Anda di halaman 1dari 9

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

TUN HUSSEIN ONN BATU PAHAT, JOHOR


KERTAS KERJA

PROGRAM PESTA MINI SENI KANAK-KANAK


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN
HUSSEIN ONN

TARIKH

: 28 JULAI 31 JULAI 2015

TEMPAT

: SMK MUNSHI SULAIMAN, BATU PAHAT

MASA

: 8.00 PAGI 5.00 PETANG

ANJURAN :
PISMP PENDIDIKAN SENI VISUAL, SEMESTER 8, AMBILAN JANUARI 2012
IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN
BATU PAHAT, JOHOR

1.0

PENGENALAN
Program Pesta Mini Seni Kanak-kanak inimelibatkan semua pelajar PISMP

Semester 8, opsyen Pendidikan Seni Visual, Ambilan Januari 2012, iaitu seramai 23
orang guru pelatihInstitut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat,
Johor.
Program ini adalah untuk memenuhi keperluan mata pelajaran Seni dan
Pengurusan, kod PSV3143.Program ini juga sebagai langkah persediaan bagi guru
pelatih Semester 8 dalam mengendalikan sesuatu program secara besar-besaran
dengan jayanya, agar pengalaman yang akan ditimba ini dapat digunakan pada
masa hadapan.
Tujuan utama program Pesta Mini Seni Kanak-kanak iniadalah untuk
mendedahkan kepada masyarakat tempatan terutama ibu bapa dan kanak-kanak
tentang keunikandan kepentingan seni dalam kehidupan seharian. Penganjuran
aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang
mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian
dan bijak membuat keputusan.Pesta Mini Seni Kanak-kanak ini juga diharapkan
mampu melahirkan individu yang berkeyakinan, kreatif, baik hati dari aspek ekspresi
mahupun tindakbalas di samping dapat mempertahankan warisan budaya dalam
konteks sosial di mana sesuatu masyarakat dapat berhubung dengan yakin melalui
kegiatan seni ini.
Program ini mengambil masa selama tiga hari. Antara aktiviti yang akan
dijalankan pertunjukan fesyen, pertandingan karaoke, jualan dan permainan
seni.Melalui programini,guru pelatih dapat meningkatkan ilmu pengetahuan tentang
prosedur dan cara menganjurkan serta mengelolakan program-program pendidikan
demi kemajuan sekolah, masyarakat dan negara yang berwawasan.Secara tidak
langsung,

ini

merupakan

satu

wadah

bagi

guru

pelatih

mengaplikasikan

pengetahuan yang diperoleh dan membina pengalaman ke arah pembangunan diri


sebagai insan guru yang berkaliber.
Melalui program ini, diharapkandapat melahirkan bakal guru yang mantap dari
segi sahsiah, mental dan fizikal.

Resolusi Konvensyen Pendidikan kali pertama

tahun 2003 mengatakan, ...pendidikan guru dan memupuk insan guru yang

berkualiti iaitu yang memiliki keterampilan profesional yang tinggi dan dicirikan
oleh penampilan diri yang terpuji selaras dengan hasrat negara..., menjadi
negara maju pada tahun 2020.

2.0

MATLAMAT
2.1

Mendedahkan kepada masyarakat terutama ibu

bapa tentang

kepentingan dan keunikan Pendidikan Seni Visual kepada kanak2.2

kanak.
Membuka

2.3

Pendidikan Seni Visual dalam kehidupan seharian.


Menyedarkan lapisan masyarakat tentang kepentingan

2.4

kesenian sebagai pelantarpada masa akan datang.


Memperkasa minda guru pelatih tentang bidang kesenian dalam

2.5

konteks memartabatkan dan merakyatkan bidang Seni Visual.


Melahirkan guru Pendidikan Seni Visual yang berinovasi dan kreatif

2.6

seiring dengan perkembangan negara maju.


Memacu modal insan guru yang berdayasaing bertepatan aspirasi

minda

kanak-kanak

tentang

keunikan

dan

kreativiti
cabang

nasionalmencapai Pendidikan Betaraf Dunia.

3.0

OBJEKTIF
Program Pesta Mini Seni Kanak-kanak ini memberi peluang kepada pelajar
untuk:

3.1

Memberi pendedahan dan pendekatan yang lebih luas kepada


masyarakat terutama ibu bapa dan kanak-kanakmengenai kepentingan

3.2

seni.
Membuka pemikiran masyarakat dan kanak-kanak mengenai kreativiti

3.3

dalam bidang Pendidikan Seni Visual.


Melatih guru pelatih untuk mengelola dan mengambil bahagian serta

3.4

melibatkan diri dalam program pendidikan.


Memberi peluang kepada para guru pelatih opsyen Pendidikan Seni
Visual untuk memperkasakan lagi proses kreativiti dan artistik dalam
penghasilan karya Seni Visual.

4.0

PENGANJUR
Pelajar PISMP opsyen Pendidikan Seni Visual, Semester 8, Ambilan Januari
2012, Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn.

5.0

PENYERTAAN DAN SASARAN:


5.1
Sasaran:
Murid sekolah sekitar Batu Pahat.

6.0

PENSYARAH PEMBIMBING
Tuan Haji Mohd Taslim bin Abdul Rahim.

7.0

TARIKH DAN TEMPOH MASA


Tarikh
Masa

8.0

: 28 Julai 31 Julai 2015


: 8.00 pagi hingga 5.00 petang

LOKASI
Dataran Budiman, SMK Munshi Sulaiman, Batu Pahat, Johor.

9.0

AKTIVITI
9.1 Pertandingan
9.1.1 Melukis dan Mewarna
Aktiviti melukis dan mewarna yang disertai oleh kanak-kanak
sekolah rendah.
9.1.2 Nyanyian
Semua pelajar IPTHO dan jemputan IPG lain dijemput
9.2

menyertai pertandingan nyanyian.


Pertunjukan
9.2.1 Fashion show yang bertajuk Creative Box oleh kanak-kanak
daripada bahan kotak yang dihasilkan oleh mereka sendiri dan
mereka akan menggayakannya.
9.2.2 Pertunjukan Photobooth yang akan mengembangkan lagi
eskpresi kanak-kanak terhadap seni visual.
9.2.3 Pertunjukan topeng muka yang dihasilkan oleh kanak-kanak

9.3
9.4

daripada bahan terbuang.


Permainan
Bertemakan sarkas dan fun fair yang berkaitan dengan seni visual.
Jualan
Jualan seperti makanan dan minuman, bahan seni dan hasil seniakan
diadakan di setiap booth dan kawasan Dewan Seri Budiman.

10.0

AHLI JAWATANKUASA
(Sila rujuk Lampiran 1)

11.0 TENTATIF PROGRAM


(Sila rujuk Lampiran 2)
12.0

ANGGARAN PERBELANJAN
Perkara

Jumlah (RM)

Makan 1 hari X RM 10 X 4 hari X 23 orang

920.00

Air mineral X 2 kotak X 4 hari = 8 kotak

(stor)

Jumlah keseluruhan

920.00

*Sumber kewangan dipohon daripada Wang Amanah.

13.0 Penutup
Ahli jawatankuasaOpsyen Pendidikan Seni Visual, Semester 8, Ambilan
Januari 2012, Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onnberharap agar
segala usaha dan perancangan yang dilakukan untuk menjayakanPesta Mini Seni
Kanak-kanakini mendapat sokonganyang sewajarnya daripada semua pihak yang
terlibat. Semoga dengan adanya program ini dapat memberi manfaat kepada kanakkanak dan masyarakat di samping membuka ruang yang lebih luas kepada pelajar
dalam bidang Pendidikan Seni Visual. Justeru sekaligus memartabatkan dunia Seni
Visual amnya dan menzahirkan serta menjenamakan kualiti bakal guru permulaan
Institut Pendidikan Guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

LAMPIRAN 1
AHLI JAWATANKUASA INDUK
Penaung
Dr. Hamzah bin Ihsan
Penasihat
En. Hassan bin Pardi
Pengerusi
En. Johar bin Jonid
Naib Pengerusi
En. Hussin bin Mohd Tap
Setiausaha
En. Samsudin bin Saad
Naib Setiausaha
En. Md Daud bin Abu Yamin
Penyelaras
Tn. Hj Mohd Taslim bin Abdul Rahim
Penolong Penyelaras

En. Zahidi bin Khamis

Hafizi Riduan bin Ramli


AHLI JAWATAN KUASA KERJA
Pengerusi
Centya Dominic
Naib Pengerusi
Ting King Poh
Setiausaha
Connie Robert
Naib Setiausaha
AHLI JAWATANKUASA KERJA
Buku program
Ng Chai Suan
Khairul Amilein bin Rahim

Hiasan dan Keceriaan


Siti Hajar Aisyah binti Isa
Kalaimathi a/p Nadarajah
Rohini a/p Supramaniam

Protokol / MC / Bacaan Doa/


Perasmian
Amirul Fai z bin Mohammad

Jemputan
Eugenia Lee Sher Hui

Bendahari
Yek Rong Ing
Naib Bendahari
Nalini a/p Silvaraju
Penyelaras
Jasperin Ong Ching Yun
Naib Penyelaras
Athirah binti Zahari

Pendaftaran
Bridget Cheng Xiao Xian

Jamuan
Elvira Joseph

Peralatan dan Teknik


Tee Chor SIng

P.A Sistem
Ivan Yap Yen Ian

Dokumentasi
Sivakhami a/p Ganesan

Panel Hakim
Mohd Ikhwan bin Abdul Talib

Hadiah dan Cenderahati


Lau Yun Hee

Penajaan
Yek Rong Ing

Pengangkutan
Anushiah a/p Gopala Krishnan

LAMPIRAN 2
TENTATIF PROGRAM PESTA MINI SENI KANAK-KANAK 2015
28 Julai 2015 (Selasa)
9.00 pagi
: Semua aktiviti booth bermula

Tempat
Dataran
Budiman

1.00 petang

:
5.00 petang :

Rehat
Aktiviti tamat

Dataran
Budiman

29 Julai 2015 (Rabu)


9.00 pagi
: Aktiviti booth bermula

Dataran
Budiman

5.00 petang : Aktiviti tamat


30 Julai 2015 (Khamis)
9.00 pagi
: Aktiviti bermula

Dataran
Budiman

5.00 petang : Aktiviti tamat


31 Julai 2015 ( Jumaat)
9.00 pagi
: Aktiviti bermula

Dataran

5.00 petang

Budiman
Dataran

Aktiviti tamat

Budiman

Anda mungkin juga menyukai