Anda di halaman 1dari 6

Soalan

Jelaskan ciri-ciri utama peringkat perkembangan berdasarkan teori berikut:


1.
2.
3.
4.
5.

Jean Piaget
Arnold Gissel
Robert Havigurst
Erik Erikson
Lawrence Kholberg

1. Teori perkembangan kognitif Jean Piaget


Jean Piaget (1896-1981), merupakan seorang ahli psikologi Switzerland dan tokoh
yang amat penting dalam bidang psikologi pada abad ke-20. Teori yang beliau kemukakan
adalah memfokus kepada perkembangan kognitif kanak-kanak.
Jean Piaget telah mengutarakan beberapa konsep penting yang perlu diketahui
antaranya ialah Skema, Asimilasi, Akomodasi dan Adaptasi. Konsep Skema merujuk kepada
potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu dengan cara tertentu.
Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan yang
dikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap, memandang, mencapai, merasa,
memegang, serta menggerakkan tangan dan kaki.
Asimilasi merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi
dengan skema yang sedia ada. Proses asimilasi yang berlaku membolehkan manusia
mengikuti sesuatu modifikasi skema hasil daripada pengalaman yang baru diperolehi.
Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sesuatu yang baru. Oleh itu,
kanak-kanak tersebut akan menggunakan skema memegang (skema yang sedia ada) dan
sekaligus merasanya. Melaluinya, kanak-kanak tersebut akan mendapat pengetahuan yang
baru tentang perkara tersebut.
Akomodasi merupakan suatu proses dimana struktur kognitif mengalami perubahan.
Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasi (menyesuaikan)
persekitaranbaru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak. Jean Piaget
menganggap perubahan ini sebagai suatu proses pembelajaran. Contohnya, kanak-kanak
yang berumur dua tahun yang ditunjukkan sudu akan menyatukan objek baru ke dalam
skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap sudu itu.
Adaptasi merupakan satu keadaan dimana wujud keseimbangan antara akomodasi dan
asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran. Jean Piaget mendapati kemampuan mental
manusia muncul di tahap tertentu dalam proses perkembangan yang dilalui. Perubahan
daripada satu peringkat ke satu peringkat seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanak
mencapai tahap kematangan yang sesuai dan terdedah kepada pengalaman yang relevan.
Tanpa pengalaman-pengalaman tersebut, kanak-kanak dianggap tidak mampu mencapai tahap
perkembangan kognitif yang tinggi.

Oleh yang demikian, beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kepada 4


tahap yang mengikut turutan umur. Tahap-tahap perkembangan tersebut ialah, Tahap
Sensorimotor atau deria motor (0 hingga 2 tahun), Tahap Praoperasi (2 hingga 7 tahun), Tahap
Operasi Konkrit (7 hingga 12 tahun) dan Tahap Operasi Formal (12 tahun ke atas).
Tahap Sensorimotor atau deria motor (0 hingga 2 tahun). Pada tahap ini, bayi melihat
kepada hubungan antara badannya dengan persekitaran. Kebolehan deria motornya
berkembang dari masa ke semasa. Bayi tersebut mempelajari tentang dirinya dengan melihat,
menyentuh, dan mendengar di sekelilingnya kemudian menirunya.
Tahap praoperasi ( 2-7 tahun ). Bagi tahap ini, Piaget telah bahagikan kepada dua sub
tahap iaitu, tahap Pro-konseptual ( 2-4 tahun ) dan tahap Pra-operasi ( 4-7 tahun ). Pada tahap
ini kanak-kanak berfikir secara simbolik untuk menyelesaikan masalah tetapi pemikiran
masih tidak logik dan mudah diperdaya oleh persepsi yang berlainan. Kanak-kanak pada
tahap ini bersifat egosentrik yang melihat sesuatu dari perspektif diri sendiri sahaja.
Tahap Operasi Konkrit (7 hingga 12 tahun), pada tahap ini kanak-kanak boleh berfikir
secara logik dan konkrit. Kanak-kanak pada tahap ini menyelesaikan masalah secara cubajaya Pada tahap ini, kanak-kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik yang menyebabkan
mereka dapat menerima pendapat orang lain.
Tahap Operasi Formal (12 tahun ke atas), Piaget menegaskan bahawa perkembangan
kognitif manusia telah sampai ke tahap maksima. Pada tahap ini manusia berfikir secara
abstrak, mampu membuat hepotesis dan memahami akibat jangka panjang sesuatu tindakan.
2. Teori Kematangan Arnold Gessel
Arnold Lucius Gesell (1880-1961) mementingkan baka sebagai penggerak utama
terhadap perkembangan di mana kematangan fizikal adalah faktor utama menentukan proses
pembelajaran. Ini bermakna apabila apabila kesediaan (kekuatan otot, tulang, mental dan
fizikal, emosi, dll) tidak mencapai kematangan yang sesuai, peluang-peluang yang diberikan
kepada pelajar untuk belajar sesuatu kemahiran tidak akan mencapai hasil yang positif.
Menurut Gessel, kanak-kanak sejak lahir-5 tahun, mengalami masa perkembangan
yang lancar iaitu terbahagi kepada 5 peringkat mengikut tahun. Tahun pertama semasa
berumur 1 bulan, tangisan bayi adalah berbeza mengikut kehendak berlainan. Semasa
berumur 4 bulan, Mata bayi dapat bergerak mengikut objek yang dilihat. Semasa berumur 6
bulan, bayi boleh menggenggam objek yang mudah seperti jari ibunya. 7 bulan, kanak-kanak
sudah dapat duduk dan merangkak. Setelah berumur 1 tahun kanak-kanak dapat berdiri
dengan berpaut pada objek sebagai sokongan. Semasa berumur 1 hingga 2 tahun kanak-kanak
masih memerlukan bantuan semasa bejalan sehingga mencapai usia 2 tahun mereka mampu
berjalan sendiri. Pada peringkat ini mereka memahami istilah tertentu seperti jangan .
Semasa berumur 5 hingga 6 tahun, adalah masa transisi atau peralihan iaitu keperluan
untuk bersekolah, mengenali rakan sebaya dan pengubahsuaian kepada peraturan-peraturan
yang wujud. Semasa berumur 7 hingga 10 tahun, merupakan masa penyatuan dimana kanak-

kanak akan menyesuaikan diri dengan zaman kanak-kanak dan penyesuaian kepada alam
persekolahan.
Pada peringkat umur 11 hingga 14 tahun merupakan masa trasisi atau peralihan dari
zaman kanak-kanak ke zaman remaja. Zaman ini berlaku konflik berhubung dengan akil
baligh dan keremajaan. Semasa berumur 15 hingga 16 tahun, mereka dapat menyesuaikan
diri dengan alam remaja dan merupakan permulaan kepada persediaan untuk menghadapi
alam dewasa.

3. Teori Perkembangan Tugasan Rober Havighurst


Robert Havighurst berpendapat bahawa setiap individu mesti menyelesaikan tugasan
pada setiap peringkat perkembangan pada setiap tahap perkembangan. Sekiranya tugasan
tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya hasilnya akan membawa kebahagiaan kepada
individu tersebut. Jika tidak, individu itu akan mengalami masalah perkembangan pada
peringkat yang berikutnya.
Havighurst mendefinisikan tugasan sebagai kemahiran, sikap, kefahaman, dan
pencapaian sebagai ciri-ciri setiap peringkat perkembangan. Tugasan atau tugas
perkembangan ialah satu set kemahiran atau kebolehan yang perlu dikuasai oleh individu.
Contohnya, bayi perlu merangkak terlebih dahulu sebelum berjalan (lebih rumit) dimana bayi
parlu menyelesaikan masalah merangkak sebelum berjalan iaitu kemahiran yang lebih tinggi.
Oleh yang demikian beliau juga percaya bahawa perkembangan manusia dipengaruhi oleh
persekitarannya, nilai-nilai, norma dan budaya masyarakat. Ini kerana, perkembangan kanakkanak sudah semestinya lebih lancar sekiranya ibu bapa lebih memahami keperluan
pembelajaran anak mereka terutamanya membantu dalam proses ini.
Perkembangan tugasan seseorang adalah mengikut peringkat umur masing-masing.
Iaitu sejak lahir hingga awal kanak-kanak, iaitu 0 hingga 6 tahun, contohnya belajar makan
makanan pepejal, berjalan, bercakap, membuang najis dan pengubahsuaian emosi. Kanakkanak lingkungan umur 6 hingga 12 tahun, perlu belajar kemahiran fizikal untuk bermain,
membentuk konsep diri yang sihat dan lain-lain faedah. Mereka juga perlu menguasai
kemahiran menulis, membaca, mengira. Kebolehan ini akan membolehkan mereka lebih
bersedia untuk tugas seterusnya. Pada peringkat awal remaja dan remaja 12 hingga18 tahun,
individu dapat menggunakan fungsi badan dan deria dengan berkesan, belajar sesuatu tanpa
bantuan. Ini bermakna pada peringkat ini seseorang mampu berdikari dalam menempuhi
masalah.

4. Teori Perkembangan Psikososial Erik Erikson

Teori Erik Erikson dikenali sebagai Teori Perkembangan Psikososial Erikson kerana ia
mengabungkan tiga faktor yang mempengaruhi perkembangan individu, iaitu faktor kendiri,
emosi dan sosial.
Teori Erikson berdasarkan lima prinsip iaitu pertama manusia mempunyai keperluan
asas yang sama. Kedua, perkembangan individu bergantung kepada tindak balas terhadap
keperluan-keperluan asas. Ketiga, perkembangan manusia mengikut tahap-tahap yang
tertentu. Keempat, setiap tahap mempunyai konflik dan konflik ini mesti diatasi sebelum
individu dapat berfungsi dengan jayanya pada tahap yang berikutnya. Kelima, kegagalan
mengatasi konflik pada suatu tahap akan menjejaskan perkembangan tahap yang berikutnya.
Konflik dalam setiap tahap di bawah Teori perkembangan Psikososial Erikson
menegaskan terdapat konflik dalam diri manusia mengikut tahap umur dan ianya terbahagi
kepada 8 tahap.
Tahap 1, Asas Kepercayaan lawan Asas Ketidakpercayaan (lahir-18 bulan), bayi
mestilah menjalinkan hubungan kasih sayang serta kepercayaan dengan pengasuh atau
sebaliknya membentuk perasaan tidak percaya. Ini bermakna, jika tidak diberi penjagaan
yang sepatutnya seperti penyusuan, tidak dijaga atau lampin tidak bertukar, ketidakpercayaan
kepada orang lain timbul dalam diri bayi yang akan menimbulkan ketakutan dan
berprasangka.
Tahap 2, Autonomi lawan Malu/Keraguan (18 bulan- 3 tahun), Perkembangan Kanakkanak pada tahap ini tertumpu kepada perkembangan kemahiran fizikal seperti berjalan dan
pelbagai lagi. Rasa percaya kepada keupayaan diri timbul jika berjaya dan menerima
sokongan dan sekiranya gagal mereka akan ragu-ragu terhadap keupayaan diri
Tahap 3, Inisiatif lawan Perasaan Bersalah (3-6 tahun), Kanak-kanak pada tahap ini
akan cuba berdikari melakukan sesuatu dan jika gagal perasaan bersalah akan timbul. Mereka
meneroka persekitaran dan mencuba kemahiran-kemahiran baru, suka bertanya dan meminta
penjelasan dan Rasa bersalah terhadap diri sendiri akan timbul apabila kanak-kanak dihukum
atau tidak diberi peluang semasa mencuba kemahiran.
Tahap 4, Ketekunan lawan Rasa Rendah Diri (6-12 tahun), Kanak-kanak mesti
menghadapi pembelajaran kemahiran baru atau sebaliknya menghadapi risiko perasaan
rendah diri, kegagalan dan tidak cekap. Kemahiran yang diperoleh berkisar di alam
persekolahan. Kanak-kanak yang gagal dalam peringkat ini akan merasa rendah diri dan tiada
keupayaan bukan sahaja terhadap pencapaian akademik tetapi juga dalam hubungan sosial
dengan individu di persekitaran mereka.
Tahap 5, Identiti lawan Kekeliruan Identiti (12-18 tahun), Remaja mesti berjaya
mencari identiti dalam pelbagai aspek seperti pekerjaan, peranan jantina, sosial dan
sabagainya jika tidak perasaan rendah diri akan timbul. Mereka akan meniru identiti orang
lain di persekitaran. Sekiranya gagal, akan timbul kecelaruan identiti, rasa tidak selamat, raguragu dan akan mengalami pelbagai masalah di peringkat seterusnya.

Tahap 6, Keintiman lawan Pengasingan (18-35 tahun), pada tahap ini manusia akan
membentuk keintiman dalam perhubungan menuju ke alam perkahwinan serta membina

kerjaya, sekiranya gagal akan merasa terasing dan tersisih. Individu pada peringkat ini sudah
berupaya menjaga dan melindungi individu lain(suami/isteri dan anak) tanpa hilang identiti
diri.
Tahap 7, Generativiti lawan Pemusatan Kendiri (35-60 tahun), kehidupan berkeluarga
dan kerjaya yang baik dapat memuaskan hati, atau sebaliknya akan membawa kepada
perasaan mementingkan diri serta hanya memusatkan kepada perkembangan atau aktiviti diri.
Mereka yang tidak dapat membentuk keintiman akan rasa terasing dan akan menghindari
perhubungan dengan orang lain.
Tahap 8, Kesepaduan lawan Putus Asa (60 tahunakhir hayat), merupakan kemuncak
perkembangan iaitu berkaitan dengan kejayaan hidup berkeluarga dan karier akan
menimbulkan kepuasan dalam diri. Perkara sebaliknya jika gaga akan membawa kepada
kedukaan dan kekecewaan di hari tua dan berputus asa dengan kehidupanya.

5. Teori Penaakulan Moral Lawrance Kohlberg


Lawrance Kohlberg (1984) membina sesuatu model perkembangan moral berasaskan
penaakulan moral. Mengikut teori perkembangan Kohlberg, seseorang individu biasanya
mengalami 3 tahap perkembangan moral yang utama iaitu Tahap 1 (Moraliti Prakonvensional), Tahap 2 (Moraliti Konvensional) dan).
Tahap 1 Moraliti Pra-konvensional, adalah berkaitan dengan penaakulan moraliti
zaman awal kanak-kanak. Tahap ini terbahagi kepada peringkat pertama dan kedua. Pada
peringkat pertama, penaakulan moraliti kanak-kanak adalah berorientasikan hukuman, ini
bermakna mereka mematuhi peraturan untuk mengelakkan hukuman. Peringkat kedua adalah
berorientasikan ganjaran. Pada peringkat ini kanak-kanak mematuhi Tahap 3 (Moraliti PascaKonvensional peraturan untuk mendapatkan ganjaran dan pertolongan atas dasar
mengharapkan balasan.
Tahap 2 Moraliti Konvensional, adalah berkaitan dengan penaakulan moraliti semasa
zaman kanak-kanak. Pada tahap ini juga terdapat 2 pringkat iaitu peringkat ketiga dan
keempat. Pada peringkat ketiga, penaakulan adalah berorientasikan kanak-kanak baik (good
boy-nice girl orientation), iaitu berdasarkan apa yang dipersetujui atau pandangan orang
terhadap mereka. Pada peringkat keempat, penaakulan adalah berorientasikan aktoriti iaitu
mematuhi sebulat-bulatnya peraturan dan undang-undang masyarakat demi mengelakkan
hukuman atau denda.
Tahap 3 Moraliti Pasca-Konvensional, adalah berkaitan dengan penaakulan moraliti
semasa zaman remaja. Pada tahap ini juga terdapat 2 pringkat iaitu peringkat kelima dan
keenam. Pada peringkat kelima, penaakulan adalah berorientasikan kontrak sosial, pada
peringkat ini remaja sudah memahami sebab mematuhi undang-undang kerana keperluan
ketenteraman sosial dan mengakui peraturan perlu ditukar sekiranya sesuai. Peringkat
keenam, penaakulan adalah berorientasikan prinsip etika universal iaitu lebih kepada individu
dan hati murni. Mematuhi kerana prinsip keadilan dan untuk menjaga imej diri . Mungkin
melanggar peraturan masyarakat jika berkonflik dengan kod etika peribadinya

INSTITUT PERGURUAN TUN ABDUL RAZAK


Progam KPLI Ambilan Khas Jun 2009

Subjek: Ilmu Pendidikan


Disediakan oleh: Stanley Anak Oliver Tinggie
Disediakan Untuk: Pn. Zahanin
Opsyen: Pendidikan Muzik (IRMZ 1609)
Tarikh Hantar: 13 Julai 2009

Anda mungkin juga menyukai