Anda di halaman 1dari 4

Nisbah Leveraj (leverage ratio)

Nisbah leveraj (leverage ratio) menunjukkan keupayaan syarikat dalam memenuhi


tanggungjawab atau obligasi kepada pemiutang.

Nisbah ini juga mengukur

keberkesanan pihak pengurusan mengguna dan menguruskan modal pinjaman. Ia


wujud apabila sesebuah syarikat menggunakan hutang atau pinjaman sebagai salah
satu sumber pembiayaannya. Tetapi, semakin banyak hutang, semakin tinggi risiko
syarikat tidak dapat menjelaskan faedah pinjaman terutamanya sewaktu kegawatan
ekonomi. Nisbah-nisbah leveraj yang akan dibincangkan adalah nisbah hutang, nisbah
ekuiti, nisbah perlindungan faedah .

Nisbah Hutang
Nisbah ini mengukur sejauh mana aset firma dibiayai melalui hutang. Komponen
hutang terdiri daripada segala liabiliti semasa dan hutang jangka panjang.
Nisbah ini juga dikenali sebagai hutang kepada jumlah asset yang memberitahu
berapa peratus modal hutang yang digunakan bagi membiayai jumlah aset syarikat.
Jumlah aset merangkumi jumlah asset semasa dan jumlah aset tetap.

Secara praktikalnya, semakin tinggi peratus modal hutang, maka semakin


besar syarikat dibebani oleh belanja kewangan. Dengan kata lain, lebih rendah
nisbah ini, lebih baik kepada pemiutang syarikat kerana mereka akan menerima
lebih perlindungan jika berlakunya pelaburan syarikat.
Nisbah Hutang = Jumlah Hutang
Jumlah Aset

Jumlah hutang = liabiliti jangka pendek + liabiliti jangka panjang


Jumlah aset = Aset tetap + Aset semasa

Contoh:
Nisbah Hutang = Jumlah Hutang
Jumlah Aset

50
100

= 0.5

Berdasarkan pengiraan di atas didapati bhawa nisbah syarikat tersebut adalah 0.5.
Setiap RM1 aset yang diberi oleh syarikat, ia masih berhutang sebanyak RM0.5.

Nisbah Ekuiti
Nisbah hutang atas ekuiti mengukur peratusan jumlah ekuiti yang dibiayai oleh hutang.
Nisbah yang rendah menjamin lebih perlindungan kepada pemiutang. Semakin rendah
nisbah hutang atas ekuiti, semakin tinggi kemampuan syarikat membayar semula
kepada pemegang saham.

Nisbah ini juga menjelaskan menjelaskan kedudukan modal hutang dan ekuiti.
Kebiasaannya, nisbah yang melebihi 1.00 dianggap berisiko tinggi kepada pelabur
kerana syarikat berhutang terlalu besar.
Nisbah yang rendah menunjukkan pelaburan yang besar kepada pemilik
syarikat.
Nisbah Ekuiti

Jumlah Liabiliti
Jumlah Ekuiti

Contoh:
Nisbah Hutang / Ekuiti =

Jumlah Liabiliti
Jumlah Ekuiti

500
600

0.83

Berdasarkan kepada pengiraan di atas didapati modal hutang syarikat tersebut adalah
0.83 kali lebih besar daripada ekuiti. Ini menunjukkan syarikat banyak berhutang jika
dibandingkan dengan modal yang disalurkan oleh para pemegang saham.Nisbah
hutang ekuiti 0.83 kali menunjukkan bahawa setiap ringgit yang disumbangkan oleh
pemegang saham syarikat terdapat 0.83 sen hutang dalam struktur kewangan syarikat.
Syarikat ini menunjukkan nisbah yang terendah dalam membiayai hutang kepada
pemegang saham.

Nisbah perlindungan feadah (Bilangan perolehan faedah)

Nisbah perlindungan faedah ialah mengukur kemampuan syarikat untuk memenuhi


keperluan pembayaran faedah apabila pembiayaan seperti pinjaman mencapai tempoh
matang.
Semakin tinggi bilangan perolehan faedah, semakin kukuh kedudukan syarikat dan
menunjukkan syarikat berupaya membayar belanja faedah kepada kreaditor.
Nisbah yang tinggi menunjukkan margin perlindungannya juga tinggi. Nisbah negatif
menunjukkan ketidakupayaan perniagaan untuk membayar faedah pinjaman, manakala
nisbah yang kurang daripada 1 menunjukkan perniagaan hanya mampu membayar
sebahagian daripada faedah pinjaman. Nisbah melebihi angka 1 menunjukkan
perniagaan berkemampuan untuk membayar kesemua faedah pinjaman.

Formula :

nisbah perlindungan feadah =

untung sebelum faedah dan

cukai
belanja faedah

Contoh :

Anda mungkin juga menyukai