Anda di halaman 1dari 17

Karangan Perbincangan

Topik-Topik yang akan diuji pada T2W2:


Keselamatan
Alam sekitar
Penuaan Warga Singapura
Nilai dan Budi
Badan-badan bantu diri
KATA-KATA TOKOH:

Seorang tokoh pada zaman dahulu pernah berkata Kelebihan yang ada hendaklah
dimanfaatkan, bukannya digunakan untuk merosakkan.
Seorang tokoh terkenal di dunia pernah berkata, Baik atau buruk seseorang
bergantung kepada orang yang didampinginya.

ALAM SEKITAR
Surat Kiriman Rasmi
Masalah pembuangan dan pelupusan sampah (aduan)
1. Jadual pengutan sampah ditetapkan tetapi gagal ditepati sepenuhnya oleh
pekerja-pekerja _____
Kadangkala mereka langsung tidak memungut sampah di ______ selama
seminggu
Menyebabkan sampah sarap bertaburan di merata-rata tempat
o 1. Keadaan diburukkan lagi dengan kehadiran haiwan seperti kucing
dan anjing yang sering bekeliaran
o Haiwan-haiwan ini sering menyelongkar sampah yang terdapat di
tong sampah
o 2. Sampah yang bertaburan menimbulkan bau yang busuk
o Dan meloyakkan tekak sesiapa sahaja di kawasan ini
o 3. Keadaan ini juga mengundang pelbagai jenis serangga spt lalat
o boleh mendatangkan penyakit berbahaya spt cirit-birit, penyakit
kulit sbgnya
2. Sehubungan dengan itu, masalah di atas mendatangkan kesan yang lebih buruk
Penduduk-penduduk mengambil jalan penyelesaian sendiri
o Membuang sampah yang tidak dikutip ke dalam sungai yang
berhampiran
o menyebabkan sungai menjadi kotor dengan sampah sarap
o Setiap hari, boleh melihat pelbagai jenis sampah yang berapungan
di permukaan sungai
o Lama-kelamaan, aliran air sungai akan tersekat dan menimbulkan
masalah banjir
o Sebenarnya, kawasan ini pernah dilanda banjir kilat hampir 3 bulan
yang lalu
Penduduk membuat pembakaran terbuka
o Bagi mengelakkan daripada sampah bertaburan
o Akibat pencemaran udara yang menimbulkan pelbagai kesan
negatif kepada hidupan di muka bumi ini
o pembakaran terbuka akan menyebabkan jerebu yang mampu
mendatangkan penyakit spt asma, penyakit mata etc

o Yang berpunca daripada zarah-zarah yang terampai di udara


3. Hujung taman satu tempat yang dijadikan tempat longgokan sampah secara
tidak rasmi
Membuang sampah di tempat ini setiap hari
o Kawasan yang pada mulanya merupakan padang tempat penduduk
berekreasi telah bertukar wajah
o Menjadi timbunan sampah yang sangat mencolok mata
o Apatah lagi dengan bau busuk yang menusuk hidung
Kehilangan tempat strategik untuk melakukan aktiviti riadah
o menyebabkan hubungan kejiranan di tempat ini semakin longgar
hari demi hari
o Golongan kanak-kanak & remaja juga kehilangan tempat bermain
o lebih menghabiskan masa di dalam rumah tanpa melakukan
aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh
o Sudah tentu hal ini tidak menepati seruan pemerintah
o Yang menggalakkan rakyatnya mengamalkan gaya hidup sihat (iaitu
dengan melakukan aktiviti riadah spt berbasikal)
Saranan:
1. Menganjurkan kempen membasmi sampah iaitu kempen kitar semula
Kitar semula cara yang paling baik untuk mengurangkan jumlah
sampah yang dibuang
Menjimatkan tenaga dan memelihara alam sekitar
Kajian: sebanyak 70% sampah yang dibuang boleh dikitar semula
Bahan-bahan buangan spt plastik, kaca, kertas, logam hanya perlu
diasingkan agar proses pengumpulan menjadi mudah
2. Pihak tuan perlu turun padang untuk mengadakan ceramah
Bagi meningkatan kesedaran masyarakat tentang kepentingkan kitar semula
Harus didedahkan kepada
o bahan/sampah yang boleh dikitar semula
o Cara-cara untuk mengasingkan sampah berkenaan
o Kepentingannya
Amalan ini lebih efektif sekiranya dijalankan dgn bersungguh-sungguh
o Cara ini lebih mudah dan murah
o Malah dapat menjaga alam sekitar daripada terus diteroka untuk
mendapatkan bahan mentah baharu
Karangan Perbincangan:

1.PENCEMARAN ALAM

Alam semula jadi = sesuatu landskap yang dicipta Tuhan tanpa campur tangan
daripada manusia
Pencemaran = suatu perbuatan yang mencemar dan mengotorkan alam yakni
perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap
Punca pertama = manusia
Dalam usaha mengejar pembangunan dan pada masa yang sama meningkatan
taraf hidup penduduk
o kegiatan ekonomi dan projek pembangunan sesebuah negara tidak dapat
dielakkan
o Malangnya, manusia sering mengabaikan impak terhadap alam sekitar
o Akibat daripada pelaksaan aktiviti ekonomi dan aktiviti pembangunan
sehingga menjejaskan kelestarian alam sekitar

1.
2.
3.
4.

Pencemaran boleh diklasifikan kepada:


Pencemaran udara
Pencemaran air
Pencemaran bunyi
Pencemaran bumi /tanah

PENCEMARAN UDARA:

Pembanganun tanpa pengurusan yang dirancang boleh membawa kesan buruk


yang akan mengancam kualiti alam sekitar
o Mengikut laporan yang dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar, jumlah keluaran
bahan-bahan pencemar udara di Singapura dianggarkan sebanyak ______
tan setahun.
o Berdasarkan jumlah ini, punca utama pencemaran udara ialah daripada
bahan asap kenderaan iaitu sebanyak _____ % dan diikuti oleh _____
1. Jumlah kenderaan di seluruh negara meningkat hampir ____ kali ganda sejak
____.
Sesungguhnya, pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda
asing dalam kepekatan yang terganggu
dalam bentuk habuk, asap, kabus, wap dan gas seperti karbon monoksida,
nitrogen oksida, hidro karbon, ozon, sulfur oksida dan bau-bauan ataupun
apa-apa campuran daripada bahan-bahan ini
Dan membahayakan manusia, tumbuh-tumbuhan, binatang dan harta
benda
menyebabkan inflamasi paru-paru
manakala pencemaran yang disebabkan oleh asap, habuk kabus dan
wap akan menghalang penglihatan mata dan sekali gus menyumbang
kepada statistik kemalangan
Tumbuh-tumbuhan akan turut menerima nasib yang sama seperti
manusia
Terdedah kepada kerosakan seperti neurosis (keguguran daun), klorosis
(pertukaran warna) dan pertumbuhan yang terbantut
krisis kekurangan sumber makanan
Makanan asas seperti jagung, barli atau barli
Secara tidak langsung menjejaskan sumber pendapatan ekonomis
sesebuah negara
Perokok yang menghembuskan asap ke udara
pembakaran sisa buangan di kawasan perumahan secara tidak
terkawal
Pembebasan gas klorofluorokarbon atau CFC yang digunakan dalam
alat-alat penyembur, alat penyaman udara dan peti sejuk menipiskan
lapisan ozon
Justeru, jelaslah bahawa penderaan alam sekitar melalui pencemaran alam
sekitar timbul akibat tindakan manusia itu sendiri

PENCEMARAN AIR

Banyak sungai yang dicemari dan dinodai oleh tangan manusia yang hanyut
dalam pembangunan dunia
Antara puncanya ialah akibat pembangunan yang terlalu pesat yang tidak
diimbangi dengan keprihatinan pemuliharaan
1. Pengusaha kilang sering bersikap tidak bertanggungjawab dengan
membuang sisa-sisa kimia bertoksik ke dalam sungai

2. Secara khususnya, pencemaran alam sekitar ini dapat dilihat dalam bentuk
kumbahan dan buangan domestik, buangan sisa perindustrian dan
pembangunan yang menyebabkan hakisan kelodak
3. Masalah pembuangan dan pelupusan sampah sembarangan
Pantai-pantai juga dipenuhi sampah sarap
Malahan, sampah sarap yang dibuang ke laut juga menebabkan
keadaan air laut menimbulkan bau yang busuk yang menusuk hidung
Akibat daripada bakteria-bakteria daripada bahan-bahan tercemar
4. Tumbuhan-tumbuhan dan haiwan-haiwan juga akan mati
Punca daripada penghadaman makanan yang tercemar setelah
terdedah kepada bahan-bahan toksik di laut
Malahan, tapak pembiakan rantai makanan akan musnah dan
mempengaruhi pembuatan makanan, produktiviti makanan dan kos
juga akan meningkat
PENCEMARAN BUMI/TANAH

Keindahan dunia pada masa ini terjejas


Mungkin suatu ketika dahulu, kita masih berbangga dengan keindahan alam sekitar
(dan menghirup udara dengan sebebasnya)
Namun begitu, kini segala-galanya telah berubah, malah semuanya sudah tidak indah
lagi untuk dipandang dan mencolok mata
1. Kegiatan penerokaan hutan
Seperti kerja-kerja pembalakan secara haram dan pembukaan tanah untuk
pertanian yang terancang
Merupakan tanda kelalaian manusia dalam menjaga khazanah alam yang amat
berharga
Lebih-lebih lagi kegiatan pembalakan ini dijalankan oleh manusia yang terlalu
ghairah mengaut keuntungan semata-mata
2. Aktiviti pemugaran hutan untuk pertanian
Mengakibatkan berlakunya penebangan hutan secara meluas
Kebakaran hutan membawa kepada kerugian aset selain nyawa
2008: sebanyak 200 orang rakyat Australia kehilangan nyawa selain kerugian
berjuta-juta dolar melibatkan aset mereka
Kebakaran ladang gandum pada 2007 di Australia telah menyebabkan krisis
makanan yang membawa kepada krisis ekonomi dunia
3. Pantai-pantai dipenuhi sampah sarap dan tidak indah untuk dipandang

PENCEMARAN BUNYI

Bunyi bising yang keterlaluan sehingga menyakitkan telinga


Pencemaran bunyi melebihi 80 dCB (A) dan pencemaran ini mengikut situasi dan
keinginan masing-masing
Pencemaran ini boleh dibahagikan kepada kebisingan selang-seli, kebisingan selanjar,
kebisingan fluktuasi dan bunyi lantunan
Contoh:
1. bunyi kenderaan bermotor juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran
2. perindustrian juga mengeluarkan bunyi daripada penggunaan jentera, kenderaan
dan sebagainya
3. malah kuari seperti bunyi pemecahan batu, enjin gerudi dan pemunggahan batu ke
dalam lori

2.PEMANASAN GLOBAL

Pencemaran alam sekitar yang tidak dapat dibendung lagi dan berlaku secara
berterusan menyebabkan pemanasan global
Lapisan ozon semakin menipis
NASA, 2000: mengeluarkan laporan bahawa saiz lubang pada ozon ialah 28.3
juta kilometer persegi
Peningkatan purata suhu atmosfera permukaan bumi secara global
Peningkatan purata suhu bumi yang merangkumi kawasan di darat dan laut
antara 0.4 hingga 0.8 darjah Celsius dalam tempoh seabad
Disebabkan aktiviti yang menghasilkan gas rumah hijau
Gas ini juga menyerap haba yang dikeluakan daripada sistem atmosfera
bumi, seterusnya meningkatkan suhu bumi
Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Amerika Syarikat, 10
tahun yang terpanas dalam 100 tahun
Terdapat dalam 20 tahun kebelakangan ini
Tahun terpanas = 2005
1. KESAN: KEMANDIRAN BUMI

Akibat perubahan iklim ini, bumi berhadapan dengan ancaman...


Peningkatan paras laut, kemarau, banjir, taufan, kebakaran hutan,
gangguan sistem ekologi
1. Menyebabkan pencairan ais dan glasier aras laut
Di kawasan Artik dan Antartik di Kutub Utara dan Kutub Selatan
peningkatan aras laut
Spt dikesan di New York dan Rotterdam
Negara kepulauan spt Vanuatu di selatan Lautan Pasifik kehilangan
beberapa pulau kecil akibat kenaikan aras laut
aras air laut meningkat sehingga melimpah keluar ke daratan
yang berhampiran dengannya dan membanjiri kawasan di sekitar
laut
Sehingga menggelamkan sesetengah pulau kecil dan menghakis
permukaan tanah besar
o Banjir berlaku di Pakistan, Amerika Syarikat dan China
Jika tidak ditanggani, negara kepulauan lain spt Maldives dan
bandar di pinggir pantai spt Venice akan tenggelam
Manakala negara spt Nepal akan menerima bencana akibat glasier
yang runtuh dari Pergunungan Himalaya
2. Pencairan ais di kutub hakisan pantai
Sekali gus menyebabkan pengecilan saiz sesebuah negara
3. Bencana alam
Sejak awal abad ke-21, penghuni dunia terus dikejutkan oleh
pelbagai bencana alam yang dahsyat
Meragut jutaan nyawa manusia, menjadikan jutaan yang lain
kebuluran, hilang tempat tinggal, yatim piatu di samping
memusnahkan bandar serta kampung
1. Serangan taufan yang mengganas di Amerika Syarikat
o Hingga menelan ratusan nyawa
2. Gempa bumi serta tsunami yang melanda beberapa buah
bandar di Jepun
o Sehingga hari ini, mangsa tsunami di Kepun masih giat
berusaha membangunkan
o & memulihkan kehidupan mereka yang musnah ekoran
daripada bencana gempa bumi dan tsunami
o Satu gempa bumi yang berukuran 8.8 skala richter diikuti
oleh tsunami pada 16 Mac 2011

Di bahagian Jepun termasuklah bandar Nagashima,


bandar Fukushima dan bandar Hokkaido
o Telah meragut nyawa ribuan rakyat di negera Matahari
Terbit itu
o Kejadian ini telah merencatkan arus ekonomi dan
pembangunan di negara matahari terbit itu
4. Perubahan cuaca
Kawasan di khatulistiwa akan menjadi lebih panas
Tempoh musim sejuk akan berkurang
Suhu musim kemarau akan meningkat
Tempoh kemarau akan berpanjangan dan mengakibatan bekalan air
Industri pertanian akan mengalami kesan yang teruk
o Perubahan cuaca yang akan menyebabkan perubahan dalam
kandungan kelembapan tanah
o menjejaskan penanaman tumbuhan komoditi
o menjadi nadi ekonomi sesebuah negara yang bergantung
kepada pertanian sebagai hasil utama
5. Kemarau
Kemarau yang teruk di negara-negara dunia ketiga
Negara Sudan, Habsyah dan negara-negara Afrika yang lain
Berlaku kerana suhu dunia yang tinggi telah mempercepat proses
penyejatan air dari dalam bumi
Menyebabkan penduduk di negara-negara ini menderita kekurangan
air dan makanan
Tanaman mereka musnah seterusnya mengalami dehidrasi
Meragut nyawa lebih sejuta orang sejak tahun 2000
Nasib penduduk di negara tersebut ibarat jatuh ditimpa tangga
kebanyakan negara yang terlibat merupakan negara dunia ketiga
o

2. KESAN KEPADA MANUSIA


1. Kesihatan Manusia
Manusia mengalami migrain dan sakit kepala yang melampau
Mengakibatkan berlaku perdarahan yang serius di bahagian otak
Migrain juga disebabkan oleh terkumpulnya darah kotor di bahagian otak
Membuatkan rasa tidak selesa kepada pesakitnya
Kanser Kulit
Sinaran matahari tanap ditapis mengandungi 30% sinaran radioaktif
membunuh sel-sel manusia
Sekiranya sinaran matahari tanpa ditapis oleh lapisan terkena pada kulit
kita,
Tumor akan membentuk dan akan menjadi sel kanser
Banyak penduduk mati akibat kanser kulit
o Kanser kulit sukar diubati dan penawarnya tidak ditemukan oleh
para saintis
3. KESAN KEPADA TUMBUH-TUMBUHAN

Menggangu ekosistem di dunia


Kesannya terhadap batu karang
Batu karang terbentuk daripada beribu-ribu binatang kecil yang dikenali
sebagai polyps
Binatang ini mempunyai hubungan simbiotik dengan sejenis tumbuhan
mikroskopik yang dikenali sebagai zooxanthellae
Membekalkan 70% nutrien yang diperlukan oleh hosnya ialah polyps untuk
hidup

Polyps dan zooxanthellae ialah organisma yang sangat sensitif


o Mudah dipengaruhi oleh faktor-faktor persekitaran seperti suhu,
kemasinan air laut dan juga kualiti air
o Dengan fenomena El Nino baru-baru ini, bersama dengan kesan
daripada perubahan iklim, suhu air laut telah meningkat
o Satu sebab pemutihan batu karang
Batu karang bertukar menjadi putih yang mampu membawa
kematian batu karang
Dapat dilihat di Port Dickson dan pulau-pulau lain spt Pangkor, Redang,
Langkawi

Konklusi harus menjaga alam sekitar

Seyogia (dengan sepatutnya) diingatkan bahawa alam penting untuk semua orang
tempat tinggal manusia dan hidupan lain di muka bumi ini
Keunikan dan kecantikan alam harus dipelihara untuk memastikan negara sentiasa
berada dalam keadaan yang harmonis dan sejahtera
Jangan kita biarkan masyarakat kita leka dan alpa tentang penjagaan alam sekitar
kerana terlalu taksub mengejar pembangunan
Hendaklah menggunakan cara yang strategik bagi pengurusan alam dan sumber
semula jadi seperti mengurangkan intensiti tenaga, material dan sisa daripada aktiviti
perbandaran dan perindustrian untuk menangani masalah pencemaran udara,
mengatasi kemerosotan kualiti ait dan pelupusan sisa

Konklusi tanggungjawab siapa?


Siapa lagi yang mahu menjaganya, kalau bukan kita?
Kesimpulannya, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Marilah kita bersama-sama mengekalkan kelestarian alam semula jadi di tanah
air kita
Kita tidak mewarisi alam sekitar daripada nenek moyang kita, sebaliknya
kita hanya meminjamnya daipada cucu kita.
Itulah kata-kata daripada Chief Seattle dan kata-kata ini harus kita simpan kukuh
di sanubari kita kerana kita telah diamanahkna untuk menjaga alam ini.
Untuk mengurangkan atau mengawal kesan negatif terhadap alam sekitar
daripada menjadi lebih parah, setiap usaha pembangunan dan aktiviti ekonomi
harus dilaksanakan dengan menyeimbangkannya dengan langkah pemeliharan
dan pemuliharaan.
Konklusi 3
Secara konklusinya, Singapura merupakan sebuah negara yang berkembang
pesat serta maju dalam pelbagai bidang
Namun, dalam kepesatan pertumbuhan itu, ramai yang tidak menyedari bahawa
kepesatan pembangunan juga membawa kesan sampingan terhadap alam
sekitar
Maka, kita perlulah menangani keadaan ini secara rasional dan bijak agar bumi
ini akan tetap terpelihara
Meskipun kini sudah banyak orang yang menyedari hakikat bahawa alam sekitar
memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian manusia,
sebaliknya alam sekitar yang tidak tercemar dapat menjamin suasana dan
tempat yang selesa serta selamat untuk didiami, pencemaran dan pemusnahan
tetap berterusan berlaku dengan berleluasa.

Pantun:
Pergi melancong di merata-rata,
Singgah bermain di Taman Tema,
Cintailah alam sekitar kita,
Kebersihannya tanggungjawab bersama.

PENYELESAIAN

Usaha mewujudkan kesedaran terhadap keperluan dan kepentingan melestarikan alam


sekitar harus ditanamkan dalam jiwa setiap insan tanpa mengira usia dan status
1. PIHAK SEKOLAH: KANAK-KANAK
o Sejak di bangku sekolah lagi, kanak-kanak dan remaja harus disemaikan
dengan sikap prihatin terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam
sekitar
2. KEMPEN KESEDARAN: GOLONGAN DEWASA
o Golongan dewasa harus bertanggungjawab juga
o Kempen kesedaran tentang keprihatinan terhadap alam sekitar melibat
golongan ini
o mereka dapat mempengaruhi generasi muda untuk turut serta dalam
melestarikan alam sekitar yang selamat dan sihat
3. GLOBAL: HARI SEKITAR SEDUNIA
o Sejak tahun 1972, Hari Sekitar Sedunia disambut setiap tahun pada 5 Jun
o Tujuan: meningkatkan kesedaran masyarakat dunia tentang keperluan
melestarikan alam sekitar
o Tema 2013: Fikir. Makan. Jimat. (Eat. Think. Save.)
Pembaziran makanan
Lebih daripada 20,000 kanak-kanak di bawah umur 5 tahun
mati setiap hari
4. GLOBAL: HARI BUMI (EARTH DAY)
o Tema 2013: Muka Pencemaran Alam (the face of climate change)
o Lebih dekat kepada hati = memberitahu dunia dengan menggunakan
gambar dan cerita dari seluruh dunia
5. PEMERINTAH: EKONOMI HIJAU
o Ekonomi hijau = satu keputusan dalam ekuiti untuk
membaiki kesejahteraan manusia dan sosial
sekali gus mengurangkan risiko alam sekitar dan ancaman
ekologi
o Dianggap sebagai satu daripada kaedah yang...
Rendah karbon
Penggunaan sumber yang cekap
Melibatkan pembangunan sosial (kualiti kehidupan)
o Usaha untuk mengalakkan pertumbuhan dalam pendapatan serta
pekerjaan yang didorong oleh pelaburan awam dan swasta
o Pada masa yang sama berupaya mengurangkan pengeluaran karbon
dan pencemaran, mengelakkan kehilangan biodiversiti dan kecelaruan
ekosistem
SG: menangani pemanasan global dengan mengenakan denda and
kerap memeriksa industri dan kilang-kilang
SG, Tahap Pencemaran (Pollution Standards Index): mendapat
keputusan baik untuk 85% tahun dan 15% kerana peraturan yang
ketat
Untuk membendung jumlah kenderaan di SG, pemerintah telah
menetapkan Sijil Kelayakan (Certificate of Entitlement)

sijil: $74, 689, harga sebuah kereta: $20 000


SG turut menyertai Perjanjian Protokol Kyoto iaitu perjanjian antara
negara ahli bagi mengurangkan pembebasan karbon dioksida
o Perbincangan Kyoto: SG bersetuju untuk mengurangkan
pembebasan karbon dioksida kepada 5% bawah pembebasan
karbon dioksida pada tahun 1990
6. PEMERINTAH: SINGAPURA KOTA TAMAN
Kisah SG sebagai sebuah kota taman bermula seawal tahun 1960an
Perdana Menteri ketika itu, Encik Lee Kuan Yew:
o Mempunyai visi mencipta Singapura sebagai kota taman
yang indah di benua Asia
o Beliau percaya dengan menerapkan kehijauan dalam negara
ini
o melembutkan pemodenan SG
o Meningkatan mutu kehidupan
o Sebuah negara yang bersih dan hijau menarik lebih ramai
pelabur antarabangsa mustahak untuk pertumbuhan
negera ini
16 Jun 1963: Encik LKY telah melancarkan kempen menanam pokok
SG yang pertama
o Langkah tersebut menandakan usaha permulaan
menghijaukan negara ini
Lembaga Taman Negara (Nparks) Skim Warisan Pokok
o SG mempunyai banyak pokok-pokok tua yang indah dan berdiri
megah di serata negara
o Skim WP membolehkan orang ramai mencalonkan pokok-pokok
menjadi Pokok Warisan
o Sejauh ini, 200 pokok telah dinobatkan sebagai Pokok Warisan
Sempena sambutan ulang tahun Kehijauan Singapura ke-50
o Lembaga Taman akan mengadakan pelbagai kegiatan
sepanjang tahun ini
Mengadakan pameran yang menampilkan taman
permainan
dengan buaian , jongkang-jongket dan merry-go-round di
Raffles Place Park
pameran itu juga akan memaparkan sejarah 12 taman di
SG termasuk Taman Toa Payoh Town, Taman Kent Ridge
Nparks juga mengundang orang ramai mengongsi
kenangan atau gambar lama yang memaparkan
pengalaman mereka berseronok di taman-taman di
laman Nparks
7. INDIVIDU
o Melakukan aktiviti mengitar semula bahan seperti plastik, botol, kaca dan
surat khabar lama untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar
o Setiap individu mewejudkan kelompok masyarakat yang prihatin
terhadap alam sekitar di negara ini
Menyokong badan/pertubuhan yang memperjuangkan isu alam
sekitar
Mengalakkan mereka supaya meneruskan perjuangan melestarikan
alam sekitar itu
Harus meyertai mereka juga

Setiap entiti dalam masyarakat berperanan sebagai ejen untuk


memupuk sikap untuk lebih serius memelihara dan memulihara
alam sekitar

KESELAMATAN
DUNIA SEJAGAT
1. PENYAKIT YANG BERBAHAYA
Dunia pernah dikejutkan oleh serangan wabak Influenza A (H1N1)
o Mula dikesan di bandar Mexico dan di Amerika Syarikat
o mengakibatkan bandar tersebut diperintah darurat
o Meragut banyak nyawa sehingga menimbulkan kebimbangan dalam
kalangan masyarakat
Penyebab penyakit yang telah menjadi pandemik di dunia:
1. Sikap masyarakat yang tidak memandang serius tentang kesan apabila
penyakit ini dijangkiti
o Masyarakat hanya memandang ringan terhadap maklumatmaklumat yang disiarkan melalui media massa tentang penyakit
yang boleh membunuh
o memandang remeh apabila pihak berkuasa mengarahkan
masyarakat
o supaya mengelakkan diri daripada berada di tempat yang sesak
dengan orang ramai
terutama wanita mengandung, kanak-kanak dan orang yang
mengalami penyakit yang serius
o penyakit tidak dicegah pada tahap yang awal
o masyarakat yang jahil adalah antara punca merebaknya
penyakit H1N1 yang mendatangkan maut
Langkah-langkah yang diambil:
o Untuk menghalang penyakit merebak
o Langkah-langkah diimplementasikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO)
o Cth:
Kuarantin
Menutup sekolah
Mengadakan latihan pengambilan suhu

2. PENEMBAKAN MASSA DI SEKOLAH-SEKOLAH

3. DI TEMPAT AWAM
4. DI ALAM SIBER

kajian oleh Subrahmanyam: kajian memperlihatkan remaja berusia 2-17


menggunakan komputer sehingga 1 jam 37 minit sehari
2008: remaja antara umur 15 hingga 19 tahun merupakan peratusan pengguna
terbesar di alam siber
Anak-anak yang dilahirkan antara 2001 atau lebih sinonim dengan nama
Generasi Y telah menjadikan internet terutamanya laman jaringan sosial seperti
Facebook, You Tube dan Twitter sebagai sebahagian daripada keperluan hidup
mereka.
1. Pembulian Siber
o Buli siber = gangguan yang berterusan

apa yang terjadi di alam siber boleh meletakkan diri seseorang


dalam apapun bahaya, dari segi emotional, fizikal mahupun mental
o Dunia maya umpama ruang pasar yang amat luas, misteri, bersifat
global dan segalanya yang berlaku tidak mewajibkan kita bertemu
secara nyata di alam sebenar.
o penggunaan teknologi telekomunikasi dan internet kini hebat
disalahgunakan oleh pembuli siber
Melalui teknologi ini, terdapat ramai remaja yang dibuli, sama
ada diejek, dibenci, dan dipulaukan oleh orang lain melalui lama
sosial, laman video dan sistem pesanan ringkas (SMS)
Kes buli siber lebih teruk daripada buli fizikal
Pembuli di dunia maya lebih agresif kerana identiti mereka tidak
diketahui
Contoh-contoh:
Megan Meier
o Di Amerika Syarikat, Megan Meier, 13 tahun, 2007
o Telah berkenalan dengan seorang remaja yang
bernama Josh menerusi rangkaian sosial MySpace
o Sebetulnya = beberapa individu yang telah
mempermainkannya
o Menerima mesej yang mengguris hati = Awak sangat
hodoh awak tidak sepatutnya tinggal di dunia ini lagi
o Berasa kecewa dan membunuh diri
Budak Starwars
o Ghyslain Raza yang menghabiskan satu semester
persekolahannya di wad psikiatri
o video peribadinya sedang bermain pedang dimuat
naik oleh kawannya
o video dianggap sebagai bahan gurauan dan diejek
di lelaman sosial
2. Jenayah Alam Siber
o Risiko kecurian maklumat peribadi, gambar dan video yang dimuat
naik amat tinggi
o Apatah lagi, banyak pengguna khasnya golongan remaja dengan
mudah mendedahkan maklumat diri masing-masing
o Keadaan ini mendedahkan pengguna kepada jenayah di alam siber
3. Pencerobohan akaun emel peribadi:
o Penggodam profesional mempunyai tahap kemahiran yang tinggi
sehingga berjaya menceroboh laman web persendirian, kerajaan
dan bank bertaraf antarabangsa
o Kesannya, berlaku proses permindahan wang bernilai jutaan ringgit
o Penggodam profesional hanya perlu mendapatkan maklumat
menerusi akaun e-mel peribadi mangsa
o Kecurian maklumat peribadi bermakna penggodam bebas
melakukan apa-apa sahaja menggunakan identiti mangsa.
o Kes-kes jenayah yang hanya bermula daripada pencerobohan akaun
emel peribadi:
Mesej-mesej lucah
o Akaun emel digunakan untuk menghantar mesej
berbentuk lucah kepada teman, rakan sekerja dan
majikan
o Kesan: mangsa dibuang kerja atas alasan beliau
merupakan individu yang tidak beretika dan
memalukan organisasi
o

Transaksi pengeluaran wang


o Transaksi pengeluaran wang menerusi perbankan
internet oleh pihak ketiga
o Penggodam licik membuat transaksi secara berkala
tetapi berterusan
o Melibatkan ratusan akaun peribadi sehingga tidak
disedari oleh pemilik sebenar akaun

4. JALAN RAYA
5. BENCANA ALAM

TEMPATAN SINGAPURA
SG meraih tempat ke-23 dalam GPI 2012
1. JALAN RAYA
o Jabatan Keselamatan Jalan Raya memberi tip-tip
Pejalan kaki harus:
Sentiasa menggunakan lintasan pejalan kaki
Angkat tangan semasa melintas jalan
Gunakan laluan untuk pejalan kaki sahaja
Jangan melintas di jalan raya gunakan lampu isyarat
o Jabatan Keselamatan telah mengadakan beberapa kempen
1. Bahaya Memandu Dalam Keadaan Mabuk
2008: 3, 586 pemandu kereta telah diberkas polis kerana memandu
dalam keadaan mabuk
2008: 18 orang telah mengalami maut apabila terlibat dalam
kemalangan jalan raya yang disebabkan pemandu yang mabuk
2. Bahaya Memandu Apabila Lebih Tertumpu kepada Telefon Bimbit
o Kadar kematian
2008: 221 pemandu kereta, bermotosikal, pejalan kaki meninggal dunia
kerana kemalangan jalan raya
o Kes-kes:
Kes Ferrari
Sebuah kereta Ferrari 599 GTO melanggar lampu isyarat merah
Sebelum merempuh sebuah teksi
3 orang terbunuh pemandu Ferrari, pemandu teksi dan
penumpang teksi
2 orang mangsa iaitu penumpang Ferrari dan seorang penunggang
motosikal cedera teruk
Impak dari kemalangan sangat kuat sehingga enjin teksi tercampak
sejauh 30 meter
Kemalangan ini telah mengakibatkan kemarahan rakyat dan
menaikkan sentimen negatif terhadap warga asing dari Cina yang
sudah lama terbuku
Kejadian berlaku kerana...
Tidak mematuhi had laju yang ditetapkan
Menggunakan jalan raya tanpa berhemah
Tidak mematuhi lampu isyarat
Menjadikan jalan raya sebagai tempat berlumba
2 kanak-kanak yang dilanggar oleh truk simen
Malang tidak berbau, gambar kemalangan itu tersebar luas di
lelaman sosial
Dua adik-beradik terkorban dalam nahas kemalangan jalan raya
yang terjadi di simpang lampu trafik

Kemalangan melibatkan sebuah lori simen dan 2 budak lelaki yang


berumur 7 tahun dan 13 tahun
Sedang mengayuh basikal bersama
Tanpa disedari, sebuah lori membelok dan melanggar mereka
sehingga mereka mengalami kecedaraan yang teruk
Pemandu lori itu diberkas dan lesen memandunya digantung

2. DAERAH PERSEKOLAHAN
Keselamatan jalan raya berdekatan dengan sekolah juga diawasi
Operasi Keselamatan yang melibatkan pengawai-pengawai dan kamera
pengawasan
3. DUNIA MAYA
o Kajian oleh Touch Cyber Wellness and Sports: lebih daripada 35% pelajar telah
menjadi mangsa pembulian siber
o Kajian, 2006: 25% dalam 3488 pelajar atau 1 dalam 4 pelajar telah menjadi
mangsa pembulian siber
o Tiada denda yang dikenakan atas pembuli siber mengikut undang-undang SG
4. TEMPAT KERJA
o Kepentingannya:
Kebanyakan warga Singapura menghabiskan masa hidup di tempat kerja
Terdedah kepada banyak punca bahaya
Tempat kerja yang kurang selamat boleh mengakibatkan kemalangan dan
penyakit dengan pekerjaan
Memudaratkan kita dan keluarga kita dari segi sosial dan kewangan
o Kes-kes:
1. Tanah runtuh di Downtown Line
19 Julai 2012, Dua pekerja pembinaan
Meninggal dunia apabila tanah bawah runtuh di tapak pembinaan
Downtown Line di persimpangan Victoria Street dan Rocher Road
2. Majikan didenda
2009: Cheong Heong Lon, penghulu syarikat Pembinaan Dagangan
Chin Kong
Didenda S$20, 000
Kegagalan beliau sebagai penghulu majikan unruk memastikan
keselamatan di tempat kerja
Seorang pekerjanya meninggal dunia disebabkan strok haba.
o Faedah mempunyai tempat kerja yang selamat:
Melindungi aset terpenting iaitu pekerjanya
Meningkatkan produktiviti
Mengurangkan kemalangan dan penyakit di tempat kerja
Mengurangkan pembayaran insurans pampasan kerja
Mengurangkan perbelanjaan perubatan
Meningkatkan moral pekerja
o Langkah-langkah:
Strategi Kebangsaan bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja di
Singapura
Tujuan: menurunkan kadar kematian nasional
kurang 1.8 orang setiap 100,000 pekerja menjelang 2018
Tujuan: mencapai rekod keselamatan yang terbaik di dunia
Bagaimana?
Akta pampasan untuk kecedaraan di tempat kerja
Menyediakan pekerja yang cedera dengan cara alternatif
yang murah dengan memberi pampasan

Apabila membuat tuntutan di bawah WICA, pekerja hanya


perlu membuktikan bahawa dia telah mengalami kecederaan
dalam kemalangan di tempat kerja
Atau mengalami penyakit yang disebabkan kerjanya
Pekerja harus melalui latihan dahulu
Pekerja harus boleh:
1. Mengenal pasti situasi yang berpotensi untuk membawa
kebahayaan.
2. Tahu dan tidak mengabaikan tanggungjawab mereka
3. Tahu peranan mereka dalam mewujudkan keadaan kerja
yang selamat
Pengawasan
Majikan diwajibkan oleh jabatan keselamatan dan kesihatan
di tempat kerja untuk menjalankan 2 jenis pengawasan
1. Perubatan
Pekerja yang bekerja di tempat yang berbahaya spt
kawasan pembinaan perumahan
Harus menjalani pemeriksaan perubatan yang
merangkumi kedua-dua
Pemeriksaan biasa dan pemeriksaan yang khusus
mengikutkan tahap bahaya kerja seseorang
Memastikan jikalau seseorang pekerja itu cukup sihat
untuk melakukan kerja yang tertentu
2. Kebersihan
Tempat kerja perlu pemantauan di kilang-kilang di
mana bahan-bahan toksik digunakan atau
dikeluarkan
Mendedahkan tahap kebahayaan untuk seorang
pekerja
Membantu dalam penilaian risiko kesihatan
Membantu mengukur keberkesanan dan kecukupan
langkah-langkah pemerintah atau syarikat untuk
mengawal bahaya
Permantauan bunyi bising yang kerap dijalankan
Sekurang-kurangnya sekali setiap 3 tahun juga
perlu diadakan untuk kilang-kilang
Di mana 10/lebih orang terdedah kepada bunyi
bising yang bingit/keterlaluan
Melaporkan kejadian yang ditimpa seorang pekerja jika ditimpa
kemalangan di tempat kerja
Cth: majikan, penghuni tempat kerja, doktor yang merawat,
pekerja sakit harus melaporkan apa-apa yang terjadi
Majikan atau penghuni yang gagal untuk membuat laporan
kejadian seperti yang dikehendaki oleh undang-undang
1. Didenda $5000 bagi kesalahan kali pertama
2. Didenda $10 000 dan/atau dipenjara sehingga 6 bulan
untuk kesalan berikutnya

5. JENAYAH
1. Alam maya
Transaksi pengeluaran wang
Mangsa ditipu, menerima mesej palsu
1. Diculik
Jumlah kes-kes di mana mangsa menerima mesej palsu bahawa
satu ahli keluarga mereka diculik semakin meningkat

Si

PENUAAN WARGA SINGAPURA

Peranan warga asing:


Membangunkan modal insan
Dengan peningkatan persaingan di pasaran global, ekonomi akan terus
diperkukuh dengan meningkatkan daya saing
& meneroka sumber pertumbuhan baharu
Peningkatan daya saing memerlukan modal insan bertaraf dunia yang:
o Berpengetahuan tinggi
o Berkemahiran
o Serba boleh
o Kreatif
o Memiliki etika kerja positif
o Nilai kerohanian
Hidup yang aktif dan sihat
mencegah lebih baik daripada mengubati
jagalah masa sihat kamu sebelum datang masa sakit
Begitulah kata-kata hikmah yang acap kali kita dengar apabila menyentuh aspek
kesihatan
Kesihatan yang baik datangnya daripada gaya hidup yang sihat
Hal ini tidak dapat dipisahkan
o Gaya hidup dan kesihatan seseorang saling memerlukan antara satu
dengan yang lain
o Gaya hidup sihat = aktiviti/rutin harian yang normal dari segi emosi,
mental dan fizikal
o Gaya hidup sihat tidak memerlukan perbelanjaan yang banyak sebaliknya
setiap insan cuma perlu ringan tulang sahaja demi menjaga kesihatan
tubuh badan

NILAI DAN BUDI

kecemerlangan seseorang pelajar bermula daripada disiplin yang tinggi


Kanak-kanak:
Diibaratkan sebagai kain putih yang bersih dan suci
Tanggungjawab ibu bapa untuk mencorakkannya

SOALAN-SOALAN:
1. Slogan Rumahku Syurgaku sudah biasa kita dengar. Slogan tersebut menggambarkan
betapa pentingnya peranan ahli keluarga dalam membentuk keluarga biasa.
Bincangkan.
2. Penggunaan kad kredit mendatangkan keburukan kepada pengguna. Bincangkan.
3. Karya-karya sastera dapat mematangkan pemikiran remaja dan golongan belia.
Bincangkan.
4. Kempen berjimat cermat wajar diterapkan dalam sesebuah keluarga. Bincangkan
peranan ibu bapa dalam memupuk sikap berjimat cermat kepada anak-anak.
5. Kenaikan harga barangan keperluan acap kali menyusahkan pengguna di Singapura.
Bincangkan.
6. Pemeliharaan dan pemuliharaan hutan perlu bagi sesebuah negara untuk mengawal
serta mengekalkan keseimbangan iklim dunia. Bincangkan.
7. Puisi merupakan hasil karya sastera yang banyak digunakan oleh masyarakat pada
zaman dahulu. Namun begitu, generasi kini kian melupakan kewujudan puisi dalam
kehidupan mereka.
8. Guru memainkan peranan penting dalam menjana modal insan yang gemilang pada
masa hadapan. Bincangkan.
9. Kelas Pendidikan dan Moral boleh memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar.
Bincangkan.
10.Karya sastera kurang mendapat perhatian daripada masyarakat di negara ini.
Bincangkan.

11.Remaja merupakan golongan yang mudah terpengaruh oleh perkembangan semasa,


khususnya dalam aspek budaya. Bincangkan.

Anda mungkin juga menyukai