with confidence and courage. The numbers of words used by these children have increased
from the use of puppets. Overall, based on the research carried out, introducing a new
method of teaching, especially by using puppets, helped to increase their ability in
developing communication. The use of puppets has increased the ability of communication
skills and vocabulary among these children.
PENGENALAN
Kajian yang dilaksanakan ini adalah berkaitan dengan penggunaan boneka terhadap murid
prasekolah di salah sebuah sekolah di Selangor Darul Ehsan. Kajian ini dilaksanakan bagi
melihat tahap pencapaian kanak-kanak untuk berkomunukasi. Tajuk kajian ini adalah
Penggunaan Boneka Bagi Meningkatkan Komunikasi Kanak-Kanak Di Prasekolah. Kajian
ini telah dilaksanakan terhadap enam orang kanak-kanak prasekolah tersebut. Kajian ini
dijalankan adalah bertujuan untuk meningkatkan keupayaan berkomunikasi dengan lancar
dan jelas. Kajian ini telah menggunakan boneka jenis sarung tangan. Boneka-boneka yang
telah digunakan dalam kajian ini mengambarkan watak-watak haiwan. Sebanyak 11 buah
boneka sarung tangan yang telah digunakan dalam kajian ini iaitu boneka ayam, itik,
monyet, panda, pinguin, katak, lembu, tikus, tupai, buaya, dan ular.
Menurut kamus dewan edisi keempat (2007), boneka adalah patung misalnya orang
atau binatang yang boleh digerakkan dengan menarik tali yang dilekatkan padanya atau
dengan memasukkan tangan ke dalam badannya dan menggerakkannya. Zurinah dan
Mohamad Iman (2004), pelbagai bentuk boneka boleh dihasilkan sama ada daripada kertas
atau kain. Setiap kali bercerita, boneka dijadikan modul penceritaan. Dengan ini segala
bentuk penceritaan lebih mudah difahami. Kemudian kanak-kanak menggunakan boneka
tersebut untuk melahirkan watak-watak yang berbeza. Cara ini juga lebih berkesan terutama
untuk memastikan imaginasi kanak-kanak dapat dilahirkan melalui penceritaan.
Komunikasi pula adalah perhubungan secara langsung atau dengan perantara surat,
radio, telefon, dan lain-lain. (Kamus dewan edisi keempat, 2007). Emery, Ault dan Ageel
(1973) menyatakan komunikasi adalah salah satu seni menyalurkan maklumat, idea-idea dan
sikap-sikap dari seseorang kepada seseorang yang lain. Definisi ini megutamakan penyaluran
sesuatu daripada seseorang individu kepada individu lain.
Menurut Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (2009), kanak-kanak prasekolah
sepatutnya menguasai kemahiran komunikasi. Hal ini adalah kerana di dalam Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan menekankan aspek komunikasi melalui Tunjang
Komunikasi Bahasa Malaysia. Kemahiran komunikasi prasekolah mempunyai lima standard
kandungan iaitu BM2.1 berinteraksi dengan mesra, BM2.2 bersoal jawab melalui rangsangan
yang diberi, BM2.3 melafazkan puisi dengan intonasi yang betul, BM2.4 menceritakan
perkara yang didengar dan BM2.5 melakonkan watak-watak mengikut situasi.
Komunikasi mempunyai kepentingan kepada kehidupan kita seharian. Menurut Baran
dan Davis (2000) komunikasi dapat menyebarkan informasi dan amaran, menjalinkan
hubungan dengan kelompok-kelompok di dalam masyarakat, transmisi budaya masyarakat
dan hiburan. Komunikasi dapat menyebarkan informasi semasa dan terkini mengenai
keadaan persekitaran manusia. Ianya juga bertindak menyampaikan amaran yang berupa
peringatan kepada sesebuah masyarakat atau kelompok yang terbabit.
adalah melalui bermain dan gaya pembelajaran mereka yang semula jadi. Friederich Wilhelm
Frobel (1782-1852) yakin permainan yang sesuai dapat membantu kanak-kanak berfikir
berkenaan interaksi antara kehidupan dan aktiviti sendiri, pemikiran dan tindakan,
perwakilan dan kognisi serta kebolehan dan pemahaman. (Brewer,1992)
Robert M. Gagne (1970), menyatakan pembelajaran bergerak dari yang paling mudah
menuju kepada yang rumit. Pembelajaran pada aras yang tinggi bergantung kepada
pembelajaran pada aras yang rendah. Pada mulanya kanak-kanak bermain boneka secara
bersendirian. Ketika ini kanak-kanak hanya akan berkomunikasi dengan dirinya sahaja.
Bahan perbualan juga berkaitan dengan dirinya sahaja. Kemudian kanak-kanak akan bermain
bersama rakan-rakan yang berada dipersekitarannya. Komunikasi yang lebih baik berlaku
apabila kanak-kanak bermain boneka bersama. Kanak-kanak akan berkongsi pengalaman
masing-masing. Perkataan yang lebih kompleks digunakan dalam perbualan mereka.
Seterusnya, kanak-kanak dapat menambahkan bilangan perbendaharaan kata mereka.
Objektif Umum
Objektif umum kajian adalah meningkatkan keupayaan berkomunikasi kanak-kanak dengan
lancar dan jelas.
Objektif Khusus
Objektif khusus kajian ini adalah seperti berikut.
i. Meningkatkan keupayaan kemahiran berkomunikasi kanak-kanak.
ii. Meningkatkan bilangan perbendaharaan kata kanak-kanak.
Soalan Kajian
Persoalan kajian ini adalah seperti berikut.
i.
ii.
Kajian tindakan ini melibatkan seramai enam orang kanak-kanak prasekolah di salah sebuah
sekolah di Selangor. Kanak-kanak ini terdiri daripada tiga orang lelaki dan tiga orang
perempuan. Kanak-kanak ini berbangsa Melayu dan beragama Islam. Kanak-kanak ini
berumur dalam lingkungan lima hingga enam tahun. Kanak-kanak ini belajar dalam sebuah
kelas yang sama.
Elliot dan Adelman (1976) mendefinisikan kajian tindakan dalam bidang pendidikan
sebagai satu pendekatan penyelidikan yang berusaha mempertingkatkan mutu
profesionalisme pendidik dengan cara menyelidik situasi sosial dan institusi pendidikan, dan
tujuan kajian tindakan ialah membaiki kualiti amalan harian. Temu bual dan pemerhatian
digunakan sebagai instrumen kajian. Instrumen ini digunakan bagi mengenal pasti
peningkatan keupayaan komunikasi kanak-kanak.
Dalam intervensi yang telah dijalankan, kanak-kanak diberi kebebasan untuk memilih
boneka. Kanak-kanak dan guru bercerita dengan menggunakan boneka. Kanak-kanak juga
menggunakan boneka untuk menjawab soalan yang di kemukakan kepadanya. Selain itu,
kanak-kanak berpeluang untuk bermain boneka bersama rakan-rakan.
Alat kajian soal selidik digunakan bagi mengenal pasti keupayaan komunikasi kanakkanak. Kanak-kanak dibahagi kepada dua kumpulan. Cerita disampaikan kepada kanakkanak. Sebanyak lapan buah soalan telah disediakan berdasarkan skrip cerita. Setiap orang
kanak-kanak dikehendaki menjawab soalan yang diberikan kepadanya dengan menggunakan
boneka. Dalam masa yang sama penyelidik turut menggunakan boneka ketika
mengemukakan soalan kepada kanak-kanak. Hasil dapatan soal selidik dicatatkan pada
borang soal selidik.
Selain itu, alat kajian pemerhatian juga digunakan semasa kanak-kanak bermain boneka
bersama rakan-rakan. Kanak-kanak dibahagi kepada dua kumpulan. Kanak-kanak diberi
pilihan untuk memilih boneka untuk digunakan. Pemerhatian dijalankan terhadap kanakkanak ketika kanak-kanak bermain boneka. Pemerhatian dicatatkan menggunakan nota
lapangan Pemerhatian juga digunakan untuk mengenal pasti keupayaan komunikasi kanakkanak.
Di samping itu, alat kajian temu bual bersemuka dijalankan terhadap kanak-kanak.
Cerita disampaikan kepada kanak-kanak. Sebanyak tiga buah soalan telah disediakan
berdasarkan skrip cerita. Setiap orang kanak-kanak dikehendaki menjawab soalan yang
diberikan kepadanya dengan menggunakan boneka. Dalam masa yang sama penyelidik turut
menggunakan boneka ketika mengemukakan soalan kepada kanak-kanak. Penggunaan
perbendaharaan kata kanak-kanak dicatatkan pada borang yang telah disediakan. Temu bual
berstruktur digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai penggunaan bilangan
perbendaharaan kata kanak-kanak.
KEPUTUSAN
Persoalan Kajian Pertama: Adakah penggunaan boneka dapat meningkatkan keupayaan
kemahiran berkomunikasi kanak-kanak? Hasil analisis soal selidik dan pemerhatian yang
dijalankan telah dapat mengenal pasti keupayaan berkomunikasi kanak-kanak dengan
menggunakan boneka.
Jadual 1.1: Hasil analisis soal selidik terhadap kanak-kanak Kumpulan 1 dengan
menggunakan cerita Kera menjadi Raja
Jawapan
Jumlah Skor
Peratusan (%)
Kanak-kanak Af
Benar
Salah
7/8
1/8
87.5
12.5
Kanak-kanak Fa
Benar
Salah
7/8
1/8
87.5
12.5
Kanak-kanak Ha
Benar
Salah
8/8
0/8
100
0
Jadual 1.2: Hasil analisis soal selidik terhadap kanak-kanak Kumpulan 2 dengan
menggunakan cerita Kancil dan Buaya
Jawapan
Jumlah Skor
Peratusan (%)
Kanak-kanak Hu
Benar
Salah
7/8
1/8
87.5
12.5
Kanak-kanak Ai
Benar
Salah
8/8
0/8
100
0
Kanak-kanak An
Benar
Salah
7/8
1/8
87.5
12.5
Jadual 2.2: Hasil analisis pemerhatian terhadap kanak-kanak bermain boneka bagi Kumpulan
2.
Kanak-kanak
Hu
Ai
An
Berasaskan kedua-dua jadual yang diperoleh, hasil kajian mendapati bahawa jumlah
bilangan ayat yang tertinggi yang telah dapat disebut oleh kanak-kanak adalah sebanyak 20
ayat iaitu dicapai oleh Kanak-kanak Ha dan Kanak-kanak Fa bagi Kumpulan 1. Manakala
jumlah bilangan ayat yang tertinggi yang telah dapat disebut oleh kanak-kanak bagi
kumpulan 2 adalah Kanak-kanak Hu iaitu 19 skor. Jumlah bilangan ayat yang terendah yang
telah disebut oleh kanak-kanak ialah Kanak-kanak Af bagi Kumpulan 1 dengan hanya dapat
menyebut sebanyak 12 sahaja. Manakala bagi Kumpulan 2 didapati Kanak-kanak An dan
Kanak-kanak Ai hanya dapat menyebut 15 ayat sahaja semasa aktiviti bermain boneka
dijalankan. Sila rujuk Lampiran M dan Lampiran N.
Rumusannya, hasil analisis pemerhatian, mendapati bahawa kanak-kanak boleh
bermain boneka dan berkomunikasi bersama rakan-rakannya. Sepanjang aktiviti bermain
boneka dijalankan kanak-kanak dapat menyebut ayat dengan baik dan lancar. Kebolehan
kanak-kanak ini berbual antara satu sama lain menunjukkan bahawa kanak-kanak ini dapat
berkomunikasi dengan baik dengan menggunakan boneka. Justeru, kanak-kanak berupaya
meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan menggunakan boneka.
Jadual 3: Perbezaan sebelum dan selepas intervensi dijalankan bagi meningkatkan keupayaan
kemahiran berkomunikasi kanak-kanak
Kanak-kanak
Af
Fa
Ha
Hu
Ai
An
Sebelum Intervensi
(%)
4.35
21.74
17.39
21.74
8.70
17.39
Selepas Intervensi
(%)
87.5
87.5
100
87.5
100
87.5
Jumlah
Peningkatan (%)
83.15
65.76
82.61
65.76
91.30
70.11
Af
7/10
70
Fa
8/10
80
Ha
10/10
100
Jadual 4.2: Hasil analisis temu bual menceritakan semula cerita Kumpulan 2 bagi cerita
Kancil dan Buaya
Kanak-kanak
Skor
Peratusan (%)
Hu
9/10
90
Ai
10/10
100
An
7/10
70
Berasaskan kedua-dua jadual yang diperoleh, hasil analisis kajian mendapati bahawa
terdapat dua orang kanak-kanak memperolehi 100% dengan skor 10/10 iaitu Kanak-kanak Ha
dan Kanak-kanak Ai. Seorang kanak-kanak mendapat skor 9/10 atau 90% iaitu Kanak-kanak
Hu dan skor 8/10 atau 80% iaitu Kanak-kanakFa. Namun begitu, terdapat dua orang kanakkanak mendapat 70% dengan skor 7/10 iaitu Kanak-kanak Af dan Kanak-kanak An.
Rumusannya, hasil analisis temu bual mendapati bahawa kanak-kanak ini dapat
menjawab soalan yang telah dikemukakan dengan baik dan betul. Kanak-kanak ini juga dapat
menceritakan semula cerita dengan menggunakan boneka. Maksud cerita yang disampaikan
oleh kanak-kanak juga membawa maksud yang sama seperti yang telah diperdengarkan oleh
penyelidik. Kebolehan kanak-kanak ini bercerita semula cerita menunjukkan bahawa
komunikasi kanak-kanak dapat ditingkatkan dengan menggunakan boneka. Justeru,
peningkatan berkomunkasi kanak-kanak ini telah menunjukkan bahawa bilangan
perbendaharaan kata kanak-kanak juga meningkat dengan menggunakan boneka.
Jadual 5: Perbezaan sebelum dan selepas intervensi dijalankan bagi meningkatkan bilangan
perbendaharaan kata kanak-kanak
Kanak-kanak
Af
Fa
Ha
Hu
Ai
An
Sebelum intervensi
(%)
0
61.1
66.7
72.2
44.4
66.7
Selepas intervensi
(%)
70
80
100
90
100
70
Jumlah Peningkatan
(%)
69
18.9
33.3
17.8
55.6
3.3
Jadual 5 menunjukkan peratusan peningkatan bilangan perbendaharaan kata kanakkanak sebelum dan selepas menjalankan intervensi. Kanak-kanak Af mendapat peratusan
peningkatan tertinggi iaitu sebanyak 69%. Kanak-kanak Ai mendapat peratusan peningkatan
kedua tertinggi iaitu sebanyak 55.6%. Peratusan peningkatan yang ketiga tertinggi adalah
Kanak-kanak Ha iaitu sebanyak 33.3% dan diikuti oleh Kanak-kanak Fa mendapat 18.9%.
Kanak-kanak Hu mendapat 17.8% peningkatan selepas dijalankan intervensi. Manakala
Kanak-kanak An hanya mendapat peratusan peningkatan sebanyak 3.3% sahaja yang
merupakan jumlah peratus peningkatan yang terendah.
Didapati bahawa kanak-kanak dapat menjawab soalan yang diberikan kepada meraka
dengan menggunakan boneka. Kebolehan kanak-kanak ini menjawab soalan yang diberikan
menunjukkan peningkatan keupayaan kemahiran berkomunikasi kanak-kanak. Hasil kajian
ini menyokong pandangan Selathurai Nadeson (1982), menerangkan bahawa pepatung
(puppet show) boleh digunakan untuk menerangkan atau menghuraikan sesuatu, memberi
arahan, mengucapkan sesuatu yang lucu, bercerita, menyoal dan juga untuk mencipta situasisituasi drama yang melibatkan kanak-kanak.
Selain itu, didapati bahawa kanak-kanak ini boleh bermain boneka bersama rakanrakannya. Kebolehan kanak-kanak ini berbual antara satu sama lain menunjukkan bahawa
kanak-kanak ini berupaya meningkatkan kemahiran berkomunikasi kanak-kanak. Hasil kajian
ini menyokong pandangan Zaharatullaili (2006), menyatakan bermain dengan boneka dapat
memberi peluang dan kebebasan kepada kanak-kanak untuk mengembangkan potensi
masing-masing berdasarkan tahap kebolehan dan kemahiran mereka. Teknik yang berkesan
dapat membantu kanak-kanak dalam perkembangan bahasa, emosi, sosial, komunikasi,
fizikal dan pengetahuan kanak-kanak.
Tambahan lagi, didapati bahawa kanak-kanak ini boleh menjawab soalan yang telah
dikemukakan kepada mereka melalui penceritaan semula cerita menggunakan boneka.
Kebolehan kanak-kanak ini menceritakan semula cerita menunjukkan bahawa peningkatan
bilangan perbendaharaan kata kanak-kanak. Hasil kajian ini menyokong pandangan Azizah
(1995), menyatakan bahawa kanak-kanak mempunyai cara belajar yang tersendiri. Mereka
suka meneroka perkara-perkara baru yang menarik perhatian mereka. Perkara-perkara ini
boleh merangsang pemikiran mereka.
Implikasi hasil penyelidikan mendapati bahawa kanak-kanak dapat bercerita kepada
rakan-rakan dan guru dengan yakin dan berani. Kanak-kanak berupaya berkomunikasi
dengan lancar dan jelas. Bilangan perkataan yang digunakan oleh kanak-kanak juga
bertambah daripada sebelum menggunakan boneka. Berdasarkan penemuan hasil kajian,
penyelidik ingin mengemukakan empat kajian yang boleh dijalankan pada masa akan datang
seperti berikut.
1. Kajian yang dilaksanakan ini hanya dilaksanakan terhadap kanak-kanak yang berbangsa
Melayu sahaja. Penyelidik mencadangkan agar kajian seterusnya dilaksanakan terhadap
kanak-kanak yang berbangsa lain seperti Bangsa Cina dan Bangsa India bagi meningkatkan
keupayaan berkomunikasi kanak-kanak berbangsa Cina dan berbangsa India.
2. Kajian yang dijalankan ini hanya dijalankan di dalam kelas tanpa menggunakan pentas.
Penyelidik mencadangkan agar kajian seterusnya menjalankan kajian boneka dengan
menggunakan pentas boneka yang lebih menarik dan kreatif.
3. Kajian dilaksanakan ini adalah hanya menumpukan kepada aspek penggunaan boneka bagi
meningkatkan keupayaan berkomunikasi kanak-kanak. Penyelidik mencadangkan agar kajian
seterusnya dijalankan bagi meningkatkan daya ingatan kanak-kanak dan meningkatkan
hubungan sosioemosi kanak-kanak.
4.
Kajian yang dijalankan ini hanya menggunakan boneka haiwan sahaja. Penyelidik
mencadangkan agar kajian seterusnya menggunakan jenis boneka yang seperti boneka watak
manusia seperti boneka kanak-kanak, boneka ibu bapa dan boneka watak pekerjaan. Aktiviti
ambil peranan (main peranan) yang berlaku dalam main dramatik dapat menyumbang kepada
salah satu aspek perkembangan sosial iaitu keupayaan untuk melihat dunia dari perspektif
orang lain.
Kesimpulannya, kajian yang seterusnya perlu dilaksanakan agar dapat menarik minat
kanak-kanak untuk belajar di prasekolah. Loy (2004) menyifatkan teater boneka sebagai
belajar melalui bermain. Dapatan kajian beliau menunjukkan bahawa boneka sarung tangan
sangat menarik dan mudah dikendalikan oleh kanak-kanak serta dapat menarik minat dan
memikat hati kanak-kanak. Penggunaan teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan
berkesan dapat membantu kanak-kanak dalam meningkatkan perkembangan bahasa, emosi,
sosial, komunikasi, fizikal dan pengetahuan kanak-kanak.
RUJUKAN
______________ (2007). Kamus dewan edisi keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pusaka.
Azizah Lebai Nordin. (1995). Pengajaran pembelajaran prasekolah, masalah pendidikan, Jilid
19, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.
Baran, S.J. & Davis, K.D. (2000). Mass communication theory: foundations, ferment and future.
Belmont: Wadsworth.
Brewer, J.A. (1992). Introduction to early childhood education: preschool through primary
grades. Boston: Allyn and Bacon.
Dansky, J.B. & Silverman, I.W. (1975). Play: a general facilitator of associative fluency.
Developmental Psychology, 11, 104.
Elliott, J. & Adelman, C. (1976). Innovation at the classroomlevel: A case study of the Ford
teaching project. Curriculum Design and Development. Open University Press.
Emery, E.; P. Ault & W. Ageel. (1973). Introductionto mass communication. New York: Dodd,
Mead and Co.
Feldman, J.R. (1991). A survival guide for preschool teacher. The Center for Applied Research in
Education. New York.
Gagne, R.M. (1970). The condition of learning. New York: Holt, Rineheart & Winston.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2009). Kurikulum standard prasekolah kebangsaan. Putrajaya:
Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Levy, Ak. (1984). The language of play: the role of play in language development. Early Child
Development and Care, 17, 49-69