Anda di halaman 1dari 12

SENARAI TUGAS GURU MATA PELAJARAN

1.

Mempunyai sebuah Buku Rekod Mengajar yang kemas kini dan menyerahkan
kepada Guru Besar pada masa yang ditetapkan setiap minggu.

2.

Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandungan


sukatan mata pelajaran yang berkenaan.

3.

Memahami dan mematuhi pekeliling-pekeliling dan arahan yang berkaitan dengan


mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus
dicapai, iaitu dar segi pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang harus dicapai di
akhir tiap penggal bagi tiap tingkatan.

4.

Menyediakan Rancangan Pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dengan lengkap
untuk tempoh setahun dan melaksanakan pengajarannya mengikut rancangan
pelajaran yang disediakan.

5.

Menyedia dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukup, memeriksa buku latihan
pelajar dan memulangkan semula secepat mungkin.

6.

Menyerahkan / menunjukkan buku latihan murid kepada pengetua/wakilnya pada


masa yang dikehendaki.

7.

Menjalankan ujian dan penilaian kepada pelajar dari semasa ke semasa.


Merekodkan soalan-soalan dan keputusan ujian dalam buku rekod mengajar.

8.

Mengesan kelemahan pelajar dan menjalankan kelas pemulihan/bimbingan.

9.

Menjadi ahli dalam Panitia mata Pelajaran, menghadiri serta mematuhi dan
melaksanakan keputusan mesyuarat panitia.

10. Memastikan buku-buku panduan yang digunakan adalah diluluskan oleh


KPM/JPN/PPD. Guru mata pelajaran harus menyedari dan menggunakan buku
panduan yang dikeluarkan oleh KPM/JPN dan PPD.
11. Memastikan keselamatan pelajar di makmal/bengkel KH/Bilik ERT/ Sains Pertanian
serta mengawasi penggunaan peralatan.

12. Menghadiri mesyuarat/taklimat mengenai mata pelajaran yang berkenaan sama ada
yang dikelolakan oleh KPM/JPN dan PPD. Menyampaikan semua maklumat kepada
guru lain yang mengajar mata pelajaran yang sama.
13. Sentiasa mengikuti perkembangan dan pembaharuan tentang teknik mengajar bagi
mata pelajaran berkenaan bagi meninggikan lagi prestasi dalam pengajaran dan
pembelajaran.
14. Melaporkan kepada Guru Kanan Mata Pelajaran tentang masalah pengajaran dan
pembelajaran untuk tindakan selanjutnya.
15. Menjaga keselamatan dan kebersihan alat-alat bantuan mengajar yang digunakan,
memastikan bahawa alat-alat bantuan mengajar digunakan secara meluas.
Bertanggungjawab dalam menambahkan alat bantuan mengajar bagi
memperkayakan Pusat Sumber Sekolah.
16. Mengadakan sudut-sudut mata pelajaran berkenaan dalam kelas-kelas yang diajar.
17. Membantu menguruskan Bank Soalan dan membina JSU dan soalan
ujian/peperiksaan.

SENARAI TUGAS GURU BIASA / GURU PENOLONG

1.

GURU BIASA

Tugas utama bagi seseorang guru adalah untuk mengajar dan mendidik. Walau
bagaimanapun, berikut disenaraikan tugas-tugas lain sebagai panduan guru.

Senarai Tugas

1.0 Tugas Mengajar


1.1

Mengajar mata-mata pelajaran yang layak sejumlah waktu yang


ditetapkan.

1.2.

Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandungan


sukatan pelajaran dan huraian mata pelajaran yang berkenaan.

1.3.

Memahami dan mematuhi Pekeliling-pekeliling dan arahan yang berkaitan


dengan mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan
matlamat yang harus dicapai, iaitu dari segi pengetahuan, kebolehan dan
kemahiran yang harus dicapai pada akhir tiap penggal bagi tiap tingkatan.

1.4.

Mempunyai sebuah Buku Rekod Mengajar yang kemas


menyerahkan kepada Pengetua pada masa yang ditetapkan.

1.5.

Menyediakan Rancangan Pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dengan


lengkap
untuk
tempoh
setahun/sepenggal/seminggu/harian
dan
melaksanakan pengajarannya mengikut Rancangan Pelajaran yang
disediakan.

1.6.

Menyediakan dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukup, memeriksa


buku latihan pelajar dan memulangkan semula secepat mungkin.
Menyerahkan/ menunjukkan buku latihan murid kepada Pengetua/wakilnya
pada masa yang dikehendaki.

1.7.

Menjalankan Ujian Bulanan dan penilaian kepada pelajar. Merekodkan


soalan-soalan dan keputusan ujian dalam Buku Rekod Mengajar.

1.8.

Mengesan kelemahan pelajar dan menjalankan kelas pemulihan/bimbingan.

kini

dan

1.9.

Menjadi ahli dalam Panitia Mata Pelajaran, menghadiri dan mematuhi serta
melaksanakan keputusan mesyuarat Panitia.

1.10.

Guru mata pelajaran harus menyedari dan menggunakan buku panduan yang
di- keluarkan Kementerian Pendidikan/Jabatan Pendidikan/PPD.

1.11.

Memastikan keselamatan pelajar di makmal/bengkel KH/Bilik ERT/ Sains


Pertanian dan mengawasi penggunaan peralatan.

1.12.

Menghadiri mesyuarat/taklimat mengenai mata pelajaran yang berkenaan


sama ada yang dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan/Jabatan
Pendidikan Negeri/PPD. Menyampaikan semula maklumat kepada guru lain
yang mengajar mata pelajaran yang sama.

1.13.

Sentiasa mengikuti perkembangan dan pembaharuan tentang teknik


mengajar bagi mata pelajaran berkenaan bagi meninggikan lagi prestasi
dalam pengajaran dan pembelajaran.

1.14.

Melaporkan kepada Guru Kanan Mata Pelajaran tentang masalah pengajaran


dan pembelajaran untuk tindakan selanjutnya.

1.15.

Menjaga keselamatan dan kebersihan alat-alat bantuan mengajar yang


digunakan dan memastikan bahawa alat-alat bantuan mengajar digunakan
secara meluas. Bertanggungjawab dalam menambahkan alat bantuan
mengajar bagi memperkayakan Pusat Sumber Sekolah.

1.16.

Mengadakan sudut-sudut mata pelajaran berkenaan dalam kelas-kelas yang


diajar.

1.17.

Membantu menguruskan Bank Soalan.

.0

Pentadbiran bilik darjah:

2.1

Menyimpan daftar kelas.

2.2

Mengawal dan menyelia keadaan di bilik darjah.

2.3

Hubungan surat-menyurat dengan ibu bapa/penjaga.

2.4

Kutipan segala yuran (Yuran Penggal Sekolah, Peperiksaan Dalaman,


Peperiksaan Luaran, MSSJ, Majalah Sekolah, projek sekolah, derma PIBG
dan lain-lain pungutan).

2.5

Kad 001/Fail peribadi pelajar.

2.6

Buku Penyata Kemajuan Pelajar/Kad Ujian Bulanan.

2.7

Buku Pelaporan Kokurikulum.

2.8

Penyediaan surat-surat akuan sijil.

.0

Peperiksaan Dalaman:

3.1

Penyediaan soalan-soalan ujian/peperiksaan (Bulanan/penggal/tahunan).

3.2 Pengawasan peperiksaan.


3.3 Memeriksa, memberi markah dan memproses skrip.
3.4 Penggredan markah
3.5 Penganalisisan keputusan.

.0

Peperiksaan Luaran:

4.1

Borang-borang kemasukan peperiksaan pelajar.

4.2

Kutipan-kutipan yuran.

4.3

Pengawasan peperiksaan.

.0

Penjagaan Disiplin:

5.1

Membantu pengawasan disiplin pelajar-pelajar pada amnya.

5.2

Perhubungan dengan ibu bapa/penjaga.

5.3

Memeriksa kebersihan peribadi dan pakaian pelajar-pelajar.

5.4

Menasihati dan menunjuk ajar.

5.5

Kebersihan bilik-bilik darjah dan kawasan sekolah.

.0

Pentadbiran Sekolah:

6.1

Koordinasi skim-skim kerja dalam pelbagai kelas atau mata pelajaran.

6.2

Jadual Waktu.

6.3

Membantu mentadbir bilik-bilik khas (makmal, bengkel, bilik ERT, bilik


Pendidikan Seni, bilik Sukan, bilik rawatan, Pusat Sumber dan lain-lain.

6.4

Buku-buku teks.

6.5

Biasiswa dan kebajikan.

6.6

Perpustakaan.

6.7

Bimbingan dan kerjaya.

.0

Aktiviti-aktiviti Ko-kurikulum:

7.1

Menjalankan aktiviti-aktiviti di dalam premis sekolah mengikut peraturanperaturan yang telah ditetapkan.

7.2

Merancang melaksanakan, menyelia, merekodkan dan melaporkan setiap


aktiviti ko-kurikulum.

.0

Tugas-tugas Separa Profesional:

8.1

Tugas-tugas ini adalah tugas-tugas yang mempunyai hubungan secara tidak


langsung dengan pelajar-pelajar.

8.2

Aktiviti-aktiviti di luar kawasan sekolah (lawatan ke satu-satu tempat,


permainan-permainan/perlawanan sukan, pertandingan di antara sekolahsekolah dan sebagainya).

8.3

MSSD, MSSJ, MSSM, PSKPPJ.

8.4
8.5

Kegiatan-kegiatan pendidikan dan profesional yang diselenggarakan oleh


Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Johor dan Pejabat Pendidikan
Daerah.
Projek-projek pembangunan sekolah.

8.6

Perayaan-perayaan awam/upacara-upacara khas.

8.7

PIBG.

8.8

Menghadiri dan mengambil bahagian dalam hal-hal yang berhubung dengan


profesion dari masa ke masa.

.0

Tugas-tugas Bukan Profesion:

9.1

Penjagaan bangunan sekolah.

9.2

Pembersihan dan keceriaan sekolah.

9.3

Penyeliaan kerja-kerja pekerja am yang berkenaan.

9.4

Melawat rumah-rumah pelajar jika keadaan memerlukan.

9.5

Penjualan buku-buku teks/buku-buku latihan kepada pelajar (sekiranya


perlu).

9.6

Pengurusan sekolah.

9.7

Mengawal lalu lintas di luar kawasan sekolah.

9.8

Mengawal keselamatan sekolah dan pelajar-pelajar.

0.0

Tugas-tugas lain:
Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan yang diarahkan oleh Pengetua dari
masa ke masa

2.

GURU KELAS / TINGKATAN

Senarai Tugas

.0 Kebajikan Dan Disiplin Pelajar


1.1.

Menjaga kebajikan dan tingkah laku setiap pelajar dalam tingkatan


jagaannya. Harus mengenali setiap pelajar dalam pengawasannya dan
berusaha untuk membantu mereka dalam apa jua bentuk dan cara yang
boleh memajukan kedudukan akademik, kokurikulum, perwatakan, kelakuan,
personaliti dan sahsiah mereka.

1.2.

Menanamkan semangat kerjasama dan sepunya dalam diri pelajar,


menghormati guru-guru, menyayangi rakan dan sekolah secara
keseluruhannya.

1.3.

Memastikan pelajarnya berdisiplin di dalam dan di luar kelas.

1.4.

Menjaga keselamatan pelajar di kelasnya.

2.0
2.1.

Kebersihan Dan Keceriaan Kelas


Menjaga kebersihan dan keceriaan kelas masing-masing.

2.2.

Menjaga dan memastikan semua peralatan yang berada di kelas


berada dalam keadaan baik. Apa juga kerosakan hendaklah dilaporkan
kepada pihak pentadbiran.

2.3.

Sentiasa memastikan papan kenyataan kelas dilengkapkan dengan


jadual waktu kelas, senarai buku teks, senarai jenis-jenis yuran, jadual
tugasan, kata hikmat, pekeliling sekolah, peraturan kecemasan, maklumatmaklumat terkini dan guntingan dari akhbar dan majalah dapat membantu ke
arah matlamat tersebut. Galakan pelajar mewujudkan sudut mata pelajaran di
papan kenyataan kelas tersebut.

2.4.
2.5.

Galakan pelajar mewujudkan sudut bacaan kelas.


Pastikan kelas dalam jagaannya sentiasa ceria dan selesa untuk
proses pengajaran dan pembelajaran.

3.0

Jadual Kedatangan Kelas ( Dokumen Rasmi Kementerian Pendidikan)

3.1.

Buku tersebut adalah hak milik Kementerian Pendidikan dan sentiasa


di audit oleh Juruaudit Kementerian. Oleh itu, segala butir kewangan,
kedatangan dan peribadi pelajar hendaklah sempurna, kemas dan lengkap.

3.2.

Nama pelajar hendaklah mengikut ejaan di dalam Kad Pengenalan


atau Surat Beranak .

3.3.

Pastikan alamat pelajar lengkap.

3.4.

Pada setiap bulan Guru Tingkatan hendaklah menutup Buku


Kedatangan Pelajar. Sempurnakan bahagian-bahagian penting berkaitan
dengan jumlah kehadiran, jumlah hari bersekolah dan kedatangan kelas.

3.5.

Rekod kedatangan hendaklah diisi sebelum waktu rehat (masa ke


dua) dan hendaklah sentiasa berada di pejabat selepas waktu rehat.

3.6.
3.7.

Pelajar tidak dibenarkan mengisi Buku Rekod Kedatangan.


Sekiranya guru bercuti atau tidak hadir ke sekolah mintalah
pertolongan rakan sejawat atau GPK HEM mengisi buku tersebut.

3.8.

Pelajar ponteng sekolah:3.8.1.

Pelajar yang tidak hadir 3 (tiga) hari berturut-turut tanpa


sebarang kenyataan dikira ponteng.

3.8.2.

Pelajar yang tidak hadir ke sekolah secara berselang


seli tanpa sebarang kenyataan selama SATU PERTIGA dari jumlah
hari persekolahan bulan berkenaan, dikira ponteng sekolah.

4.0

Pengawasan Bilik Darjah

4.1.

Pelantikan Ketua tingkatan dan Penolongnya serta Penubuhan


Jawatankuasa Kelas.

4.2.

Menentukan bilangan kerusi/ meja pelajar mencukupi untuk kelasnya.

4.3.

Menentukan alat-alat pemadam, kayu pembaris, bakul sampah dan


lain-lain dijaga dengan baik.

4.4.

Menentukan kerusi meja dan perkakas lain dalam kelas dijaga


sempurna oleh pelajar-pelajar.

4.5.

Menentukan jadual waktu tingkatan, jadual giliran bertugas dan


kenyataan lain digantung.

4.6.

Seelok-eloknya dapatkan sebuah kalendar untuk digantung di dalam


kelas.

4.7.

Menentukan pelajar-pelajar mengetahui dan memahami peraturan


sekolah.

4.8.

Setiap papan kenyataan hendaklah digunakan dengan sempurna dan


sepenuhnya.

4.9.

Memeriksa dan menentukan keseragaman dan kesihatan pelajarpelajar seperti:


4.9.1.
4.9.2.
4.9.3.
4.9.4.
4.9.5.
4.9.6.

Rambut
Kuku
Pakaian
Gigi
Kasut
Lencana nama

5.0

AM

5.1.

Memaklumkan dan menjelaskan kepada pelajar-pelajar tentang


pemilihan nama pelajar ( Peperiksaan PMR dan SPM ), kegiatan Kokurikulum dan sebarang arahan sekolah.

5.2.

Mewujudkan suasana harmoni supaya tersemai rasa hormat antara


pelajar dengan guru dan pelajar dengan pelajar.

5.3.

Menentukan pelajar-pelajar mempunyai adab sopan dan tingkah laku


yang baik.

5.4.

5.5.

Mengetahui serba sedikit latar belakang pelajar-pelajar dan kegiatan


luar mereka.
Mengambil berat tentang kemajuan pelajar-pelajar.

5.6.

Merujuk pelajar-pelajar yang bermasalah kepada Guru Penolong


Kanan
( HEM )/ Guru Bimbingan dan Kerjaya.

5.7.

Mengesan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pelajarpelajar yang lembam, miskin, menghadapi masalah keluarga dan
sebagainya.

5.8.

Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan yang diarahkan oleh


pengetua dari masa ke masa.

Anda mungkin juga menyukai