Anda di halaman 1dari 3

PERATURAN KEJOHANAN

PERTANDINGAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH


PERINGKAT MUKIM PINGGAN-PINGGAN
SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI (SHAF) 2015

1.

KELAYAKAN
Kategori Veteran

1.1.
Pertandingan ini terbuka kepada semua kelab-kelab bola sepak veteran yang terdapat
di dalam Mukim
Pinggan-Pinggan. Umur bagi penyertaan pemain kategori ini adalah 45
tahun ke atas.
Kategori Terbuka
1.2.
Pertandingan ini terbuka kepada semua kelab-kelab bola sepak yang terdapat di dalam
Mukim PingganPinggan. Umur bagi penyertaan pemain kategori ini adalah 18 tahun ke
atas.
2.

YURAN PENYERTAAN

2.1
Yuran akan dikenakan kepada setiap pasukan. Jumlah yuran akan ditentukan oleh
Jawatankuasa
Kejohanan.
2.2
Bayaran hendaklah disertakan bersama-sama dengan borang penyertaan dan diserahkan
pada atau sebelum
tarikh tutup penyertaan. Tarikh tutup akan ditentukan oleh Jawatankuasa
Kejohanan.
2.3
3.

Borang penyertaan yang tidak disertakan dengan bayaran penyertaan akan ditolak.

PENDAFTARAN DAN BILANGAN PEMAIN

3.1.
Setiap pasukan adalah dibenarkan mendaftar seramai 12 orang pemain dan seorang
pengurus pasukan;
3.2.
Bagi setiap perlawanan, setiap pasukan dibenarkan menurunkan seramai 9 orang
pemain dan 3 orang
pemain simpanan;
3.3.
4.

Setiap pasukan diwajibkan menyediakan sekurang-kurangnya seorang penjaga garisan.

PENGADIL
4.1.

Pihak penganjur akan menyediakan seorang pengadil bagi setiap perlawanan;

4..2. Pengadil yang mengadili perlawanan adalah yang bertauliah dan berdaftar dengan
Persatuan Bolasepak
Malaysia (FAM);
4.3.
5.

Setiap keputusan pengadil adalah muktamad.

PERATURAN PERTANDINGAN

5.1.
Persatuan

Peraturan pertandingan adalah tertakluk kepada peraturan Bolasepak Antarabangsa dan


Bolasepak Malaysia serta pihak penganjur kejohanan;

5.2.
Pusingan pertama akan dijalankan secara liga, manakala pusingan seterusnya akan
dijalankan secara
kalah mati (tertakluk kepada persetujuan semua pengurus-pengurus
pasukan yang bertanding).
5.3.
Hanya dua pasukan daripada setiap kumpulan pusingan liga (pusingan pertama) dan
pusingan kalah
mati (pusingan kedua) layak ke pusingan seterunya (kalah mati). Jika
kemenangan tidak dapat
ditentukan pada masa permainan:
5.3.1. Pusingan Liga - Setelah diambilkira jumlah mata, jaringan, bolos (kena) maka
pemenang akan
ditentukan melalui balingan wang siling, sehingga pemenang di
perolehi. Cara dan peraturan
akan ditentukan oleh pengadil yang dilantik oleh
pengajur.
5.3.2. Pusingan Kalahmati (kedua) sepakan penalti akan dilakukan oleh 3 orang
pemain setiap
pasukan. Jika didapati masih seri, sepakan penalti oleh satu (1) orang
pemain dijalankan
sehingga dapat ditentukan pasukan yang menang. Cara
dan peraturan akan ditentukan oleh
pengadil yang dilantik oleh pengajur.
5.4.
Pertukaran pemain boleh dibuat bila-bila masa. Pertukaran pemain sebanyak 3 kali
boleh dibuat pada
setiap perlawanan yang dijalankan untuk satu pasukan. Pertukaran
pemain perlulah mengisi borang
terlebih dahulu yang disediakan oleh pihak pengajur.
(Borang Pertukaran Pemain).
5.5.
Setiap pasukan dilarang mengambil pemain selain daripada pemain yang telah
didaftarkandalam borang
pertandingan. Jika didapati ada pasukan yang mengambil
pemain selain yang didaftarkan penyertaan
pasukan akan terbatal.
5.6.
Pemain yang bermain tidak mengikut tertib permainan (mengikut undang-undang
FIFA) akan dikenakan
kad kuning atau kad merah bergantung kepada pengadil.
Pemain yang mendapat kad merah dilarang
bermain untuk perlawanan seterusnya. Pemain
yang menerima 2 kad kuning dalam satu perlawanan
akan dikenakan kad merah.
Bagaimanapun pemain yang mengumpul kad kuning dalam perlawanan
berasingan masih
boleh meneruskan permainan.
5.7.
Setiap pasukan perlulah menepati masa yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
Jika lewat 5 minit
selepas tiupan wisel pangadil dari masa yang telah ditetapkan, pasukan
lawan akan mendapat
kemenangan percuma jaringan 2 0.
5.8.
Semua pasukan tidak dibenarkan SENGAJA memberi kemenangan percuma.
Sekiranya berlaku
pasukan tersebut secara otomatik terkeluar daripada
pertandingan dan perlawanan-perlawanan yang
telah ditandinginya di anggap BATAL.
5.9.
Jika didapati pasukan atau pemain yang melakukan kekacauan dalam pertandingan
yang berlangsung
akan di senarai hitam dari kejohanan pada masa akan datang.
6.

TEMPOH PERLAWANAN

6.1.
Perlawanan akan berlangsung selama 21 minit dengan 10 minit untuk setiap separuh
masa (10 + 1 + 10)
dan 1 minit untuk pertukaran tempat.
6.2.
Perlawanan akhir di peruntukan masa perlawanan selama 31 minit pada setiap separuh
masa (15 + 1 +
15) dan 1 minit untuk pertukaran tempat.
7.

BANTAHAN

7.1.
Sebarang bantahan hendaklah sampai ke meja urusetia selewat-lewatnya 5 minit
selepas perlawanan
tersebut tamat;
7..2. Setiap bantahan mestilah disertakan dengan borang bantahan rasmi yang disediakan
oleh urusetia;
7.3.
Setiap bantahan hendaklah di sertakan dengan wang tunai sebanyak RM200.00 (tidak
dikembalikan).
7.4.
8.

Keputusan Ahli Jawatankuasa Bantahan adalah muktamad.

PAKAIAN PEMAIN
8.1.

Setiap pasukan diwajibkan menyediakan 2 set jersi berlainan warna;

8.2.

Setiap pemain hendaklah memakai jersi yang bernombor;

8.3.
Jika didapati sama warna jersi dalam perlawanan berkenaan, pasukan pertama yang
dipanggil (mengikut
jadual perlawanan) dikehendaki menukar jersi dengan segera.
8.4.
9.

Pemain adalah diwajipkan memakai Shinpad semasa perlawanan.

KECEDERAAN

9.1.
Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang kecederaan
dan kehilangan
barang-barang semasa pertandingan berlangung.
10.

PERINGATAN

10.1. Jawatankuasa pengelola kejohanan adalah berhak dan berkuasa menambah, meminda,
menolak dan
menerima atas sebarang perkara yang dinyatakan di dalam peraturan di atas.
10.2. Setiap pasukan dan pemain DILARANG sama sekali membawa minuman keras,
memakai baju yang
mempunyai logo atau ayat minuman keras dan mengunakan dadah yang
terlarang oleh Persatuan
Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
10.3. Setiap pasukan dan pemain DILARANG merusuh atau melakukan perkara yang
bertentangan dengan
undang-undang negara semasa berlangsungnya kejohanan ini.
10.4 Pengurus pasukan hendaklah memastikan setiap pemain menjaga kebersihan dan harta
benda sekolah.
Jika ada pasukan yang melanggar peraturan ini kemungkinan tindakan
disenarai hitamkan daripada
menyertai pertandingan musim akan datang.

Anda mungkin juga menyukai