Anda di halaman 1dari 21

Borang Deklarasi

Saya mengaku bahawa kerja khusus ini adalah hasil kerja saya sendiri melalui
sumber-sumber yang saya perolehi daripada bacaan dalam buku kecuali kerja dan
rumusan untuk setiap mereka yang telah saya menyatakan rujukannya.

Yang benar,

............................................
( MOHAMMAD FADZZRUL HUSSIN )
930323115461- PPISMP TESL 3 J11

1.0 Pengenalan
Islam ialah penyaksian bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan
Allah dan Muhammad itu adalah pesuruhNya, penyaksian yang diakui dengan hati
dan disebut dengan lidah serta dibuktikan oleh anggota badan.
Islam adalah agama yang sangat sempurna dan amat sesuai untu dianuti oleh
semua bangsa dan kaum di muka bumi ini. Agama ini mengandungi enam rukun
Iman dan lima rukun Islam serta Ihsan dalam melaksanakan rukun-rukun tersebut. Ia
diturunkan oleh Allah kepada rasulNya Muhammad sebagai penutup bagi semua
risalah ketuhanan. Ia adalah satu agama yang benar.
Allah telah menjadikan Islam sebagai satu agama yang mudah, tidak susah
dan tidak membebankan ke atas penganutmya dengan sesuatu yang di luar
kemampuan dan keupayaan mereka. Ia adalah satu agama yang berasaskan tauhid,
bersimbolkan kebenaran, berpaksikan keadilan dan berteraskan sifat rahmat ke atas
sekelian alam.
Ia adalah agama yang memberi petunjuk kepada sekalian hamba terhadap
semua perkara yang bermanfaat kepada mereka di dalam urusan agama dan dunia,
dan mengingatkan mereka daripada sesuatu yang memudharatkan dalam perkara
agama dan kehidupan. Satu agama yang memperbetulkan akidah, akhlak dan
kehidupan dunia dan akhirat. Agama yang menyatukan hati-hati yang berpecahbelah lalu membersihkannya daripada kebatilan, membawanya kepada kebenaran
dan memberikannya petunjuk kepada jalan yang lurus.
Islamlah agama yang sebenarnya , segala yang disampaikan adalah benar,
tidak menghukum melainkan dengan kebaikan dan keadialan yang berperinsipkan
kepercayaan yang sahih, amalan yang benar, akhlak yang mulia dan adab yang
terpuji.

2.0 Pengertian dan konsep syahadah


Syahadah daripada segi bahasa adalah penyaksian. Syahadah dari segi
istilah adalah adalah satu pengakuan dan penjelasan ikrar daripada seorang hamba
untuk bertuhankan Allah dan bernaqibkan Nabi Muhammad SAW. Ia adalah garis
pemisah antara yang batil dan yang hak.
Syahadah ( )dalam bahasa Arab bermakna perkhabaran tentang apa yang
telah dilihat dan pengakuan tentang perkara yang telah diketahui.
Dari segi penggunaannya dalam bahasa Arab, perkataan syahadah juga boleh
digunakan untuk sijil atau apa-apa sahaja surat yang mengandungi keteranganketerangan dan akuan. Perkataan 'Syahadah' juga mengandungi maksud: ikrar dan
pengakuan serta keyakinan.
Syahadah kepada Allah SWT:
Syahadah ini bermaksud mentauhidkan Allah dengan tauhid Rububiyyah, tauhid
Uluhiyyah, tauhid al Asma,as Sifah wa al Af al serta tidak menghadapkan sembahan
kepada sesuatu yang lain selain Allah SWT.
Syahadah kepada Rasul SAW:
Syahadah ini bermaksud ikrar dan tasdiq dengan segala syariat yang dibawa oleh
Nabi atau Rasulullah SAW dan segala pemberitahuan mengenai perkara ghaib
semuanya datang daripada Allah serta menerima semua akhlak dan sifat kerasulan
seperti siddiq, amanah, tabligh dan fatanah.
Seperti mana yang kita ketahui, tugas Rasulullah SAW adalah untuk
memberitahu kepada manusia bahawa Allah adalah penciptanya yang layak
disembah dan Dialah yang meletakkan manusia ke jalan yang lurus.
Manusia tidak dapat mengetahui perkara-perkara ghaib mengenai Pencipta
dan Sirat al-Mustaqim dengan menggunakan kudrat dan akalnya yang lemah dan
terhad. Manusia sering kali melakukan kesilapan. Oleh itu pengutusan para rasul
menunjukkan kebijaksanaanNya dan merupakan rahmat yang paling besar untuk
umat manusia.
2

Firman Allah SWT:


Ertinya:
Dan mereka tidak menghormati Allah dengan penghormatan yang sewajarnya ketika
mana mereka berkata: Allah tidak menurunkan sesuatu pun untuk manusia.
( Surah al-Anam: 91)

Syed Qutb menjelaskan:


Sesungguhnya ciri pertama yang membezakan tabiat (masyarakat Islam) ialah
masyarakat yang tegak di atas dasar mengabdikan diri hanya kepada Allah di dalam
semua perkara dan semua urusan perhambaan ini dilambang dan dibentuk oleh
syahadah,(sesungguhnya tidak ada tuhan yang disembah melainkan Allah dan
sesungguhya Muhammad SAW itu pesuruh Allah).
Syahadah merupakan rukun yang pertama dari dasar Islam, bahkan rukun
yang lain tidak akan tegak sekiranya syahadah ini tidak berdiri dengan sempurna.
Seluruh anggota tubuh manusia yang hidup tidak akan berfungsi sekiranya
nyawanya tidak ada.
Begitu juga kalimah syahadah yang merupakan roh setiap aspek ajaran
Islam. Setiap amal atau ibadah seseorang Muslim yang bukan kerana Allah ibarat
menanam benih yang mati. Oleh sebab itu setiap amal kebajikan orang-orang kafir
dianggap tidak ada harga di sisi Allah.
Dr.Abdul Karim Zaidan menjelaskan bahawa:
al-syahadah bererti pengakuan, pemberitahuan dan keterangan(penyataan).
Sebab itulah orang yang menyaksikan sesuatu peristiwa itu dinamakan saksi, kerana
dia memberitahu apa yang diketahuinya, baik dengan secara perkataan mahupun
dalam bentuk perbuatan.

Ustaz Sulaiman Yasin menyatakan:


Syahadah ialah lafaz yang khusus yang diucapkan oleh seseorang untuk
mengkhabarkan apa yang berlaku dalam diri seseorang tentang ilmu atau keyakinan
akan mewujudkan zat Allah, ketunggalan dan keesaan Allah, juga tentang kebenaran
rasul dan kebenaran tentang apa yang disampaikan.
Kalimah syahadah juga mengandungi pengertian persetujuan dan keyakinan.
Kerana itu setiap orang yang mengakui tentu yakin akan kebenaran tentang apa
yang mereka akui di dalam hatinya. Sekiranya akuan lidahnya bertentangan dengan
apa yang diakui oleh hatinya maka pengakuan yang demikian dinamakan sebagai
pengakuan yang dusta kepada Allah.

Allah SWT berfirman:


Ertinya:
Apabila orang-orang Munafik datang kepada mu (wahai Muhammad), mereka
berkata: Kami mengakui bahawa sesungguhya engkau, sebenarnya Rasulullah.
Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau sebenar-benarya Rasulullah.
Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau sebenarya ialah Rasulnya,
serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhya pengakuan mereka adalah dusta.
Syahadah amat penting dalam kehidupan manusia. Segala undang-undang
yang Allah gubal dan berkaitan dengan balasan dan hukuman kepada amalan dan
kesalahan manusia sebenarnya berlandaskan dan berteraskan kepada syahadah ini.
Syahadah ini wujud dalam dua bentuk iaitu dalam bentuk perkataan dan
perbuatan. Kita saling menjelaskan .kepada seluruh umat manusia tentang
kebenaran yang telah disampaikan kepada kita melalui perantaraan para nabi dan
para rasul. Syahadah boleh disampaikan dengan menggunakan lisan dan pena seta
sebaran menggunakan media cetak atau teknologi.

Ajaran dan pedoman agama ini adalah bertujuan mengajar manusia seluruh
sistem hidup ini yang terdiri daripada akidah, prinsip, akhlak, tamadun, kehidupan
bermasyarakat termasuk semua undang-undang dan langkah-langkah berbentuk
amali dalam aspek ekonomi, urusniaga, kehakiman, dasar am, pentadbiran dan
semua perkara yang membabitkan masalah yang dihadapi oleh manusia dalam
kehidupan mereka.
Di samping itu, kita sebagai umat Muhammad hendaklah mengkritik segala
teori dan ideologi yang bercanggah dengan kebenaran ini dengan kritikan yang jujur
berlandaskan teori-teori ilmu dan kajian agar tidak timbul sebarang keraguan dan
segala kebenaran akan jelas terpampang.
Dengan syahadah seseorang muslim itu menyakini bahawa tidak ada sesiapa
pun yang mampu memberi perlindungan selain daripada Allah. Segala perlindungan
yang diberikan oleh mana jua makhluk adalah bersifat sementara dan bergantung
kepada keizinan-nya. Allah bebas menarik keizinan-Nya pada bila-bila ketika yang
dikendakiNya.

Allah SWT berfirman:


Ertinya:
Katakanlah: Aku berlindung pada Rabb manusia, Raja manusia, Ilah manusia.
( Surah An-Nas: 1-3 )
Syahadah dalam bentuk perbuatan pula bermaksud kehidupan seharian kita
mestilah menjadi cermin yang membiaskan dasar dan prinsip yang kita yakini dan
kita laungkan.
Ia membentuk diri manusia di dunia dan di akhirat, kerana tertakluk di bawah
syahadah itu iman dan Islam. Iman membentuk diri manusia dalam perkara-perkara
batin, iaitu mempercayai Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul, hari
akhirat dan takdir.
5

Iman membentuk diri manusia agar bersifat sabar, mengasihi saudara


seagama sebagaimana mengasihi diri sendiri, bercakap perkara kebajikan,
memuliakan tetamu, menghubungkan silaturahim, tidak menyakiti jiran tetangga dan
sebagainya. Semua perkara tersebut timbul daripada keimanan yang dibentuk oleh
aqidah.
Islam membentuk diri manusia dalam perkara-perkara zahir, iaitu mengucap
dua

kalimah

syahadah,

sembahyang,

berpuasa,

mengeluarkan

zakat

dan

mengerjakan haji ke Baitullah. Oleh sebab itu dalam aqidah Islam, iman dan Islam
tidak boleh dipisahkan kerana kedua-duanya tertakluk di bawah aqidah yang
membentuk diri manusia di dunia dan akhirat.
Seandainya seseorang itu tidak mempercayai perkara-perkara batin tersebut
iaitu rukun iman, dan tidak melaksanakan perkara-perkara zahir sebagaimana yang
dinyatakan sebagai rukun Islam adalah bermakna hidup mereka tidak berakidah dan
mereka itu termasuk dalam golongan orang yang tidak beriman dan tidak Islam.
Hidup mereka itu tidak berakidah dan tidak bertauhid.

Allah SWT berfirman:


Ertinya:
Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah
cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redai agama Islam itu menjadi
agama kamu.

( Surah al-Maidah: 3 )

2.5 Rukun syahadah


Rukun syahadah yang pertama adalah menetapkan zat Allah, iaitu ikrar akan
keesaan Allah dan Muhammad itu pesuruhNya.
Rukun yang kedua adalah Iktikad iaitu mempercayai atau menyakini bahawa
hanya Allah yang esa yang berhak disembah dan Nabi Muhammad itu utusannya
yang menyampaikan wahyu daripada Allah. Rukun yang ketiga adalah iktiraf iaitu
mengakui kebenaran keesaan Allah dan mengakui akan kebenaran kerasulan Nabi
Muhammad s.a.w.
Manakala rukun yang keempat adalah beramal dengan bersungguh-sungguh
sebagai memenuhi akan tuntutan syahadah tanpa ragu-ragu, jemu, malas dan
menunjuk-nunjuk. Amal dengan penuh ikhlas terhadap Allah taala.
Setiap muslim mesti mewujudkan syahadah ini, sehingga tidak dikatakan
syahadah seseorang terhadap kerasulannya sempurna manakala dia sekadar
mengucapkannya dengan lisan namun meninggalkan apa yang diperintahkanNya
dan melanggar laranganNya serta taat kepada selainnya atau beribadah kepada
Allah tidak berdasarkan ajarannya.

Rasulullah sallallahualaihi wa sallam bersabda:


Ertinya:
Siapa yang taat kepadaku maka dia dia telah taat kepada Allah dan siapa yang
derhaka kepadaku maka dia telah derhaka kepada Allah.
(Riwayat Bukhari)

3.0 Perkara-perkara yang boleh merosakkan akidah


Sesiapa yang bercakap ataupun melakukan perkara-perkara yang
menunjukkan keingkarannya pada ikrar syahadah, maka syahadahnya terbatal.
Mereka juga terkeluar daripada Islam. Apabila ini terjadi, kerajaan Islam
berkewajipan melaksanakan hukuman murtad kepadanya.
Bermula daripada suruhan bertaubat sehinggalah dijatuhkan hukuman bunuh
sekiranya dia tidak mahu bertaubat. Tempatnya di dalam neraka sekiranya dia mati
dalam keadaan tidak bertaubat. Perkara-perkara yang boleh membatalkan syahadah
adalah bertawakal dan bergantung kepada yang lain.
Kita diperintahkan supaya bergantung Allah. Kita juga disuruh mengubati
penyakit dan kerana Allah yang menyembuhkan penyakit. Kita dimestikan mencari
sebab dan melakukanya sekali gus bertawakal. Adalah salah sekiranya kita tidak
berusaha dan tidak bertawakal kepada Allah. Sebagaimana juga orang yang
bertawakal dengan tidak berusaha adalah salah.
Selain itu, perkara yang boleh membatalkan syahadah adalah memberi hak
secara mutlak kepada yang lain selain daripada Allah daripada segi mengadakan
hukum syarak.
Terdapat nas-nas yang jelas dan terang di dalam al-Quran, sunnah dan ijmak.
Nas-nas itu berkaitan dengan perkara-perkara yang menyuruh kebaikan, melarang
keburukan, halal dan haram. Ia mewajibkan kita percaya dengan berpandukan
hukum-hukum dan undang-undang Allah dan juga membatalkan segala yang lain.
Allah SWT berfirman:
Ertinya:
Kemudian Kami jadikan kamu atas satu syariat, peraturan berkenaan urusan
itu(agama). Maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orangorang yang tidak mengetahui.
( Surah al-Jathiyah: 18 )
8

Perkara yang boleh membatalkan syahadah juga adalah menghalalkan yang


haram dan mengharamkan yang dihalalkan oleh Allah. Ini adalah kerana meminda
dan menyanggah hukum Allah.
Oleh itu, janganlah terlalu gopoh dalam menyatakan hukum sehingga
menghalalkan apa yang haram dan sebaliknya. Apabila sudah nyata hukum Allah
dan rasulnya dengan jelas, barulah boleh menghukumnya.
Bukan itu sahaja, tidak beriman dengan nas-nas al-Quran dan sunnah juga
membatalkan ikrar dua kalimah syahadah.

Nabi Muhammad pernah berkata:


Maksudnya:
Saya tinggalkan kepada saudara dua perkara. Saudara tidak akan sesat selagi
saudara berpegang dengan kedua-duanya, Kitab Allah dan sunnah nabinya.
Sesiapa yang berpegang sebahagian manusia dibolehkan tidak mengikut
syariat Nabi Muhammad, dia menjadi kafir. Berpaling secara keseluruhan daripada
agama Allah ataupun daripada perkara-perkara yang menjadi syarat mutlak kepada
sahnya Islam, tanpa mempelajarinya ataupun beramal denganya.
Tidak ada beza dalam perkara-perkara yang membatalkan Islam daripada
segi hukumnya sama ada sekadar bermain-main ataupun bersungguh-sungguh,
sengaja melanggar ataupun kerana takut kecuali kerana dipaksa.

Allah SWT berfirman:


Dan orang-orang yang kafir berpaling daripada apa yang diperingatkan kepada
mereka.
( Surah al-Mukminun:71 )

Perkara-perkara yang merosakkan akidah pelajar, remaja dan orang dewasa


Umat Islam dinegara ini tidak putus-putus dihimpit dengan pelbagai anasir
yang boleh menggugat keyakinan dan keimanan mereka. Jika tidak suburkan
dengan iman dan taqwa, mereka akan hanyut dibuai arus kemodenan hidup yang
semakin mencengkam.
Belum lagi selesai masalah sosial yang begitu kronik yang boleh merosakkan
akidah umat Islam kini seperti pergaulan bebas, sumbang mahram, perzinaan, ragut,
bunuh, dera, rasuah, hiburan, fesyen dan pelbagai lagi masalah lain yang
menyesakkan nafas, kita dihimpit pula dengan masalah lain iaitu semakin
bercambah dan berkembang biaknya ajaran sesat di negara ini.
Antara perkara yang boleh merosakkan akidah remaja Islam adalah gejala
Black Mental. Gejala ini mula menular dan merosakkan akhlak dan akidah generasi
muda dan remaja. Terdapat beberapa kes tangkapan yang dilakukan oleh pihak
berkuasa berkaitan dengan golongan remaja yang terbabit dengan fahaman dan
gejala Black Metal yang boleh meruntuhkan akidah dan tamadun bangsa Melayu.
Fahaman Black Metal ini dikatakan mempunyai unsur seperti antisosial, anti
Tuhan, antiagama serta mengajar fahaman ke arah pemberontakan, kebebasan
yang melampau yang boleh merosakkan kehidupan dan keharmonian masyarakat di
negara ini.
Dari hasil tangkapan pihak berkuasa, sebilangan mereka yang terlibat adalah
pelajar sekolah, kalangan remaja yang tidak boleh membaca Al-Fatihah dan
mengucap dua kalimah Syahadah.
Pengaruh Black Metal ialah antara alternatif atau jalan keluar yang mereka
anggap sebagi ruang untuk mengeluarkan diri mereka daripada norma biasa
kehidupan manusia.
Amalan gaya hidup dengan seks bebas, meminum darah, menghalalkan arak
dan paling tragis sanggup mengoyak, memijak dan membakar Al-Quran merupakan
perbuatan paling hina dalam Islam.
10

Di Barat, tindakan berani pengikut fahaman ini membakar gereja, kitab suci
dan rumah ibadat, malah sanggup membunuh rakan sendiri sebagai tanda kesetiaan
kepada ajaran itu. Mesej utama ajaran ini jelas iaitu pemujaan dan amalan sihir.
Anggota kumpulan menyapu muka dengan warna putih dan menghitamkan
bahagian mata dan mulut dengan memakai aksesori tajam di leher, di lengan,
membawa tengkorak binatang dan lilin sebelum persembahan dimulakan.
Mereka juga mengucapkan mantera atau ungkapan-ungkapan tertentu
seperti mantera pemujaan untuk menaikkan semangat mereka yang hadir di
samping untuk menghayati irama dan juga lirik lagu yang didendangkan.
Persembahan muzik Black Metal di luar negara disertai dengan upacara membakar
kitab Injil di samping menyimbah air berwarna merah.
Perkara yang boleh merosakkan akidah orang dewasa adalah seperti
menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifatnya dan afal. Mereka tidak
percaya kepada Allah dan menolak ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw.
Selain itu, perkara yang sering dilakukan oleh remaja dan orang dewasa
adalah mempercayai tangkal. Tangkal wujud dalam pelbagai bentuk. Ada yang
menggunakan benang, tulang, kayu dan sebagainya. Ada yang diletakkan di pintu
rumah, meletak gunting bawah bantal, digantung di leher, meletak surah yasin di
sebelah ketika tidur dan sebagainya. Bukan itu sahaja, perkara lain yang boleh
merosakkan akidah remaja dan orang dewasa adalah meniru amalan orang bukan
Islam.
Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam bersabda:
Ertinya:
Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian
daripada mereka.
[ HR. Ahmad dan Abu Daud. Syaikh Al Albani mengatakan hadis ini sahih Irwaul
Gholil no. 1269]

11

Ini termasuklah merayakan sambutan atau budaya orang bukan Islam seperti
Krisma, Hallowen. Termasuk juga meniru pakaian yang menjadi ciri khusus orang
kafir, dan ciri khusus ajaran sesat seperti black metal, skinhead dan lain-lain. Apa
sahaja yang melambangkan orang kafir atau golongan fasiq hendaklah dijauhi.
4.0 Perbincangan dan konsep tentang ibadah umum dan ibadah khusus
Ibadah dalam Islam adalah merupakan kemuncak dari perasaan tunduk dan
patuh kepada Allah dan klimak dari perasaan yang merasakan kebesaran Allah
sebagai tempat pengabdian diri. Ibadah juga merupakan tangga penyambung antara
akhlak dan penciptanya.
Dari segi bahasa ibadah bererti merendah diri, tunduk, patuh dan taat. Dari
segi syara ibadah diertikan sebagai taat, tunduk patuh dan merendah diri
sepenuhnya kepada Allah.
Sheikh Ibn. Taimiyah pula menyatakan, Ibadah asal maknanya kehinaan,
tetapi ibadah yang diperintah Allah atau yang disyariatkan ke atas manusia
merangkumi makna kehinaan dan kecintaan bersama iaitu kemuncak kehinaan diri
seseorang bila berhadapan dengan Allah dan kemuncak kecintaannya kepadanya.
Al-Tabari pula, menjelaskan maksud ibadah iaitu khusu kepadanya, merendah
diri dan tetap hati kepadanya. Sebagai kesimpulan ibadah bermaksud merangkumi
segala perkara yang disukai Allah dan diredhaiNya, sama ada keyakinan, sikap,
perkataan, amal perbuatan, zahir atau batin. Dalam kata lain ibadah ialah segala
aktiviti manusia yang zahir dan batin dalam mengerjakan sesuatu perkara atau
meninggalkannya semata-mata dengan niat mencari keredhaan Allah.
Ibadah khusus merupakan sekumpulan perintah yang wajib dilakukan
sebagaimana yang terkandung dalam rukum Islam. Ianya bersifat taufiqiyyah, iaitu
dilaksanakan menurut garis-garis yang ditunjukkan oleh Rasulullah sallallahu alaihi
wasallam dan berhenti setakat sempadan yang telah ditentukan oleh syara dan
sebagaimana yang dilakukan sendiri oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam tanpa
boleh ditambah atau dikurangkan atau membuat sebarang perubahan terhadapnya.
12

Ibadah umum pula adalah segala perkara atau amalan selain daripada
kumpulan ibadah khusus di atas yang dilakukan semata-mata untuk mencari
keredhaan Allah. Ini termasuklah seluruh perbuatan manusia dalam kehidupan
sehariannya.
4.1 Jenis ibadah umum dan ibadah khusus
Ibadah khusus ada banyak jenis. Ada ibadah khusus yang berkaitan dengan
waktu-waktu khusus seperti solat fardhu. Ada yang berkaitan dengan kekhususan
tempat dan waktu seperti menunaikan haji. Ada berkaian dengan kekhususan tempat
seperti solat tahiyyatul masjid.
Adapun ibadah-ibadah yang tidak tercakup dengan pengkhususan di atas,
maka ianya bersifat mutlak (boleh diamalkan), selama tidak ada dalil-dalil yang
mengharamkannya untuk dilaksanakan pada tempat-tempat tertentu, atau pada
masa-masa tertentu, atau pada individu-individu tertentu (dengan sebab ada
mani/halangan). Ini disebut dengan ibadah umum.
Di antara ibadah umum adalah misalnya solat sunat mutlak dan puasa sunat
mutlak. Selama tidak ada dalil yang mengharamkan perlaksanaannya sebagaimana
adanya alasan tempat, waktu dan individu, maka ianya sunat dilakukan.
Contoh haramnya sesuatu ibadah sunat yang mutlak karena bertemu dengan
dalil pengharaman sehubungan dengan alasan waktu adalah misalnya, haram puasa
sunat pada hari Raya.
Adapun dzikir adalah termasuk ibadah umum yang boleh dilakukan di mana
sahaja, dalam bentuk apa sahaja, selama bentuk-bentuk dan cara perlaksanaannya
tidak ada nash yang mengharamkannya.
Jika bertemu adanya nash yang mengharamkannya, misalnya ada dalil yang
melarang mengucap dzikir dengan lisan di dalam tandas (WC), maka ia haram
mengucapkannya selama berada di dalamnya. Selain itu, selama ada dalil umum
yang memayungi keharusan ibadah sunat tersebut, dan tiada pula dalil
pengharaman

bentuk

dan

cara

perlaksanaannya,

mengamalkannya.
13

maka

ianya

dibenarkan

4.2 Contoh ibadah umum dan ibadah khusus


Ibadah khusus ialah semua amalan khusus yang disyariatkan oleh Allah swt,
samada fardhu atau sunat seperti solat, puasa, zakat, haji, doa, zikir, membaca AlQuran, berdakwah, berjihad dan seumpamanya.
Amalan kebaikan itu sama ada berbentuk fardhu ain, fardhu kifayah atau
sunat seperti tolong-menolong, bekerjasama, bertimbang rasa, bekerja mencari
nafkah, membangun serta memajukan negara, dan sebagainya. Contoh-contoh
ibadah umum adalah seperti berikut:
Ibadah-ibadah fardhu ini pula terbahagi kepada ibadah fardhu ain dan fardhu
kifayah. Ibadah fardhu ain ialah ibadah yang wajib dilakukan oleh setiap mukallaf,
sekiranya ibadah tersebut dilakukan, maka si pelaku akan beroleh pahala,
sebaliknya jika ianya ditinggalkan, maka si pelakunya akan mendapat dosa.
Contoh ibadah fardhu ain ialah melaksanakan solat lima waktu, berpuasa di
bulan Ramadhan, menunaikan zakat dan haji sekiranya mampu dan sebagainya lagi
seperti yang dinyatakan di dalam al-Quran dan al-Hadis.
Ibadah fardhu kifayah adalah ibadah ini ialah sesuatu amalan yang wajib
dilakukan oleh sebahagian daripada anggota sesuatu masyarakat Islam, demi untuk
kemaslahatan umat Islam. Seandainya semua orang Islam di daiam komuniti
tersebut tidak melakukannya, maka semua orang Islam di kawasan tersebut dikira
berdosa, sebaliknya, jika terdapat beberapa individu Muslim melaksanakannya,
maka ia akakan menyelamatkan seluruh orang Islam di komuniti tersebut daripada
dosa.
Contoh ibadah fardhu kifayah ialah menguruskan jenazah, daripada
memandikan sehinggalah kepada menyemadikan jenazah tersebut ke dalam liang
lahad. Contoh yang lain pula ialah mempelajari dan mengamalkan bidang-bidang
profesional yang mendatangkan manfaat kepada umat Islam seperti ilmu perubatan,
kejuruteraan, pengurusan perniagaan dan lain-lain lagi.

14

Ibadat sunat muakkad ialah ibadat yang sangat-sangat digalakkan dan


tarafnya hampir menyerupai ibadah yang fardhu. Contoh ibadah sunat muakkad
ialah solat sunat fajar dan juga bersugi sebelum solat.

Rasulullah s.a.w telah bersabda:


Ertinya:
Kalaulah tidak menjadi kesulitan kepada umatku, nescaya aku akan memfardhukan
mereka dengan bersugi sebelum solat.
(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Ibadat sunat yang kedua ialah sunat ghayr muakkad atau sunat tidak
muakkad. Ibadat sunat ini juga digalakkan dalam Islam, tetapi tuntutannya tidaklah
seberat sunat ghayr muakkad.
Contohnya ialah seperti sembahyang sunat rawatib yang lain, puasa pada hari
Isnin dan Khamis, bersedekah, beriktikaf di masjid dan lain-lain lagi seperti yang
telah dinyatakan dengan terperinci dalam al Quran dan al-Hadis.

Allah berfirman:
Ertinya:
Dan hendaklah kamu beribadah kepada Allah da janganlah kamu sekutukan Dia
dengan sesuatu apa pun.

( Surah An-Nisa 4: 36 )

15

5.0 Kesimpulan
Akidah amat penting dalam kehidupan seharian manusia terutamanya bagi
seorang muslim yang ingin mencari ketenangan dan kedamaian yang sebenar di
dalam hati mereka kerana dengan hanya mentauhidkan Allah dan mengikut segala
sunnah Nabi Muhammad s.a.w maka hati dapat mencari erti ketenangan yang sejati.
Sebagai seorang hamba yang telah dilahirkan dengan sifat kemusliman dan
keimanan kepada Allah maka kita hendaklah menjaga keimanan dan akidah ini
dengan sebaik mungkin kerana ia adalah anugerah yang tidak ternilai oleh Pencipta
kepada seorang hamba. Anugerah ini tidak dapat ditukar ganti dengan apa-apapun
dan tidak dapat dibeli dengan wang ringgit dan harta.
Kita hendaklah sentiasa memohon pertolongan dan perlindungan daripada
Allah agar akidah yang diberikanNya ini akan terus berkekalan sehingga ke akhir
hayat. Selain itu, kita hendaklah sentiasa melakukan ibadah dengan istiqomah
kepada Allah agar akidah yang kita miliki ini akan terus subur dan mekar dalam diri
kita ini.
Banyakkanlah melakukan ibadah dan berzikir sebagai tanda bersyukur di atas
pemberian yang tidak ternilai ini kerana dengan kalimah syahadah ini kita dapat
mengecapi kebahagiaan dan kedamaian ketika kita menghadap Pencipta pada suatu
hari kelak.

16

6.0 Refleksi
Kerja khusus ini memberi saya banyak kebaikan dan manfaat kerana saya
dapat mengetahui dengan lebih mendalam lagi tentang konsep syahadah dan
kebaikannya dalam kehidupan seorang muslim.
Saya dan rakan-rakan saling bekerjasama dalam menyiapkan kerja khusus ini
dan kami juga saling bertukar pendapat tentang konsep syahadah ini kerana dengan
melakukan aktiviti perbincangan dalam kumpulan maka kami semua juga mendapat
maklumat-maklumat yang baru dan bernas.
Jika sebelum ini saya kurang memberi perhatian kepada konsep syahadah
kerana saya menganggap bahawa ia tidak penting tetapi setelah saya menyiapkan
kerja khusus ini, saya menyedari bahawa konsep syahadah ini mempunyai pelbagai
manfaat ke atas manusia jika mereka bersungguh-sungguh mempelajarinya dan
mengamalkannya dalam kehidupan seharian mereka.
Konsep syahadah ini juga dapat membantu saya untuk lebih menganali siapa
Allah yang sebenarnya kerana ia mengajar kita bagaimana cara untuk mentauhidkan
Allah dan mengikut segala ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad dengan cara
yang berhemah dan teratur.
Sebagai manusia yang lemah dan hina, kita tidak boleh lari daripada
melakukan kesilapan dan kita juga mempunyai banyak kelemaha. Antara kelemahan
yang saya hadapi adalah tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk menyiapkan
kerja khusus ini. Ini kerana adalah kelemahan saya sendiri dan saya akan berusaha
untuk membaiki segala kelemahan saya ke arah yang lebih baik lagi.
Selain itu, bahan rujukan yang terhad juga melambatkan proses saya untuk
menyiapkan kerja khusus ini dengan keadaan yang baik dan kemas. Bahan rujukan
yang digunakan juga menggunakan bahasa Melayu lama dan ini memerlukan masa
untuk memahami dan mendalami apa yang ingin dikatakan dalam buku tersebut.
Akhirnya, kerja khusus ini dapat membantu saya untuk mengetahui dengan
lebih tepat lagi tentang konsep syahadah yang sebanarnya dan saya berharap agar
saya dapat menjadi seorang muslim yang sejati.
17

7.0 Rujukan
Abdul Hadi Awang.( 2007 ). Inilah Akidah Muslim. Batu Caves: Pts Publications &
Distributors SDN. BHD.

Ab.Latif Muda & Dr. Rosmawati Ali.( 2007 ). Perbahasan Akidah Islam. Kuala
Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Asy-Syaikh al-Faqih Muhammad & Syaikh Abdus Salam.( 2009 ). Akidah Muslim
Dalam Tinjuan Al-Quran dan As-Sunnah. Indonesia: Maktabah Daar ElSalam.

Al Ustaz Ismail Hj.Ali.( 1996 ). Risalah Tauhid. Johor Baharu: Perniagaan Jahabersa.

DatoIsmail Kamus & Mohd Azrul Azlen Ab.Hamid.( 2009 ). Indahnya Hidup
Bersyariat. Puchong: Telaga Biru SDN. BHD.

Sheikh Daud Abdullah al-Fathoni.( 2005 ). Munyatul Musolli. Kota Bharu: Jabal
Maraqy Enterprise.

Syed Qutb.( 1986 ). Petunjuk sepanjang zaman. Kuala Lumpur: Penerbitan Pena
SDN. BHD.

Ustaz Azhar Idrus.( 2011 ). Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan
Permasalahan Semasa. Batu Caves: PTS ISLAMIKA SDN. BHD.
18

LAMPIRAN

19
ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan

2.0 Pengertian dan Konsep Syahadah

2.5 Rukun Syahadah

3.0 Perkara- Perkara Yang Boleh Merosakkan Akidah

4.0 Perbincangan dan Konsep Tentang Ibadah Umum dan


Ibadah Khusus

12

4.1 Jenis Ibadah Umun dan Ibadah Khusus

13

4.2 Contoh Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

14

5.0 Kesimpulan

16

6.0 Refleksi

17

7.0 Rujukan

18

8.0 Lampiran

19

Anda mungkin juga menyukai