Anda di halaman 1dari 25

PENDAHULUAN

Berdasarkan

dapatan awal sesi dialog dan perbincangan sistem

pendidikan negara didapati

bidang profesionalisme perguruan dan aspirasi

rakyat terhadap sistem pendidikan dan kemenjadian murid merupakan tumpuan


utama (iaitu sebanyak 27 peratus ). (Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin
Yassin 18 Jun 2012).
Melihatkan kepada dapatan awal hasil sesi dialog dan perbincangan
sistem pendidikan negara, profesionalisme guru menjadi

aspek yang diberi

tumpuan utama. Hal ini termasuklah kebajikan dan kemahiran pengajaran guru.
Sememangnya guru menjadi aspek yang difokus kerana guru merupakan asas
kepada sistem pendidikan negara. Jatuh bangun sesuatu bangsa itu terletak
atas bahu guru setelah mereka menandatangani perjanjian sebagai seorang
pendidik. (Syed Ismail Bin Syed Mustapa, Jun 2012)
Bidang perguruan sering dianggap sebagai profesion kelas pertengahan
yang jauh ditinggalkan bidang bidang professional yang lain seperti kedoktoran
mahupun perakaunan. Bidang ini juga dianggap sebagai pilihan terakhir setelah
tiada pilihan yang lain yang sesuai juga untuk mengelakkan daripada
mengganggur. Terdapat juga yang menganggap menjadi guru itu sesuatu yang
mudah iaitu hanya berada dalam kelas dan mengisi borang. (Syed Ismail Bin
Syed Mustapa, Jun 2012)
Menjadi seorang guru kini lebih mencabar berbanding zaman dahulu
seiring dengan perkembangan era digital yang melanda negara kita . Jadi,
melihatkan kepada cabaran itu, aspek profesionalisme perguruan perlulah diberi
tumpuan untuk menyediakan guru yang bergerak seiring dengan

zaman

globalisasi dan dan dapat menempuhinya sejajar dengan peranan guru sebagai
pemangkin wadah perjuangan untuk murid membina

daya pemikiran yang

analatikal, kritis dan kreatif untuk menghadapi perubahan yang berlaku sekitar
mereka. (Syed Ismail Bin Syed Mustapa, Jun 2012).

Konsep kerjaya professional menurut Jacques (2003) ialah sesuatu


kerjaya dikatakan bertaraf professional jika penjawatnya mempunyai autonomi
professional,

bertanggungjawab,

berorganisasi,

bertindak

sama

rata,

berpendidikan, berkemahiran, berperaturan diri, bebas, terbuka, dan neutral.


Liebermen pula mengatakan bahawa sesuatu profesion bertaraf professional
ialah memberi

perkhidmatan penting dan mempunyai matlamat yang jelas,

menggunakan keupayaan serta kebolehan intelek semasa melaksanakan


tugasan profesionalnya, mendapat latihan khusus

dalam bidang kemahiran

dalam bidang ikhtisas dalam tempoh masa tertentu, mementingkan mutu serta
dedikasi yang tinggi dengan tidak mementingkan keuntungan atau wang atau
saran semata-mata. ( Amir Hassan Dawi, 2002 dan Sufean Husin,1996)
Selain itu, menurutnya lagi profesion yang bertaraf profesional mestilah
pakar dalam bidang masing-masing serta mempunyai kuasa autonomi dalam
tugas yang dipertanggungjawab kepadanya, mempunyai organisasi yang
berkuasa menentukan ciri kehendak untuk kemasukan dan mengawal mutu
perkhidmatan ahli-ahlinya, dan mempunyai etika perkhidmatan yang perlu
dipatuhi oleh ahli dalam profesion itu. ( Amir Hassan Dawi, 2002 dan Sufean
Husin,1996).
Kamus Dewan edisi ketiga menjelaskan bahawa profesionalisme
bermaksud sifat-sifat (kemampuan, kemahiran, cara pelaksanaan sesuatu dan
lain-lain) sebagaimana yang sewajarnya terdapat pada atau dilakukan oleh
orang profesional. Menurut Mok Song Sang(1996), konsep profesionalisme
boleh dirumuskan sebagai satu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh
orang yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu,
bersikap

jujur, dedikasi,

bertanggungjawab

dan

bermoral

tinggi,

yang

mempunyai autonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang telah ditetapkan
oleh organisasinya.

1.1

Sejauhmanakah

anda

bersetuju

dengan

pernyataan

bahawa

pengamal professional memerlukan autonomi individu yang tinggi.

Profesion keguruan merupakan profesion yang tertua di dunia dan kini


memasuki satu lagi era baharu. Peranan guru pada masa dahulu hanya
tertumpu sebagai penyampai ilmu semata-mata. Berbanding sistem pendidikan
kini, guru lebih banyak berperanan sebagai pemudah cara pengetahuan yang
seharusnya lebih bersedia dan peka dalam melahirkan dan menggunakan
situasi-situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan. Selaras dengan
perubahan peranan pendidik, guru harus lebih inovatif, kreatif dan efektif dalam
penyampaiannya

serta

sentiasa

memikirkan

pendekatan

baharu

untuk

mengadaptasikan amalan dengan kehendak pelajar sebagai knowledge worker


dalam era revolusi maklumat alaf ke 21 .
Guru dalam alaf baharu seharusnya professional dan profesionalismenya
ialah kunci kepada peningkatan kualiti dalam pendidikan. Menurut Syed Ismail
Bin Syed Mustapa (2012) profesionalisme guru menjadi

aspek yang diberi

tumpuan utama. Hal ini termasuklah dalam aspek kebajikan dan juga kemahiran
pengajaran guru. Sememangnya guru menjadi aspek yang difokuskan kerana
guru merupakan asas

kepada sistem pendidikan negara. Jatuh bangun

sesebuah negara dan bangsa itu terletak diatas bahu guru setelah mereka
menandatangani perjanjian sebagai seorang pendidik.
Perkataan keguruan diambil daripada perkataan dasarnya iaitu guru.
Menurut Kamus Dewan edisi keempat, guru bermaksud pengajar, pendidik atau
pengasuh manakala perkataan keguruan pula berkaitan dengan guru dan
peranan dalam tugas dan kelayakan sebagai guru. Sesuatu profesion yang
sebenar adalah suatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan pada
kemahiran intelek, latihan iktisas yang mencukupi, khidmat yang diperlukan oleh
masyarakat, menikmati autonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu
perkhidmatan, mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod setia dan

mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan soal-soal yang berkaitan


dengan pendidikan (Lieberman 1956).
Berdasarkan konteks persoalan yang ditimbulkan iaitu persetujuan
dimana pengamal profesion memerlukan autonomi individu yang tinggi, ya saya
setuju. Mengapa? Suatu profesion didefinisikan oleh David (2000) dimana telah
menyatakan bahawa profesion menyediakan perkhidmatan awam yang penting,
melibatkan secara teori dan juga praktikal berasaskan kepakaran, mempunyai
etika yang berbeza yang memerlukan ungkapan dalam kod amalan,
memerlukan organisasi dan peraturan bagi tujuan pengambilan dan disiplin dan
pengamal profesional memerlukan autonomi individu yang tinggi bagi amalan
yang berkesan.
Jelas sekali profesion keguruan itu memerlukan autonomi yang tinggi.
Seperti sedia maklum, guru itu merupakan agen perubahan. Dalam era
teknologi dan globalisasi ini, guru adalah sebagai agen perubahan dalam
banyak aspek seperti contoh dalam pembentukan modal insan, membentuk
sahsiah dan juga disiplin murid dan juga bagi membimbing murid-murid agar
bersedia untuk menghadapi segala perubahan yang akan berlaku. Malaysia
menghadapi arus kemajuan dan cabaran dalam abad ke 21.
Seperti contoh, keperluan terhadap terhadap pembentukan akhlak mulia
khususnya dalam kalangan murid semakin mendesak memandangkan masalahmasalah sosial yang timbul selari dengan kepesatan kemajuan dunia. Masalahmasalah

disiplin

di

peringkat

sekolah

seperti

ponteng,

merokok

dan

penyalahgunaan dadah dapat ditangani sekiranya guru berjaya membina


kesepaduan antara ilmu dan pembentukan akhlak yang mulia dalam diri muridmurid. Jadi, guru harus berperanan sebagai agen perubahan dalam sistem
pendidikan di mana ia harus mengubah daripada gaya pengurusan dan
kepimpinan yang bersifat autokratik kepada demokratik. Peranan guru sebagai
agen perubahan perlu berasaskan perkara-perkara berikut:

a) Mengubah

daripada

strategi

berpusatkan

guru

kepada

strategi

pemusatan murid.
b) Guru mengamalkan sifat penyayang terhadap murid, rakan sejawat,
ketua, staf sokongan dan sekolah.
c) Guru juga perlu bersikap terbuka secara proaktif dan bersedia untuk
menghadapi perubahan khususnya dalam bidang pendidikan.

Oleh yang demikian, autonomi perlu dan harus dipertingkatkan kerana


dalam membentuk sahsiah murid itu semula guru perlulah menggunakan
pelbagai cara. Ini kerana, dalam membentuk sahsiah dan disiplin pelajar
haruslah dengan ketegasan dan bukan dengan kelembutan sepertimana
sekarang dimana murid langsung tiada rasa takut terhadap guru. Seringkali juga
timbul isu guru disaman kerana memarahi murid yang tidak menyiapkan kerja
sekolah dan sebagainya. Dimanakah autonomi seorang guru itu dalam
pembentukan sahsiah dan akhlak murid jika hanya jelingan pun tidak
dibenarkan?
Dalam hal ini, ramai pihak yang pertikaikan jika profesion keguruan
memiliki autonomi yang tinggi, murid akan di denda sesuka hati, Seperti contoh
kes dimana seorang guru telah mengurung dan seorang murid yang didapati
bersalah mencuri sebanyak RM7 dari seorang rakan. Pelajar tersebut berumur 7
tahun dan telah koma setelah 2 jam dikurung akibat kurang oksigen. Namun
pelbagai kekeliruan yang di dapati daripada kes tersebut. Tambahan lagi kes
dimana seorang guru telah memaksa murid untuk memakan rumput dan
dipakaikan loceng dileher hanya kerana tidak menyiapkan kerja sekolah.(Berita
Harian, 2011).
Justeru itu, diwujudkan kod etika dan tingkah laku yang telah dinyatakan
di dalam Laporan Suruhanjaya Diraja mengenai Perkhidmatan Perguruan
Malaysia Barat (Laporan Aziz, 1971), telah mencadangkan supaya diadakan
Etika Profesion Perguruan (EPP) bagi Pembentukan Tatasusila Guru yang telah
memperolehi sijil perguruan mematuhinya. Semua garis panduan yang
5

bertujuan

meningkatkan

tahap

kualiti,

produktiviti

dan

disiplin

dalam

perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang


berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku
profesion dalam masyarakat. Bekas Ketua Pengarah Pelajaran (1976 - 1985)
Tan Sri Murad Mohamed Noor tidak percaya hukuman keras seperti contoh
rotan boleh mendisiplinkan pelajar. Kata Murad, beliau mempunyai alasan yang
kukuh apabila melarang hukuman keras ke atas pelajar antaranya untuk
mewujudkan hubungan yang lebih akrab antara guru, pelajar dan juga keluarga.
Beliau yang pernah menjadi guru menganggap masalah disiplin disebabkan
oleh banyak faktor dan bukannya sebab pelajar tidak boleh dirotan.
Namun demikian, berdasarkan surat pekeliling ikhtisas bil. 7/2003 :
Kuasa guru merotan murid, dimana telah dinyatakan bahawasanya kuasa
merotan telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan sejak sekian lama.
Antara tujuannya ialah untuk membentuk disiplin dan sahsiah murid itu sendiri
agar kesalahan yang dilakukan tidak berulang lagi. Bezanya, pelaksanaan
sahaja dimana kini merotan atau menghukum tidak boleh untuk pelajar
perempuan, bukan dikhalayak ramai dan bukan dengan sesuka hati. Secara
jelasnya, dalam pembentukan sahsiah murid hukuman mahupun dendaan perlu
untuk membentuk sahsiah murid itu sendiri tetapi haruslah mengikuti garis
panduan yang telah disediakan.
Oleh kerana itu, andaikata autonomi seorang guru dalam membentuk
sahsiah dan disiplin pelajar itu tiada atau rendah, bagaimanakah yang dikatakan
bahawa guru itu seorang agen perubahan? Dalam konteks autonomi seorang
guru,

saya

amat

menyokong

autonomi

seorang

pengamal

profesion

memerlukan autonomi individu yang tinggi agar boleh dilihat secara jelas
bahawasanya seorang guru itu merupakan agen perubahan bukan sahaja
sistem dan kualiti pendidikan bahkan yang paling penting dalam pembentukan
modal insan untuk melahirkan generasi yang berwawasan dan berakhlak mulia.
Seterusnya, peningkatan autonomi juga boleh meningkatkan kualiti
institusi pendidikan itu sendiri. Ini kerana, institusi pendidikan itu sendiri ada
6

kuasa dalam memilih sistem pendidikan yang sesuai untuk membentuk dan
melahirkan generasi yang lengkap dengan pengetahuan dan kualiti tersendiri.
Dengan adanya autonomi yang diberi kepada sisitem pendidikan khususnya,
tidaklah wujud sistem pendidikan dipolitikkan. Namun, apa yang terjadi kini,
secara jelasnya setiap kali menteri pendidikan berubah maka begitu jugalah
sistem pendidikan. Di zaman Datuk Seri Hishamuddin Bin Tun Hussien menjadi
menteri pendidikan, mata pelajaran Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa
Inggeris dibawah program PPSMI (Pengajaran dan pembelajaran Sains dan
Matematik dalam Inggeris). Manakala di zaman Tan Sri Muhyiddin Yassin, mata
pelajaran Sains dan Matematik telah ditukar kepada Bahasa Melayu dibawah
program MBMMBI (Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkukuhkan Bahasa
Inggeris). Itu belum lagi mengenai pelaksanaan PT3 yang menggantikan PMR
(Peperiksaan Menengah rendah) dimana laporan tidak rasmi menunjukkan
hanya 80 pelajar mendapat semua A daripada 450,000 calon keseluruhan yang
menduduki Ujian Pentaksiran Tingkatan 3 dalam usaha kerajaan memperbaiki
sistem penilaian sekolah. Justeru itu perlunya autonomi dalam keguruan bagi
menjaga kualiti pendidikan itu sendiri.
Pensyarah Fakulti Sains Kognitif (Pendidikan), Universiti Pendidikan
Sultan Idris (UPSI), Profesor Datuk Dr. Isahak Harun berkata, lebih banyak
kuasa diberi kepada pihak sekolah maka lebih baik tahap kualiti pentadbiran
dan pendidikan sekolah.
Namun kini, falsafah pendidikan telah tersasar dari landasan sebenar
tanpa mengambil kira pandangan dan suara warga pendidik yang lebih menjiwai
soal pendidikan dalam melahirkan modal insan yang bertaraf global.
Berdasarkan petikan dari kata-kata bekas menteri pelajaran Malaysia, Untuk
memastikan bahawa falsafah pendidikan kita yang ditentukan oleh tenaga
pemikir, pendidik dalam negara yang mampu memberi nasihat kepada pimpinan
politik yang akan tentukan pelaksanaannya. Seandainya orang politik, menteri
untuk mengambil alih tugas ini, maka ia juga akan mempengaruhi satu

keputusan yang tidak semestinya menjurus kepada pemikiran falsafah


pendidikan jangka panjang," kata beliau.
Sistem pendidikan di Malaysia adalah terlalu berpusat (centralised),
dimana kesemua sistem pemarkahan dan subjek kurikulum datang dari satu
sistem berpusat. Sebagai contoh, sistem jam pembelajaran. Pihak pusat telah
menetapkan bahawa subjek Bahasa Inggeris mestilah diajar sebanyak tujuh jam
seminggu di sekolah. Mengikut sistem yang berpusat, tidak kira di bandar atau
di pedalaman, Bahasa Inggeris mestilah diajar tujuh jam seminggu. Pelajar di
bandar berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris tidak mempunyai masalah kerana
mereka ada keluarga yang bertutur bahasa tersebut, malah, surat khabar,
drama dan filem dalam Bahasa Inggeris juga banyak. Maknanya, waktu
pengggunaan Bahasa Inggeris itu amat banyak, malah kadang-kadang waktu di
rumah yang secara langsung itu lagi berkesan daripada sekolah yang tujuh jam
itu. Justeru itu, pentingnya autonomi dalam profesion keguruan khususnya agar
mana-mana sekolah berhak dan mempunyai autonomi dalam menentukan apa
yang perlu dilakukan dari segi subjek yang mahu diajar dan jumlah
pembelajaran yang diperuntukkan bagi meningkatkan kualiti pendidikan itu
sendiri.
Seorang Guru, aktivis dan bekas pegawai Kementerian Pendidikan yang
ditemubual mendakwa meskipun mempunyai polisi jelas seperti Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) akan menjadi tidak berguna jika
tidak dilaksanakan dengan betul. Ahli Ekonomi Kanan Bank Dunia, Frederico Gil
Sander, berkata kualiti pendidikan Malaysia lebih membimbangkan daripada
kadar hutang isi rumah negara.
Selain itu, Finland sebuah negara yang maju tidak mewujudkan sistem
berpusat dan taraf pendidikan di Finland adalah yang terbaik. Sistem pendidikan
ditentukan sendiri pembentukannya oleh warga pendidik itu sendiri. Oleh itu
perlunya autonomi dikalangan individu dalam dunia pendidikan agar kualiti
pendidikan terjaga secara telus dan baik. Sistem pendidikan yang hebat akan
8

melahirkan generasi yang hebat. Ini kerana pendidikan merupakan aset yang
berharga bagi membina masyarakat dan rakyat yang berwawasan.
Seterusnya, pengamal profesional memerlukan autonomi individu yang
tinggi kerana guru itu juga merupakan seorang pentadbir. Ini kerana, disekolah
guru juga merupakan pengawal bagi mengatasi masalah disiplin pelajar,
kaunselor, pendidik, pengganti ibu bapa dan juga polis. Guru perlukan
kebebasan dalam mengawal disiplin sekolah dengan mengikut garis panduan
kod-kod etika yang telah disediakan. Maknanya walaupun autonomi diberikan
kepada profesion keguruan, namun isu-isu guru melampaui batas tidak akan
timbul kerana wujudnya kod-kod etika keguruan. Selain itu kebebasan dalam
memilih kaedah dan bahan pengajaran yang bersesuaian tanpa terikat dengan
mana-mana rancangan juga perlu bagi meningkatkan tahap pencapaian
akademik murid khususnya dalam mewujudkan suasana bilik darjah yang
kondusif.
Seperti contoh, untuk pengajaran tajuk sirah Hijrah Rasulullah dari Mekah
ke Madinah, kaedah yang ditetapkan adalah penceritaan. Namun, dalam
oonteks autonomi keguruan, guru boleh sahaja menggunakan kaedah yang
bertentangan seperti contoh lakonan, permainan ataupun kaedah yang
menggunakan orang ketiga. Maknanya, secara tidak langsung murid lebih ingat
akan nisi penting pengajaran dengan baik. Menurut kajian yang dilakukan oleh
Abdul Razak dan Abdullah (2000) terhadap 240 pelajar di daerah Petaling Jaya
dan Kuala Selangor mendapati pelajar-pelajar menganggap mata pelajaran
sejarah ini sebagai mata pelajaran sampingan yang tidak mendatangkan
faedah. Manakala Hasan (2002), simulasi merupakan satu model pengambilan
keputusan dengan mencontoh atau mempergunakan gambaran sebenarnya
dari suatu sistem kehidupan dunia nyata tanpa harus mengalaminya pada
keadaan yang sesungguhnya. Simulasi adalah suatu teknik yang dapat
digunakan untuk memformulasikan dan memecahkan model-model dari
golongan yang luas. Golongan atau kelas ini sangat luas sehingga dapat
dikatakan jika semua cara yang lain gagal, cubalah simulasi (Schroeder, 1997).
9

Dalam kajian ini, simulasi merujuk kepada satu aktiviti bagi menarik minat
pelajar dalam suatu pembelajaran. Pengajaran berdasarkan kaedah bercerita
semasa boleh diubah kepada lakonan atau simulasi dan guru bebas memilih
kaedah dan bahan pengajaran yang bersesuaian agar dapat membentuk bilik
darjah yang kondusif.
Zaman berubah dan terus berubah. Cabaran yang dihadapi oleh guru
pada masa kini sangat berbeza dengan dahulu. Maka, pendekatan yang sesuai
perlulah selari dengan perkembangan zaman demi zaman. Secara jelasnya,
profesion keguruan atau pendidikan sangat berbeza dengan profesion yang
lain. Kerja mengajar melibatkan naluri antara manusia dengan manusia yang
lain. Dalam konteks pendidikan jelas sekali ianya perhubungan diantara guru
dan murid itu sendiri. Pentingnya autonomi kerana melibatkan kejayaan dan
kecemerlangan produk yang dihasilkan iaitu kejayaan murid itu sendiri.
Seperti contoh pengajaran yang bervariasi dimana pengajaran seperti ini
dapat menarik minat murid untuk mengikuti sesi pengajaran dengan baik. Jika
dengan cara yang sama dan mendatar, guru tidak mampu menarik minat murid,
maka tiada jaminan terhadap kejayaan kepada murid itu sendiri. Justeru sistem
perlu kepada perubahan namun pemilihan sistem itu sendiri perlu dilihat kepada
keperluan pendidikan tersebut. Bukan umpama melepas batuk di tangga. Baru
laksana, sudah tukar. Tidak ubah seperti pendidikan hanyalah bahan ujikaji.
Autonomi perlu untuk mudah melihat dan menilai kejayaan murid berdasarkan
perkembangan kemajuan masa kini. Jika sistem pendidikan beku dan jumud,
tiada autonomi, pendidik hanya tertakluk keoada satu sistem sahaja, agak sukar
untuk menghasilkan produk yang baik dan malahan membentuk sahsiah juga
hambar.
Seperti contoh, seorang guru itu pada hari ini telah masuk ke kelas
pandai, maka pendekatan yang digunakan juga haruslah bersesuaian dengan
tahap murid tersebut. Jika keesokan harinya guru tersebut masuk ke kelas
murid yang lemah, guru tersebut haruslah menukar pendekatan yang
bersesuaian dengan tahap murid tersebut. Maka dengan cara itu, guru pakar
10

guru cemerlang dapat dihasilkan dengan lebih ramai kerana mereka boleh
mencipta dan harus ada inovasi tersendiri.
Antara sebab lain mengapa pengamal professional perlu meningkatkan
autonomi individu itu ialah agar pendidikan yang diberikan sangat berkualiti dan
guru boleh focus pada kerja sebagai guru dan bukan sebagai kerani. Beban
guru yang melampau boleh mengakibatkan kurangnya tumpuan yang lebih
kepada sesi pengajaran dan pembelajaran. Justeru lahirlah guru-guru yang
hanya masuk ke kelas dengan hanya membuka buku teks dan memberi arahan
semata untuk membacanya tanpa wujudnya pengajaran yang menjelaskan
topik-topik tersebut.
Secara teorinya minda para guru akan lega sebaik sahaja mereka keluar
dari pintu pagar sekolah. Oleh kerana pulang lebih lewat, mereka akan berfikir
tentang banyak perkara khususnya guru perempuan iaitu tanggungjawab pada
suami dan anak-anak. Ini mengakibatkan gangguan psikologi kepada guru
dalam bentuk stress atau tension kerana beban kerja yang makin bertambah
dan tekanan kerana tidak dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai suami
atau isteri secara normal.
Antara lainnya ialah pelaksanaan sistem pentaksiran berasaskan sekolah
(PBS). Namun sistem ini telah menyebabkan munculnya beban-beban guru
yang melampaui yang berpunca dari kesan pelksanaan sistem tersebut dan
antaranya ialah kemudahan ICT sekolah amat mendukacitakan. Dalam sebuah
sekolah yang purata bilangan gurunya ialah 80 orang, hanya ada dua atau tiga
desktop sahaja yang ada. Oleh itu hampir semua guru menggunakan laptop
harta mereka sendiri untuk menjalankan kerja kerajaan. Malangnya kerajaan
sanggup bagi laptop percuma pada pelajar dan membiarkan guru dalam
kerumitan mereka sendiri. Hanya profesion guru sahaja di mana mereka terlalu
banyak menggunakan wang dan harta sendiri untuk buat kerja kerajaan.
Oleh kerana guru tidak dibenarkan mencari pendapatan sampingan,
mereka terpaksa meminjam untuk membeli laptop bagi melaksanakan tugas
11

yang dibebankan kepada mereka. Harga laptop RM1500- RM2000., guna kad
kredit atau hutang dan bayaran bulanan sehingga RM60 sebulan. Capaian
internet atau schoolnet yang amat lemah menyebabkan guru terpaksa
menggunakan streamyx atau broadband. Bayaran sebulan ialah dari RM48
hingga RM148 sebulan. Peruntukan masa yang terlalu lama oleh guru untuk
mendaftar pencapaian pelajar secara online

kerana capaian internet yang

lemah dan pengurusan PBS yang lainnya menyebabkan mereka terpaksa


melaksanakan sebahagian kerja ini di rumah. Sebagaimana yang pernah
didedahkan dalam akhbar, kami terpaksa berjaga sehingga jam 3 atau 4 pagi
untuk menyelesaikan kerja-kerja PBS. Kesan kepada situasi ini ialah terjejasnya
sistem rumahtangga dan hubungan suami isteri sehingga membawa kepada
pertengkaran. Masa yang selama ini dihargai dengan membelai anak-anak
sudah berkurangan dan berlaku pertelingkahan suami isteri kerana isteri (guru)
terpaksa tidur lewat dan mengabaikan anak dan suami kerana PBS.
Justeru dengan tingginya autonomi profesion ini maka secara mudahnya
para guru dapat memilih sistem yang mana satu yang boleh membawa kepada
peningkatan akademik dan sekaligus melahirkan murid yang berwawasan dan
berjaya. Kurangnya beban guru maka kuranglah tekanan yang dihadapi oleh
para guru tersebut.
Konklusinya,

autonomi

dalam

kalangan

pengamal

professional

khususnya dunia pendidikan perlu ditingkatkan agar secara jelasnya kita akan
dapat lihat bagaimana yang dikatakan bahawa pendidik itu merupakan agen
perubahan yang terbesar sekali dalam membentuk sahsiah dan memberikan
pendidikan yang berkualiti seperti dunia pendidikan di Finland.

12

1.2

Peranan guru dalam memenuhi aspirasi pengembangan kemahiran

berfikir dalam kalangan murid di sekolah

Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan


proses pemikiran. Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir sanggup
dan cekap dalam menyusun maklumat, konsep atau idea secara yang teratur
dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang
terarah dan sewajarnya.
Menurut Edward de Bono ( 1976 ) di dalam Anita Woolfolk (2010)
menyatakan bahawa kemahiran berfikir ini membolehkan manusia melihat
pelbagai perspektif untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi
tertentu. Manakala Dewey ( 1910 ) di dalam Anita Woolfolk (2010) menegaskan
bahawa pemikiran yang dihasilkan adalah kerana terdapat situasi keraguan atau
masalah tertimbul. Pemikiran merupakan aktiviti psikologikal dalam sesuatu
proses yang dialami untuk digunakan menyelesaikan masalah dalam situasi
yang dihadapi. Menurut pandangan Islam, berfikir ialah fungsi akal yang
memerhatikan tenaga supaya otak manusia dapat bekerja dan beroperasi.
Tenaga ini diperolehi melalui tafakur.
Dalam dunia pendidikan itu sendiri pada masa kini, kemahiran sangat
penting dalam melahirkan generasi yang berwawasan dimana sentiasa
memkirkan sesuatu yang kreatif dan inovatif. Dato Seri Najib Tun Razak,
Perdana

Menteri

Malaysia

telah

memberikan

ucapan

beliau

semasa

merasmikan Konvensyen Guru-Guru Muda 2011 di Shah Alam pada tahun lalu
pernah menjelaskan tentang perlunya negara mempunyai warga pendidik yang
memiliki daya kreativiti dan inovasi yang tinggi selain komitmen dan sikap
dedikasi terhadap profesion perguruan. Ketika melayari era globalisasi ini
golongan guru perlu berkemahiran tinggi dalam soal adaptasi dan bersikap
proaktif serta melakukan penambahbaikan semasa menjalankan tugas.
Tindakan sebegini menyebabkan murid tidak merasa bosan ketika mengikuti
proses pembelajaran. Tambah beliau lagi, rakyat tidak mahu anak-anak kita

hanya

menggunakan

kaedah

menghafal

atau

rote

learning

dalam

pembelajaran mereka.
Seperti yang diketahui bahawa secara umum terdapat dua jenis
kemahiran berfikir iaitu kemahiran berfikir aras rendah yang tidak memerlukan
pemikiran yang luas dan mendalam. Sebagai contoh kemahiran ini hanya
memerlukan murid menghafal dan mengingat kembali fakta atau maklumat yang
disampaikan oleh guru kepada mereka. Kemudian meluahkannya semula
sekiranya terdapat soalan yang memerlukan jawapan mereka.
Sementara itu, kemahiran berfikir aras tinggi melibatkan kemahiran
intelek yang tinggi. Kemahiran ini memerlukan seseorang itu berfikir sebelum
membuat penjelasan dengan menganalisis, menilai, menjana idea, pilihan
membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan membuat perancangan.
Secara mudahnya murid mencerap sesuatu data atau maklumat kemudian
diproses dalam minda dan akhirnya dikeluarkan semula dalam berbagai bentuk.
Kemahiran berfikir ini juga dikatakan sebagai berfikir secara kritis dan kreatif.
Memiliki kemahiran ini murid bebas untuk membanding, membeza,
menyusun atur, mengelas dan mengenal pasti sebab dan akibat mengikut
pendapat dan pandangan mereka sendiri. Andai kata diberikan suatu soalan
maka murid boleh memberi jawapan dalam pelbagai bentuk, idea baru dan
melihat daripada beberapa sudut. Di sinilah dikatakan wujudnya pemikiran
berbentuk kreatif, inovatif dan merekacipta di kalangan murid.
Kemahiran berfikir aras tinggi ini mempunyai kelebihan lain iaitu dapat
meningkatkan lagi keupayaan dan kebolehan sedia ada pada murid. Mereka
akan dapat mengawal, memandu dan mengukur pembelajaran yang telah
mereka kuasai. Kebolehan ini akan menjadikan mereka lebih produktif dan
berdaya saing. Seterusnya sudah tentu dapat meningkatkan kefahaman dan
memperkukuhkan pembelajaran dalam apa sahaja perkara yang mereka
pelajari nanti.

Bagi menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi di kalangan murid maka


peranan guru sangat signifikan. Oleh itu, guru perlu terus ditingkatkan dengan
keupayaan kemahiran berfikir mereka supaya dapat memberikan yang terbaik
kepada murid dalam pengajaran mereka. Guru perlu memainkan perana yang
penting dalam memenuhi aspirasi pengembangan kemahiran berfikir dalam
kalangan murid di sekolah.
Antaranya ialah mewujudkan kemahiran berfikir dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran itu sendiri
terdapat lima peringkat bagaimana kemahiran ini dapat disampaikan kepada
murid secara terancang iaitu melalui set induksi, penggunaan bahan asas atau
bahan bantu mengajar, aras soalan atau teknik menyoal, aktiviti atau gerak kerja
dan latihan bertulis.
Dalam

set

induksi

kebiasaannya

sebelum

memulakan

sesuatu

pengajaran guru akan menjelaskan tentang tajuk pengajarannya, matlamat dan


apakah yang akan difahami selepas pengajarannya. Set induksi yang berkesan
akan membolehkan murid bersedia mengikuti pengajaran guru dan merupakan
langkah permulaan dalam proses berfikirnya.
Penggunaan bahan asas atau bahan bantu mengajar yang sesuai
dengan tajuk pengajaran akan membolehkan murid memahami dengan lebih
jelas sesuatu istilah dan konsep. Malah ia akan menjadikan pengajaran guru
lebih mudah diikuti dan menyeronokkan. Melihatkan suasana pembelajaran
yang berjalan dengan lancar maka guru hendaklah mengambil kesempatan
dengan mengemukakan berbagai soalan kepada muridnya bermula dalam
bentuk tahap yang rendah dan berkembang kepada soalan yang bertahap
tinggi. Ketika ini murid banyak menggunakan kemahiran berfikir mereka dalam
menjawab soalan-soalan yang berbagai bentuk. Dalam masa sama, guru akan
dapat menilai sama ada murid memahami pengajarannya.
Selanjutnya

aktiviti

atau

gerak

kerja

pembelajaran

akan

dapat

memperkukuhkan lagi pengajaran guru. Aktiviti seperti teka silang kata, kuiz,

syarahan, bahas, lakonan, kerja berkumpulan, menyediakan projek dan gerak


kerja di luar bilik darjah akan memantapkan lagi kefahaman murid. Sudah tentu
murid akan membuat perbincangan, merujuk dan mencari maklumat dalam
menyiapkan tugasan yang diberikan.
Akhirnya proses pembelajaran menjadi lebih mantap apabila murid
melakukan latihan bertulis. Melalui kemahiran berfikir aras tinggi murid akan
dapat menulis dengan mengeluarkan pelbagai pendapat secara kreatif dan
mungkin juga terdapat idea-idea baru. Di sinilah peluang kepada guru untuk
memberi komen, galakan dan tunjuk ajar agar murid menjadi lebih produktif dan
berdaya maju.
Selain itu, antara peranan lain yang boleh dimainkan oleg guru dalam
memenuhi aspirasi pengembangan kemahiran berfikir ialah dimana guru
menggunakan

alat-alat

berfikir

dalam

pengajaran

dan

pembelajaran.

Penguasaan murid terutama dalam kemahiran berfikir menjadi lebih berkesan


melalui penggunaan alat berfikir yang sesuai semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan. Antara alat berfikir ialah i-Think, alat CoRT, pengurusan
grafik dan 6 Thinking hats. Ia dapat membantu murid bagi mengimbas kembali
maklumat berkaitan yang boleh digunakan untuk membantu mengabungkan
maklumat-maklumat baru.
I-Think

adalah

program

yang

bertujuan

mempertingkatkan

dan

membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan


murid berinovatif. Manakala alat CoRT (Cognitive Research Trust) adalah
merupakan instrumen kognitif dalam bentuk garis panduan yang digunakan
untuk meningkatkan kualiti pemikiran seseorang. Penggunaan alat ini dapat
memandu pelajar untuk membuat keputusan dengan mengambil kira pelbagai
faktor, menyelesaikan masalah, meluaskan pandangan terhadap sesuatu isu,
meniliti kesan-kesan terhadap sesuatu tindakan, meneroka kepentingan apabila
diberi pelbagai pilihan serta melihat sesuatu dari pelbagai sudut pandangan.
Antara alat CoRT ialah PMI (plus minus interesting), CAF (consider all factors),

peraturan, C&S (consequences and sequel), AGO (aims, goals and objective),
perancangan,

FIP

(first

important

priorities),

APC

(alternatives,possibilities,choices), keputusan dan OPV (other peoples views).


Manakala alat pengurusan grafik juga dikenali sebagai peta pengetahuan, peta
konsep , peta cerita dan alat pengurusan kognitif.
komunikasi

yang

menggunakan

simbol-simbol

Ia merupakan alat

untuk

menggambarkan

pengetahuan, konsep, pemikiran, idea-idea dan juga hubungan antara mereka.


Tujuan utama alat pengurusan grafik adalah untuk menyediakan bantuan visual
bagi membantu pelajar berfikir.
Seterusnya guru perlu tingkatkan soalan aras tinggi dalam kalangan
murid tersebut. Bagi membiasakan pelajar dengan soalan sebegini, maka guru
hendaklah sentiasa memberikan soalan berbentuk kemahiran berfikir aras tinggi
(KBAT). Semakin banyak soalan KBAT, semakin luas tahap pemikiran
seseorang pelajar itu. Antara ciri-ciri soalan KBAT adalah soalan yang menguji
kemahiran berfikir pelajar pada tahap analisa, sintesis dan penilaian. Soalansoalan berbentuk 'Wajarkan', 'Cadangkan', 'Ramalkan' adalah antara beberapa
kata tugas yang memerlukan pelajar menguasai KBAT. Maka perbanyakkan lah
soalan-soalan yang sebegitu.
Contoh bagi soalan KBAT dimana guru memberikan satu petikan ringkas
mengenai pertumbuhan kilang-kilang semakin pesat di pusat Bandar dan tidak
memakai penapis corong yang betul untuk menapis asap yang keluar.
Kemudian guru memberikan soalan dimana guru meminta murid-murid untuk
memikirkan kesan kepada pembangunan kilang dan juga penggunaan corong
yang tidak bertapis. Dengan itu, murid-murid akan menganalisis segala
maklumat berdasarkan petikan yang diberi dan memikirkan segala maklumat
berdasarkan soalan yang diminta.
Seterusnya, guru juga perlu mempelbagaikan aktiviti dalam penyelesaian
masalah. Bagi menggalakkan juga pelajar berfikir secara KBAT, maka guru
boleh memperbanyakkan lagi aktiviti yang melibatkan penyelesaian masalah.
Dalam situasi baru yang diberi, pelajar perlu lah menggunakan kemahiran

menganalisa, mensintesis dan juga menilai apakah konsep yang bersesuaian


dan boleh digunapakai bagi menyelesaikan masalah tersebut. Objektif dalam
menyelesaikan masalah juga haruslah diterapkan iaitu bagi membolehkan kita
membuat penyelesaian yang terbaik, meneroka dan mempertimbangkan
pelbagai pilihan dengan sebanyak mungkin, dan membolehkan kita bertindak
atas keputusan yang telah diambil kira semua faktor serta kesan akibatnya.
Secara ringkas, langkah-langkah menyelesaikan masalah adalah bermula
dengan menyedari apakah permasalahan, memahami masalah, meneroka
pilihan-pilihan penyelesaian, meninjau kesan akibat daripada pilihan-pilihan dan
juga memilih pilihan terbaik sebagai penyelesaian.
Seterusnya ialah penggunaan dalam teknik penyoalan yang sering
digunakan oleh guru. Teknik menyoal adalah teknik paling lama dan paling
popular dalam bidang pendidikan. Pemilihan teknik ini dalam pdp dapat
melahirkan interaksi antar guru dan pelajar secara berkesan. Teknik ini
dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan yang berkaitan dengan
isi pelajar dan dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya.
Kejayaan penggunaan teknik ini dalam pdp bergantung kepada kebolehan guru
untuk menguasai teknik menyoal. Salah satu perkara penting ketika
berkomunikasi adalah aktiviti bertanya dan menyoal. Kemahiran bertanya dan
menyoal bukan sekadar untuk mendapatkan sesuatu maklumat, tetapi juga
membantu kita membina iklim komunikasi yang positif dan memupuk sikap
saling memahami dan bekerjasama.
Tujuan teknik penyoalan ialah hendak melihat keupayaan pelajar
memahami sesuatu blok informasi serta untuk mengalih perhatian pelajar
daripada satu fakta kepada fakta yang lain. Selain itu ianya bertujuan untuk
menegaskan kepentingan isi dan mengarah pelajar ke arah membentuk konsep
pemahaman yang tersendiri disamping mengesan pengetahuan berbahasa
pelajar dalam mengalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatid, logik dan
juga kritis. Selain itu, teknik penyoalan juga bertujuan untuk mendorong pelajar
menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar.

Walaubagaimanapun, penggunaaan teknik penyoalan adalah untuk


mencerna pemikiran. Ini kerana soalan yang dikemukakan adalah untuk
menganalisis, mensintesis dan menilai kemahiran dan menyediakan latihan
untuk pelajar berkomunikasi. Justeru itu, dalam teknik penyoalan perlu ada
panduan yang sesuai agar pemikiran murid dpat diransang dengan baik dan
membantu guru untuk mengasah pemikiran kreatif dalam kalangan pelajar.
Antaranya ialah soalan hendaklah dirancang dengan baik dan bersesuaian
dengan peringkat kebolehan pelajar. Aras soalan tidak terlalu senang dan tidak
terlalu sukar kerana perlu beri peluang kepada pelajar untuk berfikir mengenai
jawapan. Soalan pulak perlu di kemukakan kepada keseluruhan kelas dan
elakkan daripada mengemukakan soalan kepada murid tertentu sahaja. Soalan
perlu haruslah dikemukan terlebih dahulu kemudian barulah menetukan nama
murid yang perlu menjawab soalan tersebut. Bentuk soalan perlu diubah-ubah
untuk menarik perhatian murid dan dapat didengar dengan jelas oleh pelajar
seluruh kelas. Soalan haruslah mampu mendorong pelajar untuk berfikir dan
elakkan soalan yang mengandungi jawapan di dalamnya dan juga soalan perlu
hendaklah ringkas dan juga jelas.
Seterusnya antara peranan guru dalam mengaspirasi kemahiran berfikir
adalah dengan mengaplikasi dan menggunakan aktiviti kemahiran aras tinggi
yang terdapat dalam buku teks. Tanpa kebanyakkan daripada kita sedari, buku
teks yang disediakan sudah lama mengandungi aktiviti yang boleh merangsang
pemikiran aras tinggi. Perhatikan semula kandungan dalam buku teks serta
aktiviti yang disediakan bagi pembelajaran tertentu. Maka gunakanlah
sebaiknya aktiviti dalam buku teks tersebut bagi membentuk pelajar yang mahir
dalam menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi, KBAT.
Antara contoh aktiviti yang terdapat di dalam buku teks bagi mata
pelajaran Pendidkan islam ialah dimana murid diminta untuk menghasilkan
pakaian yang menutup aurat mengikut kreativiti dalam bentuk kolaj berdasarkan
tajuk adab-adab berpakaian menurut islam.

Satu lagi perkara yang boleh menggalakkan pelajar untuk berfikir secara
KBAT atau kemahiran berfikir aras tinggi adalah dengan memperbanyakkan
aktiviti pembelajaran yang berasaskan projek, project-based learning (PBL).
Pembelajaran berasakan projek merupakan pelaksanaan program atau aktiviti
dalam

jangka

bekerjasama,

panjang.

Proses

misalnya

mengimpelementasikan

pembelajaran

menyediakan
penyelidikan

soalan
dengan

ini

memerlukan

berkaitan

pelajar

projek

mengumpulkan

dan
data,

menganalisis data dan menghasilkan laporan samada secara lisan atau pun
bertulis. Dengan ini pelajar-pelajar dapat didedahkan dengan proses kemahiran
berfikir dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan. Maka pelajar perlu
dilibatkan dalam proses pengajaran yang aktif dan menyeronokkan seperti
kaedah projek. Pelaksanaan STEM juga mampu menjadi pemangkin kepada
pembelajaran berasaskan projek.
Berdasarkan petikan diatas, STEM adalah merupakan singkatan kepada
bidang Sains, Teknologi, Enginering dan Matematik. Istilah ini biasanya
digunakan bagi menunjukkan dasar pendidikan dan pilihan kurikulum sekolah
bagi meningkatkan daya saing dalam bidang pembangunan teknologi.
Keperluan kepada STEM wujud apabila kehendak terhadap bidang kerja yang
melibatkan STEM adalah jauh lebih tinggi berbanding bidang lain. Sebagai
contoh, di Amerika Syarikat, 80% bidang pekerjaannya adalah melibatkan
bidang STEM. Maka untuk itu, pelajar perlu disediakan dengan bidang ini bagi
membantu menyediakan lebih banyak sumber kerja kepada negara.
Antara contoh pembelajaran yang menggunakan PBL atau pembelajaran
berasakan projek, dimana dalam pengajaran Sains guru meminta murid untuk
menyediakan buku skrap untuk kenal pasti haiwan-haiwan dalam kumpulan
tersendiri bagi kumpulan makanan seperti karnivor, herbivor dan omnivor. Oleh
itu,

murid

perlu

mencari

maklumat

dan

hasil

kerja

itu

haruslah

di

dokumentasikan dalam bentu buku skrap.


Konklusinya, dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran berfikir
perlu diwujudkan untuk melahirkan murid yang berfikiran kreatif dan inovatif.

Guru perlu memainkan peranan yang penting dalam memenuhi aspirasi


pengembangan kemahiran berfikir dalam kalangan murid di sekolah. Menurut
Rajendran (2001), kekuatan sebenar sesebuah negara terletak pada tahap ilmu
dan kemahiran yang dikuasai oleh rakyat negara tersebut. Untuk mencapai
matlamat ini, pekerja yang mahir perlu mempunyai kemahiran berfikir pada aras
tinggi di samping menguasai kemahiran saintifik dan kemahiran teknologi (Selva
Ranee, 2007).

RUMUSAN

Sebagai rumusan didalam tugasan ini, jika kita lihat sistem pendidikan di
negara ini akan sentiasa bergerak maju ke hadapan. Perubahan-perubahan
yang dilakukan dalam kurikulum pendidikan adalah untuk memenuhi kehendak
negara merealisasikan sebuah negara maju pada masa hadapan.
Setiap perubahan-perubahan dalam kurikulum pendidikan yang telah
diperkenalkan menjadi satu bentuk cabaran dalam profesion keguruan. Oleh itu
adalah penting bagi setiap individu yang berkecimpung dalam bidang ini
sentiasa berusaha mempertingkatkan kecekapan, kebolehan prestasi dari
semasa ke semasa lebih-lebih lagi jika guru-guru diberikan kuasa autonominya
sendiri demi kepentingan murid Jika hal ini wujud, barulah tuntutan-tuntutan
dalam perubahan kurikulum itu dapat ditangani.
Namun kini sejauh mana kita mengiktiraf dan memartabatkan perguruan
sebagai satu profesion adalah bergantung kepada anggapan masyarakat, ini
kerana masih ada lagi yang menganggap profesion perguruan sebagai kelas
kedua. Adakah peranan guru semakin hilang taringnya kerana masyarakat telah
mengalih pandangan kepada kerjaya yang diiktiraf sebagai professional oleh
pihak kerajaan seperti doktor, peguam dan arkitek?. Dalam konteks ini pihak
kerajaan perlu bersungguh-sungguh dalam menjadikan profesion perguruan
sebagai profesion yang unggul dan disegani ramai.
Selain itu, sejauhmanakah juga autonomi keguruan itu dapat membantu
pendidik dalam menjayakan pendidikan sepertimana yang diminta oleh
pemimpin Negara kita yang mahukan pencapaian diutamakan. Autonomi sangat
penting dalam dunia pendidikan itu sendiri. Jika tidak, David tidak akan
menyatakan bahawa profesion itu suatu yang memiliki autonominya seperti
arkitek yang merangka pelan bangunannya menggunakan keupayaannya
sendiri.
David (2000) dimana telah menyatakan bahawa profesion menyediakan
perkhidmatan awam yang penting, melibatkan secara teori dan juga praktikal
berasaskan kepakaran, mempunyai etika yang berbeza yang memerlukan

ungkapan dalam kod amalan, memerlukan organisasi dan peraturan bagi tujuan
pengambilan dan disiplin dan pengamal profesional memerlukan autonomi
individu yang tinggi bagi amalan yang berkesan.
Selain itu, untuk menjayakan autonomi seorang pengamal professional
haruslah perlu melaksanakan dan sekaligus menerapkan kemahiran berfikir
dalam kalangan murid-murid dengan pelbagai kaedah dan cara sepertimana
yang telah dihuraikan seperti diatas. Seperti yang kita tahu bahawa guru itu
adalah agen penyelidik dan guru harus sentiasa berkuasa dalam menjayakan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan begitu sempurna dan baik.
Autonomi guru serta kemahiran berfikir saling bersangkut paut. Untuk
menjadikan pendidikan kita sebuah pendidikan bertaraf dunia, haruslah
diterapkan kemahiran-kemahiran berfikir aras tinggi khususnya. Bukan hanya
memberi suapan semata tanpa ada usaha untuk mencari.
Sebagi kesimpulannya, Menurut Dr. Muhamad Hasan Abdul Rahman
iaitu Timbalan Dekan Pelajar dan Pembangunan, Fakulti Pengajian Pendidikan
Universiti Putra Malaysia (UPM) beliau menegaskan dalam usaha untuk
memartabatkan

profesion

perguruan

selain

daripada

peranan

pihak

Kementerian Pendidikan, Persatuan Perguruan dan masyarakat, para guru


sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang besar dalam meningkatkan aspek
keprofesionalannya dengan melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu dan
kemahiran yang tinggi.

RUJUKAN
Al-Quran Al-Karim dan terjemahan

Alimudin Mohd Dom. (2012) . Kemahiran berfikir dalam pendidikan. Utusan


Online. Diakses daripada
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121229/re_01/Kemahiranberfikirdalam-pendidikan
Amir Awang. (1989). Teori-teori pembelajaran. Petaling Jaya : Fajar Bakti Sdn
Bhd
Abdullah al-Amin al-Namiy. (1994). Kaedah Dan Teknik Pengajaran Menurut
Ibnu Khaldun Dan Al-Qabisi. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kuala
Lumpur.
Annuar Ayub, Christopher Bowring Carr, John West Burnham (1999).
Pembelajaran Berkesan di Sekolah. Kuala Lumpur. Institut Terjemahan
Negara Malaysia Berhad.
Abd Rahim Abd Rashid (1999). Kemahiran Berfikir Merentasi Kurikulum. Shah
Alam. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
Ahmad Mohd. Salleh. 1997. Pendidikan Islam: Falsafah, Pedagogi dan
Metodologi. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.
Al-Bukhari. 1994. Shahih Al-Bukhari. Jilid 1-5. Beirut: Dar alFikr. Tahqiq: Syekh
Abd. Aziz Abdullah.
Al-Nawawi, Imam. 2000. Mafhum: Riyadhus Shalihin. Kuala Lumpur: Bagian hal
Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.
Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon. Abdul Rahim
Hamdan (2007). Menguasai Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala
Lumpur. : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Baden,

M.S

&

Major, C.H.

(2004).Foundation

of

Problem-Based

Learning. USA: Mc Graw Hill Education.


Ee Ah Meng (1989). Pendidikan di Malaysia. Fajar Bakti. Kuala Lumpur

Mok Soon Sang, 1996. Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Kumpulan


Budiman.
Nurul Anuar Kari. Autonomi bukan satu yang baharu. Utusan Online. Diakses
daripada
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121020/re_05/Autonomibukan-sesuatu-yang-baharu
Sufean Hussin, 1993. Pendidikan di Malaysia : sejarah, sistem dan falsafah.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai