Anda di halaman 1dari 6

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR
2.0

Pengenalan

Kajian tindakan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menulis atau membina
ayat yang gramatis berpandukan gambar atau bahan rangsangan yang merupakan sebahagian
daripada kandungan soalan dalam Kertas 2 Penulisan Bahasa Melayu UPSR (012). Secara
umumnya kajian ini adalah berkaitan dengan Bahagian A iaitu membina ayat yang lengkap.
Kajian ini dibuat berdasarkan permasalahan dalam

pembelajaran dan

pencapaian

murid

khasnya murid-murid di Tahap 2 iaitu Tahun 4, 5 dan 6.

2.1

Teori

Hukum Latihan Thorndike (1906) ada menyatakan bahawa, pertalian antara rangsangan dan
gerak balas akan bertambah kukuh jika latihan, aplikasi serta aktiviti pengukuhan diberikan.
Hukum ini telah diterapkan dalam penggunaan teknik SADAM secara latih tubi.
Menurut Teori Pembelajaran Gagne pula (1974), terdapat susunan urutan pelbagai kemahiran
kecerdasan dan tiap-tiap satunya adalah syarat mutlak untuk menguasai sesuatu kemahiran
sebelumnya. Kemahiran kecerdasan pertama dalam pembelajaran diskriminasi iaitu membezakan
simbol-simbol. Setelah menguasai kemahiran ini, barulah dapat membentuk konsep. Dalam
pembelajaran konsep, murid mestilah membuat diskriminasi antara unsur, kemudian mengelas
dan membahagikan unsur itu dalam kumpulan untuk membentuk hukum. Oleh itu kemahiran
kecerdasan membolehkan seseorang mengetahui bagaimana hendak melakukan sesuatu tindakan
dan bukan hanya semata-mata mengetahui apa keadaan yang wujud. Ini bermakna kemahiran
kecerdasan meliputi pelbagai unit maklumat berbahasa seperti fakta, tarikh, simbol dan huraian
serta kebolehan menggunakan maklumat itu.

Teori Pembelajaran Gagne telah diterapkan dalam menghasilkan

rumus atau dalam teknik

SADAM. Di mana murid perlu tahu membezakan simbol atau huruf S, A, D, A, M


untuk membentuk konsep. Setelah memahami konsep ini, barulah murid dapat mengetahui
bagaimana untuk membina ayat yang gramatis berpandukan gambar atau bahan rangsangan yang
diberi.

2.2

Model

Inovasi yang digunakan hanyalah melalui teknik membina ayat berdasarkan bahan grafik iaitu
Teknik SADAM. Dalam melaksanakan inovasi ini, beberapa model telah digunakan seperti
Model Sim dan Model Pengajaran Asas. Berikut merupakan perincian tentang model digunakan
dalam pengajaran dan pembelajaran membina ayat gramatis:

2.2.1

Model Sim

Dalam Model sim terdapat empat unsur penting dalam pengajaran iaitu guru, murid, isi pelajaran
dan objektif pengajaran. Unsur-unsur tersebut boleh berinteraksi antara satu sama lain seperti
dalam rajah berikut:

Rajah 1: Model Sim

Dalam membuat persediaan pengajaran, model sim mengandungi elemen-elemen guru, objektif
dan isi pelajaran. Ia perlu dititikberatkan dengan mengambil kira objektif yang hendak dicapai
dan isi pelajaran yang sesuai seperti rajah di bawah:

Rajah 2: Persediaan untuk Pengajaran Guru


Murid menjadi fokus dalam pencapaian objektif pembelajaran. Dalam menentukan objektif dan
isi pelajaran, fakta murid seperti kebolehan dan pengetahuan sedia ada mereka perlu diambil
kira. Isi pelajaran termasuk media dan teknik digunakan untuk penyampaian isi pelajaran itu. Isi
pelajaran ditentukan oleh guru setelah mengambil kira
tentang kebolehan murid. Dalam setiap pengajaran, objektif dinilai dari segi pencapaian murid
sementara guru dapat menggunakannya untuk memperbaiki pengajarannya. Model Sim

berfaedah kepada saya kerana dapat membantu dalam merancang pengajaran dengan mengambil
kira unsur-unsur penting seperti menentukan bahan, cara mengajar dan membuat penilaian.

2.2.2

Model Pengajaran Asas Glaser

Model ini dikemukakan oleh Robert Glaser (1962). Model ini dianggap sebagai model asas yang
dapat menggambarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Model Glaser membahagikan proses
pengajaran kepada empat bahagian seperti dalam rajah berikut;

Rajah 3: Model Pengajaran Asas Glaser


Mengikut model Rajah 3 proses pengajaran bermula dengan guru menentukan objektifnya.
a.

Objektif Pengajaran

Objektif pengajaran ialah perlakuan yang hendak dicapai murid setelah mengikuti sesuatu
pengajaran. Ia merupakan pernyataan tentang perlakuan murid yang dapat diperhatikan dan dapat
diukur setelah langkah pengajaran dijalankan. Pernyataan yang jelas tentang perlakuan murid
yang hendak dicapai membolehkan guru merancang langkah-langkah pengajaran dan membuat
penilaian ke atas keberkesanan pengajarannya.

b.

Tingkah Laku Sedia Ada

Tingkah laku sedia murid merujuk kepada pengetahuan, kemahiran atau sikap yang sudah ada
pada seseorang murid. Penentuan tingkah laku sedia ada murid membolehkan guru menilai sama
ada objektif yang telah dirancang itu sesuai atau tidak. Sesuatu pembelajaran baru akan menjadi
lebih bermakna sekiranya dikaitkan dengan pengalaman sedia ada murid, kebolehan serta minat
mereka.

c.

Prosedur Pengajaran

Bahagian ini menerangkan tentang proses pengajaran. Prosedur pengajaran berbeza mengikut
objektif pengajaran yang hendak dicapai. Bahan pengajaran dan alat bantu mengajar dipilih
supaya sesuai dengan objektif pengajaran. Kaedah mengajar yang sesuai hendaklah dirancang
supaya isi pelajaran dapat disampaikan dengan berkesan. Aktiviti pengajaran seperti memberi
keterangan, menyoal, merangsang, menarik perhatian dilaksanakan di peringkat ini. Murid juga
terlibat dengan aktiviti pembelajaran seperti memerhati, menumpukan perhatian , berbincang dan
menyelesaikan masalah.

d.

Penilaian Prestasi

Pada peringkat ini, pemerhatian dan ujian-ujian dijalankan untuk menyemak setakat mana pelajar
telah mencapai objektif pengajaran. Dengan adanya penilaian, guru mendapat maklum balas
tentang hasil pengajarannya. Sekiranya penilaian menunjukkan
bahawa murid tidak mencapai tahap yang memuaskan, maka guru perlu menyemak kembali
setiap komponen dalam modul pengajaran di atas. Jika perlu komponen yang didapati kurang
tepat dan sesuai perlu dikaji atau diubah suai. Contohya, kaedah pengajaran kuliah dalam
pembelajaran tidak difahami murid, maka guru perlu menukarnya kepada kaedah perbincangan
atau lain-lain yang memudahkan murid menguasai isi pelajaran.

Kekuatan model Glaser ini boleh dijadikan panduan asas bagi guru dalam tugas mengajarnya.
Bagaimanapun, model ini boleh mejadi lebih bermakna sekiranya ditambah dengan
interaksi guru-pelajar dan
tertentu.

unsur

langkah-langkah pemulihan sekiranya perlu bagi murid-murid