Anda di halaman 1dari 6

Kemahiran abad ke-21 dan cabaran guru dalam

abad ke-21
Profesion perguruan yang bertanggungjawab dalam melaksanakan dasar serta sistem
pendidikan perlu berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Negara (FPN). FPN itu
sendiri iaitu suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh yang demikian, rumusan
dapat dibuat, bahawa yang dimaksudkan dengan kemahiran adab ke-21 (21st Century
Skill) ini telahpun disimpulkan di dalam bait-bait falsafah pendidikan itu sendiri.

Kemahiran abad ke-21 ini adalah kemahiran-kemahiran yang meliputi kemahiran


berkomunikasi, kemahiran 3M (membaca, mengira dan menulis), kemahiran sains dan
teknologi, kemahiran interpersonal dan intrapersonal dan sebagainya. Bagi mencapai
hasrat negara untuk membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran abad-21,
seseorang guru perlu menguasai pelbagai bidang, mengikuti perkembangan tentang
dasar dan isu pendidikan, mahir dalam pedagogi (pengajaran dan pembelajaran),
menggunakan teknologi terkini dan menerapkan nilai-nilai murni bagi tujuan
pembentukkan akhlak dan sahsiah yang baik.

Memandangkan guru adalah agen perubahan maka profesion perguruan tidak terkecuali
daripada terlibat dengan perubahan akibat daripada internationalisme dan globalisasi.
Rentetan daripada perubahan tersebut terdapat beberapa cabaran yang perlu ditangani
antaranya cabaran dalam bilik darjah bila mana para pelajar perlu diperkembangkan
potensinya.

Seterusnya cabaran di sekolah seperti masalah sosial dan disiplin yang berleluasa yang
berpunca daripada ledakan maklumat dan ilmu yang berbentuk global. Tidak kurang juga
dengan cabaran yang datang daripada bilangan pelajar yang semakin meningkat hingga
wujud kelas terapung. Hal yang sama juga perlu ditelusi bila mana terdapat sekolah yang
masih tidak lengkap dari aspek kemudahan yang diperlukan dalam membantu
melancarkan lagi proses pembelajaran dan pengajaran berlaku. Bukan itu sahaja, malah
pengurusan dan pentadbiran sekolah yang berasaskan teknologi memerlukan guru yang
mahir IT dan peka dengan perkembangan terkini.

Cabaran dalam sistem pendidikan perlu diambil kira. Sejajar dengan matlamat negara
untuk melahirkan modal insan kelas pertama dan tahap pendidikan yang bertaraf dunia

kurikulum terus mengalami perubahan dari masa ke semasa. Cabaran dalam


masyarakat pula melihat kepada perspektif masyarakat yang menganggap guru sebagai
sumber maklumat, berpegetahuan, kemahiran dan ketrampilan, sumber kebudayaan dan
ilmu, sumber pemupukan kerpercayaan dan sistem nilai dan sebagainya. Hal ini
merupakan cabaran yang menuntut guru perlu sentiasa bijak dalam memperkayakan
ilmu di dada disamping memenuhi tuntutan Wawasan 2020.

http://edutecnovasipdd.blogspot.com/2013/01/kemahiran-abad-ke-21-dancabaran-guru.html
http://www.slideshare.net/ammart852/cabaran-guru-12
http://www.slideshare.net/mohammadhazimhamdan/assignment-edu-2
http://www.academia.edu/6380185/Cabarancabaran_yang_dihadapi_oleh_guru_dalam_profesion_dan_langkahlangkah_untuk_mengatasinya

Guru dan cabaran semasa


Oleh DR. AMINUDIN MANSOR

DENGAN memperkasakan peranan guru akan melahirkan modal insan


berkualiti. Itulah adalah antara tujuan terpenting dalam usaha memberikan
insentif kepada bidang pendidikan di negara ini.
Oleh itu, dalam melahirkan modal insan peranan kerajaan dan guru adalah
menjadi tonggak utama ke arah kejayaannya.
Dalam era globalisasi guru perlu menghadapi cabaran semasa dalam proses
pendidikan antaranya berkaitan integrasi nasional, pendemokrasian
pendidikan, tonggak pendidikan, globalisasi dalam pendidikan, kepelbagaian
budaya, pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi serta
gejala sosial dalam kalangan pelajar merupakan antara cabaran terbesar yang
dilalui dan diuruskan oleh pihak guru.
Justeru, kerajaan tidak mengambil mudah dan memandang ringan usaha
memperkasa peranan guru dengan memberikan latihan, kursus, ceramah dan
juga motivasi supaya dapat memberikan kesan kepada pelajar melalui
pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah.
Usaha mentransformasikan profesion keguruan menjadi profesion pilihan
sedang dilaksanakan dengan mengetatkan syarat kemasukan guru mulai 2013
supaya terdiri daripada kalangan graduan 30 peratus teratas.

Kajian pada 2011 menunjukkan bahawa Malaysia disenaraikan di tempat ke11 oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai negara paling menarik dari segi
perkhidmatan pendidikan.
Seterusnya, kajian itu juga mendapati kira-kira 90,000 pelajar daripada 130
negara yang sedang menyambung pengajian di negara ini. Sebahagian besar
pelajar asing ini berasal dari China, Indonesia, Iran dan Nigeria. Ini
membuktikan Malaysia tempat paling menarik dan sesuai untuk
menyambung pengajian di peringkat tinggi.
Bagi memperkasa pendidikan negara, Melalui Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 sebanyak RM500 juta peruntukan
diluluskan meliputi program meningkatkan kemahiran guru Bahasa
Kebangsaan, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains dan penubuhan
Education Delivery Unit (EDU).
Sebagai guru pemahaman terhadap hasrat dan tujuan PPPM sangat penting
bagi merealisasikan dan mewujudkan kecemerlangan dalam sistem
pendidikan negara.
Ibu bapa meletakkan harapan tinggi dan majikan menyuarakan kebimbangan
atas keupayaan sistem pendidikan melengkapkan generasi muda dengan
persediaan secukupnya bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Menyedari
hakikat bahawa sistem pendidikan adalah kompleks dan rencam, tempoh
yang panjang diperlukan untuk melihat impak transformasi yang dilaksanakan.
Ini juga memastikan setiap murid dan pelajar menguasai kemahiran dalam
Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dan digalakkan mempelajari bahasa
tambahan. Di samping itu mentransformasikan profesion keguruan menjadi
profesion pilihan. Ini antara dua daripada 11 anjakan untuk transformasi
sistem.
Kejayaan dan kecemerlangan murid dan pelajar banyak bergantung pada
kehebatan P&P guru di dalam kelas. Jika guru dapat menyampaikan isi
pengajaran dengan baik dan berkesan murid dan pelajar mudah
memahaminya serta dapat menjawab soalan dalam peperiksaan dengan
cemerlang.
Sebanyak 11 anjakan utama untuk mentransformasikan sistem pendidikan
negara dalam PPPM dan juga teras dan dasar pembangunan insan mestilah
difahami oleh semua terutama guru sebagai pelaksana dalam pendidikan anak
bangsa bagi memperkasa generasi muda pada masa depan.

* Melaksanakan penambahbaikan terhadap sistem penyampaian pendidikan


dan latihan supaya ia berkualiti dan relevan dengan keperluan semasa;
* Memperkasakan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan utama rakyat
Malaysia yang berbilang kaum bagi meningkatkan perpaduan negara
* Melaksana langkah bagi merapatkan jurang prestasi antara sekolah luar
bandar dan bandar, termasuk mempertingkatkan kualiti pengajaran,
prasarana dan kemudahan serta menempatkan guru berpengalaman di
sekolah luar bandar;
* Membangunkan universiti bertaraf antarabangsa dan memastikan
pendidikan dan latihan di peringkat tertinggi memenuhi keperluan pasaran;
* Menyediakan lebih banyak peluang dan akses kepada pendidikan latihan
dan pembelajaran sepanjang hayat yang berkualiti di semua peringkat;
* Membangunkan masyarakat inovatif dan kreatif, yang mempunyai
pengetahuan dan keupayaan sains dan teknologi yang kukuh serta memiliki
kemampuan memperoleh dan menggunakan pengetahuan;
* Memperkukuhkan perpaduan nasional dan membangunkan masyarakat
yang mempunyai perspektif progresif, budaya prestasi tinggi, sistem nilainilai murni serta menghargai tradisi dan warisan; dan
* Memperluaskan dan memperkemaskan forum perbincangan dan
perundingan antara kerajaan, sektor swasta, ibu bapa dan masyarakat dalam
pembangunan modal insan.
Oleh itu, pihak kerajaan sebagai badan perancang utama menyediakan bajet
dan peruntukan untuk membangunkan modal insan. Manakala para guru
adalah pihak yang akan melaksanakan tujuan ke arah membangunkan modal
insan yang berkualiti untuk pemimpin negara pada masa akan datang.
Ingatlah bahawa guru yang paling baik adalah guru yang paling banyak
belajar daripada muridnya. Tujuan tertinggi perguruan bukanlah sematamata untuk mencari ilmu pengetahuan, tetapi mendidik muridnya dengan
perbuatan yang baik dalam kehidupan.
PENULIS ialah Pengamal media, berkelulusan PhD Persuratan Melayu,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140514/re_07/Guru-dancabaran-semasa

Peranan Guru dalam Melonjak Transformasi


Pendidikan Negara
Guru yang inovasi dan kreatif dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab
mereka sesuai dengan misi dan visi sekolah serta mampu memenuhi matlamat
pendidikan negara ke arah meningkatkan kualiti pendidikan seiring dengan
cabaran dunia globalisasi.. Cabaran global kini memerlukan guru mempunyai
keunggulan hasil inovasi dalam pedagogi yang ditentukan oleh cara kurikulum
yang dilaksanakan dan disesuaikan dengan konteks budaya yang diwakili oleh
setiap murid yang berlainan bangsa.
Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim menegaskan bahawa untuk
melonjak transformasi pendidikan, kerajaan perlu melakukan perubahan
terhadap guru terlebih dahulu.
Dalam mencapai taraf negara maju pada abad ke 21, Malaysia memerlukan
warganegara yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Sains
dan Matematik. Antara peranan guru dalam melonjak transformasi pendidikan
negara ini adalah dengan mempersiapkan diri untuk memmbangunkan
kemahiran dalam menjadi seorang yang kreatif dan berinovasi. Guru sebagai
sumber manusia dalam bidang pendidikan yang bertanggungjawab membina
kreativiti dan inovasi dalam setiap program pendidikan secara terancang dan
sistematik. sehubunagn dengan itu, latihan perguruan yang dipraktkikan d
iinstitusi pengajian tinggi mesti menyediakan tenaga guru yang dapat
menonjolkan peranan mereka dengan lebih efisyen dan berdaya saing alam
menempuh dunia moden disamping melengkapkan diri dengan pengetahuan dan
kemahiran insaniah yang diperlukan selaras dengan kehendak Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Dalam lengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran, guru harus dilengkapi
oleh pakej latihanyang dianjurkan oleh Jabatan pelajaran Negeri atau Jabatan
Pelajaran Daerah. Melalui pakej latihan yang dianjurkan ini, guru dapat dilatih
untuk mengkaji semula, mengenal pasti dan menyelesaikan masalah dalam
proses pembelajaran di kelas secara kritis dan keratif.Pakej latihan dicadangkan
menyediakan idea dan aktiviti yang berguna untuk menyokong peningkatan
kualiti pembelajaran melalui sumbangan idea daripada guru yang
berpengalaman, guru yang berprestasi cemerlang dan guru yang mempunyai
kepakaran dalam bidang tertentu. Selain menyertai pakej latihan, guru yang
berinovasi juga perlu menghadiri bengkel mengenai e-pembelajaran yang
dianjurkan oleh badan kerajaan mahupun swasta. Melalui bengkel ini juga, guru
akan didedahkan kepada persepsi umum yang berkaitan dengan kuakiti dalam epembelajaran.
Selain membangunkan dan mempersiapkan diri menajdi guru yang kreatif dan
berinovasi, guru berperanan menyediakan bahan bantu mengajar yang dapat

dimanfaatkan dalam bilik darjah. Pendidikan kini menekankan penggunaan


teknologi komunikasi dan maklumat dalam bilik darjah. Dasar kurikulum baru iaitu
kurikulum standard sekolah rendah menekankan penggunaan teknologi
komunikasi dan maklumat dalam bilik darjah. Bahan grafik merupakan bahan
yang mudah difahami oleh murid selain alat bantu mengajar bebentuk visual.
Cabaran dan perubahan pendidikan masa kini menuntut guru menghasilkan
bahan bantu mengajar yang dapat mempertingkat mutu dan kualiti pendidikan
bertaraf antarabangsa sesuai dengan perkembangan pendidikan masa
kini. Bahan inovasi pendidikan pemulihan menggunakan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) ini merupakan salah satu contoh bahan bantu mengajar yang
boleh digunakan dalam bilik darjah.
Hakikatnya terdapat pelbagai langkah yang boleh dilaksanakan dalam meningkat
kualiti pengajaran guru dalam memastikan peranan guru melonjak transformasi
pendidikan negara dilaksanakan. Semua pihak harus memberikan jalinan
kerjasama dalam memastikan pendidikan yang diberikan dapat menjamin kualiti
dan mutu generasi pemimpin kita pada masa akan datang.
http://aishahnetty.blogspot.com/2012/07/peranan-guru-dalammelonjak.html

Anda mungkin juga menyukai