Anda di halaman 1dari 22

HAKIKAT SYAHADAT DAN HAKIKAT SOLAT

Sesungguhnya sahadat adalah merupakan rukun islam yang pertama dimana seseorang itu ingin
menjadikan islam sebagai cara hidupnya haruslah terlebih dahulu mengucap dua kalimah
sahadat i itu:

Jadi sesungguhnya selagi sesorang itu tidak melafazkan dua kalimah sahadat maka selama
itulah dia tidak boleh di iktiraf sebagai seorang islam.
Dalam pengertian syariat,dua kalimah sahadat itu ialah "aku menaik saksi bahawa tiada tuhan
yang disembah melainkan Allah dan aku menaik saksi bahwa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Sesungguhnya ramai diantara kita hanya pandai melafazkan ucapan dua kalimah sahadat itu
tetapi jarang benar dikalangan kita cuba mengkaji atau sekurang2nya menyoal diri sendiri tentang
hakikat pengertian hujung jatuhnya sahadat itu sendiri,kita lihat ibu bapa kita melafazkan sahadat
maka kita pun turut berbuat demikian,namun begitu tak pernah bertanya kenapa kita
harus melafazkanya.??

Dan kenapa kita pula tidak boleh melafazkan satu bentuk penyaksian yang lain daripada dua
kalimah sahadat.
Disamping itu tidak kurang pula dikalangan kita bertanya kenapa LA ILA HA IL LAALLAH itu
boleh membawa pengertian "tiada tuhan yang di sembah melainkan Allah" sedangkan di dalam
kalimah tersebut tidak pernah terdapat perkataan tuhan (RABB) dan tidak pula terdapat
perkataan sembah (PAK BUDUU HU) tetapi di dalam pentafsiran erti baik bahasa oleh para
ulama syariat ada perkataan "tuhan" dan "sembah" dan kenapa pula sahadat tersebut tidak boleh
dikatakan begini......

yang mungkin lebih sesuai untuk diberi erti "tiada tuhan yang disembah melainkan Allah" tetapi
islam tetap mengunakan lafaz sahadat dengan..
yang membawa pengertian kepada tiada yang nyata hanya Allah.
TIADA NYATA HANYA ALLAH

Jadi boleh disimpulkan di sini bahawa pengertian yang dibuat oleh para alim ulama syariat
adalah jauh,tidak menepti daripada matlamat sebenar yang hendak dinyatakan oleh sahadat itu
sendiri disamping itu soalnya apakah perkataan Allah di dalam sahadat itu boleh di samakan
kepada tuhan dan apakah sebenarnya begitu..??
Begitu juga apabila kita melafazkan ..
itu apakah benar membawa satu pengertian kepada "Nabi Muhammad itu persuruh Allah" jika
benar begitu kenapa Nabi Adam Alaihimusallam bapa sekalian manusia juga mengucap
sahadatnya dengan mengkhabarkan sahadatnya itu dengan lafaz Muhammad Rasulullah dan
seterusnya Nabi Ibrahim,Nabi Ismail dan rasul2,wali2 Allah sebelum zahir Nabi Muhammad saw
mengucap dengan ucapan yang sama atau dalam hal yang lain ada dikalangan kita akan berkata

nabi2 sebelum zahirnya Nabi Muhammad mengucap dengan cara lain, jika benar begitu apakah
mereka difahamkan bahawa islam itu hanya baru ujud pada zaman Muhammad saw dan
benarkah islam tidak pernah ujud sebelumnya,dan jika benar ucapan Muhammad RasuluLlah itu
fahaman kepada Nabi Muhammad,kenapa pula Nabi Muhammad juga mengucap seperti kita
mengucap sekarang,dan kenapa pula RasuluLlah tidak mengucap begini...

yang lebih sesuai membawa kepada pengerian "aku naik saksi tiada tuhan yang disembah
melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa akulah persuruh Allah"
Pendek kata banyaklah lagi persoalan2 yang harus ditanya oleh kita apabila kita melangkah dan
berusaha mencari dan menggali pengertian sahadat yang benar,justeru itu marilah kita
membincangkan bersama2 akan hakikat sahadat mengikut pandangan hakikat dan makrifat dan
marilah kita sama2 menggali makna hujung jatuh sahadat itu sendiri agar kita sama2 dapat
memahaminya dengan mendalam dan dapat pula berpegang dengan pemahaman kita itu.
Adapun kalimah sahadat itu adalah:
dan sesungguhnya
adalah dinamakan sahadat tauhid dan..

adalah pula sahadat rasul.

Sebab kalimah..LAILAHAILLALLAH.. dinamakan sahadat tauhid adalah didalam kalimah tersebut


kita bersaksi dengan penuh rasa bahawa tiada yang lain hanya Allah semata2 tiada bersekutu
baginya dalam segala2 hal dan tiada sesuatu pun yang bercampur aduk denganya kecuali DIA
sendiri,oleh itu kita bersaksi dengan diri kita sendiri tiada yang nyata pada kita hanya Allah
semata2,kita nafi tubuh kita dan kita isbatkannya kepada Allah semata2 (diri batin kita)
Adapun kalimah
itu dinamakan sahadat rasul,sebab pada kalimah ini kita melafazkan bersaksi bahawa yang
menyampaikan dan menanggung diri rahsia Allah adalah Muhammad iaitu diri zahir kita,dan
dengan melafazkan kalimah tersebut maka berikrar dan bersaksilah kita dengan diri kita sendiri
bahawa diri zahir kita tetap akan menanggung rahsia Allah dan akan menjaganya buat
selama2nya.
Adapun hakikat ketuhanan itu adalah diri batin kita (ruhani),
dan hakikat kerasulan itu adalah diri zahir kita (jasmani)
Diri batin adalah sebenar2 diri yang menyatakan rahsia tuhan dan untuk menyatakan diri rahsia
Allah tersebut adalah diri zahir kita...jadi diri zahir kitalah yang menyatakan rahsia ketuhanan
Allah Taala,oleh yang demikian diri zahir kita digelar HAKIKAT RASUL.

APABILA KITA MELAFAZKAN:


TIADA NYATA HANYA ALLAH
MAKNANYA: tiada nyata hanya Allah....dari sini jelaslah kalimah LAILAHALILLAH itu sudah

terang diri batin kita,bila saja kita melafazkan kalimah tersebut dengan jelas kita memperakui
dengan sesungguhnya bahawasanya tiada nyata hanya DIAlah Allah yang dikandung oleh tubuh
zahir kita.
ADAPUN KALIMAH: MUHAMMADRASUL ALLAH pula menyatakan diri kasar kita kerana hakikat
bentuk manusia itu berhakikat dengan huruf M U H A M M A D ,
justeru itu menakala kita melafazkan kalimah.

Maka kalimah yang telah dilafazkan itu adalah meliputi pada menyatakan diri batin dan diri zahir
kita (ruhani dan jasmani) iaitu kita menyaksikan bahawa yang dikandung oleh diri kasar ini adalah
diri rahsia Allah Taala dan diri kasar inilah merupakan sarung, seperti firman Allah yang
bermakna :MANUSIA ITU ADALAH RAHSIAKU DAN AKULAH RAHSIANYA"
Allah Taala telah mengurniakan manusia untuk memegang dan bertangungjawab terhadap rahsia
yang ditanggung oleh manusia itulah Allah Taala memberi satu penghormatan besar terhadap
kejadian manusia...seperti firman-Nya....

sesungguhnya Aku kurniakan akan manusia itu satu kejadian yang sebaik2nya.
Kejadian manusia adalah satu2 kejadian yang paling rapi,elok tersusun pada zahir dan
batin,duduknya kemuliaan manusia adalah kerana manusia sahajalah kejadian Allah yang
sanggup memegang rahsianya,sedangkan sebelumnya Allah sendiri pernah menawarkan rahsia
ini kepada langit,bulan,bukit untuk menanggungnya tetapi semuanya makhluk kejadian tersebut
tidak mempunyai kesanggupan untuk menanggungnya:- seperti firman Allah yang bermaksud:"
sesungguhnya rahsia aku ini pernah aku taruhkan kepada langit,bumi,gunung-ganang tetapi
mereka enggan menerimanya kerana takut mengabaikannya,tetapi yang sanggup menerima
adalah manusia".
Dari itu apabila kita mengucap akan kalimah

maka bererti kita bersaksi dengan diri kita sendiri bahawa tiada yang nyata pada diri kita hanya
Allah semata2 dan tubuh zahir kita ini adalah tukang penyata rahsia Allah semata2.
Adapun solat itu adalah berdiri menyaksikan diri kita sendiri,kita menyaksikan bahawa diri kitalah
yang membawa dan menanggung rahsia Allah Taala dan tiada sesuatu pada diri kita hanya
rahsia Allah semata2,tiada satu jua pun yang kita punya kecuali hak Allah semata2,jika
diibaratkan kita ini hanya sebagai sebuah kotak radio yang hidup dengan mengharapkan siaran
dari stastion besar semata2,dan perlu di ingat bahawa berfungsinya radio tersebut kerana dapat
menerima gelombang siaran dari station besar,yang demikian jika habislah siaran atau rosaknya
penerimaan siaran maka sudah tentu kotak radio tersebut akan dibuang menjadi sampah,maka
begitulah kita.
Kita akan berguna di sisi Allah jika kita dapat menanggung amanah rahsia itu serta dapat
berfungsi dan bertindak mengenal diri kita sendiri,kerana apabila kita berjaya dapat mengenal diri
kita,maka dengan itulah pula kita dapat mengenal diri Allah itu sendiri...firman Allah dalam hadis
qudsi.....

ertinya,barangsiapa mengenal dirinya maka kenallah tuhannya.
Oleh itu jika kita tidak mengenal diri kita,maka kita adalah lebih hina daripada sampah di sisi
Allah.

Adapun sembahyang/solat itu bukanlah sekali ertinya menyembah kerana apabila disebut
sembah,maka sudah tentu membawa pengertian bahawa ada yang menyembah dan ada pula
yang kena sembah dan tiap tiap yang disembah sudah pasti ada di hadapan yang menyembah.
Justeru itu bagaimana halnya dengan Allah yang bersifat bersalahan dengan benda-benda itu
ujud,ujud dihadapan untuk di sembah,dan jikalau Allah di hadapanya maka ertinya Allah
bertempat,jika ini iktikad kita maka kafirlah kita jadinya.Lagi pun bagaimana boleh dikatakan
sembahyang itu boleh disifatkan menyembah sedangkan manusia itu sendiri pun adalah diri
rahsia Allah seperti firman Allah dalam Hadis Qudsi; " ertinya : manusia itu
adalah rahsiaKu dan diri Akulah rahsianya".
Oleh itu dapatlah disimpulkan bahawa sembahyang itu sebenarnya adalah satu istiadat
menyaksikan diri sendiri dan sesungguhnya diri kita itu adalah kepunyaan Allah sematamata.Dan sugia di ingatkan bahawa keadaan yang dinyatakan di atas bukanlah sekali kita boleh
beriktikad bahawa Allah Subhanahuwatallah itu duduk di dalam diri kita,jika kita beranggapan
bergitu maka kafirlah jadinya dan keadaan yang diterangkan di atas juga bukan sekali-kali boleh
beriktikad bahawa diri batin kita (ROH) itu tuhan dan bertuhankan diri,maka berbuat demikian
kafir pula jadinya.
Perlu di ingatkan bahawa kita adalah sebagai kotak radio yang menerima gelombang radio dan
rahsia radio,maka untuk menyatakan rahsia radio tersebut adalah station yang memancar
siaranya ke kotak radio,maka berbunyilah radio seperti mana asalnya di station besar.Bergitu
dengan Allah,Dia memuji diriNya dengan diri rahsiaNya yang dikandung oleh manusia.Seperti
firman Allah didalam Hadis Qudsi yang bermaksud:
AKU SUKA MENGENAL DIRIKU SENDIRI,
LALU AKU JADIKAN MAKHLUK INI,
LALU AKU PERKENALKAN DIRI AKU,
KEPADA MEREKA DAN LALU MEREKA,
PUN MENGENAL AKU.
Bermula yang dimaksudkan dengan makhluk di dalam hadis qudsi di atas adalah manusia.
Adapun yang dikatakan sembahyang itu berdiri menyaksikan diri kerana semasa sembahyang
kita wajib berkata :"" . ertinya bersaksilah aku bahawa tiada yang
nyata kecuali Allah (diri batin) dan bersaksilah aku bahawa Muhammad (diri zahir) itu adalah
penyaksian Allah (diri batin).
Di sini terang dan jelaslah bahawa kalimah penting itu di lafazkan oleh kita bagi tujuan supaya
menilik diri kita dengan matahati kita,bahawa akulah yang membawa rahsia Allah,dan kita menilik
dengan mata zahir dan batin kita bahawa kita adalah Allah semata-mata tiada sesuatu pada kita
hanya Allah semata-mata.
Ucapan penyaksian ini bukanlah sahaja dilafazkan oleh lidah malahan dikatakan bersama oleh
semua anggota zahir dan batin kita,masing-masing serentak berdiri menyaksikan diri ini adalah
Allah semata-mata,()
Maka di saat melafazkan sahadah tersebut maka gementarlah seluruh tubuh jiwa raga orang
arifin billah,maka disaat itu terasalah oleh mereka satu kelazatan yang amat sangat,tiada bahasa
yang boleh diterangkan di sini kecuali diketahuilah sendiri oleh mereka yang mengalami dan
sampai pula ke martabatnya.
Untuk menegaskan hal di atas Allah Subhanahuwatallah telah berfirman di dalam Al-Quran :

: ertinya" sesungguhnya bagi


mereka yang beriman apabila sahaja disebut Allah nescaya gementarlah hati mereka dan apabila
dibaca ayat-ayatNya bertambah iman mereka kepada Allah mereka bertawakal.
Adapun ertinya bersaksilah aku tiada yang nyata hanya Allah,iaitu bersaksilah aku
dengan telingaku,mataku,otakku,kulitku,dagingku,kakiku, dan seluruh tubuhku yang zahir dan
batin aku,tiada yang nyata kecuali Allah jua.Aku melihat dan mendengar dengan penglihatan
Allah dan pendengaran Allah,tiada aku merasa ,Allah lah merasa,tiada aku berkehendak,Allah
lah yang berkehendak, tidak aku berkuasa,Allah lah yang
berkuasa...tidak....tidak...tidakkkk...HANYA ALLAH SEMATA-MATA.
Seperti firman Allah; ..."Dimana sahaja kamu berhadap di situlah wajah Allah".
Cara ini adalah dengan kita menafikan diri kita yang zahir ini dan mengisbatkan diri kita yang
batin (Allah).

Adapun ertinya "dan bersaksilah aku bahawa diriku yang zahir ini adalah
menanggung diri rahsia Allah semata-mata.
Di dalam kalimah ini kita bersaksi dengan diri kita sendiri bahawa diri kita jasmani inilah yang
menanggung dan membawa rahsia Allah (diri batin) dan diri kita yang zahir inilah juga yang
menjadi dalil awal akan ujudnya Allah Tuhan semesta alam.
Dengan yang demikian fahamlah kita bahawa kalimah sahadat itu adalah kalimah hakikat yang
menyatakan penyambungan diantara badan jasmani dengan badan ruhani kita,ianya tidak boleh
dipisahkan dan diceraikan diantara satu dengan lain.
Oleh kerana kita faham dengan hujung jatuhnya kalimah sahadah itu adalah hakikat
penyambungan diantara ruhani dengan jasmani,maka setengah ulama' berpendapat bahawa
tidak wajar bagi kita untuk melafazkan kalimah sahadah tersebut secara mewakafkan bacaan
dimana-mana bahagian kalimah dua kalimah sahadah tersebut,adalah tidak kita mewakafkan di
kalimah ALLAH seperti yang diamalkan oleh kebanyakan orang jahil di dalam hakikat dua
kalimah sahadah,kerana pada hakikatnya kita telah mengetahui bahawa tubuh kalimah dua
sahadah tersebut adalah gabungan ruhani dan jasmani kita.
Adapun ucapan dua kalimah sahadah yang hanya disebut dilafazkan dimulut tampa mengerti
apakah sebenar hakikat sahadah tersebut adalah dinamakan sahadah tanda,hujung jatuh akan
hakikat sahadah tanda ini adalah bertujuan supaya satu-satu masyarakat yang mengaku diri
mereka islam,turut sama mengiktiraf bahawa manusia yang mengucap dua kalimah sahadah
semacam tadi adalah berugama islam seperti mereka juga. tetapi sebenarnya sahadah
sedemikian itu adalah kosong dan tidak memberi erti apa-apa serta tidak bermaya, ertinya jika di
ibaratkan besi maka besi seperti inilah besi tawar yang tidak pernah mengerti apa makna
tajam,ia hanya bergelar besi tetapi tidak berguna untuk apa-apa jua pun kerana perlu di tegaskan
bergunanya besi bagi sebilah pisau adalah kerana tajamnya.Tajam itulah sebenar benar tubuh
pisau itu,oleh sebab itu bagi mereka yang hanya mengerti melafazkan dua kalimah sahadah
tetapi jahil daripada mengerti hakikat sahadah maka manusia begini adalah manusia islam
minannas dan ianya bukan sekali kali islam minallah,oleh itu untuk menjadi islam minallah maka
seseorang itu haruslah mengerti dan mengetahui dan memahami serta dapat duduk pada hakikat
sahadah sebenarnya.

HURUF2 KALIMAT SAHADAT 24 HURUF MELAMBANGKAN 24 JAM SEHARI SEMALAM.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Adapun kalimah sahadat ini hendaklah dijadikan darah daging kita pada siang malam selama 24
jam ertinya hidup kita,mati kita,bangkit kita dihari kiamat nanti adalah dengan kalimah sahadat :

,
ertinya:hidupku didalam dunia ini,matiku dan bangkitku dihari akhir nanti didalam kalimah
(sahadat) dan insallah aku menjadi orang yang amin.
disamping itu diingatkan bahawa didalam kalimah tauhid jiga mengandungi 24 huruf semuanya
bagi menandakan kehidupan manusia 24 jam dalam sehari semalam sebagaimana yang
dinyatakan dalam bab yang lalu bahawa kalimah sahadat itu adalah pada menyatakan perihal diri
ruhani dan jasmani kita.Kalimah ini adalah tersangat penting didalam penghidupan kita untuk
menuju kepada Allah Subhanahu wataala.
Oleh itu janganlah dipisahkan manusia samasekali dua kalimah sahadat didalam kehidupan
kita,jika ingin menjadi manusia yang diredhai di dunia dan diakhirat dan jangan sekali2 kita mati
tampa kalimah sahadat.

( 24 huruf)
(bagi mengisyaratkan kehidupan/penghidupan manusia 24 jam sehari semalam.)
Ahli Makrifat itu tidak mempunyai makrifat jika ia tidak mengenal Allah dari segala sudut dan dari
segala arah mana saja ia menghadap. Ahli Hakikat hanya ada satu arah iaitu ke arah Yang Hakiki
itu sendiri.
"Ke mana saja kamu memandang, di situ ada Wajah Allah" (Al-Qur-an)
"Ke mana saja kamu memandang", sama ada dengan deria atau akal atau khayalan, maka di situ
ada Wajah Allah". Oleh itu dalam tiap-tiap ain [di mana] ada ain (Zat Ilahi) dan semuanya adalah
"La ilaha illalLah" (TIADA NYATA HANYA ALLAH).
Dalam "La ilaha illalLah" semua wujud ada terkandung, iaitu Wujud Semesta Raya dan Wujud

secara khusus; atau Wujud atau apa yang dianggap Wujud; atau wujud Hakiki dan Wujud
makhluk.
Wujud makhluk tertakluk kepada kepada "La ilaha" yang bererti bahawa segala-galanya kecuali
Allah adalah kosong(batil), iaitu dinafikan bukan diisbatkan. Wujud Hakiki termasuk dalam
"illaLlah". Oleh itu semua kejahatan tertakluk di bawah "La ilaha" dan semua yang dipuji tertakluk
di bawah "illaLlah".
Semua wujud terkandung dalam mengisbatkan Keesaan (La ilaha illaLlah) dan anda mesti
memasukkkannya juga dalam menamakan hamba yang paling mulia (dalam mengatakan
Muhammadun RasuluLlah).
"Muhammadun RasuluLlah" ini mengandungi tiga alam.
Muhammad itu menunjukkan Alam Nyata(Alam Nasut); iaitu alam yang boleh dipandang dengan
deria(senses).
Rasul itu menunjukkan Alam Perintah(Alam Malakut); iaitu Alam batin berkenaan rahsia-rahsia
tanggapan yang mujarad; dan ini terletak antara yang muhaddas dengan Yang Qadim.
Nama Ilahi(Allah) itu menunjukkan Alam Pertuanan(Alam Jabarut). Lautan darinya terpancar
pengertian dan tanggapan.
"Rasul" itu sebenarnya pengantara yang muhaddas dengan Yang Qadim; kerana tanpa dia tidak
akan ada wujud, kerana jika yang muhaddas bertemu dengan yang Qadim, maka binasalah yang
muhaddas dan tinggallah Yang Qadim.
Apabila Rasul diletakkan pada tempatnya yang wajar pada kedua itu, maka barulah alam ini
diperintahkan, kerana pada zhohirnya ia adalah hanyalah seketul tanah liat, tetapi batinnya ia
adalah khalifah Allah.
Pendeknya, maksud mengisbatkan Tauhid itu tidaklah sempurna dan tidaklah meliputi tanpa
diisbatkan Keesaan atau Tauhid Zat, Sifat dan Lakuan. Pengisbatan itu difahami dari
"Muhammadun RasuluLlah".
Apabila seorang ahli Makrifat berkata "La-ilaha illaLlah" maka ia ketahui pada hakikatnya bukan
hanya pada majazi sahaja, iaitu tidak ada jalan lain melainkan Allah. Oleh itu wahai saudaraku,
janganlah hanya mengucapkan dengan mulut saja syahadah yang mulia ini, kerana dengan itu
mulut sajalah yang akan mendapat manfaatnya. Dan ini bukanlah matlamat yang hendak dituju.
Yang pentingnya ialah Mengenal Allah sebagaimana Ia sebenarnya.
"Allah itu dahulu seperti Ia sekarang jua tanpa sekutu, dan Ia sekarang seperti Ia dahulu jua".
Fahamilah ini, dan anda tidak akan dibebankan lagi dengan penafian, dan tidak ada yang tinggal
bagi anda lagi melainkan pengisbatan agar apabila anda berkata anda akan berkata; "Allah,
Allah, Allah". Tetapi kini hati anda dibebankan dan pandangannya lemah. Semenjak anda
dijadikan anda hanya berkata; La-ilaha........ tetapi bilakah penafian itu akan berkesan?. Bahkan
ia tidak berkesan kerana penafian itu hanya dengan lidah sahaja. Jika anda nafikan dengan Akal
iaitu dengan Hati anda dan rahsia anda yang paling dalam, maka seluruh alam ini akan lenyap
dari pandangan anda dan anda akan lihat Allah sendiri, bukannya diri anda sendiri dan juga

makhluk-makhluk lain. Kaum Sufi menafikan wujud yang lain kecuali Allah. Maka mereka
mencapai kedamaian dan kerehatan dan terus memasuki KalamNya. Mereka tidak akan keluar
lagi. Tetapi penafian anda tidak ada langsung hujungnya............
Ghairullah(selain Allah) tidak akan lenyap dengan hanya mengatakan "tidak" dengan lidah
sahaja; dan belum sempurna juga lagi dengan mata keimanan dan keyakinan, tetapi akan lenyap
dengan pandangan secara langsung dan berhadapan muka.
"Sesungguhnya Allah itulah matlamat anda yang terakhir" (Al-Qur'an).
Dialah sumber segala-galanya. Maka anda tidak perlu lagi nafi dan tidak perlu isbat. Ini adalah
kerana Yang Wajib itu telah memangnya isbat walaupun belum anda isbatkan, dan yang
ghairullah itu sememangnya nafi walaupun sebelum anda nafikan.
Tidakkah anda ingin menemui guru yang dapat mengajar anda bagaimana menafikan ghairullah
dan membawa anda kepada kedamaian di mana anda dapati tidak ada yang lain kecuali Allah?.
Maka barulah anda hidup dengan Allah dan dapat menjadi penghuni "Dalam tempat tinggal
orang-orang yang ikhlas di Majlis Tuhan Yang Maha Agung", dan ini adalah semuanya hasil
daripada ingat anda dan makrifat anda bahawa "Tiada Tuhan selain Allah".
Anda tahu kata-kata Syahadah itu sahaja dan yang paling dalam yang anda tahu ialah berkata;
"Tidak ada yang patut disembah melainkan Allah". Ini adalah pengetahuan orang-orang
awam(biasa) tetapi apakah kaitannya dengan pengetahuan atau ilmu orang-orang Sufi?.
Pengetahuan anda yang sekarang itulah yang menghalang anda memahami pengetahuan orangorang pilihan(Sufi). Masihkan anda menafikan pengetahuan yang didapati dari bimbingan guru
menuju Hakikat, padahal mereka yang dipimpin itu memandang tidak yang wujud kecuali Allah?
Mereka bukan sahaja mengenal Allah dengan Iman dan keyakinan saja, tetapi mereka
memandang dengan cara pandangan yang terus tanpa halangan. Omong kosong tidak sama
dengan melihat, bertemu muka.
HAKIKAT SOLAT & RAHSIA MA'ARIFAT
Di sini penulis persembahkan pula bicara berkenaan Rahsia Marifat. Sebahagian daripada ilmu
petunjuk daripada Allah Ta'ala kepada hambanya yang terpilih. Pegangilah dan hayatilah ianya
di dalam setiap amalan. Sebagai panduan dan persediaan menghadapi-Nya. Insya-Allah.
Adapun Rahsia Marifat itu adalah rahsia bagi diri, tiada siapa pun boleh menghuraikan di atas
rahsia diri masing-masing melainkan orang-orang ahli Sufi dan Wali sahaja yang boleh
menghuraikan.
Seperti kata Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani r.a. sesudah beliau menunaikan solat sunnat hajat, lalu
ia berkata :
Ya Tuhanku! Di manakah maqam yang yang lima itu di dalam diri hamba? Iaitu yang pertama
Subuh, kedua Dzohor, ketiga Asar, keempat Maghrib dan kelima Isya'.
Maka tatkala itu bergerak-geraklah seluruh anggotanya maka diketahuilah beliau tentang
kedudukan maqam yang lima itu. Maka berzikirlah ia tiada berhenti-henti daripada satu waktu

kepada satu waktu.


1. Pada waktu Subuh maka bergerak-geraklah perumahan hatinya maka berkatalah ia, Ya
Tuhanku! Telah nyatalah hamba bahawasanya Subuh itu bermaqam di hati hamba. Maka
berzikirlah ia tiada berhenti-henti sampailah pada waktu Dzohor.
2. Apabila sampai pada waktu Dzohor, maka berdenyut lagi hatinya. Tatkala itu terasalah ia suatu
benda yang pahit mengalir di batang lehernya. Maka berkatalah ia, Ya Tuhanku! Telah nyatalah
aku bahawasanya waktu Dzohor itu bermaqamnya pada hempedu ku. Maka berzikirlah ia tiada
berhenti-henti sampailah ia pada waktu Asar.
3. Apabila sampai pada waktu Asar maka bergeraklah berhampiran dadanya sebelah kiri. Maka
katanya lagi, Ya Allah! Ya Tuhanku! Ketahuilah hamba bahawasanya waktu Asar itu
bermaqamnya pada paru-paru hamba. Maka berzikirlah lagi ia sampailah pada waktu Maghrib
tiada ia berhenti-henti.
4. Setelah sampai pada waktu Maghrib berdenyut-denyutlah di dalam dadanya. Setelah
diperhatikan denyutan itu, maka ia berkata lagi, Ya Allah! Ya Tuhanku! Telah nyatalah hamba
bahawasanya waktu Maghrib itu bermaqam pada jantung hamba. Maka berzikirlah ia daripada
Maghrib sampailah ia pada waktu Isya.
5. Setelah sampai pada waktu Isya, maka berdenyut-denyutlah dadanya di sebelah kanan.
Tatkala itu maka nyatalah ia waktu Isya itu pada limpanya. Maka bersyukurlah ia ke Hadhrat
Allah Taala. Katanya, Ya Allah! Ya Tuhanku! Dengan kerana Mu aku mengetahui akan segalagalanya. Maka berzikirlah ia tiada berhenti-henti sehingga sampai pada waktu Subuh. Maka
kedengaranlah pada telinganya, Ya Abdul Qadir! Di dalam lima waktu itu bahawasanya
terhimpun ia di dalam waktu Subuh.
Maka telah nyata kedudukan maqam lima waktu itu pada diri kita oleh itu tiada boleh dinafikan
tiap-tiap sesuatu itu. Bukannya kehendak ilmu yang luas tiada suatu pun yang boleh
mengisbatkan kepada kita. Hanya pada diri kita sahaja yang boleh menandakan suatu itu di alam
ini.
Maka berkata seorang ahli Sufi (Syeikh Kiryani r.a.) kepada sahabat-sahabatnya bahawasanya,
Hamba dapat mengetahui akan maqam yang lima ini adalah wujudnya pada lima haqiqat. Yang
dinamai ia pada tiap-tiap waktu ini.
1. Waktu Subuh menyatakan wujudnya Allah.
2. Waktu Dzohor menyatakan wujudnya Af'al Allah.
3. Waktu Asar menyatakan wujudnya Qauli.
4. Waktu Maghrib menyatakan wujudnya Insani.
5. Waktu Isya menyatakan wujudnya Rasuli.

Maka berkata sahabat-sahabatnya kepada Syeikh Kiryani r.a., Ya tuan hamba! Bolehkah tuan
hamba terangkan lagi bagaimana cerita lagi di atas maqam yang lima itu? Kerana tidak sekali-kali
hamba memahami dengan kata-kata tuan hamba itu!
Maka berkatalah Syeikh Kiryani r.a. kepada sahabatnya, Ya sahabat ku! Tiliklah keadaan diri mu
senyata dahulu agar kamu dapat ketahui akan maqam yang lima itu.
Adapun tatkala asalnya maqam yang lima waktu itu adalah diambil daripada cerita baginda
Saiyidina Ali Karamallahu wajhahu. Tertulis di dalam kitabnya yang bernama Darul ulum
addeen. Bahawasanya datang seorang hamba Allah mengadap baginda Saiyidina Ali
Karamallahu wajhahu dengan berkata, Ya Khalifah Amirul Muminin! Kenapakah waktu subuh itu
tidak disamakan lima rakaat tiap-tiap waktu? Mengapakah waktu Subuh dua rakaat sahaja dan
Maghrib tiga rakaat, sedangkan waktu lainnya empat rakaat?
Maka jawab oleh baginda Saiyidina Ali Karamallahu wajhahu, Ya tuan hamba Saidah! Sebabsebabnya waktu itu tidak sama akan rakaatnya, kerana mengikut kejadian alam ini. Tiada ia
dijadikan oleh Tuhan dengan serentak. Melainkan dengan berperingkat-peringkat.
Seperti sabda Rasulullah s.a.w. kepada ku, mafhumnya :
Ya Ali! Ketahuilah oleh mu bahawasanya tatkala asal waktu itu, diibaratkan tatkala embun
tunggal setitik gugur ke bumi menandakan adanya satu waktu dua rakaat yakni Subuh. Maka
tatkala asal manusia pun daripada satu yakni Adam. Inilah sebabnya Subuh itu dua rakaat.
Menyatakan ia rakaat pertama itu kalimah Tauhid, yang kedua kalimah Rasul. Kalimah Tauhid itu
asal daripada ibu sekalian amalan dan kalimah Tauhid juga asal daripada bapa, yakni bapa
sekalian ilmu Laduni.
Inilah sabda Rasulullah s.a.w. kepada ku! Maka bertanya lagi hamba Allah itu kepada baginda
Saiyidina Ali Karamallahu wajhahu, Ya tuan hamba Amirul Muminin! Apakah terkandungnya di
dalam kalimah Tauhid dan kalimah Rasul? Maka jawab baginda Saiyidina Ali Karamallahu
wajhahu, Ya Saidah! Adapun kalimah Tauhid itu nyata ia adanya Nur Muhammad iaitu Dzat
Wajibal Wujud Kholiqulalam.
Maka inilah sabda Rasulullah s.a.w. kepada ku! Maka bertanya lagi Saidah, Ya Amirul
Muminin! Bagaimana pula dengan waktu-waktu yang lain itu? Maka berkatalah baginda
Saiyidina Ali Karamallahu wajhahu, Ya Saidah! Adapun waktu-waktu yang lain itu mengikut
cerita Rasulullah s.a.w. kepada ku adalah seperti berikut ini :
Waktu Dzohor 4 rakaat :
1. Rakaat pertama menandakan wujudnya Dzat Allah.
2. Rakaat kedua menandakan wujudnya Sifat Allah.
3. Rakaat ketiga menandakan wujudnya Asma Allah.

4. Rakaat yang keempat menandakan wujudnya Af'al Allah.

Waktu Asar 4 rakaat, menyatakan kepada 4 alam :


1. Rakaat pertama menyatakan kedudukan di Alam Roh.
2. Rakaat kedua menyatakan kedudukan di Alam Mithal.
3. Rakaat ketiga menyatakan kedudukan di Alam Ajsam.
4. Rakaat keempat menyatakan kedudukan di Alam Insan.

Waktu Maghrib 3 rakaat, menyatakan kepada 3 diri :


1. Rakaat pertama menyatakan hal keadaan Diri Azali.
2. Rakaat kedua menyatakan hal keadaan Diri Terperi.
3. Rakaat ketiga menyatakan hal keadaan diri terdiri.

Waktu Isya 4 rakaat, menandakan 4 nama bagi diri yang batin :


1. Rakaat pertama menyatakan bersifat Wujud, mengesakan Dzat Allah.
2. Rakaat kedua menyatakan bersifat Ilmu, mengetahui akan Sifat Allah.
3. Rakaat ketiga menyatakan bersifat Nur, menyatakan ia akan Asma Allah.
4. Rakaat keempat menyatakan bersifat Syuhud, marifat akan Af'al Allah.
Maka inilah yang dinamakan Rahsia Marifat. Maka bertanya lagi hamba Allah itu kepada Baginda
Saiyidina Ali Karamallahu wajhahu, Ya Amirul Muminin! Sekiranya jikalau hamba beramal
dengan tiada ketahui jalan ini, apa hukumnya?
Maka jawab Saiyidina Ali Karamallahu wajhahu, Ya Saidah! Siapa yang mengerjakan amalan
dengan tiada mengetahui akan amalan itu adalah syirik semata-mata. Dan mereka ini dijatuhkan
di dalam golongan orang yang fasiq. Walau bagaimana alim sekalipun, fasiq jua hukumnya.
Tiadalah ia berbau akan Syurga idaman.

Rujuklah mereka yang arif billah...

Kejauhan itu lupa hati.


Kedekatan itu ingat hati.
Kejauhan itu hijab (tertutup).
Kedekatan itu kasyaf (terbuka).
Hijab itu gelap, Kasyaf itu Nur.
Gelap itu jahil, Nur itu Ma'rifat.
Rasulullah SAW bersabda: "Firman Allah Ta'ala, aku ini sebagaimana yang disangka oleh
hambaku, Aku bersama dia apabila ia ingat kepadaKu, apabila ia mengingatKu dalam dirinya,
Akupun ingat padanya dalam diriKu, dan apabila ia mengingatKu dalam ruang yang luas, aku pun
ingat padanya dalam ruang yang lebih baik." (Hadis Qudtsi diriwayatkan oleh Bukhari).
"Guru Sufi berkata: "Hatimu sekarang bersama Tuhanmu dan Tuhanmu bersama engkau, tidak
jauh dari engkau, Ia mendekatkan engkau kepadaNya, dan mengenalkan engkau denganNya.".

HAKIKAT SHALAT
Adapun kemudian daripada itu, yakni daripada memuji Allah dan mengucapkan shalawat kepada
Rasulullah SAW, maka inilah suatu kitab yang sudah dipindahkan dari bahasa Arab ke bahasa
Indonesia, supaya mudah bagi orang yang baru belajar menginginkan Allah. Bahwasanya
diceritakan dari Abdullah Bin Umar r.a, katanya adalah kamu berduduk pada suatu orang kelak
ke hadapan Rasulullah SAW, minta belajar ilmu Jibril a.s, daripada ilmu yang sempurna dunia
dan akhirat, yaitu membiasakan dari hakikat didalam shalat lima waktu yaitu wajib bagi kita untuk
mengetahuinya.
Yang harus mereka ketahui pertama kali hakikat shalat ini supaya sempurna kamu menyembah
Allah, bermula hakikatnya didalam shalat itu atas 4 (empat) perkara :
1. BERDIRI (IHRAM).
2. RUKU (MUNAJAH).
3. SUJUD (MIRAJ).
4. DUDUK (TABDIL).
Adapun hakikatnya :
1. BERDIRI ( IHRAM)

itu karena huruf ALIF asalnya dari API, bukan api pelita dan bukan pula api bara. Adapun artinya
API itu bersifat JALALULLAH, yang artinya sifat KEBESARAN ALLAH TAALA, yang terdiri atas 2
(dua) perkara :
KUAT.
LEMAH.
Yang merupakan kudrat dan iradat-Nya juga, karena hamba itu tidak mempunyai KUAT dan
LEMAH karena hamba itu di-KUAT-kan dan di-LEMAH-kan oleh ALLAH, bukannya kudrat dan

iradat Allah itu lemah. Adapun kepada hakikatnya yang sifat lemah itu shalat pada sifat kita yang
baharu ini. Adapun yang dihilangkan tatkala BERDIRI itu adalah pada segala APAL (perbuatan)
hamba yang baharu.
2. RUKU (MUNAJAH)

itu karena huruf LAM Awal, asalnya dari ANGIN, bukannya angin barat dan bukan pula angin
timur. Adapun artinya ANGIN itu bersifat JAMALULLAH yang artinya sifat KEELOKAN ALLAH
TAALA, yang terdiri atas 2 (dua) perkara :
TUA.
MUDA.
Yang merupakan kudrat dan iradat-Nya juga. Adapun hamba itu tidak mempunyai TUA dan
MUDA. Adapun yang dihilangkan tatkala RUKU itu adalah pada segala ASMA (nama) hamba
yang baharu.
3. SUJUD (MIRAJ)

itu karena huruf LAM Akhir, asalnya dari AIR, bukannya air laut dan bukan pula air sungai.
Adapun artinya AIR itu bersifat QAHAR ALLAH yang artinya sifat KEKERASAN ALLAH TAALA,
yang terdiri atas 2 (dua) perkara :
HIDUP.
MATI.
Yang merupakan kudrat dan iradat-Nya juga. Adapun hamba itu tidak pun mempunyai HIDUP
dan MATI. Adapun yang dihilangkan tatkala SUJUD itu adalah pada segala NYAWA (sifat) hamba
yang baharu.

4. DUDUK (TABDIL)

itu karena huruf HA, asalnya dari TANAH, bukannya pasir dan bukan pula tanah lumpur. Adapun
artinya TANAH itu bersifat KAMALULLAH yang artinya sifat KESEMPURNAAN ALLAH TAALA,
yang terdiri atas 2 (dua) perkara :
ADA.
TIADA.
Yang merupakan kudrat dan iradat-Nya juga. Adapun hamba itu tidak ADA dan TIADA. Adapun
yang dihilangkan tatkala DUDUK itu adalah pada segala WUJUD/ZAT hamba yang baharu,
karena hamba itu wujudnya ADAM yang artinya hamba tiada mempunyai wujud apapun karena
hamba itu diadakan/maujud, hidupnya hamba itu di-hidupkan, matinya hamba itu di-matikan dan
kuatnya hamba itu di-kuatkan.
Itulah hakikatnya shalat. Barangsiapa shalat tidak tahu akan hakikat yang empat tersebut diatas,
shalatnya hukumnya KAFIR JIN dan NASRANI, artinya KAFIR KEPADA ALLAH, ISLAM KEPADA
MANUSIA, yang berarti KAFIR BATHIN, ISLAM ZHAHIR, hidup separuh HEWAN, bukannya
hewan kerbau atau sapi. Tuntutan mereka berbicara ini wajib atas kamu. Jangan shalat itu

menyembah berhala !!!.

INILAH FASAL Masalah yang menyatakan sempurnanya orang TAKBIRATUL IHRAM, iaitu
hendaklah tahu akan MAQARINAHNYA.

Bermula MAQARINAH shalat itu terdiri atas 4 (empat) perkara :


1. BERDIRI (IHRAM).
2. RUKU (MUNAJAH).
3. SUJUD (MIRAJ).
4. DUDUK (TABDIL).
Adapun hakikatnya :
Adapun hakikatnya BERDIRI (IHRAM) itu adalah TERCENGANG, artinya : tiada akan tahu
dirinya lagi, lupa jika sedang menghadap Allah Taala, siapa yang menyembah?, dan siapa yang
disembah?.
Adapun hakikatnya RUKU (MUNAJAH) itu adalah BERKATA-KATA, artinya : karena didalam
TAKBIRATUL IHRAM itu tiada akan menyebut dirinya (asma/namanya), yaitu berkata hamba itu
dengan Allah. Separuh bacaan yang dibaca didalam shalat itu adalah KALAMULLAH.
Adapun hakikatnya SUJUD (MIRAJ) itu adalah TIADA INGAT YANG LAIN TATKALA SHALAT
MELAINKAN ALLAH SEMATA.q
Adapun hakikatnya DUDUK (TABDIL) itu adalah SUDAH BERGANTI WUJUD HAMBA DENGAN
TUHANNYA.

Sah dan maqarinahnya shalat itu terdiri atas 3 (tiga) perkara :


1. QASHAD.
2. TAARADH.
3. TAIN.
Adapun QASHAD itu adalah menyegerakan akan berbuat shalat, barang yang dishalatkan itu
fardhu itu sunnah.
Adapun artinya TAARRADH itu adalah menentukan pada fardhunya empat, tiga atau dua.
Adapun TAIN itu adalah menyatakan pada waktunya, zhuhur, ashar, maghrib, isya atau subuh.

INILAH FASAL Masalah yang menyatakan sempurnanya didalam shalat :


Adapun sempurnanya BERDIRI (IHRAM) itu hakikatnya :
Nyata kepada AFAL Allah.

Hurufnya ALIF.
Alamnya NASUWAT.
Tempatnya TUBUH, karena tubuh itu kenyataan SYARIAT.

Adapun sempurnanya RUKU (MUNAJAH) itu hakikatnya :q


Nyata kepada ASMA Allah.
Hurufnya LAM Awal.
Alamnya MALAKUT.
Tempatnya HATI, karena hati itu kenyataan THARIQAT.

Adapun sempurnanya SUJUD (MIRAJ) itu hakikatnya :q


Nyata kepada SIFAT Allah.
Hurufnya LAM Akhir.
Alamnya JABARUT.
Tempatnya NYAWA, karena Nyawa itu kenyataan HAKIKAT.

Adapun sempurnanya DUDUK (TABDIL) itu hakikatnya :q


Nyata kepada ZAT Allah.
Hurufnya HA.
Alamnya LAHUT.
Tempatnya ROHANI, karena ROHANI itu kenyataan MARIFAT.

Adapun BERDIRI (IHRAM) itu kepada SYARIAT Allah.q


Hurufnya DAL.
Nyatanya kepada KAKI kita.

Adapun RUKU (MUNAJAH) itu kepada THARIQAT Allah.q


Hurufnya MIM.
Nyatanya kepada PUSAT (PUSER) kita.

Adapun SUJUD (MIRAJ) itu kepada HAKIKAT Allah.q


Hurufnya HA.
Nyatanya kepada DADA kita.

Adapun DUDUK (TABDIL) itu kepada MARIFAT Allah.q


Hurufnya MIM Awal.
Nyata kepada KEPALA (ARASY) kita.
Jadi Orang Shalat membentuk huruf AHMAD / MUHAMMAD.

INILAH FASAL Asal TUBUH kita (jasmaniah) kita dijadikan oleh Allah Taala atas 4 (empat)
perkara :
1. API.
2. ANGIN.
3. AIR.
4. TANAH.

Adapun NYAWA kita dijadikan Allah Taala atas 4 (empat) perkara :


1. WUJUD.
2. NUR ILMU.
3. NUR.
4. SUHUD.

Adapun MARTABAT Tuhan itu ada 3 (tiga) perkara :


1. AHADIYYAH.
2. WAHDAH.
3. WAHIDIYYAH.

Adapun TUBUH kita dijadikan Allah Taala atas 4 (empat) perkara :


1. WADIY.
2. MADIY.
3. MANIY.
4. MANIKEM.
INILAH PASAL

Masalah yang menyatakan jalan kepada Allah Taala atas 4 (empat) perkara :
1. SYARIAT. = AFAL. = BATANG TUBUH.
2. THARIQAT. = ASMA. = HATI. DIRI
3. HAKIKAT. = SIFAT. = NYAWA. KITA
4. MARIFAT. = RAHASIA. = SIR.

Adapun hakikatnya :
SYARIAT itu adalah KELAKUAN TUBUH.
THARIQAT itu adalah KELAKUAN HATI.
HAKIKAT itu adalah KELAKUAN NYAWA.
MARIFAT itu adalah KELAKUAN ROHANI.

Adapun yang tersebut diatas itu nyata atas penghulu kita Nabi MUHAMMAD. Karena lafadz
MUHAMMAD itu 4 (empat) hurufnya yaitu :
1. MIM Awal.
2. HA.
3. MIM Akhir.
4. DAL.

Adapun huruf MIM Awal itu ibarat KEPALA.


Adapun huruf HA itu ibarat DADA.
Adapun huruf MIM Akhir itu ibarat PUSAT (PUSER).
Adapun huruf DAL itu ibarat KAKI.
Adapun huruf MIM Awal itu MAQAM-nya kepada alam LAHUT.
Adapun huruf HA itu MAQAM-nya kepada alam JABARUT.
Adapun huruf MIM Akhir itu MAQAM-nya kepada alam MALAKUT.
Adapun huruf DAL itu MAQAM-nya kepada alam NASUWAT.

Sah dan lagi lafadz ALLAH terdiri dari 4 (empat) huruf :


1. ALIF.
2. LAM Awal.
3. LAM Akhir.
4. HA.

Adapun huruf ALIF itu nyatanya kepada APAL Allah.


Adapun huruf LAM Awal itu nyatanya kepada ASMA Allah.
Adapun huruf LAM Akhir itu nyatanya kepada SIFAT Allah.
Adapun huruf HA itu nyatanya kepada ZAT Allah.
Adapun APAL itu nyata kepada TUBUH kita.
Adapun ASMA itu nyata kepada HATI kita.
Adapun SIFAT itu nyata kepada NYAWA kita.
Adapun ZAT itu nyata kepada ROHANI kita.

INILAH FASAL Masalah yang menyatakan ALAM. Adapun ALAM itu atas 2 (dua) perkara :
1. ALAM KABIR (ALAM BESAR/ALAM NYATA).
2. ALAM SYAQIR (ALAM KECIL/ALAM DIRI KITA).
Adapun ALAM KABIR itu adalah alam yang NYATA INI.
Adapun ALAM SYAQIR itu adalah alam DIRI KITA INI.
ALAM KABIR (ALAM BESAR) itu sudah terkandung didalam ALAM SYAQIR karena

ALAM SYAQIR itu bersamaan tiada kurang dan tiada lebih, lengkap dengan segala isinya bumi
dan langit, arasy dan kursy, syurga, neraka, lauhun (tinta) dan qolam (pena), matahari, bulan dan
bintang.

Adapun BUMI / JASMANI didalam tubuh kita itu terdiri atas 7 (tujuh) lapis yaitu :
1. BULU.
2. KULIT.
3. DAGING.
4. URAT.
5. DARAH.
6. TULANG.
7. LEMAK (SUM-SUM).

Adapun LANGIT / ROHANI (OTAK/ARASY) didalam tubuh kita itu terdiri atas 7 (tujuh) lapis pula :
1. DIMAK (LAPISAN BERPIKIR/RUH NABATI).
2. MANIK (LAPISAN PANDANGAN/RUH HEWANI).
3. NAFSU (RUH JASMANI).
4. BUDI (RUH NAFASANI).
5. SUKMA (RUH ROHANI).
6. RASA (RUH NURANI).
7. RAHASIA (RUH IDHAFI).

Adapun MATAHARI didalam tubuh kita yaitu NYAWA kita.


Adapun BULAN didalam tubuh kita yaitu AKAL kita.
Adapun BINTANG didalam tubuh kita yaitu ILMU kita (ada yang banyak dan ada pula yang
sedikit).
Adapun SYURGA didalam tubuh kita yaitu AMAL SHALEH kita.
Adapun NERAKA didalam tubuh kita yaitu DOSA-DOSA kita.

Adapun LAUT didalam tubuh kita ada 2 (dua) yaitu :


1. LAUT ASIN.
2. LAUT TAWAR.
Adapun LAUT ASIN didalam tubuh kita yaitu AIR MATA kita.
Adapun LAUT TAWAR didalam tubuh kita yaitu AIR LUDAH kita.

Adapun MAHLIGAI didalam tubuh kita ada 7 (tujuh) pula yaitu :


1. DADA.
2. QALBUN.
3. BUDI.

4. JINEM.
5. NYAWA.
6. RASA.
7. RAHASIA.
Didalam DADA itu QALBUN dan didalam QALBUN itu BUDI dan didalam BUDI itu JINEM dan
didalam JINEM itu NYAWA dan didalam NYAWA itu RASA dan didalam RASA itu RAHASIA
(SIR).
BAB SHOLAT
Dalam agam Islam tidak dikenal istilah sembahyang.Yang ada ialah Sholat.Kata sholat ini kita
temukan dalam kitab Suci AL QURAN dengan kata sholat/sholati.Sedangkan kata sholat
menurut ilmu nahu terjamahan kedalam bahas Indonesia ialah Sholeh.
Sholat Agama Islam ialah berkiblat ke Baitullah,Berkiblat disini yang tersirat disini ialah
Menghadap ke Baitullah bukannya yang ada bengunannya dinegara Arab,melainkan Baitullah
yang ada pada diri manusia .Yang letaknya diatas perut,diujung jantung
( QOLBU ).
Bila masjid terdapat bedug yang dahulunya dibuat dari kulit sapi betina,itu mengikuti bedug yang
ada di Baitullah (qolbu )kita.Itu pula sebabnya maka orang jawa mengatakan kulit itu dengan kata
kalep.Berasal dari kata QOLB (qolbu )
Mengapa masjid dinamakan Masjidil Haram?sehingga ada pertanyaan mengapa kalau haram
dimasuki bukan dijauhi?
Riwayatnya : Para sahabat Nabi Muhammad SAW,sangat kasihan bila melihat Nabi
Besholat dengan kepanasan .Oleh sebab itu lalu dibuatkan sebuah bangunan.
Ketika hendak sholat,para sahabat lalu mempersilahkan untuk mempergunakan bangunan
itu,sekalian diberi nama.
Setelah melakukan sholat dibangunan hasil karya para sahabat itu,Rosulullah lalu memberinya
nama : Masjidil Haram.Maksudnya agar umat Islam tidak mengutamakan atau menilai bahwa
dengan bersholat dibangunan semacam itu,pasti sholatnya diterima aleh ALLAH.Tetapi maksud
ini tidak dapat dibaca oleh para sahabat.Dan para sahabatpun tidak ada yang menanyakan
mengapa Rosulullah menamakannya Masjidil Haram.

Itulah sebabnya maka setiap bangunan yang dipergunakan untuk sholat umat Islam lalu meniru
bentuk Masjidil Haram yang dibangun oleh para sahabat Nabi.Sudah barang tentu bangunan
yang sekarang ini sudah beberapa kali mengalami perbaikan.Baik dalam bentuk maupun
bahannya.
Dalam AL QURAN ada perintah ALLAH bahwa umat Islam bila melaksanakan sholat yang fardhu
wajib melakukannya di BAITULLAH ( rumah ALLAH ).Dan dalam sebuah sabda Rosulullah dalam
Hadist mengatakan :
SESUNGGUHNYA SEAMPUH-AMPUHNYA SHOLAT BILA DILAKUKAN DENGAN TIDAK
DIKETAHUI OLEH ORANG LAIN
Kalau kita pikirkan selintas antara firman ALLAH dengan Hadist diatas sangat berlawanan.Sebab

sholat fardhu di BAITULLAH ( kalau diartikan masjid )


tentunya dengan sholat berjamaah.Tetapi Hadist mengatakan Sholat yang ampuh bilatidak
diketahui oleh orang lain.Tidak diketahui bukan berarti tidak dilihat,Bukan !
Dalam kebingungan ini maka sebagian orang Syariat menuduh Hadist itu adalah Dhoif
( palsu ).Padahal sebenarnya Hadist itu benar adanya.

Sesungguhnya Sholat Nabi Muhammad SAW itu sendiri terdiri dari 3 macam dan kita sebagian
umat Islam juga wajib melakukannya.
1.Sholat Syariat : Dilakukan 5 kali sehari dengan 17 Rokaat
2.Sholat Tauhid : Dilakukan 24 jam ( 5waktu )di BAITULLAH
3.Sholat Dhaim : dilakukan sewaktu-waktu bila diperlukan untuk berhubungan
langsung dengan Sang Pencipta ( ALLAHU AKBAR ).

1.SHOLAT SYARIAT
Sholat ini sesungguhnya biasa dilakukan oleh mereka dari golongan Syariat.Mereka
Melakukan 5 kali sehari semalam.iaitu waktu SUBUH, DHUHUR,ASHAR, MAGRIB, ISYA.
Yang tersirat dari perintah ALLAH disini ialah :

1.Sholat Subuh: 2 rokaat,dan dapat dilakukan secara berjamaah.Sholat ini


memperingati saat kita dilahirkan kea lam fana ini.Kita lahir terdiri dari
2 bagian : lahir dan batin.Lagi pula kita lahir tidak sendirian.Disaksikan
oleh Bidan/Dokter/Dukun bayi,Bapak,Ibu.itu sebabnya maka sholat
subuh ini biasa dilakukan secara berjamaah

2.Sholat Dhuhur :4 rokaat.Tujuannya ialah untuk mencari nafkah (Lahir maupun Batin)
Dalam mencari nafkah,maka memerlukan ke 4 hawa nafsu :nafsu
amarah,luamah supiyah,mutmainah
Bisa dilakukan berjamaah bila sholat Jumat : dilakukan hanya 2
rokaat,karena yang 2 rokaat pertama sudah dipergunakan untuk
khotbah.Dan khotbah itu wajib diikuti,karena merupakan rejeki batin
( Santapan rokhani )

3.Sholat ashar : 4 Rokaat .Tujuannya untuk berbuat amal.Dalam berbuat amal lahir
dan amal batin,maka dipergunakan jasad,nyawa,rokh,dan rokhani

4.Sholat maghrib : 3 rokaat.Tujuannya untuk mati.Tiga rokaat karena orang mati itu
melepaskan :Dzad,Nur dan Sir

5.Sholat Isya :4 rokaat.Karena Tujuannya untuk hijrah ( pindah dari Alam Fana ke Alam
Akherat ), maka jasad harus membawa roh jasmani/hewani,roh
nabati,dan roh rewani
-nyawa harus membawa Roh Rahmani dan Roh Nurani
-Roh harus membawa Roh Kudus
-Rokhani harus membawa Roh Rabbani dan Roh Burhani

2.SHOLAT TAUHID

Sholat Tauhid ini dipergunakan sebagai pengisi waktu luang antara ke 5 sholat sayariat.Hal ini
untuk memenuhi persyaratan Firman Allah :
BARANG SIAPA SELALU INGAT KEPADAKU,MAKA AKU AKAN SELALU INGAT
KEPADANYA
Maka para penganut ilmu MARIFAT mengutamakan sholat Tauhid dari pada sholat
Syariat
Padahal Sholat syariat itu jaga termasuk sholat Muhammad SAW.Dan ada maksud dan
tujuannya .Dikarenakan kebanyakan mereka tidak mengerti maksud dan tujuannya,maka sholat
syariat banyak ditinggalkan oleh orang Marifat.
Sholat Tauhid dilakukan dengan melakukan ( Dzikir Qolbu ).Dengan Dzikir Qolbu
Ini,maka senua nafsu diimami oleh Rosul/Nur Muhammad dan juga semua Alif Mutakalimun Arif
melakukan sholat di Baitullah.Ini adalah sholat fardu yang dilakukan berjamaah di Baitullah.Dan
ini pula yang dimaksud dengan sholat paling ampuh yang tidak diketahui oleh orang lain !
Keterangan : Mula-mula mereka sholat di Baitul Muharam (Tenggorokan ),lalu pindah ke Baitul
Muqadis ( Puser ) terus ke Baitul Mamur ( kening ),lalu pindah lagi ke Baitul Muqadas
( Kemaluan ) dan akhirnya sholat di Baitullah ( Ulu Hati )
Oleh karena adanya sholat ini,maka baik bayi lahir maupun orang mati tidak pernah tepat
jamnya.Kalau tidak lebih sekian detik atau menit,ya kurang sekian detik atau menit.Yang hanya
Sholat di Baitullah,Tidak berpindah-pindah ialah ke4 nafsu yang diimami oleh Rosul/Nur
Muhammad.

3. SHOLAT DHAIM
Sewaktu di Gua Rahim,semua umat manusia pernah melakukan sholat.Dan sholatnya adalah
Dhaim Mul Haq.Oleh sebab itu tidak benar bahwa masih ada orang kafir hidup dialam Fana ini.
Karena ketika lahir kita ini kehilangan HAQ,maka lalu LAHAULA WALA QUWATA ILLA BILLAHIL
ALIYILADHIM ( Tiada daya apa-apa kecuali ALLAH yang punya kuasa ),tidak bias lagi
KUNFAYAKUN.Maka selama hidup ini kita ikhtiar untuk mandapatkan HAQ yang hilang itu.Agar
kita dapat berbuat amal dengan sempurna.

HAQ ini adanya di Alam Akbar/LAUHUL MAHFUZ.Sarananya sudah ada dan dalam diri kita.Yaitu
ditengah-tengah Tonsil.