Anda di halaman 1dari 20

PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

HBHE1103

BUKU PANDUAN

GAYA HIDUP SIHAT


PENGURUSAN KONFLIK
DAN STRES

1.0

PENDAHULUAN
1

APA ITU

1.1

Stres menurut Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka bermaksud keadaan

resah, cemas, dan tegang akibat tekanan mental dan fizikal. Oleh itu, golongan yang banyak
menghadapi perasaan resah dan cemas adalah mangsa stres.
Namun, hasil kajian Kementerian Kesihatan mendapati pelajar di negara ini mengalami
tahap stres yang tinggi. Pendapat itu diperoleh menerusi projek rintis Program Minda Sihat
Menangani Stres Dalam Kalangan Murid sekolah bagi mengenal pasti tanda-tanda stres,
keresahan dan kemurungan.
Mantan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, daripada 6,540 orang
murid yang telah disaring, 17.1 peratus daripadanya mengalami tanda-tanda keresahan yang
teruk, 5.2 peratus kemurungan yang teruk dan 4.8
peratus stres yang teruk.

Daripada jumlah semua pelajar yang disaring itu juga, kata beliau seramai 2,345 iaitu 36
peratus murid telah mengikuti intervensi latihan kemahiran daya tindak kesihatan mental.
Dr. Hans Selye, pengasas kepada teori stress atau tekanan perasaan telah
mendefinisikannya sebagai suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh
sesuatu bebanan yang menimpanya. (Dr. David B. Posen (Lifestyle Counselor and
Psychotherapist); Stress)
Bebanan ini boleh wujud di dalam bentuk ancaman, cabaran ataupun apa-apa perubahan
di dalam hidup seseorang yang memerlukan pengubahsuaian yang selari dengannya. Ada tekanan
perasaan yang baik lagi positif dan ianya dinamakan sebagai eustress dan ada pula yang buruk
lagi negatif dan ia dinamakan sebagai distress.
1.2

Definasi konflik
Berasal daripada perkataan latin conflictus- yang merujuk kepada situasi di mana

terdapat pihak yang berusaha melancarkan mogok secara kekerasan; juga keadaan yang
membayangkan wujudnya ketidaksetujuan terhadap sesuatu perkara, perselisihan dan pergeseran
antara ahli dalam kumpulan. Menurut Cross Names dan Back, konflik berlaku disebabkan
wujudnya perbezaan fahaman dan ideology di kalangan individu.

2.0

Faktor-Faktor Penyebab Stress


Terdapat dua faktor utama yang menyebabkan berlakunya stres. Faktor-faktor tersebut

adalah faktor dalaman dan faktor luaran. Contoh faktor luaran adalah seperti tempat belajar,
keluarga, persekitaran dan masyarakat.

Faktor dalaman pula ialah seperti imej diri dan pengurusan diri. Walau bagaimanapun,
penerimaan seseorang terhadap stres adalah berbeza-beza. Perkara yang menimbulkan stres pada
seseorang pula dianggap biasa oleh seseorang yang lain. Oleh itu, seseorang harus bijak
mengendalikan sesuatu perkara agar tidak mendapat stres.
Anak-anak

hari

ini

berhadapan dengan stres yang


membawa kepada kemurungan,
pemberontakan dan penyakit.
Remaja yang tertekan berasakan
dirinya insan yang gagal lalu
mengambil

tindakan

tidak

belajar dan membuang masa


bersama rakan-rakan. Remaja
tertekan boleh terlibat dengan
pelbagai masalah sosial.

2.1

Faktor luaran
2.1.1

Masa belajar yang panjang.

Anak-anak bangun untuk ke sekolah seawal jam 6 pagi dan pulang ke rumah jam
2 petang kemudian ke kelas agama hingga jam 4 petang. Sebelah malam perlu hadiri
kelas tuisyen. Kekerapan kelas tuisyen ini pula bergantung kepada bilangan subjek yang
diambil.
Ada anak terpaksa hadiri tiga hingga empat kali kelas tuisyen seminggu. Dalam
masa yang sama mereka perlu siapkan kerja sekolah. Jika kerja sekolah tidak siap
bermakna mereka terpaksa berhadapan tindakan guru dan didenda. Disamping kerja
sekolah, mereka juga mungkin diberikan kerja oleh guru tuisyen. Ulang kaji perlu
dilakukan terutamanya apabila tahun ini mereka berhadapan dengan peperiksaan besar
seperti UPSR, PMR dan SPM.
Bayangkan apabila anak yang mengambil sembilan subjek diberikan kerja
sekolah yang banyak oleh guru. Mereka tidak sempat menyiapkannya dan tiada masa
untuk urusan lain. Waktu perayaan pun terpaksa bawa kerja sekolah ke kampung.
Semua ini menuntut masa belajar yang panjang. Bilakah agaknya mereka punya
masa untuk diri mereka sendiri? Ada juga anak-anak seawal usia tujuh atau lapan tahun
sudah dibebankan dengan semua ini sedangkan itulah masanya mereka mahu meneroka
zaman kanak-kanak mereka.
Tiga puluh tahun dahulu, anak-anak seusia mereka punya masa yang banyak
bergaul dan bermain lalu membina kemahiran sosial yang tinggi. Hari ini, anak-anak
banyak meluangkan masa membina kemahiran sosial melalui Internet dengan melayari
laman sosial seperti facebook dan twitter.
Kemahiran sosial yang diperolehi melalui Internet tidak sama dengan berjumpa
dan bergaul secara fizikal. Ini menimbulkan ketagihan laman sosial yang membawa
kepada masalah baharu.

Iklim sekolah juga dapat ditakrifkan sebagai cara individu di dalam sekolah, tidak
kira daripada guru besar hinggalah ke murid untuk mencapai suasana sekolah yang
kondusif agar pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar tanpa
sebarang gangguan.
Iklim sekolah yang baik ialah satu keadaan persekitaran sekolah dan suasana
sekolah yang sunyi, aman, sesuai dan kondusif untuk guru dan pelajar menjalankan
pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai matlamat kecemerlangan sekolah dalam
bidang akademik dan juga sekolah yang bersih dan selamat, selain itu terjalin hubungan
yang baik, mesra di antara guru besar guru-guru, murid-murid dan ibu bapa di sekolah
tersebut.
Sebaliknya, iklim sekolah yang kurang baik akan menyebabkan pelajar tidak
dapat menumpukan perhatian dalam pembelajaran serta tidak dapat mencungkil ilmu
dengan efektif.
Kesannya, pelajar-pelajar akan menghadapi kesusahan untuk mendapat keputusan
yang cemerlang. Hal ini akan menyebabkan pelajar-pelajar tersebut mengalami stres.
2.1.2

Harapan yang tinggi daripada ibu bapa dan guru.


Hari ini ibu bapa dan guru berlumba-lumba mahukan anak-anak dan pelajar

mendapat semua A dalam peperiksaan. Ibu bapa yang berkemampuan melakukan apa
sahaja dan sanggup mengeluarkan perbelanjaan tinggi bagi memastikan anak-anak
mereka cemerlang. Bagi ramai ibu bapa malu jika anak mereka hanya mendapat 3A 2B
dalam UPSR. Mereka mahukan 5A.
Kasihan melihat anak-anak yang dikerah dan dipaksa belajar bagi memenuhi
hasrat dan cita-cita ibu bapa dan guru, bukan cita-citanya sendiri. Ada beberapa sebab
yang mendorong sikap obses semua ini. Kegagalan anak dilihat sebagai kegagalan ibu
bapa itu sendiri.
6

Kedua, syarat kemasukan ke sekolah berasrama penuh (SBP) yang memberikan


laluan kepada pelajar yang hanya mendapat semua A juga satu tekanan. Malah ada SBP
yang langsung tidak memberikan borang permohonan kepada pelajar yang tidak
mendapat semua A.
Berbeza 30 tahun dulu, pelajar yang mendapat 2A atau 3A dalam peperiksaan
masih punya harapan memasuki SBP kerana turut mengambil kira faktor demografi dan
latar belakang ekonomi keluarga.
Ketiga, guru-guru turut memberikan tekanan ke atas murid bagi mencapai sasaran
sekolah dan memenuhi tanda aras yang diletakkan oleh Jabatan Pendidikan. Sudah
sampai masanya ibu bapa dan guru memikirkan pembangunan diri pelajar yang lebih
seimbang. Mendapat semua A dalam peperiksaan bukan jaminan anak-anak ini boleh
cemerlang dalam kehidupan.
Ramai yang menjawat jawatan sebagai ketua, menjadi pemimpin masyarakat dan
mencipta kecemerlangan dalam kerjaya hari ini datangnya daripada golongan pelajar
yang biasa sahaja ketika di sekolah.
Tetapi mereka memiliki EQ (Emotional Quotient) yang baik dan kemahiran sosial
yang tinggi. EQ dan kemahiran sosial terbina sejak kecil melalui aktiviti, pergaulan,
perhubungan, interaksi dan proses komunikasi.
Apabila anak-anak hanya tertumpu kepada kecemerlangan akademik sematamata, mereka tiada peluang memantapkan EQ dan membina kemahiran sosial ini.
Kesannya, mereka tidak pandai bergaul, lemah jiwa, cepat mengalah dan putus
asa, rendah diri, tidak tahu memimpin, tidak pandai berkomunikasi dan tidak sensitif
dengan perasaan orang lain, estim diri mereka rendah. Sebab itulah ibu bapa dan sekolah
perlu membabitkan anak-anak secara aktif dalam aktiviti kokurikulum seperti sukan,
pasukan beruniform dan berpersatuan.
7

2.1.3

Tekanan daripada rakan sebaya


Stres yang ketiga datangnya dari rakan sebaya. Ada ketikanya anak kita

dipinggirkan hanya kerana berbeza pendapat atau tidak bersetuju dengan cara dan tingkah
laku mereka.
Pelajar yang bersekolah di sekolah harian mungkin tidak begitu tertekan
berbanding dengan pelajar sekolah berasrama penuh (SBP). Di SBP, anak-anak jauh
daripada keluarga maka rakan-rakanlah yang keluarga terdekat mereka. Hingga ada di
antara anak-anak terpaksa mengikut telunjuk rakan meskipun tahu ia satu kesalahan
kerana enggan dikatakan berbeza.
Oleh sebab itu anak-anak perlu dibekalkan dengan kemahiran bergaul dan
kebolehan mempengaruhi agar mereka dapat menyesuaikan diri secara positif dengan
rakan-rakannya. Malah, ada beberapa kes ponteng sekolah yang berlaku kesan daripada
tekanan rakan sebaya ini.

2.1.4

Keluarga
Kebahagian keluarga adalah faktor penting bagi mengelakkan stres di kalangan

remaja.
Kasih sayang yang diberi oleh ibu
bapa kepada anak-anak dan kemesraan
sesama ahli keluarga adalah tunggak
kepada keluarga bahagia. Kegagalan
institusi
tanggungjawab

keluarga

memikul

yang diberi menjadi

punca stres yang menyebabkan remaja


bermasalah.
8

2.2

Faktor Dalaman
2.2.1

Imej kendiri
Tekanan dalam diri yang sering dialami remaja berlaku akibat rasa rendah diri

yang keterlaluan dan berasa diri tidak disukai. Contohnya bentuk fizikal, status sosio
ekonomi, dan pencapaian akademik boleh mempengaruhi imej kendiri seseorang.
2.2.2

Pengurusan diri yang lemah


Kita tidak dapat menjadi pelajar yang cemerlang sekiranya gagal atau tidak dapat

menguruskan masa dengan baik dan tiada perancangan diri. Sebagai contoh, kegagalan
menyiapkan kerja-kerja sekolah menyebabkan kita takut untuk berjumpa guru. Keadaan
ini boleh menimbulkan stres.

3.0

Kesan Konflik Dan Stres


Stress atau tekanan akan memberi kesan fisiologi, pslkologi dan fizikal kepada individu.
3.1

Kesan positif
Tekanan di paras sederhana boleh meningkatkan keupayaan individu dalam

perlaksanaan tugasnya untuk menghasilkan pencapaian yang cemerlang.Seterusnya boleh


meningkatkan tahap kesedaran, kewaspadaan dan pencapaian seseorang.
Tekanan boleh menjadi satu aspek pembelajaran yang positif sekiranya pelajar
menganggap tekanan sebagai satu cabaran yang boleh mempamerkan peningkatan
kapasiti untuk belajar
3.2

Kesan Negatif

Apakah akibat atau kesan stres kepada tubuh badan, mental dan minda seseorang?
Kesan stres jangka pendek terhadap badan ditunjukkan melalui tanda-tanda berikut, di
antaranya:
* Denyutan jantung yang cepat
* Sakit kepala/migrain
* Rasa tegang atau ketat di tengkuk dan bahu
* Sakit belakang
* Bernafas cepat
* Badan dan tapak tangan berpeluh
* Sakit perut, mual atau cirit birit
Jika dibiarkan stres tanpa ditangani dan dirawat dengan baik, ia boleh memberi
kesan lebih besar dan mempengaruhi sistem badan, termasuklah:
1. Sistem imun
Stres menyebabkan badan menjadi lemah dan mudah mendapat serangan
penyakit. Namun begitu, sedikit stres ada kalanya memberi faedah kerana ia dapat
melonjakkan sistem imun bagi melawan jangkitan penyakit. Stres yang berpanjangan
pula akan memperlahankan penyembuhan seperti luka, dan lain-lain serta menyebabkan
penyakit kulit (eczema) bertambah teruk.
2. Jantung (Kardio-vaskular)
Stres berkait rapat dengan tekanan darah tinggi, denyutan jantung tak normal
(arrhythmin), masalah darah beku, arteri mengeras (atherosclerosis), penyakit arteri
koronari, serangan sakit jantung, dan jantung gagal berfungsi.
Bagi stres akut, berjalan sedikitpun boleh menyebabkan denyutan jantung
bertambah cepat dan tekanan darah pun naik. Stres kronik boleh menyebabkan arteri
menjadi sempit, paras kolesterol meningkat, juga meningkatkan risiko penyakit jantung,
serangan sakit jantung atau strok.

10

3. Otot
Ketegangan stres yang berterusan akan merebak ke tengkuk, bahu dan sakit
belakang bawah. Otot terasa cekang atau tegang di tengkuk yang boleh menyebabkan
sakit kepala, di bahu dan di belakang. Stres juga akan menyebabkan sakit rheumatoid
arthritis bertambah teruk.
4. Sistem penghadaman
Stres menyebabkan penyakit berkaitan perut yang sedia ada akan bertambah
teruk. Stres juga akan menyebabkan mulut kering, makanan tidak hadam, mual, perut
berangin, cirit-birit atau sembelit.
5. Organ pembiakan
Stres boleh memanjangkan atau memendekkan kitar haid atau mengalami
senggugut semasa haid. Stres juga dikaitkan dengan kurang subur (fertiliti rendah),
masalah lemah tenaga batin, masalah semasa hamil, dan lain-lain yang berkaitan.
Wanita hamil yang mengalami stres yang tinggi boleh menyebabkan anak yang
bakal dilahirkan berisiko mendapat asthma atau alergi.
6. Sistem pernafasan
Stres akan menunjukkan simptom asthma dan masalah paru-paru yang lain.
Semasa stres, seseorang itu akan bernafas cepat sehingga terasa sesak nafas. Jika
berterusan, ia boleh menyebabkan paru-paru mudah mendapat penyakit berjangkit.
7. Sistem saraf
Apabila stres, saraf simpatetik otak memberi isyarat kepada kelenjar adrenal
supaya merembeskan hormon-hormon termasuklah hormon epinefrin. Jika pengeluaran

11

hormon ini sentiasa pada paras yang tinggi, ia boleh memberi kesan kepada ingatan dan
keupayaan belajar, serta menyebabkan kemurungan (depresi).
8. Sistem endokrina
Hormon stres akan menggalakkan hati (hepa) menghasilkan lebih banyak gula
dalam darah. Jika berterusan, akhirnya seseorang itu berisiko mendapat penyakit diabetes
Type-2.
9. Kulit
Stres menyebabkan jerawat tumbuh atau jerawat dan kurap yang sedia ada
menjadi semakin teruk.

Di antara kesan stres ke atas fikiran (mental) dan emosi ialah:


1. Emosi menjadi tidak stabil dan tidak mampu menyelesaikan masalah, walaupun

masalah yang kecil saja.


2. Rasa kecewa, cepat naik darah dan baran sehingga ke tahap menjerit-jerit.
3. Rasa letih sepanjang masa.
4. Sukar fokus terhadap kerja yang dilakukan.
5. Mudah dan terlalu
risau walaupun perkara-perkara
kecil.
6. Rasa cemas kerana
terasa-rasa ada kerja yang belum
sempat diselesaikan.
7. Sering berimaginasi
perkara-perkara
berlaku.

12

buruk

akan

4.0

Strategi Menangani Stres.

Stres perlu ditangani agar kita dapat hidup selesa dan gembira. Antara cara menangani stres
ialah:4.1

Kemahiran pengurusan diri


Kita perlu membuat perancangan diri yang sistematik supaya tidak menghadapi

sebarang masalah yang boleh menimbulkan stres. Justeru, kita perlu menetapkan
matlamat, menyenaraikan matlamat tersebut mengikut keutamaan dan seterusnya
membuat penjadualan tindakan untuk mencapai matlamat tersebut.
4.2

Kemahiran membuat keputusan


Apabila kita menghadapi sesuatu masalah, kita perlu menyenaraikan segala

tindakan yang boleh diambil. Kita perlu mengkaji kebaikan dan keburukan setiap
tindakan dan memilih tindakan yang paling sesuai.
Oleh yang demikian, kita boleh menyelesaikan masalah tersebut tanpa mengikut
emosi.
4.3

Hubungan yang baik


Jalinkan hubungan yang baik dengan jiran dan rakan-rakan untuk menjamin

kehidupan yang lebih harmoni.


Hormat-menghormati, tolong menolong, dan bertolak ansur adalah sikap terpuji
yang perlu diamalkan tanpa mengira perbezaan umur, pangkat, bangsa, dan agama.
4.4

Kecergasan fizikal

13

Kita mesti mengamalkan pemakanan seimbang, bersenam selalu, dan mendapat


rehat yang mencukupi untuk mendapat kecergasan fizikal yang optimum. Kecergasan
fizikal yang optimum mengurangkan stres.
4.5

Menilai semula pegangan hidup


Kita perlu menilai semula pegangan dan falsafah hidup kita. Pegangan agama dan

nilai moral diri yang kuat akan membantu kita mengkaji sikap positif dan negatif yang
ada dalam diri.
4.6

Unit Bimbingan dan Kauseling


Apakah Unit Bimbingan dan Kauseling?

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah bersifat menyeluruh dan meliputi


program perkembangan, pencegahan serta pemulihan.
Program perkembangan dan pencegahan lebih banyak dijalankan berbanding program
pemulihan. Antara perkhidmatan yang disediakan iaitu bidang akademik, kerjaya, psikologi dan
kesihatan mental, kepimpinan dan kaunseling individu / kelompok.

14

Kaunseling mempunyai pelbagai erti mengikut pendekatan yang mempraktikkannya.


Antara definisi yong diutarakan terdapat banyak persamaan, misalnya satu definisi menyatakan
bahawa kauseling bertujuan membantu seseorang belajar membuat sesuatu pilihan yang telah
dibuat.
Pelajar-pelajar yang menghadapi masalah stres memerlukan pertolongan kaunselor untuk
membantu mereka mencari jalan penyelesaiannya.
Kaunselor-kaunselor berperanan untuk:
i. Menolong pelajar untuk memahami dirinya dalam hubungannya dengan dunia sosial
dan psikologi di tempat dia berada. Ini bermakna menolong pelajar untuk memahami
sikap, minat, bakat, kebolehan, peluangpeluang untuk penyempurnaan kendiri dan
hubungan di antara yang tersebut di atas.

ii.

Menolong

untuk
yang
bakat,

pelajar

bertingkahlaku
sesuai
minat,

dengan
sikap,

kebolehan dan peluang


untuk
kendiri.

15

penyempurnaan

iii. Menolong pelajar mencapai keperluan untuk mengembangkan keupayaan membuat


keputusan sendiri.
iv. Membantu semua kakitangan sekolah untuk memahami perlunya orang perseorangan
dan memberi maklumat tambahan dan bantuan perundingan bertujuan untuk membantu
supaya lebih memahami lagi tentang pelajar
v. Menentu atau memastikan pengaruh program sekolah ke atas pelajaran perkembangan
psikososial penuntut dan menyampaikan maklumat untuk kakitangan lain.
vi. Memberitahu kakitangan yang lain tentang perubahanperubahan yang signifikan di
sekolah yang memberi kesan dengan perkembangan program yang berkaitan.
vii. Membantu ibu bapa untuk memahami kemajuan pengembangan anaknya, keperluankeperluannya dan peluangpeluang lain sekelilingnya; bertujuan untuk menambahkan
kebolehan memberi sumbangan kepada perkembangan anak mereka sendiri.
viii. Membuat interpretasi kepada komuniti pentingnya hal bertimbang rasa untuk
individu dan memberi sumbangan kepada program kaunseling sekolah
ix. Mengguna atau membantu melancarkan reka bentuk sumbersumber masyarakat bagi
memenuhi segala keperluan pelajar yang ekstrem atau yang tidak lazim serta luar
tanggungjawab sekolah.
x. Mengadakan hubungan yang baik dengan semua pihak seperti Polis, Jabatanjabatan
kerajaan seperti JKM, LPPKN, Pejabat Agama Islam, Yayasan Pembangunan Keluarga
dan lainlain.

5.0

Kesimpulan

16

Stres adalah sebahagian daripada kehidupan setiap individu, semua lapisan tidak
mengira usia berisiko untuk mengalami stress cuma yang membezakannya ialah mereka
mengetahui atau tidak tentang kehadirannya di dalam kehidupan.
Adalah kurang bijaksana sekiranya seseorang individu yang mengalami stres pada
peringkat awal tidak dapat mengawalnya atau membiarkannya sahaja. Perlu difahami
bahawa stres yang berlebihan atau tidak ditangani akan menjejaskan kesihatan mental
dan fizikal.
Ibu bapa dan guru perlu tingkatkan benteng diri pelajar dengan sentiasa
menasihati dan mendorong mereka secara positif. Mencuri masa hanya lima minit, setiap
kali sebelum memulakan kelas, bagi membuka minda dan mendorong pelajar boleh
memberikan impak yang besar dalam hidup mereka.
Maklumkan kepada pelajar bagaimana menguruskan rakan-rakan yang negatif
agar tidak memberikan tekanan kepada mereka. Sediakan jalan mudah bagi
menyampaikan aduan dan rahsiakan siapa si pengadu demi kebaikan mereka.
Ramai pelajar yang tidak berani tampil ke hadapan dan membuat sebarang aduan
kerana mereka tidak percaya kepada pengawas dan guru serta tidak yakin akan ketelusan
sistem yang sedia ada.

Tekanan/stres merupakan fitrah dalam kehidupan manusia. Setiap individu


berpotensi untuk menghadapi tekanan/stres. Kebanyakan orang akan berasa tertekan pada
masa tertentu. Kegagalan mengawal tekanan boleh mendatangkan kesan yang buruk
kepada seseorang individu.
Walau bagaimanapun, tekanan boleh diatasi menerusi pengurusan yang efektif
bagi membentuk kekuatan diri dari segi mental, emosi, rohani, fizikal, motivasi, nilai
sahsiah dan semangat seseorang individu sebagaimana acuan yang dikehendaki oleh
17

agama

dan

negara.

Oleh

demikian,

yakinlah

setiap masalah

ada

jalan
penyelesaian

dengan

syarat

tabah

meghadapi
segala

ujian.

(2680 patah perkataan)

18

Rujukan

Diane, A. and Misty, B. (1997). A study of stress, stressors and coping strategies. Social
Work in Education, 19: 87-99.
19

Doctor, S. (2005). Is human touch the ultimate stress therapy?. Retrieved June 20, 2014, from
http://www.howtobeatstress.com/stress-massage.html
Fatimah wati Abdul Halim dan Wan Sharazad Wan Sulaiman. (2001). Personaliti serta
hubungannya dengan sumber tekanan, simptom-simptom tekanan, strategi menangani
tekanan dan prestasi akademik pelajar. Jurnal Psikologi dan Pembangunan Manusia, 17:
117 - 134.
Kohn, J. P., and Frazer, G. H. (1986). An academic stress scale: Identification and rated
importance of academic stressors. Psychological Reports, 59: 415-426.
Krishnan,

S.

(2010).

Gaya

Hidup

Sihat.

Retrieved

June

20,

2014,

from

http://kesihatansemua.com/2010/09/gaya-hidup-sihat-gaya-hidup-sihat.html
Lailawati Madlan. (2006). Pengaruh Kecerdasan Emosi Ke Atas Stres dan Masalah Disiplin
Pelajar. Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial, Universiti Malaysia Sabah.
Razali Mat Zin (2009). Kepimpinan dalam pengurusan. Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distribution.
Rice, P.L. (1999). Stress and health. Pacific Grove, CA: Brooks/Cole
Zulkefly Othman. (2008). Pengurusan Konflik dan Perundingan. Retrieved April 9, 2011, from
http://konflikperundingan.wordpress.com

20

Anda mungkin juga menyukai