Anda di halaman 1dari 4

KERTAS CADANGAN

PROGRAM INOVASI KOKURIKULUM

TAJUK:
COOKIES CENDAWAN
DISEDIAKAN OLEH:
PERSATUAN KEMAHIRAN HIDUP
BERSEPADU
SMK SERI KUNDANG 2013
KERTAS CADANGAN PROGRAM INOVASI KOKURIKULUM
PERSATUAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

SMK SERI KUNDANG, RAWANG, SELANGOR.

TAJUK : COOKIES CENDAWAN

PENGENALAN
Sejajar dengan kehendak dan keperluan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
( PPPM ) yang menekankan kepada kemenjadian murid, maka inovasi dalam sistem
pendidikan perlu diberi penekanan sewajarnya. Sehubungan itu, program inovasi
kokurikulum ini diharap dapat menyuntik semangat murid-murid di SMK Seri
Kundang untuk lebih kreatif dan inovatif dalam bidang reka cipta.
OBJEKTIF
Antara objektif program ini ialah;
1. Melahirkan murid yang mampu berfikir secara kreatif kritis.
2. Membentuk budaya merekacipta sesuatu yang baru daripada pelbagai
sumber.
3. Melatih murid berkeupayaan mengolah bahan tempatan/sekeliling dalam
penghasilan produk baru yang berkualiti dan berdaya saing.
4. Melahirkan para usahawan muda.
RASIONAL
Matlamat utama ialah melahirkan generasi masa hadapan yang berilmu dan serba
boleh secara keseluruhan demi kelangsungan hidup yang semakin mencabar.
SASARAN
Semua ahli Persatuan Kemahiran Hidup Bersepadu SMK Seri Kundang, Rawang,
Selangor.
PERNYATAAN MASALAH
Antaranya ialah :
1.
2.
3.
4.

Kebanyakan biskut dalam pasaran menggunakan bahan dari luar negara .


Terlalu tinggi kandungan gula dalam biskut/cookies di pasaran.
Obesiti dalam kalangan murid SMK Seri Kundang.
Kekurangan makanan ringan yang lebih sihat untuk kesihatan awam/murid.

SKOP DAN LIMITASI PROJEK.

Skop kajian ialah untuk menggunapakai bahan sekitar yang terdapat dalam
kawasan sekolah kerana terdapat tanaman cendawan di Bengkel Pertanian serta
bahan-kering kering yang terdapat di dalam Bilik Masakan.

KEPENTINGAN DAN IMPAK PROJEK


Antara kepentingannya ialah:
1. Melahirkan murid yang mampu untuk menyediakan produk makanan
tempatan yang berkhasiat melalui aktiviti persatuan.
2. Membuka peluang serta menanam minat keusahawanan kepada murid .
3. Dapat menghasilkan dana untuk tabung persatuan.
4. Latihan praktikal/hands on kepada murid selepas mempelajari teori dalam
mata pelajaran KHB
ANGGARAN KOS PROJEK
Kos anggaran untuk projek inovasi ini tidak melebihi RM80.00. Antara bahan-bahan
yang diperlukan ialah :
-

Tepung gandum
Tepung beras
Gula aising
Mentega tulen
Minyak kelapa sawit
Telur ayam
Cendawan kering
Serbuk penaik
Garam
Oat
Kertas minyak

TINJAUAN DAN KAJIAN


Daripada tinjauan yang dijalankan, terdapat banyak cookies atau biskut yang manis
dalam pasaran berbanding cookies savori. Keadaan ini sudah tentu boleh
mengancam kesihatan murid sama ada mereka mudah mendapat kaviti gigi,
masalah obes atau pun diabetes. Sehubungan itu, murid perlu diberi didikan untuk
memilih jenis makanan yang baik untuk kesihatan diri dan keluarga di samping
mampu untuk menghasilkan sendiri makanan berkhasiat.
KAEDAH PENYELIDIKAN

Kaedah yang akan dijalankan ialah melalui penyeidikan laman sesawang serta buku
pastri untuk penghasilan satu resepi yang terbaik hasil penggabungan resepi yang
ada dalam pasaran.

PERANCANGAN PROJEK
Projek ini akan dilaksanakan seperti berikut:
1. Januari :
Mesyuarat Agung Persatuan KHB = Program Inovasi akan
dimasukkan dalam agenda
mesyuarat
2. Februari: Membentuk Jawatankuasa kerja Program Inovasi AJK akan
memulakan pencarian
resepi dengan melayari laman sesawang serta rujukan buku resepi
pastri untuk
menghasilkan satu resepi baru ( Makmal Komputer dan PSS )
Memulakan tanaman cendawan di Rumah Cendawan ( Bengkel
Pertanian )
3. Mac
: Tuai hasil ( Bengkel Pertanian )
Keringkan cendawan ( Bilik Masakan )
4. April
: Memulakan penghasilan produk ( Bilik Masakan )
5. Mei
: Pasaran sampel produk dalam sekolah Kalangan guru
6. Jun-Ogos: Pasaran produk kepada semua warga SMK Seri Kundang dan PIBG
7. September: Pertandingan inovasi kelab/ persatuan
KESIMPULAN
Kesimpulannya, diharapkan program ini akan meningkatkan kemahiran rekacipta
dalam kalangan murid demi melahirkan murid yang berkemahiran tinggi dalam
merekacipta, satu kemahiran yang telah dipelajari dalam mata pelajaran KHB.
Selain itu, program ini juga diharapkan dapat melahirkan bakat keusahawanan
dalam diri murid. Akhirnya sekali, projek ini dapat memberikan manfaat kepada
murid, sekolah, ibu bapa , masyarakat setempat dan negara.

Anda mungkin juga menyukai