Anda di halaman 1dari 1

KESIMPULAN

Setiap murid adalah berbeza dari segi keperluan, minat dan kebolehan.
Kaedah pengajaran haruslah diubahsuai dengan kebolehan, keperluan dan minat
murid. Oleh itu guru perlu mempelbagaikan sumber pengajaran dan pembelajaran.
Sumber pengajaran dan pembelajaran membantu guru dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Sumber pengajaran dan pembelajaran memberi pengalaman
yang sebenar kepada murid-murid tentang maklumat yang ingin disampaikan.
Sumber pengajaran dan pembelajaran merupakan satu faktor utama bagi
mempelbagaikan rangsangan murid di samping mengalihkan tumpuan mereka
kepada perkara-perkara yang menarik, bermakna dan penting dalam pembelajaran.
Murid akan lebih memahami isi pelajaran secara lebih mendalam lagi sekiranya
mereka dapat melihat dan menyentuh objek tersebut. Oleh itu, mereka dapat
mengeluarkan idea dengan lebih cepat dan bermakna.
Bahan maujud boleh memberikan pengalaman langsung. Pengalaman yang
sebenar ini akan memberi kesan yang mendalam kepada proses pembelajaran
murid-murid tersebut. Murid-murid juga akan lebih memahami dan mengingati
pelajaran yang diterima sekiranya mereka diberi peluang untuk mencuba dan
meneliti sumber pengajaran dan pembelajaran.
Setiap bahan mempunyai cara penggunaannya yang tersendiri. Ini memberi
kesan terhadap kaedah dan teknik pengajaran. Dengan menggunakan berbagaibagai bahan yang ada, kaedah dan teknik pengajaran juga boleh dipelbagaikan.
Kemahiran yang sama boleh dikuasai mengikut cara dan teknik yang berlainan
berdasarkan jenis alat dan bahan yang digunakan. Penggunaan sumber perlu
dirancang dari segi kesesuaian, tujuan, masa dan cara penggunaan. Ini melibatkan
perancangan keseluruhan pengajaran dari awal hingga akhir. Dengan ini, guru akan
merancang sesuatu pelajaran dengan lebih sempurna.