Anda di halaman 1dari 3

PEngetahuan Asas Dalam PSV

PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL


-Pendidikan Seni visual di sekolah rendah menjurus kepada seni
tampak-bidang
Melukis dan membuat gambar
Membuat rekaan
corak
Membentuk dan membuat binaan
Kraf tradisional
Estetika dalam Pendidikan Seni Visual
(a) Peniruan (menterjemah secara langsung objek) sebagai
Representasi Gambar dan Imej
(b) Ekspresi dalam Perasaan dan Emosi sedih , gembira
(c) Menggunakan Kaedah Formalistik - penguasaan unsur-unsur
seni seperti garisan, warna, ruang, jalinan, bentuk, dan rupa.
(d) Keaslian- keunggulan idea atau gagasan
Unsur Seni
(a) Garisan
(b) Warna-Warna terdiri daripada;
1. Warna asas - biru, merah dan kuning
2. Warna sekunder- kuning dicampur biru=hijau. Merah dicampur
biru = ungu , kuning dicampur merah = oren
3. Warna tertier- Warna asas + warna sekunder.
(c) Jalinan-Jalinan ialah kesan yang terdapat pada sesuatu
permukaan objek sama ada kasar, halus, kesat dan sebagainya.
Jalinan wujud secara semulajadi atau dari buatan manusia. Jalinan
yang wujud secara semulajadi mempunyai fungsi yang tersendiri
dari ciptaan Yang Maha Kuasa.
Jalinan terbahagi dua jenis:
(i) Jalinan tampak
(ii) Jalinan sentuh
(d) Rupa-cantuman antara dua hujung garisan iaitu permulaan
garisan dan penghujung garisan. rupa organik (garisan luaran
yang berbagai) dan rupa geometri(bentuk yang khusus)
(e) Bentuk-Bentuk secara mudahnya mempunyai isipadu
(i) Bentuk ilusi (maya)- dalam bentuk gambar, catan, foto,
illustrasi- dalam bentuk dua dimensi
(ii) Bentuk konkrit- bersifat tiga dimensi, maujud, berisipadu atau
berjisim dan mempunyai ton, warna, jalinan dan ruang bersifat
tiga dimensi, maujud, berisipadu atau berjisim dan mempunyai
ton, warna, jalinan dan ruang
(f)Ruang merupakan kawasan di antara atau kawasan di

sekeliling objek

Prinsip rekaan terdiri daripada;


Harmoni- situasi yang selesa
Penegasan- menarik perhatian si pemerhati
Imbangan- agihan ruang dari segi kedudukannya
Kontra- percanggahan atau perlawanan dengan ciri-ciri
Pergerakan- sebagai kekuatan imej gambar itu
Kesatuanmenimbulkan suatu tema atau keseragaman pendapat
Kepelbagaian- kombinasi dari pelbagai gagasan, nilai dan
pesembahan
Anda mungkin juga meminati:

PEngetahuan Asas Dalam PSV

Asas Seni Reka dalam PSV

Asas Seni Reka dalam PSV

Bahasa Tampak
LinkWithin

Posted by artventureIPGM at 10:41:00 PM No comments:


Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Reactions:

P&P dalam PSV


P&P DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL
P&P dalam mata pelajaran PSV di sekolah dapat mewujudkan kemampuan pelajar untuk
menguasai dan mengembangkan kemahiran mereka dalam beberapa aspek. Di antaranya
ialah;
A. PENGAMATAN
Menurut Md. Nasir Ibrahim dan Iberahim Hassan (2003) bahawa mata pelajaran PSV
dalam meningkatkan sifat pengamatan yang istimewa. Kemampuan pengamatan ini boleh
dibahagikan kepada 4 kemampuan iaitu:a. Mendapatkan Ilmu Pengetahuan
Melalui pengamatan kita mengetahui sesuatu kerana ia melibatkan objek atau imej yang
dilihat akan memberikan kita maklumat yang baru ketika berfikir atau meneroka seterusnya
memanipulasikan karya kepada bentuk visual yang baru.
b. Menyelesaikan Masalah
Melalui proses pengamatan yang berlaku terhadap pelajar dapat menyelesaikan masalah
sesuatu perkara dalam penghasilan karya dalam memahami tema atau persoalan yang
hendak disampaikan.

c. Menggambarkan Proses
Kepekaan terhadap pengamatan akan mengukuhkan lagi pemikiran pelajar melakukan
sesuatu karya seni yang sistematik berasaskan kepada asas seni reka sebagai fokus
utama.
B. KOGNITIF
Kognitif merupakan satu proses pemikiran minda dalam mendapatkan ilmu, menyimpan,
mengingat dan menggunakannya. Kekuatan kognitif dapat mempengaruhi pelajar
mengetahui dan memahami serta memperolehi maklumat apabila mereka berinteraksi
dengan persekitarannya. Keupayaaan kognitif ini akan memberikan satu ruang intelek
pelajar yang baru apabila wujudnya rangsangan pengetahuan sedia ada dengan situasi
persekitaran atau maklumat yang baru melalui proses penilaian. Keadaan sedemikian akan
menggalakkan proses pembelajaran pelajar sama ada secara langsung atau tidak
langsung.
C. KREATIVITI
Dalam meningkatkan potensi kreativiti pelajar, ciri-ciri kreativiti yang digunakan merujuk
kepada Avril (2002) yang menekankan konsep kreativiti dalam penghasilan karya adalah
seperti berikut:a. Perkembangan idea - menggalakkan membuat andaian dan imaginasi, meneroka da
mempersembahkan berbagai idea.
b. Mewujudkan perhubungan - menggalakkan persaingan dalam membangunkan idea dan
projek melalui perhubungan yang sempurna dengan maklumat, sumber dan masyarakat.
c. Penciptaan dan penghasilan - membuat penumpuan terhadap penghasilan yang
bermakna dan bergaya dengan memanipulasi pelbagai media.
d. Bekerjasama - bekerjasama dengan cara yang dinamik dalam pelbagai peringkat untuk
membina dan berkongsi pengetahuan bagi mendapatkan hasil kerja yang sempurna.
e. Komunikasi dan penilaian - mempamerkan hasill kerja dengan tujuan untuk aktiviti
apresiasi dan dinilai oleh peminat seni atau masyarakat.
Anda mungkin juga meminati:

Anda mungkin juga menyukai