Anda di halaman 1dari 6

.

Segala puji hanya untuk-Mu ya Allah yang telah menjadikan


kami berpasang-pasangan. Selawat dan salam di atas junjungan kami
Saiyidina Muhammad rahmat sekelian alam serta keluarga dan sahabatsahabatnya sekelian. Ya Allah, pada petang yang berkat ini, kami
berhimpun di sini sebagai tanda kesyukuran kami atas nikmat-Mu
bersempena dengan majlis perkahwinan yang diadakan oleh keluarga
kedua-dua mempelai dengan selamat dan sempurna bagi pernikahan
anakanda mereka.




Ya Allah Ya Tuhan Kami Yang Maha Sempurna, rahmatilah majlis
ini semoga ianya berjalan dengan sempurna seperti mana yang telah
Engkau kehendaki dan berkatilah majlis yang diadakan ini dengan
keberkatan dari permulaan hingga ke akhirnya. Sesungguhnya
pertemuan ini adalah dengan izinMu.Ya Allah Ya Tuhan kami Yang Amat
Mengasihani, limpahkanlah rahmat dan keampunanMu kepada pasangan
pengantin. Kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa
yang tabah menghadapi setiap dugaan dan cubaan hidup berumahtangga
lebih lebih lagi di akhir zaman yang penuh pancaroba ini. Mudahmudahan perkongsian hidup yang dibina ini di kurniakan zuriat yang
soleh dan solehah serta berkekalan hingga ke akhir hayat. Amiin Ya
Rabbal Alamin.

Ya Allah kurniakanlah restu dan kasih sayang di antara kedua


pengantin ini serta eratkan hubungan keduanya sepertimana telah
Engkau hubungkan di antara air & tanah, Adam & Hawa, Ibrahim & Siti
Hajar, seperti Yusuf & Zulaika, Ayub & Rahmah, Musa & Safurah,
Sulaiman & Puteri Balqis dan seperti Baginda Muhammad s.a.w &
Khadijah. Ya Allah, satukanlah keduanya dalam inayah dan barakahMu.
Semoga menjadi Nur ibadah yang mendambakan rahmatMu.































{






}












.



Segala puji-pujian adalah milik Allah. Kami memujiMu, memohon
pertolongan dan keampunan kepadaMu Ya Allah. Kami berlindung
kepada Mu Allah daripada segala kesalahan dan keterlanjuran kami.
Sesiapa yang dianugerahkan hidayah oleh Allah s.w.t., maka tiada
seorangpun yang mampu menyesatkannya. Barang siapa yang
disesatkanNya, maka tiada seorangpun yang memberi petunjuk
kepadanya. Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah
kecuali Allah semata-mata yang tiada sekutu bagiNya dan kami bersaksi
bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah hamba dan rasulNya.
Bersempena dengan majlis walimah ini, kami memohon inayah dan
rahmatMu Ya Allah, agar dikurniakan kepada kedua mempelai yang
diraikan malam ini, iaitu ________________________________ dan
__________________________________ kesejahteraan, kebahagiaan,
ketenangan dan zuriat yang beriman lagi bertaqwa.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Sesungguhnya kami menyedari bahawa Engkau telah menjadikan


semua makhluk ciptaanMu berpasangan. Benarlah firmanMU. Maha suci
Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya
berpasangan; sama ada dari Yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri
mereka, ataupun dari apa Yang mereka tidak mengetahuinya.

Ya Rahman Ya Rahim,

Anugerahkanlah keberkatan dan kerahmatan kepada kedua


pasangan mempelai pada hari ini kerana mereka telah menunaikan salah
satu daripada sunnah junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..
Mantapkanlah iman, ikatan kasih sayang dan perasaan hormatmenghormati sesama mereka. Perkasakan akhlak dan budi bahasa
mereka. Anugerahkanlah kepada pasangan pengantin yang diraikan hari
ini keintiman, kecenderungan dan perasaan tenteram sentiasa.
Jalinkahlah perhubungan mereka dengan ikatan kasih sayang,
persefahaman, kebahagiaan dan belas ihsan. Sungguh benarlah
firmanMu Ya Allah: 21. dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan
kekuasaannya dan rahmatNya, Bahawa ia menciptakan untuk kamu
(Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu
bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara
kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.
Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan
(yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang Yang berfikir.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Sesungguhnya pasangan yang diraikan dalam walimatulurus ini


telah menunaikan salah satu suruhan junjungan besar Nabi Muhammad
s.a.w. dalam sabda baginda yang bermaksud: Sejahtera ke atas kamu
yang memilih jalan pernikahan kerana kamu telah memilih untuk
menutup jalan maksiat. Anugerahkanlah zuriat yang berkualiti dan
warisan anak-pinak yang banyak kepada mereka sesuai dengan
firmanMu: 1. Wahai sekalian manusia! bertaqwalah kepada Tuhan kamu
Yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri Yang satu (Adam), dan
Yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa),
dan juga Yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan
perempuan Yang ramai. dan bertaqwalah kepada Allah Yang kamu selalu
meminta Dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan
(silaturrahim) kaum kerabat; kerana Sesungguhnya Allah sentiasa
memerhati (mengawas) kamu. 2. dan berikanlah kepada anak-anak yatim
(yang telah baligh) itu harta mereka, dan janganlah kamu tukar-gantikan
Yang baik Dengan Yang buruk; dan janganlah kamu makan harta mereka
(dengan menghimpunkannya) Dengan harta kamu; kerana Sesungguhnya
(yang demikian) itu adalah dosa Yang besar.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Sesungguhnya kami sedar betapa hebatnya hikmah orang yang


bernikah berbanding mereka yang hidup bujang dan betapa Islam
memuliakan mereka yang memilih jalan pernikahan daripada mereka
yang masih terdedah dengan pintu-pintu kemaksiatan. Dengan hanya
satu lafaz agung, yang haram menjadi halal, yang maksiat menjadi
ibadah, yang keji menjadi suci terpuji.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Kami sedar bahawa engkau telah menyediakan jalan yang paling


mudah untuk menghalalkan cinta sepasang anak Adam ini.
Bahagiakanlah pasangan ini dahulu, kini dan selamanya. Engkau
semaikanlah putik dan bunga-bunga kasih yang mekar dalam mahligai
pasangan ini. Jadikanlah pasangan ini merpati dua sejoli yang berkongsi
kasih, kehidupan dan segalanya. Engkau tegakkanlah pintu
ketenteraman dan kedamaian dalam kehidupan pasangan ini biar apapun
badai yang melanda. Ya Allah, engkau anugerahkanlah pepohon cinta
yang berpanjangan dan hubungan yang berkekalan dan semaikanlah
bibit cinta mereka keranaMu ya Allah. Kami merakamkan ucapan
Barakallahulakum Wa BarakaAlaikum Wa Jamaa Bainakuma Fil Khair
(Mudah-mudahan Allah melimpahkan barakah kepada pasangan yang
diraikan perkahwinan mereka hari ini dan semoga Allah melimpahkan
kebahagiaan ke atas mereka dan mempertemukan mereka dalam
kebaikan).


. .
.

.

Jadikanlah majlis perkahwinan dua mempelai antara _______________ dan


______________ sebagai ibadah kerana perkahwinan itu mempunyai
matlamat yang sangat mulia. Jadikanlah perkahwinan mereka sebagai
mawaddah dan rahmah, yakni terjalinnya cinta kasih dan termaktubnya
. ketenteraman jiwa
Jadikanlah juga perkahwinan mereka sebagai suatu ketenteraman yang
membebaskan dari kegelisahan dan rasa gundah gulana, sepanjang
perkahwinan itu sendiri didirikan di atas landasan ketentuan syariat
. Islam

:Benarlah firmanMu dalam Surah Al-Rum, ayat 21


maksudnya: Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum
lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati
dan hidup mesra dengannya. Dan dijadikannya di antara kamu (suami
isteri), perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang
demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan
. kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir

Anugerahkanlah perkahwinan mereka dengan tujuan yang lebih mulia,


kerana melalui perkahwinanlah generasi manusia menghasilkan
keturunan-keturunan menurut titah perintahMu
Dan kami sedar bahawa Rasulullah s.a.w sendiri amat mencintai umatnya
. yang berketurunan banyak dan generasi yang soleh dan solehah



. .
. .

Limpahkanlah rahmatMu kepada perkahwinan mereka kerana dengan
jalan perkahwinan dapat mempertautkan dua keluarga dan
pereratkanlah hubungan kekerabatan dan silaturahim sesama mereka
dan ahli keluarga. Jadikanlah mereka dan kami semua teman sehidup
dan semati. Sesungguhnya kami menunaikan Sunnah NabiMu agar
meramaikan umat Islam dan peliharalah kehormatan mereka kerana
perkahwinan itu dapat menyalurkan keperluan naluri kepada tempat
yang betul dan akhirnya dapat membentuk keluarga yang sakinah.

. .



.

Anda mungkin juga menyukai