Consideration
Jenis-jenis balasan
1. Balasan eksekutori
= Balasan / janji yang belum dilaksanakan tetapi
akan dilaksanakan.
Contoh:
Romi bersetuju untuk menjualkan motosikalnya
kepada Zuma dan Zuma berjanji akan membayar
RM3,000 apabila Romi menghantar motosikal tersebut
kepadanya. Janji kedua-duanya belum dilaksanakan
tetapi akan dilaksanakan pada masa akan datang.
Pada masa berlaku pertukaran kedua-dua janji
tersebut, satu kontrak yang sah telah wujud walaupun
yang bertukar hanyalah janji-janji.
2. Balasan tersempurna
= Janji / balasan yang perlu disempurnakan terlebih dahulu
sebelum janji / balasan pihak yang satu lagi dilaksanakan.
Apabila perbuatan yang merupakan balasan itu telah
sempurna dilakukan, balasan tersebut disifatkan sebagai
tersempurna.
Contoh:
Umi berjanji akan memberikan hadiah RM200 kepada
sesiapa yang memulangkan dompetnya yang hilang. Didi
menjumpai dompet tersebut dan memulangkannya kepada
Umi. Tindakan Didi memulangkan dompet itu adalah satu
balasan tersempurna di pihak Didi dan Umi perlu
mengotakan janjinya untuk membayar RM200.
Peraturan berkenaan
balasan
1. Balasan tidak perlu mencukupi /
memadai
Huraian 2 S.26 AK 1950: Sesuatu perjanjian
di mana persetujuan pembuat janji diberi
secara bebas tidaklah batal semata-mata
kerana balasan itu tidak memadai, tetapi
ketakberpadaannya
balasan
itu
boleh
dipertimbangkan oleh mahkamah dalam
menentukan
persoalan
sama
ada
persetujuan pembuat janji itu diberi secara
bebas.
Keesahan (validity)
Kontrak Tanpa Balasan
Kaedah am: S.26 AK 1950: Sesuatu
perjanjian yang dibuat tanpa balasan
adalah batal.
Pengecualian:
Terdapat beberapa kontrak yang
sungguhpun tidak mempunyai balasan,
tetapi masih boleh dianggap sebagai
kontrak yang sah.
JM Wotherspoon & Co
Ltd lwn Henry Agency
House