Anda di halaman 1dari 2

Masbuq

Bilakah dikira mendapat solat jemaah?


Apabila mendapat sebahagian solat bersama imam walau masuk pada duduk tahiyyat
akhir sahaja. Ini adalah pendapat majoriti ulama iaitu mazhab Hanafi, Hanbali, dan
pendapat yang sahih di sisi mazhab Syafie, dan pendapat sebahagian Maliki.

" :
:

" .
Abu Hurairah radiallahu anhu berkata: Aku mendengar Rasulullah sallallahu alaihi
wasallam bersabda: Apabila solat telah didirikan, janganlah datang kepadanya dengan
tergesa-gesa. Datangilah ia dengan jalan dalam keadaan tenang. Apa yang kalian
sempat solatlah, apa yang kalian terlepas, sempurnakanlah [Sahih al-Bukhari, Kitab alJumuah, hadis no: 862]
Akan tetapi pasti pahalanya tidak sama dengan orang yang ikut sejak awal.
Bila mendapat rakaat?
Pertama:
Sempat ruku bersama imam. Ini pendapat majoriti empat mazhab dan selain mereka.
Ini jua pendapat Ibn Umar, Ibn Masud, Zaid bin Tsabit dan sahabat-sahabat yang lain.


" :
" .
Abu Hurairah radiallahu anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam
bersabda: Sesiapa yang mendapat rakaat, maka dia mendapat solat [Sahih al-Bukhari,
Kitab Mawaqit as-Solat, hadis no: 548]


" :

" .
Abu Hurairah radiallahu anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam
bersabda: Sesiapa yang mendapat rakaat, maka dia mendapat solat, dia mendapatnya
apabila dia masuk ke dalam solat sebelum imam meluruskan tulang sulbinya [Sahih Ibn
Khuzaimah, Kitab al-Imamah, hadis no: 1512]

Pendapat kedua:
Dapat membaca al-Fatihah. Ini merupakan pendapat Imam al-Bukhari, Ibn Hazm,
Taqiuddin as-Subki daripada mazhab Syafie, al-Syaukani. Ini kerana al-Fatihah
merupakan rukun solat.
Takbir sekali atau dua kali?
- Jika dia sekadar takbiratul ihram sekali tanpa takbir intiqal, sah solatnya. Jika dia
melakukan kedua-duanya, itu lebih baik.
- Takbiratul Ihram hendaklah dilakukan dalam keadaan berdiri kerana ia rukun.

Anda mungkin juga menyukai