Anda di halaman 1dari 28

TAJUK 2 :

EVOLUSI PERKEMBANGAN PENDIDIKAN


TEKNIK DAN VOKASIONAL

Hasil Pembelajaran:

Diakhir pembelajaran tajuk ini, pelajar dapat:

Menerangkan sejarah perkembangan PTV


seawal pengajian pondok, zaman
penjajahan sehingga ke era kemerdekaan;

Menghuraikan akta-akta yang berkaitan


dengan PTV;

Menyatakan laporan-laporan/kajian
pendidikan yang berkaitan dengan sistem
pendidikan di Malaysia secara umumnya ;

Kerangka Konsep Tajuk 2

Evolusi
Perkemban
gan PTV

Sejarah Perkembangan
PTV

Akta-akta / Laporan
Pendidikan yang berkaitan
dengan PTV

Sejarah Perkembangan PTV

Perkembangan PTV secara global:

Sejarah perkembangan PTV secara global bermula daripada


revolusi perindustrian Perancis pada awal tahun 1800-an.

Pada ketika itu, kajian dijalankan untuk menghasilkan ciptaan baru


untuk keperluan peperangan.

Seterusnya ia berkembang ke seluruh dunia daripada Negaranegara Eropah dan terus berkembang ke Negara Timur yang
dibawa oleh penjajah.

Sejarah Perkembangan PTV (samb..)

Perkembangan PTV di Malaysia:


Terbahagi 4 fasa:
1. Sebelum Perang Dunia Kedua (1900 1940)
2. Semasa Pendudukan Jepun (1941 -1945)
3. Selepas Perang Dunia Kedua (1945 1960)
4. Tahun 1960 - sekarang

Sejarah Perkembangan PTV di Msia


[Fasa 1 : Sebelum Perang Dunia Ke2 (1900-1940)

Tahun

Perkembangan
PTV

Catatan

1906

Sekolah teknik
di bina

Untuk melatih juruteknik JKR & KTM

19261934

Empat buah Sekolah


Ketukangan didirikan

Untuk pelajar yang lemah dalam akademik


Asas kemahiran bagi persediaan pekerjaan

Penempatan
sekolah-sekolah
pertukangan ini
dibina
Kuala Lumpur,
Pulau Pinang,
Johor Bahru dan
Ipoh

Kursus selama tiga tahun


- Bidang-bidang mekanik am, elektrik dan
pertukangan kayu peringkat asas.
- Bidang dan kursus kurang dapat sambutan

Sejarah Perkembangan PTV di Msia


[Fasa 2 : Semasa Perang Dunia Ke2 (1941-1945)

Tahun
1941 1945

Perkembangan
PTV
Fasa pendudukan
Jepun di Malaysia.

Catatan
Tiada rekod rasmi tentang perkembangan TVET
pada fasa ini
Diketahui kursus bercorak teknik diperkenalkan di
Sekolah Teknik dan Sekolah Ketukangan

Sejarah Perkembangan PTV di Msia


[Fasa 3 : Selepas Perang Dunia Ke2 (1946-1960)

Tahun

Perkembanga
n PTV

Catatan

1957

Era-kemerdekaan

Setelah Tanah Melayu merdeka, para pemimpin terus


berusaha menyusun satu pendidikan kebangsaan
untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum bagi
membina satu kebangsaan mencapai integrasi
nasional melalui pendidikan

1957 1960

Laporan Razak
1956
Lapan buah
Sekolah
Ketukangan Luar
Bandar di bina
dengan nama
Sekolah Lanjutan
Kampung

TVET diserap dan keutamaan dalam sistem


pendidikan
Antara objektif penubuhan sekolah ini adalah :
a) Melahirkan tenaga kerja separa mahir untuk IKS
b) Memenuhi kehendak ibu bapa (yg mahu
pendidikan teknik)
c) Memenuhi kehendak Laporan Razak (1956) dan
Laporan Rahman Talib (1960) Sistem
Pendidikan Aneka Jurusan (Comprehensive
Education System)

Sejarah Perkembangan PTV di Msia


[Fasa 4 : Selelpas Kemerdekaan (selepas 1960an)

Tahun

Perkembangan PTV

Catatan

Tahun
1960an

Sekolah Pelajaran Lanjutan


diperkenalkan untuk
menyediakan tempat bagi
pelajar yang gagal
peperiksaan Malayan
Secondary School Entrance
Examination.

Sekolah Lanjutan dikatakan kurang kerana


kekurangan kemudahan kelengkapan
bengkel.
Rentetan dari itu maka pendidikan bertukar
menjadi Sistem Pelajaran Aneka Jurusan
pada tahun 1965.

1965

Kesemua 19 buah Sekolah


Lanjutan Kampung telah
dijadikan Sekolah Menengah
Rendah untuk melaksanakan
Sistem Pendidikan Aneka
Jurusan

Sistem Pendidikan Aneka Jurusan


menawarkan mata pelajaran Seni
Perusahaan sebagai mata pelajaran pilihan.

Sejarah Perkembangan PTV di Msia


[Fasa 4 : Selelpas Kemerdekaan (selepas 1960an)

Tahun
1965

Perkemban
gan PTV
Sistem
Pendidikan
Aneka Jurusan

Catatan
Ciri ciri:
Semua pelajar diberi 9 tahun pendidikan - 6 tahun pendidikan
sekolah rendah dan 3 tahun pendidikan sekolah menengah
rendah dan 1 tahun dalam kelas peralihan jika perlu.
Kenaikan darjah selepas 6 tahun pendidikan rendah secara
automatik dan diberi pendidikan lanjutan selama 3 tahun sebagai
tingkatan peralihan, tingkatan 1, 2 dan 3 tanpa perlu menduduki
sebarang peperiksaan.
Dari tingkatan 1 hingga 3, pelajar diberi pendidikan am dan
pendidikan pra vokasional di mana mereka perlu mengikuti satu
mata pelajaran teras dan satu mata pelajaran pravokasional,
sama ada mata pelajaran Sains Pertanian atau Pengajian
Perdagangan atau Sains Rumahtangga (pelajar perempuan)
atau Seni Perusahaan (pelajar lelaki).
Selepas 9 tahun di bangku sekolah, pelajar akan menduduki Sijil
Rendah Pelajaran (SRP) untuk membolehkan mereka
meneruskan pelajaran sama ada dalam pendidikan akademik,
teknik atau vokasional berdasarkan keputusan SRP.

Sejarah Perkembangan PTV di Msia


[Fasa 4 : Selelpas Kemerdekaan (selepas 1960an)

Tahun

Perkembangan PTV

Catatan

1968

Ekoran Sistem Pendidikan Aneka


Jurusan

Selepas SRP, pelajar ke tingkatan


empat dua aliran :
a) Pendidikan am dan teknikal
b) Pendidikan Vokasional

1965 1968

Beberapa SMT telah dibina di Pulau


Pinang, Kuantan dan Kuala Lumpur

1969

Sebuah Politeknik di bina di Ipoh

1972 1973

Enam lagi Sekolah Vokasional dibina

1980

Jumlah SMT 9 ; SMV 24 &


Politeknik 2

Permintaan bagi pendidikan ini


semakin mencabar kerana kos
pembinaan sesebuah SMV sahaja
menelan belanja antara 16 hingga
20 juta ringgit. Sedangkan
pembinaan sebuah politeknik di
anggarkan berjumlah tiga atau
empat kali ganda.

1988

Jumlah SMT 9 ; SMV 46 &


Politeknik 5

1989 1990

Jumlah SMT 9 ; SMV 68 &


Politeknik 7

CIRI-CIRI DAN KEPENTINGAN


PTV
TAHUN
1. 1897-1952
Kolonial British

Ciri-ciri TVET
a) Dilaksanakan secara kecil-kecilan dan kurang sistematik.
b) Bertujuan untuk meningkatkan taraf kemahiran masyarakat
Melayu. Pelatih akan berkhimat kepada pihak kolonial atau
kerja sendiri.
c) Sasaran pelatih ialah orang dewasa.
d) Bidang yang diutamakan ialah pembinaan landasan keretapi,
pertanian dan sains rumahtangga.
e) Pembekal PTVialah kerajaan.

2. 1952 1978
Awal Kemerdekaan

a) Dilaksanakan secara sistematik dan besar-besaran.


b) Bertujuan untuk melatih tenaga mahir yang cukup untuk
keperluan agensi- agensi kerajaan.
c) Sasaran utama pelatih ialah pelajar sekolah menengah.
d) Merangkumi semua bidang industri utama.
e) Pembekal PTV ialah kerajaan.

CIRI-CIRI DAN KEPENTINGAN


PTV
Tahun
3. 1979 2010
Pembangunan
Perindustrian

Ciri-ciri TVET
a) Dilaksanakan secara sistematik dan besar-besaran.
b) Bertujuan untuk melatih tenaga mahir yang cukup untuk
keperluan syarikat-syarikat swasta dan kerajaan.
c) Sasaran utama pelatih ialah pelajar sekolah menengah dan
pekerja yang tidak mahir.
d) Merangkumi semua bidang industri utama termasuk hospitaliti.
e) Pembekal PTV ialah kerajaan dan swasta.

Akta-akta Pendidikan yang berkaitan dengan PTV

Akta

Catatan / Perkembangan PTV

Jawatankuasa LEMON
(1918)

Sekolah Teknik Treacher > Maktab


Teknik > Institut Teknologi Kebangsaan >
UTM

Jawatankuasa WINSTEDT
(1925)

Sekolah Ketukangan
Tidak mendapat sambutan dan Sindrom
Kolar Biru

Laporan-laporan
Pendidikan
Laporan

Dapatan

Syor

Laporan
Barnes (1950)

Disediakan pada tahun


1951 oleh L.J. Barnes.
Laporan ini disediakan
dengan tujuan untuk
menyiasat kedudukan dan
memperbaiki pendidikan
orang Melayu.

Terdapat beberapa cadangan di dalam


Laporan Barnes ini, iaitu:
Dua jenis sistem sekolah hendaklah
ditubuhkan.
Satu jenis sekolah menggunakan
bahasa Melavu sebagai bahasa
pengantar.
Pelajaran bahasa Cina & Tamil akan
disediakan jika terdapat 15 orang
murid atau lebih yang ingin
mempelajari bahasa ibunda mereka.
Bahasa Melayu wajib diajar di
sekolah Inggeris dan bahasa lnggeris
wajib diajar di sekolah Melayu.

Laporan-laporan
Pendidikan
Laporan

Dapatan

Syor

Laporan
Barnes (1950)
(samb)

Syor tambahan dalam


Laporan Barnes

Terdapat beberapa syor


tambahan di dalam Laporan
Barnes.
Sekolah dwibahasa diadakan
dan bahasa pengantar yang
digunakan ialah bahasa
Inggeris dan bahasa Melayu.
Sekolah-sekolah vernakular
dalam bahasa Melayu, Cina
dan Tamil ditukarkan kepada
sekolah kebangsaan. Di
mana sekolah-sekolah ini
akan menggunakan bahasa
kebangsaan, iaitu bahasa
Melayu.

Laporan-laporan
Pendidikan
Laporan

Dapatan

Syor

Laporan FennWu (1951)

Diketuai oleh Dr. Fenn


(Setiausaha Kerja
Bersekutu - Negara China)
dan Dr. Wu (Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu).
Mengkaji semula Laporan
Barnes serta melayan
kehendak masyarakat Cina
yang menganggap laporan
tersebut bertujuan
menghapuskan bahasa
dan budaya orang Cina.
Terdapat beberapa
cadangan yang dibuat,
kemudiannya menjadi asas
kepada Ordinan Pelajaran
(1952)

Terdapat beberapa syor di dalam


Laporan Fenn-Wu.
Antaranya ialah:
Sekolah vernakular dibenarkan
berfungsi dan menggunakan tiga
bahasa, iaitu Melayu, Cina dan Tamil,
dan bahasa kebangsaan juga
diadakan.
Sekolah-sekolah aliran jenis
kebangsaan (Inggeris) dikekalkan.
Sekolah-sekolah vokasional teruss
dikembangkan untuk menampung
keperluan tenaga pekerja mahir yang
diperlukan untuk pembangunan
negara.

Laporan-laporan
Pendidikan
Laporan

Dapatan

Syor

Ordinan
Pelajaran
(1952)

Sebuah jawatankuasa telah


ditubuhkan oleh kerajaan
British untuk mengkaji
Laporan Barnes dan FennWu.
Laporan jawatankuasa ini
dikenali sebagai Ordinan
Pelajaran (1952).

Sekolah Kebangsaan - corak sistem


persekolahan kebangsaan, iaitu
Sekolah vernakular Cina dan Tamil
tidak diterima sebagai sistem
persekolahan kebangsaan.
Bahasa Cina dan Tamil diajar sebagai
bahasa ketiga.
Walau bagaimanapun, Ordinan
Pelajaran (1952) ini tidak menjadi
kenyataan disebabkan masalah
kewangan.

Laporan-laporan
Pendidikan
Laporan

Matlamat

Syor

Penyata
Razak
(1956)

Menteri Pelajaran ketika


itu Y.B. Dato' Tun Abdul
Razak Hussein
menubuhkan
Jawatankuasa Pelajaran
dan mengesyorkan
beberapa perubahan
dalam sistem
pendidikan dan laporan
ini dikenali sebagai
Penyata Razak (1956).
Cadangan-cadangan
dalam penyata tersebut
telah dimaktubkan
dalam Ordinan
Pelajaran 1957

Tujuan Penyata Razak adalah: Menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa


Kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa
pengantar di sekolah
Mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina
dan India sebagai satu rumpun bangsa di Tanah
Melayu
Mengembangkan sistem pendidikan agar jurang
perbezaan antara kaum dapat dikurangkan
Menyediakan kemudahan pendidikan yang
mencukupi untuk melahirkan masyarakat yang
berdisplin, terlatih, liberal dan progresif.
Mewujudkan sistem pengurusan pendidikan yang
lebih cekap dan berkesan
Mewujudkan masyarakat yang bertoleransi,
berdisplin, terlatih , lieral dan progresif
Memenuhi keperluan negara yang merdeka dan
memperkembangkan sistem pendidikan

Laporan-laporan
Pendidikan
Laporan

Dapatan

Syor

Penyata
Razak
(1956)

Hasil kajian
jawatankuasa ini
terkandung
dalam Laporan
Razak yang
dikemukakan
pada bulan April
1956

A. Sekolah Rendah
a. Sekolah rendah dibahagikan kepada Sekolah
Rendah Kebangsaan (SRK) yang menggunakan
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan
Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK)
yang menggunakan Bahasa Inggeris, Cina dan
Tamil sebagai bahasa pengantar.
b. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris merupakan
matapelajaran wajib.
c. Murid keturunan Cina dan Tamil di sekolah
aliran Inggeris diberi peluang mempelajari
bahasa ibundanya jika ada 15 orang atau lebih
murid ingin belajar.
d. Guru-guru mestilah mempunyai Sijil Sekolah
Menengah Rendah dan mendapat latihan
sepenuh masa setahun dan separuh masa 2
tahun.

Laporan-laporan
Pendidikan
Laporan

Dapatan

Syor

Penyata
Razak
(1956)

Hasil kajian
jawatankuasa ini
terkandung
dalam Laporan
Razak yang
dikemukakan
pada bulan April
1956

B. Sekolah Menengah
a. Sekolah menengah dibahagikan kepada 3
peringkat iaitu sekolah menengah rendah (3
tahun), sekolah menengah atas (2 tahun) dan
pra-U (2 tahun).
b. Satu jenis sekolah menengah sahaja yang
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai
matapelajaran wajib.
c. Terbuka kepada semua kaum dan
menggunakan sukatan yang sama.
d. Bagi memasuki sekolah menengah, mesti lulus
peperiksaan memasuki sekolah menengah.

Laporan-laporan
Pendidikan
Laporan

Dapatan

Syor

Penyata
Razak
(1956)

Hasil kajian
jawatankuasa ini
terkandung
dalam Laporan
Razak yang
dikemukakan
pada bulan April
1956

C. Sistem peperiksaan
a. Sekolah Menengah Rendah.
Peperiksaan di peringkat Tingkatan 3
(peperiksaan bersama) dan mesti lulus Sijil
Rendah Pelajaran (SRP/LCE) bagi memasuki
sekolah menengah atas.
b. Sekolah Menengah Atas.
Peperiksaan bersama di Tingkatan 5 untuk
memperolehi Sijil Persekutuan Tanah Melayu
yang sama taraf dengan Cambridge Overseas
Certificate.
c. Pra-U
Peperiksaan di Pra-U tahun kedua untuk
memperolehi Sijil Tinggi Pelajaran (STP/HSC)
untuk memasuki universiti.

Laporan-laporan
Pendidikan
Laporan

Dapatan

Syor

LAPORAN
RAHMAN
TALIB
(1960)

Pada tahun 1959,


Jawatankuasa
Penyemak Pelajaran
ditubuhkan bagi
mengkaji semula
perlaksanaan
Laporan Razak dan
langkah-langkah bagi
mewujudkan satu
sistem pendidikan
kebangsaan.
Jawatankuasa ini
diketuai oleh Abdul
Rahman bin Haji
Talib.

A. Bahasa kebangsaan
a. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa
pengantar di sekolah rendah, sekolah
menengah dan institusi pengajian tinggi.
b. Peperiksaan awam diadakan dalam Bahasa
Melayu.
c. Semua calon mesti lulus Bahasa Melayu
sebelum masuk ke sekolah menengah.
B. Kelas peralihan
Kelas peralihan diadakan bagi pelajar dari
SRJK(C) dan SRJK(T) yang ingin bertukar ke
sekolah menengah aliran Melayu atau Inggeris.

Laporan-laporan
Pendidikan
Laporan

Dapatan

Syor

LAPORAN
RAHMAN
TALIB
(1960)

Pada tahun 1959,


Jawatankuasa
Penyemak Pelajaran
ditubuhkan bagi
mengkaji semula
perlaksanaan
Laporan Razak dan
langkah-langkah bagi
mewujudkan satu
sistem pendidikan
kebangsaan.
Jawatankuasa ini
diketuai oleh Abdul
Rahman bin Haji
Talib.

C. Kenaikan automatik
a. Kenaikan darjah secara automatik di semua
sekolah rendah dan sekolah menengah
bantuan kerajaan.
b. Peluang pendidikan selama 9 tahun disediakan
secara automatik iaitu 6 tahun sekolah rendah
dan 3 tahun sekolah menengah rendah.
c. Pelajaran percuma kepada semua sekolah
rendah tanpa mengira bahasa pengantarnya.
D. Matapelajaran akhlak
a. Murid beragama Islam Pendidikan Islam.
b. Murid bukan beragama Islam Pendidikan
Moral.

Laporan-laporan
Pendidikan
Laporan

Matlamat

Syor

LAPORAN
JAWATAN
KUASA
KABINET
(1979)

Sebuah Jawatankuasa
Kabinet telah ditubuhkan
dalam tahun 1974 untuk
mengkaji semula Dasar
Pendidikan dengan tujuan
untuk memperbaiki
pelaksanaannya supaya
matlamat untuk melahirkan
satu masyarakat yang
bersatupadu dan berdisiplin
serta memenuhi keperluan
tenaga rakyat yang terlatih
bagi pembangunan negara
dapat dicapai.
Laporan Jawatankuasa ini
telah diterbitkan dalam
tahun 1979.

Beberapa strategi telah digubal untuk


mencapai matlamat Dasar Pendidikan yang
telah ditetapkan seperti berikut:
i. Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai
bahasa pengantar yang
utama;
ii. Mengadakan kurikulum yang sama dan
berorientasikan Malaysia
bagi semua jenis sekolah;
iii. Mewujudkan sistem peperiksaan yang
sama bagi semua;
iv. Melicinkan tatacara pengurusan
pendidikan;
v. Meningkatkan mutu pendidikan
keseluruhannya dengan menyediakan
pendidikan yang menyeluruh, seimbang
dan bersepadu;

Laporan-laporan
Pendidikan
Laporan

Matlamat

Syor

LAPORAN
JAWATAN
KUASA
KABINET
(1979)

Laporan
Jawatankuasa ini
telah diterbitkan
dalam tahun
1979.

vi. Mengadakan peluang pendidikan asas selama


sembilan tahun;
vii. Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang
dan mutu dengan
mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi
perhatian khas kepada kumpulan yang kurang
bernasib baik dan kawasan luar bandar atau
pendalaman;
viii. Menyediakan pendidikan rendah mengikut
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang
berasaskan 3M iaitu membaca, menulis dan
mengira pada tahun 1983 yang menjurus kepada
kurikulum bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
pada tahun 1989. Matlamat utama kurikulum baru
ini adalah untuk melahirkan individu yang
seimbang dari segi ilmu pengetahuan dan
kemahiran yang sesuai dan mempunyai moral
serta nilai etika yang kukuh;

Laporan-laporan
Pendidikan
Laporan

Matlamat

Syor

LAPORAN
JAWATAN
KUASA
KABINET
(1979)

Laporan
Jawatankuasa ini
telah diterbitkan
dalam tahun
1979.

ix. Memperluaskan pendidikan Vokasional dan


Teknik melalui penyusunan semula kurikulum
Sekolah Vokasional pada tahun 1978;
x. Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan
pendidikan di
peringkat universiti terutama dalam bidang sastera
gunaan dan sains gunaan;
xi. Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral
dan disiplin;
xii. Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa
Inggeris sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di
sekolah-sekolah dan memberi peluang yang
sempuma bagi pembelajaran bahasa-bahasa lain
seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil; dan
xiii. Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang memupuk
disiplin, seperti pasukan-pasukan kadet tentera,
kadet polis, pengakap, puteri Islam dan lain-lain.

Laporan-laporan
Pendidikan
Laporan

Perkembangan Pendidikan

Perkembangan
selanjutnya
sehingga kini

Di samping strategi ini,


Dasar Pendidikan Kebangsaan juga dilaksanakan dengan memperkembangkan tenaga
pengajar yang terlatih dan juga mendirikan sekolah-sekolah selaras dengan pertambahan
kanak-kanak.
Di Kementerian/Jabatan Pendidikan pula, beberapa Bahagian dan Jawatankuasa yang
meliputi perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Dasar Pendidikan Kebangsaan telah
ditubuhkan atau diperkuatkan bagi memastikan tercapainya hasrat Dasar Pendidikan ini.
Di antaranya termasuklah penubuhan

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan,


Bahagian Pelajaran Teknik dan Vokasional,
Jawatankuasa Pusat Kurikulum,
Biro Buku Teks,
Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia,
Jawatankuasa Perancangan Pendidikan,
Bahagian Perkhidmatan,
Sebaran Pendidikan dan
Pusat Perkembangan Kurikulum.