang baik dan
tepat, sudah pasti hasilnya juga akan hebat. Semasa berbahasa, sama ada
tulisan ataupun lisan mestilah mempunyai kesinambungan antara satu idea
dengan satu idea yang lain atau memperlihatkan wacana yang berkesan
agar pendengar atau pembaca memahami isi atau hujah yang ingin dan
akan disampaikan.
Wacana yang baik mestilah mempunyai beberapa perkara seperti kohesi dan
koheren yang dinyatakan di atas dan termasuklah tahu akan fungsi wacana
itu sendiri. Penanda wacana tidak boleh digunakan pada tempat-tempat
sembarangan, kerana kesalahan penggunaan penanda wacana akan
menjejaskan atau merosakkan maksud sesuatu hujah yang ingin
disampaikan. Pendengar atau pembaca akan keliru atau tidak memahami
idea yang ingin disampaikan itu.
Setelah diteliti dengan mendalam, bolehlah dikatakan bahawa penanda
wacana di dalam bahasa Melayu ini mempunyai banyak kepentingannya
dalam menghasilkan sesebuah karya ataupun penulisan. Seseorang penulis
haruslah tahu menggunakan dan faham akan kepentingan wacana itu sendiri
kerana aspek penanda wacana akan mempengaruhi:
a)

Cara pengolahan serta penyusunan struktur ayat.

b)

Pembahagian perenggan.

c)

Penggunaan kosa kata.

d)

Penggunaan bahasa secara keseluruhan.

Pelajar-pelajar sekolah rendah terutamanya, perlu didedahkan dengan caracara meningkatkan kemahiran penggunaan wacana terutamanya di dalam
aktiviti penulisan. Penggunaan wacana yang lemah akan menjejaskan kualiti

sesebuah karya. Menurut Kamaruddin Hj Husin (1988) di dalam buku HBML


3203, Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu keluaran Open
University Malaysia, menjelaskan bahawa beberapa perkara perlu diberikan
perhatian oleh murid dalam usaha menghasilkan penulisan yang baik, iaitu
sebelum, semasa dan selepas menjalankan aktiviti penulisan.
Pelajar yang pintar akan membuat persediaan awal sebelum menulis
sesebuah karya atau karangan. Mereka sepatutnya melakukan banyak
latihan tatabahasa terlebih dahulu dan membaca lebih bahan-bahan
tambahan seperti akhbar, majalah, buku-buku ilmiah dan sebagainya bagi
mendapatkan idea serta menambah perbendaharaan kata dan mengetahui
penanda wacana yang sesuai dan menarik untuk dimasukkan ke dalam hasil
tulisan mereka nanti.
Pelajar juga patut didedahkan dengan latihan-latihan menyalin semula
petikan atau perenggan yang mengandungi penanda wacana yang baik agar
mereka dapat memahami fungsi penanda wacana yang sesuai di dalam hasil
penulisan mereka nanti. (Kamarudin Hj. Husin, 1988), menyarankan agar
seorang guru sentiasa memberi perhatian dalam beberapa perkara dalam
mengajarkan penulisan iaitu:
a)

Sebelum Penulisan
I.

Murid perlu memahami format karangan

dan apakah yang diinginkan dalam soalan.


II.

Mengetahui maklumat penting dalam

soalan atau kata kunci .


III.

Menjana idea isi penting dan seterusnya

membina draf karangan .


IV.

Memastikan tiga aspek utama penulisan di

patuhi iaitu, pendahuluan, isi dan penutup. Kebiasaannya setiap karangan


perlu mempunyai satu perenggan pendahuluan, empat perenggan isi dan
penutup.
b)

Semasa Penulisan
I.

Memastikan format yang perlu di patuhi

II.

Membuat huraian berdasarkan isi

karangan/kerangka penulisan.
III.

Menulis pendahuluan secara ringkas.

Memadai dua atau tiga baris ayat.


IV.

Setiap isi seharusnya di nyatakan dengan

jelas beserta huraian dan contoh.


V.

Membuat rumusan atau kesimpulan

daripada karangan
4.1 MENULIS PENDAHULUAN
Pendahuluan yang baik dapat memberikan gambaran menyeluruh
tentang perbincangan dalam bahagian isi. Pendahuluan boleh dibina dengan
tiga hingga lima ayat. Karangan bermula dengan ayat pengenalan. Satu ayat
pengenalan dikira sudah memadai. Ayat ini akan membawa pembaca untuk
memahami tajuk dan isi secara umum. Ini diikuti oleh dua atau tiga ayat
huraian, yang merupakan ayat yang menyokong atau menghuraikan
kenyataan dalam ayat pengenalan.
Perenggan pendahuluan perlu memperkenalkan tajuk karangan
kepada pembaca. Maknanya, dalam perenggan ini belum terdapat sebarang
isi, tetapi menyatakan hal yang berkait rapat dengannya. Perenggan ini
diakhiri oleh satu ayat pokok, yang membawa pembaca secara tegas kepada
tujuan atau arah karangan, iaitu persoalan yang hendak dibincangkan dalam
bahagian isi nanti.
Pendahuluan merupakan keterangan ringkas tentang perkara yang akan
diketengahkan dalam karangan. Pendahuluan yang baik, lancar dan
berkesan akan memberikan gambaran isi karangan yang mantap dan
menarik. Pendahuluan yang baik dapat memberikan gambaran menyeluruh
tentang perbincangan dalam bahagian isi. Teliti perkara-perkara berikut yang
perlu ada dalam perenggan pendahuluan.
Perkara-penting Dalam Pendahuluan

Ringkasnya perenggan pendahuluan mengandungi ayat-ayat yang disusun


seperti berikut:

Kehendak soalan yang dikemukakan.

Isu atau perkara yang berkaitan dengan soalan

Keterangan isu atau perkara yang berkaitan dengan kehendak

soalan

Hala tuju soalan (sebab / langkah / kesan)

Terdapat beberapa jenis pendahuluan yang biasanya digunakan dalam


penulisan karangan, antaranya:
a.

Pendahuluan jenis definisi

b.

Pendahuluan jenis pendapat

c.

Pendahuluan jenis suasana

d.

Pendahuluan jenis persoalan

e.

Pendahuluan jenis peribahasa

a)

Pendahuluan Jenis Definisi.

Memberikan takrif makna definisi


Contoh:
Pembelajaran secara berkumpulan dapat didefinisikan proses pembelajaran
bersama rakan dalam kumpulan kecil. Hal ini bermaksud pelajar akan
berkongsi idea dan maklumat bersama rakan lain dalam kumpulan sewaktu
proses pembelajaran.
b)

Pendahuluan Jenis Pendapat.

Menyatakan pendapat mengenai sessuatu perkara.


Contoh:
Kebanjiran warga asing yang datang ke Malaysia untuk mencari peluang
pekerjaan bukanlan sesuatu yang positif. Hal ini kerana Jabatan Imigresin
merekodkan sebahagian pendatang asing ini merupakan pendatang asing
tanpa izin yang tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah. Tanpa kawalan

yang sewajarnya, mereka akan menyumbang kepada pelbagai masalah


sosial negara Pendahuluan yang baik dapat memberikan gambaran
menyeluruh tentang perbincangan dalam bahagian isi.
a)

Pendahuluan Jenis Peribahasa.

Memasukkan satu atau lebih peribahasa Melayu yang sesuai.


Contoh:
Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafaka' adalah
peribahasa yang amat bersesuaian dengan kita sebagai masyarakat
berbilang kaum. Tanpa permuafakatan yang jitu dan teguh, kita pastinya
akan menjadi ahli masyarakat seperti enau dalam belukar, melepaskan
pucuk masing masing. Hal ini kerana permuaafakatan akan membawa
pelbagai kebaikan yang akan memajukan negara,

b)

Pendahluan Jenis Persoalan.

Mengemukakan beberapa pertanyaan yang berkaitan dengan tajuk


Contoh:
Kita sebagai rakyat Malaysia sering berkata bahawa kita perlu mengamalkan
nilai-nilai murni. Adakah kita mengetahui apakah nilainilai murni itu?
Adakah kita yakin bahawa kita telah berjaya menerapkan nilai murni dalam
diri? Sejauh mana pula kita mengamalkan nilai-nilai murni ini dalam
kehidupan seharian? Segala persoalan ini seharusnya mampu membuat kita
merenung kembali dalam diri.
c)

Pendahuluan Jenis Suasana.

Menggambarkan sesuatu melalui suasana yang sesuai.


Contoh:
Kedinginan pagi disusuli kicauan unggas hutan amat menarik perhatianku. Di
kiri dan kananku adalah kehijauan rimba yang mangamit sukmaku, betapa

tenangnya berada di desa ini. Ku lihat cahaya matahari mencuri masuk di


celah dedaun pokok menandakan hari kian cerah.
4.2 MENULIS BAHAGIAN ISI
Isi hendaklah disusun dengan teratur dan berkait di antara satu dengan
lain.Isi perlu mengikut kehendak tajuk karangan itu. Karangan perlu
mempunyai empat isi. Isi yang lebih tidak mengapa tetapi mungkin
menyebabkan kekurangan masa.Isi yang utama didahulukan.
Untuk mendapat isi yang baik dan banyak, pelajar amat digalakkan banyak
membaca surat khabar, majalah-majalah, makalah-makalah, rencanarencana, buku-buku cerita, mendengar sesuatu, menyaksikan sendiri dan
dari pengalaman sendiri.
Isi-isi itu dipecahkan dalam perenggan-perenggan. Sebaik-baiknya satu isi,
dalam setiap perenggan kecuali jika isi tersebut agak pendek dan saling
berkaitan. Pelajar perlu sentiasa memerhatikan penghuraian isi agar tidak
terkeluar dari tajuk yang dikehendaki. Selain itu pelajar menyenaraikan isi
sebelum menulis. Hal ini bertujuan setiap isi tidak bercampur dengan isi lain.
Penghuraian setiap perenggan tidak semestinya sama panjang. Ianya
bergantung kepada penekanan sesuatu isi. Kebiasaannya isi utama di
huraikan lebih panjang berbanding yang lain kerana diberi lebih penekanan.
Perenggan isi terdiri daripada:
a)

Isi utama.

b)

Huraian tentang isi utama.

c)

Mengemukakan bukti/contoh/ data/ statistik.

d)

Rumusan/ pendapat/ cadangan.

Contoh isi karangan


Tajuk

: Langkah-langkah untuk mengatasi pencemaran alam sekitar

Skop

: Kaedah mengatasi pencemaran alam sekitar

Pendahuluan : Pencemaran membawa banyak keburukan_ perlu


dibendung_ pelbagai langkah perlu dijalankan

Isiisi penting
(A1)

Kempen kesedaran perlu diperhebat_ menyedarkan orang ramai

supaya memelihara alam sekitar daripada pencemaran.


Contoh: Ceramah dan pameran tentang kesan pencemaran alam sekitar.
(A2)

Program pendidikan tentang bahaya pencemaran. Perlu diterapkan

dalam sistem pendidikan sekolah.


Contoh: Program Anak Angkat Sungai.
(A3) Penguatkuasaan terhadap alam sekitar._ Hukuman berat kepada
pihak yang mencemarkan alam sekitar.
Contoh: Pembuangan sisa toksik, pembakaran terbuka dan pembalakan
haram dikenakan denda dan hukuman penjara.
(A4) Memperbaik sistem pengangkutan awam_ mengurangkan jumlah
kenderaan yang menggunakan bahan api fosil. Untuk mengelakkan
pencemaran udara yang lebih teruk
(A5) Melaksanakan kempen pemeliharaan dan pemuliharaan.
Contoh: Kempen kitar semula bahan terbuang
4.3 PENUTUP
Kaedah menulis Bahagian Penutup
Sesebuah karangan itu seharusnya disudahi dengan penutup yang tepat dan
jelas dan bersesuaian dengan huraian yang ditulis sebelum itu. Tidak kiralah
apa jua laras wacana tersebut sama ada cerita, catatan, perbahasan dan
sebagainya.
Pelajar seringkali mengabaikan komponen penutup kerana berandaian
bahawa bahagian ini kurang penting dalam sesebuah karangan . Tanpa
penutup sesebuah karangan akan dianggap tergantung. Penutup merupakan
penegasan kepada isi yang telah dihuraikan dalam bahagian pengembangan
isi.
Aspek penting dalam penutup

Mulakan ayat dalam bahagian kesimpulan dengan menggunakan frasa


seperti berikut:
a)

Ayat / Frasa memulakan penutup.

1)

Kesimpulannya

2)

Sebagai kesimpulan, dapatlah dikatakan bahawa .

3)

Berdasarkan keterangan-keterangan tersebut, jelaslah bahawa ..

4)

Ringkasnya, jelaslah bahawa .

5)

Kenyataan-kenyataan tersebut menunjukkan bahawa.

6)

Natijahnya, jelaslah bahawa

Penutup dalam penulisan karangan yang berformat perlu disudahi dengan


penutup mengikut format yang telah ditentukan dalam karangan
berkenaan.Pelajar perlu mengemukakan rumusan pendapat, pandangan
ataupun saranan tentang keseluruhan isi karangan yang telah dibincangkan.
Teliti perkara-perkara yang perlu ada dalam perenggan penutup seperti di
bawah.
b)

Ayat / Frasa memulakan penutup berformat

1)

Sekian, terima kasih.

2)

Saya sudahi syarahan saya dengan serangkap pantun,

Pucuk pauh delima batu


anak sembilang di tapak tangan
sekian sampai dini dahulu
buat tatapan pembaca sekalian.
Penutup dalam karangan jenis cerita ialah kesudahan kepada peristiwaperistiwa yang berlaku dalam bahagian isi cerita. Pastikan penutup dalam
karangan jenis cerita sejajar dengan kehendak soalan. Umpamanya, jika
soalan berkehendakkan menceritakan cara memulihkan rakan yang

pengsan, pastikan pada penghujung cerita rakan yang dipulihkan itu sedar
daripada pengsan. Jangan biarkan penghujung cerita tergantung.
Pastikan perenggan penutup ditulis dalam satu perenggan sahaja. Bagi
mendapatkan hasil yang baik dalam penggunaan wacana dalam kalangan
pelajar ini, guru juga sepatutnya meminta murid melengkapkan atau
membina ayat-ayat berdasarkan penanda wacana yang betul. Seterusnya,
murid juga perlu diberi latihan menyusun ayat berdasarkan urutan ayat serta
meletakkan penanda wacana dan kata hubung yang sesuai.
Murid juga diminta untuk melengkapkan perenggan berdasarkan urutan
cerita dengan memasukkan penanda wacana yang sesuai dan betul di
antara ayat atau perenggan supaya terdapat kohesi dan koherennya.
Bagi menghasilkan sesebuah karya yang baik dan menarik, pelajar mestilah
sentiasa merujuk kamus untuk mengetahui erti atau makna perkataan sukar
atau perkataan baru yang bakal digunakan di dalam sesuatu penulisan.
Pendedahkan penggunaan penanda wacana yang betul patut dimulai sejak
awal lagi agar mereka tidak kekok dan mampu mengaplikasikannya secara
berkesan. Pemantauan dan perlaksanaan yang secara sistematik serta
berterusan diikuti pengembangan secara konsisten adalah usaha gabung
pelbagai pihak yang di harap mampu memacu usaha kita bagi melahirkan
seorang penulis atau karyawan yang berkaliber di masa hadapan. Ironi
dengan pengabungan tugas dan fungsi demi mencapai matlamat yang sama
adalah satu langkah yang baik dan koheran dalam membentuk wadah
pendidikan melalui bidang penulisan.
Wacana merupakan unit yang berada di tingkat bahasa yang teratas
melampaui tiga kategori besar iaitu ayat, penggunaan bahasa dan juga
amalan sosial yang meliputi bukan linguistik dan bukan tentu bahasa.
Wacana dapat direalisasikan dalam pelbagai bentuk sehingga meliputi
peristiwa bahasa.

5.

CIRI-CIRI DAN KEPENTINGAN MENGAPLIKASI WACANA DALAM

PENULISAN KARANGAN
Ciri- ciri wacana
Menurut Nik Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan edisi Ketiga pula,
terdapat dua ciri utama dalam sebuah wacana yang utuh iaitu:
a)

Kohesi (atau tautan)


Wacana dicirikan oleh kesinambungan maklumat. Maka

kesinambungan di sini di ertikan sebagai kesatuan makna. Ini bermakna


kohesi merupakan hubungan antara ayat dalam sebuah wacana. Tidak kira
sama ada dari segi strata gramatikal atau strata leksikal tertentu.
Penguasaan dan juga pengetahuan kohesi yang baik akan dapat
menghasilkan wacana yang baik. Kaedah yang digunakan ialah berdasarkan
penyampaian maklumat lama dan baru.
Wacana juga di cirikan oleh kesinambungan maklumat yang
diertikan sebagai kesatuan makna. Kesatuan makna dalam wacana ini pula
dapat di lihat dari segi makna logik dan makna tautan. Menurut Halliday dan
Hassan (1976) tautan merupakan satu set kemungkinan yang, wujud dalam
bahasa untuk menjadikan suatu teks itu berkesatuan.Tautan juga
memperlihatkan jalinan unjuran dalam bentuk ayat bagi membentuk teks
atau konteks dengan cara menghubungkan makna yang terkandung dalam
unsur.
b)

Koheren (atau runtutan).

Menurut Lehman (1984) wacana mempunyai ciri-ciri koheren atau keutuhan


wacana, maksud pengirim, pemberian informasi, situasi pengujaran dan
pertautan. Koheren bermaksud keterikatan unsur-unsur dunia teks,
terutamanya susunan gagasan atau konsep. Jalinan hubungan yang
mengetengahkan hal tersebut dan isi teks supaya mudah difahami secara
relevan.
Menurut Lehman (2002) terdapat empat aturan yang menetapkan aturan
tersebut iaitu:
1)

Aturan pengulangan

2)

Aturan perkembangan

3)

Aturan hubungan

4)

Aturan tidak bercanggah.

c. Tujuan sesuatu wacana


Menurut Nik Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga,
beliau menjelaskan juga ciri-ciri yang lain termasuklah tujuan sesuatu
wacana, penerimaan oleh pendengar atau pembaca, maklumat yang
terkandung, keadaan yang mewujudkan wacana dan interteks atau peranan
wacanawacana lain yang membantu pendengar atau pembaca memahami
apa yang didengar atau dibaca.
Tujuan wacana adalah penting untuk memilih teknik penyampaian
wacana sama ada naratif, deskriptif, eksposisi atau penghujahan. Tujuan
juga menentukan bentuk wacana sama ada ucapan, syarahan, surat rasmi
atau tidak rasmi dan sebagainya.
d. Makna dalam Wacana
Keutuhan sesuatu wacana adalah penting dan ianya dapat dilihat
daripada kewujudan hubungan dengan aspek makna berdasarkan
penggunaan tatabahasa yang betul. Hubungan wacana dengan makna dapat
ditinjau daripada kesepaduan makna yang wujud berdasarkan aspek
tatabahasa yang digunakan.
6.

KEPENTINGAN MENGAPLIKASI WACANA DALAM PENULISAN KARANGAN

Gaya wacana sama ada gaya formal atau tidak formal ditentukan oleh kaitan
antara penutur dengan masyarakat sekitarnya. Karya menggunakan gaya
bahasa yang sesuai kepada para pembaca. Adakalanya, gaya bahasa yang
digunakan mampu menimbulkan kesan dialek sosial (laras bahasa) dalam
pertuturan.
Wacana juga mempunyai tujuan menentukan jenis sesuatu ayat tersebut.
Kata hubung dan penanda wacana yang digunakan akan menentukan jenisjenis sesuatu ayat bergantung fungsi sesuatu ayat tersebut. Jika tujuan

penutur adalah untuk mendapatkan maklumat, jadi ayat yang terbentuk


ialah ayat tanya. Ianya bagi mengelakkan pengulangan maklumat atau
pengulangan ayat yang mempunyai tujuan atau matlamat yang sama.
Penulisan bertujuan untuk pembaca menilai dan mengenalpasti hubungan
hasil bacaan dengan pembacanya. Sesuatu penulisan yang baik dapat dinilai
melalui sejauh mana bahan tulisan itu mampu menyakinkan pembacanya.
Pencerahan dari segi maklumat dan pengolahannya yang sempurna mampu
mengwujudkan satu bentuk penghubung antara bahan bacaan dengan
pembacanya.
Ciri wacana yang seterusnya ialah berdasarkan kaitan penutur dengan
pendengar iaitu wacana lisan. Penanda wacana dan kata penghubung
berfungsi sebagai pengabung jalin antara maklumat yang diterima dan
menjadikannya serasi dan bertepatan. Segala maklumat akan digabungkan
mengikut hiraki dan keutamaan. Pengabungan antara maklumat dan fakta
akan dipisahkan dengan mengunakan perenggan yang ianya seharusnya
saling berkait dan saling bertautan. Maklumat yang bertentangan tidak boleh
dimuatkan dalam wacana. Contohnya: Kelmarin dia tidur sehari suntuk.
Kelmarin dia tidur hingga jam 9.00 pagi.
Selain itu, wacana perlu mempunyai unsur-unsur susun atur menurut sebab,
akibat, tempat, waktu, keutamaan dan sebagainya. Ayat- ayat itu harus
mempunyai urutan yang berkait rapat. Ayat- ayat dihubungkan dengan
menggunakan penanda wacana agar ayat- ayat tersebut berkohensi (makna
tautan) dan koherens (logik). Ayat tautologi (ayat yang sudah dinyatakan
sebelumnya) tidak perlu diulang.
Wacana harus mempunyai andaian dan inferensi. Maklumat pertama dalam
wacana digelar andaian, manakala maklumat berikutnya disebut inferensi.
Kebiasaannya satu ayat hanya mempunyai satu inferensi sahaja. Tetapi
adakalanya, andaian dapat ditentukan oleh pembaca itu sendiri tanpa perlu
ditulis. Secara tidak langsung pembaca dapat menghayati sesuatu penulisan
tersebut dan menikmatinya.

Wacana haruslah mempunyai maklumat baru dan dapat dibuktikan dengan


data atau sesuatu fakta. Sesuatu ayat yang mengesahkan kebenaran ayat
sebelumnya tidak boleh dimasukkan dalam satu wacana. Ianya berfungsi
untuk membenarkan sesuatu yang mungkin akan dianggap sebagai satu
andaian atau rumor pada permulaannya menjadi sesuatu yang hakiki dan
fakta. Ini akan menghasilkan sesuatu penulisan yang bersifat kenyataan,
logik dan realistik dan bukanlah rekaan individu semata- mata.
Semua perkara yang melibatkan bahasa ialah wacana. Retorik menjadi
komponen yang penting bagi wacana. Fonologi merupakan kajian mengenai
fonem sebagai unit bahasa. Sintaksis pula mengkaji ayat sebagai unit
bahasa, binaan serta konstruksinya. Bagaimanapun kebolehan menguasai
bidang-bidang ini hanya menjamin kebolehan menggunakan sistem dan
peraturan-peraturan tatabahasa sahaja. Tingkat-tingkat fonem, morfem,
kata. frasa, klausa, isi. Kamus
Wacana ialah satu unit bahasa yang lengkap dan melebihi tingkat ayat. Oleh
kerana sifatnya yang lengkap wacana mempunyai tubuh teks seperti berikut:
1.

Pendahuluan

2.

Tubuh - isi, munasabah, logik, menarik, berkesan, usur-unsur

paralinguistik (tanda bacaan, cetakan tebal, miring, garis tebal)


3.

Penutup

4.

Graf, jadual, peta dan statistik.

7. APLIKASI PENULISAN WACANA BERBENTUK FAKTA DI SEKOLAH RENDAH


Untuk menghasilkan karangan fakta yang baik perkara-perkara berikut perlu
diberi perhatian:
a)

Anda perlu mempunyai pengetahuan yang luas dalam pelbagai bidang

sekiranya bercadang menulis karangan jenis ini.


b)

Sebelum menulis, anda mestilah memastikan bahawa anda

mempunyai fakta-fakta yang cukup tentang tajuk yang dikemukakan.


c)

Isi atau fakta yang diberikan perlu lengkap, tersusun, dan menepati

kehendak soalan.

d)

Cara penyampaiannya mestilah ringkas serta menggunakan ayat dan

kata yang mudah difahami.


e)

Carilah sekurang-kurangnya 4 isi penting, pendahuluan dan penutup.

Jadual dibawah berikut menerangkan aplikasi kemahiran wacana dalam


penulisan sekolah rendah.
TAJUK/OBJEKTIF
KEMAHIRAN
MEDIA PENGAJARAN
KBKK
Penulisan: Fakta
Objektif :
Murid boleh:
1. Memberikan pendapat yang bernas mengenai sesutu perkara yang
dibincangkan.
2. Menyusun isi mengikut turutan yang betul
3. Menyenaraikan isi dengan menulis semula isi dengan baik.
4. Murid dapat menjawab soalan yang dikemukakan dengan tepat
berdasarkan bahan.
5. Menulis karangan lengkap dalam bentuk prosa.
1.1.6 Menjawab soalan tentang isi sesuatu bahan.
1.4.9. Menyatakan pendapat yang bernas dalam perbincangan.
3.3.5. Menulis semula maklumat yang diterima dengan teratur.
3.4.0 Menulis karangan dalam bentuk Prosa.
1. Gambar.
2. Kad jalur.
3. Carta.
4. Keratan akhbar.
1. Menjana idea.
2. Menyusun mengikut keutamaan.

Jadual: Tajuk atau Objektif, Kemahiran, Media Pengajaran dan Kemahiran


berfikir secara kritis dan Kreatif (KKBK).
Contoh 1.
Kita digalakkan rajin membaca buku cerita. Terangkan faedah-faedah yang
diperolehi daripada membaca.
Rangka karangan.
Pendahuluan
Membaca hobi yang banyak memberi faedah.

Boleh didapati di perpustakaan atau kedai buku.

Masa yang terluang digunakan dengan membaca buku.

Idea
1) Dapat menambah pengetahuan.

Membaca fiksyen sains, mengetahui tentang sains.

Boleh digunakan dalam mata pelajaran sains.

2) Dapat memberikan hiburan.

Perasaan merasa tenang sesudah membaca.

Mudah untuk mengulang kaji buku sekolah.

3) Bahasa akan bertambah baik.

Membaca buku inggeris bahasa kita semakin baik.

Kita mahir mengarang.

4) Menggunakan masa terluang dengan berfaedah.

Tidak membaca akan bercampur dengan budak nakal.

Boleh melakukan perbuatan yang tidak baik.

Penutup
Masa itu sangat berharga.

Genakan masa terluang dengan membaca.

Perlu membaca sebuah buku dalam tempoh seminggu.

Mengarang karangan berpandukan peta minda diatas.


Faedah-faedah Membaca Buku Cerita.
Membaca buku cerita merupakan hobi yang banyak memberikan
faedah. Buku cerita boleh kita perolehi dari perpustakaan ataupun menerusi
kedai buku. Oleh sebab faedahnya yang begitu banyak, setiap masa yang
terluang perlu kita mafaatkan dengan membaca buku cerita.
Membaca buku cerita boleh menambahkan ilmu pengetahuan
sebagai contoh, sekiranya kita membaca buku fiksyen sains, kita akan
mengetahui perkara-perkara yang berkaitan dengan sains. Segala
pengetahuan itu boleh kita gunakan dalam pembelajaran matapelajaran
Sains di kelas.
Membaca buku cerita juga dapat memberikan kita hiburan. Sebagai
contoh, hati kita yang tertekan akan menjadi tenang dengan kesudahan kita
yang kita baca. Apabila kita merasa tenang mudahlah untuk kita mengulang
kaji buku-buku pelajaran pula.
Seterusnya, membaca buku cerita dapat mempercepatkan
penguasaan kita dalam sesuatu bahasa. Sebagai contoh, sekiranya kita rajin
membaca buku dalam bahasa inggeris, penguasaan kita dalam bahasa
inggeris akan bertambah baik. Kesannya, mudah untuk kita mengarang
dalam bahasa tersebut apabila guru menyuruh kita mengarang cerita.
Membaca buku cerita sebenarnya adalah satu cara untuk kita
menggunakan masa lapang kita dengan baik. Sebagai contoh jika kita tidak
membaca, mungkin kita menggunakan masa itu untuk bercampur gaul
dengan budak-budak nakal. Kesannya, kemungkinan kita akan terjebak
dalam kegiatan yang tidak sihat seperti mencuri.
Sesungguhnya, masa itu emas dan membaca pula sebagai jambatan
ilmu. Oleh itu, gunakan masa yang terluang dengan membaca. Bermula hari
ini, kita hendaklah tanamkan azam untuk membaca sebuah buku cerita

setebal 60 halaman dalam tempoh seminggu agar kita menjadi murid yang
tajam hati.
Maksud peribahasa yang digunakan.
Tajam haticerdas dan pintar.
Contoh 2.
Kita dididik sepaya berjasa kepada guru. Tulis sebuah karangan tentang caracara membalas jasa guru.
Rangka karangan.
Pendahuluan
Menjadi murid yang tahu membalas jasa.

Di rumah membalas jasa ayah dan ibu.

Di sekolah membalas jasa guru.

Idea
1) Rajin belajar.

Memberi tumpuan ketika belajar.

Akhirnya mendapat keputusan yang baik.

3)

Mengamalkan nasihat guru.

Guru mahu kita berbudi bahasa.

Bersifat lemah lembut dengan guru.

3) Tahu menghargai jasa guru.

Berterima kasih dan memberikan hadiah ketika Hari Guru.

Guru bangga murid tahu mengenang budi.

4) Ingat guru walaupun sudah meninggalkan sekolah.

Menghubungi bekas guru.

Mengeratkan siraturahim.

Penutup
Banyak cara membalas jasa guru.

Berusaha menjadi murid yang tahu mengenang budi.

Orang berbudi kita berbahasa.

Mengarang karangan berpandukan peta minda diatas.

Mengarang karangan berpandukan peta minda di atas.


Cara-cara Membalas Jasa Guru.
Kita perlu menjadi seorang yang tahu membalas jasa. Di rumah kita perlu
membalas jasa ayah dan ibu. Di sekolah pula kita perlu membalas jasa guru.
Untuk membalas jasa guru, kita perlu rajin belajar. Sebagai contoh, semasa
di dalam kelas, kita memberikan tumpuan semasa guru mengajar. Kesannya,
kita akan mendapat keputusan yang cemerlang dan sudah tentu guru kita
akan merasa gembira.
Kita juga perlu mengamal segala nasihat guru. Sebagai contoh guru mahu
kita bersikap berbudi bahasa. Oleh itu, apabila kita bertemu dengan guru,
kita perlu menunjukkan sikap lemah lembut.
Seterusnya, kita tahu menghargai jasa guru. Sebagai contoh, kita mengucap
terima kasih atau member hadiah ketika Hari Guru. Kesannya, guru merasa
murid-muridnya insan yang tahu mengenang budi.
Selanjutnya, kita perlu menghargai guru walaupun kita sudah meninggalkan
alam persekolahan.Sebagai contoh, kita patut menghubungi bekas guru kita
di sekolah rendah satu ketika dahulu. Cara ini dapat mengeratkan
siraturrahim yang sudah lama terjalin.
Sebagai kesimpulannya, banyak cara yang boleh dilakukan untuk membalas
jasa guru. Oleh itu, kita berusaha menjadi murid yang tahu mengenang budi.
Orang berbudi kita berbahasa, orang member kita merasa.
Maksud peribahasa yang digunakan.

Orang berbudi kita berbahasa, orang member kita merasa Tiap-tiap


pemberian orang hendaklah dibalas dengan pemberian; kita harus berterima
kasih.
7.1 JENIS-JENIS PENULISAN/KARANGAN FAKTA
Berdasarkan tujuan, ada karangan berbentuk fakta seperti perbincangan,
persuasi, rencana, dekskripsi dan narasi. Karangan narasi dan dekskripsi
adalah bersifat fiksyen, dan karangan rencana, persuasi dan perbincangan
yang sifatnya non-fiksyen.
a)

Penulisan Fakta Berbentuk Rencana

Penulisan fakta berbentuk eksposisi ialah sesuatu penulisan yang


memaparkan sejumlah pengetahuan atau informasi. Ianya bertujuan agar
pembaca mendapat informasi dan pengetahuan yang jelas dan sahih.
Penulisan fakta jenis ini haruslah mengemukakan data dan fakta-fakta yang
berkaitan yang boleh diambil daripada sesuatu kajian ataupun keterangan
oleh pakar-pakar untuk memperjelas pemaparannya.
Penulisan fakta berbentuk eksposisi adalah salah satu jenis pengembangan
paragraf dalam penulisan yang dimana isinya ditulis dengan tujuan untuk
menjelaskan atau memberikan pengertian dengan gaya penulisan yang
mempunyai ciri-ciri seperti singkat, akurat dan padat. Contoh-contoh
penulisan fakta berbentuk eksposisi adalah berita di akhbar dan petunjuk
penggunaan dan laporan kegiatan
b)

Penulisan Fakta Berbentuk Perbincangan.

Penulisan fakta berbentuk argumentasi adalah bertujuan untuk membuktikan


suatu kebenaran sehingga pembaca meyakini kebenaran sesuatu idea,
gagasan atau pendapat tersebut adalah benar dan terbukti. Pembuktian
sesuatu penulisan tersebut memerlukan sesuatu data dan fakta yang
meyakinkan.

Penulisan fakta adalah salah satu jenis pengembangan perenggan dalam


penulisan yang ditulis dengan tujuan untuk meyakinkan atau memujuk
pembaca mempercayainya. Dalam penulisan fakta berbentuk argumentasi,
isi ialah merupakan penjelasan, pembuktian, alasan, mahu pun ulasan
objektif dimana perlu disertakan dengan contoh, analogi dan sebab akibat
bagi tujuan penerangan sesuatu fakta tersebut. Struktur informasi dalam
penulisan fakta jenis ini adalah seperti berikut:
1)

Pendahuluan, bertujuan untuk menarik perhatian pembaca,

memusatkan perhatian pembaca kepada argumen yang akan disampaikan,


atau menunjukkan dasar-dasar mengapa argumentasi dikemukakan.
2)

Tubuh, bertujuan untuk membuktikan kebenaran yang akan

disampaikan dalam perenggan argumentasi sehingga kesimpulan yang akan


dicapai juga benar. Kebenaran yang disampaikan dalam tubuh harus
dianalisis, disusun, dan dikemukakan dengan mengadakan observasi,
eksperimen, penyusun fakta, dan buah fikiran yang logik.
3)

Kesimpulan atau ringkasan, bertujuan untuk membuktikan kepada

pembaca bahawa kebenaran yang ingin disampaikan melalui proses


penalaran memang dapat diterima sebagai sesuatu yang logik.
8.

KESIMPULAN

Kemahiran menulis sebenarnya meruapakan kemahiran berbahasa tertinggi


yang berkembang selari mengikut perkembangan otak dan pengalaman
berbahasa seseorang. Sebagai kemahiran bahasa, fungsinya ialah untuk
tujuan berkomunikasi dan menyelesaikan pelbagai urusan dalam aktiviti
harian yang meliputi bidang pendidikan, sosial, dan pekerjaan.
Berdasarkan premis yang berkaitan fungsinya sebagai alat komunikasi,
sebuah kajian yang menggunakan model komunikatif (Hymes, 1972; Canale,
1983; Allen dan rakan-rakan, 1983; Bachman, 1990; Hutchinson, 1990) telah
dijalankan oleh satu pasukan penye1idik dari Pusat Pengajian Ilmu
Pendidikan, Universiti Sains Malaysia pada tahun 2003. Kajian yang
mendapat peruntukan kewangan di bawah Fundamental research Grant

Scheme (FRGS) dilakukan bagi menilai tahap penguasaan kemahiran menulis


dalam bahasa Melayu murid sekolah kebangsaan. Pengumpulan data adalah
meliputi sampel di Semenanjung Malaysia untuk digunakan dalam
pembinaan jadual matriks yang mengandungi tanda aras kemahiran menulis
murid sekolah kebangsaan dari Tahun 2 hingga Tahun 6.
Dalam sesebuah hasil penulisan yang baik dan bermutu, penggunaan
penanda wacana atau dikenal juga sebagai perangkai ayat dapat
memastikan wujud kesinambungan dan pertautan antara satu idea dengan
idea yang lain. Kewujudannya dalam sesuatu wacana secara berkesan akan
memantapkan hasil penulisan tersebut selain dapat membuat perkaitan
antara ayat dengan ayat, mahupun antara perenggan dengan perenggan.
Dalam usaha mengemukakan contoh dalam huraian, penggunaan frasa yang
sesuai diperlukan juga dan hendaklah mengikut kesesuain konteks ayat juga
Jelaslah, aspek penanda wacana akan mempengaruhi pengolahan,sturktur
ayat,pemerenggan ,kosa kata, dan bahasa secara keseluruhannya yang
sangat diperlukan dalam usaha menghasilkan sebuah karangan yang
baik.Contoh-contoh yang dipaparkan di atas diharap dapat dijadikan garis
panduan kepada pelajar dalam menghasilkan sebuah karangan yang
berkualiti.
9.
1.

BIBILOGRAFI
Juriah Long, Raminah Hj. Sabran & Sofiah Hamid. (1990).

Pendekatan mengajar bahasa Malaysia.Kuala Lumpur: Fajar Bakti.


2.

Kamarudin Hj. Husin. (1988). Pedagogi Bahasa. Petaling Jaya:

Longman Malaysia Sdn. Bhd.


3.

Raminah Hj. Sabran. (1993). Kecekapan berkomunikasi dalam

bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.


4.

Raminah Sabran & Rahim Syam. (1985). Kaedah pengajaran

bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Fajar Bakti.

5.

Kementerian Pendidikan Malaysia [KPM]. (2001). Sukatan

pelajaran kurikulum bersepadu sekolah menengah bahasa Melayu. Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
6.

Zainol Ismail. (2003). Fokus Unggul/ UPSR Penulisan. Johor

Bahru: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


7.

Atas talian :http://psasir.upm.edu.my/3169/1/Pengajaran

Kemahiran Menulis Karangan Bahasa Melayu di Sekolah.pdf

(tarikh muat

turun :12 FEB 2014 )


8.

http://abihulwa.blogspot.com/2009/03/ciri-ciri-penulisan-

berkesan.html ( tarikh muat turun : 10 FEB 2014)


9.

http://gurubm.blogspot.com/2010/05/pengajaran-

tatabahasa.html (tarikh muat turun : 7 FEB 2014)


10.

http://syalieyza.blogspot.com/2009/10/pengajaran-tatabahasa-

bahasa-melayu.html ( tarikh muat turun : 2 FEB 2014 )


11.

http://www.scribd.com/doc/50083013/penulisan-tatabahasa

(tarikh muat turun : 2 Februari 2014)


12.

http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/2009/10/kemahiran-

menulis.html (tarikh muat turun : 31 Januari 2014 )


13.

http://gcbm29td.blogspot.com/2009/03/pendahuluan-

karangan.html (tarikh muat turun : 24 Januari 2014)


14.

http://www.scribd.com/doc/31516795/Panduan-Menulis-Isi-

Karangan-Pendapat (tarikh muat turun : 21 Januari 2014 )


Cara membantu penulisan murid
Transcript of "Kemahiran menulis sek.rendah"
1. 1. KEMAHIRAN MENULIS
2. 2. KONSEP KEMAHIRAN MENULIS Don Bryne (1979) menyatakan bahawa
simbol grafik semasa menulis ialah penggunaan huruf-huruf atau gabungan
huruf-huruf yang berkaitan dengan lambang bunyi yang kita buat semasa kita

bercakap. Hal ini meliputi beberapa aspek, iaitu; (a) menggunakan pelbagai
jenis ayat (b) mencatat dan menyusun maklumat (c) menghasilkan penulisan
kreatif dan bukan kreatif (d) membuat ulasan tentang bahan yang didengar,
ditonton dan dibaca.
3. 3. KONSEP KEMAHIRAN MENULIS Kemahiran menulis merujuk kepada
keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, dan mengeluarkan idea melalui
pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan
pengalaman peribadi yang dilalui. Penekanan dalam kemahiran menulis ialah
terhadap penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, di
samping tulisan yang jelas, cantik dan kemas.
4. 4. KONSEP KEMAHIRAN MENULIS Menulis melibatkan murid-murid supaya
berfikir, menaakul, menyusun dan mengolah idea sebelum dilahirkan dalam
bentuk wacana yang lengkap. Murid-murid juga perlu menguasai struktur
karangan seperti tahu menulis panduan, pemerengganan dan menulis
kesimpulan.
5. 5. RUMUSAN KEMAHIRAN MENULIS Merupakan keupayaan murid menulis
perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan
yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah
dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang
betul, serta tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Murid juga digalakkan
menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan berunsur
pengetahuan dan penulisan imaginatif.
6. 6. MATLAMAT KEMAHIRAN MENULIS Supaya sesuatu idea, maklumat,
pendapat dan ilmu pengetahuan dapat disampaikan dengan tepat, jelas dan

berkesan. Meluaskan pengetahuan, pengalaman dan perhubungan.


Memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, pengalaman dan perasaan.
7. 7. TUJUAN MENULIS Tujuan mengarang bagi peringkat sekolah rendah secara
amnya adalah untuk melahirkan murid-murid yang dapat mengolah idea atau
pendapat berdasarkan situasi atau tajuk tentang sesuatu ke dalam sesuatu
bentuk karangan tertentu. Melatih murid-murid melahirkan idea. Melatih murid
menghujah dan mengembangkan idea Melatih murid-murid mengembangkan
karangan dalam bentuk pemerengganan yang betul Melatih murid
menggunakan bentuk penggunaan bahasa yang betul berdasarkan jenis
karangan tertentu.
8. 8. TUJUAN MENULIS Melatih murid-murid menggunakan format karangan yang
betul Menggunakan pengalaman menulis karangan ke dalam situasi sebenar
sehari-hari Menyiapkan murid menghadapi peperiksaan. Menyuburkan minat
Meluaskan kosa kata Memberikan kepuasan jiwa.
9. 9. PERINGKAT KEMAHIRAN MENULIS Kemahiran menulis merupakan
keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui
pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan
pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang
gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik dan
kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk
menghasilkan penulisan imaginatif. Peringkat- peringkat kemahiran menulis
terdiri daripada :
10. 10. PERINGKAT KEMAHIRAN MENULIS Peringkat Pramenulis Peringkat
Mekanis Peringkat Pelahiran

11. 11. PERINGKAT MENULIS1. Peringkat Pramenulis Murid disediakan dengan


aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf dengan kemas dan betul.
Latihan otot tangan dan jari serta kordinasi tangan dan mata diberikan kepada
murid. Berikut ialah contoh aktiviti pramenulis: Menulis dari kiri ke kanan
Latihan mewarnakan dari kiri ke kanan. Latihan membentuk bulatan di udara, di
atas meja, pasir, lantai tanpa menggunakan alat tulis.
12. 12. PERINGKAT MENULIS1. Peringkat Pramenulis Menyambung titik Latihan
membentuk corak campuran bulatan dan garisan lurus yang dilakukan secara
bebas. Latihan membentuk garisan lurus Latihan melukis gambar yang
mengandungi garis lurus dan bulat. Membuat pelbagai jenis garisan atau
bentuk Melukis gambar
13. 13. PERINGKAT MENULIS1. Peringkat Pramenulis Strategi Pengajaran
Pratulisan a. Latihan pergerakan tangan b. Latihan pergerakan mata c. Latihan
kordinasi tangan dan mata
14. 14. PERINGKAT MENULIS 2. Peringkat Mekanis Selepas murid-murid melalui
peringkat pramenulis, mereka akan melangkah ke peringkat mekanis. Pada
peringkat ini, murid diajar menguasai kemahiran membentuk huruf besar dan
kecil dalam abjad. Seterusnya menguasai kemahiran menulis huruf, suku kata,
perkataan dan ayat. Untuk membolehkan murid-murid menguasai kemahiran ini,
anda boleh menjalankan aktiviti-aktiviti yang berikut: Latihan menulis bentukbentuk yang mirip kepada huruf mengikut teknik menulis. Latihan menulis huruf
berdasarkan gambar-gambar yang mirip kepada bentuk-bentuk huruf tertentu.
15. 15. PERINGKAT MENULIS2. Peringkat Mekanis Latihan menekap huruf
mengikut acuan huruf yang diperbuat daripada kad yang berlubang. Latihan
menekap huruf atau perkataan yang ditulis dalam bentuk garis putus-putus.

Latihan menulis huruf dalam suku kata. Latihan melengkapkan huruf pada
perkataan bergambar. Latihan menamakan gambar-gambar. Latihan menyalin
frasa atau ayat. Latihan menyalin ayat daripada buku
16. 16. PERINGKAT MENULIS 2. Peringkat Mekanis Strategi Pengajaran a.
Mengajar tulisan tangan b. Mengajar ejaan
17. 17. PERINGKAT MENULIS3. Peringkat Pelahiran (Mengarang) Pada peringkat
ini murid-murid sudah menguasai pelbagai kemahiran seperti kemahiran
mendengar, bertutur membaca dan mengeja. Mereka sudah boleh menulis
pelbagai jenis karangan. Anda boleh memulakan pengajaran menulis pada
peringkat ini dengan jenis-jenis penulisan terkawal, berpandu, separa
terkawal,dan separa berpandu. Kemudian mereka boleh didedahkan dengan
penulisan bebas dan kreatif.
18. 18. PERINGKAT MENULIS3. Peringkat Pelahiran (Mengarang) Pada peringkat
ini, murid-murid dapat melahirkan idea dan pendapat tentang pengetahuan serta
pengalaman yang telah dilalui. Dalam masa yang sama mereka akan
menggunakan kemahiran tatabahasa dan ejaan yang telah mereka kuasai.
Mereka juga akan merancang penulisan mereka dengan menggunakan bentukbentuk grafik yang sudah dipelajari.
19. 19. CONTOH AKTIVITI MENULIS Ejaan Imlak / Rencana Menulis jawapan
pemahaman Menulis karangan Menulis ayat berdasarkan gambar Membina
ayat Memanjangkan ayat Menulis rencana Mengisi silang kata Melengkapkan
ayat
20. 20. EJAAN Melibatkan proses perkembangan mental dan pembinaan konsep
Tujuan ejaan untuk melatih murid mendengar dan menulis dengan tepat,
meningkatkan pemahaman makna perkataan dan perbendaharaan kata murid

Aktiviti ejaan; menulis perkataan, rangkai kata, ayat dari sebutan, gambar, pita
rakaman; membetulkan kesalahan ejaan dan kenal pasti ejaan yang salah dari
petikan
21. 21. CARA PENGAJARAN EJAAN Pilih perkataan yang sesuai dengan
kemampuan murid Perkataan itu pernah dipelajari Jumlah ejaan tidak terlalu
banyak Dijalankan selepas aktiviti bacaan Guru menyebut murid mengeja
Disemak bersama
22. 22. IMLAK Aktiviti menulis semula sesuatu petikan yang dibaca atau
diperdengarkan Murid perlu kuasai kemahiran membentuk huruf, mengeja,
menggunakan tanda bacaan dan perbendaharaan kata Petikan perlu sesuai dari
segi panjang petikan, bahasa, kandungan, dan kosa kata Pastikan tempat
hentian bacaan Petikan perlu dibaca dengan jelas
23. 23. CARA PENGAJARAN IMLAK Berikan petikan teks dan minta murid baca
Guru memilih bahagian dalam teks untuk diimlakkan Guru menyebut perkataan
secara lisan atau rakaman dan murid menulis Aspek yang dinilai seperti
ketepatan ejaan, penggunaan perkataan, bentuk huruf dan tanda baca
Dilaksanakan selepas aktiviti lisan atau membaca
24. 24. JENIS-JENIS PENULISAN Penulisan boleh dibahagi kepada lima kategori,
iaitu a. karangan, b. penulisan ringkas, c. penulisan untuk majlis rasmi, d. surat
dan e. penulisan untuk papan kenyataan.
25. 25. JENIS PENULISAN KARANGAN Terkawal Karangan yang disediakan oleh
guru. Penggunaan bahasa dan isi yang terdapat dalam Karangan Terkawal
ditentukan oleh guru, bertujuan untuk mengurangkan kesilapan dalam
penulisan. Karangan ini dapat membantu murid mengeluarkan idea tanpa
diganggu oleh kesilapan penggunaan bahasa. Contoh : (vii)Mengisi tempat

kosong dengan perkataan yang sesuai dalam karangan yang disediakan. (ii)
Menyusun ayat-ayat yang disediakan mengikut urutan supaya menjadi sebuah
karangan lengkap.
26. 26. JENIS PENULISAN KARANGAN Separa Terkawal Karangan Separa
Terkawal ialah karangan yang disediakan oleh guru, tetapi murid diberi peluang
untuk menggunakan daya pemikiran mereka bagi membuat pemilihan
perkataan sesuai dengan tajuk yang disediakan. Contoh : (viii)Menggantikan
beberapa perkataan yang telah dipadamkan dengan perkataanperkataan lain
yang telah disediakan.
27. 27. JENIS PENULISAN KARANGAN1. Berpandu Karangan berpandu ialah satu
penulisan karangan berdasarkan panduan guru. Contoh: (ii) Menulis semula
cerita/petikan yang dibaca. (iii) Menulis karanagn berdasarkan soalan-soalan
berurutan mengenai sesuatu tajuk. (iv) Menulis karangan dengan memindahkan
bentuk daripada dialog kepada karangan penceritaan atau sebaliknya.
28. 28. JENIS PENULISAN KARANGAN2. Separa Berpandu Karangan ini
merupakan satu penulisan karangan yang mendapat sedikit maklumat atau
panduan guru. Contoh : (i)Menulis semula cerita yang diperdengarkan. (ii)
Menyudahkan cerita. (iii) Menulis karangan berdasarkan gambar bersiri atau
tunggal. (iv) Menulis karangan daripada perenggan atau isi-isi yang disediakan.
(v) Menulis karangan berdasarkan ayat atau frasa yang diberikan.
29. 29. JENIS PENULISAN KARANGAN3. Bebas Jenis karangan ini memberi
kebebasan kepada murid untuk melahirkan idea tentang sesuatu tajuk yang
disediakan dengan menggunakan perkataan sendiri. Bentuk karangan bebas
seperti berikut : Naratif: cerita, berita, laporan, rencana, ulasan. Argumentatif:

bahas, perbincangan, kritikan. Deskriptif: gambaran, peristiwa, benda,


perwatakan. Kreatif: puisi, cerpen, drama Imaginatif: pengalaman.
30. 30. PERANCANGAN PENGAJARAN MENGARANG Pengajaran mengarang
memerlukan perancangan berdasarkan objektif yang ditentukanoleh guru.
Selain itu, pengajaran mengarang juga mengambil kira aspek aktiviti peringkat
pra mengarang, semasa mengarang dan pasca mengarang. Murid perlu
diberikan pendedahan yang secukupnya sebelum mereka benar-benar terlibat
dalam aktiviti mengarang yang serius.
31. 31. OBJEKTIF MENGARANG Objektif mengarang bagi sekolah rendah adalah
seperti yang terdapat di dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah
Rendah. Objektif ini disesuaikan dengan kemahiran-kemahiran yang hendak
dikuasai oleh murid-murid pada sesuatu tahap tertentu. Namun begitu, objektif
mengarang pada umumnya adalah untuk: Melatih murid-murid melahirkan idea
Melatih murid-murid menghujah dan mengembangkan idea Melatih murid-murid
mengembangkan karangan dalam bentuk pemerengganan yang betul Melatih
murid-murid menggunakan bentuk penggunaan bahasa yang betul berdasarkan
sesuatu jenis karangan tertentu. Melatih murid-murid menggunakan format
karangan yang betul Menggunakan pengalaman menulis karangan ke dalam
situasi sebenar sehari- hari
32. 32. PERINGKAT PENGAJARAN MENGARANG Melibatkan aktivit-aktiviti pra
mengarang, semasa mengarang dan pasca mengarang. 1. Pra mengarang (i)
Berbincang untuk menentukan format (ii) Berbincang untuk menentukan isi (iii)
Mendapat bahan daripada sumber bahan bercetak, internet dan bahan elektronik
yang lain (iv) Membuat peta minda atau carta alaira cerita (v) Menentukan
watak (vi) Menyaring bahan (vii) Menulis draf

33. 33. PERINGKAT PENGAJARAN MENGARANG 2. Semasa mengarang


(iii)Mentransformasikan perancangan kepada bentuk karangan (ii) Menentukan
format (iii) Mengambil kira aspek penghuraian yang melibatkan kosa kata,
sistem bahasa, gaya bahasa, tanda baca, ejaan (termasuk bentuk huruf) dan
wacana. (iv) Mengambil kira aspek kohesi dan koherens 3. Pasca mengarang
(i) Menyemak karangan (ii) Melakukan pembetulan (iii) Membuat penambahan
sekiranya perlu (iv) Menghantar karangan
34. 34. PERINGKAT PENGAJARAN MENGARANG 3. Pasca Mengarang (i)
Menyemak karangan (ii) Melakukan pembetulan (iii) Membuat penambahan
sekiranya perlu (iv) Menghantar karangan
35. 35. MEMBINA BAHAN SUMBER PENGAJARAN MENULIS Bahan sumber
daripada internet Guru memuat turun bahan-bahan yang berkaitan daripada
internet. Bahanbahan berkenaan disimpan dalam folder. Bahan-bahan
berkenaan boleh dipancar tayang dengan menggunakan projektor LCD semasa
di dalam bilik darjah. Murid-murid berbincang dan berinteraksi dengan bahan
yang berkenaan sebagai persediaan mendapatkan idea untuk menulis
karangan. Bahan sumber digital Guru menyediakan bahan yang disediakan
sendiri, bahan yang diimbas dengan mesin pengimbas, atau bahan terpilih yang
diturun muat daripada cakra digital untuk dibakar. Cakra padat CD rom
berinformasi itu kemudian boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran
karangan mereka. Bahan audio dan audio visual Di ambil daripada sumber
media elektronik. Dirakam dan diedit untuk digunakan olehmurid-murid sebagai
bahan rangsangan.
36. 36. MEMBINA BAHAN SUMBER PENGAJARAN MENULIS Bahan audio dan
audio visual Di ambil daripada sumber media elektronik. Dirakam dan diedit

untuk digunakan oleh murid- murid sebagai bahan rangsangan Gambargambar Dalam bentuk gambar tuggal, gambar bersiri, atau gambar foto yang
diambil dengan menggunakan kamera Filem Filem jalur atau filem slaid.
37. 37. CIRI BAHAN SUMBER YANG BAIK Sesuai dengan bilangan murid-murid
di dalam kelas dan cara pengelolaan kelas guru semasa mengajar. Sesuai
dengan wang peruntukan yang ada terutama yang melibatkan pralatan ICT.
Mengambil kira kebolehupayaan murid-murid menggunakan bahan berkenaan
terutama sekiranya melibatkan bahan-bahan berteknologi digital dan elektronik.
38. 38. CIRI BAHAN SUMBER YANG BAIK Mengambil kira kebolehupayaan guru
untuk mengendalikan bahan yang disediakan sendiri. Sesuai dengan
peringkat umur murid-murid dan perlu juga diambil faktor keselamatan muridmurid. Sesuai dengan latar belakang agama dan kepercayaan murid-murid
yang berbilang bangsa Sesuai dengan objektif pengajaran yang telah
ditetapkan terlebih dahulu oleh guru Hendaklah digunakan sekurangkurangnya 70 peratus dalam langkah pengajaran, terutama sekiranya bahan
berkenaan mengambil masa dan menggunakan kos yang tinggi dalam
mengadakannya.
39. 39. PENDEKATAN PENGAJARAN MENGARANG Kemahiran mengarang boleh
diajarkan secara berperingkat- peringkat. Untuk mencapai objektif kemahiran
yang hendak dicapai, pengajaran karangan boleh diajarkan dengan
menggunakan pendekatan tertentu seperti: 1. Terkawal 2. Berpandu 3. Bebas
4. Proses 5. Komunikatif 6. Pengalaman Bahasa
40. 40. PENDEKATAN PENGAJARAN MENGARANG 1. Pendekatan Terkawal
Pendekatan terkawal merupakan satu pendekatan yang digunakan bagi
membantu murid-murid menimba pengalaman mengarang supaya mereka biasa

dengan struktur karangan. Selain itu, pendekatan ini dapat mengelakkan muridmurid daripada melakukan kesalahan baik dari segi bahasa mahu pun dari segi
isi. Murid-murid menulis karangan dengan berpandukan sepenuhnya kepada
bahan yang disediakan oleh guru. Contoh aktiviti: 1. mengisi tempat kosong
dengan menggunakan perkataan- perkataan yang telah disediakan terlebih
dahulu.. 2.menulis karangan berdasarkan gambar bersiri, menyusun ayat
sehingga membentuk sebuah karangan yang lengkap 3.menyusun bahagian
pendahuluan, bahagian isi dan bahagian penutup untuk membentuk sebuah
karangan yang lengkap bersturuktur
41. 41. PENDEKATAN PENGAJARAN MENGARANG2. Pendekatan Berpandu Isi
karangan telah diberikan oleh guru Murid membina ayat berdasarkan perkataan
atau rangkai kata yang telah diberikan oleh guru. Murid-murid mengisi tempat
kosong dengan menggunakan perkataan mereka sendiri bagi melengkapkan
perenggan. Kad imbasan dan kad perkataan digunakan bagi membantu muridmurid. Murid mengolah isi berdasarkan pendahuluan atau pengakhiran cerita
yang telah diberikan oleh guru Kesalahan yang minima dapat dielakkan
daripada dilakukan oleh murid Latihan memadankan ayat boleh diberikan
terlebih dahulu kepada murid Murid-murid yang pandai diberikan aras latihan
yang lebih mencabar. Penulisan karangan boleh dilakukan dalam bentuk grafik
sebelum ditulis dalam bentuk wacana yang lengkap.
42. 42. PENDEKATAN PENGAJARAN MENGARANG3. Pendekatan Bebas Sesuai
untuk kumpulan murid yang sudah menguasai aspek penulisan dengan baik.
Murid menulis karangan berdasarkan tajuk yang diberikan oleh guru Muridmurid mencari isi karangan sendiri Murid-murid menyusun isi dan membuat
rangka karangan Guru memberikan beberapa perkataan ataua rangkai kata

tertentu bagi membantu murid memantapkan lagi pengolahan. Penggunaan


peribahasa digalakkan.
43. 43. PENDEKATAN PENGAJARAN MENGARANG4. Pendekatan Proses Tidak
memberatkan hasil tetapi melibatkan proses yang dilalui oleh murid-murid.
Murid-murid mengumpul bahan berdasarkan tajuk yang diberikan oleh guru
Boleh dilakukan secara berkumpulan atau individu Bahan-bahan yang telah
dikumpul disimpan di dalam folio Bahan daripada folio disaring untuk
menentukan kesesuaian dengan tajuk karangan yang diberikan Penggunaan
sumber bahan berasaskan ICT adalah sangat digalakkan.
44. 44. PENDEKATAN PENGAJARAN MENGARANG 4. Pendekatan Proses
Bahan yang tidak digunakan disimpan semula ke dalam folio untuk digunakan
kepada tajuk karangan yang lain. Aktiviti Pengajaran: Murid-murid menyusun
isi Dalam peringkat menyusun isi, murid berbincang dengan guru. Isi yang
telah disusun, ditulis dalam bentuk rangka karangan Rangka karangan yang
telah mantap, ditulis dalam bentuk penulisan yang lengkap. Murid-murid
mengedit karangan yang telah disiapkan dan melakukan pembetulan. Setelah
siap dan lengkap, karangan dihantar kepada guru untuk dinilai.
45. 45. PENDEKATAN PENGAJARAN MENGARANG 4. Pendekatan Proses
Peringkat Pengajaran a. Penentuan tajuk dan pengumpulan maklumat b.
Penulisan draf c. Penyemakan pertama d. Penyemakan kedua e. Penulisan
draf akhir f. Persembahan
46. 46. PENDEKATAN PENGAJARAN MENGARANG 5. Pendekatan Komunikatif
Penulisan karangan berdasarkan fungsi bahasa sebagai alat perhubungan
Penekanan diberikan kepada penggunaan bahasa yang berkesan dalam
mengungkapkan isi cerita dan kurang kepada aspek penstrukturan karangan

Murid-murid diberikan latihan mengemukakan pendapat mereka tentang


sesuatu idea. Murid-murid diminta bercerita tentang sesuatu dalam konteks
perbincangan yang autentik Bentuk penulisan murid-murid lebih mirip kepada
melaporkan sesuatu kejadian dalam konteks dan suasana kejadian sebenar.
Penggunaan bahan rangsangan seperti bahan multi media dapat membantu
murid-murid dalam mengemukakan penceritaan.
47. 47. PENDEKATAN PENGAJARAN MENGARANG 6. Pendekatan Pengalaman
Bahasa Guru meransang perbincangan berkaitan dengan tajuk yang dipilih
Murid-murid digalakkan memberi sumbangan untuk membina cerita
Perkataan-perkataan tertentu yang akan digunakan dalam petikan disebut
dalam perbincangan oleh guru Murid-murid diminta membina ayat
berdasarkan berdasarkan idea yang mereka berikan Setelah selesai, guru
membimbing murid memberi tajuk cerita
48. 48. PENDEKATAN PENGAJARAN MENGARANG6. Pendekatan Pengalaman
Bahasa Guru menulis ayat-ayat untuk membina cerita bertulis Setelah cerita
selesai Guru membaca secara nyaring, murid mendengar Murid menyalin
teks yang telah ditulis oleh guru Murid menggariskan perkataan yang mereka
tahu Guru meminta murid-murid menggunakan perkataan yang mereka tahu
dalam situasi
49. 49. MASALAH PENGAJARAN MENGARANG Terdapat banyak masalah yang
berhubung kait dengan pengajaran menulis di sekolah di negara ini. Antaranya
pengaruh kesebatian penggunaan bahasa dialek Bahasa Melayu Brunei (BMB),
daerah /tempatan dan inilah faktor utama menyumbang kepada berlakunya
kesalahanpenggunaan tatabahasa Bahasa Melayu Standard (BMS) dengan
betul.

50. 50. PENILAIAN KEMAHIRAN MENGARANG 1. Peringkat Pramenulis Penilaian


secara tidak formal Melalui pemerhatian terhadap gerak balas murid dalam
aktiviti pramenulis Contoh aktiviti; gerak tangan, kordinasi tangan dan mata
sama atas kertas atau udara, pasir membentuk bulatan, garisan, awan larat,
huruf.
51. 51. PENILAIAN KEMAHIRAN MENULIS 2. Peringkat Penulisan Mekanis Teknik
yang boleh digunakan ialah; Menekan dan menyambung garis Memadankan
Menyalin Mengisi ruang atau petak kosong Melabel dan menamakan gambar
Membetuk perkataan daripada suku kata
52. 52. PENILAIAN KEMAHIRAN MENULIS 3. Peringkat Mengarang (Aspek
Teknikal) Teknik yang boleh dilakukan ialah; Menyalin Ujian Imlak Menulis
semula petikan
53. 53. PENILAIAN KEMAHIRAN MENGARANG Menyambungkan beberapa ayat
untuk membentuk satu ayat kompleks Meluaskan ayat dengan menambah
keterangan Melengkapkan ayat Membina ayat daripada perkataan Menyusun
semula perkataan untuk membentuk ayat Menulis cerita
54. 54. PENILAIAN UMUM KARANGANAspek yang dinilai: Isi Ejaan Bahasa
Kosa kata Kelancaran Pengolahan isi Ketepatan dengan tajuk Format
(sekiranya karangan berformat)
55. 55. PENILAIAN KARANGAN1. Penilaian Secara Holistik atau Global Karangan
dibaca dengan menanda kesalahan- kesalahan ejaan, tanda baca, ayat, fakta,
kelancaran dan kepesongan Berikan kedudukan markah berdasarkan gred
secara keseluruhan Tolak sejumlah markah yang dibenarkan bagi kesalahan
format Berikan markah akhir.

56. 56. PENILAIAN KARANGAN2.Penilaian Secara Analitikal Menilai mengikut


aspek/ bidang yang ditetapkan dalam pemarkahan Contoh aspek ejaan, bahasa,
isi, gaya penyampaian, tanda bacaan Markah keseluruhan berdasarkan
campuran keseluruhan aspek yang dinilai
57. 57. SEKIAN. TERIMA KASIH
http://www.slideshare.net/AzaBella1/tatabahasa-wacana
3.Kaedah-Kaedah Yang Digunakan dalam Pengajaran Penulisan.
Kamus Dewan mentakrifkan kaedah sebagai cara atau aturan

dalam melakukan

sesuatu. Dapatlah dikatakan bahawa kaedah adalah seperangkat tindakan sistematik


yang menepati prinsip dan tatacara yang telah dipersetujui untuk dilaksanakan demi
mencapai sesuatu visi.

Sharifah Alwiah Alsagof (1986) memperincikan kaedah

mengajar sebagai peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancang
dengan teratur. Secara amnya, segala apa tindakan yang dilakukan guru, bahan-bahan
yang digunakan untuk memberi kefahaman kepada murid-murid untuk mencapai
objektif pengajaran dikatakan kaedah seperti pendapat Hassan Langgulung (1981),
kaedah ialah jalan mencapai tujuan.
Seperti yang dinyatakan di atas, sehingga kini tiada kaedah standard atau rigid
terhadap proses pengajaran penulisan atau bahasa di sekolah. Ia menjadi fleksibel
mengikut keupayaan murid-murid, situasi dan latar belakang mereka. Justeru, guruguru mempunyai peluang untuk menggunakan mana-mana kaedah yang dirasakan
sesuai asal sahaja tidak melanggar kriteria-kriteria di bawah;
3.1.1Menepati visi dan misi sukatan pelajaran Bahasa Melayu KBSR dan KSSR
3.1.2.Seiring dengan objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah
digariskan
3.1.3.Berpadanan dengan keupayaan murid-murid berlandaskan pemerhatian terhadap
tabiat dan latar belakang,dan umur.
3.1.4.Kaedah juga harus berpadanan dengan keupayaan, pengalaman dan kepakaran
guru itu sendiri.

3.1.5.Pengaplikasian kaedah tersebut dapat dilaksanakan di dalam rancangan masa


yang ditetapkan.
3.1.6.

Harus bersesuaian dengan kemudahan yang ada seperti prasarana dan

peralatan Teknologi Maklumat dan Komputer.


Kaedah-kaedah

pembelajaran

yang

akan

dibincangkan

adalah

praktis

yang

dilaksanakan mengikut kesesuaian elemen-elemen yang telah digariskan di atas.


Kesemuanya memerlukan kebijaksanaan guru untuk menganalisis dan mengenalpasti
kaedah terbaik yang harus diaplikasikan sebagai sarana pengajaran untuk mencapai
objektif yang telah digariskan. Di antara kaedah-kaedah yang sedia ada ialah kaedah
natural, kaedah terus, kaedah nahu terjemahan, kaedah oral-aural, kaedah kodkognitif dan kaedah bahasa komuniti. Untuk kaedah pengajaran penulisan, hanya
beberapa kaedah sahaja

yang relevan dibincangkan kerana kaedah lain lebih

menjuruskan kepada kemahiran membaca dan berinteraksi.


Untuk

pengajaran

penulisan

kaedah-kaedah

yang

dikenalpasti

ialah

kaedah

pengucapan terkawal, kaedah pengucapan bebas dan kaedah retorika. Pengajaran


penulisan berkait rapat dengan kebolehan murid-murid mengumpul dan menganalisis
dapatan, mencernanya dan seterusnya mengolah idea tersebut sehingga menjadi
seperangkat kata-kata yang mempunyai makna.

Ia dikatakan aktiviti yang agak

kompleks kerana memerlukan kemahiran yang rencam.

Di dalam pengajaran

penulisan karangan terdapat beberapa kaedah yang popular yang telah diguna pakai di
sekolah dan ada juga beberapa cadangan tentang kaedah yang boleh diterapkan untuk
menghasilkan penulisan yang cemerlang.
Penulisan telah dibahagikan kepada dua oleh Zainol Ismail (2003:7) iaitu penulisan
berformat seperti surat kiriman, syarahan, ceramah, ucapan, rencana dan berita.
Manakala penulisan tidak berformat atau bebas pula adalah termasuk rangsangan
bergambar, pengalaman/cerita, melengkapkan cerita, autobiografi dan peribahasa.
Salleh Mohd Akib di dalam Kamaruddin Hj Hussien (1988: 198) pula membahagikan
penulisan kepada 3 jenis iaitu penulisan lisan, penulisan biasa dan penulisan
terkawal.

Karangan ditafsirkan sebagai proses menghasil dan menyusun ayat dengan cara yang
sesuai mengikut kehendak penulisnya atau soalan ataupun orang-orang yang berkaitan
dengan apa yang ditulis. Gao Hui-Yang menegaskan bahawa;
Composition should compromise both oral dan written training in other words,
children should be taught to express ideas in both spoken and written forms.
3.2.Kaedah Pengucapan Terkawal
Pincas berpendapat bahawa penulisan karangan bebas adalah proses penciptaan dan
kreativiti.

Maka seharusnya ia

berbeza dengan mana-mana kaedah pengajaran

saintifik yang rigid dan skema, malahan tertakluk kepada pilihan jawapan. Jika
jawapan diberikan bersalahan dengan senarai jawapan, maka ia dianggap salah dan
tidak diberi markah.

Beliau berpendapat bahawa penekanan harus diberikan secara

berperingkat-peringkat bermula daripada penggantian perkataan di dalam ayat yang


berbeza bentuk kepada penggantian ayat ayat di dalam perenggan. Kaedah ini boleh
juga dianggap kaedah terus di dalam pembelajaran bahasa di mana guru akan
memberitahu

apa

yang

perlu

dilakukan

sebelum

murid

dibebaskan

untuk

memperkembangkan istilah penggantian mereka sendiri secara bebas.


Beliau menggariskan ciri-ciri berikut sebagai peringkat-peringkat latihan di dalam
pengajaran penulisan iaitu penggunaan pelbagai leksikon dan pembentukan ayat di
dalam latihan penulisan dan lisan. Pelajar yang dibenarkan menghasilkan tulisan
hanya apabila dipastikan bahawa mereka menghargai dan memahami pelbagai tahap
ciri penulisan. Program penulisan karangan yang melibatkan penggantian pelbagai.
Pincas juga mengandaikan bahawa penggunaan bahasa adalah manipulasi daripada
corak tetap yang dipelajari daripada prosses imitasi. Apabila ia telah difahami dan
dipelajari secara konsisten, barulah terhasil keaslian dalam variasi.
3.3. Kaedah Pengucapan Bebas
Eramus (1960) menggariskan beberapa ciri kaedah pengucapan bebas seperti muridmurid digalakkan menulis secara cepat dengan sedikit ulangkaji.
menekankan latihan yang banyak sepanjang penulisan pelajar

Kaedah ini

dan keutamaan

terhadap kuantiti ini menjadikan hasil penulisan pelajar lebih sempurna kerana murid-

murid sentiasa membuat latihan.

Beliau lebih menitikberatkan aspek kuantiti

dengan hujah bahawa kuantiti adalah proses penambahbaikan dari masa ke semasa
untuk mendapatkan hasil tulisan yang cemerlang.
Beliau menghujahkan lagi bahawa metod ini akan menguatkan pemahaman bahasa
pelajar dengan pengalaman membetulkan kesilapan dan penemuan perkataanperkataan baru yang akan menambah kepelbagaian kosa kata mereka di dalam jajaran
sintaksis.

Menurutnya ini hanya boleh dilakukan apabila murid-murid melalui

melahirkan hasil penulisan melalui kuantiti dan kualiti akan datang kemudian.
Penghujahan beliau disokong oleh Chastain (1976) berasaskan pemerhatian dan kajian
yang dibuat oleh Brieve di UCCA. Melalui program tersebut, semakin banyak bahan
dihasilkan, semakin berkurangan kesilapan bahasa dilakukan di dalam tulisan
mereka.

Brieve mengulas bahawa sepanjang program tersebut, karangan mingguan

di antara 300 hingga 500 patah perkataan dan penulisan ilmiah sepanjang 1000 patah
perkataan telah diberikan kepada pelajar. Karangan diperiksa dengan teliti dan
pelajar yang menerima gred A diminta menulis semula karangan mereka.
Brieve menguatkan hujahnya dengan mengatakan bahawa terdapat pengurangan
kadar kesalahan di dalam karangan tatkala kuantiti karangan yang dihasilkan
meningkat.

Beliau menekankan bahawa, penekanan

terhadap kuantiti akan

menghasilkan kefasihan dan kejelasan terhadap kesalahan yang lepas sama seperti
yang berlaku di dalam latihan matematik.
Begitupun khilaf terus berlaku kerana dikatakan tiada bukti jelas yang benar-benar
menyokong hujah-hujah di atas. Malahan, terdapat pula bukti bertentangan yang
menegaskan bahasa latihan penulisan pantas untuk sesuatu topic dan ditulis sebanyak
mungkin dalam satu kerangka masa yang ditetapkan dapt meningkatkan kemampuan
murid-murid menyusun isi-isi dalam karangan mereka dengan lebih mudah, khususnya
ketika mendepani peperiksaan.
3.4.Kaedah Retorika
Retorika adalah merujuk kepada seni penggunaan bahasa yang menarik dan berkesan
dalam melahirkan gagasan untuk memujuk atau mempengaruhi khalayak mengenai
sesuatu perkara.

Deskripsi ini dinyatakan oleh Nik Safiah dan Wan Malini.

Ia

melibatkan perkara-perkara seperti penciptaan, susunan dan stail dalam penulisan.


Di antara elemen retorika yang terkenal ialah keberkesanan bentuk-bentuk prosa
deskriptif, naratif, ekspositori dan argumentatif. Kehadiran asas retorika di dalam
teks boleh dirasai apabila kedapatan elemen-elemen skema berdasarkan maklumat
atau isi yang boleh disusun.

Teks akan menekankan penyusunan isi yang berbeza

berdasarkan perenggan-perenggan yang telah mungkin diproses melalui gaya analisis,


analogi, kontras masa, falsafah dan sebagainya. Oleh kerana ikatan tersebut, muridmurid akan terhalang daripada untuk menulis secara spontan dan memendekkan
kejelasan pemikiran mereka.
Kaplan mencadangkan pembaca menjadi sebahagian daripada komunikasi formal yang
membolehkan pengembangan perenggan dibentuk melalui proses induktif dan
deduktif. Tambahan pula, kaedah ini menitikberatkan bentuk-bentuk pengembangan
perenggan yang berlainan seperti yang ditegaskan Kaplan (1966) melalui Bander yang
menegaskan bahawa setiap satu perenggan yang terdapat di dalam sesebuah
penulisan berkecenderungan mempunyai jalinan pengembangan yang berbeza-beza
seperti pengembangan selari atau pengembangan terus.
Sebagai kesimpulannya, terhadap pelbagai kaedah yang perlu disesuaikan oleh guruguru di dalam proses pengjaran dan pembelajaran menulis karangan dan usaha
mendapatkan karangan yang cemerlang. Guru-guru harus jelas dengan objektif dan
keupayaan murid-muridnya ketika merangka sesuatu sekuen latihan yang hendak
digunakan.

Terdapat

kaedah

yang

mungkin

sesuai

untuk

sesebuah

sekolah

berdasarkan latar belakang dan lokasi murid-murid serta beberapa aspek lain yang
perlu diambil kira.
4.Teknik Pengajaran Penulisan
Teknik adalah seperangkat pengetahuan atau himpunan kelakuan atau cara di dalam
kaedah. Tidak terkecuali, teknik dikatakan sebagai perlaksanaan kaedah atau taktik
yang digunakan oleh para guru untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran
di dalam bilik darjah. Daripada Kamarudin Hj Husin & Siti Hajar Hj Abdul Aziz (1988)
menegaskan teknik pengajaran ialah perlaksanaan dan perjalanan suatu organisasi

yang berlaku secara nyata dan melibatkan murid-murid dan alatan pengajaran sebagai
wahana di dalam bilik darjah yang dipastikan boleh mencapai sesuatu objektif.
Sebagai contoh, sekiranya guru-guru menggunakan kaedah pengucapan bebas di dalam
pengajaran dan pembelajaran penulisan maka, teknik yang boleh digunakan oleh para
guru adalah teknik pengajaran berpandu, teknik pendekatan bebas, dan teknik
pendekatan

proses.atau

teknik-teknik

yang

bersesuaian

bergantung

keapda

pengalaman, ketokohan dan kewibawaan guru sendiri.


4.1. Teknik Pengajaran Berpandu
Teknik pengajaran berpandu merupakan teknik yang paling popular dan digunakan
dengan pengawasan guru sepenuhnya. Boleh dikatakan teknik merangkumi latih tubi
dan soal jawab ini adalah gabungan kaedah pengucapan terkawal, yang memerlukan
murid-murid menghasilkan kuantiti karangan yang banyak di samping mengenalpasti
kesalahan yang dilakukan semasa proses menulis itu berlangsung.

Guru akan

memberikan tajuk dan dan kemahiran terpenting di dalam mengarang iaitu


mengenalpasti bidang isi, organisasi dan ekspresi.
Ketiga-tiga elemen ini dapat digunakan ketika proses menilai sesuatu penulisan.
Penting sekali, murid-murid didedahkan dengan prinsip utama bidang kepengarangan
iaitu apa yang hendak dikata (isi), bagaimana menyusun apa yang dikatakan
(organisasi) dan bagaimana hendak mengatakan apa yang hendak dikatakan.
(ekspresi). Teknik ini adalah berasaskan pendekatan deduktif iaitu di mana guru-guru
akan memperkenalkan, menerangkan peraturan dan seterusnya memberikan langkahlangkah untuk menghasilkan bentuk penulisan tersebut.
Marohaini dan Zulkifli (1997) juga telah mencadangkan agar guru memberikan
penumpuan terhadap aspek penghasilan gagasan atau isi yang baik berbanding proses
mengarang itu sendiri. Tugas murid ialah menyiapkan latihan tersebut dan sebaikbaiknya dilakukan berulang-ulang untuk mendapatkan hasil tulisan yang baik dan
cemerlang.

Teknik ini dinamakan teknik pengajaran berpandu di mana murid-murid

akan dipandu oleh guru dan dikawal daripada melakukan kesalahan. Pada peringkat
awal, isi dan bahasa akan disediakan oleh guru dan murid-murid akan diarahkan
mengisi tempat kosong atau membina ayat berdasarkan petikan gambar.
4.2 Teknik Sumbangsaran

Selain daripada itu, bagi karangan yang berasaskan fakta atau gambar, guru-guru
boleh juga mempraktiskan teknik sumbangsaran atau perbincangan yang melibatkan
murid-murid sepenuhnya. Mereka boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil
dan membenarkan murid-murid mengembangkan idea secara kolaboratif dengan
pantauan guru. Teknik yang berasaskan pendekatan bebas ini membolehkan muridmurid bebas melahirkan pendapat masing-masing secara kritis dan analitikal
berdasarkan maklumat yang dibekalkan oleh guru.
Teknik ini lebih sesuai digunakan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran untuk tahap
dua. Pada tahap ini murid-murid diberikan kebebasan untuk menentukan hala tuju
idea mereka selagi masih berpegang kepada tiga prinsip mengarang yang disebutkan
di atas.

Murid-murid juga boleh memanipulasi apa sahaja bahan sama ada di luar

atau di dalam bilik darjah selagi ia tidak terkeluar daripada skop penghasilan
penulisan mereka.

Penulisan bentuk ini boleh dibahagikan kepada bentuk ilmiah

seperti bentuk laporan, pidato, syarahan, debat yang memerlukan bantuan fakta atau
penulisan kreatif dalam bentuk penceritaan.
Teknik seterusnya yang boleh dicerap masuk di dalam pengajaran dan penulisan di
sekolah ialah teknik berasaskan pendekatan proses yang menitikberatkan proses
penghasilan karangan berbanding hasil. Murid-murid akan dipantau sepenuhnya dan
dibimbing secara berperingkat bermula daripada peringkat pra-penghasilan seperti
membuat draf sehinggalah kepada menyusun isi, menyunting dan mengedit,
membetulkan kesalahan bahasa, kosa kata, aspek gramatikal, olahan, hujah dan
pelbagai lagi. Teknik ini mungkin lebih sesuai digunakan untuk proses penulisan yang
berakhir sehingga ke peringkat penerbitan.
Sebagai itlakannya, ada pelbagai teknik yang boleh digunakan di dalam pengajaran
penulisan selain daripada yang disebut di atas. Dewasa ini, dengan kecanggihan
teknologi maya, guru-guru mungkin boleh memaksimumkan penggunaan gajet-gajet
dengan menyelitkan teknik-teknik seperti, simulasi, permainan bahasa, soal jawab
untuk variasi pengajaran penulisan yang menarik dan penting sekali menyediakan
pelajar mendepani peperiksaan.

Di dalam sebuah kajian terhadap penulisan murid

sekolah menengah, Faridah, Norreiny dan Raja Mohd Fauzi (2001) mendapati guru
yang menggunakan pendekatan konstruktivisme yang melibatkan proses kognitif
seperti perbincangan ataupun sumbangsaran boleh menambah minat murid-murid dan
memberi rangsangan kepada mereka untuk menulis dengan lebih baik.
5.Model Pengajaran Penulisan
Model Pengajaran Penulisan Berdasarkan youtube Cakapan Berirama Maahad Tahfiz
Sains bertajuk Budi Bahasa Budaya Kita.
Pengajaran dan Pembelajaran : Menulis karangan berpandukan rakaman video tidak
kurang daripada 80 patah perkataan.
Tajuk : Budi Bahasa Budaya Kita
Bahan : rakaman youtube Cakapan Berirama Maahad Tahfiz Sains.
Hasil daripada model pengajaran ini ialah sebuah karangan berdasarkan isi-isi yang
dipersembahkan oleh para pelajar tersebut yang berdurasi selama lapan minit yang
boleh ditonton oleh murid-murid sama ada di dalam makmal komputer ataupun
melalui tayangan projektor di dalam kelas atau dewan.

Selain daripada menarik

minat murid-murid untuk menikmati suasana pengajaran dan pembelajaran lain


daripada yang lain, ia juga meningkatkan kemahiran menaakul murid-murid secara
tidak langsung.
Bagaimanapun, selain daripada menggunakan peralatan tertentu, murid-murid harus
diingatkan supaya memberi tumpuan kepada bahan tersebut kerana mereka harus
mencatat isi-isi penting berdasarkan apa yang mereka tonton dan dengar.
Langkah 1
Ketika menggunakan kaedah ini, guru-guru harus memastikan beberapa perkara
seperti
5.1.Gambar dan sistem audio berada di dalam keadaan sempurna. Ini adalah kerana,
keberkesanan model ini bergantung sepenuhnya kepada bantuan audio kerana muridmurid harus mendengar dan memberi tumpuan dengan teliti.
5.2.Guru akan mengarahkan murid-murid mendengar dan memikirkan isi-isi penting
serta fakta yang boleh dicerna daripada tayangan video tersebut.

5.3.Murid-murid mesti mencatat setiap isi dan fakta mahupun hujah yang difikirkan
boleh menjadi isi-isi pokok di dalam pembinaan karangan mereka.
Langkah 2
Guru-guru boleh meneruskan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan
teknik sumbangsaran atau perbincangan.

Murid-murid akan dibahagi-bahagikan

kepada beberapa kumpulan. Berikan had masa untuk perbincangan secara lisan dan
akhir sekali, isi-isi penting yang diperolehi dicatat dan dibentangkan oleh setiap
kumpulan.
Idea-idea yang dibentangkan oleh setiap kumpulan akan dicatatkan dan hendaklah
dipastikan juga ahli kumpulan lain memberi perhatian agar tidak berlaku pertindihan
idea. Murid-murid boleh juga dipilih secara rawak untuk membuat ayat secara lisan
berdasarkan idea tersebut dan guru bertindak membetulkan sebarang kesalahan
tatabahasa dan aspek-aspek lain.
Langkah 3
Selepas pembentangan selesai, setiap kumpulan dikehendaki menyiapkan sebuah
karangan berdasarkan idea-idea yang telah dikumpulkan oleh setia kumpulan. Guru
akan bertindak sebagai fasilitator bagi memastikan penggunaan tatabahasa,
gramatikal dan ejaan tidak diabaikan oleh murid-murid ketika mereka menyiapkan
karangan.
Karangan tersebut akan disemak oleh guru selepas dibentangkan sekali lagi oleh ahli
kumpulan dengan melantik seorang ketua untuk membacakannya di hadapan kelas.
Tugas terakhir murid-murid dikehendaki menyiapkan sebuah karangan berdasarkan
tajuk dan kefahaman mereka semasa sesi pembincangan. Selepas karangan dihantar,
guru-guru

hendaklah

menyemak

dengan

teliti

dan

memastikan

murid-murid

membetulkan kesilapan, jika ada di dalam karangan mereka.


Dapatan Analisis
Kajian telah dibuat berdasarkan 5 sampel karangan murid-murid tahun lima di sebuah
sekolah di Selangor. Mereka telah memilih soalan 1 daripada 3 soalan. Soalan

tersebut ialah : Setiap murid mempunyai sahabat baik. Tulis karangan yang bertajuk
Sahabat Baik Saya. Murid-murid tersebut telah diajar menggunakan kaedah yang
paling popular iaitu kaedah latih tubi. Melalui kaedah ini, guru membincang dan
menyenaraikan isi-isi penting di papan hitam.

Murid-murid akan diberikan

mencantikkan isi-isi tersebut di dalam sesi sumbangsaran dan seterusnya menyiapkan


latihan yang diberikan.

Isi
Daripada kelima-lima contoh tersebut, didapati kefahaman murid mengenai isi adalah
100 peratus. Kesemua mereka dapat menguasai bidang isi iaitu apa yang hendak
dikata. Kesemua mereka dapat menulis dengan jelas mengenai subjek yang hendak
diceritakan iaitu sahabat baik.
Organisasi
Dari segi kebolehan bidang organisasi ataupun kebolehan menyusun apa yang hendak
dikatakan, didapati 100 peratus murid-murid dapat menguasainya dengan cemerlang.
Malah ada yang dapat melakukannya dengan baik tanpa mengenepikan aspek
pengenalan, pertengahan isi dan penutup karangan.
Ekspresi
60 peratus iaitu 3 daripada 5 karangan tersebut mempunyai permulaan ayat yang
sama iaitu Saya Mempunyai Sahabat Baik. Secara umum meskipun kurang tepat,
boleh dikatakan murid-murid ini tidak dapat mengembangkan ayat menggunakan idea
sendiri untuk permulaan ayat dan menggunakan ayat yang sama yang telah diberikan
oleh guru di papan hitam.

Kemungkinan mereka menghadapi masalah untuk

mengatakan apa yang dikatakan ataupun dikenali kebolehan mengeksploitasi bidang


ekspresi. Begitu juga dengan aspek tatabahasa daripada segi penggunaan huruf besar,
kesalahan ejaan dan isi yang terkeluar daripada tajuk yang menyebabkan mereka
kehilangan markah. dikembangkan dengan baik lagi.

Kesimpulan.
Setelah membincangkan mengenai pendekatan, teori, kaedah, model dan teknik,
dapatlah dirumuskan bahawa pengetahuan secara holistik merupakan satu keperluan
yang mendesak di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran penulisan. Sememangnya,
tiada pendekatan, kaedah atau teknik khusus di dalam menghasilkan kualiti dan
kuantiti cemerlang di dalam pengajaran penulisan tetapi guru-guru mempunyai seleksi
yang luas dengan kepelbagaian pendekatan dan konsep yang telah dibincangkan di
atas.

Keutamaan adalah memastikan objektif pengajaran berkesan mencapai

matlamatnya.
Di antara ciri pengajaran berkesan ialah kepelbagaian penyampaian dan kejelasan
penyampaian oleh guru.

Di antara objektif penulisan ialah memperkembangkan

imaginasi dan pemikiran kritis murid-murid di samping menyediakan murid-murid


yang berpengetahuan menyampaikan maksud melalui penulisan yang betul.

Di

samping menitikberatkan proses penulisan yang sesuai, tidak ketinggalan juga ialah
pemuliharaan hukum bahasa baku yang melibatkan tatabahasa, ejaan, kosa kata serta
sebutan yang betul di dalam aktiviti menulis dan membaca.

Bibliografi
Video penerangan Mengenai KSSR, May 18, 2012 diperolehi
daripada :http://www.moe.gov.my/bpk/v2/kssr/index.php
Pengertian Menulis. Yulia Alamudin. Oktober 29, 2009 diperoleh pada Oktober 27,
2013 daripada http://pembelajaranmenulis.blogspot.com/
Teori Behaviorisme. Rabiatul Faezah Rameli, Norasma Yasimin binti Suliman dan
Shahrul Nazmi bin Mohamad. September 20, 2010 diperoleh pada Oktober 27, 2013
daripadahttp://teoribehaviorismeivanpavlov.blogspot.com/
Pendekatan, Kaedah Serta Cara Mengajar Penulis. YazidBiz369. April 22, 2011
diperoleh pada November 1, 2013
daripadahttp://yazidbiz369.blogspot.com/2011/04/pendekatankaedah-serta-caanramengajar.html
Teori Pemerolehan Bahasa. Fadhilah Sulaiman. Tiada tarikh. Diperoleh pada
November 1, 2013 daripada http://www.scribd.com/doc/160244171/KULIAH-4-TeoriPemerolehan-Bahasa
Pengajaran dan Pembelajaran Penulisan. Zamzuri Mohamed. April 8, 2010.
Diperoleh pada November 10, 2013
daripada http://retibasa.blogspot.com/2010/04/pengajaran-pembelajaranpenulisan.html
Prinsip Pengajaran Penulisan. Abdul Sukor Shaari. Tiada tarikh. Diperoleh pada
November 10, 2013
daripadahttps://docs.google.com/presentation/d/1zTWTaEDhguCPj84PXwsqMNWufCF
FOlYVPnw2EYGaXy8/edit#slide=id.p13
__________ . KRB 3023 Penulisan dan Kaedah Unit 1- Unit 5.
Tuan Jah Tuan Yusof. Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Selangor.
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Ke Kang He & Mark Shin Kee Shun. 2015 Teaching Writing in Chinese Speaking Areas. In
Mark Shin Kee Shun and De Lung Zhang (Eds). Springeronline.com. USA.

A.C. Buddy Krizan dan Joyce P. Logan. 2000. The Basic : Writing. South Western
Educational Publishing USA.
John Lyons. 1995. Bahasa Natural dan Tatabahasa Sejagat. Esei dan tesis dalam
Linguistik. DBP.

Abu Hassan Abdul dan Abd. Rashid Md Idris. 2012. Seni Mengarang. Tanjung Malim.
Perak. Pusat Pendidikan Luar UPSI.
3.0 Konsep tatabahasa wacana dalam penulisan karangan peringkat sekolah rendah
Sebagai seorang guru bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah, guru perlu
mendedahkankepada murid mengenai dua jenis penulisan wacana, iaitu wacana berformat dan
tidak berformatdalam penulisan.3.1 Konsep wacana berformat dalam tatabahas bahasa
MelayuMenurut Kamarudin Husin 1!""#, konsep wacana berformat dalam tatabahasa bahasa
Melayuialah penulisan berkesinambungan yang mengandyngi format$format tertentu
untukmenggariskan penampilan wacana tatabahasa secara kohesif dan koheren. %enulisan
yangtergolong dalam kategori ini adalah surat kiriman tidak rasmi, surat kiriman rasmi,
dialog,syarahan, ucapan, laporan, berita, catatan harian dan perbahasan.Konsep wacana ini
adalah merangkumi komponen$komponen yang bersepadu iaitu penggunaan rangkai kata secara
tersusun dan kohesif, kedua penentuan format penyampaian dan jenis penulisan yang sesuai
untuk memberikan mklumat. Ketiga pengenalpastian gaya bahasadan penggunaannya dalam
penulisan. Keempat penganalisisan gaya bahasa dan penggunaannyasecara koheren dalam
penulisan. Kelima penyampaian isi yang bernas dalam kerangka penulisan.Keenam pembinaan
ayat utama dan huraian untuk membina perenggan yang kohesif. Ketujuh penyusunan ini dan
penggunaan penanda wacana untuk menghasilkan perenggan yang kohesifdan koheren. &khir
sekali, tatabahasa adalah dasar dalam kecekapan berbahasa. 'a perlu diajardengan terancang agar
ketepatan berbahasa dengan berasaskan penggunaan wacana yang jelasdapat dikuasai.3.( Konsep
wacana tidak berformat dalam tatabahasa bahasa MelayuMerujuk pernyataan Kamarudin Husin
1!""# konsep wacana tidak berformat dalam bahasaMelayu memfokus kepada pengujian
kefahaman mengenai topik penulisan, pengujiankebolehan, kemahiran dan keupayaan untuk
menarik minat pembaca, pengujian fikiran, pendapatdan idea, dan pengujian pengukuran

pembacaan.Konsep wacana tidak berformat ini turut merangkumi komponen yang bersepadu.
%ertama penggunaan kata, rangkai kata dan ayat yang tepat untuk menyampaikan
maklumatdengan tersusun dan kohesif. Kedua penentuan format penyampaian dan jenis
penulisan yangsesuai dan wajar untuk memberikan maklumat. Ketiga pengaplikasian gaya
bahasa dalam penulisan. Keempat penganalisisan gaya bahasa dan penggunaan bertulis secra
koheren serta penyampaian isi yang bernas dalam membina kerangka penulisan. Kelima
pembinaan ayat utamadan huraian untuk membina perenggan yang kohesif. Keenam penyusunan
isi dan penggunaan penanda wacana untuk menghasilkan perenggan yang kohesif dan koheren
dan akhir sekali,tatabahasa dijadikan dasar dalam kecekapan berbahasa dan diajarkan dengan
terancang dalamkonteks untuk ketepatan berbahasa dengan berasaskan penggunaan wacana yang
tepat dan jelas.
Kepentingan Penanda Wacana dalam Karangan (Pelita Bahasa, Februari
2006)
Kepentingan Penanda Wacana dalam Karangan
Oleh
Izani Hj. Daud
Memang tidak dapat dinafikan sebuah penulisan karangan yang baik adalah
yang mempunyai isi yang banyak dan bertepatan dengan tajuk. Tetapi
sekiranya karangan itu tidak mempunyai penanda kata wacana yang
berkesan maka sudah tentu sebuah karangan menjadi tidak sempurna
disebabkan binaan ayatnya tidak gramatis.
Penanda kata wacana adalah perangkai ayat untuk menentukan
perkaitan atau kesinambungan antara satu idea dengan satu idea yang lain
dalam ayat atau perenggan. Antara penanda wacana yang sering digunakan
ialah,

Selain itu,

Pertama,

Pada umumnya

Keadaan ini,

Seterusnya,

Keseluruhannya,

Juga,

Apa yang dimaksudkan,

Akibatnya,

Sementara,

Dalam nada

Begitu jua,

Kalau demikian,

Kedu

Sebalikya,

Walau bagaimanapun,

Walaupun,

Sebelumnya,

Jadi,

berbeza

Tegasnya,

Kini,

Sejajar dengan itu,


Meskipun demikian,
Oleh hal yang

demikian,
Pada amnya,

Khususnya,

Dengan perkataan

lain,
Pada keseluruhannya,

Ringkasnya,

Akhirnaya,

Namun begitu,

Jelaslah
Justeru,

Jika dibandingkan, dan banyak lagi.


Penanda kata ini perlu diberikan perhatian dalam semua bahagian
karangan, daripada bahagian pendahuluan, isi, huraian isi, contoh dalam
huraian hinggalah kepada bahagian penutup. Dalam perbincangan ini akan
dilihat bagaimana penanda kata wacana digunakan dalam kesemua
bahagian yang disebutkan.
Penanda Kata Wacana yang Sesuai untuk Bahagaian Pendahuluan
1.

Sejak akhir-akhir ini masalah keruntuhan moral dalam kalangan remaja


menjadi isu yang hangat diperkatakan .

2.

Dalam alaf moden ini penggunaan komputer menjadi satu keperluan

dalam
kehidupan manusia .
3

Sebelum saya membicarakan tajuk ini dengan lebih lanjut , eloklah saya
menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan iklan .

4.

Semasa cuti sekolah yang lalu,aku telah dijemput oleh bapa saudaraku
untuk bercuti di rumahnya.

5.

Memang tidak dinafikan kegawatan ekonomi yang melanda sekarang ini


menghimpit kehidupan rakyat,terutamanya golongan bawahan.

6.

Isu pendatang asing sudah menjadi suatu isu yang serius yang perlu
ditangani segera.
Pengunaan frasa kata dalam contoh ayat di atas membentuk pola ayat

yang sesuai dalam usaha memulakan sesebuah karangan.


Bahagian Isi
1.

Pelbagai punca yang dikenal pasti mengakibatkan berlakunya

masalah ini.
antaranya termasuklah
2.

Faktor ibu bapa menjadi punca utama menyebabkan berlakunya


kemerosotan displin dalam kalangan remaja masa kini.

3.

Selain itu,faktor

4.

Di samping itu,sikap remaja juga


5.

Terdapat berbagai-bagai langkah yang dapat dijalankan untuk

mengatasi
masalah ini,seperti
6.

Salah satu langkah yang paling berkesan bagi mengatasi masalah

ini adalah
dengan penguatkuasaan undang-undang. Undang-undang yang
tegas
hendaklah dilaksanakan supaya
7.

Selain itu kerajaan juga

8.

Langkah lain yang boleh diambil termasuklah

.Peranan ibu bapa juga penting dalam usaha mengatasi masalah

ini.Ibu bapa
boleh memainkan peranannya dengan

10. Semua pihak hendaklah bertanggungjawab dan bekerjasama bagi


mengatasi
masalah ini.
Dalam bahagian ini pengunaan frasa kata seperti Pelbagai
punca,
Selain itu,dan lain-lain telah mewujudkan suatu variasi atau keragaman
daripada
segi pembendaharaan kata yang sangat diperlukan dalam penulisan
sesebuah karangan.
Bahagian Huraian Isi
1.

Hal ini berlaku kerana tiadanya pengawasan ibu bapa di rumah

sehingga
menyebabkan anak-anak terlepas bebas melakukan apa-apa sahaja
yang
disukainya.
2.

Adakah kita ingin melihat anak bangsa hanyut dalam

dunianya,sedangkan
merekalah nantinya bakal mengambil alih teraju pimpinan negara.
3.

Walaupun begitu,masih ramai yang tidak menginsafi masalah yang

berlaku.
4.

Dengan kata lain,kita tidak seharusnya berpeluk tubuh dengan hanya


membiarkan gejala yang merosakkan ini tersebar luas.

5.

Seharusnya kita sebagai anggota masyarakat peka dengan keadaan


persekitaran.

6.

Sungguhpun kerajaan telah menjalankan pelbagai langkah tetapi

langkah
tersebut tidak akan berkesan seandainya tidak mendapat kerjasama
semua
pihak.

7.

Oleh itu,kita sebagai warganegara tentunya tidak mahu melihat

negara ini
hancur akibat campur tangan pihak luar.
8.

Bak kata pepatah Berat sama dipikul,ringan sama dijinjing.


Dalam huraian isi, penanda kata wacana dan pola ayat perlu

diberikan perhatian juga. Pengunaan kata yang sesuai penting supaya


huraian pada isi pokok itu tidak kelihatan terpisah antara satu sama lain.
Contoh dalam Huraian
1.

Menurut perangkaan yang dikeluarkan olehkes penderaan kanak-

kanak
meningkat ke angkapada tahun 1997.
2.

Masyarakat boleh membantu dalam usaha mengatasi kegawatan ini,


misalnya, dengan cara mengurangkan perbelanjaan harian
3

.Penderaan kanak-kanak semakin serius.Kes terbaru ialah

4.

Sebagai contoh
Dalam usaha mengemukakan contoh dalam huraian,penggunaan

frasa kata
yang sesuai diperlukan juga dan hendaklah mengikut kesesuaian konteks
ayat.
Contoh Penutup
1.

Tegasnya,banyak faktor yang menyumbang kepada berlakunya gejala

sosial .
2.

Oleh itu
Kesimpulannya, pendisiplinan diri adalah menjadi kunci kepada

kejayaan
seseorang individu kerana
3.

Akhir kata,sambutllah salam anakanda dari kejauhan dan semoga

ayahanda
4.
kami

Sebelum mengundur diri terimalah serangkap pantun daripada

5.

Saya sudahi ucapan ini dengan


Jelaslah,aspek penanda kata wacana akan mempengaruhi

pengolahan ,
struktur ayat, pemerengganan, kosa kata,dan bahasa secara keseluruhannya
yang sangat diperlukan dalam usaha menghasilkan sebuah karangan yang
baik.Contoh-contoh yang dipaparkan di atas diharapkan dapat dijadikan
garis panduan kepada pelajar dalam menghasilkan sebuah karangan yang
bermutu
(Pelita Bahasa, Februari 2006)

Anda mungkin juga menyukai