Anda di halaman 1dari 12

PENDAHULUAN

Dalam dunia pendidikan yang semakin mencabar, pengajaran matematik memerlukan


guru untuk menguasai Kemahiran Pedagogi yang merupakan satu aspek yang amat
penting bagi guru untuk menyampaikan isi kandungan semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran. Kemahiran pedagogi bermaksud guru dapat menguasai kaedah, teknik
dan strategi yang bersesuaian dalam pengajaran dengan tujuan membantu murid
memahami dan menguasai sesuatu konsep.Seorang guru matematik yang efektif perlu
arif tentang langkah- langkah perkembangan yang perlu diambil kira dalam pembinaan
sesuatu konsep matematik.

Di dalam kursus MTE 3093E ini guru dapat menghayati dan mengembangkan amalan
pengajaran yang baik dalam nombor, pecahan, perpuluhan dan peratus. Dengan
membuat pembacaan lanjut dari sumber-sumber yang relevan dan merancang serta
melaksanakan pengajaran menggunakan kaedah-kaedah dari kajian terdahulu di dalam
kelas, peserta-peserta PPG yang juga merupakan guru sepenuh masa dapat
mengaplikasikan ilmu baru yang dipelajari dari kursus ini dan seterusnya mengukuhkan
kemahiran mereka.

Matematik

merupakan

salah

satu

mata

pelajaran

yang

dapat

diaplikasikan

penggunaannya dalam kehidupan seharian. Menurut Mohamad Daud Hamzah (1996),


menyatakan bahawa kanak-kanak mempelajari matematik melalui kegiatan seharian
mereka ada beberapa aktiviti yang membantu kanak-kanak memperolehi konsepkonsep awal matematik iaitu aktiviti padanan, penjenisan, dan susunan aturan melalui
perhubungan mereka dengan persekitaran mereka.Proses membuat kaitan matematik
dengan kehidupan harian murid dapat membantu membina pengalaman yang jelas.
Oleh itu, amat bersesuaian jika murid prasekolah belajar matematik melalui pendekatan
belajar sambil bermain.

Selain itu, mengikut Vygotsky (1967) dipetik dari Mok Soon Sang (2010), Main
membantu perkembangan bahasa dan pemikiran. Struktur otak akan membentuk
melalui penggunaan simbol dan alat, ia juga membantu dalam pembentukan ini. Oleh
itu, murid-murid lebih senang dan mudah untuk belajar melalui bermain kerana melalui
bermain murid-murid dapat membentuk struktur otak dan mereka akan lebih senang

Di samping itu untuk memahami sesuatu simbol dan juga kegunaan simbol tersebut.
Hal ini kerana subjek matematik dikenali mempunyai simbol yang banyak.Pendekatan
belajar sambil bermain adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur yang
memberi peluang kepada murid-murid belajar dalam suasana yang menggembirakan
dan bermakna.

Selain

itu,

melalui

pendekatan

belajar

sambil

bermain,

memanipulasikan bahan maujud seperti dadu kad domino

murid

juga

dapat

dan sebagainya dalam

proses pembelajaran. Menurut Lai Kim Leong, Khaw Ah Hong dan Seah Ai Kuan (2001)
menyatakan bahawa murid-murid lebih gemar belajar secara konkrit dengan manipulasi
bahan maujud. Kajian Norma Binti Haji Hassan (2004) mendapati bahawa minat murid
dicetuskan dan rasa bosan dapat dikurangkan melalui penggunaan bahan. Terdapat
tiga jenis permainan yang dijalankan iaitu Kotak, Bermain Guli dan Dadu Ajaib.

Berdasarkan pendapat-pendapat di atas, saya akan cuba mengaplikasikan Kaedah


Pembelajaran dan Pemudahcaraan bagi kemahiran penyelesaian masalah matematik
yang telah dikaji oleh Aida Ibrahim iaitu Meningkatkan Kemahiran Murid Mencongak
Fakta Asas Darab Melalui Pendekatan Permainan Domino

1.0

Abstract Kajian Lalu

Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran


mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9 dalam kalangan murid-murid Tahun 5 Arif
melalui pendekatan permainan DOMINO. Kemahiran mencongak fakta asas darab
merupakan asas yang penting dalam Matematik. Seramai enam orang murid Tahun 5
Arif dan seorang guru penyelidik terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilakukan
melalui pemerhatian, temubual, soal selidik, latihan bertulis dan ujian pra. Hasil tinjauan
menunjukkan murid-murid kurang mahir dalam mencongak fakta asas darab.
Kesukaran mengingat fakta asas darab menyebabkan murid-murid mengambil masa
yang panjang untuk menyelesaikan soalan yang berkaitan pendaraban. Suatu
perancangan tindakan dibuat bagi meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas
darab ini. Sesi bimbingan dijalankan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran
selama empat minggu pada setiap hari Isnin hingga Khamis selama sejam bagi setiap
sesi. Maklumat daripada pemerhatian dan temu bual menunjukkan terdapat
peningkatan dari segi minat, sikap dan pencapaian murid dalam Matematik. Setelah
kajian tindakan dilaksanakan, keputusan ujian pos menunjukkan peningkatan prestasi
murid. Semua murid kumpulan sasaran saya dapat menjawab semua soalan dengan
tepat dan cepat. Secara keseluruhannya, kajian tindakan ini telah dapat meningkatkan
kualiti amalan pengajaran guru dan pembelajaran murid dalam meningkatkan
kemahiran mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9. (Aida Ibrahim, 2006)

Selepas meneliti hasil kajian pengkaji, saya berminat untuk mengaplikasikan kaedah
bermain domino dalam membantu pelajar untuk menguasai fakta asas darab di
kelangan pelajar tahun 5 Amanah di sekolah saya. Saya mendapat maklumbalas dari
rakan sejawat saya yang mengajar kelas tersebut, dimana beliau menyatakan bahawa
murid di kelas tersebut lemah dalam fakta asas darap. Sehubungan dengan itu saya
dan rakan saya Encik Lim Fung Khoon yang merupakan guru matematik yang
berpengalaman ingin mengaplikasikan Kaedah ini ke atas murid 5 Amanah SK Rantau
Panjang demi meningkatkan prestasi mereka selari dengan tugasan MTE 3093E yang
sedang saya laksanakan untuk semester ini.

2.0

Aplikasi Kaedah Kaedah Bermain Domino Dalam Membantu Pelajar Untuk

Menguasai Fakta Asas Darab Di Dalam Pengajaran Matematik

Sebanyak 2 aktiviti telah dirancang untuk membantu meningkatkan kemahiran


mencongak fakta asas darab dalam kalangan murid-murid Tahun 5A. Aktiviti-aktiviti
tersebut ialah:
Aktiviti 1 Permainan Domino Fakta Asas Darab
1. Aktiviti ini merupakan aktiviti berkumpulan yang melibatkan pendekatan dua
dalam satu iaitu belajar dan bermain dalam satu masa.
2. Permainan ini dilaksanakan mengikut konsep permainan domino tetapi dalam
permainan ini padanan adalah kepada soalan fakta asas darab dengan hasil
darabnya atau sebaliknya. Selepas menjalankan aktiviti ini, murid-murid diberi
aktiviti berbentuk individu.
Aktiviti 2 Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab
1. Aktiviti ini merupakan aktiviti bertulis. Murid-murid diberi satu set soalan yang
mengandungi 60 soalan.
2. Soalan Cepat Kira Fakta Asas Darab ini diuji sehingga 9 x 9.
3. Murid-murid dikehendaki menjawab soalan tersebut dalam masa 5 minit.
4. Tempoh masa mereka habis menjawab direkodkan.
Bahan-bahan yang digunakan dalan 2 aktiviti ini adalah:
1.
2.
3.
4.
5.

Buah dadu
Kad-kad Fakta Asas Darab
Kad Permulaan Permainan
Lembaran kerja yang mengandungi 60 soalan Fakta Asas Darab.
Jam

2.1 Lamgkah dan penerangan bagaimana saya mengaplikasikan Kaedah Bermain Domino Dalam Membantu Pelajar
Untuk Menguasai Fakta Asas Darab
2.2 Langkah
2.3 Penerangan
1. Menerangkan cara 1. Guru mengedarkan satu set permainan Domino
bermain

Fakta Asas Darab kepada murid-murid.


2. Guru menerangkan cara bermain
mereka.
a) Murid-murid

dibahagikan

2.6
kepada

kepada

dua

kumpulan. Guru meminta murid meletakkan


kad permulaan di tengah-tengah medan
permainan (Meja)
b) Kad-kad fakta asas darab dibahagikan sama
banyak antara kumpulan. Setiap kumpulan
mendapat 50 keping kad.
c) Ketua kumpulan dikehendaki melontar buah
dadu

bagi

menentukan

giliran

2.4 Gambarajah
2.5

bermain.

Kumpulan yang mendapat bilangan yang


terbesar akan memulakan permainan terlebih
dahulu.
d) Ketua kumpulan yang memulakan permainan
akan membuat padanan kad fakta asas
darab pada hujung kad permulaan tadi.
e) Kemudian giliran akan diambil oleh kumpulan
lawan. Pemain
f) tersebut akan membuat padanan kad pada

2.7
2.8
2.9

00

2.10
2.11
2.12
2.13
2.14

Rajah 2.1.1 Kad Permulaan

Di Atas Medan Permainan (Meja)


2.15
2.16
2.17
2.18
2.19
2.20
2.21
2.22

hujung

kad-kad

yang

tertera.

tersebut diulangi secara bergilir-gilir.


g) Kad-kad boleh diletakkan secara:
I.
melintang sebelah kanan atau kiri
II.
menegak ke atas atau ke bawah.
h) Bagi pemain yang tidak dapat membuat

2.24
2.25
2.26
2.27

padanan yang betul dalam masa 30 saat,

2x 0 00

2.31
2.32

2.1.2 Cara memadankan kad


domino

2.33
2.34

3. Penamat
permainan

yang dapat menghabiskan dahulu kad-kad fakta


asas darab dikira sebagai pemenang manakala
kumpulan lawan dikehendaki terus bermain
sehingga tiada kad di tangan.
2.36

2.35

2.37

3x0

2.30

2.29

lawan.

cara-cara bermain.
1. Murid-murid bermain sehingga tamat. Kumpulan

40

2.28

giliran akan diambil oleh pemain kumpulan

2. Murid bermain kad 1. Murid-murid mula bermain.


2. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator sambil
Domno Bersifir
membantu mereka yang masih tidak memahami

2x4

2.23
12

Langkah

3.1

Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran


2.38
2.39

Daripada sesi pembelajaran dan pemudahcaraan yang dijalankan saya

mendapati Kaedah Bermain Domino Dalam Membantu Pelajar Untuk Menguasai


Fakta Asas Darab ini berkesan untuk 12 orang pelajar Tahun 5 Amanah SK
Rantau Panjang tetapi tidak berkesan untuk 5 orang pelajar yang lain di dalam
kelas tersebu. 12 orang pelajar yang tergolong dalam kalangan pelajar yang
sederhana dan cemerlang dapat dipertingkatkan penguasaan fakta asas mereka
dengan kaedah ini dan dapat diperhatikan hasil dari ujian pra dan ujian pos.
Manakala bagi 5 pelajar lemah fakta asas ini pula didapati tiada perubahan yang
signifikan di dalam ujian pra dan pos yang telah diduduki oleh mereka.
2.40
2.41

Semasa mengaplikasikan kaedah ini saya mendapti ianya mempunyai

kelebihan dimana kita dapat memerhatikan pelajar belajar sambil bermain


dengan seronok dan penuh minat, mereka dapat berinteraksi di antara satu
sama lain sama ada dalam bentuk kerjasama dalam kumpulan mahupun
bersaing dengan kumpulan lain demi kemenangan, berdebat mengenai jawapan,
bersoal jawab dan cabar mencabar. Mereka juga mengaplikasikan pengetahuan
mereka menenai fakta asas darab dengan bersungguh-sungguh semasa
permainan berlangsung.
2.42
2.43

Walaubagaimanapun, kaedah ini mempunyai kelemahan dimana saya

mendapati pelajar yang lemah dalam fakta asas yang pada mulanya
menunjukan minat berubah menjadi pasif apabila mereka memberikan jawapan
salah semasa mengabungkan kad kad domino apabila tiba giliran mereka.
Mereka merajuk dan mengabaikan permainan apabila dipersalahkan oleh rakan
dan dimarahi oleh ketua kumpulan. Keadaan ini merisaukan saya kerana
mungkin kaedah ini jika digunakan secara beterusan tanpa penambahbaikan

dari segi kawalan disiplin kumpulan akan meluluhkan minat pelajar golongan
lemah terhadap fakta asas darab.
2.44

Sebagai seorang guru adalah menjadi tangungjawab kita untuk menegur

dan memberikan nasihat kepada pelajar agar mereka tidak menyinggung


perasaan rakan mereka yang lemah prestasinya di dalam fakta asas tetapi
mereka sepatutnya memberikan dorongan dan bantuan kepada rakan mereka.
Guru-guru matematik boleh menambahbaik kaedah ini dengan menambahkan
undang-undang d dalam permainan seperti menggunakan sistem pemarkahan
berbanding sistem kumpulan yang habis kad awal sebagai pemenang. Markah
bagi pelajar yang lemah boleh diberikan lebih tinggi berbanding pelajar yang
sederhana bagi menggalakkan rakan-rakan menyokong dan membantu
golongan yang lemah ini. Dengan cara ini ahli kumpulan akan lebih
bekerjasamadn bantu-membantu di samping memberikan hasil yang lebih
menyeluruh.
2.45
2.46
2.47
2.48
2.49
2.50
2.51
2.52
2.53
2.54
2.55

2.56
2.57
2.58
2.59

4.0 Refleksi Keseluruhan Tugasan

2.60

Segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah S.W.T di atas nikmat dan

kurnianya akhirnya saya dan rakan seperjuangan telah dapat menyelesaikan


segala kehendak tugasan MTE 3093E yang telah diamanahkan oleh pensyarah
pembimbing kami Encik Panting anak Belubau yang telah banyak membimbing
dan membantu kami di sepanjang kursus ini. Banyak pengetahuan dan
kemahiran baru yang dapat saya dan rakan-rakan telah perolehi dari pengisian
kursus ini dan diharap ianya dapat membantu kami di dalam menjalankan tugas
sebagai guru di sekolah.
2.61
2.62

Banyak dugaan dan cabaran yang telah saya tempuhi sepanjang proses

menyiapkan tugasan ini. Antaranya ialah kekangan masa yang perlu


dibahagikan diantara kerjaya sebagai guru, pelajar PPG dan seorang ketua
keluarga. Bebanan tugas guru di sekoalh dengan pelbagai program di luar bilik
darjah, tugasan-tugasan kursus PPG dan tanggungjawab sebagai seorang
suami dan bapa memerlukan saya untuk membahagikan masa dengan bijak dan
efektif agar tidak berlaku pembaziran masa, dan tiada kerja tertangguh atau
tanggungjawab yang terabai. Mujurlah dengan adanya seorang isteri yang
memahami tugas serta bebanan dan sentiasa memberikan galakan kepada diri
saya untuk terus berusaha dalam pelajaran kerjaya dan kehidupan bekeluarga.
2.63
2.64

Proses

mengumpul

maklumat

bagi

keperluan

tugasan

ini

juga

memerlukan saya untuk meluangkan banyak masa dan belanja kerana agak
sukar untuk mendapatkan sumber rujukan di perpustakaan berdekatan

memandangkan kawasan tempat tinggal saya yang agak jauh untuk mengakses
maklumat dari perpustakaan di IPG. Sumber rujukan di internet dalam bahasa
melayu pula agak terhad dan bahan dalam bahasa inggeris pula memerlukan
penguasaan

bahasa

inggeris

untuk

menterjemahkannya.

Sebagai

penyeleaiannya saya dan rakan-rakan berkongsi maklumat mengenai tugasan


dengan memanfaatkan laman sosial sebagai medium untuk bertukar-tukar
bahan rujukan idea dan pendapat bagi menyelesaikan setiap tugasan yang
diberi.
2.65

Banyak perkara baru yang saya perolehi daripada proses menyelesaikan

tugasan ini seperti kaedah-kaedah pengajaran matematik hasil dari proses


pembacaan dan pengumpulan maklumat mengenai abstract kajian lepas
berkenaan strategi kaedah dan pendekatan pengajaran matematik sekolah
rendah. Terdapat pelbagai kaedah baru hasil kajian guru-guru dan bakal guru
matematik yang berguna dan boleh kita aplikasikan dan disesuaikan dalam
pengajaran matematik di dalam kelas.
2.66
2.67

Disamping itu, saya juga mendapati bahawa dengan mencuba kaedah

kaedah yang telah dikaji ini juga kita dapat mengesan kelebihan dan kelemahan
kaedah tersebut dan membuat penambahbaikan dan menyesuaikannya dengan
keadaan pelajar kita agak keberkesanannya dapat dipertingkatkan. Contohnya
semasa mengaplikasikan Kaedah Bermain Domino Dalam Membantu Pelajar
Untuk Menguasai Fakta Asas Darab pada pelajar Tahun 5 Amanah di sekolah
saya, saya mendapai iananya hanya berkeesan bagi murid yang berprestasi
sedehana dan cemerlang sahaja. Sikap semulajadi pelajar yang suka bersaing
dan ingin menang di dlaam pertandingan telah menyebabkan mereka
mengenepikan perasaan rakan mereka yang lemah dalam fakta asas. Kesannya
pelajar yang lemah hilang minat dan fokus mereka semasa sesi permainan dan
tidak dapat mengasah pengetahuan mereka dalam kemahiran fakta asas darab
melalui permainan tersebut.

2.68
2.69

Hasil dari tugasan ini juga saya menyedari bahawa guru-guru perlu kreatif

dan novatif dalam merancang pengajaran, memilh strategi, pendekatan, kaedah


dan teknik yang sesuai digunakan di didalam pengajaran mereka bersesuai
dengan topik dan kemahiran matematik yang ingin dibna pada diri pelajarnya.
Proses pembelajaran yang bermakna dan menyeronokan dapat menarik minat,
membina motivasi serta meningkatkan prestasi pelajar di dalam matapelajaran
matematik yang biasanya dianggap sebagai matapelajaran yang membosankan
dan kurang digemari oleh pelajar bumiputera.
2.70

Hasil dari kursus ini juga saya menyedari masih begitu banyak aspek

yang lemah pada diri saya dari segi pedaggi matematik. Walaupun saya
merupakan seorang guru sains dan tidak pernah mengajar matapelajaran
matematik, tetapi itu bukanlah alasan untuk saya tidak mengambil tahu
mengenai pedagogi matapelajaran yang penting dan berkaitan dengan sains ini.
Saya berharap dengan adanya ilmu baru ini saya dapat mengaplikasikanya di
dalam tugas harian sebagai seorang guru agar dapat menjadi guru yang lebih
flesibel dan sedia mengalas tanggungjawab mengajar apa-apa subjek di
sekolah.
2.71
2.72
2.73
2.74
2.75
2.76
2.77
2.78

2.79
2.80
2.81
2.82
2.83
2.84
2.85
2.86

Rujukan

2.87

LAMPIRAN

i)
ii)

Borang pencerapan

Anda mungkin juga menyukai