Anda di halaman 1dari 3

NO.

RUJUKAN : AI/KI/CCSCKT/03/S1

Master of Counseling (Substance Abuse)


Asian Centre for Research on Drug Abuse (ACREDA)
Islamic Science University of Malaysia
INDIVIDUAL COUNSELING REPORT
Counselors Name

: Mohd Azirul bin Ismail

Date

: 25 Jun 2015

Report

: Sesi kaunseling pertama dijalankan selama satu jam.

1) Clients appearance
Klien kelihatan sedikit muram dan tidak bersemangat pada awalnya. Namun klien
tetap kelihatan kemas dan mengikut arahan kaunselor dalam sesi yang dijalankan.
Klien memberikan kerjasama yang baik dan mampu mengikuti sesi dengan baik pada
akhirnya.
2) Main issue(s) / problem(s) / topic being discussed
Klien baru seminggu mendaftarkan diri di CCSC Kuala Terengganu secara sukarela.
Klien dirujuk kepada kaunselor kerana klien ingin berhenti dari rawatan di CCSC ini
dan pulang ke kampung. Kaunselor telah mengadakan sesi dengan segera bagi melihat
isu yang ingin dikongsikan oleh klien.
Klien yang merupakan anak sulung dari 7 orang adik beradik tidak
mempunyai hubungan yang baik dengan bapanya yang dianggapnya selalu ingin
menang dan "menegakkan benang yang basah". Klien menyatakan sikap bapanya itu
turut tidak disenangi oleh orang kampung. Klien sentiasa dimarahi oleh ayahnya
walaupun kesalahan yang dilakukannya adalah tidak seberapa. Klien merasakan
ayahnya hanya ingin mencari kesalahan dia dan adik-adiknya.
Klien terlibat dengan penagihan alkohol yang kronik yang mula diminumnya
ketika bekerja di Singapura. Klien bekerja di hotel di Singapura bagi melarikan diri
dari ayahnya setelah pergaduhan terakhirnya dengan ayahnya berakhir dengan dirinya

memukul ayahnya. Namun klien menyatakan dia tidak kesal dengan perbuatannya itu
kerana berasakan ayahnya layak menerima pembalasan sedemikian.
Ketagihan alkohol menjadi semakin teruk dan dibanggakan oleh klien dengan
tanpa segan silu meminumnya di wakaf di kampungnya setelah mendapat bekalan di
Kampung Cina. Namun , kesedaran mula timbul dalam diri klien setelah dia berasa
malu dengan perbuatannya kesan dari perubatan Islam yang diikutinya setelah
mengesyaki dirinya terkena perbuatan orang iaitu bekas kekasihnya sendiri. Klien
malu dengan perbuatannya selama ini yang bangga dengan perbuatan minum arak itu.
3) Counselors Assessment/ Diagnostic / Case Conceptualization
Klien turut mengambil pil kuda namun dosnya masih kurang jika dibandingkan
dengan ketagihan alkoholnya yang menyebabkan dia sanggup mencuri duit neneknya.
Klien berasa kesal dengan perbuatannya dan menyatakan ingin mengembalikan wang
neneknya itu apabila tamat rawatan pemulihan ini.
Klien turut menyatakan persetujuan untuk terus kekal menjalani sesi rawatan
di CCSC ini setelah menjalani sesi kaunseling ini.
4) Plan for next session
Pada sesi kedua , kaunselor akan melihat matlamat yang ingin dicapai oleh klien dan
kemampuannya mencapai matlamat tersebut.

Date : 25 Jun 2015

Counselors Signature:_________________

Master of Counseling (Substance Abuse)


Asian Centre for Research on Drug Abuse (ACREDA)
Islamic Science University of Malaysia
ACTION PLAN FOR TREATMET AND REHABILATION FOR MOHD SHAFIQ BIN
RAZALI
No
1.

Action
Mengadakan sesi kaunseling pertama pada 25 Jun 2015

Anda mungkin juga menyukai