Anda di halaman 1dari 6

ARKIB : 01/12/2001

Novel Malaysia - Catatan sejarah awal


Bahagian Satu
Oleh Dr. Syed Othman Syed Omar
KAJIAN terbaru mendapati novel terawal di Malaysia ialah Hikayat
Panglima Nikosa Mendapat Kesusahan Waktu Perang Sampai Mendapat
Kesenangan (Hikayat Panglima Nikosa atau HPN) oleh Ahmad Syawal
Abdul Hamid. Ia tercetak di Bukit Persinggahan, Kuching, Sarawak pada 8
Jamadil Akhir tahun 1293 Hijrah, bersamaan 30 Jun 1876 Masehi.
Novel ini ditulis dalam tulisan Jawi sebanyak 29 halaman. Keseluruhannya
menepati ciri-ciri novel moden. Walaupun novel pendek ini menggunakan
judul hikayat tetapi unsur dalaman seperti tema, latar, perwatakan, teknik
penceritaan dan sudut pandangan, berbeza sama sekali daripada hikayat
atau romance. Kebanyakan novel awal, termasuk novel 1920-an, memakai
judul hikayat.
Secara ringkas novel HPN menampilkan Nikosa, berusia 18. Kisahnya
dikatakan berlaku ``pada zaman ini'' latar yang disebut ``di dalam negeri
yang di sebelah Timur''. Negeri ini menjadi huru-hara kerana kedatangan
perompak dan penyamun, yang disebut sebagai ``musuh itu makin
menjadi berani setiap tahun''.
Mereka mencuri, menyamun dan merompak hasil tanaman anak negeri,
menyebabkan ``sekalian orang-orang perempuan dan anak-anak kecil
berteriak-teriak di dalam tidurnya sebab di dalam tidurnya adalah
termimpi-mimpi musuh datang hendak melanggar rumah, demikian siang
dan malam.''
Nikosa mengumpulkan 300 pemuda yang sanggup membenteras
kejahatan di tanah airnya. Penonjolan 300 pemuda menjadi watak tipa
induk, yang mengingatkan kita kepada Nabi Muhammad s.a.w. dengan
313 tentera yang mengalahkan musuh kaum musyrikin Arab dalam
Perang Badar. Bersama pemuda gigih dan berani ini, Nikosa berjuang
selama 10 tahun dan berjaya mengalahkan empat negeri.
Dua tahun kemudian beliau kembali dan diberi gelaran Panglima Nikosa.
Waktu itu Nikosa berusia 30 tahun, beristerikan gadis Jalila dan mendapat
dua anak. Bersama kawan-kawannya, Nikosa telah membuka sebuah
negeri Jalanan Baharu. Waktu negeri itu baru dibuka dan sedang makmur,
seorang pemuda miskin dari Sungai Tuku bernama Pilina, 25, menemui
Panglima Nikosa.
Pertemuan Pilina dengan panglima Nikosa inilah tema utama novel ini.
Panglima Nikosa telah memberi ``nasihat pertanian'' kepada pemuda itu
sehingga 12 tahun kemudiannya Pilina menjadi kaya raya.
Dalam ``nasihat pertanian'' itu, Panglima Nikosa menekankan pentingnya
tanah diusahakan dengan teratur dan menggunakan ilmu pertanian yang
tinggi. ``Nasihat pertanian'' ini adalah sindiran pengarang kepada
penjajah Inggeris yang tidak mempedulikan tanah subur Sarawak supaya
diusahakan oleh bumiputera.

Sebanyak 14 halaman menerangkan belok dan ilmu pertanian, 11


halaman untuk gambaran perjuangan dan dua halaman untuk gambaran
kemakmuran negeri Jalanan Baharu. Seluruhnya bersifat realistik dan
memenuhi ciri-ciri novel moden hari ini.
Selepas 48 tahun HPN diterbitkan muncul novel bersifat saduran, Kecurian
Lima Million Ringgit oleh Muhammad Muhammad Said di Kelantan pada
1922. Kemudian novel Syair Cerita Bijaksana oleh Abdul Rahman Daud alMakki dan Hassan Omar pada 1923, Hikayat Faridah Hanum oleh Syed
Sheikh Ahmad al-Hadi pada 1925/26 yang juga novel saduran, Kawan
Benar (1927) dan Iakah Salmah (1928) kedua-duanya oleh Muhammad
Rashid Talu.
Kemudian diterbitkan Hikayat Percintaan Kemudaan (1927) oleh Ahmad
Kontot dan Mencari Isteri (1928/29) oleh Muhammad Yusof Ahmad.
Kecurian Lima Million Ringgit mengisahkan kelicikan dan kepintaran John
Sinclair (pencuri di Eropah), Jack Hocker (penipu yang pintar di Amerika),
Nicholes Carter (detektif yang terkenal di Amerika) dan Mr. Baxter (ketua
polis yang mashyur kerana ketajamannya mencium dan memahami
segala tipu helah penjahat termasuk pencuri dan penipu).
Penduduk di kota London dan Amerika bimbang kerana penipuan dan
kecurian berleluasa. Bagaimanapun, tindakan bijak detektif Nicholes
Carter Baxter menjadikan kawasan itu aman.
Persoalan emansipasi wanita diketengahkan dalam Hikayat Faridah
Hanum dan Iakah Salmah?. Faridah Hanum seorang gadis terpelajar di
Mesir dan Salmah gadis terpelajar di Pulau Pinang walaupun mempunyai
latar yang berbeza tetapi memperjuangkan kebebasan wanita dalam
masyarakat.
Oleh kerana penulis Hikayat Faridah Hanum seorang reformasi Islam yang
terkenal, perwatakan Faridah Hanum banyak menekankan soal agama
Islam. Iakah Salmah pula banyak memperkatakan soal adat dalam
masyarakat Melayu. Soal Islam yang disentuh secara tidak langsung.
Mencari Isteri mengisahkan Mahmud dan Adnan yang terdidik di Malay
College Kuala Kangsar (MCKK). Mereka menjadi pegawai dan menyanjung
penjajah Inggeris. Dalam rumah mereka hanya ada buku dan akhbar
berbahasa Inggeris. Mereka bercakap menggunakan kalimat ``tuan''
antara satu sama lain. Mereka gemar mencemikkan aturan dan kezaliman
Melayu dulu.
Sebagai orang moden Mahmud membela anjing dalam rumah. Ini sesuai
dengan sikapnya yang mencintai Miss Yap Ah Moi seorang gadis Cina anak
tauke lombong bijih timah. Kedua-dua mereka mengangap gadis Melayu
bodoh dan tidak tahu bergaul. Kerana itu mereka tidak mahu beristerikan
gadis Melayu tetapi mereka gagal dan akhirnya berkawin dengan gadis
pilihan keluarga.
Ini adalah novel pertama membawa tema asimilasi kaum. Percintaan
Mahmud dengan Miss Yap Ah Moi merupakan bibit perpaduan antara dua
keturunan yang berbeza adat, budaya dan agama. Kegagalan percintaan

mereka menggambarkan bahawa setiap orang Melayu tidak mungkin


terpisah dengan adat, budaya dan agamanya, Begitu juga kaum Cina
yang akhirnya kembali kepada adat Cinanya.
Novel 1930-an
DEKAD 1930-an, beberapa novel yang dianggap penting ialah Melati Sarawak (1932) oleh Muhammad Rakawi
Yusuf, Putera Gunung Tahan (1937) oleh Ishak Haji Muhammad, Acuman MahKota (1937/38) kedua-duanya
oleh Abdul Kadir Adabi Ahmad. Kedua-dua novel terakhir ini asalnya disiarkan secara bersiri dalam majalah alHikmah (1934-1941) yang diterbitkan di Kota Bharu, Kelantan.
Satu Kali Cium Tiga Kali Tempeleng (1936) oleh Raja Mansor, Pelarian Yang Cerdik (1938) dan Tiga Bulan
Dalam Penjara (1939) kedua-duanya oleh Shamsudin Saleh. Sebenarnya Raja Mansor dan Shamsudin telah
menulis beberapa buah novel lagi, yang tidak dicatatkan di sini.
Acuman Mahkota mengisah percaturan politik istana di Kelantan antara Long Abdul Rahman dengan puteranya,
Tengku Jaafar dan orang besar Datuk Othman, syah bandar Tumpat. Ciri yang menarik dalam novel sejarah ini
ialah peranan wanita untuk meruntuhkan kerajaan.
Peranan wanita ini sangat penting kerana campurtangan wanita dalam politik Kelantan sangat besar. Walaupun
secara keseluruhannya novel ini menggambarkan pergolakan politik dalam istana, namun secara tersirat ia juga
melukiskan peranan rakyat termasuk wanita.
Putera Gunung Tahan adalah novel satira politik yang mencemuh dan menghina sikap kolonial Inggeris. Paling
penting novel ini merupakan wajah sebuah realiti magis yang terulung di Malaysia.
Ciri yang diadunkan antara realiti masyarkat Melayu yang berjuang dan raja-raja Melayu yang mula menerima
kedatangan Inggeris dan kepercayaan rakyat tentang orang halus adalah unsur realiti magis yang terkawal dalam
penciptaan novel Melayu.
Novel lain yang penting semasa pendudukan pendudukan Jepun di Malaysia ialah Anak Mat Lela Gila (1941) oleh
Ishak Haji Muhammad, Perjanjian di Kereta Api (1945) oleh Abdullah Sidek, Pahlawan Rimba Malaya (1945) dan
Korban Kesuciannya (1949) kedua-duanya oleh Keris Mas.
Dalam masa pendudukan Jepun tidak banyak novel dihasilkan.
Novel Anak Mat Lela Gila adalah yang terpenting dalam dekad ini yang dianggap satira paling tajam. Mat Lela,
seorang nasionalis Melayu secara implisit dianggap gila. Mat Lela membina rumah dalam hutan seperti sebuah
taman. Rumahnya tidak bertingkap. Ada dahan dan cabang kayu yang diukir termasuk ukiran kemaluan lelaki.
Mat Lela mencipta batu bata dan membina sebuah bentuk rumah idaman. Mat Lela juga mencipta wang kertas.
Perangai dan kelakuannya inilah dikatakan gila. Mat Lela mendapat seorang anak lelaki yang ditinggalkan oleh
sepasang kekasih di rumahnya itu, anak itu dinamakan Bulat, budak Bulat ini dipanggil sebagai Anak Mat Lela
Gila.
Rumah dalam taman dan Bulat merupakan lambang dan hakikat sebenar yang terkandung dalam diri Mat Lela.
Binaan rumah dalam hutan, binaan batu bata dan mencipta wang menjadi lambang kepada cita-cita Mat Lela
untuk mencapai kemerdekaan. Ukiran kemaluan lelaki daripada kayu yang diberikan kepada kanak-kanak yang
melintasin rumahnya, sebagai lambang orang Melayu atau raja-raja Melayu yang tidak malu kerana
menyerahkan negeri kepada Inggeris.
Bulat pula menjadi lambang kepada kesempurnaan. Kebanyakan kejadian ciptaan Allah itu bulat, termasuk
pokok, buah, bumi, matahari, bulan dan bintang. Bahkan kalau kata sepakat dicapai, dikatakan sebulat suara.
Bulat mudah bergerak - melambangkan progresif dan radikal. Justeru, bila Mat Lela mati, Bulat hidup di meratarata dan menjadi penyanyi dengan menggunakan buluh perindu. Bulat menyanyi seluruh tanah air dengan lagu
Keroncong Sakai iaitu seruan kebangsaan. Bila akhirnya Bulat menemui ibu bapanya di Singapura dan akhirnya
ke Mekah, membawa makna apabila kemerdekaan dicapai, maka tepatlah ibadat dilakukan dengan sempurna.
NOVEL 1950-an
Novel penting dalam dekad ini ialah Rumah Itu Dunia Aku (1951) dan Rumah Kosong (1957) kedua-duanya oleh
Hamzah. Rumah Kosong asalnya dimuat secara bersiri dalam majalah Mutiara. Juga novel Budak Beca (1957)
dua jilid, Selayang Pandang (1957/58) dua jilid, Mata-Mata Sukarela (1959) ketiga-tiganya oleh Ishak Haji
Muhammad, dan Musafir (1959) oleh Hassan Ali. Penulis lain yang terkenal seperti Abdullah Sidek, Ahmad Lutfi,
Abdul Samad Ahmad dan Ahjmad Bakhtiar, menulis dalam dekat ini tetapi novel mereka tidak dicatatkan di sini.
Novel Rumah Itu Dunia Aku (RIDA) adalah novel pertama di Malaysia yang memilih latar terbatas, hanya di
dalam sebuah rumah. Kebanyakan novel Melayu sejak 1876 memilih latar pengembaraan sebagai plotnya. Novel
RIDA memilih aksi dalaman iaitu melalui pemikiran, emosi, sentimen, tindakan psikologi dalam bentuk mimpi,
igauan dan tindakbalas. Oleh kerana hampir seluruhnya berlaku dalam aksi dalaman watak, novel ini
mewujudkan plotless atau antiplot. Novel kedua bentuk ini ialah Rumah Kosong oleh penulis yang sama.

NOVEL 1960-an
Selepas merdeka penulisan semakin subursehingga mencapai 235 buah novel yang dihasilkan lebih 200
pengarang. Antara novel yang wajar dicatatkan adalah `Salina' (1961) oleh A. Samad Said, `Tikus Rahmat' (1963)
oleh Hassan Ibrahim, `Lingkaran' (1965) karya Arena Wati, `Patah Sayap Terbang Jua' (1966) oleh Alias Ali),
`Menteri' (1967) tulisan Shahnon Ahmad, `Langkah Kiri' (1968) oleh Yahya Ismail dan `Angin Hitam' (1968)
oleh A. Wahab Ali.
Saya menulis `Pengertian' (1966), `Pertentangan' (1967) dan `Angin Timur Laut' (1969). `Pengerian' dalam
cetakan kedua dan ketiga ditukar judul menjadi `Norbani'. Novel `Angin Timur Laut' diterjemahkan ke bahasa
Perancis oleh Dr. Laurent Metzger dengan judul `Le VenDu Nord-Est' (Paris: Collection UNESCO La Parao,
1982),
Novel `Krisis' dan `Menteri' menyentuh soal politik. Malah `Menteri' menggambarkan nasionalisme Melayu
dalam diri seorang menteri bernama Bahadur. Keinginannya untuk membela bangsa Melayu selepas merdeka,
yang dianggapnya selama ini semua sistem menindas Melayu, menimbulkan aksi dalaman secara psikologi.
Bahadur melihat di dalam igauan dan mimpinya bangsa Melayu di tempat hina, sedangkan naga menguasai
tanah air.
Maksud naga itu adalah kaum Cina yang menguasai kekayaan negara yang baru merdeka. Ramai orang Melayu
mengejar menteri untuk membunuhnya. Sesedarnya Bahadur dari mimpi buruk itu, dia berazam untuk membela
Melayu.
NOVEL 1970-an
Sepanjang dekad ini novel tercipta sebanyak 179 buah yang dihasilkan lebih 100 pengarang. Antara novel yang
wajar disebut ialah `Senja Belum Berakhir' (1971) dan `Sami Mekong' (1976) oleh Azizi Abdullah. `Ranjau
Sepanjang Jalan' (1977) dan `Seluang Menodak Baung' (1978) oleh Shahnon Ahmad, `Nafas Yang Hampir Putus'
(1976) oleh A.B Amasuba, `Saga' (1976) karya Abdul Talib Mohd. Hassan, `Bulan Merah Di Tiga Kuala' (1976)
oleh Zahari Affandi, `Ombak Bukan Biru' (1977) oleh Fatimah Busu dan `Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman'
(1979) oleh Anwar Ridhwan.
Saya `Perjudian' (1973) dan `Juara' (1976). Novel `Juara' diterjemahkan ke bahasa Inggeris oleh Normah Mohd.
Nor dengan judul `Champion' juga diterjemahkan ke bahasa Jepun oleh Mikio Hirato.
Novel `Seluang Menodak Baung' adalah menepati ciri pendekatan `Social Ego' atau social consciousness, iaitu
gambaran kesedaran masyarakat, menurut teori Christopher Caudwell.
Suman, seorang pemuda kampung yang segala-galanya tertakluk kepada adat tradisi bahawa kemiskinan itu
kerana takdir dan tidak boleh berubah dan tidak boleh diubah. Tetapi, setelah menerima fikiran dari Fatah yang
telah lama berada di bandar, bahawa kemiskinan boleh diubah dengan usaha bersungguh-sungguh.
Walaupun mendapat tentangan dan kemarahan luar biasa ayahnya sehingga dipukul, dalam situasi yang sama
Suman menyambut adiknya yang baru lahir dan mengadakan demonstrasi ke rumah Waibi untuk mendapatkan
tanah.
Perubahan sikap Suman yang lembam dan negatif kepada radikal, progresif dan positif adalah membuktikan
perubahan fikiran setelah berinteraksi dengan kaum intelektual yang berpengalaman di bandar.
Novel 1960-an
SELEPAS merdeka penulisan semakin subur sehingga mencapai 235 buah novel yang dihasilkan lebih 200
pengarang. Antara novel yang wajar dicatatkan adalah Salina (1961) oleh A. Samad Said, Tikus Rahmat (1963)
oleh Hassan Ibrahim, Lingkaran (1965) karya Arena Wati dan Patah Sayap Terbang Jua (1966) oleh Alias Ali.
Menteri (1967) tulisan Shahnon Ahmad, Langkah Kiri (1968) oleh Yahya Ismail dan Angin Hitam (1968) oleh A.
Wahab Ali.
Saya menulis Pengertian (1966), Pertentangan (1967) dan Angin Timur Laut (1969). Pengerian dalam cetakan
kedua dan ketiga ditukar judul menjadi Norbani. Novel Angin Timur Laut diterjemahkan ke bahasa Perancis
pada 1982.
Novel Krisis dan Menteri menyentuh soal politik. Malah Menteri menggambarkan nasionalisme Melayu dalam
diri seorang menteri bernama Bahadur. Keinginannya untuk membela bangsa Melayu selepas merdeka, yang
dianggapnya selama ini semua sistem menindas Melayu, menimbulkan aksi dalaman secara psikologi. Bahadur
melihat di dalam igauan dan mimpinya bangsa Melayu di tempat hina, sedangkan naga menguasai tanah air.
Maksud naga itu ialah kaum Cina yang menguasai kekayaan negara yang baru merdeka. Ramai orang Melayu
mengejar menteri untuk membunuhnya. Sesedarnya Bahadur dari mimpi buruk itu, dia berazam untuk membela
Melayu.
Novel 1970-an
Sepanjang dekad ini novel tercipta sebanyak 179 buah yang dihasilkan lebih 100 pengarang. Antara novel yang

wajar disebut ialah Senja Belum Berakhir (1971) dan Sami Mekong (1976) oleh Azizi Abdullah. Ranjau Sepanjang
Jalan (1977) dan Seluang Menodak Baung (1978) oleh Shahnon Ahmad dan Nafas Yang Hampir Putus (1976)
oleh A.B Amasuba.
Saga (1976) karya Abdul Talib Mohd. Hassan, Bulan Merah Di Tiga Kuala (1976) oleh Zahari Affandi, Ombak
Bukan Biru (1977) oleh Fatimah Busu dan Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman (1979) oleh Anwar Ridhwan.
Saya hasilkan Perjudian (1973) dan Juara (1976). Novel Juara diterjemahkan ke bahasa Inggeris oleh Normah
Mohd. Nor dengan judul Champion juga diterjemahkan ke bahasa Jepun oleh Mikio Hirato.
Novel Seluang Menodak Baung adalah menepati ciri pendekatan Social Ego atau social consciousness, iaitu
gambaran kesedaran masyarakat, menurut teori Christopher Caudwell.
Suman, seorang pemuda kampung yang segala-galanya tertakluk kepada adat tradisi bahawa kemiskinan itu
kerana takdir dan tidak boleh berubah dan tidak boleh diubah. Tetapi, setelah menerima fikiran dari Fatah yang
telah lama berada di bandar, bahawa kemiskinan boleh diubah dengan usaha bersungguh-sungguh.
Perubahan sikap Suman yang lembam dan negatif kepada radikal, progresif dan positif adalah membuktikan
perubahan fikiran setelah berinteraksi dengan kaum intelektual yang berpengalaman di bandar.
Novel 1980-an
ADA beberapa buah novel yang patut dicatatkan sebagai novel penting dalam dekad 1980-an ialah Konserto
Terakhir (1990) oleh Abdullah Hussain, Muhammad Akhir (1984) oleh Anas K. Hadimaja, Daerah Zeni (1985)
dan Hujan Pagi (1986) oleh A. Samad Said, Saudagar Besar dari Kual Lumpur (1985) dan Rimba Harapan (1986)
oleh Keris Mas, Sutan Baginda (1998) oleh Shahnon Ahmad dan Di Negeri Belalang (1998) oleh Anwar Ridhwan.
Novel Muhammad Akhir mengisahkan keimanan dan keikhlasan seorang pemuda yang berperangai ganjil
bernama Muhamad Akhir Ali Abdullah al-Hafiz, 25 tahun. Muhammad Akhir yang menjadi jaga di kilang Jepun
telah menangkap Pak Mat Itam, 50, dan beberapa lagi yang mencuri TV di kilang itu. Pak Mat Itam yang
dianggap gagah, bekas kelasi kapal, dicabar supaya mencabut paku di sebuah meja kayu di kilang itu jika mahu
membuktikan mencuri itu benar. Pak Mat Itam gagal, tetapi Muhammad Akhir berjaya mencabut dengan
tangannya. ``Saya bukan kuat tetapi Allah menolong saya, kerana saya benar,'' kata Muhammad Akhir.
Bagaimanapun, Muhammad Akhir dibuang kerja kerana difitnah. Seorang pencuri India telah menjadi gila dan
mati. Kemudian Pak Mat Itam bersahabat baik dengan Muhammad Akhir, kerana dia telah bermimpi melihat
Muhammad Akhir berzikir dan bila dia sedar, betul-betul Muhammad Akhir berada di rumahnya.
Selepas peristiwa itu Pak Mat Itam menjadi drebar kepada seorang hartawan Puan Abidah, janda berusia 30
tahun yang mempunyai tujuh syarikat. Atas pertolongan Pak Mat Itam, Muhammad Akhir diambil menjadi guru
al-Quran di rumah Puan Abidah mengajar orang anaknya.
Sebelum Puan Abidah kahwin, beberapa kali dia bermimpi dengan Muhammad Akhir. Demikian juga ayahnya.
Malah, anak Puan Abidah, Abdul Fatah juga bermimpi melihat Muhammad Akhir sebelum dia meninggal dunia
kerana sakit jantung.
Muhammad Akhir adalah ciri watak tipa induk dalam gambaran para-ali, dan mendekati sejarah Nabi
Muhammad s.a.w yang mengahwini Siti Khadijah yang berusia 40 tahun, sedangkan Baginda baru berusia 25
tahun. Ciri watak tipa induk yang lain ialah usaha dakwah Muhammad Akhir, ini termasuk Ganesh, seorang
India, dan satu keluarga Cina menganut agama Islam.
Muhammad Akhir menyewa bilik di rumah Robert Chong, menyebabkan anjing Cina itu melarikan diri. Beberapa
kali dibawa balik, anjing itu tetap lari. Tertarik kepada akhlak dan keikhlasan Muhammad Akhir, Robert Chong
dan keluarganya memeluk Islam.
Saya novel Perwira (1980) dan Ruang Perjalanan (1989). Perwira mengisahkan perjuangan pengikut Tok Janggut
menentang kolonial Inggeris, setelah Tok Janggut meninggal dunia. Ruang Perjalanan pula berkisar atas
persoalan kebebasan berfikir dalam falsafah Barat dan asas pemikiran kritis dalam Islam, yang membawa ciri-ciri
perbahasan tesis/hipotesis, antitesis dan sintesis.
Novel 1990-an
Dalam dekad menjelang alaf baru ini beberapa novel yang wajar disebut ialah Sokma Angin oleh Arena Wati,
Imam oleh Abdullah Hussain, Anugerah oleh Zaharah Nawawi dan Shit oleh Shahnon Ahmad. Perlu dicatatkan
bahawa beberapa Sasterawan Negara seperti Arena Wati, Shahnon Ahmad, A. Samad Said dan Abdullah Hussain
menulis novel dalam setiap dekad, malah lebih dari sebuah novel.
Novel Shit sebuah karya hypermodernism, novel yang sangat pantas membakar minda khalayak terutama ahli
politik di Malaysia. Kebanyakan intelektual dari pusat pengajian tinggi membuat kajian mendalam terhadap
novel ini. Novel ini memberi reaksi yang tinggi dan agak keterlaluan kepada ahli politik yang sebenarnya kurang
memahami stail Shahnon Ahmad yang bombastik.
Bermula dengan novel Ranjau Sepanjang Jalan yang bombastik diteruskan dalam Shit@P***M**. Shahnon
memilih latar usus dalam diri manusia. Usus penuh dengan tahi atau `taik' menurut Shahnon dan bermula di
sinilah seluruh novel ini dicipta.

Sekadar catatan perkembangan, dalam dekad ini saya menulis Wajah Seorang Wanita (1990), Ustaz (1991) dan
Nagogho Astana (1997). Novel terakhir ini merupakan sebuah novel cerpen atau nopen, iaitu setiap bab atau
episod seakan-akan tidak ada kaitan, boleh berdiri sendiri sebagai sebuah cerpen. Namun, secara keseluruhannya
berada di bawah tema sebuah negara yang bernama Nagogho Astana.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?


y=2001&dt=1215&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sastera&pg=sa_01.htm#ixzz3gQjBJqIL
Utusan Melayu (M) Bhd