Anda di halaman 1dari 206

Modul Cakna Akademik Kelantan

MODUL
CAKNA AKADEMIK KELANTAN

BAHASA MELAYU
SPM

JABATAN PELAJARAN KELANTAN

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

KANDUNGAN
BAHAGIAN

MUKA SURAT

1. PRAKATA

2. BAHAGIAN 1:
KARANGAN BAHAGIAN 1

4-27

3. BAHAGIAN 2:
KARANGAN UMUM

28-55

4. BAHAGIAN 3:
RUMUSAN KARANGAN
PEMAHAMAN PETIKAN UMUM

56 - 97

5. BAHAGIAN 4:
PEMAHAMAN PETIKAN KOMSAS
CERPEN & DRAMA

98 - 115

6 BAHAGIAN 5:
PEMAHAMAN PETIKAN KOMSAS
PROSA TRADISIONAL

116 -133

7. BAHAGIAN 6:

134-156

PEMAHAMAN PETIKAN KOMSAS


PUISI MODEN & PUISI TRADISIONAL
8. BAHAGIAN 7:
PEMAHAMAN NOVEL

157 - 176

9. BAHAGIAN 8:
PENGETAHUAN & KEMAHIRAN BAHASA
10. BARISAN PANEL PEMBINA MODUL

177 -203
204 - 205

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

PRAKATA
Modul ini dihasilkan dengan satu tujuan iaitu membantu pelajar
Tingkatan Empat dan Lima mencapai kejayaan cemerlang dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu menerusi peperiksaan SPM. Hal ini demikian kerana Bahasa
Melayu merupakan mata pelajaran teras yang memerlukan pelajar mendapat
keputusan yang baik dan membantu mereka meneruskan pelajaran ke peringkat
yang lebih tinggi.,
Selain itu juga, modul ini dihasilkan untuk membantu para guru
membjuat persediaan mengajar yang lebih rapi dalam usaha melaksanakan
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Modul ini boleh
digunakan untuk mengajar dan pelajar menggunakan untuk tujuan latih tubi
dan rujukan.
Modul ini dihasilkan mengikut topical tetapi masih mengekalkan
format peperiksaan SPM Bahasa Melayu yang sebenar sama ada berhubung
dengan bentuk soalan mahu pun skema jawapan yang disediakan. Selain itu,
topic-topik yang ada di dalamnya mengikut Huraian Sukatan Pelajaran (HSP)
Bahasa Melayu Tingkatan Empat dan Tingkatan 5.
Modul ini dihasilkan oleh sekumpulan Guru Cemerlang Bahasa
Melayu yang rata-rata terdiri daripada guru-guru berpengalaman mengajar
melebihi 10 tahun. Ada dalam kalangan mereka yang menjadi Jurulatih Utama
dan pemeriksa kertas Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM.
Diharapkan agar pelajar-pelajar dan guru-guru akan memanfaatkan
Modul ini dalam usaha memperoleh keputusan peperiksaan yang cemerlang,
khususnya dalam Bahasa Melayu. Segala usaha ke arah meningkatkan
kecemerlangan pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu akan dapat
membuahkan hasil yang memberangsangkan.

Sekian. Terima kasih


Kumpulan Guru Cemerlang Bahasa Melayu
Negeri Kelantan.

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

BAHAGIAN 1
KARANGAN BAHAGIAN A
Karangan Bahan Rangsangan

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


BAHAGIAN 1

: KARANGAN BERPANDU

Penulisan Karangan berpandu/ berdasarkan bahan rangsangan


1. Panjangnya karangan berpandu yang ditulis hendaklah dalam lingkungan 200-250
patah perkataan.
2. Karangan ini sebaik-baiknya hendaklah disiapkan dalam masa 45 minit.
3. Karangan ini memperuntukkan 30 markah.
4. Karangan ini mesti mempunyai pendahuluan, isi dan penutup.
5. Pelajar digalakkan menyelitkan unsure-unsur keindahan bahasa seperti
peribahasa, ungkapan, cogan kata dan sebagainya.
Strategi Penulisan Karangan Berpandu
1. Kenal pasti kehendak soalan berdasarkan tema soalan.
2. Tulis karangan tersebut dalam 5 atau 6 perenggan meliputi perenggan
pendahuluan, perenggan isi dan perenggan penutup.
3. Jenis-jenis ayat yang terdapat dalam setiap perenggan tersebut adalah seperti
berikut:a) Perenggan pengenalan hendaklah terdiri daripada 3-4 ayat rangsangan dan
satu ayat arahan. Ayat rangsangan ialah ayat yang berkaitan dengan tema
atau ayat yang menyentuh tema secara umum, manakala ayat arahan ialah
ayat yang mempunyai kata kunci soalan atau ayat yang menunjukkan hala
tuju karangan.
b) Perenggan isi terdiri daripada ayat judul, ayat huraian, ayat contoh dan
ayat penegas. Ayat judul ialah ayat isi utama, iaitu ayat yang menyatakan
isi penting karangan tersebut. Ayat huraian ialah ayat yang menjelaskan
isi karangan. Ayat contoh pula ialah ayat yang memasukkan contoh bagi
memperkukuhkan isi yang dikemukakan. Ayat penegas ialah ayat yang
memberikan penegasan tentang isi dan huraian yang dikemukakan dalam
perenggan tersebut.
c) Perenggan penutup terdiri daripada ayat kesimpulan, ayat pendapat, ayat
penilaian, ayat cadangan, ayat harapan dan sebagainya. Ayat kesimpulan
ialah ayat yang memberikan pendapat secara keseluruhan tentang
karangan yang ditulis. Ayat penilaian terdiri daripada ayat yang membuat
penilaian tentang sesuatu isu atau perkara.
Ayat cadangan pula
mengandungi unsur saranan atau cadangan untuk mengatasi atau membuat
sesuatu. Ayat harapan ialah ayat yang mengandungi harapan penulis
berkaitan sesuatu cadangan.

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

BAHAGIAN A : Karangan Berpandu/ Berdasarkan Bahan Rangsangan


Pengenalan
1.
2.

3,

4.

Karangan bahagian A merupakan karangan yang terdapat dalam kertas satu


dan wajib dijawab oleh semua calon.
Karangan ini ditulis berdasarkan bahan rangsangan yang diberi. Bahan-bahan
rangsangan yang dikemukakan itu berupa:
-gambar tunggal, gambar bersiri, jadual, iklan, ilustrasi, kartun, pelan,
petikan., gambarajah, catatan.
Karangan ini untuk menilai tahap kefahaman pelajar terhadap bahan
rangsangan yang diberi, menilai kecekapan dalam membuat tafsiran dan
menganalisis bahan rangsangan di samping menilai tahap pengetahuan tentang
isu-isu semasa.
Berdasarkan bahan rangsangan yang diberi, pelajar diminta menulis karangan
yang panjangnya antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Panduan Menulis Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan


1.
2.

3.
4.
5.
6.

Apabila membaca arahan soalan, pelajar perlu menentukan tema. Tema


ditunjukkan melalui tajuk gambar yang diberi.
Berdasarkan soalan, pelajar dapat mengenal pasti kata kunci karangan atau pun
kehendak soalan. Contohnya:Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha/langakah/cara/kaedah.
Huraikan pendapat anda tentang amalan membaca
Pelajar dikehendaki membuat huraian berdasarkan kehendak soalan sahaja.
Karangan ini mesti mengandungi pendahuluan, isi dan penutup.
Sekurang-kurangnya tiga isi yang lengkap dikemukakan dengan contoh dan
huraian yang sesuai.
Pelajar-pelajar dinasihatkan membuat rangka karangan supaya pelajar dapat
menulis karangan dengan lebih baik.
Pelajar juga diminta menulis kata-kata hikmat, peribahasa dan rangkai kata
menarik di dalam karangan ini.
Pemarkahan
1. Markah penuh 30 markah
2. Pembahagian atau pecahan markah adalah seperti berikut:Cemerlang
26 -30 markah
Kepujian
20 -25 markah
Memuaskan
15 -19 markah
Kurang memuaskan 10-14 markah
Pencapaian minima 01-09 markah.

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


3.

Pemarkahan diberi berdasarkan


(a) Sama ada karangan menepati, kurang menepati atau tidak menepati bahan
rangsangan yang diberi.
(b) Bahasa mesti gramatis, Penilaian dibuat berdasarkan kata dan ayat, tanda
bacaan, ejaan dan kosa kata.
(c) Penggunaan penanda wacana diambil kira sama ada lengkap, masih
lengkap, atau kurang lengkap.
(d) Unsur-unsur bahasa perlulah bervariasi dan menggunakan ungkapan yang
menarik.
(e) Idea perlulah relevan dengan bahan rangsangan yang diberi.

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

10

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

11

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

12

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

13

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

14

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

15

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

16

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

17

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


SKEMA JAWAPAN KARANGAN BAHAGIAN A
Latihan 1 : Gejala buli yang sering berlaku di sekolah-sekolah sejak kebelakangan
ini.
Pendahuluan:
Belakangan ini, masalah buli dalam kalangan pelajar sekolah yang tinggal di
asrama semakin menjadi-jadi. Ada pelajar yang dibuli dengan teruk sehingga
menimbulkan trauma dalam diri mereka. Malah, ada pelajar yang dibelasah hingga mati.
Kejadian ini bukan sahaja membimbangkan ibu bapa, malah pihak kerajaan juga. Oleh
itu, usaha-usaha mengatasinya perlu dilakukan segera agar nasi tidak menjadi bubur.
Isi Karangan:
1. Peranan ibu bapa
- hendaklah memberikan didikan dan kasih sayang yang secukupnya kepada anakanak
- mengeratkan hubungan antara ahli keluarga
- ibu bapa menerapkan nilai kasih sayang sejak kecil kepada anak-anak supaya
tidak berpotensi untuk membuli orang lain.
2. Peranan pihak sekolah
- menguatkuasakan undang-undang dan peraturan sekolah
- pelajar yang bersalah dan terlibat dengan kegiatan buli perlu diambil tindakan dan
dikenakan denda/hukuman.
- tindakan buang sekolah dan melaporkan kepada pihak berkuasa
- merangka aktiviti kokurikulum yang menarik di sekolah- menerapkan nilai murni.
3. memberi pendedahan didikan agama dan moral yang tinggi kepada pelajar.
- mengadakan kelas agama di sekolah
- mengaji al-quran
- ceramah motivasi
- menghidupkan usrah dan rakan masjid
4. Peranan Kerajaan
- Kementerian Pelajaran memperkenalkan kempen antibuli
- menjayakan kempen bersama-sama dengan anggota masyarakat yang lain,
bersatu teguh, bercerai roboh.
- Sentiasa membuat pemantauan oleh pihak berkuasa. Jangan sudah terantuk baru
nak terngadah.
Penutup:
- Masalah buli dapat ditangani dengan segera
- Setiap masalah pasti ada cara mengatasinya
- sediakan payung sebelum hujan
- Semua pihak perlu bersatu hati menangani gejala buli.

18

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


Latihan 2: Modal insan kelas pertama
Pendahuluan:
Pembentukan minda kelas pertama menjadi agenda penting negara. Aspek ini tidak
terbentuk dengan sendiri, sebaliknya perlu ada usaha untuk memupuk minda kelas
pertama secara sistematik dan terarah. Dalam hal ini, negara harus membentuk asas
yang kukuh bagi menghasilkan modal insan berminda kelas pertama. Persoalannya,
apakah ciri-ciri modal insan yang memiliki minda kelas pertama seperti yang
dihasratkan oleh kerajaan?
Isi karangan:
1.

memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi.


- ilmu diperoleh melalui pembacaan - membaca jambatan ilmu.
-selain itu, ilmu diperoleh melalui penulisan dan diskusi.
-aktiviti sedemikian merangsang minda
-pengetahuan yang ada pada diri menjadi ukuran atau tanda aras seseorang
itu memiliki minda kelas pertama.

2.

mempunyai pemikiran yang kritis dan kreatif


- untuk membentuk minda yang kritis dan kreatif , perlu banyak bertanya
bertanya kepada diri sendiri atau kepada orang lain.
-apabila bertanya, kita akan mendapat idea-idea yang bernas dan baharu.
-oleh itu banyakkan bertanya dan menimbulkan lebih banyak persoalan
dalam minda untuk menemukan sesuatu jawapan.
- malu berkayuh perahu hanyut; malu bertanya sesat jalan.

3.

memiliki pemikiran yang konstruktif


- mencari jalan untuk membetulkan kesalahan atau keadaan - sedia mengakui
kesilapan dan berusaha untuk berubah.
- kreatif menyelesaikan masalah dan kreatif menghasilkan tugas.
-pemikiran konstruktif bermakna memiliki pemikiran yang membina dan
bersedia untuk berubah.

4.

memiliki akhlak yang mulia


- mengamalkan nilai murni
-bertingkah laku dengan berhemah dan berbudi bahasa
- berintergriti, beretika, dan beriltizam tinggi serta sentiasa sabar dengan dugaan
-sentiasa berfikiran positif dan bersih fizikal dan mental.
- mematuhi ajaran agama.

Kesimpulan:
Modal insan berminda kelas pertama ialah masyarakat yang berpengetahuan
mampu berdaya saing, berbudaya kerja cemerlang, berintergriti dan memiliki kekuatan

19

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


moral. Mereka juga turut tahu untuk menghayati dan menghargai budaya, kesenian, dan
warisan serta mengamalkan prinsip kepercayaan kepada Tuhan dan patuh kepada segala
peraturan serta norma masyarakat. Oleh itu, pembangunan modal insan berminda kelas
pertama perlu diberi keutamaan dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara
maju beridentiti sendiri.
Latihan 3: Huraikan pendapat anda tentang isu gejala samseng di sekolah.
Pendahuluan:
Sejak akhir-akhir ini jenayah gengsterisme semakin menjadi-jadi. Hampir setiap
hari ada-ada sahaja berita yang disiarkan di media massa tentang jenayah gengsterisme
yang berlaku dalam kalangan remaja. Perkara yang membimbangkan ialah kegiatan
jenayah gengsterisme ini dilakukan oleh remaja yang masih bersekolah dan masih hijau.
Isi karangan: (punca-punca)
1. Kurang mendapat kasih sayang dan perhatian ibu bapa
- jiwa memberontak ingin disayangi dan diberi perhatian. Jika tidak dapat,
remaja akan melakukan sesuatu di luar kawalan seperti bertindak ganas.
2. Kurang diberi didikan agama dan moral
- semasa kecil, mungkin penghayatan nilai agama tidak dititikberatkan
oleh ibu bapa- kerana kesibukan.
- kurang nilai murni tentang nilai kasih sayang, hormat- menghormati
perasaan orang lain dan sebagainya.
3. Pengaruh rakan sebaya
- memilih kawan yang tidak bermoral
- remaja lebih rapat dengan rakan sebaya berbanding dengan ibu bapa.
- ada sifat cabar-mencabar dalam kalangan rakan-rakan menimbulkan
kegiatan gengsterisme.
4. Peranan media massa
- tayangan filem dari Barat yang memaparkan keganasan
- filem tiada tapisan
- unsur-unsur jenayah daripada internet.
Kesimpulan:
Jenayah gengsterisme merupakan duri dalam daging bagi negara. Oleh itu semua
pihak haruslah mengambil inisiatif bagi mengatasi masalah ini. Sekiranya semua
pihak bekerjasama, jenayah gengsterisme akan dapat diatasi, bak kata pepatah,
bersatu teguh, bercerai roboh. Jika jenayah gengsterisme ini dibiarkan berputik,
nescaya gejala ini akan berleluasa. Apabila seorang remaja yang terlibat,

20

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


kemungkinan banyak yang akan mengikutinya. Bak kata pepatah, seekor kerbau
membawa lumpur, semuanya akan terpalit
Latihan 4: Punca-punca berlakunya kemalangan jalan raya.
Pendahuluan:
Boleh dikatakan saban hari apabila kita membaca akhbar, kita dihidangkan dengan
kemalangan jalan raya. Keadaan lebih kerap menjelang musim perayaan. Pelbagai
usaha telah dijalankan, khususnya oleh Jabatan Pengangkutan Jalan dan Polis Diraja
Malaysia, tetapi kadar kemalangan jalan raya terus meningkat.
Isi karangan:
1. Punca kecuaian manusia
- pemandu memandu laju
-kurang penumpuan terhadap pemanduan, guna telefon bimbit, mendengar muzik
yang kuat dan berbual-bual dengan rakan di sebelah.
-memandu dalam keadaan mabuk
- sikap negatif pemandu menjadikan jalan raya medan untuk berlumba
2. Keadaan jalan raya yang tidak memuaskan
- jalan raya berlubang-lubang
- jalan bengkang-bengkok dan banyak selekoh berbahaya
- Jalan raya licin selepas hujan dan digenangi air kerana tidak rata.
3. Kenderaan tidak diselenggara dengan baik
- Kenderaan dipandu tanpa dipastikan sama ada brek berfungsi dengan baik
Dan tayar berbunga atau tidak.
- Kenderaan yang tidak berada dalam keadaan baik akan mengganggu
pemanduan dan boleh mengakibatkan kemalangan.
Kesimpulan :
Bagi mengatasi masalah ini, para pemandu kenderaan hendaklah sayang akan
nyawa dan keluarga. Jika ingin cepat sampai, pengurusan masa perlu dilakukan dengan
baik dan boleh bertolak awal. Fikirlah tentang orang tersayang kerana kita mampu
mengubahnya. Jika sikap berhati-hati di jalan raya tidak diamalkan tentukan kemalangan
yang akan ditempa. Slogan pandu cermat jiwa selamat perlu dijadikan amalan dalam
hidup.

21

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


Latihan 5 : Cara-cara memanfaatkan masa lapang
Pendahuluan:
Memanfaatkan masa lapang amat penting bagi golongan remaja pada masa kini.
Hal ini demikian kerana dengan cara memanfaatkan masa lapang akan dapat
menghindarkan seseorang itu daripada gejala yang tidak baik seperti budaya lepak, lumba
haram, masalah pergaulan bebas dan sebagainya. Sememangnya Tuhan memberikan kita
masa selama 24 jam sehari, maka bergantunglah kepada kita untuk memanfaatkan masa
itu dengan sebaik-baiknya agar tidak merugikan diri sendiri, bak kata pepatah, masa itu
emas.
Isi karangan:
1. Golongan pelajar boleh memanfaatkan masa lapang
- dengan mengulangkaji pelajaran
- menyiapkan kerja rumah.
- dengan cara memanfaatkan masa lapang, pelajar sentiasa bersedia
menghadapi peperiksaan.
2.

Memanfaatkan masa lapang dengan melakukan aktiviti riadah


- dapat menyihatkan badan
- menjalankan gaya hidup sihat, dapat menghindari penyakit
- merehatkan badan dan minda setelah penat bekerja

3. Mengadakan lawatan sambil belajar atau melancong


- jauh berjalan luas pemandangan
- menambahkan ilmu pengetahuan tentang negara sendiri atau negara orang
- pengetahuan boleh dimanfaatkan dalam pembelajaran di bilik darjah
4. Membantu ibu bapa melakukan kerja rumah
- cara membalas jasa ibu bapa
- meringankan beban tugas ibu bapa
- mengasah kemahiran atau bakat yang ada. Contoh, membantu ibu memasak
- memastikan persekitaran rumah bersih dan selamat didiami
Kesimpulan:
Setiap anggota masyarakat perlu tahu bagaimana cara yang baik untuk
memanfaatkan masa lapang. Pengisian masa lapang dengan pelbagai perkara
berfaedah akan dapat memberi pulangan yang baik kepada setiap individu.

22

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


Latihan 6: Semangat patriotik dalam kalangan remaja.
Pendahuluan:
Tanggal 31 Ogos 2007, maka genap 50 tahun Malaysia merdeka. Pelbagai program telah
dijalankan selama tempoh tersebut sebagai pengisian kemerdekaan. Namun begitu,
akibat ledakan maklumat yang tanpa sempadan, sedikit demi sedikit masyarakat kini,
terutama golongan remaja kehilangan semangat patriotik dalam diri mereka.
Isi Karangan:
1. Kerajaan berhasrat melahirkan generasi bersemangat patriotik.
- Mengadakan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
- Aktiviti PLKN merangkumi penghayatan ilmu pengetahuan,
ketatanegaraan, bina insan, dan khidmat komuniti
- penerapan nilai murni semasa PLKN iaitu memantapkan kekuatan
jati diri, kekuatan fizikal dan rohani.
2.

Penglibatan remaja dalam aktiviti sambutan Bulan Kemerdekaan


- menyertai Perarakan Hari Kebangsaan, Program Kibarkan Jalur Gemilang,
menyertai pertandingan deklamasi sajak Hari Merdeka dan aktiviti-aktiviti lain
yang bercorak patriotik - dapat menyemarakkan semangat patriotik dalam
diri remaja.

3.

Peranan kerajaan, media massa dan badan-badan bukan kerajaan


menjadi pencetus kepada semangat patriotik remaja.
a) Media massa menerbitkan program berbentuk dokumentari, rencana
yang bercorak patriotisme atau filem-filem yang memaparkan tokoh
pejuang bangsa.
b) Bicara tokoh temuramah dengan pejuang kemerdekaan

Kesimpulan:
Pelbagai pihak perlu memainkan peranan aktif dalam menyemarakkan semangat
patriotisme dalam kalangan remaja agar mereka menempuh kehidupan dengan nilai jati
diri yang utuh, bak kata, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh itu, penglibatan
golongan ini dalam aktiviti yang berteraskan patriotisme sememangnya wajar kerana
merekalah tonggak kepimpinan akan datang.

23

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

Latihan 7 : Usaha-usaha melindungi hidupan liar daripada pupus


Pendahuluan:
Ancaman kepupusan hidupan liar yang menjadi sebahagian daripada sistem ekologi
kini merupakan masalah global. Kerap kali berita tentang isu tersebut menjadi tajuk
utama dalam media. Aktiviti manusia dikatakan punca utama hidupan liar pupus. Oleh
itu usaha-usaha yang berkesan seharusnya dilakukan.
Isi karangan:
1. Tindakan undang-undang tegas oleh pihak kerajaan
- kepada pesalah yang memburu haiwan liar dikenakan hukuman
-tujuan mereka akan serik
2. kerajaan menambahkan bilangan pegawai perhutanan
- pemantauan yang menyeluruh dapat dilakukan kerana cukup kakitangan
- memastikan kawalan terhadap pemburu haram dapat dilakukan
- dapat membanteras kegiatan memburu hidupan liar
- proses pemuliharaan hidupan liar dapat dijayakan.
3.

Peranan Jabatan PERHILITAN


-mempertingkatkan penyelidikan saintitifik
- mengawal kepupusan hidupan liar akibat penyakit dan wabak
- menambah baik pengurusan zoo dan Taman Negara.

4. Usaha pembiakan hidupan liar di kawasan yang lebih selamat


- mewartakan lebih banyak hutan simpan
- memastikan habitat haiwan liar selesa dan tidak diganggu
Kesimpulan:
Manusia harus menghargai hidupan liar dengan menyeimbangkan pembangunan
dan memberi perlindungan terhadap hidupan liar agar generasi akan datang dapat
melihat khazanah ini. Kita tidak mahu generasi akan datang hanya mengenali
hidupan liar ini melalui buku dan gambar akibat daripada kerakusan generasi kini.

24

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

Latihan 8 : Kepentingan sungai


Pendahuluan:
Pada masa kini, dunia mengahadapi krisis bekalan air bersih. Hal ini demikian
kerana masalah pencemaran air yang berlaku. Pencemaran yang berlaku telah
mengakibatkan kawasan tadahan air musnah dan sungai serta tasik tercemar.
Keadaan ini memberi kesan yang bukan sedikit kepada manusia dan hidupan yang
lain. Salah satu punca air yang utama yang perlu dikekalkan dalam keadaan bersih
ialah sungai.
Isi karangan:
1. Sungai sebagai sumber air kepada manusia dan haiwan
- manusia menggunakan air untuk pelbagai tujuan seperti untuk sumber minuman,
dan kegunaan domestik- mencuci, memasak dan mencuci.
2. Sebagai sumber bekalan - sungai merupakan habitat haiwan akuatik seperti ikan, udang dan ketam
yang membekalkan sumber protein.
- hidupan akuatik ini merupakan sumber protein alternatif bagi manusia sekiranya
sumber protein dari laut sukar diperoleh.
3.

Sungai boleh dijadikan tempat untuk beriadah


- tempat berkelah
- aktiviti memancing
- pusat rekreasi aktiviti bersampan, berkayak dan lain-lain

4. Sungai mewujudkan peluang pekerjaan dan menambahkan pendapatan


- resort didirikan
- gerai-gerai dibina
- rumah persinggahan
Kesimpulan:
Kepentingan sungai kepada manusia memang sudah dikenal pasti sejak zamanberzaman. Pada masa dahulu sungai dijadikan jalan perhubungan antara satu tempat ke
satu tempat yang lain. Pekan-pekan dan kota terbina di sepanjang sungai. Fungsi sungai
itu masih kekal sehingga sekarang. Oleh itu sungai perlu dijaga dan dipelihara. Kempen
Cintai Sungai dan Program Sungai angkat perlu diteruskan dan diperkasakan semula
demi kepentingan manusia dan mengekalkan kawasan bekalan air bersih.

25

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

Latihan 9: Permainan Tradisional


Pendahuluan:
Dalam era globalisasi ini, permainan tradisional mula dilupakan. Hal ini terjadi
kerana pengaruh permainan moden seperti permainan video, permainan komputer, dan
sebagainya berleluasa di pasaran. Mungkin ramai orang tidak tahu bahawa permainan
tradisional membawa banyak kebaikan jika permainan ini dipraktikkan oleh generasi
muda hari ini. Oleh itu, usaha-usaha tertentu perlu diambil untuk mempopularkan
permainan ini, terutamanya kepada generasi muda.
Isi-isi karangan: cara-cara mempopularkan permainan tradisional
1. Peranan pihak sekolah
- mengadakan kegiatan kokurikulum yang berkaitan dengan permainan tradisional,
Contohnya permainan congkak, mencipta wau sobek atau pertandingan bermain
sepak raga.
- tujuannya supaya generasi muda terutama pelajar sekolah kenal dengan
permainan tradisional dan boleh mengetahui cara-cara bermain permainan ini.
2. Peranan pihak Kementerian Kesenian, Kebudayaan, dan Warisan
- mengadakan pesta permainan ini tradisional di peringkat negeri atau kebangsaan.
- memperluaskan permainan ini hingga ke peringkat antarabangsa ; contohnya
permainan wau dan permainan sepak raga (Sepak takraw).
- perkenalkan kepada pelancong melalui program pelancongan ; tak kenal maka
tak cinta.
3.

Peranan media massa


- menyiarkan program yang memaparkan permainan tradisional dan cara-cara
permainan itu dihasilkan.
- Menyiarkan program sukaneka berteraskan permainan tradisional (sukan rakyat)
seperti program telematch yang disiarkan oleh media massa Eropah.

Kesimpulan:
Dalam usaha untuk mengekalkan permainan tradisional, pihak yang berkenaan
haruslah mengambil langkah yang sesuai untuk memperkembangkan dan
memajukannya. Hal ini demikian kerana permainan tradisional membawa banyak
kebaikan kepada masyarakat dan negara. Dalam Bidang pelancongan permainan
tradisional dapat dijadikan daya tarikan pelancong. Khazanah permainan tradisional,
sekiranya tidak dikekalkan akan melenyapkan jati diri bangsa.

26

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


Latihan 10 : Keracunan makanan
Pendahuluan:
Kejadian murid atau pelajar sekolah mengalami keracunan makanan kerap berlaku
di negara ini. Kejadian itu bukan sahaja menyebabkan murid atau pelajar yang terlibat
ketinggalan dalam pelajaran kerana terpaksa bermalam di hospital selama beberapa hari
tetapi meletakkan nyawa mereka dalam bahaya. Kebanyakan kejadian itu berpunca
daripada pengabaian kebersihan makanan dan cara penyediaan makanan yang tidak
dititikberatkan soal-soal kebersihannya. Hal ini dapat dielakkan jika semua pihak
berhati-hati dalam soal kebersihan.
Isi karangan: Langkah-langkah untuk mengelakkan keracunan makanan berlaku
1. Para penyelia dan pembekal makanan mestilah mengamalkan kebersihan
- memastikan makanan yang disediakan dan dibekalkan bersih
- mesti memastikan makanan yang disediakan belum mencapai tarikh luput.
- Tahap kesihatan petugas-petugas di kantin perlu berada pada keadaan yang
baik.
2. Peranan pelajar
- mengelakkan diri mereka daripada makan di kawasan yang terdedah pada
persekitaran yang kotor.
- perlu senantiasa berwaspada terhadap makanan yang dimakan belum luput
Tarikh.
- mengamalkan kebersihan basuh tangan sebelum makan
3.
-

Pihak Kementerian Kesihatan


membuat pengawasan aspek kebersihan terhadap pengusaha dan pembekal
makanan.
pemantauan dibuat secara berkala dan kerap bukan sekadar hangat-hangat tahi
ayam.
mengenakan denda kepada pengusaha dan pembekal makanan yang melanggar
peraturan.
mengadakan kempen kepada pelajar sekolah tujuan untuk mendidik pelajar
tentang peri pentingnya aspek penjagaan kebersihan makanan.

Kesimpulan:
Masalah keracunan makanan dalam kalangan pelajar tidak akan berlaku seandainya
semua pihak sedar akan tanggungjawab masing-masing. Pengusaha dan pembekal
makanan tidak harus menganiaya dan mengorbankan para pelajar semata-mata
hendak mengaut keuntungan yang besar. Pelajar pula tidak harus membiarkan rasa lapar
dan dahaga menguasai diri sehingga mengabaikan kemurnian makanan dan minuman
yang hendak diisikan ke dalam perut.

27

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

BAHAGIAN

KARANGAN BAHAGIAN B:
KARANGAN UMUM

28

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

BAHAGIAN 2: KARANGAN UMUM

KRITERIA PENSKORAN
PERINGKAT

MARKAH

KRITERIA

Cemerlang

80-100

-Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan


tepat.
-Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis.
-Ejaan dan tanda baca yang betul.
-Laras bahasa yang sesuai dengan tugasan.
-Penggunaan kosa kata luas dan tepat
-Idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan
dengan jelas dan matang, disertakan dengan contoh
yang sesuai.
-Pengolahan menarik dan berkesan serta
pemerengganan sesuai.
-Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea
yang jelas antara perenggan.
-Penggunaan unsur bahasa bervariasi.
-Gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa
dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa,
pantun, cogan kata atau frasa.

(90-100)
(80-89)

Kepujian

66-79
(73-79)
(66-72)

Penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat.


-Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis
tetapi terdapat kesalahan yang minimum.
-Ejaan dan tanda baca yang betul.
-Laras bahasa yang sesuai dengan tugasan.
-Penggunaan kosa kata luas dan tepat
-Idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan
dengan jelas disertakan dengan contoh yang sesuai.
-Pengolahan menarik dan berkesan serta
pemerengganan sesuai.
-Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea
yang jelas antara perenggan.
-Penggunaan unsur bahasa masih bervariasi.
-Gaya bahasa masih menarik dari segi keindahan
bahasa dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa,
pantun, cogan kata atau frasa.

29

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

Baik

51-65
(58-65)
(51-57)

Memuaskan

36-50
(43-50)
(36-42)

Kurang
memuaskan

21-35
(27-35)
(21-27)

Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas .


-Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis
tetapi terdapat kesalahan minimum.
-Ejaan dan tanda baca masih betul.
-Laras bahasa sesuai dengan tugasan.
-Penggunaan kosa kata umum.
-Idea masih relevan mengikut tugasan, huraian isi
masih jelas dan contoh masih sesuai.
-Pengolahan masih menarik dan pemerengganan
masih sesuai.
-Wacana masih lengkap
-Penggunaan unsur bahasa masih bervariasi.
-Gaya bahasa kurang menarik dari segi keindahan
bahasa dan penggunaan ungkapan kurang berkesan.

Penggunaan pelbagai jenis kata terhad.


-Ayat kurang gramatis.
-Ejaan dan tanda baca betul tetapi terdapat
kesalahan minimum
-Laras bahasa kurang sesuai dengan tugasan.
-Penggunaan kosa kata umum dan terhad.
-Idea masih relevan mengikut tugasan, huraian isi
kurang jelas dan contoh kurang sesuai.
-Pengolahan kurang menarik.
-Wacana masih/kurang lengkap
-Penggunaan unsur bahasa kurang bervariasi.
-Gaya bahasa kurang menarik dari segi keindahan
bahasa dan penggunaan ungkapan kurang berkesan.
Penggunaan kata kurang tepat.
-Ayat tidak gramatis tetapi masih difahami.
-Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang
ketara.
-Idea masih relevan /bercampur aduk dan huraian
tidak jelas/ tidak berkembang dan contoh tidak
sesuai.
-Pengolahan tidak menarik.
-Wacana tidak lengkap dan binaan perenggan tidak
seimbang .
-Unsur bahasa tidak bervariasi.
-Gaya bahasa lemah dari segi keindahan bahasa
dan penggunaan ungkapan .

30

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

Pencapaian
minimum

01-20
(11-20)
(01-10)

-Keseluruhannya menunjukkan penggunaan kata


dan ayat yang tidak gramatis.
-Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang
ketara.
-Idea bercampur aduk dan huraian tidak jelas/ tidak
berkembang dan contoh tidak sesuai.
-Pengolahan tidak menarik.
-Wacana tidak lengkap dan binaan perenggan tidak
seimbang dan tidak sesuai.
-Gaya bahasa lemah dan tidak menarik dari segi
keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan .
-Keseluruhan karangan sukar/tidak difahami

CONTOH CARA MENJAWAB KARANGAN


ISI-ISI KARANGAN UNTUK SOALAN BAHASA MELAYU KERTAS 1
1.

Semangat cinta akan negara perlu dipupuk sejak kecil. Hal ini bagi
mengekalkan keamanan, kehamonian dan kesejahteraan di negara kita.
Sebagai pelajar, berikan komen anda berhubung pernyataan tersebut.
Tema

: Semangat cinta akan tanah air.

Isu
: Langkah-langkah memupuk semangat cinta akan tanah air dan
kepentingannya.
Menulis karangan:
1. Pendahuluan:
Mulakan dengan peribahasa: Kalau melentur buluh, biar dari rebungnya atau
peribahasa Arab yang bermaksud , mendidik anak kecil umpama mengukir atas batu,
sebaliknya mendidik anak setelah dewasa umpama mengukir di atas air.
Kajian yang dijalankan oleh pakar dalam bidang pendidikan mengakui bahawa
didikan ibu bapa terhadap anak-anak kecil mempunyai kesan terhadap perwatakan anak
setelah dewasa. Ketika usia masih muda, jiwa dan emosi anak-anak lebih mudah dibentuk
31

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


dan dididik ke arah menghayati semangat cinta akan negara. Anak-anak akan
menjadikan ibu bapa dan ahli keluarga sebagai rujukan untuk mempelajari tingkah laku
terpuji termasuk menyemai semangat cinta akan negara.
2. Isi:
1 Peranan ibu bapa dalam menyatakan kepentingannya.
-

ibu bapa menjadi contoh terbaik untuk diikuti


contoh : menggunakan barangan buatan tempatan.

2 Kempen melalui media massa.


-

drama dan filem bertema semangat cinta akan negara


contoh : filem Bukit Kepong.
Filem dokumentari yang memaparkan semangat cinta akan negara.
Iklan pendek

3 Peranan pihak sekolah


-

melalui aktiviti P&P dalam bilik darjah. Mata pelajaran Sivik dan Sejarah
(memperkenalkan tokoh-tokoh sejarah )

Melalui aktiviti kokurikulum : Lawatan ke tempat bersejarah, sambutan Bulan


Kemerdekaan( sajak, teater, lagu-lagu patriotik)

Kempen beli barangan buatan tempatan


4. Kesimpulan;

2.

Kegiatan lumba haram sering menjadi ikutan remaja masa kini. Ibu bapa
sering dipersalahkan apabila anak-anak terlibat dalam gejala tersebut.
Pada pendapat anda, wajarkah ibu bapa dipersalahkan dalam hal ini?
Beri komen anda berhubung isu tersebut.
Tema: lumba haram
Isu: Ibu bapa wajar dipersalahkan dalam penglibatan anak-anak.
Menulis karangan:
1.Pendahuluan:

32

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


-Definisi lumba haram.
-Golongan yang terlibat, biasanya secara berkumpulan.
-Penyumbang kepada peningkatan kemalangan jalan raya
2. Isi:
1. Ibu bapa wajar dipersalahkan dalam mengawal kegiatan anakanak(punca).
-

ibu bapa sibuk mencari rezeki/bekerja sehingga ketiadaan masa untuk


mengawal pergerakan anak-anak letih selepas pulang dari bekerja.

2. Ibu bapa terlalu memberi kebebasan kepada anak-anak


tiada/kurang kawalan.
- menurut segala kemahuan/keinginan anak-anak membeli motor
menyebabkan nereka menjadi liar.
Ungkapan menarik yang sesuai: melentur buluh biarlah dari rebungnya,
sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan.
3. Faktor lain/punca lain:
1.Sikap remaja itu sendiri ingin mencuba, menunjukkan kehebatan apabila
berada di jalan raya., tidak mahu dikongkong dan pantang dicabar.
2.Pengaruh persekitaran dan rakan sebaya yang suka berlumba.
-Pengaruh melalui media elektronik (filem/ televisyen) yang memaparkan
aksi-aksi hebat Mat Rempit di jalan raya dan remaja cuba meniru.
-Masyarakat tidak ambil peduli /kurang teguran ( Ungkapan menarik : jaga
tepi kain orang, bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masingmasing )
4. Langkah-langkah:
-

Ibu bapa perlu lebih prihatin bertindak tegas terhadap anak-anak.


Penguatkuasaan undang-undang, rondaan lebih kerap, pasang kamera litar
tertutup.
Kempen, ceramah.

5. Kesimpulan :
Semua pihak perlu bekerjasama
Ungkapan menarik : Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.

33

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


3. Semangat kejiranan kini semakin luntur dalam kalangan masyarakat
Malaysia.
Bincangkan punca-punca mengapa semangat ini semakin luntur dan
sarankan pelbagai langkah bagi menangani permasalahan tersebut.
Tema : Semangat kejiranan
Isu ; Punca-punca dan langkah-langkah
Menulis karangan:
1. Pendahuluan:
Maksud jiran dan semangat kejiranan.
-Bandingkan semangat kejiranan dahulu dan sekarang
-Dahulu rapat. Ungkapan menarik hidup sandar menyandar seperti aur
dengan tebing.
-Sekarang renggang - Ungkapan menarik bagai enau dalam belukar,
melepaskan pucuk masing-masing.
2. Isi Punca-punca
a) Perubahan hidup masyarakat sekarang- terlalu sibuk mencari rezeki,
mengejar kebendaan, kemewahan dan gaya hidup (keluar awal pagi, pulang
pada waktu malam). Kesannya, tidak sempat bertegur sapa/ mengenali jiran
tetangga.
-

Pekerjaan masyarakat dahulu lebih bercorakkan pertanian di kawasan luar


bandar.Konsep gotong royong menjadi amalan bersandar kepada peribahasa,
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, hati gajah sama dilapah, hati
kuman sama dicecah.
b) Kemajuan dalam bidang teknologi mempengaruhi kelunturan semangat
kejiranan yang mengurangkan amalan kunjung mengunjungi
- Sajian pelbagai program menarik melalui media elektronik menyebabkan
masyarakat leka dan tidak menghiraukan jiran tetangga.
- Masa dihabiskan di hadapan skrin televisyen.

3. Langkah-langkah:
a) Menghidupkan kembali amalan bergotong royong masyarakat akan saling
bekerjasama seperti membersih kawasan kediaman, memperbaiki alat-alat
permainan dan menebas semak-samun.
- elakkan daripada nasi menjadi bubur.

34

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


b) Kempen amalan rumah terbuka
-pada musim perayaan dapat mengenali jiran tetangga
-kenduri-kendara
-majlis keramaian
-kempen melalui media elektronik/media cetak tentang pentingnya
hubungam kejiranan.
4 .Kesimpulan:

4.

-Semangat kejiranan penting untuk negara(pelbagai bangsa, agama dan budaya


dalam usaha pemupukan semangat perpaduan.
- Ungkapan menarik- Jiran sepakat membawa berkat.
Pelancongan Desa merupakan salah satu aktiviti yang dapat menghasilkan
pendapatan kepada penduduk kampung dan seterusnya memberi manfaat
kepada negara.
Pelancongan ini diperkenalkan sebagai usaha menggalakkan aktiviti
ekonomi dalam kalangan penduduk.
Bincangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk memajukan industri
ini agar terus berkembang maju.
Tema: Pelancongan Desa
Isu: Langkah-langkah memajukan Pelancongan Desa
Menulis karangan:
1.Pendahuluan:
Pelancongan merupakan industri perkhidmatan yang kian berkembang maju.
-Tahun 2000, 10.2 juta pelancong berkunjung ke Malaysia.
-Malaysia negara ketiga paling ramai menerima pelancong Asia Timur selepas
China dan Hong Kong.
Pelancongan Desa satu kosep yang unik, sangat sesuai bagi mereka yang ingin
merasai pengalaman menjalani cara hidup masyarakat Melayu.
-Pelancongan Desa yang berasaskan pertanian misalnya dapat memberi
pengalaman kepada pelancong menghargai hidup kampung dan merasai nikmat
alam semulajadi dengan melawat ladang buah-buahan, sayur-sayuran dan
ternakan.

35

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

2.Isi-isi: Langkah-langkah
a) Pihak kerajaan boleh menggalakkan perniagaan industri-industri ini seperti
mengadakan pelbagai kempen serta menyediakan dan mencekapkan infrastruktur. seperti
infrastruktur kawasan antaranya rumah penginapan, kantin, bekalan air bersih, elektrik
dan kemudahan asas yang lain.
b) Menyediakan aktiviti-aktiviti rekreasi seperti mendaki bukit dan gunung, memancing,
berkhemah, melawat gua, merentas hutan , memerhati burung, melawat lading, kebun
buah-buahan, berbasikal dan sebagainya.
b) Mempromosikan kawasan pelancongan di desa kepada pelawat daripada dalam negeri
dan luar negeri melalui kerjasama agensi-agensi kerajaan dan swasta.
d) Membangunkan kawasan desa yang sesuai untuk tujuan pelancongan dengan
menyediakan penginapan dan kawasan menjamu selera.
Kesimpulan:
Pelancongan menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacu pertumbuhan
industri-industri berkaitan yang lain yang kesemuanya berperanan sebagai wahana dalam
pembangunan mega Malaysia menuju negara maju dalam abad ini. Selain dari sudut
komersial pelancongan, peningkatan kunjungan pendatang luar ke negara ini dengan
sendirinya akan memasyhurkan kemakmuran Malaysia di mata dunia.Pelancongan
berasaskan pertanian untuk memberi pengalaman kepada pengguna.
5. Permainan tradisional perlu dikekalkan untuk generasi turun temurun.
Bincangkan.
Tema: Permainan tradisional
Isi : Langkah-langkah meningkatkan permainan tradisional.
Menulis karangan:
1. Pendahuluan:
Permainan tradisional semakin dilupakan oleh masyarakat.
-lebih meminati permainan moden seperti video.
-akan lupus sekiranya tidak ditangani dengan segera.
-mendatangkan kerugian kepada negara.
2. Isi-isi:

36

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


Langkah-langkah meningkatkan permainan tradisional.
a)
-

Penganjuran permainan tradisional oleh pihak kerajaan.


mengadakan pertandingan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
Penyertaan daripada pelbagai kaum amat digalakkan.
Menawarkan hadiah yang lumayan.

b) Menubuhkan kelab permainan tradisional di sekolah.


- guru-guru dihantar berkursus untuk memahirkan permainan ini.
- Generasi muda akan meminati permainan ini jika diketengahkan wau,
gasing, congkak dan pelbagai lagi.

c) Kerajaan mengadakan kempen permainan tradisional.


-promosi melaui jabatan kerajaan dan media massa.
-melibatkan semua jabatan kerajaan.
-mengadakan bulan permainan tradisional.
d) Mewajibkan semua hotel mengadakan pertandingan permainan tradisional
-mengadakan pertandingan antara kakitangan hotel dan para pengunjung.
-dapat menarik pelancong terutama dari luar negeri.
-Pelancong akan menceritakan pengalaman mereka kepada rakan-rakannya.
e)

Menobatkan pemenang sebagai tokoh permainan tradisisonal.


-

diberikan pelbagai anjaran berupa wang, sijil dan sebagainya.


diwawancara di kaca-kaca televisyen dan surat khabar.
- -berasa dihargai dan setaraf dengan kejayaan dalam permainan moden.
Memberi dana kepada kelab-kelab permainan tradisional.
-

dapat mengadakan program dan aktiviti sepanajng tahun.


Dapat menarik minat orang ramai untuk menyertainya.
Diperluas hingga ke kawasan pedalaman.

Kesimpulan:
Permainan tradisional- wajar diwarisi oleh generasi baru tak lapuk dek hujan,
tak lekang dek panas.
-dapat mengekalkan budaya dan identiti bangsa.

37

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

LATIH TUBI :
SOALAN-SOALAN LATIHAN PERBENGKELAN
1

Rakan anda ingin mempelajari penggunaan komputer.Namun,dia tidak mampu


berbuat demikian kerana komputer dan yurannya mahal.Berikan cadangancadangan anda supaya rakan anda dapat menguasai penggunaan komputer
tersebut.

2. Membaca Jambatan Ilmu. Bincangkan kepentingan maksud peribahasa ini


dalam kehidupan anda.
3. Pertambahan universiti yang pesat menyebabkan bilangan rakyat yang
berkelulusan ijazah bertambah.Pada pendapat anda,jelaskan bentuk kerjaya yang
akan muncul .
4. Sekolah anda telah mengadakan aktiviti minggu Bahasa Melayu.Antara aktiviti
yang diadakan adalah pertandingan mengarang esei yang bertajukKerjaya Alaf
Baru.Tulis esei anda selengkapnya.
5. Perkembangan sistem pengangkutan moden di negara kita kini semakin
pesat.Bincangkan faedah-faedah yang boleh diambil oleh orang ramai.
6. Kawasan Petempatan Yang Terancang Mengurangkan Pencemaran
Alam.Huraikan penyataan ini.
7. Berakit-rakit dahulu,Berenang-renang ke tepian.Ulaskan peribahasa tersebut.
8. Budaya menabung penting dalam kehidupan sesbuah masyarakat.Bincangkan
kepentingan budaya menabung.
9. Pendidikan Industri Pemangkin Pembangunan Negara.Bahaskan.
10. Anda telah membaca sebuah cerpen dalam sebuah majalah remaja.Cerpen
tersebut amat menarik dan berkesan.Terangkan keistimewaan cerpen tersebut.
11. Penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dapat membentuk sahsiah yang
sempurna.Berikan pendapat anda.
12. Negara-negara Asia sering dilanda oleh pelbagai wabak penyakit yang
berbahaya.Antaranya ialah Japanese Encephalitis(JE),Sindrom Pernafasan Akut

38

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


Teruk(SARS) dan yang terkini Selsema Burung.Pada pandapat anda,mengapakah
masalah ini berlaku dan cara-cara mengatasinya.
13. Warga emas merupakan golongan yang patut diberikan penghargaan sepanjang
masa.Anda berhasrat untuk menulis sebuah rencana tentang usaha-usaha
menanamkan sikap menghargai warga emas dalam kalangan masyarakat.Tuliskan
rencana anda selengkapnya.
14. Anda telah menyertai program pertukaran pelajar dengan sebuah negara
jiran.Jelaskan faedah-faedah yang anda peroleh daripada program tersebut.
15.Nilai-nilai murni perlu diamalkan oleh semua anggota masyarakat dalam negara
ini. Bincangkan kepentingan nilai murni perlu diamalkan.
16 Sekolah anda telah mengadakan kempen Minggu Keceriaan Sekolah,anda
dikehendaki menerangkan cara-cara untuk mengekalkan keceriaan sekolah anda.
17. Keindahan alam semula jadi penting dalam kehidupan kita seharian.Pada
pendapat anda,huraikan cara-cara untuk mengekalkan keindahan alam semula jadi.
18. Belakangan ini banjir kilat seringkali melanda bandar-bandar besar di negara
ini.Pada pendapat anda,mengapakah masalah ini berlaku dan berikan cara-cara
untuk mengatasinya..

SOALAN-SOALAN TAMBAHAN (GERAK KERJA RUMAH)


1

.Baru-baru ini satu pertandingan syarahan anjuran Badan Pencegah Rasuah telah
diadakan di daerah anda. Anda merupakan salah seorang daripada peserta
tersebut. Tajuk syarahan ialah Rasuah Punca dan Langkah.
39

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

Tuliskan teks ucapan itu selengkapnya.


2.

Tugas menjaga alam sekitar merupakan tanggungjawab bersama.


Bincangkan langkah-langkah yang mampu diambil oleh semua pihak dalam usaha
melestarikan alam sekitar di negara kita

.3.

Tulis sebuah rencana berhubung kebaikan dan keburukan penggunaan telefon


bimbit kepada pelajar.

4.

Peningkatan kadar kematian akibat kemalangan jalan raya begitu ketara setiap
tahun.
Ulaskan.

5.

Salah satu kecanggihan dan kemajuan dalam teknologi komunikasi pada hari ini
ialah penggunaan Sistem Maklumat Ringkas (SMS).
Nyatakan kebaikan dan keburukan yang diperoleh daripada penggunaan teknologi
ini kepada manusia.

SKEMA JAWAPAN SOALAN LATIHAN PERBENGKELAN


1. Rakan anda ingin mempelajari penggunaan komputer.Namun,dia tidak mampu
berbuat demikian kerana komputer dan yurannya mahal.Berikan cadangancadangan anda supaya rakan anda dapat menguasai penggunaan komputer
tersebut.

40

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


Rangka karangan
1. Pendahuluan
2. Isi-isi penting
3. penutup
Isi-isi penting
-gunakan makmal komputer sekolah
-pergi siber kaf
-pergi ke rumah rakan
-sewa beli
-mengambil kursus komputer
2

Peribahasa/ungkapan.Membaca Jambatan Ilmu

Rangka karangan
1. Pendahuluan
2. Isi-isi penting
3. Penutup
Isi-isi Penting
-isi masa lapang
-tingkatkan prestasi dalam peperiksaan
-meningkatkan ilmu pengetahuan
-tidak tertingggal dalam sesuatu hal
-tidak mudah diperbodohkan
3

Pertambaham universiti yang pesat menyebabkan bilangan rakyat yang


berkelulusan ijazah bertambah.Pada pendapat anda,jelaskan bentuk kerjaya yang
akan muncul .

Rangka karangan
1. Pendahuluan
2. Isi-isi penting
3. Penutup
Isi-isi penting : kerjaya dalam bidang
-e-dagang
-bioteknologi
-biomedik
-mekatronik
-bioorganik

41

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

Sekolah anda telah mengadakan aktiviti minggu Bahasa Melayu.Antara aktiviti


yang diadakan adalah pertandingan mengarang esei yang bertajukKerjaya Alaf
Baru.Tulis esei anda selengkapnya.

Rangka karangan
1. Pendahuluan
2. Isi-isi penting
3. Penutup
Isi-isi penting
-e-dagang
-bioteknologi
-biomedik
-mekatronik
-bioorganik
5

Perkembangan sistem pengangkutan moden di negara kita kini semakin


pesat.Bincangkan faedah-faedah yang boleh diambil oleh orang ramai.

Rangka karangan
1. Pendahuluan
2. Isi-isi penting
3. Penutup
Isi-isi penting
-mempercepatkan perjalanan
-mengelakkan berlakunya kesesakan lalulintas
-peluang pekerjaan
-kemalangan dapat dielakkan
-meningkatkan ekonomi
6

Kawasan Petempatan Yang Terancang Mengurangkan Pencemaran


Alam.Huraikan penyataan ini.

Rangka karangan
1. Pendahuluan
2. Isi-isi penting
3. Penutup
Isi-isi penting
-saliran yang baik
42

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


-terdapat pelbagai kemudahan
-ada pihak berwajib
-sistem pembuangan sampah
-penanam semula pokok
7

Berakit-rakit dahulu,Berenang-renang ke tepian.Ulaskan peribahasa tersebut.

Rangka karangan
1. Pendahuluan
2. Isi-isi penting
3. Penutup
Isi-isi penting
-rajin
-lihat kejayaan orang lain
-gunakan segala kemudahan untuk berjaya
-usaha tanpa putus asa
-tabah tempuh dugaan
-jadikan kesilapan dulu sebagai kunci untuk berjaya
8

Budaya Menabung penting dalam kehidupan sesbuah masyarakat.Bincangkan


kepentingan budaya menabung.

Rangka karangan
1. Pendahuluan
2. Isi-isi penting
3. Penutup
Isi-isi penting
-dapat berjimat cermat
-persediaan masa hadapan
-ekonomi keluarga terjamin
-memupuk sifat bersabar
-memantapkan insitusi kewangan
9

Pendidikan Industri Pemangkin Pembangunan Negara.Bahaskan.


Isi-isi penting

Rangka karangan
1. Pendahuluan
2. Isi-isi penting
3. Penutup
Isi-isi Penting
-asas pembangunan ekonomi

43

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


-wujudkan pakar-pakar dalam sesuatu kemahiran
-langkah pertama untuk menyaingi negara teknologi yang lain
-mewujudkan system industry yang sistematik
-tidak bergantung kepada negara lain
-proses R&D
10 Anda telah membaca sebuah cerpen dalam sebuah majalah remaja.Cerpen
tersebut amat menarik dan berkesan.Terangkan keistimewaan cerpen tersebut.
Rangka karangan
1. Pendahuluan
2. Isi-isi penting
3. Penutup
Isi-isi Penting
a. Cara pengolahan cerpen
b. Plot cerpen
c. Penggunaan unsur bahasa
d. Terdapat unsur nasihat
e. Terdapat penerapan nilai murni dan unsur-unsur pengajaran
11 Penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dapat membentuk sahsiah yang
sempurna.Berikan pendapat anda.
Rangka karangan
1. Pendahuluan
2. Isi-isi penting
3. Penutup
Isi-isi penting
-mendisiplinkan pelajar
-pupuk semangat kerjasama
-Cungkil bakat terpendam
-kenal sesuatu aktiviti itu
-elakkan masalah sosial
12 Negara-negara Asia sering dilanda oleh pelbagai wabak penyakit yang
berbahaya.Antaranya ialah Japanese Encephalitis(JE),Sindrom Pernafasan Skut
Teruk(SARS) dan yang terkini Selsema Burung.Pada pandapat anda,mengapakah
masalah ini berlaku dan cara-cara mengatasinya.
Rangka karangan
1. Pendahuluan
44

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


2. Isi-isi penting
3. Penutup
Isi-isi penting
-kawasan persekitaran tercemar
-cetek pengetahuan tenteng penyakit berjangkit
-Tidak mengamalkan gaya hidup sihat
-tidak mendapat rawatan segera
-Kempen kesedaran
-melakukan kaji selidik
13 Warga emas merupakan golongan yang patut diberikan penghargaan sepanjang
masa.Anda berhasrat untuk menulis sebuah rencana tentang usaha-usaha
menanamkan sikap menghargai warga emas dalam kalangan masyarakat.Tuliskan
rencana anda selengkapnya.
Rangka karangan
1.Karangan berformat
-tajuk
-penulis
2. Isi-isi penting
3. Penutup
Isi-isi penting
-didkan agama
-kempen motivasi
-lawatan
-penerapan nilai-nilai murni di sekolah
-pengajaran daripada televisyen
14. Anda telah menyertai program pertukaran pelajar dengan sebuah negara
jiran.Jelaskan faedah-faedah yang anda peroleh daripada program tersebut.
Rangka karangan
1. Pendahuluan
2. Isi-isi penting
3. Penutup
Isi-isi penting
-kenali budaya negara tersebut
-dapat mempelajari bahasa
-mendapat pengalaman baru

45

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


-menggalakkan industry pelancongan

15.Nilai-nilai murni perlu diamalkan oleh semua anggota masyarakat dalam


negara ini. Bincangkan sebab-sebab nilai murni perlu diamalkan.
Rangka karangan
4. Pendahuluan
5. Isi-isi penting
6. Penutup
Isi-isi penting
-pupuk semangat perpaduan
-pertahanan negara semakin teguh
-politik negara akan stabil
-ekonomi negara meningkat
-tingkatkan industri pelancongan
16. Sekolah anda telah mengadakan kempen Minggu Keceriaan Sekolah,anda
dikehendaki menerangkan cara-cara untuk mengekalkan keceriaan sekolah anda.
Rangka karangan
7. Pendahuluan
8. Isi-isi penting
9. Penutup
Isi-isi penting
-pertandingan keceriaan
-denda
-gotong-royong
-bina lanskap
-konsep skolah dalam taman
17. Keindahan alam semula jadi dalam kehidupan kita seharian.Pada pendapat
anda,huraikan cara-cara untuk mengekalkan keindahan alam semula jadi.
Rangka karangan
2. Pendahuluan

46

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


3. Isi-isi penting
4. Penutup
Isi-isi penting
-kurangkan kegiatan pembalakan
-melakukan penanaman semula
-peranan keluarga(kebersihan)
-peranan sekolah
-kempen
18 Kebelakangan ini banjir kilat seringkali melanda Bandar-bandar besar di Negara
ini.Pada pendapat anda,mengapakah masalah ini berlaku dan berikan gerakangerakan untuk mengatasinya..
Rangka karangan
1.Pendahuluan
2.Isi-isi penting
3. penutup
Isi-isi penting
-saliran tersumbat
-musim hujan tidak menentu
-bangunan tidak seimbang
-perbesarkan saliran
-rancang pembangunan

47

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

SKEMA JAWAPAN
ISI-ISI KARANGAN SOALAN TAMBAHAN (GERAK KERJA RUMAH)
1.

Baru-baru ini satu pertandingan syarahan anjuran Badan Pencegah Rasuah


telah diadakan di daerah anda. Anda merupakan salah seorang daripada
peserta tersebut. Tajuk syarahan ialah Rasuah Punca dan Langkah.
Tuliskan teks ucapan itu selengkapnya.
Format: Syarahan
Tema: Rasuah
Isu: Punca dan langkah
Menulis karangan:
1. Pendahuluan:
Fenomena rasuah tumbuk rusuk atau makan suap dan konotasi ini membawa
maksud yang negatif kepada imej negara
-Banyak melibatkan pegawai kerajaan berprofil tinggi.
2. Isi-isi:
1.Punca rasuah:
1 Keinginan untuk cepat kaya dan hidup mewah terlalu mengejar kebendaan
-Kurang penghayatan nilai-nilai murni menganggap rasuah sebagai satu
kebiasaan.
2 Penguatkuasaan undang-undang yang lemah dalam sistem perundangan- Mahkamah mengenakan hukuman yang ringan kepada peslah rasuah berbanding
jumlah rasuah yang diambil oleh mereka.
-Memberi satu pandangan negatif terhadap keupayaan sistem kehakiman dalam
menangani isu ini.
-Mereka yang telah dijatuhkan hukuman akan terus melakukan kegiatan tersebut
kerana selepas keluar dari penjara , mereka masih mampu menikmati hasil rasuah
yang mereka ambil setelah keluar dari penjara.
2 Langkah-langkah menangani:
- .1 Peranan pihak kerajaan menahan, mendakwa dan menghukum pesalah
rasuah tanpa mengira kedudukan tidak memilih bulu.

48

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


2 Mengadakan kempen sama ada melalui media cetak atau media elektronik yang
dibuat secara holistik agar khalayak masyarakat dapat menerimanya.
-Kempen haruslah yang benar-benar boleh memberi kesan kepada yang
menjadikan masyarakat berfikir dua kali sebelum melakukan perbuatan tersebut.
3
Penerapan konsep keagamaan dan moral sama ada di peringkat sekolah
atau universiti mampu menyekat penularan wabak sosial ini.
Kesimpulan:
Anjakan paradigma masyarakat terhadap gejala rasuah perlu berlaku terlebih
dahulu jika masalah ini hendak diatasi hingga ke akar umbi.
- Konsep mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.
2.

Tugas menjaga alam sekitar merupakan tanggungjawab bersama.


Bincangkan langkah-langkah yang mampu diambil oleh semua pihak dalam
usaha melestarikan alam sekitar di negara kita.
Tema: Alam sekitar
Isu ; Langkah-langkah melesterikan alam sekitar.
Menulis karangan :
1.Pendahuluan:
-Alam sekitar semakin tercemar.Hutan semakin mengalami kemusnahan.
Masyarakat masih belum menyedari dan mengambil pengajaran daripada kejadian
yang menimpa alam sekitar.
-Alam sekitar perlu dijaga khazanah yang tiada nilainya.
-Kemusnahan alam sekitar dapat menggugat kestabilan ekosistem menjadikan
bumi kian gersang-Kerakusan manusia mengejar pembangunan- memusnahkah segala keindahan.
2.Isi :
2.1 Langkah-langkah menjaga alam sekitar :
1.

Kerajaan mewartakan kawasan hutan sebagai Taman Negara dan Hutan


Simpan Kekal. Hutan akan terus terpelihara tanpa ada usaha untuk
menebangnya dan mengaut sedikit keuntungan dalam jangka masa
pendek.

49

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


2.
-

Menguatkuasakan undang-undang Hukuman lebih keras kepada


pesalah yang bertindak menjejaskan alam sekitar.
Untuk tujuan pembangunan seperti projek pembalakan dan pembangunan
perumahan yang melibatkan kemusnahan alam sekitar harus dikaji.
Kerajaan boleh meletakkan syarat bahawa setiap pohon yang ditebang, harus
diganti dengan dua atau tiga batang pokok. berfikir dua kali untuk
menebang pokok.

3.

Memperkenalkan mata pelajaran Pendidikan Alam Sekitar di sekolah


menerapkan rasa cinta dan menghargai akan alam sekitar- melentur
buluh, biarlah dari rebungnya.

4.

Kempen kesedaran mencintai alam sekitar pertandingan menulis


esei, iklan melalui media cetak dan media elektronik.

Kesimpulan:
Tugas menjaga alam sekitar merupakan tanggungjawab bersama.

3.

Tulis sebuah rencana berhubung kebaikan dan keburukan penggunaan


telefon bimbit kepada pelajar.
Format :Rencana
Tema: Penggunaan telefon bimbit
Isu ; Kebaikan dan keburukan
Menulis karangan :
1. Pendahuluan:
-Salah satu alat teknologi canggih masa kini
-Membantu manusia melaksanakan pelbagai urusan menjadi barangan
keperluan , dimiliki oleh semua golongan.
-Penggunaannya sebagai satu trend atau gaya hidup masa kini.
2. Isi-isi:
2. Kebaikan:
1 Kemudahan untuk berkomunikasi

50

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


-

Dapat menghubungi sesiapa sahaja walaupun berada di tempat yang jauh,


tersebut.
Merapatkan hubungan antara ibu bapa, adik, kakak, abang, kawan dan guru .
Boleh menghubungi sesiapa sahaja secara cepat, tepat dan menjimatkan masa
pada bila-bila sahaja baik waktu kecemasan atau waktu gembira.

2.

Sebagai satu bentuk penyamaian informasi yang pelbagai dan menarik


-Pertukaran maklumat dan pengetahuan dengan sesiapa sahaja yang berada jarak
dekat atau jauh tanpa mengira waktu.
-Pelajar boleh mendapat apa-apa saja maklumat jika ketinggalan menjadikan
remaja kita berinformasi.

3.

Boleh merakam sebarang bukti kejadian untuk membantu dalam penyiasatan


sesuatu kes.

2. Keburukan:
1

Menggunakan untuk tujuan yang mendatangkan kesan negatif/gejala tidak sihat


- Penyebaran fitnah melalui SMS
-Menghantar gambar-gambar lucah dan klip video yang tidak senonoh, lalu
berkongsi pula dengan rakan yang lain.

Pelajar hilang tumpuan untuk belajar


- Tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian untuk pelajaran
-Pelajar menggunakan telefon ketika guru mengajar tanpa segan silu.
-menjejaskan proses p&p, pelajaran merosot
.

Kesimpulan:
-Penggunaan telefon bimbit wajar dikawal terutama dalam kalangan pelajar .
Kajian menunjukkan telefon bimbit mampu menjejaskan kesihatan pelajar melalui
gelombang bunyi yang dikeluarkan sewaktu bertelefonKonsep cegah sebelum parah.

4.

Peningkatan kadar kematian akibat kemalangan jalan raya begitu ketara


setiap tahun.
Ulaskan.
Format :Tiada
Tema: Kemalangan jalan raya

51

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


Isu: Punca dan langkah
Menulis karangan :
Pendahuluan:
Kemalangan jalan raya semakin meningkat Bilangan kenderaan semakin
bertambah. Jalan raya semakin sesak- Manusia hilang kesabaranPerlu langkah-langkah awal untuk pencegahan Cegah sebelum parah.
Isi:
Punca:
1. Tidak mematuhi peraturan jalan raya, tidak mempedulikan kenderaan lain.
-memandu laju (ingin cepat sampai ke destinasi), dalam keadaan mabuk
,berlumba di jalan raya, tidak mempunyai lessen memandu.
2. Kenderaaan tidak diselia dengan baik sewaktu menggunakannya terutama
untuk perjalanan jarak jauh (musim perayaan)
3. Keadaan jalan raya yang tidak sempurna- mengalami kerosakan (berlubang),
-tidak mempunyai sebarang tanda amaran di kawasan yang mengalami kerosakan
jalan raya.
Langkah-langkah:
1. Mengadakan Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PPKIR)-dapat membantu memberi kesedaran dan perlu usaha untuk menjadi pemandu
yang berhemah sejak awal - peringkat sekolah, daerah, negeri dan negara yang
mengsasarkan semua komuniti masyarakat sama ada pelajar, ahli politik , ketua
negara, pendidik mahupun badan-badan profesional.
2. Membina lorong khas motosikal di jalan-jalan yang dikenalpasti sebagai
kawasan risiko kemalangan yang melibatkan penunggan dan pembonceng
motosikal.
Kesimpulan:
- Pengguna jalan raya harus berubah sikap. Slogan anda mampu
mengubahnyamemang tepat sebagai peringatan kepada semua pengguna jalan
raya.
.

52

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


5. Salah satu kecanggihan dan kemajuan dalam teknologi komunikasi pada
hari ini ialah penggunaan Sistem Maklumat Ringkas (SMS).
Nyatakan kebaikan dan keburukan yang diperoleh daripada penggunaan
teknologi ini kepada manusia.
Tema: Sistem Maklumat Ringkas (SMS)
Isu: Kebaikan dan keburukan penggunaan SMS kepada pengguna.
Menulis karangan:
1.Pendahuluan:
Kecanggihan dan kemajuan dalam teknologi komunikasi mengubah gaya hidup
manusia.
-Pelbagai syarikat telekomunikasi berlumba-lumba menawarkan perkhidmatan
terbaik kepada pelanggan mereka (khidmat pesana ringkas SMS, khidmat
pesanan multimedia MMS, teknologi tanpa wayar Bluetooth dan lain-lain).
SMS fungsi perkhidmatan semakin meluas program realiti (televisyen)
hiburan, mencari menantu dan pelbagai lagi.
2.Isi-isi:
Kebaikan dan keburukan:
Kebaikan:

a. Sebagai alat komunikasi yang paling cepat dan cekap untuk


menyampaikan maklumat.
bukan sekadar untuk berhubung dengan rakan-rakan, tetapi untuk melaporkan
sebarang masalah sosial seperti kes rogol dan jenayah .
Laporan melalui SMS yang dikenal sebaga DAPAT konsep yang
diamalkan menerusi Rakan Cop sebagai bukti, index kadar jenayah
mengalami penurunan 24,571 (2003), 21241 (2004) dan 19695(2005).
b. Memudahkan komunikasi antara pihak sekolah dengan ibu bapa.

Kesibukan ibu bapa bekerja, tidak mempunyai masa yang banyak untuk
mengikuti perkembangan anak-anak ibu bapa hanya perlu mengakses
melalui telefon bimbit.
Menyalurkan maklimat berkaitan kehadiran, disiplin, latihan pelajar,
keputusan peperiksaan dan takwim aktiviti.

53

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


2.Keburukan:
1. Alat penyebar maklumat yang berbaur fitnah, perkauman, isu agama,
perhimpunan haram, berita palsu dan sebagainya- semakin berleluasa dan
membimbangkan.
-Mesej yang menyentuh sensitiviti agama boleh mencetuskan perbalahan kaum
menggugat keamanan negara.
2. Timbulkan kes penipuan- ramai tertipu dengan tawaran hadiah bernilai berpuluhpuluh ribu ringgit mengalami kerugian.
-Modus operandi penjenayah ialah menghantar SMS mendakwapenerima memenangi
hadiah bernilai ribuan ringgit.
-Mengarahkan mangsa memasukkan sejumlah wang ke dalam nombor akaun sebelum
menunggu panggilan daripada penjenayah bagi menuntut wang yang dimenangi.
Kesimpulan:
-Budaya SMS merupakan cara berkomunikasi yang paling mudah, ringkas dan efektif
serta lebih menjimatkan untuk berhunung antara satu sama lain.
-Harus lebih bertanggungjawab dan memanfaatkan sebaik mungkin segala
kemudahan tersebut.

54

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

BAHAGIAN 3:
RUMUSAN KARANGAN
&
SOALAN PEMAHAMAN PETIKAN UMUM

55

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

RUMUSAN KARANGAN DAN PEMAHAMAN PETIKAN UMUM

1. Soalan ini dikemukakan sebagai soalan 1 dalam kertas 2 Bahasa Melayu SPM.
2. Soalan tentang rumusan menyediakan 30 markah, manakala soalan tentang
pemahaman umum menyediakan 9 markah.
3. Dari segi binaan perenggan, murid digalakkan menulis rumusan dalam 4
perenggan iaitu:
a) pendahuluan
b) isi tersurat
c) isi tersirat
d) kesimpulan
4. Dari segi bilangan perkataan pula, para pelajar\dikehendaki menulis rumusan
antara 100 hingga 120 patah perkataan.
5. Soalan rumusan mempunyai dua kata kunci atau dua tugasan. Contohnya:Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang
Kepentingan (kata kunci 1) menghidupkan semula permainan tradisional
dan usaha-usaha (kata kunci 2) yang perlu dilakukan.
6. Kata kunci yang pertama ialah tugasan untuk menyatakan isi tersurat.
7. Kata kunci kedua ialah tugasan untuk menyatakan isi tersirat.
CARA MUDAH MENULIS RUMUSAN MENGGUNAKAN KAEDAH
PSTK 1621.
1. Menggunakan kaedah PSTK 1621
P = Pendahuluan 1
S = Isi Tersurat
6
T = Isi Tersirat
2
K = Kesimpulan
1
2. Pendahuluan disimbolkan sebagai P1 kerana pendahuluan perlu ditulis dalam
satu ayat.
3. Isi tersurat disimbolkan sebagai S6 kerana isi tersurat perlu ditulis dalam 6 ayat
4. Isi tersurat disimbolkan sebagai T2 kerana isi tersurat perlu ditulis dalam 2 ayat
5. Kesimpulan disimbolkan sebagai K1 kerana kesimpulan perlu ditulis dalam 1 ayat
sahaja.
6. Oleh itu, PSTK 1621 mewakili 10 ayat.

56

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


7. Sekiranyanya satu ayat terdiri daripada 10 hingga 12 ayat dan satu ayat 10
patah perkataan, maka jumlah perkataan dalam rumusan anda terdiri daripada
100 hingga 120 patah perkataan. Contohnya seperti berikut:P= 1 ayat
S= 6 ayat
T= 2 ayat
K=1 ayat

;
;
;
;

10 patah perkataan
60 -72 patah perkataan
20 patah perkataan
10 patah perkataan

JUMLAH = 100-112 patah perkataan


Pembahagian markah:
i) PSTK mengandungi 10 isi
ii) Bahasa

= 10 x 2 markah
= markah isi

JUMLAH

= 20 markah
= 10 markah
= 30 markah

8. Pada peringkat permulaan, pelajar boleh menggunakan borang kerangka berikut


(sila lihat lampiran 1)
9. Penggunaan Lampiran bertujuan supaya pelajar dapat membuat rumusan dengan
cara yang mudah sama ada dari segi menulis pendahuluan, isi tersurat, isi tersirat
dan kesimpulan. Di samping itu juga cara pengiraan patah perkataan juga akan
menjadi lebih mudah.
10. Kaedah PSTK 1621 merupakan cara mudah menulis rumusan menggunakan
kaedah rumus matematik. Kaedah ini digunakan supaya format menulis rumusan
senang diingat dan difahami oleh pelajar.

57

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

LAMPIRAN 1
PENDAHULUAN (1 ayat) = 2 Markah

JUMLAH
PERKATAAN

ISI TERSURAT (6 ayat) = 12 Markah


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
ISI TERSIRAT ( 2 ayat) = 4 Markah
1.
2.
KESIMPULAN ( 1 ayat) = 2 Markah

JUMLAH PERKATAAN

* Markah Isi

P= 2m
S = 12m
T = 4m
K = 2m
20m

; Bahasa

= 10 markah
58

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

STRATEGI PENULISAN RUMUSAN DAN PEMAHAMAN


PANDUAN MENJAWAB RUMUSAN
a) cara menulis pendahuluan
1. Pendahuluan rumusan ialah satu ayat yang dapat menyatakan kandungan petikan
secara keseluruhan atau menggambarkan tema keseluruhan
2. Format jawapan untuk pendahuluan rumusan adalah seperti berikut:
. Petikan ini tentang
Petikan ini membicarakan
Petikan memperkatakan
Contoh :
Petikan ini tentang punca-punca berlakunya perlumbaan haram dalam kalangan
remaja di Malaysia/di Negara kita.
3. Jawapan isi tersurat hendaklah berdasarkan kata kunci pertama dalam soalan.
Murid dikehendaki mengemukakan isi tersurat sebaik-baiknya 6 isi. Cara
menulis isi tersurat:Salah satu punca berlakunya perlumbaan motosikal haram ialah
4. Jawapan isi tersirat pula hendaklah berdasarkan kata kunci kedua soalan rumusan.
Murid dikehendaki mengemukakan isi tersirat sekurang-kurangnya dua. Jumlah
isi tersirat bergantung pada jumlah isi tersurat.
Isi Tersurat (S)

Isi Tersirat (T)

5. Jawapan penutup/kesimpulan pula hendaklah terdiri daripada dua bahagian.


Bahagian pertama berbentuk cadangan dan bahagian kedua berbentuk harapan.
Kedua-dua bahagian ini disambungkan dengan kata hubung agar, supaya,
kerana, bagi, untuk, demi dan sebagainya.
Contoh:Kesimpulannya, semua pihak hendaklah bekerjasama menyokong usaha
membanteras gejala lumba haram dalam kalangan remaja agar melahirkan
remaja berwawasan.

59

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

b) Panduan Menjawab Soalan pemahaman


1 ) Soalan pemahaman yang dikemukakan berdasarkan petikan soalan rumusan.
2. Terdapat tiga soalan yang perlu dijawab oleh calon. Soalan-soalan itu terdiri
daripada:ii)
iii)
iv)

soalan tentang maksud rangkai kata


soalan tentang maklumat yang terdapat dalam petikan
soalan KBKK atau pengetahuan calon berkaitan dengan tema petikan.

60

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

LATIHAN 1
Soalan 1
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian buat suatu rumusan tentang
Punca-punca berlakunya kemalangan di negara kita dan langkah-langkah untuk
menanganinya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.
Berjuta-juta ringgit sudah dibelanjakan oleh kerajaan dan pihak swasta untuk
melaksanakan kempen keselamatan jalan raya yang berterusan dari semasa ke semasa.
Sungguhpun demikian, impak yang diharapkan daripada kempen ini masih pada tahap
yang membimbangkan kita. Jalan raya di negara kita masih terus menjadi medan
maut. Selain berjuta-juta ringgit dihabiskan untuk menjayakan kempen keselamatan jalan
raya, berbilion-bilion ringgit pula dihabiskan untuk membaiki jalan raya dan membina
lebuh raya baru di seluruh negara. Malangnya, kecanggihan jalan raya dan lebuh raya
yang disifatkan sebagai antara yang terbaik di dunia ini tidak dapat mengurangkan kadar
kemalangan, sebaliknya meningkatkan kadar tersebut, malah jumlahnya dikatakan
sebagai antara yang tertinggi di dunia.
Sehubungan dengan masalah tersebut, ada yang menyalahkan pihak penguat
kuasa kerana mereka dikatakan tidak bertindak tegas terhadap pengguna jalan raya yang
melanggar undang-undang. Banyak pesalah jalan raya yang dilepaskan begitu saja,
malah jika dibawa ke muka pengadilan pun, kes seumpama itu mengambil masa yang
lama untuk dibicarakan dan dijatuhkan hukuman. Sesetengah pihak pula memberikan
alas an pertambahan kenderaan di jalan raya sebagai punca berlakunya kemalangan di
negara kita, khususnya di Bandar-bandar besar dan ketika menjelang musim perayaan.
Hakikatnya, jalan raya yang lurus tentu sekali tidak berbahaya jika para pemandu
memandu dengan kelajuan yang dihadkan dan mematuhi segala peraturan lalu lintas.
Yang terjadi sekarang ialah para pemandu memandu mengikut perasaan, yakni memandu
pada kelajuan yang melebihi had laju pemanduan di jalan biasa atau di lebuh raya.
Sesetengah pemandu pula begitu berani memotong kenderaan lain di tempat-tempat
berbahaya seperti di selekoh dan di kawasan berbukit.
Dalam kalangan penunggang motosikal pula, mereka menganggap jalan raya
sebagai tempat berlumba dan menguji kehebatan masing-masing. Mereka yang begitu
angkuh dan berlagak sebagai samseng jalan raya memecut di celah-celah kenderaan lain,
memotong kenderaan lain setibanya di selekoh tajam, dan sewenang-wenangnya
melanggar lampu isyarat. Punca seterusnya ialah sikap pemandu yang memperlekeh
peraturan-peraturan keselamatan jalan raya yang telah ditetapkan.
Kecuaian pengguna jalan yang lain juga boleh mengakibatkan kemalangan,
termasuklah membawa muatan yang berlebihan, tidak memeriksa tahap keselamatan

61

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


kenderaan terlebih dahulu sebelum menggunakannya, dan memandu dalam keadaan
mabuk atau mengantuk.
Kedegilan pengguna jalan raya dengan melakukan kesalahan yang berterusan
membuktikan bahawa tahap kesedaran mereka tentang pentingnya mematuhi setiap
peraturan keselamatan jalan raya masih rendah. Sewajarnya, mereka peka terhadap
peningkatan kemalangan jalan raya serta kematian yang berpunca daripadanya setiap
tahun. Pada minggu pertama bulan Februari 2005 saja, jumlah kemalangan yang dicacat
menerusi Ops Sikap V11 melebihi 6000 kes dengan 103 kematian. Jika kempen yang
dijalankan selama ini gagal mengurangkan kadar kemalangan , maka cara yang berkesan
wajar diambil untuk menanganinya.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana pengarang, Berita Harian, Februari
2005)

Soalan 2: Pemahaman Petikan Umum


Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
i)

Berikan maksud rangkai kata terus menjadi medan maut ( 2 markah)

ii)
Apakah kesalahan-kesalahan jalan raya yang tidak seharusnya dilakukan oleh
penunggang motosikal?
(3 markah)

ii)
Pada pendapat anda, selain factor , manusia, apakah faktor-faktor mekanikal yang
memungkinkan berlakunya kemalangan di jalan raya?
(4 markah)

62

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

RANGKA JAWAPAN BAGI LATIHAN 1


PENDAHULUAN (1 ayat)

JUMLAH
PERKATAAN

ISI TERSURAT (6 ayat)


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
ISI TERSIRAT ( 2 ayat)
1.
2.
KESIMPULAN ( 1 ayat)
JUMLAH PERKATAAN

63

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

LATIHAN 2
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor
gejala samseng berlaku di sekolah dan usaha yang perlu dilakukan untuk
mengatasinya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Kes salah laku dan tindakan ganas segelintir murid terus menjadi perbualan
hangat masyarakat hari ini. Ketika Negara mengorak langkah menuju alaf ke-21 untuk
menjadi Negara maju, masalah disiplin dalam kalangan murid sekolah masih berada
pada tahap kritikal.
Perkataan gejala samseng dapat diinterpretasikan sebagai
sekumpulan murid yang terlibat dalam kegiatan jenayah di sekolah seperti melakukan
peras ugut, membuli, mencederakan murid lain atau guru, dan meminta wang
perlindungan.
Murid-murid yang bertindak samseng lazimnya mempunyai ciri-ciri yang tertentu
seperti berpakaian tidak kemas atau rambut yang tidak terurus. Mereka juga kurang
bersimpati serta enggan menghormati dan mematuhi peraturan sekolah. Kebiasaannya,
tindakan yang dilakukan oleh murid tersebut berpunca daripada tidak memiliki
kematangan fikiran, Mereka hanya memikirkan sesuatu perkara untuk jangka masa yang
pendek tanpa memikirkan risiko yang bakal ditanggung pada jangka masa panjang.
Selain itu, golongan ini tidak teguh kerohanian kerana mereka mudah menjadi berang
atau cepat marah apabila dicabar atau menganggap kedudukan mereka tergugat.
Sikap ego, tidak mahu mengalah dalam membuat keputusan sendiri merupakan
punca seseorang itu terlibat dalam gejala samseng. Hal ini demikian kerana sifat itu
amat tebal dalam jiwa remaja yang rata-rata amat sensitif. Selain itu, punca remaja
terlibat dalam kegiatan tidak bermoral ini kerana mereka juga amat mementingkan diri
sendiri dan mahu kemahuan mereka dituruti. Jika mereka tersilap dalam melakukan
sesuatu perkara sehingga dimarahi dan memalukan mereka, sudah tentu mereka akan
berasa terpinggir dan mula memberontak.
Tidak dapat dinafikan juga bahawa kegiatan samseng ini disebabkan kurangnya
didikan agama dan penghayatan nilai-nilai moral. Mereka mungkin tidak didedahkan
dengan nilai-nilai keagamaan dalam diri mereka dan tidak menjadikan nilai keagamaan
ini sebagai amalan cara hidup.
Selain itu, ibu bapa juga tidak menjalankan
tanggungjawab mereka memantau dan mengambil tahu akan kegiatan anak-anak mereka.
Hal ini akan memberi peluang kepada remaja sekolah menubuhkan kumpulan gangster
atau terlibat dalam kegiatan tersebut. Pengaruh rakan sebaya juga merupakan salah satu
faktor kegiatan samseng. Ini kerana remaja mahu diterima dalam kelompok rakan-rakan
mereka dan dihargai.
Didapati bahawa sistem sekolah yang berorientasikan peperiksaan juga mungkin
menjadikan emosi murid tertekan dan mula memberontak akibat gagal mencapai
keputusan yang diharapkan oleh diri sendiri dan ibu bapa. Faktor lain yang turut
menyumbang ke arah peningkatan gejala samseng di sekolah ialah jurang komunikasi

64

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


antara guru dengan murid, peraturan sekolah yang ketat dan suasana tempat belajat yang
tidak kondusif.
Gejala samseng ini semakin menimbulkan kegusaran orang ramai setelah
berlakunya beberapa kejadian pergaduhan dan salah laku displin yang berpunca daripada
kegiatan samseng sehingga ada yang terbunuh. Sudah tiba masanya pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia merangka satu kaedah bagi menangani kegiatan
samseng.
Dibimbangi sekiranya tiada usaha-usaha dilakukan untuk menangani kegiatan samseng
ini, usaha kerajaan untuk melahirkan modal insan berminda kelas pertama tidak akan
menjadi kenyataan.
(Dipetik dan diubahsuai daripada , Kegiatan
Samseng Dalam Kalangan Pelajar semakin Membimbangkan , Dewan Siswa Jun 2005)

Soalan 2 : Pemahaman petikan umum.


Berdasrkan petikan di atas, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
i) Berikan maksud rangkai kata masih berada pada tahap kritikal.

(2 markah)

ii) Nyatakan ciri-ciri murid yang bersikap samseng.

(3 markah)

ii) Sekiranya anda ternampak akan beberapa murid sedang mengugut seorang murid
lain, apakah tindakan anda?
(4 markah)

65

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


RANGKA JAWAPAN BAGI LATIHAN 2
PENDAHULUAN (1 ayat)

JUMLAH
PERKATAAN

ISI TERSURAT (6 ayat)


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
ISI TERSIRAT ( 2 ayat)
1.
2.
KESIMPULAN ( 1 ayat)

JUMLAH PERKATAAN

66

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


LATIHAN 3
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha
membentuk institusi keluarga dan kekangannya. Panjang rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.
Modal insan minda kelas pertama yang bermula daripada institusi keluarga kini
dilihat semakin rapuh. Masyarakat kini seolah-olah begitu materialistik kerana jati diri
mereka sudah terpesong akibat pengaruh media. Malah sosial, terutama dalam kalangan
remaja semakin parah. Hal ini amat membimbangkan, apatah pula hanya 15 tahun lagi
untuk kita mencapai matlamat Wawasan 2020 yang antaranya menggariskan visi untuk
melahirkan masyarakat yang penyayang, beretika dan bermoral tinggi.
Betapa nilai moral kita sebenarnya semakin tercabar dengan bermacam-macam
masalah yang dibawa oleh pelbagai lapisan masyarakat. Oleh itu, bagi mengelak kemelut
kebobrokan institusi keluarga, sudah sampai masanya soal intergriti, etika moral
masyarakat, dan tanda aras kejayaan hidup yang berteraskan nilai kebendaan seperti yang
kita lihat saban hari dipaparkan oleh media massa dikaji semula.
Anggota masyarakat yang menjadi ahli institusi keluarga seharusnya tidak
menerima setiap program yang disajikan secara mentah-mentah. Mereka sepatutnya
membuka minda dan fikiran mereka untuk menilai nilai-nilai yang dibawa oleh media
massa. Janganlah kerana faktor liberalisasi dan gejala globalisasi, kita menghalalkan
perkara yang songsang lalu meminggirkan siaran yang positif, bersifat didaktif, dan
mempunyai nilai murni yang kini semakin sedikit pemaparan dan liputannya.
Sebahagian besar generasi muda hari ini memperoleh katarsis apabila program
hiburan yang berbentuk reality menjadi santapan mata dan minda mereka setiap hari.
Sememangnya budaya hedonistic dan mengkhayalkan seperti program tersebut perlu
disemak semula. Program yang dapat membina modal insan serta memerdekakan jiwa
dan akal budi perlu diwujudkan agar kekuatan moral dan jati diri masyarakat dapat
dipupuk dan dibajai sepenuhnya.
Dalam soal ini, media benar-benar sudah merasuk sebilangan besar masyarakat,
khususnya generasi muda dengan sajian mereka. Oleh hal yang demikian, satu reformasi
perlu diadakan segera demi membina bangsa dan tamadun yang bermaruah bagi
menjulang martabat bangsa danadat kesopanan yang sedia wujud. Barangkali, Dasar
Komunikasi Negara perlu digubal pada alaf baru ini supaya nasi tidak menjadi bubur,
Jika kita lalai dan alpa, nescaya masyarakat hari ini akan kecundang dan modal insan
kelas pertama akan menjadi impian yang memakan masa yang lama untuk dicapai.
Begitu juga soal lumba haram yang hangat dipolemikkan dan semakin mendapat
pengikhtirafan masyarakat sehingga diberikan pelbagai gelaran dan nama. Dalam soal
ini, masyarakat sudah mengikhtiraf kedudukan mereka sama ada sedar atau tidak. Sudah
tiba masanya kita membanteras budaya ini secara besar-besaran dan bukannya
diperdebatkan melalui media massa yang lebih banyak mengikhtiraf daripada membasmi.

67

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada


Bimbang Institusi Keluarga Semakin Rapuh, Utusan Malaysia, 2007)
Soalan pemahaman petikan
Berdasarkan petikan Soalan 1 , jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
i)

Berikan maksud rangkai kata sudah merasuk sebilangan besar masyarakat.


(2 markah)

ii) Huraikan sebab-sebab institusi keluarga kini dilihat semakin rapuh.

( 3 markah)

iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah keluarga yang bahagia dapat diwujudkan?
markah)

(4

68

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


RANGKA JAWAPAN BAGI LATIHAN 3
PENDAHULUAN (1 ayat)

JUMLAH
PERKATAAN

ISI TERSURAT (6 ayat)


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
ISI TERSIRAT ( 2 ayat)
1.
2.
KESIMPULAN ( 1 ayat)
JUMLAH PERKATAAN

69

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

LATIHAN 4
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian buat satu rumusan tentang puncapunca amalan rasuah dan kesan-kesannya kepada rakyat dan Negara. Panjang
rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
YAB Datuk Seri Abdullah ahmad Badawi menyatakan bahawa laporan terkini
Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2006 adalah mendukacitakan. Walau apa-apa pun
kesimpulan yang mungkin diambil daripada kajian itu, YAB Perdana Menteri tetap
bertegas untuk melaksanakan agenda intergriti dalam negara.
Beliau menganggap
bahawa laporan itu penting sebagai suatu peringatan kepada beliau untuk menangani
gejala rasuah. Dalam hal ini, negara kita perlu berusaha dengan lebih gigih bagi
menjayakan usaha jangka panjang untuk membasmi rasuah dan melahirkan insan berhati
mulia serta berjiwa luhur dengan lebih banyak. Beliau berkata demikian ketika berucap
pada majlis pelancaran Institut Intergriti Negeri Peringkat Kebangsaan dan sambutan
Hari Intergriti Nasional 2006. Dalam dunia globalisasi ini, manusia begitu rakus
mencari kekayaan untuk mengejar kehidupan yang mewah tanpa memikirkan halal dan
haram.
Akhbar sebelum ini melaporkan perihal kedudukan Malaysia dalam CPI yang
dikeluarkan oleh Transparensi International yang jatuh dari kedudukan 39 ke tangga 44
daripada 163 negara yang terlibat dalam kajian tersebut. CPI merosot 5.0 mata
berbanding 5.1 mata pada tahun lalu. Berikutan kemerosotan itu, kedudukan Malaysia di
wilayah Asia Pasifik berada pada kedudukan ke-10, mengatasi negara serantau lain
seperti Thailand, China, India, Vietnam, Filipina dan Indonesia. YAB Perdana Menteri
menyatakan bahawa banyak pihak yang telah menyuarakan keluhan serta kritikan
bahawa banyak kes yang disabitkan dengan rasuah sama ada melibatkan ikan bilis atau
jerung masih tertangguh.
Kes rasuah sebenarnya sukar untuk diselesaikan kerana kekurangan bukti yang
kukuh. Pengamal rasuah yang menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan diri sukar
ditangkap kerana mengetahui kelemahan undang-undang. Apabila isu ini dibangkitkan
selalunya kritikan ditujukan kepada YAB Perdana Menteri yang kononnya dituduh tidak
serius untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang bersalah. Kejadian rasuah
berupaya untuk meningkat apabila tindakan kepada mereka yang bersalah lambat diambil
oleh mahkamah. Menurut YAB perdana Menteri, beliau melihat kes rasuah sebagai kes
yang melibatkan kepentingan awam harus diselesaikan dengan segera dan kelewatan
dalam mendengar serta memuktamadkan kes itu dapat menjejaskan usaha kerajaan.
Kes rasuah tidak semestinya berlaku kerana pendapatan yang rendah atau tidak
cukup untuk menanggung keluarga. Punca utamanya ialah kerendahan nilai moral dan
akhlak seseorang. Untuk memenuhi tuntutan nafsu, mereka sanggup menggadai maruah
untuk mengumpulkan harta kekayaan dengan cara yang salah dan tidak bermoral. Oleh

70

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


sebab ingin bersaing atau menunjuk-nunjuk dengan jiran atau rakan, mereka sanggup
untuk melupakan nilai intergriti dalam diri untuk terlibat dengan rasuah.
Oleh itu, seperti rakyat lain, beliau berharap agar pihak mahkamah dapat
menyegerakan pendengaran kes-kes rasuah supaya bukan hanya keadilan dapat
ditegakkan tetapi keadilan kelihatan dilakukan. Dalam sesetengah jabatan kerajaan,
kegiatan rasuah sukar dihapuskan kerana ketua jabatan itu sendiri mengamalkan sikap
bapa borek anak rintik. Persoalan ini diajukan kerana bagaimanakah rasuah dapat
dihapuskan sekiranya ketua yang diharap-harapkan mengamalkan perbuatan ini?. Selain
itu, tahap pendidikan agama dan moral yang semakin rendah dalam kalangan kakitangan
kerajaan menyebabkan mereka tidak takut untuk melanggar peraturan agama dan moral.
Untuk menangani kes ini, selain meningkatkan pendidikan agama dan moral dalam
kalangan kakitangan kerajaan, beliau juga berharap agar Institusi Intergriti di setiap
negeri turun padang untuk membasmi rasuah dan bukan sekadar memenangi pilihan raya
semata-mata. Bagi jabatan atau agensi tertentu yang menunjukkan kadar rasuah yang
tinggi, ketua jabatan atau agensi tersebut hendaklah diturunkan pangkat atau tindakan
yang sesuai hendaklah diambil.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana, Perdana Menteri Dukacita
Laporan Terkini CPI, Utusan Melayu, 10 November 2006)
Soalan pemahaman petikan
Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
i) Apakah maksud rangkai kata menyuarakan keluhan dan kritikan?

(2 markah)

v)

Apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh kerajaan untuk menangani gejala
rasuah?
(3 markah)

vi) Pada pendapat anda, apakah peranan rakyat untuk menghapuskan gejala rasuah di
Negara kita?
(4 markah)

71

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


RANGKA JAWAPAN BAGI LATIHAN 4
PENDAHULUAN (1 ayat)

JUMLAH
PERKATAAN

ISI TERSURAT (6 ayat)


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
ISI TERSIRAT ( 2 ayat)
1.
2.
KESIMPULAN ( 1 ayat)

JUMLAH PERKATAAN

72

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


LATIHAN 5
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian buat satu rumusan tentang cara
yang digunakan oleh penjual jualan langsung untuk mendapatkan pelanggan dan
kesan-kesannya terhadap masyarakat. Panjang rumusan anda hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.
Jualan langsung bermaksud pemasaran barangan pengguna secara terus kepada
pengguna. Lazimnya urusan jual beli berlaku di rumah pengguna, di tempat kerja, atau
di tempat lain yang jauh dari lokasi tetap. Strategi pemasaran biasanya dibuat menerusi
penjelasan atau demonstrasi produk.
Pelbagai cara digunakan oleh jurujual dalam mengendalikan jualan langsung.
Ada pengguna yang dipujuk beberapa kali untuk membeli produk mereka. Pengguna
menjadi serba salah dan akhirnya terpaksa membeli produk tersebut untuk menghalau
jurujual tersebut dari rumah mereka. Sering juga berlaku pintu rumah pengguna diketuk,
pagar rumah digoncang, dan loceng pintu dibunyikan bertalu-talu oleh para penjual
jualan langsung untuk menarik perhatian penghuni rumah. Si penjual akan berusaha
untuk masuk ke dalam rumah setelah penghuninya membuka pintu. Sering kali
pengguna berasa kesal kerana terpedaya dengan tipu helah si penjual. Selain itu, penjual
menggunakan taktik menghubungi pengguna menerusi telefon untuk mengucapkan
tahniah kerana memenangi hadiah yang tidak diketahui puncanya.
Ada juga penjual yang memasukkan pelbagai risalah ke dalam peti surat rumah.
Taktik ini jarang-jarang mendapat respons daripada para pengguna. Sering juga kita
mendengar penjual menggunakan taktik gores dan menang yang lazimnya akan menjerat
pengguna untuk menerima hadiah, pengguna akan ditekan supaya membuat pembelian
dan kebiasaannya barangan elektrik yang murah dijadikan umpan. Taktik jualan ini
sudah menjadi lumrah di Malaysia dan pengguna dilaporkan kerugian berjuta-juta ringgit
kerana menjadi mangsa penyangak seperti ini.
Di sebalik senario ini, jualan langsung nampaknya semakin berleluasa dengan
pengguna terpaksa membayar harga yang tinggi sama ada dieksploitasi atau dipedaya.
Dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2006, Pihak Khidmat Aduan Pengguna
Nasional (NCCC) telah menerima 1 273 aduan berhubung jualan langsung berbanding
dengan 758 aduan dalam tempoh yang sama pada tahun 2005. Namun, ada juga jualan
langsung yang lebih professional dan sistematik. Mereka mengumpulkan para pengguna
dan menjalankan promosi di hotel. Kesan penggunaan teknologi maklumat, pada hari ini
ada jualan langsung yang menggunakan kemudahan internet dalam membuat promosi
dan aktiviti jual beli.
Hampir semua penjual langsung menggunakan profil pengguna dan strategi
sasaran untuk memasarkan produk mereka. Walau bagaimanapun, sesetengah penjual
dari rumah ke rumah mempunyai kecenderungan menjadikan sesetengah kumpulan
pengguna sebagai sasaran seperti golongan berpendapatan rendah, warga tua, orang yang
tidak boleh bertutur bahasa Inggeris, dan pengguna di kampung. Golongan ini kebih

73

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


mudah terpengaruh dengan sesetengah strategi pemasaran dan kurang berupaya
menggunakan hak mereka sebagai pengguna.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Pengguna Wajar Dididik Elak Dipedaya
Taktik Jualan Langsung, Berita Harian 28 Julai 2006)

Soalan 2 : Pemahaman Petikan


Soalan 2 (a) Pemahaman Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
(i)

Berikan maksud rangkai kata mangsa penyangak.

(2 markah)

..
.
ii)

Nyatakan golongan yang sering menjadi sasaran


penjual jualan langsung? (3 markah)

..
..
.
.
iii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk
mengelakkan para mengguna sering ditipu oleh pihak penjual jualan langsung yang
menpunyai niat yang tidak baik?
(4 Marakah)

74

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

RANGKA JAWAPAN BAGI LATIHAN 5


PENDAHULUAN (1 ayat)

JUMLAH
PERKATAAN

ISI TERSURAT (6 ayat)


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
ISI TERSIRAT ( 2 ayat)
1.
2.
KESIMPULAN ( 1 ayat)

JUMLAH PERKATAAN

75

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

LATIHAN 6
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian buat satu rumusan tentang puncapunca rakyat mengambil ubat secara tidak bijak dan kesan ekonominya. Panjang
rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Sikap kebanyakan kita yang mengambil mudah soal penggunaan ubat bukan
perkara baru. Perlu diakui bahawa banyak produk herba, tonik, dan makanan tambahan
yang dijual secara meluas. Dari sudut komersial, senario ini membentuk persaingan
antara pengeluar yang memaksa pengguna mencuba bermacam-macam produk. Perkara
ini bagi tujuan promosi semata-mata, sedangkan aspek yang lebih penting seperti fakta
saintifik, kesan sampingan, keracunan dan bahaya ubat langsung tidak disentuh. Dalam
pada itu juga ada usaha untuk mengelirukan pengguna sehinggakan ada yang tidak dapat
membezakan antara herba, tonik, makanan tambahan dengan ubat sama ada tradisional
atau moden. Walaupun harga ubat di negara ini rata-rata agak mahal berbanding
kebanyakan negara lain, namun hal ini tidak menghalang produk tertentu laris dan
popular. Bahan tersebut dijual di hamper semua jenis kedai dan premis perniagaan ubat
dan ada juga yang dijual dari rumah ke rumah melalui jualan langsung.
Persoalannya wajarkah produk herba, tonik, makanan tambahan dalam pelbagai
bentuk dan warna pil dipromosikan dan diiklankan sewenang-wenangnya sebagai ubat
mujarab tanpa sedikitpun menyertakan hasil kajian atau bukti yang kukuh?
Ada
pengguna yang sanggup mengetepikan pengambilan ubat hospital cuma kerana penyakit
yang dihidapi turut tersenarai sebagai satu penyakit yang dapat disembuhkan oleh ubat
tadi. Selain itu, ada juga pengguna yang terpesona dengan gimik yang dibuat oleh
pengeluar. Kadang-kadang pengguna tidak dapat dipersalahkan kerana pada ketika itu
mereka sukar membuat keputusan tepat kesan daripada tekanan penyakit yang dihidapi.
Ubat yang tidak tepat dari segi penggunaan dan rawatan bukan sahaja sia-sia
malah mendedahkan diri kepada keracunan dan kesan sampingan. Contoh mudahnya
ialah pil khayal yang digunakan dengan betul dalam bidang perubatan adalah ubat yang
mempunyai banyak kegunaan bagi mengatasi masalah tekanan psikologi dan mental.
Akan tetapi jika disalahgunakan untuk mendapatkan nikmat khayalan dan ketagihan,
bahan ini akan menjadi racun yang boleh menyebabkan penyakit menjadi serius. Malah,
yang lebih malang boleh menyebabkan kematian. Justeru, tabiat penggunaan ubat yang
tidak betul dalam kalangan pengguna perlu dipandang serius.
Oleh sebab kebiasaan, mereka lebih senang membeli ubat terus dari farmasi atau
kedai ubat dan bukan mendapatkan preskripsinya terlebih dahulu daripada doctor.
Perbuatan merawat diri sendiri dengan mengambil ubat tanpa mengikut peraturan dan
nasihat perubatan perlu dielakkan. Namun, tindakan bersendririan tanpa mendapat
kerjasama semua pihak pastinya tidak akan membawa isu ini ke mana-mana.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Rakyat Wajar Dididik Ambil Ubat Secara Bijak,
Beriya Harian, 3 Ogos 2006)

76

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

Soalan 2 : Pemahaman
Soalan 2 (a) Petikan pemahaman Umum
Berdasarkan petikan soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
i)

Berikan maksud rangkai kata terpesona dengan gimik .

2 markah)

ii)

Nyatakan kesan jika seseorang


itu mengambil ubat yang tidak tepat dari segi penggunaan dan rawatan secara
sewenang-wenangnya.
3 markah)

.
..
.
.
iii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk
mengelakkan para pengguna sering ditipu oleh pihak pengeluar ubat? (4 markah)

77

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

RANGKA JAWAPAN BAGI LATIHAN 6


PENDAHULUAN (1 ayat)

JUMLAH
PERKATAAN

ISI TERSURAT (6 ayat)


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
ISI TERSIRAT ( 2 ayat)
1.
2.
KESIMPULAN ( 1 ayat)

JUMLAH PERKATAAN

78

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

LATIHAN 7
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian buat satu rumusan tentang
pendekatan yang boleh digunakan untuk memaksimumkan keuntungan sesebuah
syarikat dan kekangannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.
Jualan ditolak kos adalah untung. Hal ini merupakan asas perniagaan dan semua
peniaga. Sama ada peniaga yang kecil mahupun yang besar tahu mengenainya. Justeru,
bagi memaksimumkan keuntungan, kos perlu diminimumkam.
Kelihatannya inilah
pendekatan popular dilaksanakan kebanyakan pemimpin syarikat senaraian awam
tempatan yang terbabit dengan penyusunan semula. Bagi memastikan syarikat kembali
untung, perkara pertama yang dilakukan ialah memotong kos seolah-olah menjadi
standard industri, fokusnya ialah kakitangan.
Justeru, ada syarikat yang memberikan notis berhenti kerja sehingga ribuan
pekerja dalam pelbagai skim pemberhentian sukarela. Langkah itu perlu jika sesebuah
syarikat terlalu banyak pertindihan tugas. Namun jika langkah itu semata-mata dibuat
untuk mengurangkan kos, dalam jangka panjang perkara ini akan memberi kesan negatif
kepada operasi syarikat terbabit. Pengurangan kos membabitkan kakitangan sepatutnya
dilaksanakan sebagai langkah terakhir selepas kajian menyeluruh dilakukan untuk
mengenal pasti bahagian dan kos boleh dikurangkan tanpa menjejaskan operasi.
Walaupun mungkin sesebuah syarikat terlebih kakitangan, namun pengurus yang
bijak akan mencari jalan memanfaatkan pengalaman dan kepakaran pekerja terbabit bagi
menyumbang kepada keuntungan syarikat. Baru-baru ini ada laporan sebuah syarikat
senarai awam merancang menjual sebuah anak syarikatnya yang dikatakan penyebab
kerugiannya. Sebagai orang luar, kita mungkin tidak mengetahui masalah anak syarikat
terbabit, tetapi kelihatannya pemimpin syarikat itu mengambil jalan mudah. Oleh sebab
anak syarikat terbabit kerugian, anak syarikat tersebut perlu dijual bagi memastikan
akaun induk menunjukkan keuntungan. Penjualan sepatutnya sebagai langkah terakhir.
Pengurusan syarikat sebagai senarai awam terbabit harus mengkaji punca kerugian,
seterusnya mengambil langkah pemulihan. Hal ini kerana sudah tentu ada yang tidak
kena dengan operasi anak syarikat berkenaan, kerana ketika syarikat lain dalam
perniagaan yang sama mengaut keuntungan, sebaliknya anak syarikat tersebut mengalami
kerugian. Secara logiknya, jika ada pihak mahu membeli anak syarikat tersebut, sudah
pasti anak syarikat tersebut berpotensi kerana ada pelabur dalam perniagaan yang tidak
mendatangkan keuntungan. Maka, jika pemimpin syarikat senaraian awam terbabit
meneruskan hasrat menjual anak syarikat yang rugi itu, beliau sebenarnya mengetepikan
peluang pelaburan beroperasi.

79

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


Langkah itu juga mengecilkan perniagaan kerana walaupun tindakan itu bakal
memulihkan semula akaun syarikatnya, namun pendapatan masih berkurangan.
Pengurus yang bijak seharusnya dapat mengembangkan syarikat dan bukan mengehadkan
potensi pertumbuhan. Pengurusan syarikat juga boleh mendapatkan khidmat penasihat
kewangan. Jika dia mengambil jalan mudah, nasihat diberikan ialah mengurangkan
hutang dengan cara mengurangkan aset. Jika sekarang anda mendiami banglo, anda
dinasihatkan menjualnya dan memberli rumah teres. Penasihat kewangan itu juga
menasihatkan agar pengurusan syarikat menjual beberapa aset lain. Langkah itu
memulihkan kedudukan kewangan syarikat, tetapi kualiti hidup terjejas.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Nuansa Bisnes, Berita Harian, 17 Jun 2006)
Soalan 2

: Pemahaman Petikan Umum

Berdasarkan petikan soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan berikut dengan


menggunakan ayat anda sendiri.
i) Berikan maksud rangkai kata mengambil jalan mudah.

(2 markah)

1.
Mengapakah anak syarikat yang dikatakan penyumbang
kepada kerugian perlu dikaji terlebih dahulu sebelum dijual?
(3 markah)
..
..
.
.
iii) Pada pendapat anda, apakah kesan jika sesebuah syarikat menghentikan para
pekerjanya?
(4 markah)

..

80

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

RANGKA JAWAPAN BAGI LATIHAN 7


PENDAHULUAN (1 ayat)

JUMLAH
PERKATAAN

ISI TERSURAT (6 ayat)


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
ISI TERSIRAT ( 2 ayat)
1.
2.
KESIMPULAN ( 1 ayat)

JUMLAH PERKATAAN

81

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

LATIHAN 8
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian buat satu rumusan tentang peranan
yang dimainkan oleh Kelab Prostar dan kekangannya. Panjang rumusan hendaklah
tidak melebihi 120 patah perkataan.

Tidak ramai yang menyedari kewujudan Program SihatTanpa Aids untuk Remaja
(Prostar) yang mendapat sokongan Kementerian Kesihatan. Kelab ini telah ditubuhkan
di semua daerah di negara kita. Program itu sebenarnya telah membantu mengawal
kegiatan remaja dalam konteks perhubungan sosial dan kemasyarakatan. Prostar
merupakan kelab yang ditubuhkan yang menjalankan kegiatan terancang dan diselia
sepenuhnya oleh kerajaan. Justeru, Prostar dapat menjalankan kegiatan yang bersesuaian
dengan minat dan keinginan remaja.
Penubuhan rumah Kelab Prostar atau Pusat Khidmat Prostar boleh membantu
remaja mencari tempat berkumpul yang boleh mengekang mereka daripada terbabit
dengan gejala yang tidak sihat. Pusat ini memberikan peluang kepada mereka untuk
berkumpul dalam keadaan terkawal. Pusat permainan dalam dan kafe siber turut
disediakan sesuai dengan kehendak golongan ini. Kelab Prostar juga berperanan sebagai
pusat riadah yang boleh dipantau dan bukan bermotifkan keuntungan.
Pengukuhan jaringan kerjasama daripada pelbagai agensi secara aktif dan
berterusan dapat mewujudkan perkongsian pintar bagi membantu pengawalan kepada
kehidupan remaja kita.
Jaringan ini meliputi bantuan teknikal, tenaga manusia,
perkhidmatan dan kewangan. Melalui usaha dan iltizam Kementerian Kesihatan
menerusi kelab ini di setiap daerah diharapkan mendapat rangkaian sokongan daripada
agensi-agensi kerajaan yang lain, seperti Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian
Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat.
Semua ibu bapa amat sedar pada hari ini remaja terpaksa berhadapan dengan
kehidupan yang amat mencabar dan berisiko tinggi. Dalam senario kehidupan hari ini
kita terpaksa bertindak menangani pelbagai masalah yang mungkin lahir daripada
institusi keluarga atau pengaruh luar yang sukar dibendung. Pada hari ini pelbagai sajian
hiburan dan maklumat negatif begitu mudah diperoleh dan berada di mana-mana sahaja
di sekeliling kita. Hal ini ditambah pula dengan peralatan komunikasi yang canggih
yang mampu dimiliki oleh remaja hari ini. Dalam situasi yang begini, kelab sebegini
amat diperlukan agar remaja sentiasa mendapat input yang terbaik dan betul serta tidak
menyalahi peraturan agama, undang-undang negara, dan norma masyarakat. Melalui
kelab ini juga remaja dapat melakukan kerja-kerja kemasyarakatan secara berkumpulan,
seperti gotong-royong, membantu golongan yang memerlukan bantuan dan
seumpamanya.

82

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

Justeru, penggemblengan semua pihak dalam masyarakat Malaysia perlu untuk


melihat masalah ini sebagai satu usaha membimbing remaja dalam keadaan terkawal dan
terjamin. Konsep menjaga dan menegur anak orang seumpama anak sendiri perlu
dikembalikan dalam budaya masyarakat kita. Masyarakat harus kembali berani untuk
melakukan perkara yang bermaruah untuk anak bangsa kita sendiri.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada, Kelab Prostar Model terbaik Didik Remaja,
Berita Harian, 16 Ogos 2006)

Soalan 2: Pemahaman Petikan Umum


Berdasarkan petikan soalan 1, di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
i) Berikan maksud rangkai kata boleh mengekang.

(2 markah)

ii) Nyatakan senario yang wujud pada hari ini yang boleh mempengaruhi remaja.
(3 markah)

..

iii) Pada pendapat anda, mengapakah Kementerian Kesihatan menyokong penubuhan


kelab ini?
(4 markah)
.

83

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

RANGKA JAWAPAN BAGI LATIHAN 8


PENDAHULUAN (1 ayat)

JUMLAH
PERKATAAN

ISI TERSURAT (6 ayat)


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
ISI TERSIRAT ( 2 ayat)
1.
2.
KESIMPULAN ( 1 ayat)

JUMLAH PERKATAAN

84

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

SKEMA JAWAPAN SOALAN LATIHAN RUMUSAN


LATIHAN 1
Pendahuluan:
Petikan merumus tentang sebab-sebab/faktor-faktor/ berlakunya kemalangan jalan raya di
negara kita.
Isi Tersurat :
1. Penguatkuasa tidak bertindak tegas terhadap pengguna jalan raya yang melanggar
undang-undang.
2. pertambahan kenderaan di jalan raya.
3. pemandu memandu mengikut perasaan.
4. pemandu begitu berani memotong kenderaan lain di tempat berbahaya
5. Penunggang motosikal menganggap jalan raya sebagai tempat berlumba.
6. memperlekehkan peraturan-peraturan keselamatan jalan raya.
7. kecuaian pengguna jalan raya yang lain.
8. tahap kesedaran pengguna jalan raya tentang kepentingan mematuhi peraturab
keselamatan jalan raya masih rendah.
Isi Tersirat:
1. Tindakan tegas pihak berkuasa menangani kes kemalangan jalan raya
2. memperkasakan penggunaan pengangkutan awam terutama pada musim perayaan
3. kempen kesedaran tentang bahaya berlumba di jalan raya kepada masyarakat
4. memandu secara berhemah dan mematuhi peraturan keselamatan jalan raya.
5. sentiasa berhati-hati semasa berada di jalan raya.
* Terima mana-mana jawapan yang sesuai dengan kehendak soalan.
Ksimpulan:
Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama membantu kerajaan menangani masalah
kemalangan jaalan raya agar dapat mengurangkan kadar kematian dan kerosakan harta
benda.

85

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

Jawapan Pemahaman Petikan Umum:


i)

berfungsi sebagai lapangan/ruang/gelanggang kematian .


(2 markah)

ii)

Kesalahan-kesalahan jalan raya yang tidak seharusnya dolakukan oleh


penunggang motosikal
.berlagak samseng di jalan raya
.memotong kenderaan lain setibanya di selekoh yang tajam
.melanggar lampu isyarat.
( 3 markah)

iii)

.jalan raya yang bengkang bengkok


.jalan raya yang rosak/ licin
.tidak ada maklumat jalan raya seperti papan-papan dan sebagainya
akibat rosak dan tidak diganti
.lampu isyarat tidak berfungsi
.jalan yara yang sempit
.tiada lampu isyarat di persimpangan jalan yang sibuk
* terima mana-mana jawapan yang sesuai dengan kehendak soalan.

LATIHAN 2
Pendahuluan:
Petikan merumus tentang sebab-sebab/punca-punca gejala samseng berlaku di sekolah.
(2 markah)
Isi Tersurat:
1. tidak memiliki kematangan fikiran
2. tidak teguh nilai kerohanian kerana mereka mudah menjadi berang atau cepat
marah.
3. .sikap ego dan tidak mahu mengalah dalam membuat keputusan sendiri.
4. .amat mementingkan diri sendiri dan mahu kemahuan mereka dituruti
5. .kurangnya didikan agama dan penghayatan nilai-nilai moral
6. .ibu bapa tidak menjalankan tanggungjawab mereka memantau dan mengambil
tahu akan kegiatan anak-anak.
7. .pengaruh rakan sebaya.
8. .sistem sekolah yang berorientasikan peperiksaan

86

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


9. . Wujud jurang komunikasi antara guru dengan murid, peraturan sekolah yang
ketat dan suasana belajar yang tidak kondusif.
Isi Tersirat:
1.
2.
3.
4.
5.

pendekatan kauseling menangani remaja bermasalah


melaksanakan kegiatan kokurikulum dengan cara berkesan
peranan ibu bapa yang lebih bertanggungjawab
mengadakan kempen/ program motivasi kepada pelajar
penerapan nilai-nilai murni dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah.
6. mewujudkan 3K iaitu keceriaan, kebersihan dan keselamatan dalam program
Sekolah Selamat.
7. kerjasama pihak sekolah dengan seluruh anggota masyarakat dan pihak berkuasa.
* terima mana-mana jawapan yang sesuai dengan kehendak soalan.
Kesimpulan
Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu bersama pihak sekolah menangani
gejala samseng yang berlaku di sekolah agar dapat mewujudkan pelajar yang
berwawasan.
Jawapan Soalan Pemahaman Petikan Umum
i) Maksud rangkai kata tersebut ialah mempunyai kematangan akal.

(2 markah)

ii) Ciri-ciri murid bersikap samsengialah


.. berpakaian tidak kemas
rambut tidak terurus
kurang bersimpati serta enggan menghormati dan mematuhi peraturan
(3 markah)
iv)

Sekiranya saya ternampak kejadian tersebut, saya akan..

mencuba untuk menasihati murid-murid tersebut


melaporkan kejadian itu kepada guru
melaporkan kejadian itu kepada pihak polis sekiranya perkara itu serius/berlarutan
melaporkan kejadian itu kepada ibu bapa
( 4 markah)
* terima mana-mana jawapan yang sesuai dengan kehendak soalan.

87

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

LATIHAN 3
Pendahuluan:
Petikan merumus/membicarakan/mengutarakan langkah-langkah/ inisiatif/cara-cara
membentuk institusi keluarga dalam masyarakat.
(2 markah)
Isi Tersurat:
1. .. mengkaji semula soal intergriti, etika moral masyarakat dan tanda aras
kejayaan hidup yang berteraskan nilai kebendaan.
2. ..masyarakat tidak seharusnya menerima setiap program yang disajikan secara
mentah-mentah.
3. .. masyarakat perlu membuka minda dan fikiran untuk menilai nilai-nilai yang
dibawa oleh media massa.
4. ...budaya hedonistik dan mengkhayalkan perlu disemak semula.
5. ..program yang dapat membina modal insane serta memerdekakan jiwa dan
akal budi perlu diwujudkan.
6. ..satu reformasi perlu diadakan segera.
7. .. Dasar Komunikasi Negara perlu digubal pada alaf baru ini.
8. .. membanteras budaya lumba haram secara besar-besaran tanpa diperdebatkan
dalam media massa.
Isi Tersirat
1. .. Ibu bapa terlalu sibuk mengejar wang ringgit sehingga mengabaikan anakanak.
2. Ibu bapa leih mengharapkan pihak sekolah menangani masalah anak-anak.
3. kurang pengalaman dalam bidang keagamaan dan nilai-nilai murni dalam
keluarga.
4. kurang ilmu keibubapaan dalam kalangan ibu bapa.
5. .kurang kesedaran tentang pentingnya membentuk isntitusi kekelurgaan.
* Terima mana-mana jawapan yang sesuai dengan kehendak soalan.
Kesimpulan:
Kesimpulannya, ibu bapa haruslah memainkan tanggungjawab dengan lebih agresif
membina keluarga bahagia agar sahsiah anak-anak dapat dibentuk demi kecemerlangan
hidup.

88

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

Jawapan Soalan Pemahaman Petikan Umum


i) Maksud rangkai kata tersebut ialah telah mempengaruhi banyak/ ramai rakyat.
(2 markah)
ii)

Sebab-sebab institusi keluarga kini dilihat semakin rapuh..

. Masyarakat kini seolah-olah begitu meterialistik kerana jati diri mereka sudah
terpesong akibat pengaruh media.
sosial remaja semakin parah.
nilai moral semakin tercabar dengan bermacam-macam masalah yang dibawa
oleh pelbagai lapisan masyarakat.
(3 markah)
iii)
Pada pendapat saya, keluarga bahagia dapat diwujudkan dengan
cara
..keluarga saling berkongsi masalah
..keluarga berkongsi hobi
. meluangkan masa berkualiti dengan anggota keluarga.
. Nilai saling Bantu-membantu dan bertolak ansur perlu wujud dalam keluarga
.. penerapan dan penghayatan nilai murni dan nilai keagamaan dalam keluarga.
(4 markah)
* terima mana-mana jawapan yang sesuai dengan kehendak soalan.

LATIHAN 4
Pendahuluan:
Petikan merumus tentang faktor-faktor/sebab-sebab berlakunya amalan rasuah dalam
masyarakat.
(2 markah)
Isi Tersurat:
1. manusia begitu rakus mencari kekayaan untuk mengejar kehidupan yang
mewah
2. .pengamal rasuah menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan diri sukar
ditangkap kerana mengetahui kelemahan undang-undang.
3. .Tindakan terhadap mereka yang bersalah lambat diambil oleh mahkamah.

89

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


4. .perndapatan rendah atau tidak cukup untuk menanggung keluarga.
5. .kerendahan nilai moral dan akhlak seseorang
6. .keinginan untuk bersaing atau menunjuk-nunjuk dengan jiran atau rakan.
7. .ketua jabatan yang mengamalkan sikap bapa borek, anak rintik.
8. .tahap pendidikan nilai keagamaan yang rendah.
Isi tersirat:
1. .rakyat tidak mendapat keadilan daripada segi hak untuk mendapatkan pelbagai
peluang.
2. urusan dan pentadbiran agensi atau jabatan menjadi tidak cekap.
3. pendapatan kerajaan terjejas kerana aktiviti penyeludupan berlaku.
4. maruah negara akan tercemar.
5. kepercayaan rakyat terhadap kerajaan akan luntur
6. negara akan kucar-kacir akibat rasa tidak puas hati rakyat.
*terima mana-mana jawapan yang sesuai dengan kehendak soalan.
Kesimpulan:
Kesimpulannya, semua pihak hendaklah bekerjasama dengan pihak kerajaan untuk
membanteras amalan rasuah supaya kerajaan yang cekap dapat diwujudkan.
Jawapan Soalan Pemahaman Petikan Umum:
i) Maksud rangkai kata tersebut ialah menyatakan kekesalan dan membuat teguran yang
tegas.
(2 markah)
ii) Usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh kerajaan..
..meningkatkan pendidikan agama dan moral dalam kakitangan kerajaan.
..Institusi intergriti di setiap negeri turun padang untuk membasmi rasuah dan bukan
sekadar memenangi pilihan raya semata-mata.
.ketua jabatan atau agensi yang terlibat dalam kegiatan rasuah hendaklah diturunkan
pangkat atau tindakan yang sesuai diambil.
(3 markah)
iv)
Pada pendapat saya, peranan rakyat untuk menghapuskan gejala
rasuah di negara ini ialah.
. Tidak memberi sogokan kepada peawai kerajaan.
. Melaporkan pihak yang meminta rasuah kepada Badan Pencegah Rasuah
..menggunakan saluran yang betul apabila berurusan dengan mana-mana agensi
kerajaan.
. Mengamalkan sikap sabar dan mematuhi peraturan dan undang-undang

90

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


. Tidak menggunakan kuasa wang untuk mendapatkan kelebihan.
* terima mana-mana jawapan yang sesuai dengan kehendak soalan.
LATIHAN 5 : Cara yang digunakan oleh penjual langsung untuk mendapatkan
pelanggan.
Pendahuluan:
Petikan membincangkan kaedah yang digunakan oleh penjual jualan langsung untuk
mendapatkan pelanggan.
Isi Tersurat: Cara yang digunakan
1. Biasanya dibuat menerusi penjelasan atau demonstrasi produk
2. Pengguna dipujuk beberapa kali
3. Pintu rumah pengguna diketuk, pagar rumah digoncang, dan loceng pintu
dibunyikan bertalu-talu
4. Menipu dengan pelbagai helah oleh si penjual
5. Taktik menghubungi pengguna menerusi telefon untuk mengucapkan tahniah
kerana memenangi hadiah yang tidak diketahui puncanya.
6. Memasukkan pelbagai risalah ke dalam peti surat rumah.
7. Penjual menggunakan taktik gores dan menang yang lazimnya akan menjerat
pengguna.
8. Pengguna dieksploitasi atau diperdaya oleh penjual.
9. Penjual mengumpulkan para pengguna dan menjalankan operasi di hotel.
10. Menggunakan kemudahan internet dalam membuat promosi dan aktiviti jual beli.
11. menggunakan profil pengguna dan strategi sasaran untuk memasarkan produk
mereka.
Isi Tersirat : Kesannya terhadap masyarakat
1. Menimbulkan keadaan kurang selesa dalam kalangan pengguna kerana terpaksa
membeli produk.
2. mendatangkan kecederaan kepada mangsa
3. boleh menimbulkan suasana tegang di tempat peristiwa itu berlaku
4. menimbulkan perasaan tidak puas hati atau dendam
5. pengguna mendapat barangan secara terus tanpa melalui kedai
6. Pengguna tidak perlu membazir masa dan wang untuk mencari barangan yang
diperlukan
7. menimbulkan kerugian kerana kualiti barangan tidak standing harga.
* Terima mana-mana jawapan yang sesuai dengan soalan.
Kesimpulan:

91

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


Kesimpulannya, pengguna mestilah berwaspada terhadap kaedah penjualan secara begini
agar tidak mudah tertipu dan bijak berbelanja.
Soalan 2: Pemahaman Petikan Umum
i) Maksud rangkai kata tersebut ialah menjadi korban orang yang tidak
bertanggungjawab.
( 2 markah)
ii)

Pengguna yang sering menjadi mangsa penjual jualan langsung


ialah

.
.
.
.

Golongan berpendapatan rendah


Warga tua
Orang yang tidak boleh bertutur dalam bahasa Inggeris
Pengguna/penduduk kampung
( 3 markah)

iii)
Pada pendapat saya, langkah-langkah yang boleh diambil untuk
mengelakkan para pengguna sering ditipu
. Menolak kehadiran mereka dengan baik
. Pengguna perlu memastikan agar tidak membeli apa-apa barang yang tidak
diperlukan.
. Pengguna perlu sentiasa peka akan kehadiran orang yang mencurigakan
. Tidak membukakan pintu rumah jika berasa syak bahawa tetamu itu jurujual
. Belajar ilmu kepenggunaan
( 4 markah)
LATIHAN 6 : punca rakyat mengambil ubat secara tidak bijak.
Pendahuluan:
Petikan membincangkan sebab rakyat mengambil ubat secara tidak bijak.
Isi Tersurat: Punca
1. Sikap kebanyakan kita yang mengambil mudah soal pengambilan ubat.
2. Produk herba, tonik, dan makanan tambahan dijual secara meluas.
3. Usaha untuk mengelirukan pengguna sehinggakan ada yang tidak dapat
membezakan antara herba tonik, makanan tambahan dengan ubat.
4. Bahan tersebut dijual di hampir semua jenis kedai dan premis perniagaan ubat,
dan ada yang dijual melalui jualan langsung.
5. Ubat tersebut dipromosikan dan diiklankan sewenang-wenang sebagai ubat
mujarab.

92

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


6. Penyakit yang dihidapi turut tersenarai sebagai penyakit yang dapat disembuhkan
oleh ubat tersebut.
7. Pengguna terpesona dengan gimik yang dibuat oleh pengeluar
8. Mereka sukar membuat keputusan tepat kesan daripada tekanan penyakit yang
dihidapi.
9. Sudah biasa mengambil ubat cara sedemikian.
Isi Tersirat: Kesan ekonominya
1. Pengguna akan kerugian jika ubat tersebut mendatangkan kesan sampingan yang
buruk kerana terpaksa berbelanja besar untuk mendapatkan rawatan.
2. Pengguna akan terus berbelanja kerana terpaksa mengambil ubat itu secara
berterusan.
3. menjejaskan ekonomi keluarga kerana berbelanja kepada perkara yang tidak
penting.
*kesan-kesan lain yang sesuai.
Kesimpulan:
Kesimpulannya, para pengguna perlu bijak dan berhemah dalam penggunaan ubat
agar dapat menjamin kehidupan yang sihat.
Soalan 2: Pemahaman Petikan Umum
i)
Maksud rangkai kata tersebut ialah terpukau/terpikat terhadap sesuatu yang luar
biasa/kejutan.
( 2 markah)
iv)
Kesan jika seseorang mengambil ubat yang tidak tepat dari segi penggunaan dan
rawatan ialah
pengambilan ubat itu menjadi sia-sia
mendedahkan diri kepada keracunan
... menyebabkan penyakit menjadi semakin serius
menyebabkan kematian
( 3 markah)
iii)

Pada pendapat saya..

mendapatkan nasihat daripada orang-orang yang berkelayakan dalam bidang


perubatan.
para pengguna juga perlu mengambil tahu kendungan kimia ubat-ubat tersebut
Yang tercatat pada botol ubat tersebut.
Pengguna juga perlu memastikan ubat yang dijual di pasaran mendapat kelulusan

93

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
Mengambil ubat daripada pihak hospital atau klinik kerajaan
Mendapatkan preskripsi ubat daripada doktor yang bertauliah
( 4 markah)
LATIHAN 7 : Pendekatan yang boleh digunakan untuk memaksimumkan
keuntungan
Pendahuluan:
Petikan membincangkan kaedah/cara yang boleh digunakan untuk
memaksimumkan keuntungan sesebuah syarikat.
Isi Tersurat: Pendekatan memaksimumkan keuntungan.
1. Untuk memaksimumkan keuntungan, kos perlu diminimumkan
2. Pengusaha perlu memotong kos seolah-olah menjadi standard industri
3. ada syarikat yang memberikan notis berhenti kerja dalam pelbagai skim
pemberhentian sukarela.
4. pengurus bijak akan mencari jalan memanfaatkan pengalaman dan kepakaran
pekerja terbabit.
5. cara lain, dengan cara menjual sebuah anak syarikat yang dikatakan penyebab
kerugian.
6. pengusaha perlu mengkaji punca kerugian dan mengambil langkah pemulihan.
7. Pengurus yang bijak seharusnya dapat mengembangkan syarikat dan bukannya
mengehadkan potensi pertumbuhan.
8. mendapatkan khidmat penasihat kewangan.
Isi Tersirat: Kekangannya
1.
2.
3.
4.

Tidak mendapat sokongan daripada pekerja.


Masalah kekurangan modal
Perbelanjaan mengurus lebih tinggi daripada pulangan
Pelabur tidak mempunyai keyakinan terhadap syarikat

* Terima mana-mana jawapan yang sesuai dengan soalan.


Kesimpulan:
Kesimpulannya, pengurus syarikat perlulah bijak membuat keputusan dalam usaha
memaksimumkan keuntungan agar syarikat terus berkembang maju.

94

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


Soalan 2: Pemahaman Petikan Umum
i)

Maksud rangkai kata tersebut ialah membuat keputusan secara tidak berfikir
panjang.
( 2 markah)

ii)

Syarikat itu perlu dikaji terlebih dahulu kerana


. Sudah tentu ada yang tidak kena dengan operasi syarikat berkenaan
. Mengetahui punca kerugian tersebut, sedangkan syarikat lain mendapat
keuntungan.
. Ada pihak lain yang mahu membelinya
(3 markah)

ii)

Pada pendapat saya, kesan kesan jika sesebuah syarikat menghentikan para
pekerjanya ialah.
. Akan berlaku pengangguran
. Kadar jenayah akan meningkat
. Produktiviti syarikat akan terjejas
. Syarikat akan kerugian
..... kepakaran tenaga kerja akan lenyap
. Berlaku banyak masalah sosial dalam masyarakat
. Akan bertambah bilangan penduduk miskin dalam negara
( 4 markah)

LATIHAN 8 : Peranan Kelab Prostar


Pendahuluan:
Petikan membincangkan tugas/tanggungjawab yang dipikul oleh Kelab Prostar
Isi Tersurat : Peranan Kelab Prostar
1. Membantu mengawal kegiatan remaja dalam konteks perhubungan sosial dan
kemasyarakatan.
2. menjalankan kegiatan terancang dan diselia sepenuhnya oleh kerajaan
3. Prostar dapat menjalankan kegiatan yang bersesuaian dengan minat dan keinginan
remaja.
4. membantu remaja mencari tempat berkumpul
5. berkumpulan dalam keadaan terkawal

95

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


6. Prostar menjadi pusat untuk beriadah yang boleh dipantau dan bukan bermotifkan
keuntungan.
7. pengukuhan jaringan kerjasama daripada pelbagai agensi secara aktif dan
berterusan dapat mewujudkan perkongsian pintar
8. dapat mengawal kehidupan remaja.
9. kelab sebegini amat diperlukan agar remaja sentiasa mendapat input yang terbaik
dan betul serta tidak menyalahi peraturan agama, undang-undang negara dan
norma masyarakat.
Isi Tersirat: kekangannya
1.
2.
3.
4.
5.

tidak mendapat sokongan daripada remaja sendiri.


tidak mendapat sokongan daripada masyarakat
kekurangan sumber kewangan untuk menjalankan aktiviti
pengaruh luaran seperti budaya hedonisme dan media negatif yang begitu kuat
Ibu bapa kurang mengetahui peranan Prostar

* Terima mana-mana jawapan yang sesuai dengan kehendak soalan


Soalan 2 : Pemahaman petikan umum
i)

Maksud rangkai kata tersebut ialah mampu menghalang

ii)

Senario yang wujud pada hari ini yang boleh mempengaruhi remaja ialah
pelbagai masalah yang mungkin lahir daripada institusi keluarga atau
pengaruh luar.
pelbagai sajian hiburan dan maklumat negative begitu mudah diperoleh
dan berada di mana-mana sahaja.
ditambah pula dengan peralatan komunikasi canggih yang mampu dimiliki
oleh remaja pada hari ini.
(3 markah)

iii)

Pada pendapat saya, Kementerian Kesihatan menyokong penubuhan Kelab


Prostar kerana.
ada kaitan dengan pembentukan kesihatan mental dan fizikal.
prostar menjadi pusat riadah - melahirkan masyarakat yang mengamalkan
gaya hidup sihat.
Kelab prostar mengurangkan kadar penagihan dadah dalam kalangan
remaja.
gejala aids dapat dibendung
segala input tentang bahaya penyalahgunaan dadah dan penyakit aids
dapat disampaikan kepada remaja dilakukan dengan mudah.
( 4 markah)

96

(2 markah)

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


* Terima mana-mana jawapan yang sesuai dengan kehendak soalan.

BAHAGIAN 4 :
PEMAHAMAN KOMSAS:
CERPEN & DRAMA

97

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

INFO PEMAHAMAN KOMSAS CERPEN DAN DRAMA

1. Soalan pemahaman cerpen dan drama dikemukakan dalam


soalan 2 (b).
2. Markah yang diperuntukan ialah sebanyak 9 markah
3. Soalan yang dikemukakan berdasarkan dua buah antologi iaitu;
Teks Antologi Anak Laut ( Tingkatan 4 ) dan
Teks Antologi Kerusi

- (Tingkatan 5)

4. Soalan-soalan yang dikemukakan bertujuan untuk mengekalkan


kemahiran berbahasa dan menguji kebolehan serta keupayaan pelajar
membaca, memahami dan menghayati pelbagai bahan sastera.
5. Pelajar mesti menjawab soalan 2 (b) berdasarkan petikan yang
diberikan.
6. Pecahan soalan bagi soalan 2 (b) : Soalan (i) Soalan berdasarkan teks atau memberikan maksud
rangkaian kata daripada petikan diberi. ( 3 markah )
Soalan (ii) Soalan kemahiran berfikir tidak berdasarkan petikan
yang diberi. - pelajar menjawab soalan berdasarkan pendapat
sendiri. - (3 markah )
Soalan (iii) Soalan berdasarkan genre sastera (KOMSAS)
( 3 markah )

98

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

SET 1
SOALAN KOMSAS: CERPEN DAN DRAMA
Soalan 2(b) Petikan Cerpen
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikunya dengan menggunakan ayat anda sendiri
Mariah mengesat air mata yang masih lagi turun melalui pipinya.
Seperti ayahnya, Mariah juga tidak percaya adiknya Hilmi tiba-tiba sahaja
meninggalkan mereka. Beberapa minit sebelum itu, mereka bermain dengan riang.
Mereka kejar-mengejar kerana berebut kereta mainan yang baru dibeli oleh ayah.
Tiba-tiba Hilmi berpusing dan melepaskan diri daripada tangan ayah. Ada seekor
kucing yang cantik di seberang jalan. Hilmi mahu mengambil kucing itu. Sebuah teksi
menyambarnya di tengah-tengah garisan jalan.
Mariah menjerit. Ibu jatuh dan pengsan. Setelah pulih, ibu meraung dan memarahi
ayah. Mulai saat itu ayah menjadi tidak menentu.
Setiap hari ayah meletakkan kesalahan itu ke atas dirinya. Ayah bermenung dan
kadang-kadang bercakap sendirian. Lebai Kudin berkali-kali datang dan mengajak ayah
belajar mengenal diri.
Ayahmu degil Mariah, rintih ibu. Imannya tidak kuat. Ambil mudah tinggalkan
sembahyang. Kau jangan jadi begitu Mariah.
Itulah kata-kata ibu yang diingati oleh Mariah.
Kata Edah, Mariah sudah ketiadaan ibu, kan?
Ya, cikgu.
Suatu hari di bulan Ramadan. Baru seminggu umat Islam berpuasa. Selepas
berbuka biasanya ibu terus sembahyang Maghrib. Tetapi petang itu ibu tidak berbuat
demikian. Ibu mengurut-urut dada. Ibu jatuh sebelum Mariah sempat mengampunya.
Mariah meraung memanggil jiran. Jiran-jiran tidak boleh berbuat apa-apa. Ibu pergi tanpa
sempat meninggalkan apa-apa pesan.
(Dipetik daripada Mariah,
oleh Sharif Putera
dalam antologi Kerusi, Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i)

Apakah peristiwa malang yang menimpa keluarga Mariah?


[3 markah]

(ii)

Sekiranya anda Mariah, bagaimanakah caranya anda dapat membantu ayah anda
mengubah sikapnya?
[3 markah]

99

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

(iii)

Nyatakan tiga perwatakan ayah Mariah dalam petikan di atas.


[3 markah]

Soalan 2(b) Petikan Cerpen


Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Daneng tak ingin menyambung pelajaran? Terlontar soalan itu daripada mulut
Jo.
Tidak! jawabnya setelah membisu seketika.
Mengapa?
Saya tak ingin meninggalkan tempat ini, jawabnya terputus-putus.
Bukankah merugikan?
Kamu salah seorang pelajar yang mendapat keputusan baik dalam peperiksaan
PMR di sekolah asrama pada tahun lepas. Bukankah merugikan jika tidak menyambung
pelajaranmu?
Daneng tersenyum sinis. Sudah saya dengar hujah ini berpuluh kali. Saya sudah
bosan. Cikgu tak faham perasaan saya. Sebenarnya cikgu tak kenal Daneng.
Cikgu faham. Tetapi keputusan kamu mungkin bukan yang sebaik-baiknya.
Kamu perlu melihat dari semua segi.
Perkara terbaik untuk saya ialah berada di sini. Di tempat ini, nenek moyang
saya hidup dan bersemadi. Jiwa saya terikat pada pohon tualang. Pada bukit-bukit ini.
Pada pohon-pohon ini. Menghidu keenakan udara jati tempat ini, satu kemestian.
Memanjat pokok, mendaki gunung, menuruni lurah, memetik buah-buahan hutan,
memancing ikan, berjalan berkaki ayam. Inilah kehidupan bagi saya. Saya mendambakan
kehidupan di hutan ini. Inilah Daneng, cikgu, hujahnya.
(Dipetik danipada
Lambaian Malar Hijau, oleh Saroja Theavy a/p Balakrishnan
dalam antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i)

Apakah keputusan Daneng apabi1a menjawab pertanyaan daripada Cikgu Jo?


[3 markah]

(ii)

Andaikan anda Cikgu Jo, apakah tindakan yang akan anda ambil untuk memujuk
Daneng agar menyambung pelajarannya?
[3 markah]

(iii)

Huraikan dua latar masyarakat berdasarkan petikan cerpen dan satu latar
masyarakat daripada keseluruhan cerpen.
[3 markah]

100

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

Soalan 2(b) Petikan Cerpen


Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Abah tak pernah cuba faham perasaan Zel.
- Jangan cakap begitu, Zel. Zel silap....
- Oh abah, Zel memang selalu silap. Zel memang anak abah yang selalu talc
pemah betul. Tapi abah sejak dulu
tak pernah cuba untuk mengerti, memahami tentang din Zel. Tentang keinginan Zel.
Tentang harapan Zel. Tentang masa depan ZeL Ah, abah abah abah ... Zel benarbenar kecewa! Cukup kecewa dengan apa yang telah berlaku antara abah, ma, dan Zel.
Zel kecewa dengan keadaan keluarga kita, abah.
Abah tak dapat berbuat apa-apa. Ma Zel terlalu keras. Abah tak dapat lagi
untuk membentuknya sebagai isteri abah. Ma terlalu keras.
- Tapi abah seorang lelaki. Seorang suami. Abah seharusnya lebih dalam segalagalanya. Abah sepatutnya...
Ya, mungkin abah atau ma sendiri yang silap. Silap abah yang tidak mengukur
baju di badan sendiri ketika memilih ma dulu. Atau mungkin silap ma yang lebih banyak
menerima abah dengan simpati daripada keikhlasan hati. Ah, abah tak sepatutnya
ceritakan ini semua kepada Zel. Zel tidak perlu tahu ini semua.
Abah, Zel dah hampir 20 tahun. Anak abah ni dah dewasa. Jangan abah lupa,
Zel sebahagian daripada abah dan mama.
Akhimya kuperoleh juga kesempatan yang telah kuintai hampir sekian lama
untuk meluahkannya. Meluahkan segalanya kepada abah.
(Dipetik daripada Virus Zel untuk Abah,
oleh Mawar Shafie dalam antologi Kerusi,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i)

Apakah yang dimaksudkan dengan frasa tidak mengukur baju di badan sendiri?
Mengapakah abah berkata sedeniikian?
[3 markah]

(ii)

Pada pendapat anda, mengapakah Zel memberontak terhadap abahnya?


[3 markah]

(iii)

Huraikan satu perwatakan Zel berdasarkan petikan di atas dan dua perwatakan
Zel dalam keseluruhan cerpen.
[3 markah]

101

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

Soalan 2(b) Petikan Drama


Baca petikan drama di bawah ini dengan teliti, dan kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
SAFIAH:

(Tegas dan keras) I setuju kalau mahasiswa-mahasiswa yang keluar dan


universiti duduk di kota-kota. Apa yang boleh dibuat di kampung?

UMAR:

(Perlahan tapi tegas) Untuk mengubah hutan menjadi baru. Mengubah


daerah belukar menjadi pekan.

SAFIAH:

You punya kampung minded ni dahsyat benar, (Memalingkan mukanya


kecewa. Kedua-duanya membisu. Umar merokok dalam ketenangannya).

SAFIAH:

(Berpaling kepada Umar, memohon setengah menangis) Mar, kau


tunangku! Hakku sebagai tunang untuk melihat kebahagiaan kita bersama.

UMAR:

(Tidak bergerak) Aku bahagia dengan caraku.

SAFIAH:

(Memegang lengan Umar, merayu manja) Aku ingin mendapat sekali


peluang ke luar negeri, duduk di sana.

UMAR:

(Menoleh memandang kekasihnya, nada lembut sedikit) Mungkin satu


hari nanti, Piah.

SAFIAH:

(Kesal kerana gagal) Tidak! Sekarang inilah peluangnya! Kau harus


menentukan masa depanmu. (Wajah Umar beku semula. Dia berpaling,
merokok, membisu. Safiah memandangnya dengan kesal) Kalau aku jadi
kau, kalau aku jadi lelaki masuk universiti, aku akan membahagiakan
tunangku.
(Dipetik daripada drama Serunai Malam
karya Usman Awang dalam Antologi
Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i)

Apakah ciri-ciri seorang mahasiswa menurt pandangan Safiah seperti yang


terdapat dalam petikan tersebut?
[3 markah]

102

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


(ii)

Pada pandangan anda, mengapakah Umar tidak bersetuju dengan permintaan


Safiah?
[3 markah]

(iii)

Huraikan satu perwatakan Safiah seperti yang tergambar dalam petikan dan dua
perwatakan lain daripada drama tersebut.
[3 markah]

Soalan 2(b) Cerpen Annyss Sophillea


Baca petikan drama di bawah ini dengan teliti, dan kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Annyss tidak ingin meruntun kepiluannya sebegini lama. Sebuah kalung yang
berbuahkan loket permata berbentuk dedaman digenggam dalam tapak tangannya yang
comel. Sementara bibirnya yang mongel mengucapkan sesuatu yang asing pada
pendengaran Akmal. Kesemua jemarinya dikucup dan dihimpunkan lalu diletakkan di
tengah-tengah dahinya.
Serentak dengan itu, ada sebutir bintang yang cahayanya kian memancar,
lantas menjadi terang dan turun merendah ke Bumi. Akmal sedikit pun tidak menegur
segala perilaku Annyss. Dia mengerti. Semua fenomena aneh ini ada hubung kait dengan
perbuatan Annyss sebentar tadi.
Setelah ia kian menghampiri mereka, ternyata bintang itu sebenarnya
suatu objek asing berbentuk seakan-akan seekor kuda putih. Anehnya, kuda itu bersayap
perak dan tepinya ditinta warna keemasan. Bulu tengkuknya lebat berombak. Pada
dahinya tercacak tanduk tunggal. Haiwan itu melayang turun, kakinya yang tegap
mendarat dengan kemas di atas pasir pantai yang halus.
( Dipetik daripada cerpen Annyss Sophillea oleh Nisah Haji Harun
Dalam antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i)

Apakah yang dilakukan oleh Annyss ketika berada dalam keadaan sedih?
( 3 markah )

(ii)

Sekiranya anda berhadapan dengan orang yang berada dalam keadaan sedih,
apakah yang akan anda lakukan?
( 3 markah )

(iii)

Jelaskan satu persoalan daripada cerpen di atas dan dua persoalan lain
daripada keseluruhan cerpen.
( 3 markah )

103

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

SET 2
SOALAN KOMSAS : CERPEN DAN DRAMA
Soalan 2 (b) - Petikan Cerpen
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Vancall logic keluaran MZ Interscience Co. menjerit di sekitar ruang komputer mama,
ruang komputer kami. Tanpa perlu melekapkan gagang ke telinga, aku membalas suara
Win yang kembali menyapa.
Aku tahu kau tidak waras ketika itu, dulu. Tetapi sekarang tidak, Zel. Kau akan ke
U.K., bakal siswi undang-undang. Bakal seorang pengamal undang-undang. Seorang
yang mengamalkan kebenaran, melenyapkan yang batil. Oleh itu, kau tidak wajar
bertindak begini. Itu bukan salah abah kau. Aku. . . aku tak berani menyalahkan sesiapa.
Kau harus ingat kata-kata mamamu, Zel. Mama tersayangmu kata bahawa manusia
banyak belajar dan dewasa daripada bencana. Cukuplah kaujadikan segalanya itu sebagai
pelajaran, bukan satu dendam yang perlu kau balas, apalagi dengan... dengan...
Ah, kau juga seperti abah yang hanya mudah kata itu, ini! Aku telah katakan, aku
yang menelan jadamnya. Aku dan ma yang menelannya. Kami yang merana. Kami! Aku
dan ma!
Aku teramat risi dengan apa yang berlaku. Deras sahaja air suam yang sedia
bertakung di tubir mata, luruh. Lebat. Terasa hanya aku dan mama yang terlongong.
Sementara wajah-wajah lain terpingkal-pingkal. Lebih-lebih wajah Aunt Pah, Abang Awi,
Aman dan Arif atau mungkin abah, jika tidak ada pengecualian. Aku kian kesasar. Aku
terus mencari-cari wajah sejuk mama. Mama!
Zel!
(Dipetik daripada cerpen Virus Zel untuk Abah
oleh Mawar Shafie dalam antologi Kerusi,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i)

Apakah nasihat Win kepada Zel?

[3 markah]

104

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

(ii)

Pada pendapat anda, mengapakah ibu tunggal seperti mama pada zaman moden
ini mampu hidup berdikari?
[3 markah]

(iii)

Huraikan satu nilai mumi yang terdapat dalam petikan dan dua nilai murni
daripada keseluruhan cerpen tersebut.
[3 markah]

Soalan 2 (b) Petikan Cerpen


Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikunyat dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Pusaran!
Junid memerhatinya. Mengangkat tangannya sedikit. Dengan kegirangan yang
menakjubkan, Junid melihat dengan pandangan yang berkaca-kaca ke arah Pusaran.
Pusaran yang sedang merenggut rumput-rumput nipis di tengah padang yang menghijau
ditompoki oleh batang-batang senduduk yang hangus terbakar, menaikkan telinganya.
Tegak. Mengangkat kepalanya tinggi-tinggi.
Pusaran! Junid menyeru sekali lagi dengan lebih nyaring. Menjungkitkan
jarinya.
Melonjak sedikit.
Dengan suara yang menghairankan oleh kefahaman yang diajari Junid sejak dua
tahun, Pusaran melompat sedikit. Membelakangi kawan-kawannya. Dengan lompatan
kecil yang galak dan kesegaran yang merangsang, Pusaran menghambur kencang ke arah
Junid yang terlompat-lompat kegirangan yang tidak terperikan. Junid menanti kedatangan
Pusaran yang kian perlahan, dan menjilat-jilat tangan Junid dengan manja mesra yang
aneh. Kemesraan yang memenuhi seluruh ruangan hati Junid bertahun-tahun.
Persahabatan yang terjalin dari rasa pupukan kasih sayang dan kemanjaan yang kebetulan
terjadi.
(Dipetik daripada cerpen Pusaran
karya S.Othman Kelantan Dalam antologi
Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i)

Apakah reaksi Pusaran apabila Junid memanggilnya?

(ii)

Sekiranya anda ditugaskan untuk memelihara Pusaran, bagaimanakah anda


menjaganya?
[3 markah]

105

[3 markah]

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

(iii)

Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan dua persoalan lagi yang
terdapat dalam cerpen.
[3 markah]

Soalan 2(b) Petikan Cerpen


Baca petikan cepen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Kau nak ke mana? tanya mak apabila dilihat Fuad berpakaian kemas. Mengapa
tak makan dulu?
Balik nanti saya makan. Suara Fuad kendur. Saya nak jumpa Datuk Sukar
dulu. Saya tak dapat bersabar hingga esok.
Nak buat apa?
Saya mesti ambil balik geran tanah kita tu. Saya mesti batalkan surat serah kuasa
yang mak turunkan cap jari mak tu.
Bolehkah itu Fuad? tekan mak. Itulah kau. Dulu-dulu lagi mak nak pindahkan
nama tanah tu pada kau. Kau tak nak. Kalau tidak taklah jadi macam ni
Fuad tersengih. Kan mak masih hidup? Buat apa nak pindah-pindah milik pula?
Mulut mak tertutup. Lagipun saya tak suka dituduh, belum apa-apa dah nak bolot
harta mak. Bukan saya seorang anak mak. Mak tunduk terpaku.
Fuad sarungkan sepatu dan kemudian memandang sayu ke wajah mak. Muka tua
itu bertambah banyak kedutnya. Rambut di kepala pun tak ada lagi yang hitam.
Semuanya putih. Kini pelbagai macam perasaan berbaur di hati Fuad. Fuad kesal dengan
kebodohan mak. Orang-orang lurus macam maklah yang selalu jadi mangsa.
Fuad mengeluh lagi. Tak apalah mak, kata Fuad. Biar saya jumpa Datuk Sukar
dulu.
(Dipetik daripada Cerpen Sebutir Pasir Di Kaki
dalam antologi Kerusi, Dewan Bahasa dan Pustaka.)
(i)

Mengapakah Fuad tidak mahu maknya memindahkan nama tanah itu kepada
namanya?
[2 markah]

(ii)

Pada pendapat anda, bagaimanakah kita dapat memanfaatkan tanah pusaka


tanpa menjualnya?
[4 markah]

106

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

(iii)

Bincangkan tiga aspek penggunaan gaya bahasa dalam petikan di atas.


[3 markah]

Soalan 2(b) Petikan Drama


Baca petikan drama di bawah ini dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
BIDAN TUK MAH: Rupa-rupanya rombongan Peran bukanlah sekadar menghibur,
sebab kepada Peran, persembahan-persembahannya ada tujuantujuan tertentu.
WAK KELETUNG: Bidan Tuk Mah pun merantaulah bersama rombongan ini,
mengembara ke seluruh pelosok negara. Hidup bukanlah senang
tapi hidup berguna dan membawa erti. Tuk Mah lebih aman.
BIDAN TUK MAH: Pada suatu malam, kami bermain di sebuah kampung. Orang-orang
yang datang menonton ialah orang buta. Rupa-rupanya, sekalian
penduduk kampung ini ialah orang buta belaka. Peran begitu
terharu dengan apa yang dilihatnya.
WAK KELETUNG: Dan Peran terus bertapak di kampung itu supaya dapat menolong
orang- orang buta ni. Dia berusaha menolong di mana yang boleh.
Dan pada suatu malam, ribut sebegitu menggila di kampung itu.
Hujan, ribut, dahsyat. Ada rumah yang runtuh, pohon tumbang, air
membanjir dan satu perkara yang sungguh aneh pun berlaku.
BIDAN TUK MAH: Semua penduduk yang buta di kampung itu tiba-tiba boleh lihat.
Dan dalam ribut yang dahsyat ini. Peran pun hilang. Berhari-hari
orang- orang kampung yang sekarang boleh lihat, mencari Peran;
hingga melangkah sungai-sungai. Tak jumpa-jumpa. Ke mana
agaknya Peran? Tiga hari tiga malam Tuk Mah tak sedar. Dalam
masa ini. Tuk Mah seakan-akan bermimpi; dinasihati jangan
bimbang tentang Peran. Dia tak apa-apa. Dan selepas tiga han tiga
malam ini, Tuk Mah pun boleh jadi bidan dan boleh ubat orang
sakit. Di mana dijemput, Tuk Mah pergilah. Tuk Mah jadi begini
adalah kerana Peran. Alhamdulillah.
(Dipetik daripada drama Jangan Bunuh Rama-rama
oleh Noordin Hassan dalam Antologi Kerusi,
Dewan Bahasa dan Pustaka.)

107

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

(i)

Apakah peristiwa luar biasa yang berlaku di kampung yang disinggahi oleh
rombongan Peran dan Bidan Tuk Mah?
[2 markah]

(ii)

Pada pendapat anda, selain mengubati orang, apakah kerja-kerja kebajikan yang
boleh dilakukan untuk memajukan sesebuah kampung?
[3 markah]

(iii)

Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan drama di atas dan satu
pengajaran lain daripada keseluruhan drama.
[4 markah]
Soalan 2(b) Petikan Drama
Baca petikan drama di bawah ini dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
IBU

: Kata Piah kau datang pukul sepuluh tadi.

UMAR

: Ada kerja sikit. ( Ketawa kecil ) Sibuk memilih jubah.

IBU

: ( Hairan memandang muka Umar ) Apa? Jubah? Jubah apa?

UMAR

: ( Ketawa ) Jubah tu nak dipakai petang nanti.

IBU

: ( Hairan lagi ) Buat apa pakai jubah pula? Yang mak cik tahu haji sahaja
yang dipakai jubah!

UMAR

: ( Tersenyum ) Ini pun macam haji juga, mak cik. Masa nak menerima
degree kenalah pakai jubah. Inikan rukun di universiti. ( Memandang ke
pintu ) Piah mana?

IBU

: Ke bilik mandi agaknya. ( Diam seketika ) Ayah dan maknya akan datang
nanti?

UMAR

: Dalam suratnya kelmarin begitulah. Saya ingat dah sampai.

IBU

: Belum. Agaknya sekejap lagi. Mak cik pun lupa, baik Piah
mengingatkan. Eh, ke mana budak ni! ( Memanggil ) Piah! Piaah!

UMAR

: Tak apalah, mak cik.

SAFIAH

: ( Berdiri di pintu belakang Umar ) Yalah, memang tak apa


( Umar tersentak dan bangun mendapatkan Safiah, tetapi terasa kekok
sedikit di hadapan ibu Safiah, terhenti dan hanya tersenyum memandang
Safiah. Safiah tidak membalas senyumannya )

SAFIAH

: ( Merungut, kesal, dan merajuk ) Janji pukul sepuluh

UMAR

: ( Nada rasa bersalah ) I ada hal tadi


( Dipetik daripada drama Serunai Malam oleh Usman Awang
108

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


dalam Antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000 hal. 126 )
(i)

Mengapakah Safiah memarahi Umar?

(ii)

Sekiranya anda ialah Umar, apakah yang anda akan lakukan untuk
meredakan kemarahan Safiah?

(iii)

Nyatakan tiga persoalan yang cuba disampaikan oleh pengarang drama


ini.

SKEMA JAWAPAN SOALAN KOMSAS


SET 1: CERPEN DAN DRAMA
Soalan 2(b) Petikan Cerpen Mariah
(i)

Peristiwa malang yang menimpa keluarga Mariah ialah adiknya, Hilmi


meninggal dunia kerana dilanggar oleh sebuah teksi (1m), ayahnya
menjadi tidak menentu sejak peristiwa itu (1m) dan ibunya meninggal
dunia selepas berbuka puasa (1m)
[3 markah]

(ii)

Sekiranya saya Mariah, saya akan membantu ayah saya mengubah


sikapnya dengan cara meluangkan lebih banyak masa bersamasamanya (1m), memujuknya dengan lembut supaya berubah sikap (1m)
dan membina keyakinan dirinya supaya menerima takdir yang telah
ditentukan oleh Tuhan (1m) serta sentaasa membuatnya ceria agar dapat
melupakan kisah lalu. (1m)
Pilih tiga sahaja [Pendapat yang sesuai diterima]
[3 markah]

(iii)

Tiga perwatakan ayah Mariah dalam petikan di atas ialah dia tidak dapat
menenima takdir Tuhan, buktinya ayah Mariah sering menyalahkan
dirinya atas kematian Hilmi ( 1m), dia seorang yang degil, buktinya ayah
Mariah tidak mahu mendengar nasihat walaupun dipujuk oleh Lebai
Kudin beberapa kali (1m) dan imannya tidak kuat, buktinya ayah Mariah
ambil mudah meninggalkan solat ( 1m)
[3 markah]

Soalan 2(b) Petikan Cerpen Lambaian Malar Hijau


(i)

Apabila menjawab soalan cik gu Jo, Daneng mengambil keputusan tidak


mahu meninggalkan tempat kelahirannya (1m), dia tetap dengan
pendiriannya untuk terus menetap di dalam hutan (1m) dan ingin
memperhambakan dirinya kepada hutan (1m)
[3 markah]

109

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

(ii)

Andaikan saya cik gu Jo, tindakan yang akan saya ambil untuk
memujuk Daneng agar menyambung pelajarannya ialah saya tidak
akan berputus asa untuk terus memujuk Daneng sehingga berjaya ( 1m).
Selain itu, saya juga akan memujuk ibu Daneng agar menasihatinya (1m)
dan akan meminta kerjasama daripada kaunselor sekolah untuk memujuk
Daneng agar
mengubah pemikirannya ke arah yang lebih positif (1m)
[3 markah]

(iii)

Dua latar masyarakat berdasarkan petikan cerpen ialah masyarakat yang


prihatin, buktinya Cikgu Jo amat niengambil berat tentang kehidupan
Daneng dan masa depannya ( 1m) dan masyarakat yang tinggal di desa/
pedalaman, buktinya Daneng dan nenek moyangnya sudah sebati dengan
kehidupan di dalam hutan yang cukup menyenangkan (1m)
Satu latar masyarakat daripada keseluruhan cerpen ialah masyarakat yang
suka berbudi dan baik hati, buktinya ibu Daneng membekalkan
petai kepada Cikgu Jo untuk dibawa pulang (1m)
[3 markah]

Soalan 2(b) Petikan Cerpen Virus Zel Untuk Abah


(i)

Maksud frasa tidak mengukur baju di badan sendiri ialah setiap


pekerjaan yang dilakukan hendaklah bersesuaian dengan
kemampuan/kebolehan diri sendiri ( 1 m)
Abah berkata demikian, kerana menganggap dirinya bersalah/membuat
pilihan yang salah ( 1m).Dia juga mengakui kesilapannya kerana tidak
mengukur kemampuannya menjadi suami yang sesuai kepada mama Zel
( 1m ) dan dia kecewa kerana gagal membentuk mama Zel sebagai isteri
( 1m )
[ Pilih tiga sahaja ]
[3 markah]

(ii)

Pada pendapat saya, Zel memberontak terhadap abah kerana dia

kecewa
akan apa-apa yang berlaku antara abah, mama, dengan dirinya (1 m)
Dia juga tidak dapat menerima perpisahan abah dan mamanya (1 m)
Selain itu, dia berpendapat abahnya tidak menjalankan tanggungjawab
sebagai ketua keluarga dengan baik (1m ), tidak mahu mendengar/
memahami/ mengerti tentang keinginannya ( 1m) dan abahnya gagal
sebagai lelaki/suami kerana tidak dapat membentuk isterinya (1m)
Serta abahnya tidak mengambil tindakan yang wajar untuk membaiki
kepineangan keluarganya (1m)
[ Pilih tiga sahaja ]
[3 markah]

110

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

(iii)

Satu perwatakan Zel dalam petikan ialah dia seorang yang bijak berhujah,
buktinya Zel berterus-terang menyuarakan perasaan tidak puas hati
terhadap abahnya (1m)
Dua perwatakan Zel dalam keseluruhan cerpen ialah penyayang, buktinya
Zel amat menyayangi mama dan keluarganya (1m) dan pcndendam,
buktinya Zel ingin menghantar virus ZEL bagi merosakkan program
ZQ 1308 milik keluarga abahnya kerana marah ( 1 m)
[3 markah]

Soalan 2(b)

Petikan Drama Serunai Malam

(i)

Ciri-ciri seorang mahasiswa menurut pandangan Saflah, mahasiswa


mestilah tinggal di kota-kota setelah tamat pengajian.( 1 m ) Mahasisiwa
juga patut bekerja di luar negeri ( 1 m ) dan mereka tidak sesuai untuk
tinggal di kampung. (1 m)
[3 markah]

(ii)

Pada pandangan saya, Umar tidak bersetuju dengan pandangan Safiah


kerana dia mahu membangunkan kampungnya ( 1 m). Dia juga ingin
meningkatkan taraf hidup penduduk kampung, ( 1m ) di samping
mencurahkan bakti mendidik anak-anak bangsanya.(1 m) Umar juga
memang berasal dari kampung dan lebih senang hidup dalam suasana
kampung. ( 1 m)
[3 markah]

(iii)

Satu perwatakan Safiah seperti yang tergambar dalam petikan ialah dia
seorang yang mementingkan kehidupan selesa di bandar ( 1m ). Selain
itu, dia juga seorang yang tegas dan mahu kehendaknya dituruti.( 1m)
Akhir sekali, Safiah digambarkan sebagai seorang yang suka memandang
rendah terhadap kampung.( 1m )
[3 markah]

Soalan 2(b) Petikan Cerpen Annyss Sophillea


(i)

Apabila berada dalam keadaan sedih, Annyss segera menggenggam loket


permata.(1m) Bibirnya pula mengucapkan sesuatu yang tidak difahami oleh
orang lain. (1m) Kemudian. Annyss mengucup jejarinya ( 1m) lalu diletakkan
jejarinya itu di dahi.(1m)
Pilih tiga jawapan sahaja.

111

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


(ii)

Sekiranya saya berhadapan dengan orang yang berada dalam keadaan sedih,
saya akan meminta orang itu meluahkan apa-apa sahaja yang terbuku di
hatinya agar rasa kesedihan itu berkurangan.(1m) Kemudian saya akan
memujuknya dengan menganggap apa-apa sahaja yang berlaku merupakan
dugaan daripada Tuhan.( 1m) Seterusnya, saya akan membantu masalah yang
dihadapinya dengan kemampuan yang saya ada.( 1m)

(iii)

Satu persoalan dalam petikan di atas ialah persahabatan dua insan daripada
dunia yang berbeza, contohnya Akmal dari Bumi berkawan dengan Annyss
dari dunia lain.(1m) Persoalan yang lain ialah kasih sayang mengatasi segalagalanya, contohnya Annyss sanggup mencari Eyrique demi kasih sayangnya.
(1m ) Selain itu, orang yang berniat buruk akan menerima pembalasan,
contohnya Strenn berjaya dibunuh akibat perasaan tamaknya untuk merebut
kuasa.(1m)

SKEMA JAWAPAN SOALAN KOMSAS


SET 2:
CERPEN DAN DRAMA
Soalan 2 (b) Petikan Cerpen Virus Zel Untuk abah
(i)

Nasihat Win kepada Zel ialah sebagai seonang bakal pengamal undangundang, Zel jangan memarahi sikap abahnya.(1m). Dia hendaklah
mengingati pesanan mamanya bahawa manusia banyak betajar dan dewasa
daripada bencana. (1m), apa yang berlaku hendaklah dijadikan pengajaran
( 1m ) dan jangan membalas dendam. (1m)
[Pilih tiga sahaja ]
[3 markah]

(ii)

Pada pendapat saya, ibu tunggal seperti mama pada zaman moden ini
mampu berdikari kerana mereka mempunyai pekerjaan dan dengan
pekerjaan tersebut memperoleh gaji untuk menampung keluarga. (1m)
mereka juga mempunyai ilmu pengetahuan dan dengan ilmu itu mampu
menyelesaikan masalah yang dihadapi. (1m) dan masyarakat sekeliling
tidak berprasangka buruk kepada ibu tunggal memudahkan mereka
meneruskan kehidupan.
[Pendapat yang sesuai diterima.]
[3 markah]

(iii)

Satu nilai murni daripada petikan ialah baik hati, contohnya Win
menasihati Zel agar sabar menghadapi cabaran yang berlaku, khususnya
akibat perpisahan abah dan mamanya.(1m) Dua nilai murni daripada
cerpen ialah kasih sayang, contohnya mama sayang akan Zel,
anaknya.(1m) dan nilai kerajinan, contohnya mama gigih menjalankan
perniagaan komputer. (1m)
[3 markah]
112

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

Soalan 2 (b) Petikan Cerpen Pusaran


(i)

Apabila Junid memanggilnya, Pusaran menaikkan telinganya tegak. (1m)


Kemudian Pusaran mengangkat kepalanya tinggi-tinggi.(1m) Seterusnya
Pusaran berlari kencang ke arah Junid.(1m) Pusaran juga menjilat-jilat
tangan Junid dengan manja dan mesra. (1m)
[Pilih tiga jawapan sahaja]
[3 markah]

(ii)

Sekiranya saya ditugaskan untuk memelihara Pusaran, saya akan


memberinya makanan yang secukupnya. (1m) Saya juga akan membina
kandang yang sesuai untuknya. (1m) Sekiranya Pusaran sakit, saya akan
membawa Pusaran berjumpa doktor haiwan.(1m)
[Pendapat yang sesuai diterima.]
[3 markah]

(iv)

Satu persoalan yang terdapat dalam petikan ialah persoalan tentang kasih
sayang terhadap haiwan peliharaan, contohnya kasih sayang yang
ditunjukkan oleh Pusaran terhadap Junid apabila Junid memanggilnya.
(1m) Dua persoalan lagi yang terdapat dalam cerpen ialah sikap
masyarakat yang percaya akan kepercayaan karut, contohnya
Mohsin percaya akan kata-kata Pak Cik Kar yang mengatakan Pusaran
saudara kembar Junid.(1m) Seterusnya persoalan kurangnya memberi
perhatian terhadap pelajaran. Contohnya ibu bapa Junid kurang
memberikan perhatian pelajaran terhadap anak- anaknya.
[3 markah]

Soalan 2 (b) Petikan Cerpen Sebutir Pasir Di Kaki

(i)

Fuad tidak mahu maknya memindahkan nama tanah itu kepada namanya
keranan maknya masih hidup (1m), tidak mahu dituduh membolot harta
emaknya (1m) dan anak emak bukan Fuad seorang saja (1m)
- pilih dua jawapan sahaja
[2 markah]

(ii)

Pada pendapat saya, kita dapat memanfaatkan tanah pusaka tanpa


menjualnya dengan cara mengekalkan penggunaannya yang sedia ada
seperti untuk tempat tinggal/perniagaan/pertanian (1m), menjadikannya
sebagai tempat pertemuan/perhimpunan ahli keluarga pada masa-masa
tertentu seperti hari perayaan/kenduri (1m) dan memajukan tanah supaya
lebih produktif melalui pakatan/perkongsian dalam keluarga (1m) atau

113

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


mewakafkan tanah itu untuk tempat ibadat/belajar/kebajikan seperti
asrama anak yatim, tanah perkuburan, dan lain-lain ( 1m)
[4 markah]
(iii)

Tiga aspek penggunaan gaya bahasa dalam petikan di atas ialah


penggunaan dialog. Contohnya, mana-mana dialog dalam petikan (1m),
penggunaan kata ganda. Contohnya, dulu dulu pindah-pindah, apa-apa,
dan orang-orang (1m) Seterusnya penggunaan sinkope. Contohnya, kau,
nak, mak, tak, tu, ni, dan lain-lain (1m) Terdapat juga ayat pendek.
Cnntohnya, Semua putih dan Fuad mengeluh lagi. (1m)
- Pilih tiga jawapan sahaja.

[ 3 markah]
Soalan 2(b) Petikan Drama Jangan Bunuh Rama-Rama
(i)

Peristiwa luar biasa yang berlaku di kampung yang disinggahi oleh


rombongan Peran dan Bidan Tuk Mah ialah sekalian penduduk kampung
buta belaka ( 1m). Pada suatu malam ribut sebegitu menggila (1m) dan
semua penduduk kampung tiba-tiba boleh melihat ( 1m). Dalam ribut yang
dahsyat itu Peran tiba-tiba hilang ( 1m) dan Tuk Mah boleh jadi bidan dan
mengubati orang sakit
-Pilih dua sahaja.
[ 2 markah ]

(ii)

Pada pendapat saya, selain mengubati orang, kerja-kerja kebajikan


yang boleh dilakukan untuk memajukan sesebuah kampung ialah
menganjurkan program motivasi agar orang-orang kampung mempunyai
kesedaran
( 1m), mengadakan majlis gotong-royong ( 1m) dan mewujudkan majlis
permuafakatan seperti rukun tetangga ( 1m). Selain itu, memohon kepada
pihak-pihak tertentu supaya melengkapkan infrastruktur ( 1m ) dan
mendapatkan sumbangan kewangan daripada pihak tertentu.
-Pilih tiga sahaja.
[ 3 markah ]

(iii)

Satu pengajaran yang terdapat dalam petikan drama ialah kita hendaklah
sentiasa menolong orang yang memerlukan. Contohnya, Peran
yang berkunjung ke sebuah kampung untuk menolong orang/Tuk Mali
menjadi bidan dan mengubati orang sakit. (2m)
Satu pengajaran dalam keseluruhan drama ialah kita janganlah leka
dengan kemewahan hidup hiugga niengabaikan orang lain. Contohnya,
Bidan Tuk Mah yang asalnya golongan bangsawan sanggup merantau
untuk menjadi bidan dan mengubati orang. ( 2m )
[ 4 markah ]

Soalan 2(b)

Drama Serunai Malam

114

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


(i)

Safiah memarahi Umar kerana Umar lambat tiba ke rumahnya. (1m)


Safiah juga cemburukan Umar (1m) dan Umar dikatakan tidak menepati
janjinya.(1m)
( 3 markah)
(ii)

Sekiranya saya ialah Umar, Saya akan memohon maaf kerana lewat
tiba.(1m) Selain itu, memujuknya dengan kata-kata yang lembut (1m)
dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu lagi.(1m)
(3 markah)

iii) Tiga persoalan yang cuba disampaikan oleh pengarang drama ini ialah
perbezaan pendapat tentang pilihan pekerjaan.(1m) Selain itu, hubungan
kemesraan dalam pertunangan, (1m)dan persoalan suka mengagungkan
budaya barat (1m) serta ketaatan dan moral dalam beragama.(1m)
Pilih tiga jawapan sahaja
(3 markah)

BAHAGIAN 5
PEMAHAMAN KOMSAS
PROSA TRADISIONAL

115

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

PROSA TRADISIONAL
A. Pengenalan
1. Soalan ini dikemukakan dalam soalan 2 (c) Kertas Bahasa Melayu 2
2. Markah yang diperuntukkan ialah 8 markah yang akan diajukan dalam 3 soalan.
3. Prosa Tradisional dipetik hanya sebahagian sahaja , sekitar 100 patah perkataan.
B. Menganalisis Soalan
1. Baca soalan terlebih dahulu untuk mendapatkan gambaran akan kehendak soalan.
2. Baca petikan sekurang-kurangnya dua kali.
3. Pembacaan kali kedua , gariskan isi-isi yang dianggap penting dan dirasakan
boleh dimanfaatkan untuk menjawab soalan
4. Soalan yang diajukan sebanyak 3 soalan yang membawa 8 markah.
a. Soalan ( i ) ialah soalan tentang maksud rangkai kata atau yang berkaitan
dengan kandungan petikan.
b. Soalan ( ii ) ialah soalan yang berkaitan dengan kandungan petikan.Jawapan
yang dikemukakan mestilah terdapat dalam petikan.
c. Soalan ( iii ) ialah soalan tentang KBKK.Pelajar mestilah mengemukakan
jawapan berdasarkan pengetahuan sendiri tetapi mestilah berkaitan dengan
cerita atau kandungan petikan.
Soalan berbentuk Kemahiran Berfikir,biasanya soalan bermula dengan
perkataan pada pandangan anda atau pada pendapat anda.

116

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


C. Permakahan
1.
2.
3.

Jawapan yang dikemukakan mestilah dalam ayat yang lengkap daripada segi
subjek dan predikat.
Pastikan jumlah markah.Jika soalan membawa 3 markah,dicadangkan tiga
isi dengan menulis dalam tiga ayat.
Jika pelajar melakukan kesalahan tatabahasa dan ayat tidak lengkap , setengah
markah akan ditolak bagi setiap pecahan soalan.

PRAKTIS 1
Petikan Prosa Tradisional SABOR
Soalan 2 ( c ) : Petikan Prosa Klasik
1. Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti , kemudian jawab soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka segala makmum pun takbirlah.Baharulah imam membaca fatihah,maka sipahi
yang keempat itu pun datanglah lalu diparangnya leher Jauhari itu putus terpelanting
pada kaki Jibor itu.Maka Jibor pun terkejut lalu melompat.Maka segala orang yang
sembahyang itu pun habis pecahlah lari . Maka sembahyang itu pun menjadi
batallah,sekalian makmum itu pun pecah belah,tiada berkelahuan, hanya yang tiada batal
itu imam dengan Sabor juga.Setelah tamatlah sembahyang kedua mereka itu, maka Sabor
pun baharulah tahu akan fitnah itu daripada Saidah juga.
Maka Jibor pun terlalu hairan melihat Sabor tiada mati itu,sekoyong-koyong akan
Jauhari juga mati , maka adalah ia berdosa dari dahulu dengan Saidah itu;sebab itulah
mati. Maka lalu Jibor pun berfikir di dalam hatinya,takut benar juga saudaraku Sabor itu;
maka ia dilepaskan Allah subhanahu wataala daripada bala ini.
Maka segala keluarga Jauhari pun datanglah dengan keris lembingnya mari bertanya
kepada Jibor.Maka kata Jibor, tiada hamba ketahui.
Maka mayat Jauhari itu pun diambil oranglah dibawanya ke rumahnya itu,seraya
menyiasat orang membunuh Jauhari itu.Maka tiadalah dapat orang membunuh itu. Maka
mayat Jauhari pun ditanamkan oranglah,seperti cara agama Islam.
( Dipetik daripada cerita Sabor dalam
Antologi Kerusi, hlm.31 )

117

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

( i ) Berikan maksud rangkai kata segala orang yang sembahyang itu pun habis
pecahlah lari?
( 2 markah )
ii) Gambarkan keadaan setelah sipahi memarang leher Jauhari? ( 3 markah )
( iii ) Pada pendapat anda, mengapakah sipahi diarahkan untuk membunuh Sabor ketika
Sabor sedang bersembahyang?
( 3 markah )

PRAKTIS 2
Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti , kemudian jawab soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Pada suatu malam , Jibor makan majun. Maka Jibor pun khayali , tiada khabarkan
dirinya seperti orang mati.Setelah dilihat oleh Siti Saidah hal suaminya itu , maka ia pun
keluar mendapatkan Sabor , dilihatnya Sabor sedang tidur , tiada khabarkan dirinya.
Maka oleh Siti Saidah dipadamkannya pelita , dipeluknya , diciumnya Sabor.
Maka Sabor pun terkejut daripada tidurnya itu , seperti batu menimpa ke atasnya ,
seraya katanya kepada Siti Saidah , Hai Syaitan! Iblis! Menduakan suaminya! Mengapa
engkau tiada takut akan Allah subhanahu wataala , tiada malukan Rasulullah? Apa
sebabnya maka demikian ini lakumu , seperti orang gila tiada sedarkan dirimu?
Maka Siti Saidah pun menutup mulut Sabor , katanya, Janganlah tuan hamba ingat ,
kalau didengar saudara tuan hamba , dibunuhnya hamba . Bukankah hamba datang ini
menjunjung kadam yang mulia serta mengharapi kakanda menyapaikan rindu adinda ,
rendah gunung tinggi harapan.Tiadalah laki-laki yang lain adinda berahikan , melainkan
tuan menyampaikan hajat hamba , kerana hamba sangatlah berahi.
( Dipetik daripada cerita Sabor dalam
antologi Kerusi )
(i)Apakah pandangan Sabor terhadap Siti Saidah berdasarkan petikan itu? (2 Markah )
(ii) Jelaskan tiga perwatakan Sabor berdasarkan petikan itu.

( 2 Markah )

(iii) Pada pendapat anda , apakah nasihat yang patut diberikan kepada Siti Saidah supaya
tidak mengulangi perbuatannya?
( 4 Markah )

118

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

PRAKTIS 3
Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti , kemudian jawab soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka kedengaranlah kepada Laksamana, mengatakan hal anak raja itu , sudah diketahui
orang .Maka Laksamana muafakat dengan Raja Negara, mengatakan hal anak raja itu ,
sudah diketahui oleh Yamtuan Muda.Baiklah kita suruh larikan.Jikalau saudara
kita,Temenggung Muar ,membawa ke Muar , nescaya tahu juga orang , kerana anak raja
itu sudah dikenal orang.
Maka Temenggung Muar pun menyerah akan bicara kepada Laksamana.Maka
Laksamana pun mencari orang yang boleh membawa anak raja itu.dan ada nakhoda,
orang Minangkabau, Nakhoda Malim namanya , bersahabat dengan laksamana.Maka
Laksamana pun fikir, Baiklah aku beri akan anak raja ini, boleh dibawanya.Maka
Laksamana pun lalu memanggil Nakhoda Malim. Dan Laksamanapun berkhabar kepada
Laksamana Malim,mengatakan segala rahsianya , dan ceritanya ( bahawa ) anak raja
itulah Putera Marhum Mangkat Dijulang. Dan anak raja inilah, sahaya minta , tolong
peliharakan baik-baik.Dengan mudah-mudahan, Allah taala beri ,dapat beruntunglah
nakhoda. dan Nakhoda Malim pun terlalu suka.Maka Nakhoda Malim pun
menerimalah bicara.
( Dipetik daripada Asal Usul Raja Kecil dalam
Antologi Kerusi,Dewan Bahasa dan Pustaka )
(i) Apakah maksud rangkai kata menerimalah bicara berdasarkan petikan? ( 2 Markah )
(ii) Apakah usaha-usaha yang dilakukan Laksamana untuk menjaga keselamatan Putera
Marhum Mangkat Dijulang? ( 3 Markah )

119

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

(iii) Pada pendapat anda , wajarkah anak itu dibawa keluar dari negeri asalnya?
(3 Markah)

PRAKTIS 4
Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti , kemudian jawab soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka Dara Zulaikha Tingkap pun menyuruh keluarkan kuda itu dan diberikan kepada
kekangnya dan pelananya.Maka Perman Isap dua dengan Orang Tikar itu,maka kedua
mereka itu pun segera keluar membawa kuda kepada Tun Beraim Bapa,maka sultan pun
berangkatlah keluar ke medan akan melihat Tun Beraim Bapa bermain-main itu.Maka
dilihat oleh Tun Beraim Bapa sultan keluar itu, maka Tun Beraim Bapa pun berdiri
dengan khidmatnya di hadapan sultan itu lalu ia sujud.Maka sultan pun bersabda kepada
Bermamat P.nti dan Maidana P.nti. Katakanlah kepada anakku Si Beraim bapa , aku
menyuruhkan ia menaiki kuda itu di hadapan jamu helat asing,tandilnya lasykar pendekar
Keling itu, suruh pacu kudanya itu ke Tukas. Maka Bermamat P.nti dan Maidana P.nti
pun menjunjungkan sabda yang maha mulia itu kepada Tun Beraim Bapa. Ya tuanku
Tun Beraim Bapa, sabda paduka ayahanda naiklah tuanku ke atas kuda itu di hadapan
tamu orang hebat asing lasykar pendekar Keling itu.
Maka Tun Beraim Bapa pun menyembah sultan, lalu baginda naik ke atas
kudanya.maka dipacunya lalu ditarikkannya di medan.Maka ia pun berkhidmat kepada
sultan, tatkala akan naik kuda itu, maka dipacunya pula.Maka (kuda) itu pun bangkit lalu
ke udara.Maka dipacunya pula lalu dihalakannya pula ke Tukas.Maka dengan seketika itu
juga lenyaplah daripada sultan.
(Dipetik daripada cerita Kepahlawanan Tun Beraim Bapa
dalam Antologi Kerusi,hlm 41-42)
( i) Apakah maksud rangkaikata ditarikkannya di medan dalam petikan tersebut?
( 2 m arkah )

120

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


( ii) Mengapakah sultan meminta Tun Beraim Bapa memacu kudanya di hadapan tetamu
dan utusan asing?
( 3 markah )
(iii) Berikan pendapat anda tentang kesan persembahan yang diperlihatkan Tun beraim
Bapa kepada semua tetamu asing yang berada di situ?
( 3 Markah )

PRAKTIS 5
Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti,kemudian jawab soalan soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka senantiasa hari anak kera itu pergi bermain-main dengan anak saudagar
itu.Maka kata bapanya,Hai anak-anakku,jangan engkau bersahabat dengan anak
saudagar itu,kerana ia manusia ,kita binantang!
Maka segala pengajaran ibu-bapanya tiada juga diturut oleh anak kera itu.Sekali
peristiwa,pada suatu hari,maka anak kera itu pun bermain-main catur dengan anak
saudagar itu.Maka kalah anak kera,menang anak saudagar.Maka anak kera itu pun marah
lalu dihamburkannya buah catur itu kepada anak saudagar itu.
Syahadan,kepada masa itu orang pun banyak duduk di rumah saudagar itu,maka anak
saudagar itu kemalu-maluan ia lalu dihunuskannya pisau daripada pinggangnya dan
diparangkannya kepada anak kera itu.Maka anak kera itu pun melompat,kenalah hujung
pisau itu pada lengannya,maka anak kera itu luka sedikit.Setelah itu,pisau itu dicapakkan
oleh anak saudagar itu.Apabila dilihat oleh anak kera pisau itu tercampak di situ,lalu ia
pun melompat mengambil pisau itu lalu dilontarkannya kepada anak saudagar itu,maka
anak saudagar itu pun luka sedikit.
Sebermula,anak kera itu pun kembalilah ia kepada bapanya.Setelah dilihat oleh
bapanya anaknya luka,maka kata bapanya,Kenapa engkau luka itu?

121

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


Maka berceritalah anak kera itu segala perihalnya itu kepada bapanya.Maka kata
bapa,Hai anakku,apakah kataku dahulu kepadamu?Sekarang janganlah lagi engkau
bersahabat dan bermain-main dengan anak saudagar itu.
(Dipetik daripada Cerita Bayan Tiada Menurut Kata Ibu
Bapanya,dalam antologi Anak Laut ,hlm: 24-25)
( i ) Apakah maksud dihamburkannya seperti yang digunakan dalam petikan.?
( 2 markah )
( ii ) Terangkan pergaduhan antara anak saudagar dengan anak kera.
(3
markah)
( iii ) Pada pendapat anda,mengapakah berlakunya pergaduhan dalam kalangan pelajar
yang tinggal di asrama?
(( 3 markah)

PRAKTIS 6
Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti , kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka gemparlah segala perempuan isi istana itu mendengar bunyi lembing perisai dan tempik sorak
orang banyak mengepung istana itu.Maka Hang Jebat pun terkejut daripada tidurnya lalu bangun.Maka
laksamana pun berseru-seru ,katanya,Hai, Si Jebat derhaka! Tiadakah setiamu pada tuanmu? Jika engkau
berani , marilah engkau turun bertikam dengan aku sama seorang , kerana aku pun lamalah tiada
bertikam.Maka didengar oleh Hang Jebat suara Laksamana sayup-sayup; didengarnya bunyi lembing
perisai gemeretak dan bunyi suara orang terlalu gempita.Maka di dalam hatinya,Rajalah rupanya yang
datang ini. Maka Hang Jebat derhaka! Sungguh engkau berani.
Maka Laksamana pun berseru pula,katanya, Hai Si Jebat derhaka! Sungguh engkau berani tiada
berlawan.Marilah engkau turun dari istana ini bertikam sama seorang! Maka suara itu pun terdengar
kepada Hang Jebat,dikenalnya suara Laksamana.Maka Hang Jebat, ia pun naik ke peranginan; maka
dibukanya peranginan itu,maka dilihatnya Laksamana terdiri di tengah halaman itu. Maka Hang Jebat pun
berdebar-debar hatinya; ia pun fikir dalam hatinya : Adapun Hang Tuah itu sudah mati dibunuh oleh
Bendahara; sekarang Laksamana itu tiada dalam dunia ini,siapa pula yang datang ini seperti Laksamana
pun sikapnya dan lakunya? Kalau mataku bekas tidur ini gerangan, maka jadi salah pemandanganku?
Maka Hang Jebat pun turun dari peranginan itu lalu ia mandi pada pasu emas itu dan dibasuh
mukanya.Setelah sudah maka Hang Jebat pun memakai pakaian kerajaan lalu ia membuka pintu itu.Maka
Laksamana pun berseru-seru Tanya,Hai Si Jebat,segeralah engkau turun! Jika engkau tiada turun,sekarang
istana ini kunaiki, tetapi sukar kita bertikam. Setelah Hang Jebat mendengar suara Laksamana maka ia pun
membuka pintu itu sedikit; maka dilihatnya Laksamana,diperamat-amatinya,dikenalnya itu
Laksamana.Maka nyatalah Laksamana itu.Maka Hang Jebat pun hairan.

( Dipetik daripada cerita , Pertarungan


Tuah dengan Jebat dalam Antologi Anak Laut )

122

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

( i ) Apakah yang dilakukan oleh Laksamana sebaik-baik sahaja sampai di halaman


istana tempat Hang Jebat bersembunyi?
( 2 markah )
( ii ) Nyatakan reaksi Hang Jebat setelah mendengar suara Laksamana.
( 3 markah )
( iii ) Pada pendapat anda, adakah wajar Hang Jebat dibunuh atas perbuatannya?
Mengapakah anda berpendapat sedemikian?

PRAKTIS 7
Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti , kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Adapun akan banga Singa itu ada seorang anaknya Darsa Singa namanya.Maka disuruh
raja kanak-kanak itu panggil maka tatkala ia akan pergi maka bondanya saudara
Maharaja Rawana bernama Sura Pandaki maka berkata kepada anaknya , demikian
bunyinya, Hai anakku, akan bapamu sekian-sekian kebaktiannya kepada Maharaja
Rawana lagi dibunuhnya tiada dengan dosanya jangankan engkau kanak-kanak yang
tiada tahu budi bicara? Pada bicara baik engkau bertapaaaa ke dalam hutan, Maka kata
anaknya, Baiklah. Maka Sura Pandaki dengan anaknya kedua masuk ke dalam
hutan.Betapa lamanya berjalan dalam hutan maka bertemu dengan serumpun
buluh.Makaaaaa kata ibunya,Hai Darsa Singa, di sinilah baik anakku bertapa. Setelah
anaknya masuk ke dalam rumpun buluh itu maka Sura Pandaki pun kembali ke
rumahnya.Maka Sura Pandaki sedia kala menghantar nasi gulai akan anaknya dalam
rumpun buluh itu.Sudah ia menghadap anaknya makan itu maka ia kembali ke
rumahnya.Sedia kala ialah kerja ibunya.Maka firman Allah taala itu Laksamana pun sedia
kala berjalan dalam hutan dengan sebilah pedang,sana tetak sini tetak seraya berjalan
pancung sini pancung sana.maka datang ke tempat Darsa Singa itu maka terletak oleh
Laksamana pada rumpun buluh ini lalu terkena leher Darsa Singa kepalanya pun
terpelanting keluar.Maka kata Laksamana ,Hai manusia yang di dalam rumpun buluh
ini,aku tiada tahu! Sudah berkata demikian maka Laksamana pun lalu pulang ke rumah.

123

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


( Dipetik daripada cerita Sikap Terburu-buru Akan
Membawa Padah dalam Antologi Anak Laut )
( i ) Mengapakah Darsa Singa disuruh pergi bertapa?
( ii ) Nyatakan peristiwa yang menimpa Darsa Singa.

( 2 markah )
( 3 markah )

( iii ) Pada pendapat anda , adakah tindakan Laksamana itu dianggap sebagai suatu
kesalahan atau sebaliknya? Mengapakah anda berpendapat sedemikian?
( 3 markah )

PRAKTIS 8
Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti , kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Setelah hari pun sianglah, maka Tun Beraim Bapa pun bersabda kepada bendaharinya
bernama Dara Sipir. Hai Dara Sipir,pipiskan aku olehmu bedak dan ramaskan
limau.Aku hendak mandi dengan segala mamakku dan guruku. Maka Dara Sipir pun
membuka lawang pemipis bedak dan meramas limau dan dicampurinya dengan
kejamas.Maka Tun Beraim Bapa pun berbedak dan berlimau dengan segala
hulubalangnya dan segala gurunya.Maka lalulah segala mereka itu ke Sungai
Sempang.Setelah sudah baginda mandi , lalu kembali ke istananya, maka Tun Beraim
Bapa pun menyuruh membukakan sebuah peti mengeluarkan segala pakaian akan
menganugerahi persalinan lain yang indah-indah akan mamaknya dan abangnya dan
segala hulubalangnya.
Maka Tun Beraim Bapa pun memakailah ia, pertama berkain sutera nipis kuning lai
bayan-bayan,berpunca warna murup bertepi emas dipahat bersiratkan emas dikara
berambu berdani bandi bergiring-giring di puncanya dan berbaju sinar
matahari,berkacing mega berterapan berpermata podi merah, dan bertengkolok warna
China kepelukan bertepi emas berpermata bersirat berambukan mutiara;dan berkamar
berkilat bahu, dan berpotoh bernaga tujuh belit ;dan berkeris dengan manikam
bersarungkan emas, dan menyandang pedang halilintar dan mengenakan s.ng.k.n.k.s.
berpermata dan menyangkutkan busar yang keemasan pada bahu kirinya.

124

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


(Dipetik daripada Kepahlawanan Tun Beraim Bapa,dalam
antologi Kerusi,DBP,2000,hlm 40 )
( i ) Apakah maksud rangkai kata menganugerahi persalinan kain yang indah-indah
berdasarkan petikan di atas?
( 2 markah )

( ii ) Apakah yang dilakukan oleh Tun Beraim bapa apabila hari telah siang?
( 3 markah )
( iii ) Pada pendapat anda,mengapakah Tun Beraim bapa berpakaian kemas pada hari
itu?
( 3 markah )

PRAKTIS 9
Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti , kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bermula diceterakan oleh orang yang empunya ceritera itu.Ada seorang hamba Allah
orang Pasai turun dari atas angina ke Pasai tiga bersahabat,Tun Jana Khatib
namanya,memahirkan ilmu khayal lillah lagi tauhid dua belas alam.Oleh tuan itu pergi
dua bersahabat ke Singapura.Maka seorang pergi ke samarlingga, itulah yang disebut
orang Tuan di Samarlingga; yang seorang Tuan di Bungoran. Maka Tun Jana Khatib
berjalan di Pekan Singapura, maka lalu hampir istana raja.Pada ketika itu raja perempuan
melihat di tangkap, maka terpandang kepada Tun Jana Khatib. Maka ada sebatang pinang
hampir dengan istana itu.Maka ditilik oleh Tun Jana Khatib, belah dua pohon pinang
itu.Telah dilihat oleh paduka Seri maharaja perihal itu, maka baginda pun telalu marah.
Maka baginda berkata, lihatlah kelakuan Tun Jana Khatib, diketahuinya isteri kita
menengok, maka ia menunjukkan pengetahuannya.
Maka disuruh baginda bunuh. Maka Tun Jana Khatib pun dibawa orang kepada tempat
pembunuhan, hampir tempat orang berkedai bikang, serta ditikam orang ,akan Tun Jana
Khatib,darahnya menitik ke bumi, badannya ghaib tiada berketahuan.Maka oleh orang
membuat bikang itu ditutupnya dengan tutup bikang darah Tun Jana Khatib itu, lalu
menjadi batu, datang sekarang pun ada di Singapura.
( Dipetik daripada cerita Kezaliman Membawa Padah,
dalam Antologi Kerusi,hlm.32 )

125

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

( i ) Apakah maksud rangkai kata ia menunjukkan pengetahuannya dalam petikan di


atas?
( 2 markah )
( ii ) Apakah kelebihan yang dimiliki oleh Tun Jana Khatib?

( 2 markah )

( iii ) Pada pandangan anda, adakah wajar tindakan yang diambil oleh Paduka Seri
Maharaja terhadap Tun Jana Khatib? Mengapa anda berpandangan demikian?
( 4 markah )

PRAKTIS 10
Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti,kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka Hang Jebat pun turun dari peranginan itu lalu ia mandi pada pasu emas itu dan
dibasuh mukanya.Setelah sudah maka Hang Jebat pun memakai pakaian kerajaan lalu ia
membuka pintu itu.Maka Laksamana pun berseru-seru,katanya, Hai Si Jebat,segeralah
engkau turun! Jika engkau tiada turun,sekarang istana ini kunaiki,tetapi sukar kita
bertikam. Setelah Hang Jebat mendengar suara Laksamana itu,maka ia pun membuka
pintu itu sedikit;maka dilihatnya Laksamana,diperamat-amatinya,dikenalnya itu
Laksamana.Maka nyatalah Laksamana itu.Maka Hang Jebat pun hairan.
Maka dilihatnya oleh Laksamana Hang Jebat membuka pintu istana itu,maka
Laksamana pun menyingsing tangan bajunya .Maka kata Laksamana, Cih, Si Jebat
derhaka! Mari engkau olehku! Maka Hang Jebat pun segera menutup pintu istana itu,
seraya berkata, Siapa engkau yang datang hendak bertikam dengan aki itu dan siapa
namamu? Maka kata Laksamana, Hai Si Jebat derhaka ,takutkah engkau akan aku
bertanya? Akulah Laksamana,baharu datang dari berguru di Hulu Melaka. Maka shut
Jebat, Hai laksamana,bahawa aku tiada takut akan engkau! Kudengar engkau sudah
dibunuh oleh Bendahara;sebab itulah maka aku hairan. Maka kata Laksamana, Akulah
hang Tuah dititahkan Duli Yang Dipertuan membunuh engkau, kerana aku tiada mati; aku
ditaruh oleh Bendahara di Hulu melaka.

126

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


( Dipetik daripada cerita , Pertarungan Tuah
dengan Jebat dalam Antologi Anak Laut )

( i ) Terangkan maksud kata menyingsing tangan bajunya seperti yang terdapat dalam
petikan di atas.
( 2 markah )

( ii ) Mengapakah Hang Jebat berasa hairan dengan kedatangan Hang Tuah?


( 3 markah )
( iii ) Pada pendapat anda, mengapakah tindakan yang tegas kepada orang yang
menderhaka kepada negara mesti dilaksanakan?
( 3markah )

SKEMA JAWAPAN PEMAHAMAN PROSA KLASIK


Praktis 1
( i ) Maksud rangkai kata , segala orang yang sembahyang itu pun habis pecahlah lari
-semua makmum yang solat/sembahyang itu bertempiaran lari. ( 2 markah )
( ii ) Keadaan setelah sipahi memarang leher Jauhari ialah:
-kepala Jauhari terpelanting ke kaki Jibor
-Jibor terkejut lalu melompat
-Segala makmum yang sembahyang bertempiaran lari
-sembahyang makmum batal
-Iman dan Sabor sahaja yang meneruskan solat/sembahyang sehingga selesai.
( 3 markah )
( iii ) Pada pendapat saya, sipahi diarah membunuh sabor ketika sedang sembahyang
kerana:
-untuk mengelakkan Sabor dapat mempertahankan dirinya.
-supaya orang ramai tidak sedar akan kejadian itu.
-orang ramai tidak dapat membantu Sabor kerana semua sedang sembahyang.
-supaya orang tidak mengenali pembunuh yang sebenarnya.
( 3 markah )
Praktis 2.

127

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


( i ) Pandangan Sabor terhadap Siti Saidah berdasarkan petikan itu ialah:
-Berperangai seperti syaitan/iblis
-sanggup menduakan suami
-tidak malu kepada Rasulullah
-tidak takut akan Allah
( 2 markah )
(pilih dua sahaja isi di atas)
( ii ) Tiga perwatakan Sabor berdasarkan petikan ialah:
-seorang yang taat akan agama
-tidak mudah digoda
-tidak suka mengambil kesempatan terhadap wanita
( 2 markah )
( iii ) Pada pendapat saya,nasihat yang patut diberikan kepada Siti Saidah supaya tidak
mengulangi perbuatannya ialah:
-supaya tidak mengulangi perbuatan zina kerana dilarang dalam agama
-perbuatan zina itu berdosa besar.
-supaya menjaga maruahnya sebagai seorang isteri
-bersyukur kerana mempunyai suami yang baik dan kaya
-bertaubat sebelum menghadap Allah
-tidak menduakan suami kerana dilaknat Allah.
( terima sahaja mana-mana isi yang sesuai)
Praktis 3.

( 4 markah )

( i ) Maksud menerimalah bicara bersetuju akan kata-kata yang diucapkan / akur


dengan keputusan
( 2 markah )
( ii ) Usaha-usaha yang dilakukan agar hal tentang anak raja itu tidak diketahui orang
ramai ialah :
-Laksamana bermuafakat dengan Raja Negara dengan memberitahu hal anak raja itu
diketahui oleh Yamtuan Muda.
-Laksamana kemudiannya berpakat dengan raja Negara untuk melarikan anak raja itu.
-tindakan terakhir ialah meminta Nakhoda Malim memelihara anak raja itu dengan baik.
( 3 markah )
( iii ) Pada pendapat saya,anak raja itu perlu keluar dari negeri asalnya supaya :
-tidak ditangkap oleh Bendahara atau Yamtuan Muda.
-agar identitinya tidak diketahui / tidak terbongkar kerana beliau masih muda.
-supaya komplot Laksamana sebagai pegawai kerajaan tidak terbongkar.
( 3 markah )
Praktis 4
( i ) Maksud ditarikkannya di medan diseretnya ke tengah gelanggang/ arena

128

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


( 2 markah )
( ii ) Sultan meminta Tun Beraim Bapa memancu kudanya di hadapan tetamu dan utusan
asing untuk:
-menunjukkan kecekapan Tun Beraim Bapa menunggang kuda.
-memperlihatkan kehebatan kuda tunggangan Tun Beraim bapa itu sendiri kepada
mereka.
-memperlihatkan kehebatan Tun Beraim Bapa yang dapat melenyapkan diri dengan
pantas kepada mereka
( 3 markah )
( iii ) Pada pendapat saya , kesan persembahan Tun Beraim Bapa ialah :
-menimbulkan rasa takjub dalam kalangan semua tetamu.
-mencetuskan rasa khuatir dan takut dalam hati pendekar asing.
-menimbulkan rasa hormat di hati tetamu asing kepada sultan kerana memiliki pendekar
yang handal dan luar biasa.
( 3 markah )

Praktis 5
( i ) Maksud dihamburkannya - menaburkannya/menyelerakkannya.
( 2 markah )
( ii ) Pergaduhan antara anak saudagar dengan akan kera ialah:
-anak kera kalah bermain catur dengan anak saudagar.
-anak kera menghamburkan buah catur
-anak saudagar malu lalu bertindak mamarang anak kera.
-lengan anak kera luka
-anak kera melontarkan pisau ke arah anak saudagar.
-anak saudagar luka sedikit.
( pilih tiga isi sahaja )

( 3 markah )

( iii ) Pada pendapat saya, berlakunya pengaduhan dalam kalangan pelajar yang tinggal di
asrama kerana:
-pelajar-pelajar tidak dapat dikawal sepanjang masa oleh warden/pihak sekolah.
-perasaan tidak puas hati
-dendam sesama pelajar akibat daripada perhubungan di asrama /di sekolah.
-sifat pelajar yang suka bergaduh.
-tekanan perasaan.
-kenakalan remaja.
-tidak mematuhi peraturan asrama

129

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


-ego
( pilih 3 isi sahaja / terima sahaja mana-mana isi yang sesuai)

( 3 markah )

Praktis 6.
( i ) Laksamana sebaik-baik sahaja sampai di halaman istana tempat Hang Jebat
bersembunyi telah melakukan :
-Laksamana berseru-seru akan nama Hang Jebat
-mencabar Hang Jebat bertikam dengannya.
( 2 markah )
( ii ) Reaksi Hang Jebat setelah mendengar suara Laksamana ialah :
-Hang Jebat menyangka raja yang datang lalu beliau mengasah kerisnya
-Hang Jebat berasa berdebar-debar
-menyangka orang yang datang itu ialah orang yang menyerupai Laksamana
-menyalahkan pandangan sendiri
( pilih tiga isi sahaja)
( 3 markah )

( iii ) Pada pendapat saya, Hang Jebat


Wajar dibunuh:
-Hang Jebat menderhaka kepada raja.
-Hang Jebat bertindak kejam semasa berkuasa.
-berlagak sebagai raja.
-membunuh rakyat yang tidak berdosa.
Tidak wajar dibunuh:
-rakan /saudara sendiri / Hang Jebat dan Hang Tuan seperti adik beradik.
-Hang Jebat membela kematiannya(Hang Tuah)
-Hang Jebat menentang Raja yang zalim yang melakukan hukuman tanpa usul periksa.
( terima mana-mana isi yang sesuai )
( 3 markah )
Praktis 7
( i ) Darsa Singa disuruh pergi bertapa kerana:

130

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


-persediaan untuk berhadapan dengan Maharaja Rawana
-sebagai usaha untuk menuntut bela terhadap kematian bapanya.
( 2 markah )
( ii ) Peristiwa yang menimpa Darsa Singa ialah:
-kepalanya terputus dan tepelanting
-terkena tetakan pedang Laksamana secara tidak sengaja
-Laksamana berjalan di hutan sambil mencatas laluannya ke kiri dan ke kanan.
( 3 markah )
( iii ) Pada pendapat saya,tindakan Laksamana itu dianggap sebagai
Sesuatu yang tidak salah
-Laksamana tidak sengaja
-Hutan agak tebal menyukarkan pandangan.
-Darsa Singa sendiri tidak berusaha untuk mengelak tetakan/bersuara untuk menghalang
berlakunya kejadian buruk itu.
Sesuatu yang salah
-membunuh orang tidak berdosa
-tidak berhati-hati semasa mencatas rumpun buluh.
-tidak memohon maaf kepada keluarga yang tebunuh.
( terima mana-mana isi yang sesuai )
Praktis 8

( 3 markah )

( i ) Maksud rangkai kata menganugerahi persalinan kain yang indah-indah


berdasarkan petikan ialah:
-memberi hadiah berbentuk pakaian yang cantik
-memberi sepasang pakaian lengkap yang cantik
( 2 markah )
( ii ) Perkara yang dilakukan oleh Tun Baraim Bapa apabila hari telah siang ialah:
-Tun Beraim Bapa berbedak dan berlimau bersama semua hulubalangnya.
-Kemudian,Tun Beraim Bapa mandi di sungai.
-Selepas mandi,Tun Beraim Bapa menyuruh membuka peti yang mengandungi pakaian .
-pakaian itu dianugerahkan kepada mamak,abang dan hulubalangnya.
( 3 markah )
( iii ) Pada pendapat saya,Tun Beraim Bapa berpakaian kemas pada hari itu kerana:
-supaya dirinya dihormati oleh orang ramai.
-mahu menunjukkan kepada orang ramai bahawa dirinya seorang pahlawan yang hebat.
-berhajat untuk menemui rajanya,Tunaku Syah Alam selepas itu.

Praktis 9

131

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

( i ) Maksud rangkai kata , ia menunjukkan pengetahuannya ialah


-beliau memperlihatkan kehebatan ilmunya.
( 2 markah )
( ii ) Kelebihan Tun Jana Khatib ialah:
-dapat membelah dua pohon pinang melalui tilikan.
-semasa beliau dihukum bunuh ,jasadnya telah ghaib ,walaupun darahnya menitik di
bumi Singapura.
-darahnya bertukar menjadi batu.
( pilih dua isi sahaja)

( markah )

( iii ) Pada pandangan saya ,tindakan yang diambil oleh Paduka Seri Maharaja terhadap
Tun Jana khatib itu.
Tidak Wajar
- mengambil tindakan kerana didorong oleh perasaan cemburu semata-mata.
-Tun Jana Khatib tidak diberi peluang untuk membela diri.
-hukuman bunuh yang dijatuhkan ke atas Tun Jana Khatib terlalu kejam
-kesalahan yang dilakukannya bukan kesalahan yang dapat mengacau-bilaukan rakyat
dan negara.
( 4 markah )

Wajar
-kerana menunjukkan kebolehan di hadapan raja perempuan.
-Tun Jana Khatib terlalu ego
-Ilmu yang ada tidak perlu ditunjukkan di hadapan orang.
-Perkara yang dilakukan oleh Tun Jana Khatib boleh merosakkan alam sekitar.
( 4 markah )
( mana-mana isi yang sesuai )

Praktis 10
( i ) menyingsing bermaksud menggulung supaya pendek/menerik ke atas.
( 2 markah )
( ii ) Hang Jebat hairan kerana:
-Hang Jebat menyangka Hang Tuah sudah mati
-Hang Tuan sudah dibunuh oleh Bendahara
-kerana Hang Tuah masih hidup.

132

( 3 markah )

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


( iii ) Pada pendapat saya ,tindakan tegas perlu dilaksanakan :
-supaya menjadi pengajaran kepada masyarakat
-supaya keamanan dapat diwujudkan
-kerajaan yang memerintah akan sentiasa kukuh/berwibawa/dipercayai rakyat.
( 3 markah )

BAHAGIAN 6
PEMAHAMAN KOMSAS:
PUISI MODEN
&
133

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

PUISI TRADISIONAL

PEMAHAMAN PUISI TRADISIONAL

1. Soalan ini dikemukakan sebagai Soalan 2(d)


2. Soalan yang dikemukakan sama ada soalan petikan puisi tradisional atau petikan
puisi moden.
3. Markah yang diperuntukan ialah 9 markah. Markah dipecahkan mengikut tiga
pecahan soalan.
4. Soalan (i) ialah soalan tentang maksud rangkai kata atau yang berkaitan dengan
kandungan petikan.
5. Soalan (ii) ialah soalan yang bercorak KBKK. Jawapan yang dikemukakan tidak
terdapat dalam petikan tetapi berekaitan dengan tema atau kandungan petikan.
6. Soalan (iii) ialah soalan tentang KOMSAS. Dalam soalan ini, pelajar akan
dikemukakan soalan seperti tema dan persoalan, gaya bahasa, nilai dan
pengajaran.

134

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


7. Jawapan yang dikemukakan mestilah dalam ayat yang lengkap dari segi subjek
dan predikat.
8. Jika pelajar melakukan kesalahan tatabahasa, markah akan ditolak bagi setiap
pecahan soalan.

PRAKTIS 1
PANTUN KIASAN ( Anak Laut )
Tikar pucuk tikar mengkuang,
Alas nikah raja Melayu;
Ikan busuk jangan dibuang,
Buat perencah si daun kayu.
Buah bacang masak serangkai,
Burung dekut meniti batang;
Saya dagang tidak terpakai,
Macam melukut di tepi gantang.
Tebang gelam tebang kenanga,
Batangnya tumbang menimpa gedung;
Kumbang mengidam nak seri bunga,
Bunga kembang di puncak gunung.
Pokok terap tumbuh di bukit,
Belat berbanjar panjang ke hulu;

135

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


Jangan diharap guruh di langit,
Kilat memancar hujan tak lalu.
Limau bentan di tepi tingkap,
Budak-budak melempar burung;
Harimau di hutan lagi kutangkap,
Kononlah pula cicak mengkarung.

Maksud rangkap pertama:


Sesuatu benda yang buruk tidak boleh dibuang begitu sahaja kerana benda itu boleh
digunakan untuk tujuan lain.
Maksud rangkap kedua:
Orang dagang yang terlalu merendahklan diri sehingga mengakui kehadirannya tidak
membawa faedah.
Maksud rangkap ketiga:
Seorang lelaki ingin mendapatkan seseorang gadis tetapi gadis idamannya sukar
diperoleh kerana terdapat banyak halangan atau darjatnya terlalu tinggi.

Maksud rangkap keempat:


Seseorang tidak harus menyimpan harapan yang terlalu tinggi untuk dicapai kerana
dibimbangi harapannya tidak kesampaian.
Maksud rangkap kelima:
Seseorang yang mampu menyelesaikan masalah yang besar tentu tidak menghadapi
kesukaran untuk menyelesaikan masalah yang kecil.

Soalan Pemahaman
Baca pantun di atas dengan teliti kemudian jawab soalan-soalan
menggunakan perkataan anda sendiri.

berikut dengan

( i ) Terangkan maksud ungkapan macam melukut di tepi gantang.


[ 2 markah ]
(ii) Berdasarkan maksud rangkap kedua pantun di atas, mengapakah orang dagang perlu
memiliki sifat merendah diri semasa berada di perantauan?
[ 3 markah ]

136

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


(ii) Apakah persoalan yang terdapat dalam pantun di atas?
[ 4 markah ]

PRAKTIS 2
SELOKA PAK KADUK
Aduhai malang Pak Kaduk
Ayamnya menang kampung tergadai
Ada nasi dicurahkan
Awak pulang kebuluran
Mudik menongkah surut
Hilir menongkah pasang;
Ada isteri dibunuh
Nyaris mati oleh tak makan
Masa belayar kematian angin
Sauh dilabuh bayu berpuput
Ada rumah bertandang duduk.
Maksud:
Pak Kaduk ditimpa nasib malang yang bertimpa-timpa akibat sikapnya sendiri. Walaupun
ayamnya menang dalam persabungan tetapi kampungnya tergadai. Nasi yang ada dibuang

137

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


dan apabila balik, dia kelaparan kerana tiada makanan. Apabila Pak Kaduk mudik, dia
menongkah surut. Apabila menghilir pula, dia menongkah air pasang. Pak kaduk
membunuh isterinya. Kemudian, dia sendiri hampir mati kerana tiada makanan. Ketika
Pak Kaduk hendak belayar, angin berhenti bertiup. Apabila Pak Kaduk melabuhkan sauh,
angin bertiup semula. Pak Kaduk turut menumpang di rumah orang walaupun dia
mempunyai rumah sendiri.

Soalan Pemahaman
Baca seloka di atas dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan
menggunakan perkataan anda sendiri.
(i)

Nyatakan maksud rangkai kata bayu berpuput?


[ 2 markah ]

( ii ) Pada pandangan anda, mengapakah dikatakan Pak Kaduk tidak dapat belayar
apabila kematian angin?
[ 3 markah ]
( iii ) Nyatakan tiga pengajaran yang terdapat dalam seloka di atas.
[ 4 markah ]
PRAKTIS 3
PANTUN ENAM KERAT
Ular tedung jangan dipermudah,
Bisanya dapat membawa maut,
Jika tak maut merana juga;
Berhujan berpanas aku tak endah,
Keris lembing aku tak takut,
Kehendak hati kuturut juga.
Kuda liar berkeliling kota,
Kota terbuat dari kayu,
Tempat berkawal lasykar Feringgi;
Kami mendengar khabar berita,
Bunga kembang sudah pun layu,
Gugur ke bumi tak harum lagi.
Penakik pisau raut,
Ambil galah sebatang lintabung,

138

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


Seludang dijadikan nyiru;
Setitik dijadikan laut,
Sekepal dijadikan gunung,
Alam terbentang dijadikan guru.
Sultan Muda dari Lampung,
Memikul cangkul dengan bajak,
Singgah minum di Lepau nasi;
Sudah sekah tempat bergantung,
Telah patah tempat berpijak,
Ke mana hendak digapai lagi.
Maksud rangkap pertama:
Cita-cita harus diutamakan di samping berani menghadapi segala masalah dan rintangan.
Maksud rangkap kedua:
Bunga yang sudah layu dan gugur ke bumi dianggap tidak berguna lagi. Begitulah juga
halnya dengan orang yang rosak akhlaknya.

Maksud rangkap ketiga:


Usaha yang gigih amat penting untuk mencapai kejayaan dan dapat dijadikan panduan
hidup.
Maksud rangkap keempat:
Kehilangan tempat bergantung hidup menyebabkan kesusahan dan keadaan yang tidak
menentu.
Soalan Pemahaman :
Baca pantun di atas dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i)
Berdasarkan pantun di atas, apakah yang dimaksudkan dengan ungkapan Alam
terbentang dijadikan guru?
[ 2 markah ]
(ii)
Andaikan rakan baikanda telah kehilangan tempat bergantung. Apakah tindakan
yang akan anda ambil?

139

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


[ 4 markah ]
(iii)

Nyatakan tiga persoalan yang terdapat dalam pantun di atas.


[ 3 markah ]

PRAKTIS 4
Syair Kelebihan Ilmu
Ilmu itulah gemala sakti,
Sinarnya cerah cahaya sejati,
Asal puncanya lamun didapati,
Sukar bercerai sehingga mati.

Bagi yang duka ia penghibur,


Ia penerang bagi yang kabur,
Ialah kandil di dalam kubur,
Lamun dengannya beramal subur.

Harganya tidak dapat dinilaikan,


Sebuah dunia belinya bukan,
Kuasanya besar sukat digunakan,
Di laut di darat di rimba di pekan.

Ia penerang jalan ke syurga,


Ia pemuas tekak yang dahaga,
Ialah sungai ialah telaga,
Laut yang luas ialah juga.

Masa seorang ialah taulan,


Tema berbeka suluh berjalan,
Masa berhimpun ia pengenalan,
Hias penyata polan si polan.

Ialah alat sangat berguna,


Idaman orang yang bijaksana,
Hamparnya luas amat saujana,
Tepinya ajal sempadanyan fana.

Maksud rangkap pertama:

140

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


Ilmu sangat bermanfaat kerana dapat menjadi panduan hidup. Ilmu dapat dimanfaatkan
sepanjang hayat.
Maksud Rangkap kedua:
Ketinggian nilai ilmu tidak dapat ditukarkan walaupun dengan sebuah dunia. Faedah
ilmu tidak terhad dan boleh dimanfaatkan di mana-mana sahaja.
Maksud rangkap ketiga:
Ilmu menjadi penghias diri bagi seseorang dan menjadi sahabat yang dapat memberikan
panduan semasa mengembara. Dalam masyarakat ilmulah yang dapat membezakan
seseorang daripada yang lain.
Maksud rangkap keempat:
Ilmu dapat menghiburkan hati yang sedih, membantu seseorang memahami sesuatu
perkara dengan jelas dan berguna di alam kubur. Hidup menjadi lebih bahagia dengan
adanya ilmu.
Maksud rangkap kelima:
Orang yang berilmu akan dapat ganjaran pahala. Ilmu yang mencakupi seluruh aspek
kehidupan dapat membantu seseorang mencapai cita-citanya.
Maksud rangkap keenam:
Ilmu ialah alat yang amat besar faedahnya. Orang yang bijaksana amat ingin memiliki
ilmu. Sesungguhnya bidang ilmu sangat luas dan tiada batasnya
Soalan Pemahaman
Baca syair di atas dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
(i)

Apakah yang dimaksudkan oleh baris-baris berikut:


Masa berhimpun ia pengenalan,
Hias penyata polan-si polan.
[ 2 markah ]

(ii)
Pada pendapat anda, mengapakah manusia dipandang rendah jika tidak
mempunyai ilmu pengetahuan?
[ 3 markah ]
(iii)

Apakah persoalan yang terdapat dalam syair tersebut?


[ 4 markah ]

141

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

SKEMA JAWABAN PEMAHAMAN PUISI TRADISIONAL


PRAKTIS 1 : PANTUN KIASAN
(i)

Terangkan maksud ungkapan macam melukut ditepi gantang.


-

(ii)

kehadirannya tidak membawa apa-apa faedah.

Berdasarkan maksud rangkap kedua pantun di atas, mengapakah orang dagang


perlu memiliki sifat merendah diri semasa berada di perantauan?
Sifat-sifat yang perlu dimiliki:
-berani mencuba
-bercita-cita tinggi
-gigih berusaha
-tidak mudah berputus asa

(iii)

Apakah persoalan yang terdapat dalam pantun di atas?


Persoalan yang terdapat dalam pantun di atas:

142

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


-barang yang rosak masih berguna
-orang dagang yang merendahkan diri
-cita-cita yang sukar dicapai
-mengharapkan sesuatu yang belum pasti
-kebolehan dalam menyelesaikan masalah
PRAKTIS 2
(i)

: SELOKA PAK KADUK

Nyatakan maksud rangkai kata bayu berpuput?


Maksud rangkai kata bayu berpuput ialah angin bertiup.

(ii)

Pada pandangan anda, mengapakah dikatakan Pak Kaduk tidak dapat belayar
apabila kematian angin?
-dia seorang yang pemalas lalu tidak mahu atau tidak pandai mendayung
sampan dan hanya berharap kepada tiupan angin.
-dia tidak larat mendayung sampannya kerana kekurangan tenaga akibat
kelaparan yang dialaminya.
-balasan tuhan atas perbuatannya yang menzalimi diri, isteri dan orang lain.

(iii)

Nyatakan tiga pengajaran yang terdapat dalam seloka di atas.


-kita hendaklah mengamalkan ajaran agama iaitu larangan berjudi. Pak Kaduk
yang suka berjudi telah kehilangan kampung halaman, rumah dan isteri.
-kita hendaklah rasional dalam sebarang tindakan yang diambil. Tindakan Pak
Kaduk yang marah akan isteri lalu membunuhnya amatlah tidak dsapat
diterima akal.
-kita hendaklah sentiasa mensyukuri nikmat tuhan. Tindakan Pak Kaduk yang
membuang nasi merupakan suatu pembaziran dan kufur akan nikmat tuhan.
-kita hendaklah mempelajari ilmu dalam sesuatu bidang yang kita ceburi. Pak
Kaduk yang jahil dalam bidang pelayaran telah menyusahkan diri sendiri.

PRAKTIS 3
(i)

PANTUN ENAM KERAT

Berdasarkan pantun di atas, apakah yang dimaksudkan dengan ungkapan alam


terbentang dijadikan guru?
-dunia yang luas dijadikan sebagai panduan.

(ii)

Andaikan rakan baik anda telah kehilangan tempat bergantung. Apakah


tindakan yang akan anda ambil?
-meminta izin ibu bapa saya untuk mengajaknya tinggal bersama-sama

143

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


-memaklumkan pihak sekolah agar mengambil tindakan sewajarnya untuk
membantu rakan saya itu
-menyarankannya supaya memohon bantuan daripada pihak Jabatan
Kebajikan Masyarakat
(iii)

Nyatakan tiga persoalan yang terdapat dalam pantun di atas.


-keberanian menghadapi cabaran demi mencapai cita-cita
-pentingnya maruah diri kepada seseorang
-kekecewaan akibat kehilangan tempat bergantung hidup

PRAKTIS 4 : SYAIR KELEBIHAN ILMU


(i)

Apakah yang dimaksudkan oleh baris-baris berikut:


Masa berhimpun ia pengenalan
Hias penyata polan-sipolan.
-ilmu pengetahuan akan menyerlah dan menonjolkan keperibadian serta
keterampilan seseorang dalam sesuatu perbincangan.

(ii)

Pada pendapat anda, mengapakah manusia dipandang rendah jika tidak


mempunyai pengetahuan?
-mereka tidak memiliki kewibawaan dalam hal yang diketengahkan.
-tidak dapat menyumbang ke arah kebaikan dan kemajuan masyarakat.
-tidak berupaya untuk menyelesaikan masalah akibat tiada pengetahuan.

(iii)

Apakah persoalan yang terdapat dalam syair tersebut?


-pentingnya ilmu dalam kehidupan
-besarnya manfaat ilmu kepada seseorang
-luasnya bidang ilmu tiada batasnya
-pentingnya ilmu demi kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat

144

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

PEMAHAMAN SAJAK

PRAKTIS 1
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
ANAK LAUT
Segar angin kuat
mengembalikan rindunya pada kolek
bagai buih kecil terapung di air
menjaring sedikit rezeki
dan sisik ikan,
kulit ketam,
kepala sotong
dan
145

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


kaki udang yang bersimpati.
Seperti kolek terdampar di pasir
menampakkan urat jalur-jalur tua
anak laut itu sudah dapat menerka
langkahnya hampir tiba
pada muara Pencipta
RAHIMIDIN ZAHARI
Kulepaskan Resah Sepi, 1988
Dewan Bahasa dan Pustaka.
i)

ii)
iii)

Apakah maksud,
dan sisik ikan,
kulit ketam,
kepala sotong
dan
kaki udang yang bersimpati,
dalam puisi di atas ?
[2 markah]
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk membantu
Anak Laut?
[3 markah]
Berikan perwatakan Anak Laut dalam sajak di atas?
[4 markah]

PRAKTIS 2
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
DERITA PERTAMA
Adam ialah bapa kita
yang tercampak dari seberang dunia
kerana mencari syurga
di celah buah khuldi.
Waktu terlantar di dunia baru
hari tengah malam
ia tidak mengerti apa yang terjadi
mulutnya bisu.
Ia melihat sekeliling

146

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


mulai merasa cemas akan kegelapan
segumpal awan hinggap ke kening
ia tidak tahu apakah itu.
Sepanjang malam ia tercengang
dari hatinya mengalir sungai duka
bagaimana akan kutempah rimba kegelapan
tubuh seorang.
Sepanjang malam air matanya
membelah muka bulan.
SUHAIMI HAJI MUHAMAD
Lagu Kehidupan, 1990
Dewan Bahasa dan Pustaka
i)

Apakah maksud air matanya membelah muka bulan?

[2 markah]
ii) Pada pendapat anda bagaimana keadaan bapa kita apabila berada di bumi?
[3 markah]
iii) Berikan empat persoalan yang terdapat dalam puisi.
[4 markah]

PRAKTIS 3
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
JALAN-JALAN RAYA KOTAKU
Saban waktu sepanjang perjalanan
jalan-jalan raya kotaku
lewat senja begini
tika gerimis menabur benih
menerima kehadiran warga kota
lemas dalam kesabaran
lelah meresahkan
dengan luka parah di hati.
Ketidaksabaran membengkak
kesombongan merajai setiap ruang

147

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


semakin padat dengan emosi
kebosanan menggigit pangkal rasa.
Demikian etika di perjalanan
budi luhur warga kotaku
tidak lagi berlaku
yang hadir adalah keserakahan
memacu menghimpun kekuatan
menghakis sopan santun
seperti banjir kilat
melanda pinggir perjalanan
fitrah sang manusia
peradaban kota masa kini.
Jalan-jalan raya kotaku
adalah gelanggang kebuasan
perlumbaan kebiadaban
para pesakit
kemanusiaan semakin mandul
pada penghujung musim.
ZAM ISMAIL
Kasut Hitler, 1996
Mingguan Malaysia, 4 Jun 1995

i) Bagaimanakah keadaan jalan raya seperti yang digambarkan dalam rangkap yang
pertama?
[3 markah]
ii) Pada pendapat anda, mengapakah pengguna jalan raya di ibu kota bersikap ganas dan
buas?
[3 markah ]
iii) Nyatakan tiga persoalan yang terdapat dalam puisi ini.
[3 markah]

148

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

PRAKTIS 4
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

DUHAI PENTAFSIR
Pentafsir, sebenarnya telah lama ku cari
suaramu yang sarat
ke mana jatuhnya gema itu ?
Dimanakah tempat istirahat
setelah pengembaraan yang penat
di manakah telah kaurakamkan
pertemuan matahari, rimba dan lautan ?
Senja ini menemuiku

149

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


dengan lusuh catatanmu
angin sedang cuba mengoyak ngoyakkan lembar lembar buku
sedang aku belum ketemu
surat yang kau tuliskan padaku.
Telah hilangkah ia
atau kau tidak pernah menulisnya
ah, aku tidak bisa tidur dan melupakan
racun keresahan telah membunuh lenaku
sejak kudahagai penawar dalam lautan nota notamu
kiranya terdampar dalam angin yang ragu
yang tidak menegenal arah tiupannya
angin tanpa sabar yang telah melunturkan
kehijauan dalam keriangan masa kecilku.
Pentafsir, musim telah terlalu tua
kaca jendela menjadi kelabu
dan aku telah terlalu lesu
untuk menari bersama bayang bayangmu
senja pun semakin larut
lembar lembar jadi semakin kuning
apakah aku harus mengebumikan buku buku ini
di samping pusaramu yang sepi.
Hentikan ejekanmu
biar kupecahkan kaca ini
melihat keluar. Lalu mengenal
rumpun rumpun yang redup
adalah pengakuanmu, Tuhanku!
yang menjernihkan mataku.
ZURINAH HASSAN
Kumpulan Puisi Malaysia, 1988.
Dewan Bahasa dan Pustaka

i)
ii)
iii)

Apakah yang dimaksudkan dengan pentafsir?


[2 markah]
Sekiranya anda penyajak, apakah yang perlu anda lakukan demi mencapai
cita-cita tersebut?
[3 markah]
Huraikan dua persoalan dalam sajak di atas.
[4 markah]

150

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

PRAKTIS 5
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
DI RUANG GEMA
Telah kurangkumkan rebah setiaku
pada setiap pilu dan rindu
melayang dan mengembang
ke hayat gemilang. Sejak itu
tidak kukesal lagi
goda dan duga
di gerimis senja.
Telah kupahatkan lelah umurku
pada setiap kerikil dan debu
datang dan menghilang
ke hujung kenang. Sesudah itu

151

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


tidak kukenal lagi
hampa dan derita
di guruh pagi.
Gerimis senja guruh pagi
adalah titipan maya
bakal kukongsikan hati
mengukir tadbir di ruang gemanya.
DHARMAWIJAYA
Gurindam Alam, 1994.
MASA ENTERPRISE
i)

Apakah tekad penyair kepada negara seperti yang terdapat dalam rangkap kedua.
[2 markah]
ii) Pada pendapat anda, apakah aktiviti-aktiviti yang dapat menanam semangat cinta
akan tanah air dalam kalangan remaja?
[3 markah]
iii) Huraikan dua pengajaran dalam sajak di atas?
[4 markah]

SKEMA JAWAPAN SAJAK:


Antologi Anak Laut
1. Anak Laut*
2. Derita Pertama*
3. Jalan-jalan Raya Kotaku*
Antologi Kerusi
1. Duhai Pentafsir*
2. Di ruang Gemanya*

Spot 2009

Panduan Menjawab soalan:


Soalan (i) : Soalan berkaitan dengan sajak

152

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


-

Baca soalan yang diberikan dengan teliti


Baca sajak dengan teliti untuk mengesan jawapan

Soalan (ii) : Soalan kemahiran berfikir (KBKK)


-Baca soalan dengan teliti dan fahami kehendak soalan tersebut
-kemukakan jawapan dengan memberi pendapat, cadangan, tafsiran berdasarkan
kehendak soalan
Soalan (iii) : Soalan berkaitan dengan aspek sastera
-baca soalan dengan teliti dan fahami kehendak soalan
-anda perlu memahami taburan aspek sastera*
* Tema,
* Persoalan,
* Sifat,
* Pengajaran.
-penggunaan kata tugas : nyatakan, huraikan dan jelaskan
nyatakan: anda perlu berikan contoh aspek sastera tersebut
jelaskan : anda perlu berikan contoh aspek sastera dan bukti berdasarkan petikan sajak
AWAS : Tulis jawapan dengan menggunakan ayat yang lengkap (gramatis)

Anak Laut :
Jawapan soalan i)
Ikan m, ketam m, sotong m, udang m
Jawapan soalan ii):
- Bantuan kewangan termasuk memberi subsidi minyak diesel / pinjaman
- Menggunakan teknologi moden menangkap ikan, iaitu penggunaan alat GPS
mengesan kedudukan ikan
- Menggalakkan nelayan menangkap ikan di laut dalam.
- Membantu memasarkan hasil tangkapan nelayan - peranan Lembaga Kemajuan
Ikan Malaysia (LKIM)
- Mewujudkan Industri kecil dan Sederhana untuk diceburi golongan nelayan
- Menubuhkan koperasi nelayan untuk membekalkan keperluan nelayan dengan
harga berpatutan
(mana-mana jawapan yang munasabah)
Jawapan soalan iii)
- tabah mencari rezeki di tengah laut dengan koleknya yang kecil

153

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


- bersemangat untuk bekerja walaupun memperoleh hasil yang kurang lumayan
- reda dengan rezeki yang diperoleh
- sedar akan dirinya yang semakin tua
- menghargai kerjaya sebagai nelayan
- tetap bersyukur walaupun tangkap yang diperoleh sedikit
- tetap menerima ketentuan tuhan dengan hati yang terbuka
Derita Pertama
i)
Nabi Adam terus menangis sambil memandang ke langit
ii)
- terlantar ke tempat asing yang gelap
- persekitaran malam yang gelap
- terpinga-pinga dan tidak dapat berkata
- tidak mengerti apa yang harus dilakukan
- berasa hairan
- berasa sedih
- bersendirian
- menangis sepanjang malam
( terima mana-mana ini yang munasabah)
iii)
Persoalan
- keinsafan yang lahir akibat perbuatan yang terlanjur
- manusia tidak boleh hidup seorang diri tanpa teman
- kegagalan manusia menahan nafsu
- setiap kesalahan akan mendapat pembalasan
- penyesalan setelah melakukan kesalahan
- menempuh kehidupan baharu
Jalan-jalan Raya Kotaku
(i)

Rangkap yang pertama menggambarkan keadaan jalan raya pada waktu senja
dan ketika itu hujan gerimis. Pengguna jalan raya kelihatan gelisah dan
terpaksa bersabar meneruskan perjalanan.

Ulasan: Soalan ini berkaitan dengan isi sajak. Soalan ini memerlukan anda memberi
tafsiran keadaan jalan raya berdasarkan rangkap pertama. Untuk menjawab soalan ini,
anda tidak boleh menyalin ayat daripada sajak bulat-bulat.
(ii)
Pada pendapat saya, pengguna jalan raya di ibu kota bersifat ganas dan buas
kerana mereka mengalami tekanan hidup di ibu kota. Selain itu, keadaan jalan raya yang
sesak menyebabkan tidak dapat bersabar lalu bertindak mengikut perasaan.
Ulasan: Soalan ini memerlukan anda memberi pendapat dan jawapannya tidak terdapat
dalam sajak. Untuk menjawab soalan ini, berikan sekurang-kurang dua sebab pengguna
jalan raya di ibu kota bersikap buas dan ganas.
(iii)

Persoalan yang terdapat dalam sajak ini ialah

154

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

Persoalan kehidupan di kota besar yang penuh dengan pancaroba


Persoalan mementingkan di sendiri dan tidak bertolak ansur.
Persoalan keadaan jalan raya di ibu kota pada waktu senja.
Persoalan sikap pengguna di jalan raya di ibu kota
Persolaan jalan raya dijadikan tempat menunjukkan kehebatan
Persoalan pengguna di jalan raya bersikap ganas dan tidak sabar.
( Persoalan lain yang sesuai)
Ulasan: Soalan ini ialah soalan aspek sastera, iaitu persoalan.
Untuk menjawab soalan ini, anda perlu menyatakan tiga persoalan sajak.
Duhai Pentafsir
i)

Seorang tokoh ilmuan yang banyak menghasilkan karya untuk dijadikan


panduan oleh masyarakat

ii)

banyak menbaca buku agama


bersahabat dengan orang yang berilmu
mengamalkan ilmu/ajaran agama
mencari buku-buku lama karangan tokoh terkenal dan memanfaatkan ilmu
yang ada di dalamnya.
mencari orang yang arif ulmu agama untuk membantu kita.

iii)

Persoalan

Keinsafan. Setiap manusia tidak akan terlepas daripada melakukan kesalahan.


Menginsafi segala kesalahan dan kembali kepada kebenaran satu tindakan yang dituntut
agama.
Beriman dan bertakwa. Memperkukuh keimanan dan ketakwaan kepada tuhan akan
menjadikan jiwa kita tenang dan bahagia.
Kesabaran dan ketabahan hati. Dalam kehidupan, kita banyak menempuh
pancaroba dan dugaan. Jiwa kita harus kuat, sabar dan tabah menerima takdir yang
ditentukan dan terus berusaha untuk mendapat petunjuk yang benar daripada tuhan.
Mencari ilmu agama. Pengetahuan agama amat penting untuk kita mencapai
kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.
Di Ruang Gema
i) - penyajak menyerah jiwa dan raganya berjuang / demi mempertahankan kedaulatan
tanah air daripada diceroboh

155

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

ii) mempelajari sejarah tanah air


- mengibar Jalur Gemilang
- menyanyi lagu Negaraku/lagu patrioktik
- melibatkan diri remaja dalam aktiviti kebangsaan; sambutan bulan kemerdekaan
- galakan membaca buku-buku bersifat patrioktik
- Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
- Mengenali tokoh-tokoh yang berjasa pada negara
- Menyertai pertandingan melukis/mencipta lagu/berpantun/bersajak/bersyair dsb
iii) Pengajaran
Kesetiaan- Nilai kesetiaan bukan terbatas kepada hubungan sesama manusia sahaja
tetapi juga merujuk kepada kesetiaan kepada negara dan tanah air. Kesetiaan penyajak
yang tidak berbelah bahagi kepada negara perlu menjadi contoh yang baik kepada
generasi muda.
Pergorbanan dan perjuangan- Membela tanah air daripada ancaman musuh
merupakan sifat yang mulia dan menjadi tanggungjawab semua warganegara.
Kerjasama dan perpaduan- Semua pihak perlu diperkukuhkan untuk membangunkan
sebuah negara yang maju berjaya.
Kecekalan dan ketabahan- Setiap perjuangan akan berdepan dengan banyak cabaran.
Oleh itu, kita perlu tabah dan cekal apabila berdepan dengan masalah dalam
perjuangan.

BAHAGIAN 7
156

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

PEMAHAMAN KOMSAS
NOVEL

NOVEL DI HADAPAN PULAU DAN PUTERA GUNUNG TAHAN


ISTILAH SASTERA
Sinopsis
Tema
Plot
Binaan plot

Ringkasan cerita yang memberikan gambaran keseluruhan sesebuah


karya
Sesuatu yang menjadi fikiran atau persoalan yang mendasari sesebuah
cerita.
Jalinan cerita atau rentetan peristiwa yang mempunyai sebab-musabab
1. Permulaan cerita (eksposisi)
Mmperkenalkan pembaca kepada satu-satu situasi khusus
seperti latar masa, tempat dan watak-watak dalam cerita.
2. Perkembangan
Peristiwa-peristiwa yang mengandungi konflik dan suspend
3. Klimaks
Puncak cerita iaitu suatu detik yang paling tegang akibat
daripada konflik-konflik yang berlaku sebelumnya iaitu dalam
157

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


perkembangan cerita.
4. Peleraian
Peristiwa yang berlaku selepas klimaks. Dalam bahagian ini,
sesuatu masalah terlerai dan nasib watak-watak yang terlibat
ditentukan.
5. Pengakhiran/penyelesaian
Peristiwa yang mengarah kepada penyelesaian.
Watak

Jenis watak

Perwatakan
Teknik plot

Pihak yang mengambil bahagian dalam sesebuah cereka. Mereka


dicipta untuk memainkan peranan bagi menyokong idea pokok dan
mengembangkannya hingga akhir cerita. Watak ini dipegang oleh
manusia atau bukan manusia tetapi diberi sifat-sifat manusia.
1. Watak bulat
Watak yang dibangunkan secara keseluruhannya dan diberi
pelbagai kemungkinan sifat manusia. Digambarkan tidak
sepenuhnya baik dan tidak sepenuhnya jahat. Oleh itu,
tindakannya tidak dapat diagak oleh pembaca.
2. Watak pipih
Watak yang dibangunkan secara keseluruhan tetapi diperkenal
melalui satu aspek peribadinya sahaja. Kalau watak itu jahat,
kita akan dihidangkan dengan tindak- tanduknya yang jahat
sahaja sepanjang cerita tersebut. Biasanya watak sampingan
bolekh dianggap watak pipih.
3. Watak dinamis
Watak yang penuh bertenaga dan sentiasa mengalami
perubahan mengiut perkembangan cerita. Watak dinamis ialah
watak bulat.
4. Watak statis
Watak yang beku dan tidak mengalami apa-apa perubahan
sepanjang cerita. Watak statis boleh dianggap watak pipih.
5. Watak utama
Watak yang memainkan peranan utama dalam sesebuah
lakonan.
6. Watak Sampingan
Watak pembantu yang membantu watak utama
dalam
menjalankan peranannya membangunkan sesebuah cerita.
Sifat-sifat manusia secara menyeluruh yang dilihat melalui perasaan,
keinginan, cara berfikir, cara bertindak dan sebagainya.
1. Imbas muka
Peristiwa yang diramalkan, dibayangkan atau dijangkakan akan
berlaku.
2. Imbas kembali
Peristiwa atau kejadian yang telah berlaku yang digambarkan
melalui penceritaan semula.
3. Pemerian
Peristiwa, watak, objek atau perubahan yang diceritakan atau

158

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


digambarkan secara menyeluruh oleh pengarang
4. Dialog
Pertuturan antara watak sama ada dalam bentuk perbualan,
perbincangan, pertengkaran dan sebagainya.
5. Monolog dalaman
Pengucapan batin yang berupa kata hati atau perkara yang
difikirkan.
6. Monolog
Pertuturan atau pengucapan seseorang watak yang ditujukan
kepada dirinya sendiri atau orang lain.
Nilai murni
Nilai
kemanusiaan

Nilai
Kemasyarakatan

Tingkah laku atau perbuatan baik dan disenangi yang boleh dijadikan
teladan.
1. Baik hati
2. Jujur
3. Bijaksana
4. Yakin diri
5. Mesra
6. Berani
7. Bertanggungjawab
8. Tegas
9. Bersih
10. Tabah
11. Sabar
12. Sopan
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

Tolong-menolong/Bekerjasama
Taat setia
Adil
Simpati
Hormat-menghormati
Patriotik
Kebebasan
Unsur kekeluargaan
Unsur cinta dan kasih saying

Pengajaran

Sesuatu perkara yang dikemukakan secara halus yang dapat dijadikan


Pedomen, peringatan ataupun yang perlu dijauhi.

Latar

Gambaran tentang persekitaran atau latar belakang sesebuah ceruta


termasuklah masa, tempat dan masyarakat.
1. Masa
Merujuk kepada masa atau zaman, contohnya zaman
pemerintahan Jepun, ataupun waktu, contohnya waktu subuh.
Tengah hari, pukul lapan malam. Contoh: Putera Gunung
Tahan: Sebelum kejadian bah besar pada tahun 1926.

159

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


2. Tempat
Tempat sesuatu peristiwa itu berlaku. Contoh ; Putera Gunung
Tahan : Kampung Rimau Putih
3. Masyarakat
Keadaan atau gambaran masyarakat yang terdapat dalam
cerita. Ini termasuklah cara hidup mereka, cara mereka
berfikir, cara mereka bekerja, status atau kedudukan mereka
dan sebagainya. Contoh: Putera Gunung Tahan ; Orang
bunyian.
CARA-CARA MENJAWAB SOALAN
1. Baca merupakan soalan dengan teliti.
2. Fahami kehendak soalan. Garis bahagian penting yang merupakan tugasan, jika
perlu.
3. Rancang atau rangkakan jawapan berdasarkan kehendak soalan dan peruntukkan
markah supaya jawapannya tepat dan lengkap.
4. Gunakan ayat yang lengkap dan gramatis.
5. Baca jawapan untuk menyemak isi, bahasa dan ejaan.
ARAHAN DAN TUGASANNYA
BIL
1.

KATA ARAHAN
Nyatakan/ Berikan/
Senaraikan/
Kemukakan

TUGASAN
Berikan idea yang
berkaitan tanpa
penerangan atau
huraian

2.

Jelaskan/
Terangkan/
Huraikan

Kemukakan idea
dan
terangkan
idea
tersebut
dengan
fakta
sokongan
agar
lebih jelas.

160

CONTOH
Soalan:
Kemukakan dua contoh latar tempat
Jawapan yang baik:
Satu contoh latar tempat ialah
perkampungan orang Sakai. Selain
itu Puncak Gunung Tahan dan di
dalam hutan.
Jawapan yang kurang baik
Contoh latar:
a. perkampungan orang Sakai
b.: puncak Gunung Tahan.
Komen
Jawapan hendaklah ditulis dalam ayat
yang lengkap
Soalan:
Terangkan satu contoh latar tempat.
Jawapan yang baik:
contoh
latar
tempat
ialah
perkampungan orang Sakai. Tuan
Robert ditangkap dan dibawa ke
perkampungan orang Sakai.
Jawapan yang kurang baik

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


Latar yang terdapat dalam novel
Putera
Gunung
Tahan
ialah
perkampungan orang Sakai.
Komen:
Isi tidak disokong oleh contoh
sedangkan jawapan bagi kata arahan
jelaslah/terangkan/huraikan
memerlukan fakta sokongan yang
berupa contoh peristiwa.
3.

Ulas

Berikan idea yang


berkaitan
dan
kemukakan
pandangan.

Soalan:
Gaya bahasa yang menarik berjaya
mendatangkan
kesan
kepada
pembaca. Ulas pernyataan tersebut
berdasarkan novel Tingkatan 4 dan
Tingkatan 5 yang anda kaji.
Jawapan yang baik:
Dalam novel Di hadapan Pulau, ayat
yang
digunakan
secara
keseluruhannya pendek-pendek dan
sederhana panjang. Ayat sebegini
bersesuaian
dengan
sasaran
pembaca
iaitu pelajar sekolah
menengah.
Jawapan yang kurang baik:
Ayatnya pendek dan mudah dibaca.
Komen:
Judul novel yang diulas tidak
dinyatakan. Sebab gaya bahasa itu
menarik
juga
tidak
diulas
sebagaimana yang dikehendaki dalam
arahan soalan.

4.

Bandingkan

Kemukakan
persamaan
dan/atau
perbezaan antara
dua perkara atau
lebih.
Perbandingan itu
mestilah
berdasarkan
aspek tertentu.

Soalan:
Bandingkan perwatakan watak utama
yang terdapat dalam novel Tingkatan
4 dan Tingkatan 5 yang anda kaji.
Jawapan yang baik:
Watak utama bagi novel Di hadapan
Pulau yang saya kaji ialah Aziz.
Watak utama bagi novel Putera
Gunung Tahan pula ialah Ratu
Bongsu. Dari segi persamaan, keduadua watak utama iaitu Aziz dan Ratu
Bongsu, baik hati. Aziz baik hati
kerana suka membantu orang lain.

161

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


Aziz mengurut Syed Fikri yang
sengal-sengal seluruh badan selepas
dibebaskan daripada kerahan tenaga
oleh tentera Jepun. Ratu Bongsu juga
baik hati kerana telah mengubati
Mem William yang cedera parah
selepas kapal terbang yang dinaiki
terhempas.
Jawapan yang kurang baik:
Watak utama bagi novel Di hadapan
Pulau yang saya kaji ialah Aziz.
Watak utama bagi novel Putera
gunung Tahan ialah Ratu Bongsu.
Dari segi persamaan, kedua-dua
watak utama iaitu Aziz dan Ratu
Bongsu, baik hati. Aziz baik hati
terhadap Syed Fikri. Ratu Bongsu
juga baik hati terhadap Mem William.
Komen:
Perbandingan yang dibuat tepat iaitu
berdasarkan aspek nilai baik hati
yang diamalkan oleh kedua-dua
watak. Tetapi tiada isi sokongan
diberikan untuk menjelaskan sikap
baik hati. Apakah yang dibuat oleh
mereka terhadap Syed Fikri dan Mem
William hingga kesimpulan dapat
dibuat oleh mereka baik hati?
4.

. Bezakan

Kemukakan
perbezaan antara
dua perkara atau
lebih. Perbezaan
itu mestilah lebih
berdasarkan
aspek tertentu

162

Soalan;
Bezakan perwatakan utama dalam
novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5
yang anda kaji.
Jawapan yang baik;
Watak utama bagi novel Di hadapan
Pulau
yang saya kaji ialah Aziz.
Watak utama bagi novel Putera
Gunung Tahan
pula ialah Ratu
Bongsu.
Perbezaan yang ketara bagi keduadua watak ini adalah dari segi usia.
Aziz berusia lingkungan 13 tahun
manakala Ratu Bongsu kira-kira 30
tahun.

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

Jawapan yang lemah:


Aziz ialah anak muda yang rajin.ratu
Bongsu
pula
sangat
tampan
orangnya
Komen :
Tida perbandingan yang dibuat
sebenarnya kerana perwatakan
Aziz dan Ratu Bongsu yang diberiakn
tiada perkaitan.Perbandingan perlu
dibuat berdasarkan aspek.Contoh
aspek ialah usia.Oleh itu,dalam
jawapan,kedua-dua
watak
itu
dibandingkan usianya sama ada
sama atau berbeza

Soalan 4 : Novel
[15 markah]
SET I
Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan novel-novel berikut:
(i)

Terminal Tiga karya Othman Puteh

(ii)

Perlumbaan kedua karya Marwillis Hj. Yusof

(iii)

Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said

(iv)

Bukit Kepong karya Ismail Johari

163

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


(v)

Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain

(vi)

Seteguh Karang karyaTuan Faridah Syed Abdullah

(vii)

Julia karya Abu Hassan Morad

(viii)

Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhamad

(a)

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, berikan satu peristiwa menarik
yang terdapat dalam novel tersebut dan nyatakan sebab anda tertarik kepada
peristiwa tersebut.
[7 markah]

(b)

Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, bandingkan persoalan yang
terdapat dalam kedua-dua novel tersebut.
[8 markah]

Soalan 4 : Novel
[15 markah]
SET 2
Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan novel-novel berikut:
(i)

Terminal Tiga karya Othman Puteh

(ii)

Perlumbaan kedua karya Marwillis Hj. Yusof

(iii)

Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said

(iv)

Bukit Kepong karya Ismail Johari

164

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

(v)

Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain

(iv)

Seteguh Karang karyaTuan Faridah Syed Abdullah

(v)

Julia karya Abu Hassan Morad

(vi)

Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhamad

(a)

Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, watak sampingan sering mempunyai
perkaitan dengan watak utama. Terangkan perkaitan antara tiga watak sampingan
dengan watak utama.
[7 markah]

(b)

Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, antara teknik plot yang sering
digunakan untuk meyampaikan cerita ialah pemerian. Bandingkan teknik plot
pemerian yang digunakan.
[8 markah]

Soalan 4 : Novel
[15 markah]
SET 3
Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan novel-novel berikut:
(i)

Terminal Tiga karya Othman Puteh

(ii)

Perlumbaan kedua karya Marwillis Hj. Yusof

(iii)

Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said

(iv)

Bukit Kepong karya Ismail Johari

165

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


(v)

Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain

(vi)

Seteguh Karang karyaTuan Faridah Syed Abdullah

(vii)

Julia karya Abu Hassan Morad

(viii)

Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhamad

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, nyatakan latar tempat dan berikan
peristiwa yang berlaku di tempat yang sama.
[ 7 markah]
(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, kepincangan masyarakat
merupakan antara persoalan yang ditonjolkan oleh pengarang. Bagi menyokong
pernyataan di atas, bandingkan dua aspek kepincangan masyarakat yang terdapat
dalam kedua-dua novel tersebut.
[8 markah]

Soalan 4 : Novel
[15 markah]
SET 4
Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan novel-novel berikut:
(i)

Terminal Tiga karya Othman Puteh

(ii)

Perlumbaan kedua karya Marwillis Hj. Yusof

(iii)

Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said

(iv)

Bukit Kepong karya Ismail Johari

166

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


(v)

Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain

(vi)

Seteguh Karang karyaTuan Faridah Syed Abdullah

(vii)

Julia karya Abu Hassan Morad

(viii)

Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhamad

(a)

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari,kemukakan dua peristiwa yang


boleh dijadikan contoh dan satu peristiwa yang mesti dielakkan kerana yang baik
dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.
[7 markah]

(b)

Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, terdapat nilai kemanusiaan yang
ingin diserapkan oleh pengarang. Jelaskan persamaan nilai kemanusiaan tersebut.
[8 markah]

Soalan 4 : Novel
[15 markah]
SET 5
Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan novel-novel berikut:
(i)

Terminal Tiga karya Othman Puteh

(ii)

Perlumbaan kedua karya Marwillis Hj. Yusof

(iii)

Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said

(iv)

Bukit Kepong karya Ismail Johari

167

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


(v)

Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain

(vi)

Seteguh Karang karyaTuan Faridah Syed Abdullah

(vii)

Julia karya Abu Hassan Morad

(viii)

Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhamad

(a)

Berdasarkan satu novel yang anda pelajari, nyatakan tiga teknik plot yang
digunakan oleh pengarang dan berikan satu contoh peristiwa bagi setiap
teknik.
[7 markah]

(b)

Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan latar masa bagi
setiap novel.
[8 markah]

SKEMA JAWAPAN NOVEL


SET 1

a) RANGKA JAWAPAN

DI HADAPAN
r PULAU
Peristiwa menarik

Sebab
Aziz begitu tabah mengawal emosi
malah berjaya mententeramkan
rakan-rakannya yang panik

Aziz dan kanak-kanak lain


ditawan diasingkan daripada
orang dewasa di kem tentera
Jepun

Contoh jawapan:
Terdapat banyak peristiwa menarik yang terdapat dalam novel Tingkatan 4 yang saya
pelajari iaitu Di Hadapan Pulau.

168

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


Antaranya ialah peristiwa penawanan penduduk kampung oleh tentera Jepun. Ketika
berada di kem tentera, mereka telah diasing-asingkan kepada tawanan lelaki, tawanan
wanita dan tawanan kanak-kanak. Ketika tawanan lelaki hendak diarahkan masuk ke
dalam trak oleh tentera Jepun, tawanan lain terutamanya kanak-kanak menjadi panik dan
menangis. Ketika itu Aziz telah berusaha untuk mententeramkan rakan-rakannya.
Peristiwa itu saya anggap sangat menarik kerana peristiwa itu bukan sahaja memberikan
gambaran sebenar tentang kekejaman penjajah malah mengetengahkan kekuatan mental
dan emosi seseorang kanak-kanak dalam menghadapi keadaan tersebut.
RANGKA JAWAPAN
PETERA GUNUNG TAHAN
Peristiwa menarik

Sebab
Pengajaran kepada kita agar
berhati-hati

Azam Mem William untuk


menawan puncak gunung
Tahan secara lembut

Contoh Jawapan
Terdapat banyak peristiwa menarik yang terdapat dalam novel Tingkatan 5
yang saya pelajari iaitu Putera Gunung Tahan.
Antaranya ialah peristiwa Mem William begitu gembira setelah dirisik oleh
beberapa orang perempuan bunyian bagi pihak Ratu Bongsu. Mem William begitu
gembira kerana hasratnya untuk mengambil puncak Gunung Tahan hampir berjaya.
Rupa-rupanya selama tiga tahun berada di puncak Gunung Tahan, dia memang telah
menyimpan hasrat untuk menjayakan misi arwah suaminya iaitu menawan puncak
Gunung Tahan. Jika suaminya gagal melalui cara kekerasan, dia hendak melakukannya
dengan muslihat dan lemah- lembut.
Peristiwa itu saya anggap sangat menarik kerana peristiwa itu sebenarnyalah
suatu realiti.
(b) RANGKA JAWAPAN

169

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

Di Hadapan Pulau

Tuk Marzuki
menangis
mengenangkan
Aziz yang yatim
piatu

Perbandingan
persoalan

(i)
Prihatin terhadap
golongan yang
kurang upaya

(ii)
Penyakit sosial yang
melanda masyarakat

Berzina

Putera Gunung
Tahan

Ratu Bongsu meminang


Mem William yang
telah lama menjanda

Curang semasa
ketiadaan suami

Contoh Jawapan
Novel yang saya kaji dalam Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 ialah di Hadapan
Pulau dan Putera Gunung Tahan.
Dalam kedua-dua novel ini, terdapat persoalan tentang keprihatinan terhadap
golongan yang kurang bernasib baik. Dalam novel Di Hadapan Pulau, semasa minum
kopi yang dibuat oleh Afidah, Afidah telah nampak Tuk Marzuki menangis. Apabila
Afidah bertanyakan hal itu, Tuk Marzuki mengatakan bahawa dia sedih mengenangkan
nasib yang dialami oleh Aziz kerana tidak mempunyai ayah dan ibu. Sementara
itu,dalam novel Putera Gunung Tahan pula, Ratu Bongsu amat prihatin terhadap Mem
William yang hidup kesepian setelah tiga tahun menjanda dan tinggal di Puncak gunung
Tahan keseorangan. Akhirnya, Ratu Bongsu telah meminang Mem William untuk
dijadikan permmaisurinya.
Selain itu, terdapat juga persoalan tentang penyakit sosial yang melanda
masyarakat dalam kedua-dua buah novel. Dalam novel Di Hadapan Pulau, Rosiah telah
menggadaikan maruahnya untuk mendapatkan makanan disebuah kubu lama Dalam
novel Putera gunung Tahan pula, Mem William yang ditinggalkan suami telah
menduakan suaminya dan hal ini telah diketahuai suaminya.
SET 2
(a) RANGKA JAWAPAN
Di Hadapan Pulau
Perkaitan watak sampingan dengan watak utama

Afidah

Joyah

170

Mak Ketong

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


-rakan sepermainan

- ibu saudara

- jiran

Contoh Jawapan
Novel yang saya kaji dalam tingkatan 4 ialah Di Hadapan Pulau. Terdapat
banyak watak sampingan dan mereka ini mempunyai perkaitan secara langsung dengan
watak utama, Aziz.
Afidah ialah rakan sepermainan Aziz yang akhirnya menjadi sahabat karib
kerana berkongsi suka duka bersama-sama teutamanya selepas kematian datuk Afidah,
tuk Marzuki.
Joyah ibu saudara Aziz iaitu adik kepada ayah Aziz, Agil. Joyahlah yang
memelihara Aziz sejak ayahnya meninggal dunia kira-kira tiga bulan sebelum itu.
Walaupun berhadapan dengan perangai suaminya, Budin yang tidak bertanggungjawab,
suka berjudi, dan mabuk-mabuk namun Joyah tetap menjaga Aziz anak saudaranya itu.
Mak Ketong pula ialah jiran Aziz. Rumahnya kira-kira satu hingga dua ela dari rumah
Joyah yang didiami oleh Aziz. Aziz sering dating ke rumah Mak Ketong sambil
menengok-nengokkkan cucunya. Mak Ketong jugalah yang memberi Aziz dan Afidah
makan ketika keadaan semakin terdesak.

RANGKA JAWAPAN
Putera Gunung Tahan
Perkaitan watak utama dengan watak sampingan

Perempuan Tua
-ibu Ratu Bongsu

Kusina
-orang suruhan Ratu
Bongsu

Mem William
-permaisuri Ratu
Bongsu

Contoh Jawapan

171

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


Banyak watak sampingan yang terdapat dalam novel tingkatan 5 yang saya
kaji iaitu Putera Gunung Tahan. Antaranya ialah Perempuan Tua, Kusina dan Mem
William.
Perempuan Tua ialah ibu Ratu Bongsu. Berasal daripada kerabat negeri
Pahang dan tinggal di perkampungan orang Sakai. Terpaksa melarikan diri ke hutan
ekoran penjajahan Inggeris di Tanah Melayu. Beliau telah menghantar Ratu Bongsu ke
puncak Gunung Tahan untuk menuntut ilmu. Menasihati Ratu Bongsu supaya berhati-hati
dan jangan percaya dengankata-kata orang kulit putih iaitu Tuan William.
Kusina ialah orang bunyian yang menjadi pesuruh Ratu Bongsu. Dia amat
taat kepada Ratu Bongsu. Walaupun pernah berkawan dengan Tuan William, dia tetap
menjalankan titah Ratu Bongsu agar mengenakan tipu daya untuk mengurung di dalam
sebuah bilik khazanah. Akibatnya Tuan William mati kerana terperangkap dan terhidu
gas beracun.
Mem William ialah isteri kepada Tuan William. Namun telah berlaku curang
terhadap suaminya apabila menjalinkan hubungan dengan seorang pemuda Inggeris
setelah setahun Tuan William merantau. Akhirnya menjadi permaisuri Ratu Bongsu
setelah tiga tahun kematian Tuan William. Ratu Bongsu jugalah yang menyelamatkan
Mem William ketika kapal terbannya terhempas di puncak Gunung Tahan.
SET 3
(a) RANGKA JAWAPAN
Di Hadapan Pulau
Kawasan tanah perkuburan
Peristiwa yang berlaku:
Afidah sering ke kubur arwah Tuk Marzuki untuk meluahkan perasaannya.
Tepi Pantai
Aziz menangis sambil berlari di sepanjang pantai apabila terkenang akan
arwah datuknya.
Di dalam shelter
Peristiwa yang berlaku:
Peristiwa yang menyayat hati apabila Tuk Marzuki meninggal dunia setelah
shelter yang didiaminya telah di bom.
Tempat orang kampung berlindung apabila mendengar siren
Putera Gunung Tahan
Pondok Perempuan Tua
Tuan Robert datang sekali lagi untuk bertanya latar belakang
Perempuan
Tua
Perempuan Sakai datang untuk belajar ilmu agama dengan Perempuan Tua.
172

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


Di pondok ini juga Tuan Robert meminta Perempuan Tua menjual kulit
harimau putih kepadanya.
Perempuan Tua meceritakan kisah hidupnya kepada Tuan Robert
Puncak Gunung Tahan
- Peristiwa kedatangan dua buah kapal terbang Inggeris untuk menyerang
puncak Gunung Tahan .
- Tuan William telah melihat kecurangan isterinya dengan menggunakan
teropong ajaib.
- Tempat Mem William tinggal selepas kematian Tuan William
(b) RANGKA JAWAPAN
Di Hadapan Pulau

Persoalan: Kepincangan
Masyarakat

Syed Zuhri sanggup menipu


pelanggannya
ketika
menjual batu akid dan
minyak atar

Rosiah sanggup menjual


maruah untuk mendapatkan
makanan

Meterialistik

Menjual maruah

Putera Gunung Tahan


Tuan William sanggup
mengkhianati
persahabatannya
dengan
Ratu Bongsu demi untuk
mendapatkan
habuan
berbentuk
wang
dan
pangkat.
Tengku Aisyah mengandung
anak luar nikah

SET 4
(a) RANGKA JAWAPAN
Di Hadapan Pulau
Peristiwa yang elok dan patut dijadikan contoh
-Mak Ketong telah memberi Wan Rohani dan Rosiah makan walaupun pada ketika itu
berlaku kekurangan makanan.
-Kesanggupan Aziz untuk mengurut Syed Fikri hingga pagi apabila Syed Fikri
mengalami kesakitan gsetelah dibebaskan oleh tentera Jepun.
-Afidah membuat kopi kepada datuknya Tuk Marzuki walaupun beliau masih kanakkanak.
Peristiwa yang patut dielakkan

173

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


-Rosiah sanggup memgadai maruah semata-mata untuk mendapatkan makanan
-Pak Cik Budin iaitu suami Joyah sering memukul isterinya kerana beliau kaki judi dan
suka minum arak.
-Syed Zuhri sanggup menipu ketika menjual batu akik dan minyak atar.
Putera Gunung Tahan
Peristiwa yang elok dan patut dijadikan contoh
- Perempuan Tua mengajar ilmu agama kepada perempuan Sakai
- Ratu Bongsu tidak menerima tawaran Tuan William walaupun agak lumayan.
- Ratu Bongsu mendengar nasihat daripada Perempuan Tua supaya berhati-hati ketika
berhadapan dengan orang asing
-Ratu Bongsu menolong menyelamatkan Mem William apabila kapal terbang yang
dinaikinya terhempas.
Peristiwa yang patut dielakkan
- Penduduk negeri Pahang sanggup berpaling tadah dengan mengikut telunjuk penjajah.
-Tengku Aisyah mengandung anak luar nikah hasil pergaulan bebas.
- Haji Adam sanggup membatalkan hasrat untuk membina masjid di atas tanahnya
sebaliknya dijadikan tempat tarian.
(b) RANGKA JAWAPAN
Di Hadapan Pulau
Aziz berani masuk ke kubu
lama
yang dikatakan
berhantu semata-mata untuk
mencari makanan
Aziz
dan Afidah gigih
menjual
todi
untuk
mendapatkan wang

Persamaan nilai
kemanusiaan
berani

gigih

Putera Gunung Tahan


Tuan William tidak takut
apabila berhadapan dengan
Kusina
yang
tiba-tiba
muncul di hadapannya.
Perempuan
Tua
gigih
menjaga anaknya sejak
dalam kandungan lagi

SET 5
(a) RANGKA JAWAPAN
Di Hadapan Pulau
Teknik plot
Dialog

Contoh peristiwa
Perbualan Aziz dan Afidah tentang nasib
mereka
174

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


Monolog

Afidah menjeritkan tidak beberapa kali


untuk menafikan berita datuknya terkena
bom

Monolog dalaman

Afidah berkata-kata dalam hatinya bahawa


baik di kubur atau di mana-mana sahaja
tidak akan selamat

Putera Gunung Tahan


Teknik plot

Contoh Peristiwa

Dialog

Dialog Perempuan Tua dengan Tuan


Robert. Tuan Robert bertanya asal usul
Perempua Tua yang boleh berada di
perkampungan orang Sakai.

Monolog dalaman

Mem William berbisik di dalam hatinya


tentang kehebatan Ratu Bongs
Tuan William menyesali perbuatannya dan
memohon keampunan sebelum mati

Monolog

(b) RANGKA JAWAPAN


Latar masa

Di Hadapan Pulau
Era: Perang Dunia
Kedua (1942-1945)
Jangka masa
Lima hari

Putera Gunung Tahan


Era: Perluasan kuasa Inggeris
selepas bah besar (1926)
Jangka masa
Tiga tahun lebih

Contoh jawapan
175

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

Novel yang saya kaji dalam Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 ialah Di Hadapan Pulau
dan Putera Gunung Tahan.
Kisah yang terdapat dalam novel Di Hadapan Pulau berlaku dalam jangka masa lebih
kurang ahun. Hal ini demikian kerana, pada bahagian awal cerita, penduduk kampung
masih berada di bawah pemerintahan Inggeris. Kemudian Jepun datang menyerang dan
menguasai kampung itu. Pada bahagian akhir cerita, timbul pula desas-desus bahawa
Jepun akan kalah. Hal ini bermakna, peristiwa ini berlaku sekitar tahun 1942-1945.
Bagi novel Putera Gunung Tahan pula, peristiwa yang dipaparkan berlaku lebih awal
iaitu selepas bah besar yang melanda Pahang pada tahun 1926. Ketika itu, Inggeris
sedang berusaha meluaskan kuasanya di Pahang tetapi mendapat tentangan daripada
rakyat negeri Pahang yang mempunyai semangat cinta akan Negara yang tinggi
Selain itu, jangka masa peristiwa ini berlaku dari awal hingga akhir melebihi tiga
tahun. Hai ini demikian kerana, Tuan William berada di istana Ratu Bongsu selama tiga
bulan lebih. Mem William pula dikatakan berada di puncak Gunung Tahan selama tiga
tahun sebelum Ratu Bongsu mengambil keputusan untuk meminangnya.

176

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

BAHAGIAN 8
PENGETAHUAN BAHASA
DAN
KEMAHIRAN BAHASA

A.

MEMBINA AYAT

1. Dalam peperiksaan, aspek membina ayat dikemukakan sebagai soalan 3(a).


2. Soalan ini memperuntukkan enam markah.
3. Terdapat tiga bentuk soalan membina ayat iaitu:a) membina satu ayat daripada setiap perkataan yang diberikan.
b) membina satu ayat daripada setiap perkataan dalam pasangan kata yang
diberikan.
c) membina dua ayat daripada setiap perkataan yang diberikan.
4. Ayat yang dibina mestilah gramatis dan lengkap dari segi subjek dan predikat
5. Ayat tersebut mestilah menggambarkan maksud perkataan yang diberikan.
6. Jika ayat tersebut terdiri daripada ayat perintah atau ayat Tanya, ayat tersebut mestilah
dibina dalam bentuk cakap ajuk.
7. Pelajar tidak boleh menambah imbuhan atau membuang imbuhan pada perkataan
yang dikemukakan.
8. Elakkan sebarang kesalahan ejaan atau bahasa semasa membina ayat.
9. Perkataan tersebut tidak boleh digunakan sebagai peribahasa dan nama khas.

177

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


CONTOH KESALAHAN MEMBINA AYAT
a) Ayat tidak gramatis (membina ayat daripada perkataan perniagaan)
Contoh: Agar perniagaan anak sulungnya diberkati Allah (ayat tiada subjek)
b) Ayat tidak menggambarkan makna yang jelas (membina ayat daripada perkataan
bina)
Contoh: Cikgu menyuruh saya membina ayat menggunakan perkataan bina.
c) Ayat tidak tepat (membina ayat daripada perkataan peluang)
Contoh: Gunakanlah peluang itu dengan sebaik-baiknya.(tidak diungkap dalam
cakap
ajuk)
d) Menambah imbuhan (Membina ayat daripada perekataan tembak)
Contoh: Mengapakah awak menembak ular itu? Soal Puan Tan kepada
suaminya.
e) Kesalahan ejaan : (membina ayat daripada perkataan perasaan)
contoh: kata-kata itu telah mengguris perasaan ibunya (perkataan yang betul
menggores)
f) Perkataan digunakan sebagai peribahasa ( membina ayat daripada perkataan
meletakkan)
Contoh : Perbuatannya yang menunggang motosikal dengan laju itu seperti
meletakkan api di bumbungan.
g) Perkataan digunakan sebagai nama khas (membina ayat menggunakan perkataan
pertahanan)
Contoh: Beliau bekerja di Kementerian Pertahanan ( Kementerian Pertahanan
nama
khas)
LATIHAN MEMBINA AYAT.
Praktis 1
Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah ini supaya jelas menunjukkan bahawa
anda faham akan maksud dan penggunaan. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan
serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
i)
ii)
iii)
iv)
v)
vi)

terkeseng-keseng
terjengket-jengket
terkedek-kedek
terkial-kial
tersipu-sipu
teresak-esak

Praktis 2

178

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah ini supaya jelas menunjukkan bahawa
anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan, menukarkan imbuhan, serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa
atau nama khas.
i)
ii)
iii)
vi)
v)
vi)

kemenjadian
keterampilan
kecendekiaan
kecelakaan
kemandirian
kepimpinan

Praktis 3
Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah ini supaya jelas menunjukkan bahawa
anda faham akan makyud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan, menukarkan imbuhan, serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa
atau nama khas.
i)
ii)
iii)
vi)
v)
vi)

gerangan
berangan
barangan
larangan
bayangan
kayangan

Praktis 4
Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah ini supaya jelas menunjukkan bahawa
anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan, menukarkan imbuhan, serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa
atau nama khas.
i)
ii)
iii)
iv)
v)
vi)

keberangkatan
singgahsana
pertabalan
dirgahayu
menjunjung kasih
mencemar duli

Praktis 5

179

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah ini supaya jelas menunjukkan bahawa
anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan, menukarkan imbuhan, serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa
atau nama khas.
i)
ii)
iii)
iv)
v)
vi)

menyeramkan
menggembirakan
menyulitkan
menyedihkan
mengagumkan
mengkhayalkan

Praktis 6
Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah ini supaya jelas menunjukkan bahawa
anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan, menukarkan imbuhan, serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa
atau nama khas.
i)
ii)
iii)
iv)
v)
vi)

tawar
menawar
menawarkan
menawari
penawaran
tawaran

Praktis 7
Tulis satu ayat bagi setiap perkataan dalam pasangan kata di bawah ini supaya jelas
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, serta menggunakan perkataan itu
sebagai peribahasa atau nama khas.
i)
ii)
iii)

menghadiahkan
menganugerahkan
mengurniakan

- menghadiahi
- menganugerahi
- mengurniai

Praktis 8
Tulis satu ayat bagi setiap perkataan dalam pasangan kata di bawah ini supaya jelas
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh

180

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, serta menggunakan perkataan itu
sebagai peribahasa atau nama khas.
i)
ii)
iii)

gelap - legap
carik - racik
sinar - sirna

Praktis 9
Tulis satu ayat bagi setiap perkataan dalam pasangan kata di bawah ini supaya jelas
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, serta menggunakan perkataan itu
sebagai peribahasa atau nama khas.
i)
ii)
iii)

peninju
pesakit
penunjuk

- petinju
- penyakit
- petunjuk

Praktis 10
Tulis satu ayat bagi setiap perkataan dalam pasangan kata di bawah ini supaya jelas
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, serta menggunakan perkataan itu
sebagai peribahasa atau nama khas.
i)
memasak
ii)
mengambil
iii)
mencari
Praktis 11

- memasakkan
- mengambilkan
- mencarikan

Tulis dua ayat bagi setiap perkataan di bawah ini supaya jelas menunjukkan bahawa
anda faham akan perbezaan makna dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, serta menggunakan perkataan itu
sebagai peribahasa atau nama khas.
i)
ii)
iii)

mencongak
mengariskan
mengeluarkan

Praktis 12
Tulis dua ayat bagi setiap perkataan di bawah ini supaya jelas menunjukkan bahawa
anda faham akan perbezaan makna dan penggunaannya. Anda tidak boleh

181

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, serta menggunakan perkataan itu
sebagai peribahasa atau nama khas.
I)
ii)
iii)

sedang
perlu
sedia

Praktis 13
Tulis dua ayat bagi setiap perkataan di bawah ini supaya jelas menunjukkan bahawa
anda faham akan perbezaan makna dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, serta menggunakan perkataan itu
sebagai peribahasa atau nama khas.
i)
ii)
iii)

menyisir
menyongsong
menyambut

Praktis 14
Tulis dua ayat bagi setiap perkataan di bawah ini supaya jelas menunjukkan bahawa
anda faham akan perbezaan makna dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, serta menggunakan perkataan itu
sebagai peribahasa atau nama khas.
i)
ii)
iii)

kejutan
karangan
kesan

B ) MENUKAR AYAT
Pengetahuan menukar ayat.
1. Bermula dari tahun 2004, soalan tentang menukarkan ayat dikemukakan sebagai
soalan 3(b)
2. Soalan ini dikemukakan secara bergilir-gilir dengan soalan memisahkan ayat,
menyambungkan ayat dan menganalisis ayat.
3. Soalan tentang menukarkan ayat secara umumnya terdiri daripada tiga bentuk yang
utama, iaitu:
* mengubah bentuk ayat
* menukarkan ragam ayat, dan
* menukar susunan ayat

182

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


4. Apabila diperincikan, bentuk soalan yang akan ditanyakan dalam peperiksaan adalah
seperti yang berikut ini:
* menukarkan ayat cakap ajuk kepada cakap pindah
* menukarkan cakap pindah kepada cakap ajuk
* menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif
* menukarkan ayat pasif kepada ayat aktif
* menukarkan ayat susunan biasa kepada ayat susunan songsang
* menukarkan ayat susunan songsang kepada ayat susunan biasa.
a)

Menukarkan ayat Cakap Ajuk Kepada Cakap Pindah

Contoh:
Awak sampai di sini pukul berapa, Yana? soal Ida.
Ida menanyai Yana pukul berapa dia sampai di situ.
Praktis 1:
Tukar dialog di bawah dalam bentuk cakap pindah
Hamidah
Wati
Hamidah

:
:
:

Wati
Hamidah
Wati
Hamidah
Wati
Hamidah
Wati

:
:
:
:
:
:
:

Wati, bapa saya telah membeli kereta baru dua hari yang lalu.
Apakah jenis kereta yang dibeli oleh bapa kamu?
Bapa saya membeli sebuah kereta Mercedes keluaran terbaru.
Kereta itu kecil tetapi comel.
Betulkah?
Betul.
Saya ingin melihat kereta baru bapa kamu.
Saya akan membawa kereta itu ke sekolah esok.
Berapakah harga kereta itu?
Ha, ha! Kereta itu berharga lapan puluh ringgit sahaja
Kalau kereta mainan, saya pun ada.

Praktis 2
Tukar dialog di bawah dalam bentuk cakap pindah
Sazali
Lina
Sazali
Lina
Sazali

:
:
:
:
:

Lina

Awak hendak ke mana, Lina?


Saya hendak ke perpustakaan.
Boleh Bantu saya tak?
Bantuan apa tu?
Boleh tak awak dapatkan maklumat tentang ciri-ciri modal insan
yang berkualiti.
Apa susah sangat, awak layarilah internet.

183

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

Praktis 3
Tulis cakap ajuk di bawah kepada cakap pindah
Hai, Lidya! Azurin menegur Lidya dengan suara yang nyaring.
Tak cakap pun kau nak datang.., Lidya meluahkan kemusykilan.
Nak datang pun kena janji temu dulu ke? kata azurin.
Tak ada lah macam tu. Manalah tahu aku keluar, ke, kata Lidya
Kau tak keluar ke hari ini? Tanya Azurin.

SKEMA JAWAPAN
MENUKARKAN CAKAP AJUK KEPADA CAKAP PINDAH
Praktis 1
Hamidah memberitahu Wati bahawa bapanya telah membeli kereta baru dua hari yang
lalu. Wati bertanya Hamidah jenis kereta yang dibeli oleh bapa Hamidah. Hamidah
menjelaskan bahawa jenis kereta yang dibeli oleh bapanya ialah kereta Mercedes
Katanya kereta itu kecil tetapi comel.
Namun Wati agak terkejut, dan dia bertanya
Hamidah sama ada perkara itu betul atau tidak. Hamidah mengiakannya. Wati
menyatakan bahawa dia ingin melihat kereta tersebut. Hamidah memberitahu Wati
bahawa dia akan membawa kereta itu ke sekolah pada keesokan harinya. Wati ingin tahu
akan harga kereta tersebut. Dengan ketawa Hamidah memberitahu bahawa harga kereta
itu lapan puluh ringgit sahaja. Wati mengatakan bahawa kalau kereta mainan, maka dia
pun ada.

184

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

Praktis 2
Sazali menanyai Lina tentang tempat yang hendak ditujuinya. Lina menyatakan bahawa
dia hendak ke perpustakaan. Sazali meminta Lina membantu dirinya. Lina menanyakan
bentuk bantuan yang dikehendaki oleh Sazali. Sazali meminta Lina mendapatkan
maklumat tentang ciri-ciri insan yang berkualiti. Lina menyatakan perkara itu tidak
sukar. Dan meminta Sazali melayari internet.
Praktis 3
Azurin menegur Lidya dengan suara yang nyaring. Lidya meluahkan kemusykilan
tentang kedatangan Azurin yang tidak memberitahunya terlebi dahulu. Azurin berasa
hairan dan mempertikaikan kata-kata Lidya itu. Lidya memberitahu bahawa Azurin perlu
memberitahunya terlebih dahulu jika mahu datang kerana bimbang dia mungkin tiada di
rumah ketika Azurin datang. Azurin memperli Lidya dan menanyai Lidya sama ada pada
hari itu dia keluar atau tidak.

C) MENYAMBUNGKAN AYAT
Keterangan Proses Menyambung Ayat
2. Dalam soalan ini, ayat-ayat pendek disambung menjadi ayat-ayat majmuk.
3. Apabila ayat-ayat itu disambungkan, bahagian yang sama akan mengalami
pengguguran.
4. Apabila penyambungan dilakukan, kata hubunga yang sesuai perlu digunakan,
sama ada kata hubung gabungan, kata hubung pancangan relatif , kata hubung
pancangan komplemen atau kata hubung pancangan keterangan.
5. Penanda wacana juga perlu digunakan untuk menghubungkan ayat dengan
ayat yang lain dalam perenggan atau antara perenggan.

185

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


Praktis 1
Sambungkan ayat-ayat di bawah ini supaya menjadi tiga ayat sahaja dengan
mengekalkan maksud dan struktur asalnya.
Pelajar tingkatan tiga akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah
pada minggu hadapan. Mereka akan diberikan kertas soalan dwibahasa. Mereka boleh
menjawab soalan-soalan tersebut dalam bahasa Inggeris. Mereka boleh menjawab
soalan-soalan tersebut dalam bahasa Melayu. Penyediaan soalan dwibahasa itu akan
diteruskan sehingga tahun 2007. Penggunaan bahasa Inggeris dilaksanakan sepenuhnya
bermula tahun 2008. Pengajaran subjek Matematik dalam bahasa Inggeris diperkenalkan
pada tahun 2003. Pengajaran subjek Sains dalam bahasa Inggeris diperkenalkan pada
tahun 2003.
Pengajarannya membabitkan murid tahun satu.
Pengajarannya
membabitkan murid tingkatan satu. Pengajarannya membabitkan murid tingkatan empat.
Praktis 2
Sambungkan ayat-ayat di bawah ini supaya menjadi dua ayat sahaja dengan
mengekalkan maksud dan struktur asalnya.
Ikan ialah sajian penting. Sajian itu perlu disediakan. Sajian ikan bermaksud
membuang atau menghalang perkara buruk. Sayur sawi dikatakan pembawa tuah. Biji
teratai melambangkan permulaan hidup baru. Pada malam raya, setiap keluarga akan
membuka semua pintu rumah masing-masing. Pada malam raya, setiap keluarga akan
membuka semua tingkap rumah masing-masing. Perkara buruk akan keluar dari rumah.
Tuah akan masuk ke dalam rumah.

Praktis 3
Sambungkan ayat-ayat di bawah ini supaya menjadi dua ayat sahaja dengan
mengekalkan maksud dan struktur asalnya.
Persembahan wayang kulit amat popular di negara kita. Wayang kulit amat
popular di Kelantan. Wayang kulit mencerminkan unsur kebudayaan. Wayang kulit juga
menjadi hiburan bagi masyarakat Melayu. Hiburan ini penting terutamanya pada masa
lapang. Wayang kulit dikatakan telah bertapak di negeri-negeri Sebelah Timur Tengah.
Wayang Kulit dikatakan telah bertapak di Tenggara Asia. Wayang kulit bertapak di sana
kira-kira lebih daripada seribu tahun dahulu.

186

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

SKEMA JAWAPAN MENYAMBUNG AYAT


Praktis 1
1. Pelajar tingkatan tiga yang akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah
pada minggu hadapan akan diberikan kertas soalan dwibahasa dan mereka boleh
menjawab soalan-soalan tersebut dalam bahasa Inggeris atau dalam bahasa Melayu.
2. Penyediaan soalan dwibahasa itu akan diteruskan sehingga tahun 2007 dan
penggunaan bahasa Inggeris dilaksanakan sepenuhnya bermula tahun 2008.
3. Pengajaran subjek Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris diperkenalkan pada
tahun 2003 dan membabitkan murid tahun satu, murid tingkatan satu dan murid tingkatan
empat.

187

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

Praktis 2
1. Ikan ialah sajian penting dan perlu disediakan kerana sajian ikan bermaksud
membuang atau menghalang perkara buruk, manakala sayur sawi dikatakan pembawa
tuah dan biji teratai melambangkan permulaan hidup baru.
2. Pada malam raya, setiap keluarga akan membuka semua pintu dan tingkap rumah
masing-masing supaya perkara buruk akan keluar dari rumah dan tuah akan masuk ke
dalam rumah.
Praktis 3
1. Persembahan wayang kulit amat popular di negara kita dan amat popular di Kelantan.
2. Wayang kulit bukan sahaja mencerminkan unsur kebudayaan, tetapi juga menjadi
hiburan bagi masyarakat Melayu, terutamanya pada masa lapang.
3. Wayang kulit dikatakan telah bertapak di negeri-negeri sebelah Timur Tengah dan di
Tenggara Asia kira-kira lebih daripada seribu tahun dahulu.

D) MENUKAR AYAT SUSUNAN BIASA KEPADA SUSUNAN SONGSANG


Keterangan menjawab soalan ini:
1.
Susunan biasa ialah ayat yang subjeknya terletak pada
bahagian hadapan yang diikuti oleh bahagian predikat selepasnya.
2.
Contoh susunan ayat yang dibuat pengubahsuaian adalah
seperti berikut:
Pulau batu putih kini bukan milik Malaysia lagi. (susunan biasa)
Bukan milik Malaysia lagi kini Pulau Batu Putih (susunan songsang)

188

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


3.
Ayat susunan songsang juga boleh terbentuk apabila
sebahagian daripada predikat, iaitu keterangan dikedepankan. Ayat songsang seperti ini
dikenali sebagai ayat songsang terbahagi.
Predikat
Kini
Predikat
Kini

subjek
Pulau Batu putih
predikat
Bukan milik Malaysia lagi

predikat
Bukan milik Malaysia lagi
Subjek
Pulau Batu Putih

Praktis 1
Tukarkan ayat susunan biasa di bawah kepada susunan songsang tanpa mengubah
maksud asalnya.
1. Kerja-kerja membina saluran dan menaik taraf sistem saliran itu akan dijalankan
dalam masa terdekat.
2. Bantuan kewangan tersebut diperoleh hasil sumbangan daripada syarikat-syarikat
berkaitan kerajaan (GLC) di seluruh negara sebagai salah satu komitmen sosial
mereka.
3. Saya sedang menunggu panggilan daripada Encik Ramli untuk mengetahui
persetujuan beliau bagi menggunakan kaedah itu.

Praktis 2
Tukarkan ayat susunan biasa di bawah kepada susunan songsang tanpa mengubah
maksud asalnya.
1. Seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat hampir putus pergelangan tangan kiri
selepas ditetak dengan parang oleh rakan sekolahnya dalam satu pergaduhan di
sini pagi semalam.
2. Keputusan itu telah menamatkan rekod sembilan kemenangan berturut-turut
Kedah yang tidak pernah kalah atau seri sejak dahulu lagi.
3. Pihak kerajaan akan meneruskan program pembangunan untuk mengenal pasti
lebih banyak pelumba berbakat.

189

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

Praktis 3
Tukarkan ayat susunan biasa di bawah kepada susunan songsang tanpa mengubah
maksud asalnya.
1. Kerajaan akan mengambil sikap responsif terhadap apa-apa juga masalah yang
dikemukakan oleh rakyat menerusi laman web tersebut.
2. Sheikh Muszaphar Shukor akan melakukan kerja-kerja promosi untuk
meyakinkan rakyat tentang faedah menggunakan laman web tersebut.
3. Kerajaan mempunyai keazaman yang tinggi untuk menghantar Mejar Dr. Faiz
Khaleed sebagai angkasawan kedua negara pada tahun 2010 atau 2011.

SKEMA JAWAPAN
MENUKARKAN AYAT SUSUNAN BIASA KEPADA SUSUNAN SONGSANG.
Praktis 1
1. Akan dijalankan kerja-kerja membina saluran dan menaik taraf sistem
saliran itu dalam masa terdekat.
2. telah diperoleh hasil sumbangan daripada syarikat-syarikat berkaitan
kerajaan (GLC) di seluruh negara bantuan kewangan tersebut sebagai
salah satu komitmen sosial mereka.
3. Sedang menunggu panggilan daripada Encik Ramli saya untuk
mengetahui persetujuan beliau bagi menggunakan kaedah itu

190

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

Praktis 2
1. Hampir putus pergelangan tangan kiri seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat
selepas ditetak dengan parang oleh rakan sekolahnya dalam satu pergaduhan di
sini pagi kelmarin.
2. Telah menamatkan rekod sembilan kemenangan berturut-turut Kedah yang tidak
pernah kalah atau seri sejak dahulu lagi.
3. Untuk mengenal pasti lebih banyak pelumba berbakat, pihak kerajaan akan
meneruskan program pembangunan.
Praktis 3
1. Akan mengambil sikap responsif kerajaan terhadap apa-apa juga masalah yang
dikemukakan oleh rakyat menerusi laman web tersebut.
2. Untuk meyakinkan rakyat tentang faedah menggunakan laman web tersebut,
Sheikh Muszaphar Shukor akan melakukan kerja-kerja promosi
3. Untuk menghantar Mejar Dr. Faiz Khaleed sebagai angkasawan kedua negara
pada tahun 2010 atau 2011, mempunyai keazaman yang tinggi kerajaan.

E) MENUKAR AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF


CARANYA:
Contoh:
1. Kamu telah menyinggung perasaannya dengan kata-kata yang kesat (ayat aktif)
Perasaannya telah kamu singgung dengan kata-kata yang kesat.

Praktis 1

191

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.
1. Saya menyatakan bahawa dia tidak terlibat dalam kejadian itu
2. Beliau menjelaskan bahawa tindakan itu diambil berdasarkan peruntukan undangundang yang ada
3. Rosli telah menyedari bahawa pihak polis sedang menyiasatnya.
Praktis 2
Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.
1. Kita perlu memilih individu yang mampu untuk dijadikan ikon kepada generasi
muda.
2. Pihak kerajaan melantik seorang yang mempunyai keberanian yang luar biasa
yang tidak dimiliki orang lain
3. Beliau tidak mempunyai sebarang masalah untuk membahagikan masa antara
program PLKN dengan persiapannya sebagai angkasawan.

SKEMA JAWAPAN
MENUKARKAN AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF
Praktis 1
1. Bahawa dia tidak terlibat dalam kejadian itu saya menyatakan
2. Bahawa tindakan itu diambil berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada
dijelaskan oleh beliau.
3. Bahawa pihak polis sedang menyiasatnya telah disedari oleh Rosli.
Praktis 2

192

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

1. Individu yang mampu untuk dijadikan Ikon kepada generasi muda perlu kita pilih.
2. Seseorang yang mempunyai keberanian yang laur biasa yang tidak dimiliki orang
lain dilantik oleh pihak kerajaan.
3. sebarang masalah untuk membahagikan masa antara program PLKN dengan
persiapannya sebagai angkasawan tidak dipunyai oleh beliau.

F) KESALAHAN EJAAN DAN IMBUHAN


Pengenalan
1. Soalan ini disoal dalam bahagian 3(c) dalam kertas 2
2. Pelajar diuji tentang kemahiran mengenal pasti ejaan yang betul dan penggunaan
imbuhan yang tepat.
3. Terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan dalam setiap ayat.
4. Pelajar dikehendaki mengenal pasti kesalahan dalam setiap ayat itu, sama ada
kesalahan itu kesalahan ejaan atau kesalahan imbuhan.

193

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


5. Pembetulan perlu digantikan dengan cara ditulis seperti berikut:
Salah
Tandatanya
Menyampaikan

Betul
tanda Tanya
penyampaian

Praktis 1
Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan itu. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.
i)

Pertarungan antara pemain negara kita dengan pemain dari Australia itu
mengakhiri dengan kemenangan berpehak kepada pemain kita.

ii)

Kerajaan sentiasa berusaha untuk memerkasakan bahasa Melayu agar bahasa


ini terus maju dan diterima di peringkat antara bangsa.

iii)

Ibu-bapa memainkan peranan yang penting untuk mendidik anak-anak kerana


pelbagai cabaran yang akan dihadapi terutamanya apabila mereka termasuk
alam remaja.

Praktis 2
Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan itu. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.
i)

Kerajaan memberikan jaminan bahawa tiada lagi kenaikan tambang bas dan
teksi pada tahun depan walau pun harga minyak alami kenaikan.

ii)

Kegembiraan tiga beradik itu berakhir dengan trajedi apabila ketiga-tiganya


terkorban setelah kereta mereka menjunam ke dalam longkang.

194

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


iii)

Kesetabilan dan ketenteraman awam di negara ini sering berkait dengan


peranan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menyelesaikan masalah
jenayah.

Praktis 3
Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan itu. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.
i)

Semua pihak perlu bersama-sama mencari jalan untuk memperbaiki


perlaksanaan apa-apa jua dasar pendidikan di negara kita.

ii)

Sidang puncak ini akan memberikan ruang kepada para pemimpin negara
anggota untuk berbincang mengenai halatuju bagi kemajuan ASEAN.

iii)

Walau bagaimana pun, kami masih siasat punca kemalangan itu yang
sebenarnya. Ujarnya.

SKEMA JAWAPAN
PEMBETULKAN KESALAHAN EJAAN DAN IMBUHAN
Praktis 1
Kesalahan ejaan

Kesalahan imbuhan

I)

berpehak - berpihak

mengakhir

berakhir

ii)

antara bangsa antarabangsa

memerkasakan

memperkasakan

iii)

ibu-bapa

termasuk

memasuki

- ibu bapa

195

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

Praktis 2
Kesalahan ejaan

Kesalahan imbuhan

i)

walau pun

walaupun

alami

mengalami

ii)

trajedi

tragedi

menjunam

terjunam

iii)

kesetabilan

kestabilan

berkait

dikaitkan

Praktis 3
Kesalahan ejaan

Kesalahan imbuhan

i)

perlaksanaan -

pelaksanaan

memperbaiki -

memperbaik

ii)

halatuju

hala tuju

puncak

kemuncak

iii)

walau bagaimana pun - walau bagaimanapun

G)

siasat -menyiasat

MEMBETULKAN KESALAHAN KATA/ISTILAH DAN KESALAHAN


TATABAHASA

Keterangan :
1. Dalam soalan ini ada tiga pecahan soalan. Setiap pecahan soalan mempunyai satu
kesalahan penggunaan kata/ istilah dan satu kesalahan bahasa.
2. Pelajar dikehendaki mengenal pasti kesalahan tersebut dan membetulkannya.
3. pelajar tidak perlu menyalin semula ayat.

196

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

Praktis 1
Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan itu. Bagi setiap
ayat, anda tidak perlu menyalinnya semula.
i)

Pelbagai macam lagi kerja-kerja kebajikan yang telah kita lakukan demi
mendapat keredhaan dan balasan pahala yang banyak dari Tuhan.

ii)

Kita mendoakan semoga Allah akan menerima ibadah puasa kita, di samping
menerima juga segala amalan soleh lain yang kita kerjakan di sepanjang bulan
Ramadan Al-Mubarak ini.

iii)

Ilmu ialah sesuatu yang paling berharga sekali untuk menjamin kejayaan
setiap individu dan seterusnya akan dapat memberikan sumbangan kepada
negara di masa hadapan.

Praktis 2
Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan itu. Bagi setiap
ayat, anda tidak perlu menyalinnya semula.
i)

Sesungguhnya kedatangan baginda pada malam ini melambangkan sikap


mesra rakyat di dalam sanubari baginda dan menzahirkan keprihatinan
baginda kepada rakyat jelata.

197

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


iii)

Patik dengan segala hormat dan takzimnya memohon izin Seri Paduka
Baginda Tuanku untuk menyampaikan titah ucapan kepada para hadirin dalam
majlis ini.

iv)

Patik merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih di atas titah Tuanku


sebentar tadi.

SKEMA JAWAPAN
MEMBETULKAN KESALAHAN KATA/ISTILAH DAN TATABAHASA
Praktis 1
Kesalahan kata/istilah
I) dari

daripada

Kesalahan tatabahasa
Pelbagai macam lagi kerja Pelbagai macam lagi kerja

198

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


ii) mendoakan

berdoa

menerima juga segala amalan


juga menerima segala amalan

iii) di

pada

paling berharga sekali paling berharga/ berharga sekali

Praktis 2
Kesalahan kata/istilah

Kesalahan tatabahasa

i ) kedatangan

- keberangkatan

di dalam sanubari - dalam sanubari

ii) izin

- perkenan

para-para hadirin - para hadirin

iii) terima kasih - menjunjung


kasih

H)

di atas

- atas

PERIBAHASA

Keterangan:
1. Terdapat lima bentuk soalan yang dikemukakan dalam bahagian ini.
a) menyatakan peribahasa berdasarkan situasi
b) menyatakan peribahasa berdasarkan ayat
c) mengisi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai

199

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


d) mengemukakan maksud peribahasa
e) membina ayat berdasarkan peribahasa.
2. Peribahasa yang diberikan hendaklah betul seperti yang tersenarai daripada
kelompok peribahasa yang asal.
3. Pelajar hanya perlu menulis satu peribahasa sahaja bagi setiap soalan/situasi.
4. jawapan yang banyak kerana ketidakpastian pelajar menjawab soalan; jika salah
akan dipotong markah.
Praktis 1
Berikan maksud peribahasa yang berikut supaya jelas menunjukkan bahawa anda
faham akan penggunaannya
i)

Anak kera di hutan disusui, anak di rumah mati kelaparan

..
iii)

Tepuk dada Tanya selera

..
iv)

Tidakkan hilang bisa ular menyusur akar

Praktis 2
Baca ayat di bawah ini dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai.
i ) Diamnya orang yang bijak adalah kerana memikirkan sesuatu tetapi diamnya orang
yang bodoh, tidak memikirkan apa-apa.
.
ii) Jika mahu melakukan kerja, pasti akan berusaha membuatnya tetapi jika tidak mahu
melakukan kerja, mesti mempunyai pelbagai alasan

200

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

iii) Melakukan perlahan-lahan, akhirnya bertambah hasilnya.


..
Praktis 3
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa yang
sesuai.
Setelah dia terlibat dalam kemalangan di jalan raya itu, dia sering berwaspada semasa
memandu. Sejak peristiwa itu, dia sentiasa mengingatkan rakan-rakannya supaya
sentiasa berwaspada sebelum sesuatu kesusahan melanda. Sekarang dia sedar bahawa
sesuatu peristiwa yang berlaku akan membawa penyelesaian yang berpanjangan.
i)

iii) .
iv) ..

Praktis 4
Bina ayat berdasarkan peribahasa yang diberikan di bawah
i ) mencurah garam ke laut
ii) enggng sama enggang, pipit sama pipit
iii) sehari selembar benang, lama-lama jadi kain
Praktis 5

201

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.
Pepatah Melayu menganalogikan guru ________ kerana berkorban masa dan tenaga
demi kejayaan anak muridnya. Jika guru menunjukkan pekerti yang tidak baik kepada
murid, guru akan dipersalahkan seperti kata pepatah __________ . Begitu juga halnya
jika guru menyuruh murid melakukan sesuatu perkara yang baik, sedangkan guru sendiri
melakukan perbuatan tersebut, sudah tentu nasihat dan ajaran yang disampaikan
________________.
i)

_______________

ii)

_______________

iii)

_______________

SKEMA JAWAPAN PERIBAHASA


Praktis 1
1. Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain
2. sesuatu pekerjaan yang akan kita lakukan hendaklah difikirkan baik-baik menurut
keyakinan kita sendiri
3. Orang besar/mulia yang merendah diri tidak akan jatuh martabatnya.
Praktis 2

202

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

1. diam ubi berisi, diam besi berkarat


2. hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
3. sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit/ sehari selembar benang lama-lama jadi kain.
Praktis 3
i ) Sekali kena, dua kali jalan tahu
ii) Ingat sebelu kena; jimat sebelum habis
iii) sesal dahulu pendapatan; sesal kemudian tidak berguna

Praktis 4
i ) Tindakan mereka menderma kepada hartawan itu hanyalah mencurahkan garam ke
laut sahaja kerana hartawan itu sememangnya seorang yang kaya.
(perbuatan yang sia-sia)
iii)
Keluarga Zaharah tidak bersetuju untuk mengahwinkan anaknya itu dengan anak
seorang jutawan kerana mereka berpendapat enggang sama enggang; pipit sama pipit.
(orang yang bertaraf tinggi tidak boleh bergaul dengan orang yang bertaraf rendah)
iv) Jika kita mengusahakan kerja itu sedikit demi sedikit, lambat laun akan habis
juga/akan selesai juga kerana sehari selembar benang, lama-lama jadi kain.
(perbuatan yang dilakukan secara berterusan dengan tekun dan sabar akhirnya akan
siap juga/ mendatangkan hasil)

Praktis 5
i)
ii)

sebagai lilin membakar diri menerangi orang lain


jika guru kencing berdiri; murid kencing berlari

iii) bagai ketam mengajar anaknya berjalan dengan betul

203

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan

SENARAI PEMBINA MODUL CAKNA AKADEMIK KELANTAN


BAHASA MELAYU SPM
ROHAIDA BT. ABAS
SMKA Naim Lilbanat, Kota Bharu, Kelantan.
Guru Cemerlang Bahasa Melayu (DG 52)
Pengalaman mengajar : 20 tahun
Kelulusan Akademik : B.A. Educ. (Hons) USM.
Pengkhususan dalam Bahasa Melayu.
WAN HALIM BIN JUSOH
SMK Puteri Saadong, Bukit Marak, Bachok, Kelantan.
Guru Cemerlang Bahasa Melayu (DG 52)
Pengalaman mengajar : 23 tahun,
Kelulusan akademik
: B.A. (Hons.) UM Modul@GCBM
204
Diploma Pendidikan.
Pengkhususan
: Pengajian Melayu.

Modul Cakna Akademik Kelantan

R. KERTINY BT. AWANG


SM Teknik Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.
Guru Cemerlang Bahasa Melayu (DG 48)
Pengalaman mengajar : 20 tahun
Kelulusan akademik : B.A (Sarjana Muda
Pendidikan)
Pengkhususan
: Bahasa Melayu.
HJ. NIK ZAINAL ARIFFIN BIN HASSAN
SMK Sultan Ibrahim 2, Pasir Mas, Kelantan.
Guru Cemerlang Bahasa Melayu (DG 48)
Pengalaman mengajar : 30 tahun
Kelulusan akademik : B.A (Hons) UM
Diploma Pendidikan
Pengkhususan
: Bahasa Melayu.
AZIZ BIN MOHD. NOOR
SMK Kedai Buloh, Kota Bharu, Kelantan.
Guru Cemerlang Bahasa Melayu (DG 48)
Pengalaman mengajar
: 28 tahun
Kelulusan akademik
: B.A (Hons) UM
Diploma Pendidikan
Pengkhususan
: Bahasa Melayu

CHE RASID BIN ISMAIL


SMK Hamzah, Machang, Kelantan.
Guru Cemerlang Bahasa Melayu (DG 48)/ Munsyi Dewan
Bahasa Dan Pustaka,
Pengalaman Mengajar : 23 tahun
Kelulusan akademik
: B.A.(Hons) UKM
Diploma Pendidikan
Pengkhususan
: Bahasa Melayu (Linguistik)

205

Modul@GCBM

Modul Cakna Akademik Kelantan


KANA BIN SHAPIE
SMK Tanah Merah 2
Guru Cemerlang Bahasa Melayu (DG 48)
Pengalaman mengajar : 23 tahun
Kelulusan akademik
: B.A. (Hons) UKM,
Diploma Pendidikan
Pengkhususan
: Bahasa Melayu
(Linguistik)
HAJAH SALMA BT. CHE HASSAN
SMK Kamil, Pasir Puteh, Kelantan.
Guru Cemerlang Bahasa Melayu (DG 48)
Pengalaman Mengajar
: 22 tahun
Kulusan akademik
: B.A.(Hons) UM
Diploma Pendidikan.
Pengkhususan
: Bahasa Melayu
SARIFAH INOM BT. OMAR
SMK Raja Sakti, Kota Bharu, Kelantan.
Guru Cemerlang Bahasa Melayu (DG 48)
Pengalaman Mengajar
: 22 tahun
Kelulusan akademik
: B.A. (Hons) UM
Diploma Pendidikan
Pengkhususan
: Bahasa Melayu/Sejarah
ESHAH BT. YUSOFF
SMK Dato Biji Wangsa, Tumpat, Kelantan.
Guru Cemerlang Bahasa Melayu (DG 48)
Pengalaman Mengajar : 10 tahun
Kelulusan akademik
: B.A. (Hons) USM
Diploma Pendidikan
Pengkhususan
: Bahasa Melayu

206

Modul@GCBM

Anda mungkin juga menyukai