Anda di halaman 1dari 6

ATURCARA MAJLIS PENANGGUHAN PERKHEMAHAN BSMM

10.50 Ketibaan tetamu


11.00 Bacaan Doa
Nyanyian lagu Negaraku, Sabah Tanahairku, Lagu BSMM
11.10 Pemeriksaan Barisan
11.25 Refleksi wakil peserta: MARDIYANA ASMIERA BINTI ABDULLAH GHANI
11.30 Rumusan dari Tn Junaidi
11.40 Ucapan Perasmian Penangguhan Perkhemahan BSMM SMK Beluran II kali
pertama
11.50 Penyampaian cenderahati kepada penceramah jemputan

Tn Junaidi
Tn Awang

11.55 Penyampaian Hadiah dan Sijil


12.00 Jamuan dan bersurai

TEKS UCAPAN PENGERUSI MAJLIS


(Salutasi)
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hadirin hadirat yang dirahmati sekalian, setinggi-tinggi penghargaan kepada
semua dif-dif jemputan kerana sudi hadir ke majlis perasmian penangguhan
penutupan Perkhemahan Bulan Sabit Merah Malaysia Sekolah Menengah
Beluran II yang julung-julung kalinya diadakan. Bagi memberkati majlis ini
dijemput Saudara MOHD SHAFIQIN B FADZILY untuk membacakan doa.
Dipersilakan.
AMIN, AMIN YA RABBAL ALAMIN. Demikianlah bacaan doa. Kita akan
meneruskan acara dengan nyanyian lagu Negaraku, Sabah Tanahairku dan
Lagu BSMM.
Para hadirin dan hadirat sekalian, dijemput Saudara MOHD SHAFIQIN B
FADZILY untuk mengetuai upacara Pemeriksaan Barisan oleh :
PN MELINAH SAITI, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
atau
EN HAZIMAN HARUN, Penolong Kanan Ko- Kurikulum
SMK BELURAN II. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Ucapan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada
___________________________________________ di atas kesudian beliau untuk
memeriksa Barisan peserta-peserta Perkhemahan Bulan Sabit Merah
Malaysia Sekolah Menengah Beluran II buat kali Pertama. Semoga dengan
sokongan yang ditunjukkan beliau dapat meningkatkan lagi motivasi peserta
untuk terus melaksanakan peranan masing-masing dengan penuh dedikasi
dan bersemangat dalam Bulan Sabit Merah Malaysia di sekolah ini.
Para hadirin sekalian, dijemput Saudari MARDIYANA ASMIERA BINTI
ABDULLAH GHANI, sebagai wakil peserta perkhemahan untuk membuat
sedikit refleksi.
Terima kasih.
Hadirin hadirat sekalian, dengan penuh rasa takzimnya dijemput TN
JUNAIDI BIN HJ. JEMARI
untuk membuat rumusan. Dipersilakan.
Terima kasih Tuan di atas kata-kata semangat sebentar tadi.
Dengan tidak dilengah-lengahkan lagi, dijemput
_____________________________________________________________________________,

SMK Beluran II untuk memberikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis


Penangguhan Penutupan Perkhemahan Bulan Sabit Merah Malaysia kali
pertama. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Sekalung penghargaan diucapkan untuk sokongan dan harapan yang
diberikan. Semoga para peserta dapat mempraktikkan apa yang telah
dipelajari di sepanjang perkhemahan yang singkat ini, seterusnya
meningkatkan lagi prestasi Bulan Sabit Merah Malaysia di SMK Beluran II.
Para hadirin yang dihormati sekalian, kita teruskan majlis kita dengan
penyampaian sijil dan cenderahati. Dengan segala hormatnya dipersilakan
_____________________________________________________________________________
diiringi oleh PUAN WONG KEE BOON untuk menyampaikan sijil dan
cenderahati.
Sebagai penghargaan di atas kesudian meluangkan masa dan kepakaran
bagi menambahkan ilmu dan kemahiran peserta dijemput penceramahpenceramah jemputan kita:
1. TUAN JUNAIDI BIN HJ JEMARI
2. TUAN AWANG
Sebagai penghargaan dan motivasi kepada peserta diminta ketua-ketua
setiap kumpulan untuk menerima sijil dan cenderahati. Dipersilakan:

1.
2.
3.
4.

_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________

Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan bagi


_______________________________________, di atas kesudian beliau
menyampaikan sijil dan cenderahati.
Dengan berakhirnya penyampaian hadiah itu tadi maka sempurnalah majlis
perasmian penutupan perkhemahan BSMM SMK Beluran II.
Dijemput para dif terhormat ke kantin sekolah untuk menikmati sedikit
jamuan.
Para peserta juga akan diedarkan sedikit jamuan dan diharapkan pulang ke
rumah masing-masing dengan ilmu dan semangat membara untuk
meningkatkan lagi prestasi BSMM di sekolah ini. Dipersilakan

REFLEKSI PESERTA
Yang berusaha PN MELINAH SAITI, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK
Beluran II;
EN HAZIMAN HARUN, Penolong Kanan Ko-kurikulum SMK Beluran II;
TUAN JUNAIDI BIN HJ JEMARI, Pengerusi BSMM Cabang Kinabatangan;
TUAN HAJI MUHAMAD HAJI JUKIN, Timbalan Pengerusi II BSMM Cabang
Kinabatangan ;
PUAN FARIDAH, Setiausaha BSMM Cabang Kinabatangan;
PUAN HAJAH SARMIA, Bendahari BSMM Cabang Kinabatangan;
TUAN AWANG B SURADI, Pegawai Belia, V.A.D dan Kanak-kanak;
Guru-guru Penasihat BSMM SMK Beluran II;
Para peserta Perkhemahan BSMM SMK Beluran II sekalian.
Terima kasih kerana memberikan saya peluang untuk membuat sedikit
refleksi tentang Perkhemahan Bulan Sabit Merah Malaysia SMK Beluran II
buat pertama kalinya. Saya berasa berbangga kerana dapat menyertai
perkhemahan ini di mana saya telah dapat banyak maklumat yang penting
dan berguna bagi saya untuk meningkatkan prestasi saya sebagai seorang
ahli BSMM. Sekarang ini saya lebih yakin dan berbangga untuk mengakui
bahawa saya adalah ahli BSMM SMK Beluran II.
Kami telah diajar kemahiran berkawad, pengetahuan asas BSMM, asas
pertolongan cemasdan tips-tips lain yang amat berguna untuk kami
berkhidmat sebagai seorang BSMM sekolah yang berfungsi dan lebih baik.
Saya berasa walaupun dalam masa yang singkat, banyak ilmu dan
pengalaman yang saya dapat. Saya juga berharap dapat mengikut lagi
perkhemahan atau kursus-kursus berkaitan BSMM untuk masa-masa yang
akan datang. Terima kasih kepada semua pegawai-pegawai dan pihak
sekolah di atas peluang ini. Sekian, terima kasih.

RUMUSAN TUAN JUNAIDI


Yang berusaha PN MELINAH SAITI, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK
Beluran II;
EN HAZIMAN HARUN, Penolong Kanan Ko-kurikulum SMK Beluran II;
TUAN HAJI MUHAMAD HAJI JUKIN, Timbalan Pengerusi II BSMM Cabang
Kinabatangan ;
PUAN FARIDAH, Setiausaha BSMM Cabang Kinabatangan;
PUAN HAJAH SARMIA, Bendahari BSMM Cabang Kinabatangan;
TUAN AWANG B SURADI, Pegawai Belia, V.A.D dan Kanak-kanak;
Guru-guru Penasihat BSMM SMK Beluran II;
Para peserta Perkhemahan BSMM SMK Beluran II sekalian.
Assalamualaimulaikum dan salam sejahtera...
Dari pemerhatian saya, para peserta memberikan kerjasama dalam
menjayakan perkhemahan BSMM ini. Segala perancangan berjalan seperti
yang dirancang. Saya berharap segala ilmu dan kemahiran yang diperolehi
akan digunakan secara berhemah dan para peserta dapat menjadi seorang
ahli BSMM yang cemerlang.
Saya harap aktiviti ini dapat diteruskan lagi dengan beberapa
penambahbaikan iaitu memanjangkan tempoh perkhemahan dan
melaksanakannya seperti perkhemahan yang sebenar. Maksud saya, tidur di
khemah, memasak makanan sendiri dan beberapa aktiviti yang dapat
memberi lebih pengalaman kepada ahli-ahli BSMM dalam menghadapi
sebarang cabaran semasa menjalankan tugas.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih pada pihak sekolah di atas
sokongan dan kerjasama kepada BSMM sekolah ini. Diharapkan sokongan
sebegini akan dapat diteruskan pada masa-masa yang akan datang.
Sekian, terima kasih.

TEKS UCAPAN PERASMI


Yang berusaha PN MELINAH SAITI, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK
Beluran II;
TUAN JUNAIDI BIN HJ JEMARI, Pengerusi BSMM Cabang Kinabatangan;
TUAN HAJI MUHAMAD HAJI JUKIN, Timbalan Pengerusi II BSMM Cabang
Kinabatangan ;
PUAN FARIDAH, Setiausaha BSMM Cabang Kinabatangan;
PUAN HAJAH SARMIA, Bendahari BSMM Cabang Kinabatangan;
TUAN AWANG B SURADI, Pegawai Belia, V.A.D dan Kanak-kanak;
Guru-guru Penasihat BSMM SMK Beluran II;
Para peserta Perkhemahan BSMM SMK Beluran II sekalian.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian dan kerjasama
BSMM Cabang Kinabatangan untuk menjayakan perkhemahan ini. Kami
amatlah menghargai bimbingan dan tunjuk ajar yang dicurahkan kepada
BSMM SMK Beluran II. Saya harap usaha untuk memantapkan kemahiran
ahli-ahli BSMM SMK Beluran II dapat diteruskan. Terima kasih daun keladi,
kalau sudi datanglah lagi.
Saya berbangga melihat perubahan sikap dan kemahiran berkawad peserta
yang saya nampak semasa melakukan pemeriksaan barisan tadi. Saya tidak
sangka dalam masa yang begitu singkat, peserta dapat melakukan kawad
berprotokol dengan baik sekali. Saya kira inilah kali pertama-tamanya saya
melakukan pemeriksaan barisan. Ini merupakan pengalaman baru untuk
kami semua di SMK Beluran II. Saya juga berbangga dengan disiplin dan
kerjasama yang ditunjukkan oleh para guru penasihat BSMM dan peserta.
Harapan saya besar, saya harap prestasi BSMM di sekolah untuk masa-masa
yang akan datang akan meningkat dengan lebih cemerlang.
Sekian, terima kasih.