Anda di halaman 1dari 3

INFO KURSUS

MENYELAMAT
KELEMASAN DI DALAM
AIR
ANJURAN PUSAT
KOKURIKULUM NEGERI
SARAWAK

Disediakan Oleh: Nazrie Bin Hizazi


Disediakan Untuk: SK SAINT EDWARD BELIMBING PADAWAN

KURSUS MENYELAMAT KELEMASAN DI DALAM AIR PINGAT GANGSA


1.1. Seseorang Penyelamat Kelemasan akan mencegah trajedi kelemasan. Sekiranya
Penyelamat Kelemasan tidak menjalankan kewajipan, seseorang akan mati dan reputasi
akan tercalar
1.2. Seseorang akan menjadi panik walau pun di dalam air yang cetek dan statistik
menunjukkan seorang dewasa mati lemas di dalam kolam kanak-kanak walaupun airnya
tak sampai 2 kaki
1.3. Statistik Kelemasan pada tahun 2005 dan 2006 daripada Persatuan Penyelamat
Kelemasan Malaysia [PPKM] telah merekodkan lebih 300 kes.

PENGENALAN
2.1. Kursus ini adalah untuk memupuk kemahiran yang tinggi dan tanggungjawab individu
disamping membantu individu tersebut dalam menjalani kehidupan seharian yang
mencabar iaitu untuk menjaga, mencegah dan menyelamat nyawa.
Setiap individu akan di ajar kemahiran-kemahiran seperti
- Bagaimana mengenal pasti bahaya yang mendatang
- Bagaimana mengenal kemalangan
- Bagaimana untuk menguruskan kemalangan dengan kemahiran
- Bagaimana untuk memikirkan secara kritikal akibat daripada situasi yang mendatang
- Bagaimana melindungi keselamatan individu dan kebaikan perilaku
- Bagaimana menjadi seorang yang professional
2.2. Penyelamat Kelemasan bukan sahaja mencegah kelemasan atau kemalangan tetapi
juga menyediakan penyelamatan dan penjagaan kecemasan

2.3. Silibus latihan yang disediakan adalah dari Persatuan Penyelamat Kelemasan Malaysia
[PPKM] sebagai satu organisasi yang dipercayai untuk Menyelamat Kelemasan di Malaysia
dengan bergabung di bawah Persekutuan Menyelamat Kelemasan Antarabangsa [ILS
International Life Saving Federation]