y=2013&dt=0218&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140415/re_05/Belia-muflis-akibatbelanja-luar-kemampuan
http://www.ukm.my/fep/perkem/pdf/perkem2014/PERKEM_2014_5C4.pdf
1.
Berbelanja mengikut kehendak. Gaya hidup di luar kemampuan sering menjadi
punca utama masalah kewangan yang semakin meruncing dalam kalangan remaja.
2.
Kos sara hidup yg kian meningkat juga menjadi faktor utama masalah kewangan
dalam kalangan mereka.
3.
Penggunaan kad kredit tanpa had. Kebanyakan kes yang berlaku disebabkan
kegagalan membayar balik hutang kad kredit yang tinggi dan di luar kemampuan mereka.
4.
Perancangan kewangan yang lemah dan kurangnya pengetahuan mengenai
pengurusan wang menjadi faktor utama masalah hutang.
5.
Hutang tambah hutang (buat pinjaman baru untuk menyelesaikan hutang lama).
Ketua Jabatan Pendidikan Kewangan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK),
Mohd Adnan Anan Abdullah berkata ramai individu yang merujuk agensi itu untuk
mendapatkan khidmat nasihat apabila tidak mampu menyelesaikan hutang akibat perbuatan
itu.
"Sebagai contoh, graduan yang baru bekerja mendapat gaji RM2,000 sebulan dan membeli
kereta dengan ansuran bulanan RM500 hingga RM600, tanpa mengambil kira kos lain yang
perlu ditanggung seperti minyak, penyelenggaraan dan insurans. Jadi mereka akan guna
kad kredit untuk tampung kos tersebut.
"Apabila hutang kad kredit meningkat, ada pula yang buat pinjaman peribadi ekspres yang
mempunyai kadar faedah tinggi untuk selesaikan hutang kad kredit.
Inilah yang dikatakan 'gali lubang tutup lubang' yang akhirnya tiada kesudahan," katanya
kepada Bernama.
Kesan Muflis
Kegagalan membayar ansuran pinjaman atau hutang kad kredit boleh membawa padah
buruk
Apabila anda gagal menjelaskan sesuatu pinjaman, institusi kewangan akan mengambil
tindakan mahkamah terhadap anda
Sekiranya pinjaman itu adalah pinjaman kereta, institusi kewangan akan menarik balik dan
menjualkan kereta tersebut. Jika ianya pinjaman perumahan, institusi kewangan akan
merampas rumah tersebut dan melelongnya
Seandainya hasil lelongan tidak mencukupi untuk menjelaskan hutang sepenuhnya, institusi
kewangan akan mengambil tindakan terhadap anda (dan/atau penjamin, jika ada) untuk
menuntut baki hutang
Bagi pinjaman tanpa cagaran, institusi kewangan mempunyai beberapa pilihan untuk
melaksanakan penghakiman yang diperoleh untuk mendapatkan semula hutang mereka
Ini termasuk perintah rasmi rampasan dan jualan, saman prosiding garnishee, saman
penghutang penghakiman dan petisyen kebankrapan ke atas peminjam (dan/atau penjamin,
jika ada)
Buat masa ini petisyen kebankrapan hanya boleh dimulakan sekiranya jumlah hutang
terkumpul telah mencecah RM30,000 ke atas
Sekiranya anda telah diisytiharkan bankrap, terdapat banyak sekatan dari segi undangundang yang akan dikenakan. Pada umumnya anda tidak boleh melakukan perkara berikut:
Melibatkan diri dalam pengurusan syarikat atau menjadi pekerja di syarikat yang
dimiliki oleh pasangan atau saudara terdekat dan pasangan mereka