Anda di halaman 1dari 7

Pengenalan

Untuk tugasan kali ini, saya akan membawa anda untuk mengenali serba
sedikit berkenaan muzik tradisional yang terdapat di Malaysia dan perkembangannya.
Muzik tradisional Malaysia adalah sangat unik dimana ia terhasil daripada
gabungan pelgai muzik dari etnik-etnik dari seluruh Semenanjung Malaysia, sabah
dan sarawak. Melalui gabungan ini maka terhasilah satu rumpun muzik yang digelar
muzik Nusantara.
Secara amnya muzik tradisional digunakan sebagai lambang sesuatu budaya
atau sesuatu bangsa selain daripada tujuan untuk hiburan dan mengiringi upacaraupacara adat tertentu samada dalam masyarakat biasa mahupun golongan-golongan
bangsawan.
Alat Muzik Tradisional
Alat muzik yang digunakan dalam muzik-muzik nusantara adalah begitu kaya
sehinggakan mampu membezakan sesuatu budaya dengan budaya yang lain.
Antaranya seperti gambus, seruling, serunai, gong, sompoton, sape dan banyak lagi
alat muzik lain dari keluarga airophone, indiophone, strings, membranophone dan
juga keyboard. Alat muzik tersebut dapat saya tunjukan serba sedikit seperti pada
gambar rajah di bawah dan beberapa lagi pada lampiran A.

Rajah 1: Gong

Rajah 2: Kompang

Rajah 3: Gambang Kayu

Kategori Muzik Tradisional


Menurut tokoh-tokoh pengkaji, Profesor Madya Tan Sooi Beng & Patricia
Matusky (1998:), muzik di Malaysia dikategorikan kepada lima kategori antaranya
yang akan saya kongsikan disini ialah Muzik Klasik, Muzik Rakyat dan Muzik
Sinkretik.
Muzik Klasik
Muzik Klasik melibatkan muzik yang berkait dengan kawasan bandar atau
istana pada awal-awal tamadun melayu dan diturunan hingga ke hari ini. Tradisi
muzik klasik itu biasanya diketahui oleh sebahagian sahaja komuniti tertentu. Contoh
muzik ini seperti joget gamelan, gamelan Jawa dan nobat.
Antara peranan muzik klasik yang dapat kita lihat dengan jelas adalah, untuk
mewujudkan perbezaan antara masyarakat biasa dengan golongan bangsawan atau
kerabat diraja. Sebagai contoh, pada zaman melayu klasik, muzik nobat tidak boleh
dimainkan oleh masyarakat bawahan dan jika didapati mereka ingkar maka mereka
boleh dihukum.
Antara peranan lain muzik klasik istana ialah untuk menunjukan sesuatu
peristiwa contohnya dimainkan semasa pertabalan, keberangkatan, kemangkatan,
persembahan silat atau tarian dan sebagainya dengan melodi-melodi atau irama-irama
khas bagi setiap situasi.
Contoh bunyi lagu klasik dapat dirujuk pada video yang bertajuk Gendang
Silat-Nobat Pribumi Diraja Pendang Kedah ( Gendang Keling 2 ) dan warisan
gamelan melayu- Geliong(Turun Gambang).
Muzik Rakyat
Muzik Rakyat terdapat di kalangan masyarakat desa dan komuniti petani pada
mulanya. Ia merupakan pengucapan biasa dan tidak mudah berubah-ubah kerana
dipercayai bahawa muzik rakyat mencerminkan dengan tepat nilai dan dasar
kebudayan di mana ianya wujud. Contohnya muzik seperti dikir barat yang popular di
Kelantan, rodat ( Terengganu ), cak lempung ( Negeri Sembilan ) dan sebagainya.

Peranan muzik rakyat juga begitu penting dalam masyarakat yang berbilang
kaum dan bagsa. Antara peranan muzik rakyat adalah untuk menyampaikan sesebuah
mesej dalam nyanyian. Sebagai contohnya lagu-lagu atau syair berkisah pengajaran
dan cerita contohnya lagu puteri santubong mengisahkan cerita puteri santubong.
Selain itu, muzik rakyat juga berperanan untuk membezakan sesuatu budaya bangsa
dengan budaya bangsa lain. Sebagai contoh, dikir barat menunjukan masyarakat
Kelantan manakala sumazau pula adalah masyarakat di Sabah. Selain itu, muzik
rakyat juga berperanan sebagai media hiburan pada masa dahulu.
Terdapt juga fakta yang mengatakan sesetengah muzik rakyat seperti ulik
mayang dan kuda kepang berasal dari lagu yang digunakan untuk upacara ritual. Ini
bermaksud muzik itu juga berperanan sebagai perantaraan dalam sesuatu upacara
tradisional dan adat-adat tertentu pada ketika dahulu seperti lagu ulek mayang
dimana lagu ini digunakan untuk upacara pemujaan semangat laut.
Contoh lagu rakyat yang saya sempat muat turun ialah sebuah lagu rakyat
kelantan iaitu dikir barat yang bertajuk Pak Ku Shadat - Di Sekolah Hari Ini (In
School Today). Lagu ini memberi nasihat berkaitan persekolahan dan pembelajaran.
Muzik Sinkretik
Muzik Sinkretik, kerap kali terdapat dalam budaya bandar atau budaya masa
kini. Muzik ini dapat juga didengar di kawasan desa yang mana unsur-unsur asli
daripada muzik rakyat dan klasik digabungkan dengan unsur-unsur luar seperti muzik
Arab, India, Cina, Portugal dan lain-lain negara barat. Ia juga juga bersifat fleksibal
dari segi perubahan dan penyerapan unsur-unsur seperti alat muzik, melodi, tekstur,
skel, tema dan bahasa senikata. Cara persembahan pula berasal dari pelbagai sumber
seperti rentak zapin, inang, masri, joget, muzik dondang sayang, ghazal dan
keroncong.
Kategori muzik ini pula, adalah sangat terkenal hingga ke hari ini. Ini kerana
sifatnya yang sangat fleksibal. Muzik ini boleh menerima gabungan atau improvisasi
dengan muzik-muzik masa kini.

Kebisannya muzik kategori ini dimainkan bagi tujuan hiburan dan kepuasan
serta menunjukan sesuatu pengaruh dalam sesebuah kelompok masyarakat itu.
Misalnya muzik inang yang berasal dari Thai dimana dulunya hanya menggunakan
alat-alat asas sahaja, kini menjadi begitu menarik dengan penambahan alat muzik
moden dan kini telah dimainkan di Malaysia
Selain itu, pada masa kini kategori muzik ini telah berkembang dari segi
kekayaan teksturnya serta peranannya kepada masyarakat yang lebih besar. Lagu
rakyat yang dulunya kini telah digabungkan dengan unsur-unsur luar dan menjadikan
lagu ini sebagai lagu madah menaikkan semangat patriotisme dan nationalisme
dengan kehadiran alat-alat muzik barat seperti alat perkusi, alat brass dan lain-lain.
Lagu seperti ini kini dikenali sebagai lagu patriotik.
Untuk kategori ini, saya juga sempat memberi contoh bagaimana bentuk
sesebuah lagu inang tersebut dari segi tekstur lagu serta keunikannya selepas
bergabung dengan alat-alat muzik dan unsur muzik lain seperti piano, gitar dan flut.
Fail lagu tersebut bertajuk Selendang Mak Inang Malay
Traditional Song.
Cadangan
Usaha memelihara alat muzik tradisional secara amnya terletak di bahu kita
semua sebagai rakyat Malaysia. Dalam usaha menggalakkan rakyat menghargai dan
mempelajari muzik tradisional iaitu dengan menganjurkan temasya sempena
menghargai muzik tradisional yang terdapat di Malaysia. Kementerian Penerangan,
Komunikasi dan Kebudayaan misalnya haruslah sentiasa menyiarkan unsur muzik
seperti gamelan, inang, dan tarian-tarian tradisional, serta sentiasa menganjurkan
pesta kebudayaan dan kesenian di peringkat negeri atau negara. Sebagai contohnya,
festival muzik seperti Rainforest Music Festival yang diadakan di negeri Sarawak
setiap tahun. Festival ini terbukti mendapat sambutan dengan kehadiran penonton
daripada serata dunia sekaligus berjaya memperkenalkan budaya dan muzik
tradisional negara kita di peringkat dunia. Tidak dinafikan sekiranya usaha murni ini
diteruskan, muzik-muzik tradisional kita turut mendapat tempat bukan sahaja
dikalangan kita rakyat Malaysia, malahan mungkin juga kepada bangsa asing.

Selain daripada itu, usaha memartabatkan boleh ditanamkan ke dalam diri


generasi muda kita sekiranya Kementerian Pelajaran misalnya, mewujudkan sukatan
pelajaran dibawah mata pelajaran pendidikan muzik di sekolah-sekolah rendah, yang
mengkhususkan penggunaan alat muzik tradisional serta bahan bantu audio yang
berunsurkan muzik tradisional. Perkara sebegini sepatutnya diambil serius dengan
bermula dari awal usia seseorang itu, bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Hal ini kerana, kebanyakan masyarakat kita begitu terdedah dan berminat
kepada muzik barat sahaja dan melupakan tentang indahnya muzik tradisional itu
sendiri. Hal ini dibuktikan dengan melihat senario sekarang, berpa ramaikah ibu atau
bapa yang menghantar anak anak mereka ke kelas muzik (gambus) berbanding kelas
gitar, piano dan sebagainya.
Selain itu, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan juga boleh
menganjurkan pertandingan menggubah lagu menggunakan unsur muzik-muzik
tradisional di peringkat Kebangsaan, sebagai contoh menggubah lagu sempena Hari
Kemerdekaan atau sebagainya dengan menggunakan elemen muzik tradisional ke
dalam gubahan tersebut. Antara lain usaha yang boleh dilakukan ialah menganjurkan
orkestra yang menggabungkan pelbagai alat muzik tradisional yang terdapat di
Malaysia. Sebenarnya usaha murni ini telah lama dimulakan di peringkat kecil
mahupun peringkat yang lebih tinggi, walaubagaimanapun usaha tersebut masih
belum di tahap yang memberangsangkan. Oleh hal yang demikian, usaha berterusan
perlu dilakukan bukan sahaja kita generasi muda tetapi juga perlu mendapat sokongan
padu daripada pihak berwajib di peringkat kementerian misalnya. Tambahan dengan
itu, apa juga usaha yang dilakukan oleh kerajaan dan bukan kerajaan perlulah
mendapat sokongan padu dalam kalangan rakyat agar visi memartabatkan muzik
tradisional ini mampu dicapai.

Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, generasi muda perlu sentiasa menghargai dan terus
berusaha untuk memelihara khazanah muzik tradisional yang terdapat di negara ini
dan rantau Asia Tenggara kerana ia mencerminkan identiti masyarakat serantau. Saya
sangat bersetuju dengan kata-kata yang dipetik dari majalah KOSMO, 22 November
2014 yang mengatakan,
Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Datuk Norliza Rofli
berkata, walaupun sering didendang dengan kepelbagaian muzik moden, namun
adalah penting untuk terus memartabatkan muzik tradisional yang menjadi asal-usul
kepada muzik hari ini. "Kita perlu menghargai dan memelihara muzik tradisional
kerana itulah sebenarnya jati diri bangsa Malaysia yang membuatkan kita berbeza dari
negara lain,.
Justeru itu, saya simpulkan bahawa tugasan ini sangat relevan dan bertepatan
dengan keperluan saya sebagai seseorang guru muzik demi memartabatkan muzik
tradisional negara di peringkat negeri dan antarabangsa khususnya di kalangan
masyarakat muda.

Rujukan
Buku Sumber Guru Pendidikan Muzik KBSR. Kementerian Pelajaran Malaysia

Alamat laman web


https://www.youtube.com/watch?v=OYUKxrqpv1o
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?
y=2012&dt=0715&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_01.htm#ixzz3JmCdBzhP
http://alunanmustika.blogspot.com