Anda di halaman 1dari 5

Apa itu pemakanan(nutrien)?

Pemakanan adalah pengambilan makanan yang dianggap berhubung kait


dengan keperluan pemakanan badan. Pemakanan yang baik adalah, pertama,
pemakanan seimbang yang mencukupi dan aktiviti fizikal yang kerap.
Pemakanan yang miskin boleh membawa kepada kekurangan kekebalan,
peningkatan risiko penyakit, pembangunan fizikal dan mental terjejas, dan
keturunan produktiviti.
Pemakanan adalah peruntukan untuk sel-sel dan organisma, bahan-bahan yang
diperlukan (dalam bentuk makanan) untuk menyokong kehidupan. Banyak
masalah kesihatan yang biasa boleh dicegah atau dikurangkan dengan diet yang
sihat.
Diet organisma adalah apa yang ia makan, yang sebahagian besarnya
ditentukan oleh kesedapan makanan.

KUALA LUMPUR: Makanan diproses seperti burger, hotdog dan nuget serta teh
dan kopi adalah antara 15 jenis makanan 'tidak sihat' yang dilarang dijual di
semua kantin sekolah rendah dan menengah seluruh negara mulai bulan depan.
Makanan lain ialah mi segera, gula-gula dan coklat, konfeksi ais dan aiskrim,
makanan jeruk, makanan mengandungi pewarna serta perisa tiruan, minuman
berkarbonat dan jajan. Larangan itu adalah berdasarkan Garis Panduan
Pemakanan Sihat Di Sekolah yang diputuskan oleh Kementerian Kesihatan.
Bagaimanapun, ada 70 jenis makanan, termasuk nasi lemak dihadkan kekerapan
jualannya kepada dua kali seminggu, disenaraikan sebagai makanan yang boleh
dijual mengikut garis panduan baru yang dirangka bagi menangani masalah
obesiti (kegemukan) dan diabetes di kalangan pelajar.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata
cadangan itu terkandung dalam draf garis panduan penjualan makanan di kantin
sekolah yang diputuskan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Penyakit Tidak
Berjangkit (NCD), dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin
Yassin, pada 4 April lalu.
Beliau berkata, cadangan penyenaraian 70 jenis makanan dan larangan 15 jenis
makanan itu disediakan Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan mengikut
peruntukan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
Larangan penjualan makanan tidak sihat sejajar dengan usaha kementerian
menangani masalah obesiti dan diabetes yang semakin meningkat di kalangan
rakyat, terutama kanak-kanak. Ia langkah mencegah peringkat awal, katanya
kepada Berita Harian semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai sebelum ini mengumumkan,
peraturan itu adalah langkah proaktif kerajaan bagi menangani peningkatan
masalah obesiti dan diabetes di kalangan pelajar dengan kajian Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2002-2008 menunjukkan satu daripada empat
kanak-kanak mengalami obesiti. Kajian universiti sama juga menunjukkan, 88.6
peratus pelajar membeli makanan dan minuman yang disajikan di kantin
sekolah, sekali gus meningkatkan lagi hasrat kerajaan untuk memastikan
makanan sihat dijual di sekolah.
Turut dicadangkan ialah supaya Indeks Jisim Badan (BMI) wajib direkodkan dalam
kad laporan prestasi pelajar berbanding amalan sebelum ini yang hanya
mengkehendaki guru merekodkan berat dan ketinggian pelajar.
Pakar pemakanan UKM, Prof Dr Mohd Ismail Mohd Noor, berkata amalan
merekodkan BMI diamalkan negara maju seperti Amerika Syarikat seawal kanakkanak berusia dua tahun bagi membolehkan mereka dibimbing dengan amalan
pemakanan dan aktiviti fizikal sihat.
Obesiti sebenarnya disebabkan pelbagai punca makanan, namun peraturan
baru itu adalah permulaan baik dalam memastikan pelajar mendapat makanan
sihat dan seimbang di sekolah sebelum ibu bapa memainkan peranan di rumah
dengan memastikan amalan baik diteruskan, katanya.
Kajian menunjukkan masalah obesiti di kalangan kanak-kanak berusia enam
hingga 12 tahun meningkat daripada 9.7 peratus pada 2001 kepada 13.7
peratus pada 2007.
Peningkatan dikaitkan dengan amalan pemakanan tidak sihat dan aktiviti fizikal
tidak aktif, iaitu 76 peratus kanak-kanak didapati menghabiskan sebahagian
besar masa dengan menonton televisyen atau duduk di hadapan komputer.
Sumber : http : //www.bharian.com.my/

PEMAKANAN BERASASKAN DI
Corak pemakanan juga dapat membantu kita menghindarkan diri daripada stres.
Di samping untuk mendapatkan kesihatan yang baik dan memastikan agar tahap
mental dan badan kita sentiasa sihat, amalkan diet atau pemakanan yang
seimbang dan berkesan.

Sumber makanan boleh di dapati daripada enam kumpulan iaitu vitamin, tenaga,
karbohidrat, protein, lemak dan zat besi. Kumpulan makanan ini dikenali sebagai
piramid makanan seperti roti dan bijiran, buah-buahan dan sayur-sayuran,
daging, barangan hasil tenusu, lemak dan gula-gula.

KENAPA KITA PERLU MENGAMBIL MAKANAN SEIMBANG


Makanan yang mengandungi diet seimbang membekalkan nutrien dan tenaga
yang diperlukan badan bagi membantu mengatasi stres.
Tiada satu kumpulan makanan yang boleh memberi semua zat yang diperlukan.
Untuk memastikan badan kita mendapat semua zat, kita perlu mempelbagaikan
pemilihan makanan dalam setiap kumpulan makanan seperti piramid makanan.

LANGKAH PENJAGAAN DIET


1. Bagi mengelakkan berat badan berlebihan, kurangkan pengambilan tenaga
dan lemak yang banyak.
2. Tingkatkan penggunaan karbohidrat kompleks dan gula semulajadi dari 28%
kepada 48%.
3. Kurangkan pengambilan gula yang diproses daripada 45% kepada 10%
daripada keseluruhan jumlah tenaga.
4. Jumlah lemak tidak melebihi jumlah tenaga. Lemak polyunsaturated tidak
lebih 10% dan lemak monounsaturated pada kadar 10% - 15%.
5. Kurangkan pengambilan kolesterol tidak lebih dari 30mg. sehari.

10 LANGKAH PENJAGAAN DIET SEIMBANG UNTUK MENGURANGKAN STRES DAN


KEHIDUPAN SIHAT.

1. Berhati-hati dengan tabiat diet atau pemakanan


Makanan utama harus di ambil pada waktu pagi. Kita mesti memastikan yang
kita mengambil 3 hidangan dalam sehari.

2. Kekalkan diet seimbang berdasarkan 6 kumpulan makanan.

6 kumpulan makanan tersebut ialah roti dan bijirin, buah-buahan dan sayuran,
kurangkan pengambilan daging, barangan hasil tenusu, lemak dan gula-gula.

3. Kurangkan kafein

Pengambilan kafein secara berterusan boleh menyebabkan stres. Oleh itu,


kurangkan pengambilan kafein, banyakkan minum air mineral atau air yang telah
dimasak.

4. Kurangkan pengambilan garam.

Pengambilan garam berlebihan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Kita


perlu mengurangkan sebarang makanan yang mengandungi sebarang makanan
yang mengandungi garam yang banyak seperti makanan segera.

5. Kurangkan gula

Gula yang terlalu banyak akan meningkatkan kadar gula dalam darah yang
boleh menyebabkan kencing manis dan kegemukan.

6. Berhenti merokok

Nikotin yang terdapat dalam tembakau meninggalkan kesan ketagihan. Bagi


mengurangkan ketagihan, sokongan rakan diperlukan, di samping menjadikan
aktiviti senaman sebagai amalan dan bertekad untuk berhenti merokok.

7. Berhenti dari pengambilan alkohol

Kurangkan pengambilan alkohol dan minuman beralkohol secara beransuransur agar dapat mengekalkan kesimbangan badan dan menghindarkan stres.

8. Keperluan vitamin dan mineral dalam diet pemakanan seimbang.

Pengambilan vitamin dan mineral seperti buah-buahan dan sayur-sayuran


dapat meningkatkan ketahanan terhadap stres.

9. Penggunaan barang makanan semulajadi Yogurt

Yogurt mengandungi Lactobacillus acidhophitis yang tidak merbahaya dan


dapat menghalang pembesaran bakteria pathogens di samping menggalakkan
sistem keimunan, menambahkan vitamin dan meningkatkan ketahanan terhadap
stres.

10. Kekalkan berat badan melalui kawalan teratur

Kekalkan berat badan yang seimbang dengan melakukan aktiviti senaman


sebanyak 3 kali seminggu selama 20 minit.